skrip mc 2011

Upload: aizudin-ashraf

Post on 06-Apr-2018

267 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 SKRIP MC 2011

    1/13

    TEKS UCAPAN

    MALAM SERIBU KENANGAN 2011

    MALAM SERIBU KENANGAN 2011 1

    Nurjianah Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Tuan Beson Inggam , Ketua Pemuda

    UPKO Parlimen Kinabatangan.Shaflynn Para Hadirin diminta untuk sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku dan

    diikuti dengan lagu Sabah Tanahairku dan lagu Sekolah. Hadirin diminta

    berdiri

    (Tunggu lagu habis)

    Terima Kasih, para hadirin dihormati sekalian dipersilakan duduk.

    ( Tunggu sehingga Tarian Sumanzau tamat baru naik ke pentas)

    Nurjianah Yang Berbahagia, En.Tuan Beson Inggam, Pn. Irwanti Hj. Bohamin Sham, Pegawai

    Teknologi Pendidikan,Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Mohd Jasnee Abdullah,

    Yang Dihormati Guru Penolong Kanan I, En. Andrew Justine, Guru Penolong

    Kanan HEM, Puan Susan Lagayan, Guru Penolong Kanan KOKUM, En. Edwin

    Yukun, Yang dihormati Pengerusi PIBG, En. Laiwin Mahir , guru-guru, tuan-tuan

    ,puan-puan , ibu-ibu, bapa-bapa dan rakan seperjuangan yang saya sanjungisekalian

    Salam Satu Malaysia dan Salam Sejahtera buat semua hadirin. Saya Nurjianah

    Aim dan

    Shaflyn Saya shaflyn Laiwin akan bersama-sama anda semua di dalam

    Norjianah dan

    Shaflyn

    Dewan Kampung Kiandongo untuk Majlis Malam Seribu Kenangan 2011

    Norjianah Hadirin Sekalian sebelum kita membuka tirai majlis kita pada malam ini, izinkan

    saya berpantun,

    Norjianah

    17 Noveber malam ini,warga Sk Kiandongo berseri-seri,

    Majlis Malam Seribu Kenangan sama dirai,Kita mulakan dengan ceria di hati,

    Shaflyn Saya balas ya, dengar saudari norjianah.

    Malam aneka budaya kita hiasi,

    Menjadi tema malam ini,Malam seribu kenangan 2011 kita mulai,Mencipta kenangan tersemat di hati,

    Shaflyn Baiklah, Hadirin yang dihormati sekalian, untuk itu majlis dengan hormatnya

    mempersilakan Saudari Julleta Ruth Koh wakil murid untuk menyampaikan

    ucapan. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

    (Juletta Ruth Koh berucap dan selesai ucapan)

    Norjianah Majlis merakamkan ribuan terima Kasih di atas ucapan beliau itu tadi.

    Shaflyn Majlis diteruskan dengan deklamasi sajak yang bertajuk Sajak Perpisahan oleh

    saudari Elsie Peter

    Norjianah Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ,

  • 8/3/2019 SKRIP MC 2011

    2/13

    TEKS UCAPAN

    MALAM SERIBU KENANGAN 2011

    MALAM SERIBU KENANGAN 2011 2

    ( Selesai deklamasi sajak)

    Shaflyn Demikian tadi, persembahan deklamasi sajak yang cukup hebat oleh saudari Elsie

    Peter.

    Norjianah Sebagai penerus acara, marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan

    Musical Night daripada Murid Tahun 5. Sambil menikmati persembahan yangtelah disediakan, majlis menjemput hadirin sekalian untuk menikmati juadah

    yang elah disediakan..

    Dengan itu, majlis dengan sukacita mempersilakan Murid-murid Tahun 5 SK

    Kiandongo dengan tajuk persembahan Musical Night.

    Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

    ( Selesai musical Night)

    Shaflyn Acara seterusnya diteruskan lagi dengan tayangan Slaid Sukan Majlis Sukan

    Sekolah Zon Tongod ( MSSZT)

    Nurjianah Apa tu shaflyn?Shaflyn Nak tahu, jom kita sama-sama saksikan tayangan slaid MSSZT yang disediakan

    oleh Cikgu Masru Mustaqim.

    (Selesai Tayangan)

    Nurjianah Wah, hebatnya atlet-atlet SK Kiandongo ini, dah 2 tahun berturut-turut juara

    Sukan Zon Tongod

    Shaflyn Ya, biar sikit tetap mengeget.

    Nurjinah Sebagai menghargai sumbangan atlet-atlet SK Kiandongo yang banyak

    mengharumkan nama sekolah maka penyampaian sijil GERKO akan diberikan

    kepada mereka yang terlibat.

    Shaflyn Bagi menyempurnakan majlis penyampaian sijil ini, majlis dengan sukacitanya

    mempersilakan PK KOKUM, En. Edwin Yukun untuk menyampaikan sijil kepadaPara Pemenang.

    Nurjianah Untuk makluman hadirin sekalian, SK Kiandongo berjaya mencapai pencapaian

    yang cukup gemilang dengan meraih 8 Emas, 8 Perak dan 4 gangsa pada

    kejohanan MSSZT yang diadakan 2 & 3 November baru-baru ini di Keramuak. Di

    samping itu, saudara Aeron Dimo telah dinobatkan olahragawan MSSZT manakala

    saudari Ceroline chryscilla Mor telah dinobatkan olahragawan MSSZT .

    ( Cikgu Edwin naik ke pentas)

    Shaflyn Majlis mempersilakan saudara Aeron Dimo untuk menerima sijil penghargaan

    tokoh ko-kurikulum daripada pihak sekolah.

    ( selesai aeron dimo mengambil sijil)

    Nurjianah Majlis mempersilakan saudari Ceroline Criscilla Mor untuk menerima sijil

    penghargaan tokoh ko-kurikulum daripada pihak sekolah.

    ( Selesai Ceroline Chryscilla Mor mengambil sijil)

    Shaflyn Acara seterusnya ialah majlis penyampaian sijil pengakap bagi tahun 2011.

    Seramai 25 ahli pengakap sk kiandongo menerima sijil tersebut.

  • 8/3/2019 SKRIP MC 2011

    3/13

    TEKS UCAPAN

    MALAM SERIBU KENANGAN 2011

    MALAM SERIBU KENANGAN 2011 3

    Majlis dengan sukacitanya menjemput saudara Zack Falcther sebagai wakil untuk

    menerima sijil-sijil tersebut.

    Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan oleh pengakap sepanjang tahun ini

    antaranya ialah aktiviti perjumpaan setiap minggu dan menyertai perkhemahan

    pengakap di sk tongod pada bulan April lalu. Guru pemimpin bagi pengakap ialahcikgu mohd rashdan hafiz.

    Nurjianah Seterusnya ialah penyampaian sijil Persatuan Bulan Sabit Merah. Seramai 6 ahli

    PBSM menerima sijil tersebut.

    Majlis dengan sukacita menjemput saudari Elsie Peter sebagai wakil untuk

    menerima sijil-sijil tersebut.

    Guru penasihat bagi Persatuan Bulan Sabit Merah ialah cikgu Vincent sintia.

    Shaflyn Terima Kasih diucapkan kepada Cikgu Edwin dan Tahniah diucapkan kepada para

    atlit yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah ini.

    Nurjianah Acara Seterusnya ialah..

    Shaflyn Kenapa Nurjianah?Nurjianah Cabutan bertuah.

    Shaflyn Ya, untuk merancakkan lagi majlis kita malam ini, maka elok la kita membuat

    cabutan bertuah terlebih dahulu

    Nurjianah Majlis dengan ini menjemput En. Edwin Yukun, Guru Penolong Kanan

    kokurikulum untuk mencabut nombor bertuah.

    (Sebut nombor yang bertuah itu sebanyak 3 kali)

    Shaflyn Nurjianah saya tengok banyak hamper-hamper besar-besar disediakan untuk

    mereka yang bertuah

    Nurjianah Ya, betul itu, milik siapakah yang bertuah ini.sama-sama kita tunggu sampai akhir

    majlis.Shaflyn Tanpa melengahkan masa, sama-sama kita menikmati persembahan seterusnya

    iaitu

    Nurjianah Persembahan Tarian yang akan disembahkan oleh murid-murid Tahun 6 yang

    bertajuk Disko Rock

    Shaflyn Untuk maklumat hadirin persembahan tarian ini telah mendapat bimbingan dan

    tunjuk ajar dari Cikgu Anitah dan Puan Mastina Majuran

    Nurjianah &

    shaflyn

    Sama-sama kita saksikan persembahan mereka.

    Nurjianah Wah hebat persembahan mereka tadi, sampai saya terasa auranya. Demikianlah

    tadi persembahan yang baru sahaja kita saksikan. Ribuan Terima Kasih diucapkan

    kepada mereka yang berusaha menjayakan persembahan itu tadi.Mana shaflyn ini?

    Nurjianah Shaflyn, shaflyn mana kamu ini?ah sudah hilang,nampaknya saya keseorangan di

    sini mengendalikan majlis ini.

    Shaflyn Saya ada ni, saya di sini la nurjianah

    Shaflyn Seterusnya kita kembali kepada penyampaian sijil untuk program Kem Linus,

    Anugerah Daya Usaha, Pengawas Sekolah dan Pengawas Perpustakaan, Anugerah

    NILAM dan Pemenang bagi pertandingan Spelling Bee, Story telling, Kem 1Murid

    Sukan . Untuk menyempurnakan proses penyampaian sijil ini, majlis dengan

  • 8/3/2019 SKRIP MC 2011

    4/13

    TEKS UCAPAN

    MALAM SERIBU KENANGAN 2011

    MALAM SERIBU KENANGAN 2011 4

    segala hormatnya menjemput Guru Penolong Kanan HEM, Puan Susan Lagayan

    untuk menyampaikan sijil kepada wakil-wakil murid. Majlis dengan segala hormat

    mempersilakan.

    ( Tunggu Cikgu Susan Naik ke pentas)

    Nurjianah Bagi kem Linus, seramai 3 orang murid yang menyertai Kem tersebut merekaadalah murid tahun 2 iaitu Memon John, Jimrose dan Purman. Majlis dengan

    segala hormatya menjemput adik Memon John untuk mengambil sijil -sijil

    tersebut.

    ( Tunggu sehingga Adik Memon selesai mengambil sijil)

    Shaflyn Bagi Anugerah daya usaha, seramai 13 orang penerima.

    Majlis dengan segala hormatnya menjemput

    1. Adik Bryndh Austin2. Adik Suzly Johnsop3. Adik Atika Vincent4. Adik Dix Sagitan5. Adik Elistina Jasmi6. Adik Elyana Maika7. Adik Fardillah Lilip8. Adik Jimrose Milis9. Adik Memon John10.Adik Petty Syahdona11.Adik Purman Porisen12.Adik Suriani Salim13.Adik Sinlu Nikfik

    Nurjianah ( semasa mengambil sijil tersebut)

    Untuk makluman hadirin, anugerah daya usaha ini diperkenalkan untukmenghargai murid-murid pemulihan yang telah berusaha keras menguasai 3m-

    membaca, menulis dan mengira. Mereka adalah pelajar yang telah pulih daripada

    pemulihahan. Syabas diucapkan kepada mereka.

    (selesai mengambil sijil-sijil tersebut)

    Shaflyn Bagi sijil pengawas sekolah, seramai 3 orang menerima sijil penghargaan

    tersebut, mereka ialah saudara Zack Falcather, Rachel Jasmi dan Elsie Peter.

    Dijemput Saudara Zack Falchather sebagai wakil untuk mengambil sijil-sijil

    tersebut.

    ( selesai mengambil sijil)

    Nurjianah Acara seterusnya ialah penyampaian sijil untuk perpustakawan sekolah. Seramai

    8 orang Dijemput Saudara Yoel Lilip sebagai wakil untuk mengambil sijil-sijil

    tersebut.

    ( selesai mengambil sijil)

    Nurjianah Acara seterusnya ialah penyampaian sijil penghargaan anugerah NILAM 2011.

  • 8/3/2019 SKRIP MC 2011

    5/13

    TEKS UCAPAN

    MALAM SERIBU KENANGAN 2011

    MALAM SERIBU KENANGAN 2011 5

    Anugerah NILAM pada tahun ini jatuh kepada

    Siti Nursaadah Julubin

    Majlis dengan segala hormat mempersilakan,

    Untuk makluman hadirin , Anugerah Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)

    2011mengambil kira jumlah buku yang paling banyak dibaca pada tahun ini.

    ( tunggu siti slesai mengambil hadiah)

    Shaflyn Acara seterusnya ialah penyampaian sijil-sijil kepada pemenang acara Spelling

    Bee bagi Tahap 1 dan Story Telling bagi Tahap 2.

    Nurjianah Tempat ke tiga bagi pertandingan spelling Bee jatuh kepada Adik Wellnie

    Matturis.

    Tempat ke 2 jatuh kepada Adik Wellen Matturis

    Johan jatuh kepada Helmah Ginal

    ( tunggu semua selesai mengambil sijil)

    Shaflyn Manakala bagi acara story telling yang melibatkan tahap 2.

    Tempat ketiga jatuh kepada saudari Julletta Ruth Kuh

    Manakala tempat ke 2 jatuh kepada Saudari Elsie Peter

    Dan johan jatuh kepada Saudari Shaflyn Laiwin.

    ( tunggu semua selesai mengambil sijil)

    Nurjianah Seterusnya adalah penyampaian sijil untuk Kem 1 Murid 1 sukan, dijemput

    saudara Jelikmus pilipmus sebagai wakil untuk menerima sijil-sijil tersebut.

    ( tunggu jelikmus selesai mengambil sijil)

    Shaflyn Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Susan Lagayan di atas

    kesudian beliau menyampaikan sjil itu tadi.

    Nurjianah Ok, seterusnya sama-sama kita saksikan persembahan solo Tanak Kampung

    oleh saudara Aeron Dimo.

    Shaflyn Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

    ( selesai persembahan Aeron)

    Wa, mantap persembahan solo si aeron tadi.

    Nurjianah Hmmm Apa lagi persembahan yang belum kita tengok ya?

    Shaflyn Menari dah, menyanyi dah ha lakonan.

    Nurjianah Ada, mesti ada punya.

    Shaflyn Bagi meneruskan aturcara pada malam ini, marilah kita sama-sama menyaksikan

    lakonan murid-murid tahun 6 yang telah divideokan dalam bentuk cerekapendek.

    Nurjianah Apa tajuknya?

    Shaflyn Khabarnya mungkir janji,

    Nurjianah Eh bukan la, kerana janji

    Shaflyn Oo ok jom sama-sama kita saksikan lakonan mereka.

    (Tamat lakonan)

    Nurjianah Macam mana hadirin dengan bakat lakonan mereka? Pastikan anda semua

    tercuit dengan lakonan mereka semua. Untuk makluman semua, proses

  • 8/3/2019 SKRIP MC 2011

    6/13

    TEKS UCAPAN

    MALAM SERIBU KENANGAN 2011

    MALAM SERIBU KENANGAN 2011 6

    suntingan dan pengambaran cereka ini adalah di bawah kelola Cikgu Masru dan

    Cikgu Vincent. Syabas diucapkan kepada mereka yang terlibat secara langsung

    dan tidak langsung kepada penghasilan cereka ini.

    Shaflyn Sekarang tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu upacara penyampaian hadiah.

    Nurjianah Opss tunggu dulu.

    Shaflyn Ya kenapa pula kali ini?cabutan bertuah pula ke?Nurjianah Bukan,kita menjemput mana-mana ibu bapa atau penjaga yang ingin

    menyampaikan hadiah untuk anak-anak mereka di pentas ini.

    Shaflyn Kepada ibu bapa. Penjaga yang ingin menyampaikan hadiah kepada anak-anak

    mereka. Majlis dengan sukacita mempersilakan

    ( tunggu sehingga selesai penyampaian hadiah)

    Shaflyn Sekarang tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh para murid yang berjaya

    memperolehi keputusan yang cemerlang pada peperiksaan akhir tahun baru-baru

    ini.

    Untuk itu, majlis menjemput Yang Berusaha Guru Penolong Kanan 1, En Andrew

    Justine untuk menyampaikan hadiah dan sijil akademik

    (tunggu Cikgu Andrew Naik Ke Pentas)

    Norjianah Bagi murid tahun 1,

    Tempat Ketiga adalah adik Syzlianafifi Lonim

    Tempat Ke 2 adalah adik Ronnypryscle Mor

    Manakala Tempat pertama jatuh kepada adik Mozianis Tonis

    Shaflyn Bagi murid tahun 2, pencapaian akademik

    Tempat Ketiga adalah adik Afely Aim

    Tempat Ke 2 adalah adik Erwin Jasrin

    Manakala Tempat pertama jatuh kepada adik Wellen Aleshia

    Nurjianah Bagi murid tahun 3,pencapaian akademik

    Tempat Ketiga adalah adik Kartilla Toibon

    Tempat Ke 2 adalah adik Bettlen Philipmus

    Tempat pertama jatuh kepada adik Wellnie Matturis

    Shaflyn Bagi murid tahun 4,

    Tempat Ketiga adalah adik Josly Juslim

    Tempat Ke 2 adalah adik Airola Julis

    Manakala Tempat pertama jatuh kepada adik Juanita Julin

    Nurjianah Bagi Tahun 5, pencapaian akademik

    Tempat ketiga diraih oleh Ceroline Cyriscilla Mor

  • 8/3/2019 SKRIP MC 2011

    7/13

    TEKS UCAPAN

    MALAM SERIBU KENANGAN 2011

    MALAM SERIBU KENANGAN 2011 7

    Tempat kedua diraih oleh Nurjianah Aim manakala

    Tempat pertama berjaya diraih oleh Siti Nursaadah Julubin

    Shaflyn Bagi murid Tahun 6, pencapaian akademik

    Tempat ketiga diraih oleh Merlinah Johnatun

    Tempat kedua diraih oleh Angelie Petrus manakala

    Tempat pertama berjaya diraih oleh Julletta Ruth Koh

    Manakala Kehadiran Terbaik sepanjang sesi persekolah adalah disandang oleh

    Adik Pettedrus Pedrus dari Tahun 2

    Adik Wellnie Matturis dari Tahun 3

    Ceroline Chryscilla Mor dari Tahun 5

    Dan saudari Elsie Peter dari tahun 6

    Kehadiran terbaik adalah berdasarkan kehadiran penuh (100%) ke sekolah

    sepanjang Tahun 2011.

    Nurjianah Manakala bagi anugerah Kurikulum atau Tokoh Akedemik jatuh kepada

    Adik Wellen Aleshia Matturis dan adik Erwin Jasrin

    Tokoh akademik ini dipilih berdasarkan peratusan markah paling tinggi di dalam

    peperiksaan Akhir Tahun baru-baru ini.

    ( Tunggu sehingga habis )

    Shaflyn Manakala bagi angerah kepimpinan 2011 jatuh kepada

    Saudari Nurjianah Aim dan Julletta Ruth Kuh

    Kerateria pemilihan adalah berdasarkan ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki selain

    memegang pelbagai jawatan di sekolah.

    (tunggu sehingga habis)

    Shaflyn Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Cikgu Andrew Justine,

    Guru Penolong Kanan 1 di atas kesudian beliau menyampaikan hadiah dan sijil itu

    tadi

    Nurjianah Seterusnya majlis menjemput Yang berusaha Tuan Guru Besar, En Mohd Jasnee

    Abdullah untuk menyampaikan sijil dan hadiah untuk murid-murid yang

    cemerlang dalam UPSR 2011 baru-baru ini dan anugerah Ibubapa Cemerlang.

    (tunggu guru besar naik dulu)Shaflyn Anugerah kecemerlangan UPSR 2011 jatuh kepada Saudari Julleta Ruth Koh dan

    saudari Elsie Peter.

    Nurjianah Saudari Julleta Ruth Koh telah mendapat 2A, 3C dalam UPSR 2011 manakala

    saudari Elsie Peter telah mendapat 2A, 1B , 1 C dan 1 D

    Majlis Dengan segala hormatnya mempersilakan

    (Tunggu Julleta Dan Elsie naik ke pentas dan dan mengambil sijil)

    Nurjianah Manakala,anugerah ibubapa cemerlang atau Ibu bapa contoh bagi tahun 2011

  • 8/3/2019 SKRIP MC 2011

    8/13

    TEKS UCAPAN

    MALAM SERIBU KENANGAN 2011

    MALAM SERIBU KENANGAN 2011 8

    jatuh kepada Pn.Nelmah Kamil

    Kriteria pemilihan berdasarkan kepada ibu bapa yang telah memberi semangat

    dan dorongan serta sumbangan untuk kecemerlangan kepada anak-anak

    mereka.

    (Tunggu sehingga Habis)

    Nurjianah Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha , En. Mohd Jasnee

    di atas kesudian beliau menyampaikan sjil itu tadi.

    Shaflyn Nurjianah, kita sekarang berada di penghujung tahun 2011 kan.

    Nurjianah

    Ya, banyak kenangan, peristiwa yang kita lalui sepanjang tahun ini, apa kata kita

    imbas kembali peristiwa yang berlaku pada tahun ini.

    Shaflyn

    Sama-sama kita saksikan tayangan slaid sepanjang tahun 2011 yang disediakan

    oleh cikgu Mohd Rashdan Hafiz.

    Nurjianah

    Ya sama-sama kita saksikan tayangan tersebut.

    ( Selesai Tayangan)

    Nurjianah

    Demikian tadi tayangan slaid yang begitu menarik dan interaktif sepanjang ahun

    2011, tidak sangka saya banyak betul aktiviti yang berlaku pada tahun ini.

    Semoga ia menjadi kenangan yang terpahat di hati masing-masing.

    Shaflyn

    Seterusnya , majlis menjemput murid-murid tahun 6 untuk persembahan

    nyanyian yang bertajuk Detik Pertemuan & Perpisahan.

    Nurjianah

    Maljis dengan sukacitanya mempersilakan,

    ( Selesai Persembahan)

    Shaflyn

    Demikian la tadi persembahan yang begitu menyentuh hati dari murid-murid

    tahun 6

    Nurjianah Seterusnya, marilah kita sama-sama menikmati persembahan nyanyian dari wakil

    PIBG SK Kiandongo iaitu dari puan Imah Maikol yang bertajuk

    _______________________

    Shaflyn Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

    ( Selesai persembahan PIBG)

    Norjianah Seterusnya majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha Tuan Guru Besar, En.

    Mohd Jasne untuk menyampaikan ucapan dengan segala hormatnya

  • 8/3/2019 SKRIP MC 2011

    9/13

    TEKS UCAPAN

    MALAM SERIBU KENANGAN 2011

    MALAM SERIBU KENANGAN 2011 9

    mempersilakan.

    (Selepas Guru Besar Berucap)

    Shaflyn Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan itu.

    Nurjianah Bagi meneruskan acara selanjutnya, majlis sekali lagi mempersilakan Yang

    Berbahagia En. Beson Inggam untuk menyampaikan ucapan dan sekaligus

    merasmikan majlis malam seribu kenangan 2011. Majlis dengan sukacitanya

    mempersilakan.

    (setelah En. Beson selesai berucap)

    Norjianah Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan beliau tadi.

    Sebagai tanda kenang-kenangan kepada tuan perasmi, majlis menjemput Yang

    Berusaha Tuan Guru Besar, En. Mohd Jasnee Abdullah untuk menyampaikan

    cenderahati kepada Yang Berbahagia En. Beson Inggam

    Shaflyn Kini kita hampir sampai di penghujung acara, untuk itu marilah kita sama-sama

    menyaksikan paparan slaid kenangan khusus untuk murid-murid Tahun 6 SK

    Kiandongo sepanjang Tahun 2011 yang disediakan oleh Cikgu Vincent Sintia

    Nurjianah Ok ,Jom kita layan

    (Tunggu Sampai Tayangan Habis)

    Shaflyn Demikianlah tadi paparan slaid murid-murid tahun 6 yang pasti meninggalkannostalgia dan memori yang indah di hati mereka buat selamanya sepanjang enam

    tahun berada di sk kiandongo ini.

    Nurjianah Acara kemuncak seterusnya ialah penyampaian sijil tamat sekolah kepada murid-

    murid tahun 6.

    Majlis dengan sukacita menjemput Cikgu Peter untuk mengendalikan majlis

    konvokesyen murid-murid Tahun 6.

    Shaflyn Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

    ( Tunggu Cikgu Peter Masuk )

    Nurjianah Jutaan terima kasih diucapkan cikgu peter, demikian tadi selesai sudah majlis

    konvokensyen kita.

  • 8/3/2019 SKRIP MC 2011

    10/13

    TEKS UCAPAN

    MALAM SERIBU KENANGAN 2011

    MALAM SERIBU KENANGAN 2011 10

    Disediakan oleh

    ( Aizuddin Ashraf bin Che Mohd)

    Naib Setiausaha Malam Seribu Kenangan

    SK Kiandongo

    Shaflyn Acara terakhir yang sememangnya dinanti-nantikan oleh kita semua iaitu cabutan

    bertuah

    Nurjianah Majlis dengan hormatnya menjemput En. Mohd Jasnee Abdullah, Guru Besar SK

    Kiandongo untuk mencabut nombor cabutan bertuah.

    (Sebut numbor yang bertuah)

    Norjianah Syukur, selesai sudah aturcara kita, sebagai iringan kepada penutupan ini, marilah

    kita sama-sama menyanyikan lagu

    nurjianah &

    shaflyn

    Satu Malaysia

    Shafyln Sebagai mengakhiri kata-kata kami, izinkan kami sampaikan 2 rangkap pantun

    Shaflyn Jari disusun maaf dipinta

    Salah silap harap dimaafi

    Terkasar bahasa maupun gurau senda

    Jangan disimpan di dalam hati

    Ini sekadar penghibur sahaja

    Norjianah Ubi manis ubi keladi

    Kalau ada ditambah lagi

    Sekiranya umur panjang direstui

    Kita pasti berjumpa lagi

    Shaflyn Sekian, Terima Kasih

    Semoga Tahun Hadapan

    Berjumpa Lagi

    shaflyn & Jianah Sekian dan Selamat Berpisah

  • 8/3/2019 SKRIP MC 2011

    11/13

    TEKS UCAPAN

    MALAM SERIBU KENANGAN 2011

    MALAM SERIBU KENANGAN 2011 11

    Disemak oleh

    ( Andrew Justine)

    Guru Penolong Kanan 1

    SK Kiandongo

    Disahkan oleh

    ( En. Mohd Jasnee Abdullah)

    Guru Besar

    SK Kiandongo

  • 8/3/2019 SKRIP MC 2011

    12/13

    TEKS UCAPAN

    MALAM SERIBU KENANGAN 2011

    MALAM SERIBU KENANGAN 2011 12

    Aturcara majlis

    1. Ketibaan Vip2. Menyanyi lagu-lagu patriotik ( Negraku, sabah tanah airku, lagu sekolah)3. Tarian sumanzau.4. Wakil murid berucap ( Saudari Julletta Ruth Koh)5. Bersajak oleh saudari Elsie Peter6. Persembahan muzikal night7. Tayangan Sukan Zon (MSSZT)8. Penyampaian sijil-sijil kokurikulum (Cikgu Edwin PK KOKUM)9. Cabutan Bertuah10.Persembahan disco Rock ( Lagu taka da logika)11.Penyampaian sijil (Cikgu Susan-PK HEM)12.Persmbahan nyanyian solo Saudara Aeron Dimo ( Lagu Tanak Kampung)13.Tayangan Lakonan kerana janji14.Penyampaian Sijil dan Hadiah (Cikgu Andrew-PK 1)15.Penyampaian Sijil dan Hadiah ( Guru Besar)16.Tayangan Slaid sepanjang Tahun 2011 ( Cikgu Rashdan)17.Persembahan Nyanyian tahun 6 ( Lagu Detik Pertemuan dan perpisahan)18.Persembahan PIBG ( Lagu_________________________)19.Ucapan Guru Besar20.Ucapan perasmi21.Penyampaian Cenderamata perasmi22.Tayangan Slaid tahun 6 ( Cikgu Vincent)23.Konvokensyen, sijil penghargaan guru-guru dan sesi bergambar ( Cikgu Peter)24.Cabutan bertuah25.Penutup & bersurai.

  • 8/3/2019 SKRIP MC 2011

    13/13

    TEKS UCAPAN

    MALAM SERIBU KENANGAN 2011

    MALAM SERIBU KENANGAN 2011 13

    TEKS UCAPAN

    PENGACARA MAJLIS

    MALAM SERIBU KENANGAN 2011

    SAUDARI NURJINAH AIM

    TEKS UCAPAN

    PENGACARA MAJLIS

    MALAM SERIBU KENANGAN 2011

    SAUDARI SHAFLYN