soalan 2 laporan ikan

Upload: sathi

Post on 07-Jan-2016

134 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Laporan Ikan

TRANSCRIPT

PEMILIHAN IKAN HIASAN

CARTA ALIR TUGASAN

Aspek keselamatan semasa MENYEDIAKAN ( SETTING ) SEBUAH AKUARIUM IKAN HIASAN

1. Membasuh tangan sebelum memulakan kerja menyediakan sebuah akuarium.2. Jangan memakai sebarang minyak wangi dan losyen di tangan ketika menyediakan akuarium.3. Tanggalkan aksesori seperti jam tangan dan cincin.4. Jangan bergurau semasa melakukan kerja menyediakan sebuah akuarium.5. Memasukkan batu serta aksesori dengan cermat dan berhati-hati bagi mengelakkan dasar akuarium retak atau pecah.6. Memasukkan aksesori terlebih dahulu sebelum memasukkan air ke dalam akuarium.

LAKARAN PELAN PANDANGAN SISI

SENARAI BAHAN DAN KEPERLUAN

Penggunaan batu kecil adalah untuk mewujudkan suasana yang menarik, kemas dan memudahkan tumbuhan akuatik hidup.

Model ini digunakan bertujuan untuk menghias akuarium supaya pemandangan akuarium lebih menarik dan cantik serta bertepatan dengan tema.

Penggunaan bentuk akuarium mengikut kesesuaian bahan dan jumlah ikan yang dipelihara.

Digunakan untuk memberikan cahaya kepada akuarium supaya lebih terang, cantik dan mengelakkan ikan-ikan berada dalam suasana yang gelap. Membantu tumbuhan akuatik dalam proses fotosintesis.

Tumbuhan akuatik digunakan untuk mewujudkan suasana akuarium yang cantik dan tenang serta bertepatan dengan tema. Berfungsi sebagai tempat perlindungan ikan. Membekalkan oksigen kepada ikan hiasan.

NamaBatu campur

Kegunaan Untuk mencantikkan akuarium

Jumlah 3 kg

NamaTumbuhan ( akuatik)

Kegunaan Untuk menghias akuarium dan mewujudkan suasana dasar laut.

Jumlah 4

NamaTunggul kayu

Kegunaan Sebagai hiasan, tempat permainan ikan, mencantikkan akuarium dan untuk mewujudkan suasana tenang.

Jumlah 1

NamaBatu hitam sederhana besar

Kegunaan Untuk mencantikkan akuarium

Jumlah 20

NamaBatu hitam besar

Kegunaan Tempat meletakkan tunggul kayu

Jumlah 1

NamaPenutup akuarium

Kegunaan Untuk mengelakkan kotoran akan jatuh ke dalam akuarium dan untuk mencantikkan akuarium.

Jumlah 1

NamaLampu

Kegunaan Untuk membantu dalam proses fotosintesis dan memberikan cahaya.

Jumlah 1

NamaPam air

Kegunaan Untuk mengepam air untuk ditapis

Jumlah 1

NamaPenapis air

Kegunaan Untuk menapis kotoran air

Jumlah 1

NamaPenapis (filter)

Kegunaan Untuk menapis kotoran dan membersihkan air.

Jumlah 1

NamaUndergravel

Kegunaan Untuk menapis kotoran daripada bahagian bawah.

Jumlah 3 set

LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN IKAN HIASAN Langkah 1

Menyediakan bahan yang akan digunakan serta disusun dengan rapi. Memastikan bahan dan alatan yang akan digunakan berfungsi dengan baik serta dalam keadaan bersih.Langkah 2

Memastikan akuarium dalam keadaan baik untuk digunakan. Akuarium telah dibasuh dengan bersih sebelum digunakan.

Langkah 3

Proses untuk memasang undergravel. Undergravel dipasang di dasar akuarium. Proses ini bertujuan untuk menapis kotoran air dan untuk mengelakkan hentakan yang kuat pada dasar akuarium.Langkah 4

Seterusnya proses memasang jarring penapis. Proses ini bertujuan untuk mengelakkan pasir putih jatuh pada permukaan dasar. Jaring yang digunakan telah dipotong mengikut saiz akuarium.

Langkah 5

Proses seterusnya ialah memasukkan batu campur. Batu campur yang dimasukkan secara perlahan-lahan mengikut bentuk yang diinginkan. Rekabentuk susunan batu yang telah dipilih ialah bergelombang iaitu gelombang daripada sebelah kiri lebih besar berbanding gelombang.

Langkah 6

Langkah 7

Seterusnya langkah memasukkan batu hitam ke dalam akuarium. Batu hitam diletakkan pada permukaan atas sekali untuk mewujudkan pemandangan akuarium yang cantik dan tenang. Batu hitam akan diletakkan pada atas batu campur mengikut bentuk gelombang yang telah dibentuk sebelumnya.

Langkah 7

Proses seterusnya ialah meletakkan atau menyusun kayu. Proses ini dilakukan bersama-sama dengan ahli kumpulan. Tunggul kayu diletak dan disusun mengikut rekabentuk yang telah dipilih dan disusun membentuk seperti gua dihutan. Tunggul kayu yang disusun membentuk seperti gua bertujuan untuk menyediakan tempat permainan ikan dan untuk mewujudkan suasana hutan yang tenang peace forest

Langkah 8

Proses seterusnya ialah meletakkan tumbuhan ke dalam akuarium. Tumbuhan palsu dan tumbuhan akuatik dakan diletakkan di dalam akuarium untuk mewujudkan suasana hutan yang tenang. Tumbuhan yang diletakkan seperti Cabomba, red telanthera.

Langkah 10Langkah 9

Proses seterusnya ialah memasukkan air ke dalam akuarium. Semasa memasukkan air ke dalam akuarium, air yang dimasukkan mestilah dimasukkan secara perlahan-lahan supaya air yang dimasukkan tidak kotor dan keruh. Pastikan air tidak mempunyai klorin yang banyakLangkah 11 Langkah 10

Langkah seterusnya ialah memasukkan ikan ke dalam akuarium. Sebelum memasukkan ikan ke dalam akuarium, pastikan air telah dicampurkan dengan anti-klorin untuk mengelakkan ikan daripada mati.

Langkah 11

Langkah terakhir ialah memasang alatan seperti lampu, buih oksigen untuk membantu ikan hiasan dan tumbuhan akuatik mendapat oksigen dan cahaya. Seterusnya aktiviti diakhiri dengan mengemas dan membersihkan tempat.

CARTA GANTTPERKARAM1

M2M3M4M5M6M7M8M9M10

Penerangan berkenaan tugasan dan projek

Mencari bahan-bahan berkenaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan

Meninjau dan membuat perbandingan harga

Memilih ikan peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan

Membersihkan, mengemas dan mengeringkan akuarium

Membeli ikan dan barang-barang yang diperlukan

Menyusun atur barang-barang dan peralatan akuarium mengikut prosedur

Menjaga dan merekodkan keadaan haiwan dan ikan

Persediaan untuk amali

Ujian amali

PENGIRAAN KOS

SENARAI PERBELANJAAN BAHAN DAN ALATAN IKAN HIASAN

BAHAN DAN ALATANKOS SEUNIT (RM)KUANTITIJUMLAH (RM)

Ikan Guppy jantan1.001010.00

Ikan bandaran1.0055.00

Ikan Gourami8.0018.00

Ikan gold fish biasa1.0011.00

Aqua Plant2.0024.00

Moonstones1.5023.00

3.8013.80

Background akuarium6.0016.00

Tiub 3 kaki1.0011.00

Pam (800watt)18.00118.00

Lampu10.50110.50

Pasir hitam (5kg)20.00120.00

Pasir putih (1kg)3.0013.00

Figura 10.00110.00

Tunggul kayu4.0014.00

Polisterin3.0013.00

Akuarium (1x3 kaki)25.00125.00

Makanan ikan2.5012.50

Klorin1.0011.00

JumlahRM 138.80

BIODATA IKAN HIASAN YANG DIPILIH

NamaGuppy

Nama saintifikPoecilia reticulata

Saiz ikan6 7 cm

PH7.0 8.0 PH

Suhu28 C

KelasCyprinodontiformes

Tingkah lakuTenang

Tahap penjagaanMudah dipelihara.

PersenyawaanMudah

Lapisan telurAda

PembiakanMudah

Jenis ikanMakan atas

Pemakanan Omnivor

KeluargaPoecilliidae

SejarahSpesis ikan ini dijumpai pada tahun 1856 oleh ilmuwan Jerman bernama Wilhelm Peters. Namun pada tahun 1866, gapi telah dijumpai dengan warna yang lebih bervariasi dibandingkan dengan yang sebelumnya iaitu oleh R.J.L. Guppy. Setelah diperiksa, ikan ini ternyata merupakan spesies baru dan diberi nama Girardinus guppyi sebagai penghormatan bagi R.J.L. Guppy yang telah mengirimnya.

Sebab pemilihan mempunyai warna dan corak yang menarik. Harga murah. Mudah dipelihara. Mempunyai ekor yang kembang dan cantik Mudah didapati.

NamaGourami

Nama saintifikColisa lalia

Saiz ikan8 -25 cm

PH7.0 8.0 PH

Suhu28 C

KelasActinopterygii

Tingkah lakuTenang

Tahap penjagaanMudah dipelihara.

PersenyawaanMudah

Lapisan telurAda

PembiakanMudah

Jenis ikanMakan tengah

Pemakanan Omnivor

KeluargaOsphronemidae

SejarahIkan gurami merupakan keluarga Anabantidae,keturunan Helostoma, dan termasuk bangsa Labyrinthici. Gurami sudah dikenal sejak tahun 1800-an, baik sebagai ikan hias maupun ikan konsumsi. Gurami merupakan ikan asli Indonesia, tepatnya berasal dari perairan daerah sunda ( Jawa Barat, Indonesia ).

Sebab pemilihan mempunyai warna dan corak yang menarik. Harga murah. Mudah dipelihara. Mudah didapati.

NamaIkan bandaran

Nama saintifikHypostomus plecostomus

Saiz ikan60cm (24in)

PH7.0 8.0 PH

Suhu28 C

KelasHypostomus

Tingkah lakuTenang

Tahap penjagaanMudah dipelihara.

PersenyawaanMudah

Lapisan telurAda

PembiakanMudah

Jenis ikanMakan bawah

Pemakanan Omnivor

KeluargaLoricariichthys

Sejarah ikan air tawartropikayang berasal dariAmerika TengahdanAmerika Selatan. Ikan bandaraya berasal dari keluarga biologiLoricariidae. Ikan bandaraya memakanalga, dan sebagai cara untuk membezakan mereka dari haiwan kecil pemakan alga yang lain, kerana itu acap kali ia dirujuk sebagaiplecostomus, singkatanplecosatauplecs. Ikan bandaraya merupakan spesies ikan yang sangat popular untuk dibela dalamakuariumkerana sifat semulajadi ikan tersebut yang mampu membersihkan akuarium dan tangki dengan memakan alga serta saki baki makanan ikan dan ikan-ikan yang mati. Ikan bandaraya mudah dibela, dijaga dan dikawal, ia tidak memerlukan banyak pengawasan kerana sifatnya yang pasif dan nokturnal (aktif pada waktu malam).

Sebab pemilihan Membersihkan akuarium Harga murah. Mudah dipelihara. Mudah didapati.

NamaIkan emas biasa

Nama saintifikCarassius auratus

Saiz ikan23 inci (59sentimeter) panjangnya dan 9.9paun(4.5kilogram) beratnya

PH7.0 8.0 PH

Suhu28 C

KelasActinopterygii

Tingkah lakuTenang

Tahap penjagaanMudah dipelihara.

PersenyawaanMudah

Lapisan telurAda

PembiakanMudah

Jenis ikanMakan tengah

Pemakanan Omnivor

KeluargaCyprinidae

Sejarahikan Mas Biasaberbeza hanya dari segi warna berbanding dengan saudara terdekatnya,kap Prusia. Ikan Mas Biasa boleh didapati dalam pelbagai warna termasuk merah, oren/emas, putih, hitam dan kuning lemon.Ikan Emas Biasa seringkali digunakan sebagai makanan hidup bagi penyu air tawar dan ikan karnivor lain seperti pirana dan kelisa.

Sebab pemilihan Mudah membersihkan akuarium Harga murah. Mudah dipelihara. Mudah didapati.

Kami juga mewajibkan pelajar memelihara ikan pelaga secara individu. Ikan pelaga ini dipelihara bertujuan untuk melihat proses dan tempoh mengawan ikan tersebut. Oleh itu, setiap pelajar dikehendaki memelihara sepasang ikan pelaga dan mmerekod perkembangan ikan pelaga mereka. Secara umumnya, ikan pelaga merupakan ikan yang tidak boleh dipelihara bersama-sama dalam satu bekas yang sama. Oleh yang demikian, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti sebelum kedua-dua ikan pelaga tersebut boleh diletakkan bersama-sama.Semasa ingin membeli ikan pelaga, induk jantan dan induk betina perlulah mempunyai warna yang sama. Pemilihan umur ikan juga penting bagi menjamin proses mengawan dalam tempoh masa yang lama sekaligus meningkatkan peratus ikan tersebut berjaya mengawan dan telur dapat disenyawakan.Kedua-dua induk perlu diletakkan berhampiran dan kedua-duanya dapat melihat antara satu sama lain. Langkah ini bertujuan bagi memperkenalkan kedua-dua induk antara satu sama lain. Induk-induk ini boleh diletakkan bersama selepas beberapa tanda telah ditunjukkan oleh kedua-dua induk tersebut. Antaranya adalah, induk jantan membuat sarang buih dipermukaan air yang mana buih-buih tersebut bertujuan untuk meletakkan telur induk betina. Manakala induk betina pula menunjukkan tanda seperti perut membesar dan terdapat seperti telur yang terkeluar daripada lubang di bawah perut induk betina. Apabila kedua-dua induk menunjukkan tanda-tanda tersebut, kedua-duanya boleh diletakkan bersama. Pada pertama kali, induk jantan akan mengejar induk betina. Setelah beberapa ketika. Induk betina akan mengeluarkan telur manakala induk jantan akan mengambil telur-telur tersebut dan memasukkan ke dalam sarang buih yang telah dihasilkan.