sjh 3103 - rozati

12
SJH 3106 KAEDAH MENGAJAR SEJARAH SEKOLAH RENDAH 1 ROZATI SENIK / RBT2 1.0 PENGENALAN Sejarah berasal daripada perkataan Greek iaitu inquire yang bermaksud menyiasat dan menyelidik masa lalu dengan teliti berdasarkan bukti yang diperolehi. Istilah ini lebih awal digunakan oleh Herodotus dan kemudiannya ia ditukarkan kepada istilah historia yang bermaksud pengendalian secara naratif berkaitan pembinaan masa lalu. Pembelajaran sejarah berbeza dengan subjek-subjek mata pelajaran yang lain kerana ia bukan sekadar berperanan sebagai memindahkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan, tetapi juga mempunyai misi membina akhlak dan jiwa daripada pengalaman generasi sebelumnya. Kita haruslah memahami bahawa penekanan terhadap ilmu pengetahuan semata-mata belumlah cukup kerana ia dilihat masih belum dapat menjadikan seseorang itu mempunyai accountability terhadap diri, agama dan negara. Oleh kerana itulah kurikulum sejarah di Malaysia menekankan kepada pemupukan nilai-nlai murni dalam diri pelajar sebagai salah satu fokus utamanya. Walaupun pembelajaran sejarah memainkan peranan penting dalam pemupukan minda, akhlak dan jiwa manusia, namun ianya tetap berada dalam kondisi yang menyedihkan. Sejarah dianggap mata pelajaran yang membosankan, tidak memberi manfaat dan sekadar membuang waktu sahaja. Anhar Gonggong menyatakan bahawa “sejarah dipandang sebahagian orang sebagai masa lampau, lalu dianggap mata pelajaran yang membuang-buang waktu.” Mata pelajaran sejarah dipinggirkan dan kesannya, lahirlah generasi muda yang buta sejarah, yang gagal memahami dan menggunakan sejarah untuk membaiki kepincangan-kepincangan yang wujud dalam kehidupan mereka. 2.0 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH Guru-guru sejarah yang dipilih untuk mengajar subjek ini perlulah memiliki intelektual yang luas dan latihan yang baik dalam mata pelajaran sejarah, mempunyai suka dan minat serta menunjukkan sikap yang baik terhadap pelajar. Selain itu, perlu juga diadakan kursus- kursus latihan profesional supaya guru-guru sejarah dapat dilatih dan disedarkan tentang tugas dan peranan mereka yang sebenarnya. Guru haruslah disedarkan bahawa mereka bukan hanya bertugas dan berperanan menyampaikan fakta-fakta sejarah sahaja tetapi mereka juga adalah ahli sejarah, perancang, penyusun persekitaran pembelajaran dan juga sebagai ahli profesional.

Upload: puteripalekbang

Post on 29-Dec-2015

497 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: SJH 3103 - ROZATI

SJH 3106 – KAEDAH MENGAJAR SEJARAH SEKOLAH RENDAH

1 ROZATI SENIK / RBT2

1.0 PENGENALAN

Sejarah berasal daripada perkataan Greek iaitu inquire yang bermaksud menyiasat dan

menyelidik masa lalu dengan teliti berdasarkan bukti yang diperolehi. Istilah ini lebih awal

digunakan oleh Herodotus dan kemudiannya ia ditukarkan kepada istilah historia yang

bermaksud pengendalian secara naratif berkaitan pembinaan masa lalu. Pembelajaran sejarah

berbeza dengan subjek-subjek mata pelajaran yang lain kerana ia bukan sekadar berperanan

sebagai memindahkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan, tetapi juga mempunyai misi

membina akhlak dan jiwa daripada pengalaman generasi sebelumnya. Kita haruslah

memahami bahawa penekanan terhadap ilmu pengetahuan semata-mata belumlah cukup

kerana ia dilihat masih belum dapat menjadikan seseorang itu mempunyai accountability

terhadap diri, agama dan negara. Oleh kerana itulah kurikulum sejarah di Malaysia

menekankan kepada pemupukan nilai-nlai murni dalam diri pelajar sebagai salah satu fokus

utamanya.

Walaupun pembelajaran sejarah memainkan peranan penting dalam pemupukan minda,

akhlak dan jiwa manusia, namun ianya tetap berada dalam kondisi yang menyedihkan. Sejarah

dianggap mata pelajaran yang membosankan, tidak memberi manfaat dan sekadar membuang

waktu sahaja. Anhar Gonggong menyatakan bahawa “sejarah dipandang sebahagian orang

sebagai masa lampau, lalu dianggap mata pelajaran yang membuang-buang waktu.” Mata

pelajaran sejarah dipinggirkan dan kesannya, lahirlah generasi muda yang buta sejarah, yang

gagal memahami dan menggunakan sejarah untuk membaiki kepincangan-kepincangan yang

wujud dalam kehidupan mereka.

2.0 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH

Guru-guru sejarah yang dipilih untuk mengajar subjek ini perlulah memiliki intelektual

yang luas dan latihan yang baik dalam mata pelajaran sejarah, mempunyai suka dan minat

serta menunjukkan sikap yang baik terhadap pelajar. Selain itu, perlu juga diadakan kursus-

kursus latihan profesional supaya guru-guru sejarah dapat dilatih dan disedarkan tentang tugas

dan peranan mereka yang sebenarnya. Guru haruslah disedarkan bahawa mereka bukan

hanya bertugas dan berperanan menyampaikan fakta-fakta sejarah sahaja tetapi mereka juga

adalah ahli sejarah, perancang, penyusun persekitaran pembelajaran dan juga sebagai ahli

profesional.

Page 2: SJH 3103 - ROZATI

SJH 3106 – KAEDAH MENGAJAR SEJARAH SEKOLAH RENDAH

2 ROZATI SENIK / RBT2

Dari segi pelaksanana pengajaran, guru sejarah yang baik haruslah menunjukkan

kebolehan seperti dapat menentukan objektif-objektif pengajarannya dengan jelas, mengajar

perkara yang sudah diketahui kepada belum diketahui dan menggalakkan pembelajaran melalui

aktiviti P&P. Selain itu, corak penyampaian guru juga mestilah ringkas, mudah difahami, dan

mengikut peringkat-peringkat logik. Di samping itu juga, guru juga harus mementingkan rasa

kejayaan atau pencapaian, memberi maklum balas, memberi latihan pengukuhan, dan sentiasa

memberi dorongan serta galakan.

Laurence J. Peter menegaskan bahawa bakal-bakal guru perlu menjadikan diri mereka

guru-guru yang baik dan mereka seharusnya perlu mempunyai sikap yang positif terhadap

pelajar-pelajarnya. Hal ini bagi mewujudkan suasana belajar yang ceria. Selain itu, guru sejarah

juga haruslah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, memasukkan unsur humor dalam

pengajaran, menjadi seorang yang dipercayai oleh pelajar di samping mempunyai semangat

kesungguhan dalam melakukan tugasan. Dalam pada itu, guru sejarah yang baik juga perlu

memiliki personaliti yang baik dan minat dalam memaju dan mengembangkan diri.

Bentuk pengajaran dengan menggunakan buku teks semata-mata boleh diatasi dengan

cara guru menggunakan sumber-sumber sejarah seperti dokumen (akhbar, majalah, berbagai

jenis surat, laporan buku catatan dan lain-lain), rekod-rekod (sumber-sumber kesusasteraan

sejarah dan biografi) serta tinggalan-tinggalan berunsurkan sejarah. Selain itu, guru juga perlu

menggabungkan media dengan bahan-bahan pengajarannya. Hal yang demikikan kerana

penggunaan media mampu menjadikn proses pengajaran dan pembelajaran sejarah lebih

teratur dan berkesan. Antara kebaikan penggunaan media ialah menyumbang kepada

peningkatan minat pelajar, dapat menggalakkan pembacaan sendiri dan penyelidikan dalam

kalangan pelajar serta mampu meningkatkan pengekalan pembelajaran. Jenis-jenis media atau

alat yang sesuaikan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah ialah alat

pandang, alat pandang dengar, alat dengar,jadual, peta dan glob serta alat bergambar dan

grafik.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru boleh memilih dan

menggunakan teknik-teknik pengajaran yang sesuai. Teknik-teknik itu haruslah berasaskan

kajian daripada bidang-bidang yang ada kaitannya dengan ilmu pendidikan, seperti bidang

psikologi, sosiologi, falsafah pendidikan dan pedagogi. Memang tidak dapat disangkal bahawa

pelbagai teknik boleh diaplikasikan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, namun

Page 3: SJH 3103 - ROZATI

SJH 3106 – KAEDAH MENGAJAR SEJARAH SEKOLAH RENDAH

3 ROZATI SENIK / RBT2

demikian harus diingat bahawa tiada satu teknik pun yang dianggap sesuai dan dapat

digunakan untuk semua keadaan atau terbaik untuk semua situasi pengajaran. Oleh itu, teknik

yang digunakan itu harus bergantung pada peringkat umur, suasana bilik darjah dan

kemampuan serta minat murid terhadap bahan pengajaran yang akan disampaikan. Tegasnya,

seorang guru itu mestilah bijak memilih teknik-teknik yang akan digunakannya semasa

menyampaikan sesuatu pengajaran.

Kaedah dan teknik pengajaran ialah cara yang lebih khusus atau spesifik yang

digunakan untuk mengajar (atau menguji) sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Ia boleh

wujud dalam bentuk aktiviti, strategi atau taktik, dan bahan atau alat yang berkaitan dengan

pelajaran tersebut. Menurut Mengantar Simanjuntak dalam buku Kamarudin Hj. Husin & Siti

Hajar Hj. Abd. Aziz pula, teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan

oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu

bahagian bahasa tertentu. Berdasarkan definisi tersebut, dapat diringkaskan bahawa, teknik

dan kaedah amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian adalah

sama dengan proses P&P sejarah.

Dalam pengajaran sejarah terdapat beberapa kaedah dan teknik yang boleh

diaplikasikan dalam bilik darjah. Antaranya, kaedah penceritaan, kaedah inkuiri, kaedah

perbincangan, kaedah syarahan, kaedah dapatan, kaedah sokratik, kaedah penerangan,

kaedah simulasi, kaedah kaji peta, kaedah kaji gambar, kaedah kaji dokumen, kaedah tutorial,

kaedah tunjuk cara, kaedah kaji buku teks, kaedah lakonan dan kaedah projek. Sungguhpun

begitu, kaedah-kaedah ini juga boleh membosankan pelajar. Hal ini demikian kerana,

pengajaran dengan hanya menggunakan satu pendekatan dilihat hanya dapat menarik

perhatian pelajar pada awal pengajaran sahaja namun tumpuan pelajar akan terjejas jika guru

terlalu yakin akan kaedah yang digunakan.

3.0 KAEDAH THEORY OF CONTRAINTS (TOC)

Penggabungjalinan antara beberapa kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran

sejarah adalah perlu bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih ‘hidup’ dan kondusif

dan dalam masa yang sama, matlamat pengajaran sejarah dapat dicapai. Wan Nik Muda dan

Wan Ruslim Ismail dalam artikel mereka theory of constraints for education menyatakan

bahawa penggabungan beberapa kaedah akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

Page 4: SJH 3103 - ROZATI

SJH 3106 – KAEDAH MENGAJAR SEJARAH SEKOLAH RENDAH

4 ROZATI SENIK / RBT2

Untuk itu, mereka telah mencadangkan satu kaedah pengajaran sejarah berdasarkan theory of

Constraints. Theory of Constraints (TOC) adalah salah satu kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang inovatif daripada perspektif guru dan murid. Teknik ini dapat

“menghidupkan” pengajaran dan pembelajaran sejarah sekaligus meningkatkan minat murid

terhadap mata pelajaran ini. TOC adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran

berfikir dan penyelesaian masalah berdasarkan pemikiran yang logik dan sistematik. Teknik ini

adalah sebagai satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid.

Menerusi perlaksanaan teknik TOC dalam pengajaran dan pembelajaran, murid dan

guru berupaya mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran, menyelesaikan masalah

dengan berkesan, membuat keputusan secara bertanggungjawab, berkomunikasi dengan baik

dan memperoleh pembelajaran sepanjang hayat. Melalui aplikasi teknik TOC juga, tiga

kemahiran dapat digabungjalinkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu kemahiran

berfikir secara kritis, kemahiran berfikir secara kreatif, kemahiran generik. Contoh yang boleh

kita ambil menerusi penggunaan teknik TOC dalam pendidikan sejarah adalah sebagaimana

berikut; sesi bercerita (pemahaman konflik dan cara watak membuat keputusan), kajian kes

(modifikasi kelakuan dan tingkah laku, pembelajaran nilai murni dan kerohanian), dan

kandungan Huraian Sukatan Pelajaran (kemahiran berfikir dan perancangan strategik).

Dalam pendidikan terutamanya pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah,

terdapat beberapa teknik atau aktiviti TOC yang boleh diaplikasikan iaitu, teknik awan (the

cloud), teknik sebab dan akibat ( logic branch ), teknik penyelesaian masalah (problem solving).

Teknik awan adalah satu teknik yang mengkehendak pelajar memikirkan tentang sesuatu

kejadian, idea, situasi dan penyelesaian konflik yang bertentangan kehendak. Konflik yang

hendak diselesaikan mungkin berbentuk konflik internal yang hanya melibatkan satu pihak

sahaja atau konflik eksternal yang melibatkan dua pihak. Dalam usaha menyelesaikan konflik,

hanya satu kehendak sahaja yang dicapai atau diperolehi. Penyelesaian ‘win-win’ diberikan

oleh pelajar berdasarkan pemikiran yang logik dan sistematik agar kedua-dua keperluan yang

menjurus kepada matlamat bersama boleh dicapai.

Teknik sebab dan akibat menerangkan bagaimana sesuatu tingkah laku, idea atau

kejadian mengakibatkan kesan-kesan berikutnya. Penekanan yang perlu diberikan ketika

melaksanakan teknik sebab dan akibat dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

sejarah termasuklah, Memahami teks atau maklumat yang diberikan, mengenal pasti objektif

Page 5: SJH 3103 - ROZATI

SJH 3106 – KAEDAH MENGAJAR SEJARAH SEKOLAH RENDAH

5 ROZATI SENIK / RBT2

pengajaran dan pembelajaran (what to learn). Menentukan titik tolak atau permulaan peristiwa

(the begining event), mengenalpasti perkara-perkara penting yang terkandung dalam teks,

menyusun perkara-perkara tersebut mengikut turutan yang bermula dengan titik tolak peristiwa,

mengemukakan maklumat yang menyokong perkara-perkara penting (anggapan antara sebab

dan akibat) yang memperkembangkan “higher-order thinking”.

Teknik penyelesaian masalah pula satu teknik pengajaran yang bertujuan untuk

memberi peluang dan ruang kepada pelajar lebih produktif dan bertukar pandangan dalam

usaha untuk menyelesaikan persoalan yang dikemukakan kepada mereka. Teknik ini boleh

digunakan bagi merancang langkah-langkah dengan sistematik secara kolaboratif untuk

menghadapi dan mengatasi cabaran ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.

Terdapat beberapa langkah yang perlu diberikan perhatian ketika melaksanakan teknik

penyelesaian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah. Antaranya, mengenal pasti

matlamat yang diingini dan matlamat tersebut mestilah jelas, mengenal pasti cabaran-cabaran

yang akan dihadapi sebelum pencapaian matlamat yang telah ditetapkan, mencadangkan

langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi cabaran dan menyusun langkah-langkah

untuk mengatasi cabaran mengikut keutamaan.

4.0 TEKNIK BERCERITA

Mengikut pandangan Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1997), teknik

boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di

dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

Mok Soon Sang (2002) pula berpendapat, teknik ialah kemahiran guru dalam

pengelolaan dan pelaksanaan kaedah pengajaran dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.

Jadi, teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi

menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya.

Teknik yang dipilih pula haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan selaras

dengan pendekatan yang digunakan.

Bercerita pula merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan

mimik muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi penonton.

Kelebihan teknik bercerita :-

Sebagai suatu teknik dalam pembelajaran, bercerita bermanfaat bagi

murid-murid dalam memperkembangkan aspek kognitif, afektif mahupun

Page 6: SJH 3103 - ROZATI

SJH 3106 – KAEDAH MENGAJAR SEJARAH SEKOLAH RENDAH

6 ROZATI SENIK / RBT2

psikomotor. Hal ini demikian kerana melalui cerita, murid-murid boleh

mendapatkan maklumat tentang fakta, konsep mahupun pengetahuan

yang digabungjalinkan dalam sesuatu kisah. Cerita juga menampilkan

model-model tingkahlaku yang ditunjukkan oleh para pemegang watak

atau tokoh dalam cerita.

Murid-murid sebagai pendengar cerita, biasanya juga terlibat secara

emosional ketika mendengar atau membaca cerita. Dengan hal yang

demikian, maka baik aspek kognitif, afektif maupun psikomotor murid-

murid dapat dibantu perkembangannya melalui bercerita.

Sebagai suatu teknik dalam pembelajaran juga, bercerita memiliki

beberapa kelebihan jika dibandingkan dengan teknik-teknik yang lain.

Pertama, melalui penyampaian cerita, guru dapat membina satu suasana

yang menyenangkan dan mengasyikkan. Hal ini demikian kerana cerita

merupakan bentuk dari seni sastera yang memiliki keindahan dan

kenikmatan, lebih-lebih lagi jika jalan cerita yang disampaikan

mempunyai hubungkait dengan lingkungan kehidupan murid-murid.

Kedua, cerita yang sarat dengan nilai-nilai murni, mampu menanamkan

sikap jujur, berani, setia, ramah dan sikap positif lainnya yang berguna

dalam pembentukan budi pekerti atau keperibadian murid-murid.

Ketiga, melalui teknik bercerita, murid-murid dapat mengenali fakta-fakta

alam sekitar mahupun pengetahuan sosial yang berguna bagi

perkembangan kognitif mereka.

Keempat, terdapat banyak aspek yang boleh dipelajari oleh murid-murid

dalam satu-satu masa. Penggabungjalinan kemahiran berbahasa seperti

mendengar, bertutur, menulis dan membaca yang berlaku ketika murid-

murid mendengar atau membaca cerita dapat membantu mereka

menajamkan lagi kemahiran-kemahiran yang terlibat.

Selepas sesi bercerita, sesi perbincangan pula perlu dijalankan untuk

menguji kefahaman pelajar tentang cerita yang disampaikan,

perbincangan hendaklah merangkumi:

Pengajaran dan nilai murni daripada cerita yang disampaikan.

Latihan tatabahasa.

Merumuskan isi-isi penting dalam cerita.

5.0 APLIKASI KAEDAH DAN TEKNIK DALAM RPH

Selain menggunakan kaedah tersebut, guru-guru juga boleh mengubah suai teknik-

teknik yang sedia ada kepada suatu teknik yang lebih kreatif atau dengan mengabungjalinkan

dengan kaedah yang lain seperti kaedah bercerita dan puisidra. Contohnya dalam pembinaan

RPH Pengertian Diri Dan Keluarga ini, telah menggabungkan kaedah ini di samping teknik

penyoalan dan perbincangan. Bagi permulaan prose pembelajaran ini, guru memulakan dengan

tayangan klip video lagu Keluarga Bahagia nyanyian kumpulan nasyid popular sebagai set

Page 7: SJH 3103 - ROZATI

SJH 3106 – KAEDAH MENGAJAR SEJARAH SEKOLAH RENDAH

7 ROZATI SENIK / RBT2

induksi dan pelajar akan dapat menyanyikannya bersama-sama. Dengan itu, para pelajar akan

lebih berminat dan bersedia untuk meneruskan sesi pembelajaran mereka. Setelah itu guru

menunjukkan gambar / foto keluarga dan bersoal jawab dengan murid tentang gambar tersebut.

Ini akan mencungkil pengetahuan sedia ada pelajar tersebut. Setelah itu guru meminta setiap

pelajar untuk menceritakan perihal diri dan keluarganya. Setiap pelajar akan teruja untuk

bercerita tentang dirinya kepada guru dan rakan sekelasnya. Guru memberi penerangan

tentang salasilah keluarga dan juga pengertian keluarga asas. Setelah penerangan diberikan,

pelajar akan dibimbing untuk membina teknik awan untuk membuat biodata diri. Pelajar juga

diminta untuk membina peta pokok bagi menunjukkan sasilah keluarga. Dalam pada itu,

pengaplikasian teknik permainan dalam sesi pembelajaran juga boleh menjadikan proses P&P

menjadi lebih menarik. Contohnya mengaplikasikan teknik permainan poker dalam proses

pembelajaran koperatif. Teknik ini mengkehendaki guru menyuruh pelajar membentuk

kumpulan kecil seramai empat orang dengan satu set kad poker. Set poker dibahagikan kepada

dua bahagian iaitu bahagian yang mengandungi soalan dan bahagian yang mengandungi

jawapan. Kad yang mengandungi soalan dipilih dan dicabut terlebih dahulu oleh pelajar

sebelum memulakan permainan (prinsip terbuka). Pelajar akan mencabut set kad yang

mengandungi jawapan secara bergilir. Kad jawapan yang tepat akan disimpan oleh pelajar

manakala kad yang mempunyai jawapan yang tidak tepat akan diletakkan semula pada kad di

bahagian bawah sekali. Setelah berjaya memadankan kad-kad soalan dengan kad-kad

jawapan, pelajar perlu membuat analisis atau deskripsi atas jawapan tersebut.

Walau apapun kaedah atau teknik yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran

dan pembelajaran, perkara yang paling penting adalah kesediaan dan kekreatifan guru itu

sendiri dalam mengenal pasti kehendak dan kebolehan pelajar, suasana bilik darjah dan

beberapa faktor lain. Hal ini bukan sahaja memerlukan usaha yang gigih daripada kalangan

guru-guru bahkan juga memerlukan pengorbanan masa dan tenaga dalam memastikan

kesesuaian kaedah dalam bilik darjah.

Page 8: SJH 3103 - ROZATI

SJH 3106 – KAEDAH MENGAJAR SEJARAH SEKOLAH RENDAH

8 ROZATI SENIK / RBT2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATA PELAJARAN DAN KELAS SEJARAH 4 MAJU

TEMA / TAJUK MARI BELAJAR SEJARAH

MASA 9.15 PAGI – 10.15 PAGI

STANDARD KANDUNGAN 1.2 Pengertian Diri Dan Keluarga

STANDARD PEMBELAJARAN 1.2.1 Menyatakan biodata diri

1.2.2 Menyatakan pengertian salasilah keluarga

1.2.3 Menyatakan pengertian keluarga asas

OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid akan

dapat:-

i. Menyatakan biodata diri

ii. Menyatakan pengertian salasilah keluarga

iii. Menyatakan pergertian keluarga asas

AKTIVITI i. Menonton tayangan klip video lagu Keluarga

Bahagia

ii. Melihat gambar keluarga

iii. Bercerita tentang biodata diri dan keluarga

iv. Penerangan tentang maksud salasilah keluarga

menggunakan kaedah TOC

v. Permainan kad poker sama padan

vi. Membina peta minda secara berkumpulan

vii.Membina kad biodata diri

ELEMEN MERENTAS

KURIKULUM (EMK)

Nilai Murni : kasih sayang, hormat

Kemahiran Pemikiran Sejarah : Elemen Asas Sejarah

Elemen Kewarganegaraan : Sayangi keluarga

Page 9: SJH 3103 - ROZATI

SJH 3106 – KAEDAH MENGAJAR SEJARAH SEKOLAH RENDAH

9 ROZATI SENIK / RBT2

TMK : Kemahiran menggunakan Real Player / DVD

Power

BAHAN BANTU MENGAJAR Komputer, LCD, video klip lagu set kad poker, alat tulis,

papan tulis, kertas manila

STANDARD PRESTASI (DSKP) TP 1 Murid mengetahui tentang pengertian diri dan

keluarga

TP 2 Murid memahami tentang salasilah keluarga

TP 3 Murid boleh menerangkan tentang pengertian diri

dan keluarga dengan memberikan contoh

AKTIVITI EMK CATATAN

Permulaan ( 5 minit)

Menonton klip video

1. Murid menonton tayangan klip

video lagu “Keluarga Bahagia”

2. Guru bertanyakan soalan

berkaitan dengan video tersebut

a) Apakah kejadian yang

dicerita di dalam lirik lagu

ini? Murid menjawab secara

lisan

b) Siapakah saya? Setiap

seorang murid menjawab

dengan memberikan nama.

c) Guru mengaitkan bahawa

setiap orang mempunyai

biodata dan keluarga masing

-bersyukur

EMK: Kecerdeasan

Pelbagai

TMK: Movie maker

KBKK:

Menghubungkait

Menjana idea

Komputer riba

LCD

Klip Video Lagu

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Page 10: SJH 3103 - ROZATI

SJH 3106 – KAEDAH MENGAJAR SEJARAH SEKOLAH RENDAH

10 ROZATI SENIK / RBT2

AKTIVITI EMK CATATAN

AKTIVITI 1 (15 minit)

1. Guru bercerita tentang biodata

dirinya

2. Murid diminta untuk

menceritakan biodata diri atau

perihal diri dan keluarga kepada

rakan-rakan sekelas

3. Murid lain mendengar dengan

teliti cerita kawan-kawannya

sambil mencatat nota ringkas

-bersyukur

EMK: Kecerdeasan

Pelbagai

KBKK:

Menghubungkait

Menjana idea

Contoh Kad Biodata

AKTIVITI 2 (10 minit)

1. Guru memberi penerangan

tentang pengertian salasilah

keluarga

2. Guru membimbing murid

mengenali salasilah keluarga

mereka

3. Guru memberi penerangan

tentang pengertian keluarga

asas

4. Guru membimbing dan membuat

rumusan tentang hasil kerja

kumpulan

-Kerjasama

EMK: Kecerdasan

Pelbagai

TMK: Pemprosesan

Perkataan

KBKK:

Menjana idea

Kad Arahan

Komputer

LCD

AKTIVITI 3 (15 minit)

1. Guru menerangkan tentang cara

membina peta minda

2. Murid dibimbing untuk membina

peta pokok bagi menunjukkan

salasilah keluarga dan juga ahli-

ahli keluarga.

KBKK:

Menjana idea

Lembaran

kerja

Page 11: SJH 3103 - ROZATI

SJH 3106 – KAEDAH MENGAJAR SEJARAH SEKOLAH RENDAH

11 ROZATI SENIK / RBT2

AKTIVITI PENGUKUHAN (10 minit)

1. Murid diedarkan dengan kertas

biodata diri

2. Murid diminta untuk

melengkapkan biodata diri

tersebut dan ditampal di atas

kad manila

3. Murid diminta menyediakan kad

bodata diri mengikut kekreatifan

masing-masing.

KBKK: Menjana idea

Lembaran biodata

Kad manila

PENUTUP

1. Guru menayang video klip lagu

keluarga saya

2. Murid menyanyi dengan iringan

dalam tiga bahasa yang

melambangkan 1 Malaysia

3. Guru merumuskan pembelajaran

hari ini

NIlai : Kasih Sayang

Kecerdasan Pelbagai

LCD

Laptop

CD

7.0KESIMPULAN

Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang penting. Hal ini demikian kerana

pengajaran sejarah mampu membentuk jiwa, akhlak dan jati diri bangsa khususnya dalam

memupuk semangat patriotisme. Sungguhpun begitu, pengajaran dan pembelajaran subjek ini

memerlukan penghayatan dan minat bagi menimbulkan konsep kesedaran atau celik dalam

sejarah. Oleh yang demikian, peranan guru amatlah ditagih dalam mewujudkan suasana

pembelajaran yang menarik dan mampu membawa pelajar menghayati peristiwa sejarah itu

seperti yang sebenarnya. Guru yang kreatif dapat mempengaruhi tahap kesedaran pelajar.

Jadi, penggunaan pelbagai teknik, alat bantu mengajar, dan minat guru sejarah itu sendiri

merupakan nadi penggerak pada kejayaan tersebut.

Page 12: SJH 3103 - ROZATI

SJH 3106 – KAEDAH MENGAJAR SEJARAH SEKOLAH RENDAH

12 ROZATI SENIK / RBT2

8.0 BIBLIOGRAFI

Abdul Rahim Abdul Rashid, 2000. Panduan Latihan Mengajar, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Ahonen, S. (2001). Politik of Identity through history curriculum: narratives of the past

for social exclusion-or inclusion? Dalam Journal of Curriculum Studies, 33(2),

179-194.

Anhar Gonggong. Suara Merdeka, 23 Jun 2005.

Ariffin Ba,ada (1991). Penerapan nilai-nilai merentas kurikulum – ke arah melahirkan

generasi yang harmonis dalam jurnal pendidikan, 35(75), 41-48.

Deliman, A. (2005). Perspektif Materi Pendidikan Sejarah Yang Ideal, Socio, Vol. I, Nomor 1,

Yogyakarta: HISPISI dan FIS UNY

.

Gde Widja (1990). Dasar-dasar Pengembangan Strategi Serta Metode Pengajaran Sejarah

Edisi Pertama. Jakarta: Depdikbud.

http://sejarahmgcm.files.wordpress.com/2009/07/bs_kbsm_sej6.pdf

http://www.scribd.com/doc/146335912/RPH-SEJARAH-TAHUN-4

http://nota-budak-ipg.blogspot.com/2012/10/konsep-teknik-bercerita.html

http://oh-cikgu.blogspot.com/2010/09/kelebihan-teknik-bercerita.html