5 jawapan dari soalan forum jawi komputer

24
RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS BSJ 3063: APLIKASI KOMPUTER DALAM TULISAN JAWI TAJU K KUMPULAN GROUP UPSI 09 (A122 PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON SUKOR BIN BAKAR D20102041785 019-4249321 NAMA TUTOR E-LEARNING: DR MAKMUR BIN HAJI HARUN 1 FORUM

Upload: sukor-bakar

Post on 09-Dec-2014

140 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: 5 Jawapan Dari Soalan Forum Jawi Komputer

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

BSJ 3063: APLIKASI KOMPUTER DALAM TULISAN JAWI

TAJUK

KUMPULAN

GROUP UPSI 09 (A122 PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

SUKOR BIN BAKAR D20102041785 019-4249321

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR MAKMUR BIN HAJI HARUN

TARIKH SERAH: 31 MAC 2013

1

FORUM

Page 2: 5 Jawapan Dari Soalan Forum Jawi Komputer

Jawapan 5 Soalan Forum.

SOALAN 1. Sebutkan apa e rti dan definisi komputer, dan huraikan komponen-

komponen yang ada pada komputer

1. Pengertian

Komputer merupakan mesin boleh atur cara yang direka untuk membaca dan

melaksanakan urutan sesebuah senarai arahan yang membuatkan ia melakukan

operasi aritmetik dan logik berdasarkan angka binari. Pada asasnya, komputer terdiri

dari ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang untuk penyimpanan data; dan

unit pemprosesan pusat yang berfungsisebagai unit kawalan serta mengandungi unit

logik aritmetik. Aksesori (contohnya papan kekunci, tetikus atau kad grafik) boleh

dihubungkan supaya komputer dapat menerima input luar dan memaparkan output.

Unit pemproses komputer melaksanakan siri arahan yang membuatkan ia membaca,

memanipulasi dan kemudian menyimpan data. Ujian dan arahan loncat

membenarkannya untuk bergerak di dalam ruang program dan oleh itu melaksanakan

arahan berlainan sebagai fungsi dari kedudukan semasa dari mesin itu atau

persekitarannya.

Komputer boleh juga bertindak balas terhadap ransangan yang membuatkan ia

melaksanakan set arahan tertentu dan kemudian kembali meneruskan apa yang ia

sedang buat sebelum ransangan.

Komputer elektronik pertama telah dibangunkan pada pertengahan abad ke-20 (1940-

1945). Dengan saiz seumpama sebuah bilik besar, ia memerlukan kuasa yang banyak

seumpama beberapa ratus komputer peribadi (PC) moden.

Komputer moden yang berasaskan litar bersepadu adalah berjuta, malah berbilion kali

lebih berupaya berbanding komputer-komputer terawal, dan memerlukan ruang yang

2

Page 3: 5 Jawapan Dari Soalan Forum Jawi Komputer

kecil sahaja. Komputer ringkas adalah cukup kecil untuk dimuatkan dalam peranti

mudah alih, dan komputer mudah alih boleh dikuasakan dengan bateri kecil.

Perkakasan komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk komputer

yang lengkap. Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti (device).

Istilah perkakasan atau peranti merujuk kepada keseluruhan peralatan fizikal pada

sebuah komputer, manakala perisian (software) menyediakan arahan kepada

perkakasan untuk melaksanakan kerja komputer. Kadangkala perbezaan perkakasan

(hardware) dengan perisian agak kabur, terutama apabila merujuk kepada perisian

tegar (firmware). Perisian tegar ialah perisian yang dipasang ke dalam perkakasan, ia

amat jarang perlu diubah dan oleh itu biasanya disimpan dalam ingatan baca sahaja

(ROM).

Kebanyakan perkakasan komputer tidak dapat dilihat oleh pengguna biasa. Ia

merupakan sebahagian dari sistem terbenam yang digunakan dalam kenderaan,

ketuhar gelombang mikro, mesin elektrokardiograf, pemain cakera padat dan banyak

lagi. Komputer peribadi, perkakas yang paling biasa pada kebanyakan orang,

merupakan cuma sebahagian kecil perkakasan komputer (kira-kira 0.2% dari semua

komputer baru pada 2003).

2.Komponen perkakasan

2.1Papan induk (motherboard)

Papan induk komputer atau motherboard ialah papan litar bercetak yang berlapis

(PCB). Laluan litar kuprum yang melintasi permukaan papan induk juga dipanggil

traces di mana ianya memberi isyarat (signals) dan juga voltan (voltage). Teknik

pemalsuan lapisan telah digunakan supaya lapisan papan tersebut boleh membawa

data untuk bas BIOS, CPU, dan memori sementara lapisan yang lainnya digunakan

untuk membawa voltan dan isyarat untuk mengelakkan berlakunya litar pintas di setiap

3

Page 4: 5 Jawapan Dari Soalan Forum Jawi Komputer

persimpangan laluan. Lapisan-lapisan penebat ini telah direka dengan begitu kompleks

bagi memudahkan cip dan soket dipateri dan diletakkan pada papan induk.

Contoh papan induk model MSI 694 Pro AR dibawah ini yang menyokong dua mikro

pemproses, mempunyai 5 slot PCI dan juga slot CNR. Ciri-ciri papan induk ini juga

menyokong bas berkelajuan 133Mhz dan UDMA-100

2.2 Unit pemprosesan pusat (CPU) dan kipasnya

Pengertian CPU adalah central processor unit atau perangkat pengolah/pemroses data

dalam komputer, sehingga CPU ini biasa disebut sebagai otak dari

komputer.sedangkan Perangkat pengolah atau pemroses data dalam komputer adalah

prosesor atau lengkapnya adalah mikroprosesor, namun umumnya pengguna komputer

menyebutnya sebagai CPU (Central Processor Unit).

2.3 Ingatan capaian rawak (RAM)

2.4 Basic Input/Output System atau BIOS 2.5 Slot bas komputer:

2.5.1 PCI

2.5.2 PCI-E

2.5.3 USB

2.5.4 HyperTransport

2.5.5 CSI (dijangka mulai 2008)

2.5.6 AGP (makin kurang)

2.5.7 ISA, EISA, VLB (tidak digunakan lagi).

3. Bekalan kuasa komputer – peti yang mengandungi transformer, pengawal voltan dan kipas.

4. Pengawal storan bagi IDE, SATA, SCSI dan storan lain, yang mengawal cakera keras, cakera liut, CD-ROM dan pemacu lain. Boleh terletak pada papan induk atau kad tambahan.

4

Page 5: 5 Jawapan Dari Soalan Forum Jawi Komputer

5. Pengawal video yang mengeluarkan output untuk monitor komputer. Boleh disekalikan dengan papan induk atau dipasang pada slot sendiri (PCI, PCI-E atau AGP), memerlukan kad grafik.

6. Pengawal bas komputer (port selari, bersiri, USB, FireWire) bagi menyambung komputer dengan perkakasan luaran seperti pencetak atau pengimbas.

7. Satu atau lebih media boleh ditanggalkan:

7.1 CD - paling umum

7.1.1. Pemacu CD-ROM

7.1.2. Penulis CD

7.2 DVD

7.2.1. Pemacu DVD-ROM

7.2.2. Pemacu DVD-RAM

7.2.3. Penulis DVD

7.3 .BD

7.3.1. Pemacu BD-ROM

7.3.2. Perakam BD 7.4Cakera liut (disket) 7.5Pemacu Zip

7.6. Pemacu kilat USB (thumb drive) 7.7Kad ingatan - kecil

7.8. Pemacu pita - biasanya untuk sandar/jangka panjang.

8 . Storan dalaman

8.1. Cakera keras - storan jangka sederhana 8.2Pengawal cakera, contohnya RAID.

9 Kad bunyi.

10 Perangkaian - untuk menyambung komputer ke Internet/komputer lain

10.1.Modem - sambungan dail

10.2 Kad rangkaian - sambungan DSL atau ke komputer lain. 11 Persisian lain seperti kad penala TV.

5

Page 6: 5 Jawapan Dari Soalan Forum Jawi Komputer

Selain itu, perkakasan juga boleh termasuk komponen luaran PC seperti:

12. Peranti input

12.1. Papan kekunci (teks)

12.2. Peranti penuding

12.3. Tetikus

12.4. Bebola jejak (trackball)

12.5. Peranti permainan

12.6. Kayu ria

12.7. Pad ria (joypad)

12.8. Pengawal permainan lain

12.9. Peranti input imej, video

12.10. Pengimbas

12.11. Webcam

12.12. Peranti input audio

12.12.1.Mikrofon

12.13. Skrin sentuh.

13. Peranti output

13.1. Peranti output imej, video

14 . Monitor komputer

15. Terminal komputer

16. Pencetak - salinan keras

17. Pelakar (plotter) - salinan keras

18. Refreshable Braille display

6

Page 7: 5 Jawapan Dari Soalan Forum Jawi Komputer

SOALAN 2. Cuba, huraikan bagaimana penggunaan komponen-komponen

komputer dalam menghasilkan kerja-kerja harian manusia dengan baik dan

bekesan

Penggunaan komputer hari ini sudah menjadi nadi yang menghidupkan segala aktiviti dan

urusan dalam pelbagai bidang. Dengan bantuan komputer serta keterampilan pengunaannya

dalam pelbagai bidang telah berjaya meningkatkan produktiviti sektor yang terbabit. Penggunaan

komputer banyak digunakan dalam pelbagai bidang di antaranya :

A. Penggunaan komputer di rumah

Komputer sering digunakan di rumah sebagai sebuah perkakas untuk melayari laman

web, menaip surat, bermain games dan mendengar MP3. Namun tidak dinafikan bahawa ada

pengguna yang mempunyai keterampilan dalam pengunaan komputer yang menggunakannya

untuk membina laman web serta menggunakan pelbagai perisian.

Kaji selidik yang dilakukan majalah PC, banyak pengguna komputer yang menggunakan

komputer mereka untuk tiga perkara iaitu melayari laman web disamping chatting dan e-mel.

Hanya segelintir sahaja yang mempunyai keterampilan dalam pengunaan komputer melakukan

kerja-kerja berfaedah dengan komputer di rumah. Dengan adanya komputer, wujud konsep

pejabat di rumah yang membolehkan seseorang menghabiskan kerja di rumah.

B. Penggunaan komputer dalam bidang perdagangan

Sektor perdagangan merupakan kegiatan ekonomi yang utama. Penggunaan komputer

sangat penting untuk meningkatkan mutu dan daya pengeluaran sektor perdagangan sesebuah

negara. Terdapat beberapa perkara dalam perdagangan yang telah dilakukan oleh komputer.

Yang semakin banyak dilihat ialah cara barangan dikodkan dengan menggunakan kod palang

yang menyimpan maklumat seperti kod dan nama barang serta harganya.

Selain membantu meningkatkan hasil, penggunaan komputer dalam perdagangan juga dapat

mengembangkan pencapaian ke negara lain apabila wujudnya teknologi canggih seperti internet

dan e-dagang yang membolehkan pengguna membeli barangan dengan mudah serta dapat

menjimatkan masa dan kos manakala pihak peniaga pula dapat meluaskan pasaran produk

mereka seterusnya mengaut keuntungan.

7

Page 8: 5 Jawapan Dari Soalan Forum Jawi Komputer

Banyak lagi cara bagaimana komputer boleh digunakan perdagangan. Perkara yang pasti ialah

kehadiran teknologi pengkomputeran menjadikan perdagangan bukan sahaja menjanjikan

peningkatan dalam mutu perkhidmatan jualan tetapi juga peningkatan dalam penjualan dan

produk.

C. Penggunaan komputer dalam bidang pengeluaran

Pengeluaran sesuatu produk juga sudah banyak menggunakan keterampilan penggunaan

komputer. Dalam sektor pengeluaran, komputer mungkin digunakan untuk

mereka bentuk sesuatu produk dan robot mungkin digunakan untuk membuat kerja-kerja yang

diprogramkan oleh manusia. Kebiasaannya teknologi robot digunakan jika sesuatu kerja itu akan

membahayakan kesihatan dan nyawa manusia atau kerja-kerja yang lebih cepat jika dibuat oleh

robot. Kebanyakkan kilang pengeluaran kereta, contohnya seperti Proton menggunakan robot

dalam kerja-kerja pemasangan kereta. Pengunaan robot dalam dalam sektor pengeluaran selain

dapat menjimatkan tenaga pekerja dan kos operasi dalam jangka panjang juga dapat

meningkatakan produktiviti pengeluaran serta memastikan kerjayang siap menampakkan mutu

yang sama.

D. Pengunaan komputer dalam bidang perhubungan dan telekomunikasi

Penggunaan telekomunikasi atau komputer yang dirangkaikan di peringkat antarabangsa

banyak memberi kesan yang positif. Melalui kemudahan telekomunikasi pelbagai jenis

perhubungan dapat dilakukan. Contohnya, komunikasi antara bank, pengeluar kad kredit,

syarikat insurans, syarikat penerbangan, institusi pendidikan dan penyelidikan dapat dibuat

dengan pantas melalui rangkaian komputer antarabangsa seperti internet.

Melalui internet, segala maklumat boleh di hantar dengan cepat melalui e-mel. Program

Skype membolehkan kita berkomunikasi dan menghantar faks pada kos yang lebih murah

berbanding menggunakan telefon. Telesidang membolehkan perhubungan dan perkongsian

maklumat dilakukan secara jarak jauh. Oleh itu, masa dan kos perbelanjaan dapat dijimatkan.

8

Page 9: 5 Jawapan Dari Soalan Forum Jawi Komputer

E. Penggunaan komputer dalam bidang grafik dan perfileman

Industri pembikinan filem telah melangkah setapak lagi dengan adanya bantuan komputer.

Keterampilan pengunaan komputer yang tinggi membolehkan pembikinan filem yang bermutu

tinggi dihasilkan. Seperti yang sering kita ketahui, filem-filem dari barat terutamanya

menggunakan grafik berkomputer untuk menambahkan elemen-elemen tertentu dalam filem

mereka. Elemen-elemen ini biasanya adalah elemen yang tidak dapat dilakukan dengan lakonan

atau set-set filem yang terlalu besar untuk dilakukan. Filem animasi memerlukan ketekunan dan

perancangan serta kuasa pengkomputeran yang tinggi untuk merender setiap pergerakan animasi.

F. Penggunaan komputer dalam bidang perubatan

Teleperubatan mengubah dimensi baru perubatan moden. Dengan teleperubatan,

pembedahan boleh dilakukan dari jarak jauh. Pakar-pakar perubatan yang berada di tempat lain

boleh memberikan arahan menggunakan teknologi perkomputeran dalam melakukan

pembedahan jarak jauh. Bergerak selangkah lagi kemajuan yang dicapai dengan keterampilan

pengunaan komputer ialah pembedahan dilakukan oleh robot melalui kawalan jarak jauh.

Di negara kita, Hospital Selayang dan Hospital Putrajaya ialah hospital tanpa kertas kerana

banyak urusan penyimpanan rekod pesakit dan rawatan menggunakan kecanggihan komputer.

Keterampilan penggunaan komputer membolehkan penghantaran spesimen pesakit ke bilik-bilik

tertentu dilakukan oleh alat yang dikawal oleh komputer. Pelbagai penyakit dapat dikesan

dengan mudah dan cepat seperti menggunakan peralatan Magnetic Resonance Imaging (MRI),

CT Scan, ultra sound dan lain-lain lagi. Oleh itu, dengan keterampilan penggunaan komputer,

jangka hidup manusia menjadi lebih panjang dan kualiti hidup kita secara keseluruhannya

semakin meningkat.

9

Page 10: 5 Jawapan Dari Soalan Forum Jawi Komputer

SOALAN 3. Bagaimanakah sejarah perkembangan komputer dari masa ke masa. Ada

lima generasi perkembangannya sebutkan satu persatu

Generasi Pertama ( 1946 - 1959 ) 

Ciri-ciri : 

1. Menggunakan teknologi tiub hampagas. 

2. Berupaya memproses beberapa ribu arahan sesaat; lebih pantas 

    daripada pergerakan alat mekanik. 

3. Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara. 

4. Menggunakan ingatan teras magnet. Teras magnet adalah 

gelang-gelang logam yang amat kecil dan boleh memberikan kuasa 

magnet melalui satu dari dua arah. 

Contoh : 

a. ABC - komputer digital elektronik pertama ( 1937 - 1942 ) oleh John 

  V. Atanasoff dan dibantu oleh Clifford Benry. 

b. ENIAC - diusahakan oleh John W.Mauchly dan J.Presper Eskert. 

                    Dibina tahun 1945 - 1946, permulaan era cemerlang. 

c. EDVAC, EDSAC dan UNIVAC 1, IBM 709 - John Von Neumann, 

  Mauchly dan Eskert ( 1951 ) 

d. IBM 701 ( 1953 ) 

e. IBM 650 ( 1959 )

10

Page 11: 5 Jawapan Dari Soalan Forum Jawi Komputer

Generasi Kedua ( 1959 - 1964 ) 

Ciri-ciri : 

1. Menggunakan transistor menggantikan tiub hampagas. Tiub 

    hampagas adalah besar dan memerlukan penggunaan kuasa elektrik 

    yang banyak dan dengan itu mengeluarkan haba serta cepat rosak. 

2. Keserasian terhad. Atur cara yang ditulis untuk satu komputer perlu 

    diubah untuk dilaksanakan pada komputer lain. 

3. Menggunakan hanya pita untuk storan yang boleh memproses secara 

    jujukan sahaja. 

4. Menggunakan bahasa aras rendah iaitu bahasa simbolik. 

5. Lebih kecil, ringan, murah tahan lama dan mudah digunakan. 

6. Bahasa pengaturcaraan peringkat tingi seperti FORTRAN dan 

    COBOL. 

Contoh : 

a. IBM 1400 - Pencipta John Bardeen, William Shockley dan Walter 

                      Brattain. 

b. UNIVAC M460, IBM 7090, NCR 315 dan BURROUGHS 5000.

Generasi Ketiga ( 1964 - 1970 )  

Ciri-ciri : 

1. Menggunakan teknologi litar bersepadu yang terdiri daripada 

    beribu-ribu transistor yang diletakkan pada kepingan silikon. 

2. Atur cara lebih serasi. 

3. Bermulanya konsep multi pengaturcaraan. Beberapa pengguna 

    berkongsi mesin. Istilah baru perkongsian masa. 

4. Bermulanya pemprosesan rawak dengan penggunaan cakera magnet. 

5. Lebih kuat, utuh dan padat. 

6. Bahasa pengaturcaraan dihasilkan seperti BASIC dan Pascal. 

11

Page 12: 5 Jawapan Dari Soalan Forum Jawi Komputer

Contoh : 

a. IBM 360 ( 1964 ) 

b. Bermulanya era minikomputer - PDP-8 ( 1965 ) 

c. ICL 1900 ( International Computer Limited ) dan VAC 9000

Generasi Keempat (1970 – 1990)  

Ciri-ciri : 

1. Penggunaan litar bersepadu berskala besar. Istilah yang digunakan 

    ialah Penyepaduan Skala-Besar ( Large-Scale Intergration ataupun  LSI ). 

2. Penggunaan mikropemprosesan pada satu serpihan. 

3. Dengan pengenalan storan maya, atur cara yang bersaiz beberapa kali 

    saiz ingatan mesin boleh dilaksanakan. 

4. Pengenalan kepada cakera pada ingatan baca sahaja ( Compact Disc 

    Read Only Memory ( CD ROM ) ). 

5. Ingatan utama komputer menjadi lebih cekap, pantas dan besar. 

Contoh : 

a. IBM 370 ( 1970 ) 

b. PDP-11 ( 1970 ) 

c. bermulanya era mikrokomputer. Mikrokomputer pertama ialah MITS 

    ( Altair 8800 ) 1975. Selepas itu, Apple I dicipta oleh Steve Mozniak 

     dan Steve Jobs, Apple II ( 1977 ), Commodore PET. 

d. VisiCalc ( Visible Calculator ) - sebuah pukal hamparan elektronik 

    oleh Dan Brickland. 

e. Super komputer yang popular ialah CRAY I.

12

Page 13: 5 Jawapan Dari Soalan Forum Jawi Komputer

Generasi Kelima (1990 - ? )  

Ciri-ciri : 

1. Lebih canggih, lebih murah, lebih pantas dan lebih hebat daripada 

    yang sedia ada dan kemampuan 'melihat', 'mendengar', 'bercakap', 

    dan 'berfikir' seperti manusia. 

2. Memiliki kecerdikan buatan iaitu setakat mana manusia membuat 

    komputer itu cerdik. 

3. Melaksanakan tugas secara selari berbeza dengan caranya sekarang 

    dan membolehkan tugas diselesaikan serentak. 

4. Lebih cepat dan lebih kuasa untuk membuat penaakulan, belajar dan 

    membuat kesimpulan. 

Contoh : 

a. Pentium III

13

Page 14: 5 Jawapan Dari Soalan Forum Jawi Komputer

SOALAN 4. Sila huraikan asal usul perkataan Jawi. Dengan menggunakan

perspektif anda sendiri cuba nyatakan apa yang dimaksud dengan ungkapan

Tulisan Jawi ?

Tulisan Jawi asalnya daripada tulisan Arab yang dipinjam oleh orang

melayu.Oleh sebab huruf-huruf arab mempunyai kekurangan dari sudut lambang untuk

fonem melayu maka beberapa huruf Arab yang telah di Parsikan telah dipinjamdan

bertambahlah huruf jawi.Huruf-huruf tambahan ini adalah huruf Gha,Pa,Nya,Cha,dan

Nga untuk (c,ny,p,g,ng ).

Walaupaun tulisan dan ejaan Jawi telah lama dipelajari oleh orang melayu

namun tidak ada rekod yang menunjukkan bahawa terdapat orang Melayu yang

mengkajinya.Tetapi pada zaman terakhir ini,Pendeta Za’ba telah mengkaji tulisan Jawi

ini dengan mendalam sehingga beliau telah berjaya menyusun satu panduan ejaan

Jawi. Selain Pendita Za’ba terdapat juga orang lain yang tidak kurang gigihnya dalam

menggarap sistem ejaan Jawi,tetapi penyebaran tulisannya hanya berkisar di negeri

Johor sahaja iaitu tempat beliau tinggal dan bertugas.Beliau adalah Mejar Dato’Haji

Mohd Said Bin Haji Sulaiman.

Pengkaji ejaan Jawi yang paling ramai jumlahnya adalah dari Barat.Mereka telah

mempelajari ejaan dan tulisan Jawi dengan bersunggah-sungguh.Mereka berusaha

dengan gigih kerana tujan tertentu dan antara salah satu tujuannya ialah untuk

mengetahui tentang bahasa Melayu dan hasil karya sastera.Antara peminat dan

pengkaji pengkaji tulisan ini ialah Warnagli,Willim Marsadim,Kelingkar dan lain-

lain.Diantara mereka ini ada yang mengkaji bertujuan untuk penterjemahan kitab

Injil(Bibble) kedalam bahasa Melayu.

Selepas Za’ba,tidak ada orang yang mengkaji tulisan dan ejaan Jawi.Yang ada

hanyalah penerbitan buku untuk kegunaan mengajar,menulis dan membaca Jawi

seperti yang diusahakan oleh Cikgu Haji Abdul Al-Razak Hamid.Pada tahun 1983

Dewan Bahasa dan Pustaka baru bergerak kuat dan mula memendang serius tentang

system ejaan Jawi.Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah menubuhkan sebuah

jawatan kuasa untuk mengkaji sisyem ejaan Jawi.Walaupun begitu pedoman ejaan

yang dibuat oleh Pendeta Za’ba masih menjadi pedoman utama.Satu kertas kerja telah

14

Page 15: 5 Jawapan Dari Soalan Forum Jawi Komputer

dibentangkan tentang system ejaan Jawi baru dengan beberapa tambahan dan

pindaan telah dibentangkan dalam Konvensyen Ejaan Jawi yang diadakan di Kuala

Terengganu pada tahun 1984.Pada tahun 1986 telah diterbitkan Pedoman Ejaan Jawi

yang disempurnakan. Dan pada tahun 1988 telah diterbitkan Daftar Ejaan Rumi-Jawi

oleh Dewan Bahasa dan Pustaka,kajian.

Bukti sejarah kewujudan tulisan jawi  dalam tamadun melayu dahulu boleh

dilihat bahan-bahan bertulis seperti 

batu bersurat, 

manuskrip lama, 

kertas lama,

majalah, 

batu nisan, 

bahan-bahan  yang dibuat daripada logam, kulit, alat senjata,duit

syiling,  batu lontar, tembikar dan seumpamanya

ukiran-ukiran pada masjid , istana 

azimat dan tangkal

Penemuan pertama batu nisan yang tertulis dalam bahasa Arab di Sumatera

bertarikh 55Hijrah (674M) dan di Kedah bertarikh 290 Hijrah jelas  telah menunjukkan

bahawa tulisan Jawi berasal dari orang Arab yang kemudian telah diubahsuai dengan

menambahkan beberapa huruf tambahan kepada huruf Arab bagi menyesuaikannya

dengan gaya bahasa orang Melayu telah menyumbangkan kewujudan Tulisan Jawi

dalam tamadun Melayu. Akan tetapi siapakan pencipta sebenar kepada tulisan Jawi

tidak dapat dipastikan dengan tepat.

15

Page 16: 5 Jawapan Dari Soalan Forum Jawi Komputer

SOALAN 5. Bagaimanakah sejarah dan perkembangan tulisan Jawi di Nusantara? Sila

nyatakan dengan contoh-contoh bukti sejarahnya

Tulisan jawi mula berkembang di Tanah Melayu sejak kedatangan Islam pada

abad 10 menerusi aktiviti perdagangan Arab yang datang berniaga di kepulauan

Melayu. Perkembangan tulisan jawi di Nusantara adalah seiring dengan penyebaran

agama Islam yang menjadi pegangan orang Melayu (Hashim Hj Musa, 1995). Selain

menjalankan aktiviti perniagaan, peniaga Arab juga menyebarkan dakwah Islam. Antara

kesan penyebaran dakwah Islamiah ialah penggunaan huruf-huruf Arab sebagai

medium untuk berkomunikasi di Tanah Melayu (Hamdan Abd Rahman,1999). Tulisan

yang diperkenalkan kepada penduduk Nusantara adalah huruf-huruf  Arab atau

sekarang ini dikenali dengan nama tulisan Jawi. Pada abad ke sebelas hingga ke

empat belas, tulisan jawi digunakan dengan meluas di seluruh Tanah Melayu dan

Nusantara (Mohd Alwee Yusoff, 2005). Orang Melayu yang celik huruf pada waktu itu

merupakan golongan yang celik jawi.

Berdasarkan sejarah Bahasa Melayu (Kang Yong Seock, 1990) perkataan “Jawi” (

Kemudian, orang Melayu.جاوة)) ”berasal daripada bahasa Arab “Jawah (جاوي

menyelaraskan perkataan-perkataan Arab tersebut agar sesuai digunakan dalam

Bahasa Melayu. Berdasarkan catatan Sejarah Melayu (Hashim Hj Musa, 1999)

perkataan Jawi adalah diadaptasikan oleh Bahasa Melayu daripada tulisan

Arab.  Kemudiannya dibuat beberapa penyelesaian dan tambahan agar kegunaan

tulisan ini menjadi mantap sebagai medium asas komunikasi bertulis seperti yang kita

fahami sekarang ini. Berdasarkan kata adjektif dalam Bahasa Arab, perkataan Jawah

atau Jawi merujuk kepada semua bangsa dan kaum yang menjadi peribumi di Asia

Tenggara malah merangkumi seluruh rumpun bangsa Melayu, Campa, Patani, Aceh,

Jawa, Minangkabau, Mandailing, Sunda, Bugis, Banjar, Lombok, Filipina dan negeri-

negeri lain (Mohd Alwee Yusoff, 2005).

Oleh sebab itulah, maka para ulama dari Asia Tenggara sering meletakkan nama

al-Jawi sebagai gelaran, pada hujung nama mereka sekalipun mereka terdiri daripada

suku bangsa berlainan seperti Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri al-Jawi, Syeikh Abdul

16

Page 17: 5 Jawapan Dari Soalan Forum Jawi Komputer

Samad al-Falimbani al-Jawi, Syeikh Daud al-Fatani al-Jawi dan lain-lain (Ismail

Hussein, 1981). Selain itu, kata Jawi digunakan juga untuk ungkapan-ungkapan seperti

bahasa Jawi, masuk Jawi dan bangsa Jawi. Sampai kini orang-orang Vietnam

menamakan orang di Kepulauan Nusantara sebagai orang Jawa (Amat Juhari Moain,

1996). Istilah “tulisan Jawi” hanya dikenali di Malaysia, Singapura, Thailand Selatan dan

Brunei Darussalam dan Sri Lanka (bagi rumpun Melayu). Tulisan jawi di Indonesia

terkenal dengan nama “tulisan Melayu Huruf Arab” atau “tulisan Melayu Arab”.

Penggunaan jawi (atau apa sahaja istilah yang semakna dengannya) digunakan di

banyak tempat di Asia Tenggara. Tulisan Jawi bukan hanya digunakan oleh orang

Melayu untuk bahasa Melayu tetapi juga oleh suku-suku bangsa Melayu yang lain.

Antara suku bangsa Melayu yang menggunakannya ialah Campa di Indo-China, Patani

di selatan Thailand, Jawa, Banjar, Bugis, Aceh, Minangkabau, Bengkulu dan juga lain-

lain (Lutfi Abas et. al, 1979). Bagi tulisan Jawa yang menggunakan huruf Arab dikenal

dengan nama atau tulisan Pegon, yang sekarang ini masih dipakai atau digunakan

untuk menulis kitab-kitab terutama yang digunakan di pesantren-pesantren atau

pondok-pondok pengajian agama di Jawa. Contohnya ialah kitab Tafsir al-Ibriz dan al-

Munjiyat bahasa Jawa (Amat Juhari Moain 1996: 18).

17