skrip pengacara majlis nilam

Upload: saadah-shaedin

Post on 09-Mar-2016

35 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

skrip pengacara

TRANSCRIPT

SKRIP PENGACARA MAJLIS- NILAMWATIKAH PENGAWAS PSS & NILAM

(1)Yang Berbahagia, En. Ab Halim bin Hj Hassan, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Besut,

Yang Berbahagia, Tn Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah

En. Abdul Rahim b Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran,

En. Amran bin Ibrahim,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En. Wan Pauzi bin Wan Mohd, Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam satu Malaysia.

(2)

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maga Agung, Maha Tinggi kerana dengan limpah kurniaNya serta kehendakNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan, disempurnakan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa untuk kita sama-sama berkumpul di Dewan Gemilang ini bagi Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pelancaran Program NILAM .

(3)

Memulakan majlis, satu penghayatan bersama...

Hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Negeri Terengganu.

*****

Kalungan bunga terima kasih buat semua.

(4)

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis bermakna di pagi nan berbahagia ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Al-fadzil Ustaz Amri bin Daud bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz.

#########Terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.

(5)

Melilit rotan di dahan araDi celah angsana mekar sekataUcapan Aluan pembuka bicaraTuan Pengetua bermadah kata /bingkisan ucapan sepatah kata

Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Mhd Ramli bin Che Mat untuk menyampaikan bingkisan kata, ucapan alu- aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

##########Majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua atas ucapan yang telah disampaikan.

(6)

Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi,

Puteri Bongsu cantik terperiMinum air tampak berkacaDemi jaya ilmu dicariNadi ilmu amalan membaca

Seterusnya, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia, En. Ab Halim bin Hj Hassan, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Besut, untuk menyampaikan bingkisan ucapan sekaligus merasmikan Program NILAM dan Watikah Pelantikan Pengawas PSS. Dipersilakan.

#####Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada yang Berbahagia En. Ab Halim bin Hj Hassan.

(7)

Seterusnya, kita tiba ke acara penyerahan watikah pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Bagi maksud tersebut, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj. Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMKPNZ untuk mengiringi Yang Berbahagia En Ab Halim bin Hj Hassan, Timbalan PPD Besut untuk menyampaikan watikah.Dipersilakan.

NAMA;.........................

Seterusnya, penerima hadiah untuk Anugerah NILAM:

NAMA...........

####

Majlis merakamkan sekalungan bunga terima kasih kepada Yang Berbahagia En Ab Halim bin Hj Hassan kerana sudi menyampaikan watikah dan hadiah.

(8)

Seterusnya, majlis mempersilakan yang Berbahagia Tuan Pengetua untuk menyampaikan cenderahati tanda ingatan tulus ikhlas daripada warga SMKPNZ.

####Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua.

(9)Awan bersua citra berkisahUkiran sukma kilauan kelisaPenyampaian hadiah selesai sudahPersembahan pelajar menyusul pula

Seterusnya, majlis mempersilakan kumpulan koir Pusat Sumber Sekolah dibawah pimpinan Pn. Zafiah Yusof, untuk mendendangkan dua buah lagu; lagu Nilam dan Membaca Gaya Wawasan.Dipersilakan

####

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan Koir

(10)

Majlis kita sampai dipenghujungnya, Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik bertemu nokhtah, pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan waktu dipenghujung ini untuk menyata dan menyampaikan sejuta kalungan bunga terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan majlis permai pada pagi nan ceria ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.

Membawa dulang beralas suteraBerisi hadiah buat pemenangIlmu dijulang semangat membaraAmalan membaca hatipun senang

Cincin suasa tersemat di tanganHiasan tersohor dato BahamanIlmu dijulang demi kejayaanAmalan Membaca gaya wawasan

Pihak majlis dengan sukacitanya mempersilakan barisan AJK Pelancaran Program NILAM untuk mengiringi Yang Berbahagia Tuan Pengetua untuk ke Kiosk NILAM bagi upacara memotong riben sebagai simbolik perasmian Kiosk NILAM dan seterusnya ke majlis jamuan di Bilik VIP. Majlis juga turut mengalu-alukan Tetamu jemputan untuk bersama-sama melawat pameran di Dewan Terbuka.Majlis mempersilakan.

Sekian, Wassalamualakum wbt

Makluman kepada para pelajar: para pelajar boleh melawat pameran dan juga Perpustakaan bergerak secara berjadual.