skrip akhlak muhammad

4
PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT VIDEO PENDEK SIAPA MUHAMMAD ? SKRIP & ARAHAN ZAYRUL IQWAN ROSLI

Upload: zayruliqwan

Post on 16-Sep-2015

307 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Skrip ini ditulis oleh saya sebagai sebuah video PSA. Video untuk skrip ini telah pun dibikin bersama Dramatis Studio.

TRANSCRIPT

PESANAN KHIDMAT MASYARAKATVIDEO PENDEK

SIAPA MUHAMMAD ?SKRIP & ARAHAN ZAYRUL IQWAN ROSLI

HAKCIPTA TERPELIHARA DRAMATIS STUDIOARAHANKELIHATAN SEMUA PELAKON SEDANG MENULIS SESUATU DI ATAS KERTAS KOSONG. SETELAH SIAP MENULIS, SEMUA PELAKON AKAN MEMEGANG SEHELAI KERTAS YANG BERTULIS SIAPA MUHAMMAD?

ACT 1USTAZ SYAFIQNabi Muhammad adalah penutup para nabi dan rasul-rasul Allah SWT sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab (Ayat 40)

Arahan : Ustaz Syafiq akan membaca ayat tersebut beserta maksudnya sekali.

ACT 2EIZWAN ROZINabi Muhammad lahir pada di kota Mekah Al-Mukarramah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 570 Masihi, iaitu pada tahun Gajah.

ACT 3JUWITA ROSLIRasulullah SAW lahir dalam keadaan yatim setelah ayah baginda, Abdullah binti Abdul Mutalib wafat semasa baginda berusia 2 bulan di dalam kandungan ibunya, Siti Aminah.

ACT 4QAIRULAZHARSelepas ibu baginda, Siti Aminah wafat, Nabi Muhammad diasuh oleh atuknya Abdul Mutalib yang sangat mencintai dan menyayangi baginda SAW. Namun, Nabi Muhammad terpaksa merelakan pemergian Abdul Mutalib pada usia baginda mencecah 8 tahun.

ACT 5SUKY SANBaginda akhirnya diasuh oleh bapa saudaranya Abu Talib. Di rumah Abu Talib inilah baginda membesar sehingga dewasa.

ACT 6RIFQAH SYAFIQAHWanita pertama yang dinikahi oleh baginda SAW adalah Siti Khadijah. Melalui pernikahan ini baginda mendapat seorang cahaya mata yang menjadi penghulu wanita sejagat, iaitu Fatimah Az-Zahra.

ARAHANSEMUA PELAKON AKAN MEMEGANG SEHELAI KERTAS TERTULIS APA SIFAT AKHLAK RASULULLAH ?

ACT 1USTAZ SYAFIQRasulullah SAW adalah seorang pemaaf dan menjaga lidahnya dalam setiap hal. Perkara ini disebut oleh Aisyah dalam hadis berikut :

Rasulullah SAW bukan seorang yang keji dan tidak berbuat perbuatan keji, tidak berteriak di pasar dan tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Baginda seorang pemaaf dan sentiasa berlapang dada[Hadis Riwayat At Tarmizi, Abu Dawud dan Ahmad]

ACT 2EIZWAN ROZIRasulullah SAW merupakan manusia yang tidak pernah mencela makanan. Andai baginda menyukainya, baginda akan memakannya dan jika tidak disukai, makan baginda akan meninggalkannya.

ACT 3JUWITA ROSLINabi Muhammad SAW tidak menerima sedekah. Baginda hanya menerima hadiah. Baginda gembira menerima hadiah walaupun ianya kecil dan tidak berharga.

ACT 4QAIRULAZHARRasulullah SAW adalah insan yang sangat pemalu. Diceritakan dalam satu riwayat bahawa Nabi SAW amat malu apabila wajahnya ditenung terlalu lama. Baginda SAW akan menundukkan wajahnya apabila dipandang terlalu lama.

ACT 5RIFQAH SYAFIQAHNabi Muhammad SAW suka memanggil isteri-isteri dan sahabat-sahabat baginda dengan gelaran yang baik sebagai tanda menghormati mereka. Selain itu, baginda juga sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya.

ACT 6SUKY SANBaginda SAW tidak pernah makan sambil bersandar dan tidak pernah makan berdiri di meja makan. Baginda amat menyukai manisan, madu dan labu. Yang paling penting, Nabi Muhammad adalah orang yang paling baik pergaulannya dan yang paling takut kepada Allah SWT.

PENUTUPUSTAZ SYAFIQMarilah kita sama-sama memuliakan Rasulullah SAW dengan berselawat ke atas baginda. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah SWT menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali [Hadis Riwayat Muslim].

TAMAT