masalah pembelajaran

21
Pengalaman Kena Denda di Sekolah By admin | Published: January 29, 2012 Ramai kanak-kanak semasa di alam persekolahan mempunyai pengalaman kena denda di sekolah atau hukuman yang melibatkan jasmani seperti dirotan, ditengking dan dipukul sama ada di negara ini mahupun di sekolah di luar negara. Begitupun, laporan oleh Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bertajuk Keganasan Terhadap Kanak-Kanak berpendapat, amalan itu hanya akan memberikan kesan negatif kepada emosi serta pelajaran mereka. Laporan tersebut menyebut, hukuman denda dalam bentuk fizikal sebenarnya tidak memberi kesan positif kepada pelajar, malah lebih teruk lagi apabila mereka secara tidak langsung mula beranggapan bahawa keganasan boleh diterima pakai ketika berhadapan dengan masalah. “Tindak tanduk seperti menengking, memukul dan hukuman denda yang melibatkan fizikal dan psikologi, berakhir dengan kesan kemarahan serta perasaan malu kepada pelajar tersebut,” ujar wakil UNICEF di Malaysia, Youssouf Oomar.

Upload: sabariah-bahrum

Post on 24-Apr-2015

3.930 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: masalah pembelajaran

Pengalaman Kena Denda di SekolahBy admin | Published: January 29, 2012

Ramai kanak-kanak semasa di alam persekolahan mempunyai pengalaman kena denda di sekolah  atau hukuman yang melibatkan jasmani seperti dirotan, ditengking dan dipukul sama ada di negara ini mahupun di sekolah di luar negara. Begitupun, laporan oleh Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bertajuk Keganasan Terhadap Kanak-Kanak berpendapat, amalan itu hanya akan memberikan kesan negatif kepada emosi serta pelajaran mereka.

Laporan tersebut menyebut, hukuman denda dalam bentuk fizikal sebenarnya tidak memberi kesan positif kepada pelajar, malah lebih teruk lagi apabila mereka secara tidak langsung mula beranggapan bahawa keganasan boleh diterima pakai ketika berhadapan dengan masalah.

“Tindak tanduk seperti menengking, memukul dan hukuman denda yang melibatkan fizikal dan psikologi, berakhir dengan kesan kemarahan serta perasaan malu kepada pelajar tersebut,” ujar wakil UNICEF di Malaysia, Youssouf Oomar.

Beliau menambah, terlalu sedikit nilai positif yang diperoleh oleh pelajar yang pernah menjalani hukuman fizikal di sekolah

Sebaliknya, apa yang lebih merisaukan pelajar berkenaan hilang matlamat dalam akademik dan kurang bermotivasi untuk berjaya.

Page 2: masalah pembelajaran

Laporan tersebut dijalankan dalam tempoh lima tahun menerusi lawatan dan pemantauan intensif daripada sembilan bahagian, termasuk kerajaan, orang awam dan kanak-kanak.

Di samping lawatan dan pemantauan, borang kaji selidik turut diedarkan kepada 133 kerajaan di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Laporan yang dikeluarkan dua tahun lalu mendedahkan skop yang mengejutkan ke atas keganasan terhadap kanak-kanak , keluarga, komuniti terhampir mahupun komuniti yang lebih meluas.

Kebanyakan kanak-kanak mempunyai pengalaman merasai hukuman jasmani oleh individu yang sepatutnya melindungi mereka.

Dalam laporan yang sama, sekolah turut direkodkan sebagai kawasan hitam kepada pelajar yang pernah menjalani hukuman jasmani mahupun mereka yang pernah merasai pengalaman dibuli.

Laporan tersebut turut memberitahu, kanak-kanak yang diberi hukuman jasmani di sekolah mempunyai nilai moral yang lebih rendah dan cepat menjadi tertekan serta bersikap agresif.

“Hukuman jasmani mengikis kepercayaan pelajar terhadap guru dan sekolah mereka. Ia juga boleh menyebabkan pelajar tersebut menjadi tidak hormat dan mempunyai perasaan marah terhadap pendidik mereka, selain menyebabkan kanak-kanak itu menjadi kurang tindak balas terhadap sesuatu perkara.

“Kanak-kanak yang mempunyai sikap anti sosial, agresif dan berasa tertekan biasanya akan terbawa-bawa perangai tersebut sehingga mereka dewasa,” jelas Youssouf.

Di Malaysia, hukuman jasmani dilihat sebagai cara terbaik untuk mendisiplinkan pelajar yang mempunyai masalah disiplin serta salah laku.

Manakala, untuk kesalahan yang lebih serius seperti mencuri, merokok, gangsterisme dan buli menjadi penyebab mengapa rotan dan pembaris kayu panjang perlu ada dalam bilik darjah di negara ini.

Ada kalanya kesalahan kecil seperti tidak melakukan kerja rumah turut berhadapan dengan hukuman jasmani.

UNICEF percaya bahawa hukuman jasmani ini perlu dihapuskan kerana ia bersifat penganiayaan dan tidak berkesan dalam mendidik pelajar menjadi lebih baik dan berdisiplin.

Untuk mengukuhkan lagi kajian tersebut, Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak turut mengharamkan cara hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan tanpa mengira apa jua keadaan sekalipun.

Page 3: masalah pembelajaran

Dalam hal ini, bagi memberi persekitaran yang baik untuk kanak-kanak, Youssouf mencadangkan cara alternatif bagi menggantikan hukuman jasmani, sekali gus meningkatkan prestasi pelajar dalam pelajaran dan keperluan psikologi mereka.

“Pelajar, pendidik, para guru dan ibu bapa mestilah bersama-sama berkongsi matlamat menjadikan suasana kelas yang lebih berdisiplin.

“Ia secara tidak langsung menggalakkan pelajar untuk memiliki sikap kawalan diri yang tinggi, keyakinan dan sifat hormat menerusi proses pembelajaran yang bukan bersifat keganasan.

“Kanak-kanak dengan sendirinya akan membetulkan tidak tanduk mereka sekiranya kita memberikan satu panduan yang positif.

“Dengan sumber yang betul dan pendekatan yang berkesan, pihak sekolah akan dapat juga mencari alternatif terbaik bagi menggantikan hukuman fizikal bagi memastikan generasi yang lebih positif dan lebih berkualiti pada masa hadapan,” katanya

Page 4: masalah pembelajaran

Persepsi negatif punca pelajar tidak minat sains Oleh Sabri Ahmad2012/03/29

MENTERI Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam Amanat Tahun Baru 2012, baru-baru ini melahirkan kebimbangan mengenai kemerosotan bilangan pelajar yang mengambil mata pelajaran sains di peringkat sekolah.

Masalah berkenaan perlu diberi perhatian serius kerana telah sampai ke tahap sangat kritikal walaupun banyak inisiatif diperkenalkan oleh kerajaan untuk memajukan bidang sains.

Fenomena itu bukan saja berlaku di Malaysia, malah hampir di serata dunia, termasuk di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah. Di Amerika contohnya, bilangan pelajar yang memohon untuk mengikuti pengajian di universiti dalam bidang sains, matematik dan teknologi kurang berbanding jumlah tempat yang ditawarkan kerana kekurangan pelajar dalam aliran berkenaan di peringkat sekolah tinggi.

Masalah yang diperkatakan oleh Menteri Pengajian Tinggi itu berlaku disebabkan persepsi negatif daripada kalangan pelajar terhadap subjek sains sejak mereka masih di bangku sekolah rendah lagi. Pelajar beranggapan bahawa mata pelajaran sains dan matematik adalah sukar untuk lulus dengan cemerlang dan boleh menjejas peluang melanjutkan pengajian di universiti.

Memandangkan sistem pembelajaran di negara ini berorientasikan peperiksaan, maka ramailah pelajar beralih kepada aliran sastera atau agama berbanding sains dengan harapan lebih cemerlang dalam peperiksaan supaya mereka dapat menyambung pengajian di universiti.

Walhal tempat melanjutkan pengajian dalam bidang yang memerlukan kelulusan mata pelajaran sains lebih banyak disediakan oleh kerajaan berbanding aliran lain. Peluang pekerjaan yang tersedia juga lebih luas dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan yang pasaran pekerjaannya melangkau sempadan negara.

Bagaimanapun, pemilihan kursus yang tidak sejajar dengan kehendak semasa menyebabkan berlaku lambakan graduan yang gagal mendapat pekerjaan bersesuaian dengan bidang pengajian yang mereka ikuti.

Sebelum ini kerajaan telah menetapkan sasaran supaya 60 peratus pelajar sekolah menengah terdiri daripada mereka yang belajar dalam aliran sains. Sekolah akan bertindak sebagai pembekal calon mahasiswa kepada universiti untuk melahirkan modal insan terlatih dalam bidang sains dan teknologi bagi menjayakan agenda pembangunan negara.

Bagaimanapun, agenda itu masih belum tercapai kerana berdasarkan kepada Kajian Hala Tuju Modal

Page 5: masalah pembelajaran

Insan Sains dan Teknologi Tahun 2020 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi menyaksikan peratusan pelajar yang mengambil jurusan sains sejak 2007 terus menunjukkan penurunan sehingga 27 peratus pada 2012.

Oleh itu, impian kerajaan untuk melahirkan 200,000 jurutera menjelang 2020 masih jauh daripada jangkauan kerana nisbah 60:40 pelajar sains dan teknologi berbanding aliran lain di universiti belum tercapai.

Bagi mengatasi masalah kekurangan calon mahasiswa yang memohon mengikuti pengajian dalam bidang sains, matematik dan teknologi di institusi pengajian tinggi (IPT), jumlah pelajar yang lulus dengan cemerlang dalam subjek berkenaan di peringkat sekolah perlu diperbanyakkan.

Mahasiswa yang mempunyai asas sains dan matematik yang kukuh di peringkat sekolah mampu menjadi graduan yang cemerlang dan menyumbang kepada penghasilan tenaga kerja profesional berkualiti. Sebagai negara yang sedang menuju ke arah negara maju, Malaysia memerlukan ramai sumber tenaga mahir dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan.

Oleh itu, pihak yang berkenaan perlu mencari alternatif baru agar dapat menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sains, matematik dan teknologi. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah membangunkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjadikan mata pelajaran berkenaan lebih menarik dan menyeronokkan.

Masalah pelajar kurang meminati mata pelajaran sains, matematik dan teknologi turut mendapat perhatian kalangan ahli akademik dan pembuat dasar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Baru-baru ini, UTM dan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) bekerjasama untuk menyediakan program bagi membantu kerajaan menjadikan pendidikan sains, matematik dan teknologi lebih kreatif dan inovatif.

Bagi tujuan itu, Pengarah Pusat Asas Sistem Kejuruteraan dan Konsortium Rangkaian Pembelajaran Antarabangsa MIT, Prof Richard Larson telah dijemput untuk menyumbangkan idea. Beliau ialah pengasas program Gabungan Pembelajaran Sains atau Matematik (Blended Learning Open Source Science or Math - BLOSSOMS)) yang diperkenalkan pada 2002.

BLOSSOMS ialah sumber pembelajaran terbuka yang dibiayai oleh beberapa yayasan bukan kerajaan di Amerika Syarikat membabitkan kaedah pembelajaran sains, matematik dan teknologi menggunakan video yang diharap dapat mengatasi masalah pelajar kurang minat terhadap bidang sains dan teknologi di negara ini.

Program berkenaan yang telah dilaksanakan di beberapa negara seperti Arab Saudi, Pakistan, Jordan, Lebanon, India, China serta di sekitar Boston mampu melahirkan pelajar yang berfikir secara lateral dan kreatif.

Page 6: masalah pembelajaran

Dalam pada itu, pihak berkuasa di negara Scandinavia menjemput jurutera ke sekolah untuk mengajar subjek berkaitan kejuruteraan bagi menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran berkenaan.

Sementara itu, Pemegang Kerusi Pembelajaran Berdasarkan Masalah dalam Pendidikan Kejuruteraan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), Prof Dr Anne Kolmos, berkata usaha perlu ditingkatkan bagi menarik lebih ramai pelajar, terutama wanita agar tertarik kepada bidang kejuruteraan yang dianggap ‘kotor’.

Oleh itu, sebagai negara yang sedang berusaha melengkapkan diri menjadi negara maju, Malaysia memerlukan ramai calon mahasiswa yang cemerlang dalam bidang sains, matematik dan teknologi.

Sesungguhnya, masalah pelajar kurang minat terhadap subjek berkenaan perlu diatasi segera kerana seperti kata Menteri Pengajian Tinggi, sains adalah asas kepada inovasi dan inovasi pula menjadi asas teknologi dan tranformasi ekonomi negara.

Penulis ialah Penolong Pendaftar Pejabat Hal Ehwal Korporat, Universiti Teknologi Malaysia

PROGRAM PENDIDIKAN UNTUK KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

Memandangkan kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kemahiran belajar yang berlainan daripada kanak-kanak biasa maka para pendidik perlu merangka satu program pendidikan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini.Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982), program pendidikan kanak-kanak pintar cerdas ini terbahagi kepada tiga bentuk umum iaitu pengayaan, percepatan dan pengelompokan.Program pengayaan terdiri daripada tiga jenis aktiviti iaitu pendedahan, latihan berkelompok dan penyelidikan masalah sebenar.

PROGRAM PENGAYAANAktiviti pendedahan Murid diberi kebebasan atau ruang untuk mempelajari bidang yang diminati. Satu sudut yang lengkap dengan pelbagai bahan pengayaan disediakan di bilik darjah. Maklumat-maklumat pengayaan seperti apa yang menarik dalam bidang tersebut , dari mana boleh mendapatkan maklumat tambahan, apakah isu-isu semasa dalam bidang ini, disediakan. Selain daripada majalah, pampflet dan buku-buku, guru juga perlu mengadakan aktiviti lawatan, ceramah, tayangan video dan sebagainya sebagai aktiviti pendedahan.

Page 7: masalah pembelajaran

Latihan berkelompok Ini merupakan program latihan bagi meluaskan skim pemikiran kanak-kanak. Antara aktiviti latihan ini termasuklah pemikiran kritis, penyelesaian masalah, kaedah projek dan inkuiri-penemuan.

Penyelidikan masalah sebenar Kanak-kanak pintar cerdas diberi latihan secara kumpulan kecil. Mereka diberi latihan dan bimbingan khusus untuk menyelidik masalah sebenar. Aktiviti ini menggunakan teknik inkuiri-penemuan iaitu kanak-kanak pintar cerdas tadi bermula dengan pembentukan sesuatu masalah, memahami masalah yang dibentuk, menyediakan pelan tindakan, menjalankan rancangan penyelidikan, membuat laporan dan membuat refleksi untuk membina skim penghayatan yang mantap.

Program PercepatanIni bermaksud kurikulum yang diajar kepada kanak-kanak pintar cerdas itu dihabiskan dengan cepat. Ada beberapa cara untuk melaksanakan program ini seperti kanak-kanak yang lebih muda memasuki tahun satu persekolahan, melangkaui kelas, melangkaui sebahagian daripada masa kelas untuk mengikuti mata pelajaran tertentu dalam kelas yang lebih tinggi (mengikut minat dan perkembangan intelek) dan memendekkan tempoh pengajaran seperti kurikulum setahun diajar dalam tempoh 6 bulan dan lebihan masa iti digunakan untuk mempelajari kurikulum yang lebih tinggi.

Program PengelompokanProgram ini menentukan bahawa kanak-kanak dalam kategori pintar cerdas ini dikumpulkan dalam satu kelas dan diberi bimbingan yang sesuai oleh guru yang terlatih. Program pengelompokan ini memerlukan satu penilaian yang standard untuk menentukan tahap kanak-kanak pintar cerdas. Langkah ini juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak pintar cerdas untuk menikmati pembelajaran yang lebih sempurna. Komputer dan Kanak-kanak Pontar CerdasGeoffrey Jones dalam artikelnya bertajuk, “Personal Computers Help Gifted Students Work Smart” telah menggariskan kebolehan-kebolehan komputer dalam memenuhi keperluan belajar kanak-kanak pintar cerdas. Antaranya ialah :o Teknologi komputer yang fleksibel akan memudahkan gaya pembelajaran dan minat individu untuk berinteraksi dengan gambar, perkataan, nombor atau sebarang medium yang memberi keselesaan kepada pelajar. o Struktur pengalaman yang direka oleh guru-guru terlatih akan membantu pelajar untuk membina kekuatan dan mengatasi kelemahan-kelemahan mereka. Word Processors dapat memperbaiki penulisan dan pengolahan idea-idea. Program-program komputer yang berkaitan dengan data statistik boleh membantu pelajar menyelesaikan pelbagai soalan yang mencabar minda mereka. Pelajar-pelajar akan bertambah yakin membina pelbagai “skills” mereka. 

Page 8: masalah pembelajaran

o Komputer juga boleh digunakan untuk menyaingi kehendak pelajar. Komputer dapat “bersabar” dan menguasai pada satu-satu idea untuk jangka masa yang panjang. Komputer juga boleh melakukan kerja-kerja yang kompleks apabila para pelajar telah bersedia untuk menggunakannya. o Apabila para pelajar telah menerima sesuatu tanggungjawab dan menguasai penggunaan komputer, mereka akan bekerja dengan lebih cekap. Komputer berkhidmat untuk masyarakat. Semakin baik pemahaman pelajar tentang proses pembelajaran, mereka akan dapat menggunakan teknologi ini dengan cekap. o Masyarakat belajar daripada masyarakat. Maklumat dan idea daripada masyarakat luar boleh didapati dari komputer. Para pelajar akan dapat dihubungkan melalui “software”, papan buletin atau perbincangan dan projek kumpulan. Para pelajar akan lebih terdedah kepada golongan masyarakat yang berilmu dan bijak menerusi teknologi komputer ini. 

KesimpulanKanak-kanak pintar cerdas adalah satu anugerah yang diberikan oleh Allah kepada makhluk-Nya. Peranan ibu bapa, pendidik, dan masyarakat amat diperlukan untuk membentuk kanak-kanak pintar cerdas ini menjadi satu aset yang paling berharga dalam masyarakat. Kepintaran dan kecerdasan kanak-kanak ini bukan hanya dibangunkan dari aspek intelek semata-mata malah pembangunan akhlak atau spiritual amatlah dipentingkan. Tidak hairan kepada kita sekiranya ada kanak-kanak pintar cerdas ini yang hanya menjadi penjual rokok di tepi jalan atau penebar roti canai kerana masalah kemiskinan atau mungkin disebabkan oleh ketidakprihatinan masyarakat pada kebolehan yang ada pada kanak-kanak tadi.

http://reocities.com/jpmmpks/jurnal/01azman.htm

Page 9: masalah pembelajaran

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS: MASALAH DAN PROGRAM PENDIDIKAN

oleh Azman Kanil @Konil

PENGENALAN 

Satu hari hari semasa menyelia praktikum di dalam sebuah kelas, seorang murid mendekati

saya dan bertanya, “Cikgu, mengapa kanak-kanak tahun satu mesti diajar ABC walaupun saya

dah boleh membaca?” Kemudian murid tadi terus duduk di kerusinya setelah menerima

arahan daripada guru di hadapan kelas. Kemudian dia bangun dan bergerak lagi ke tempat

rakannya yang lain untuk membantu rakannya mengeja, pergi ke tempat yang lain mengusik

rakan dan menjawab soalan guru tanpa diminta. Saya dapat lihat bermacam-macam lagi

aktiviti yang dilakukannya sehingga guru pelatih tersebut kelihatan malas untuk melayan

kerenah murid tadi.

Ini satu fenomena yang sering terjadi di dalam sesebuah kelas yang mempunyai kanak-kanak pintar cerdas. Kadangkala kanak-kanak pintar cerdas boleh mendatangkan gangguan kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

KONSEP

Mengikut Kamus Dewan, istilah pintar membawa maksud cekap dan pandai. Cerdas pula

didefinisikan sebagai sempurna akal. Ahli biologi mendefinisikan pintar cerdas sebagai

kebolehan luar biasa yang dimiliki oleh seseorang individu untuk melakukan adaptasi dan

manipulasi terhadap keadaan dan perubahan persekitaran. Pakar psikologi mendefinisikan

istilah pintar cerdas sebagai kanak-kanak yang berupaya melakukan taakulan iaitu mempunyai

kebolehan berfikir dengan logik dan mempunyai fungsi kognitif yang hebat. Kanak-kanak

pintar ini berkebolehan mencari dan mengaitkan sebab musabab terhadap sesuatu fenomena

yang abstrak.

Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982), kanak-kanak pintar cerdas adalah

mereka yang mempunyai interaksi tiga kelompok sifat manusia iaitu kebolehan intelek umum

yang atas purata (murid yang mempunyai IQ melebihi 120 dikategorikan sebagai kanak-kanak

pintar cerdas), aras yang tinggi dalam tanggungjawab kepada tugas dan aras kreativiti yang

tinggi.

Page 10: masalah pembelajaran

Secara umumnya, Dr. Howard Gardner (1981) dalam bukunya Frames of Mind menyatakan bahawa

kepintaran seseorang kanak-kanak boleh dilihat melalui tujuh jenis kebolehan iaitu:

1. Kepintaran linguistik. Kebolehan memberikan makna; melakukan turutan sesuatu perkataan;

kebolehan mempelajari beberapa bahasa asing.

2. Kepintaran logikal (matematik). Kebolehan untuk mencari sebab musabab dalam sesuatu hal

atau perkara.

3. Kepintaran ruang. Kebolehan memberi pandangan tentang dunia dan persekitaran dengan

tepat; kebolehan membuat dan mengubah sesuatu persepsi, kemahiran kejuruteraan, artistik

dan memori secara visual.

4.Kinetik badan. Kemahiran bersukan (athletic) dan kemahiran melakukan koordinasi motor.

5. Kemahiran muzikal.

6. Kebolehan mengenal pasti irama, “pitch”, intonasi dan melakukan memori auditori.

7.Interaksi sosial (interpersonal skills).

8. Kemahiran memahami dan berkomunikasi dengan orang lain.

9.Hubungan dalaman (intrapersonal).

10.Kemahiran mengenal pasti emosi diri sendiri dan orang lain.

Menurutnya lagi, seseorang yang pintar cerdas mungkin mempunyai kemahiran luar biasa

dalam salah satu daripada tujuh perkara tersebut dan sederhana dalam bidang-bidang yang

lain.

Walau apa pun definisi yang diberikan oleh sarjana, namun kita amat sukar untuk memberi

definisi kepada maksud pintar cerdas. Sebagai contoh adakah individu berikut boleh

diklasifikasikan sebagai pintar cerdas?

o Seorang profesor yang pakar dalam bidang matematik tetapi kehidupan peribadi dan

keluarganya kacau bilau.

o Seorang ahli muzik yang terkenal dengan lagu-lagu ciptaannya tetapi menagih dadah.

o Seorang yang pakar dalam bidang kewangan tetapi melakukan pecah amanah.

Page 11: masalah pembelajaran

Para pendidik telah sedar bahawa konsep pintar cerdas bukanlah merujuk kepada markah IQ semata-mata tetapi juga melihat kepada tanggungjawab dan perkembangan diri individu. 

CIRI-CIRI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh dilihat beberapa ciri-ciri yang penting dari sudut emosi dan

sosialnya. Antara sifat positif yang ada pada kanak-kanak pintar ialah:

a. Mereka dapat mempelajari sesuatu perkara dengan cepat.

b. Mereka mempunyai tahap imaginasi yang tinggi dan kurang mengikut idea orang lain.

c.Mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan banyak bertanya soalan. Mereka juga berminat

mengetahui pelbagai hal.

d. Memerhati dengan teliti dan peka dengan persekitaran.

e. Mereka boleh memberi sebab, berfikir dengan jelas, mengenali perkaitan dan memahami

makna.

f. Mereka juga mempunyai sifat kelakar.

g. Boleh menggunakan alat-alat, perkataan dan idea dengan cara yang baru.

h. Sangat berminat dengan bahan-bahan bacaan terutama bahan di peringkat yang tinggi.

i. Mempunyai perbendaharaan kata yang luas dan dapat menggunakannya dengan tepat.

j. Boleh mencipta banyak generalisasi dan menggunakannya dalam situasi yang baru.

k.Mempunyai konsentrasi yang lama dalam satu-satu bahan yang menarik minat mereka.

l. Mempunyai kemahuan untuk mencapai yang terbaik.

m. Mempunyai watak kepimpinan dalam pelbagai aktiviti dan selalu meminta pendapat serta idea

orang lain

            Antara ciri-ciri negatif kanak-kanak pintar cerdas pula ialah:

a. Mudah berasa bosan jika diberi tugasan yang sama sahaja.

b. Mahu membuat sesuatu perkara mengikut caranya sendiri. Sekiranya tidak dibenarkan mereka

akan mempersoalkan mengapa tidak boleh?

c. Kadangkala boleh menjadi seorang pengacau atau yang suka menimbulkan masalah.

Page 12: masalah pembelajaran

d. Mereka juga dapat melihat sesuatu perkaitan yang orang lain tidak dapat lihat dan mahu

menggunakan masa yang banyak untuk membincangkan hal tersebut.

e. Kadangkala mereka tidak mahu memberhentikan sesuatu aktiviti dan memulakan aktiviti yang

lain.

f. Boleh terlalu bersikap autokratik.

g. Kadangkala  terlalu inovatif.

h. Mereka juga biasanya tidak mendengar sesuatu arahan dengan teliti.

i. Mereka juga bersikap seolah-olah sentiasa tahu mengenai sesebuah buku tetapi pengetahuan

itu tidak berkaitan langsung dengan topik perbincangan di dalam kelas.

j. Mereka juga bersikap terlalu terganggu dengan sesuatu kegagalan yang diterima (tidak

menerima kegagalan).

k. Boleh menjadi terlalu mengarah dan tidak mahu mendengar pendapat orang lain.

l. Boleh menghasilkan kelakar yang boleh “mengena” pada orang dewasa tetapi tidak semua

menghargainya.

m. Apabila melihat seorang guru yang tidak konsisten dengan arahannya maka dia akan berkata,

“Tapi, cikgu selalu kata….”

Program Pendidikan

Memandangkan kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kemahiran belajar yang berlainan daripada

kanak-kanak biasa maka para pendidik perlu merangka satu program pendidikan khas untuk

memenuhi keperluan kanak-kanak ini.

Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982), program pendidikan kanak-kanak pintar cerdas

ini terbahagi kepada tiga bentuk umum iaitu pengayaan, percepatan dan pengelompokan.

Program pengayaan terdiri daripada tiga jenis aktiviti iaitu pendedahan, latihan berkelompok dan

penyelidikan masalah sebenar.

Program Pengayaan

Aktiviti pendedahan. Murid diberi kebebasan atau ruang untuk mempelajari bidang yang diminati.

Satu sudut yang lengkap dengan pelbagai bahan pengayaan disediakan di bilik darjah. Maklumat-

maklumat pengayaan seperti apa yang menarik dalam bidang tersebut , dari mana boleh mendapatkan

maklumat tambahan, apakah isu-isu semasa dalam bidang ini,  disediakan. Selain daripada majalah,

Page 13: masalah pembelajaran

pampflet dan buku-buku, guru juga perlu mengadakan aktiviti lawatan, ceramah, tayangan video dan

sebagainya sebagai aktiviti pendedahan.

Latihan berkelompok. Ini merupakan program latihan bagi meluaskan skim pemikiran kanak-kanak.

Antara aktiviti latihan ini termasuklah pemikiran kritis, penyelesaian masalah, kaedah projek dan inkuiri-

penemuan.

Penyelidikan masalah sebenar. Kanak-kanak pintar cerdas diberi latihan secara kumpulan kecil.

Mereka diberi latihan dan bimbingan khusus untuk menyelidik masalah sebenar. Aktiviti ini

menggunakan teknik inkuiri-penemuan iaitu kanak-kanak pintar cerdas tadi bermula dengan

pembentukan sesuatu masalah, memahami masalah yang dibentuk, menyediakan pelan tindakan,

menjalankan rancangan penyelidikan, membuat laporan dan membuat refleksi untuk membina skim

penghayatan yang mantap.

Program Percepatan

Ini bermaksud kurikulum yang diajar kepada kanak-kanak pintar cerdas itu dihabiskan dengan 

cepat. Ada beberapa cara untuk melaksanakan program ini seperti kanak-kanak yang lebih

muda memasuki tahun satu persekolahan, melangkaui kelas, melangkaui sebahagian

daripada masa kelas untuk mengikuti mata pelajaran tertentu dalam kelas yang lebih tinggi

(mengikut minat dan perkembangan intelek) dan memendekkan tempoh pengajaran seperti

kurikulum setahun diajar dalam tempoh 6 bulan dan lebihan masa iti digunakan untuk

mempelajari kurikulum yang lebih tinggi

Program Pengelompokan

Program ini menentukan bahawa kanak-kanak dalam kategori pintar cerdas ini  dikumpulkan  dalam

satu kelas dan diberi bimbingan yang sesuai oleh guru yang terlatih. Program pengelompokan ini

memerlukan satu penilaian yang standard untuk menentukan tahap kanak-kanak pintar cerdas.

Langkah ini juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak pintar cerdas untuk menikmati

pembelajaran yang lebih sempurna.

Komputer dan Kanak-kanak Pontar Cerdas

Geoffrey Jones dalam artikelnya bertajuk, “Personal Computers Help Gifted Students Work Smart”

telah menggariskan kebolehan-kebolehan komputer dalam memenuhi keperluan belajar kanak-kanak

pintar cerdas. Antaranya ialah

o Teknologi komputer yang fleksibel akan memudahkan gaya pembelajaran dan minat individu

untuk berinteraksi dengan gambar, perkataan, nombor atau sebarang medium yang memberi

Page 14: masalah pembelajaran

keselesaan kepada pelajar.

o Struktur pengalaman yang direka oleh guru-guru terlatih akan membantu pelajar untuk

membina kekuatan dan mengatasi kelemahan-kelemahan mereka. Word Processors dapat

memperbaiki penulisan dan pengolahan idea-idea. Program-program komputer yang berkaitan

dengan data statistik boleh membantu pelajar menyelesaikan pelbagai soalan yang mencabar

minda mereka. Pelajar-pelajar akan bertambah yakin membina pelbagai “skills” mereka.

o Komputer juga boleh digunakan untuk menyaingi kehendak pelajar. Komputer dapat “bersabar”

dan menguasai pada satu-satu idea untuk jangka masa yang panjang. Komputer juga boleh

melakukan kerja-kerja yang kompleks apabila para pelajar telah bersedia untuk

menggunakannya.

o Apabila para pelajar telah menerima sesuatu tanggungjawab dan menguasai penggunaan

komputer, mereka akan bekerja dengan lebih cekap. Komputer berkhidmat untuk masyarakat.

Semakin baik pemahaman pelajar tentang proses pembelajaran, mereka akan dapat

menggunakan teknologi ini dengan cekap.

o Masyarakat belajar daripada masyarakat. Maklumat dan idea daripada masyarakat luar boleh

didapati dari komputer. Para pelajar akan dapat dihubungkan melalui “software”, papan buletin

atau perbincangan dan projek kumpulan. Para pelajar akan lebih terdedah kepada golongan

masyarakat yang berilmu dan bijak menerusi teknologi komputer ini.

KESIMPULAN

Kanak-kanak pintar cerdas adalah satu anugerah yang diberikan oleh Allah kepada makhluk-Nya.

Peranan ibu bapa,  pendidik, dan masyarakat amat diperlukan untuk membentuk kanak-kanak pintar

cerdas ini menjadi satu aset yang paling berharga dalam masyarakat. Kepintaran dan kecerdasan

kanak-kanak ini bukan hanya dibangunkan dari aspek intelek semata-mata malah pembangunan

akhlak atau spiritual amatlah dipentingkan. Tidak hairan kepada kita sekiranya ada kanak-kanak pintar

cerdas ini yang hanya menjadi penjual rokok di tepi jalan atau penebar roti canai kerana masalah

kemiskinan atau mungkin disebabkan oleh ketidakprihatinan masyarakat pada kebolehan yang ada

pada kanak-kanak tadi.    

RUJUKAN

Gardner, H., 1983. Frame Of Mind: The Theory Of Multiple Intelligence. New York : Basic Books.

Hasan Hj Mohd Ali, 1996. Mendidik Anak Pintar Cerdas. Kuala Lumpur: Utusan Publications and

Distributors Sdn. Bhd.

Page 15: masalah pembelajaran

Hasnah Udin, 1992. Bimbingan Kanak-kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jones, G., 1990. Personal Computers Help Gifted Students Work Smart. ERIC Digest.

Noor Aini Khalifah dan Nik Azis Nik Pa, 1989. “Kanak-kanak Pintar Cerdas: Satu Perspektif Bersepadu

Tentang Konsep , Masalah dan Program Pendidikan” dalam Jurnal Pendidikan,Universiti Malaya.

©JPMMPKS, 2004

PROGRAM PENDIDIKAN UNTUK KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

Memandangkan kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kemahiran belajar yang berlainan daripada kanak-kanak biasa maka para pendidik perlu merangka satu program pendidikan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini.Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982), program pendidikan kanak-kanak pintar cerdas ini terbahagi kepada tiga bentuk umum iaitu pengayaan, percepatan dan pengelompokan.Program pengayaan terdiri daripada tiga jenis aktiviti iaitu pendedahan, latihan berkelompok dan penyelidikan masalah sebenar.

PROGRAM PENGAYAANAktiviti pendedahan Murid diberi kebebasan atau ruang untuk mempelajari bidang yang diminati. Satu sudut yang lengkap dengan pelbagai bahan pengayaan disediakan di bilik darjah. Maklumat-maklumat pengayaan seperti apa yang menarik dalam bidang tersebut , dari mana boleh mendapatkan maklumat tambahan, apakah isu-isu semasa dalam bidang ini, disediakan. Selain daripada majalah, pampflet dan buku-buku, guru juga perlu mengadakan aktiviti lawatan, ceramah, tayangan video dan sebagainya sebagai aktiviti pendedahan.Latihan berkelompok Ini merupakan program latihan bagi meluaskan skim pemikiran kanak-kanak. Antara aktiviti latihan ini termasuklah pemikiran kritis, penyelesaian masalah, kaedah projek dan inkuiri-penemuan.

Penyelidikan masalah sebenar Kanak-kanak pintar cerdas diberi latihan secara kumpulan kecil. Mereka diberi latihan dan bimbingan khusus untuk menyelidik masalah sebenar. Aktiviti ini menggunakan teknik inkuiri-penemuan iaitu kanak-kanak pintar cerdas tadi bermula dengan pembentukan sesuatu masalah, memahami masalah yang

Page 16: masalah pembelajaran

dibentuk, menyediakan pelan tindakan, menjalankan rancangan penyelidikan, membuat laporan dan membuat refleksi untuk membina skim penghayatan yang mantap.

Program PercepatanIni bermaksud kurikulum yang diajar kepada kanak-kanak pintar cerdas itu dihabiskan dengan cepat. Ada beberapa cara untuk melaksanakan program ini seperti kanak-kanak yang lebih muda memasuki tahun satu persekolahan, melangkaui kelas, melangkaui sebahagian daripada masa kelas untuk mengikuti mata pelajaran tertentu dalam kelas yang lebih tinggi (mengikut minat dan perkembangan intelek) dan memendekkan tempoh pengajaran seperti kurikulum setahun diajar dalam tempoh 6 bulan dan lebihan masa iti digunakan untuk mempelajari kurikulum yang lebih tinggi.

Program PengelompokanProgram ini menentukan bahawa kanak-kanak dalam kategori pintar cerdas ini dikumpulkan dalam satu kelas dan diberi bimbingan yang sesuai oleh guru yang terlatih. Program pengelompokan ini memerlukan satu penilaian yang standard untuk menentukan tahap kanak-kanak pintar cerdas. Langkah ini juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak pintar cerdas untuk menikmati pembelajaran yang lebih sempurna. Komputer dan Kanak-kanak Pontar CerdasGeoffrey Jones dalam artikelnya bertajuk, “Personal Computers Help Gifted Students Work Smart” telah menggariskan kebolehan-kebolehan komputer dalam memenuhi keperluan belajar kanak-kanak pintar cerdas. Antaranya ialah :o Teknologi komputer yang fleksibel akan memudahkan gaya pembelajaran dan minat individu untuk berinteraksi dengan gambar, perkataan, nombor atau sebarang medium yang memberi keselesaan kepada pelajar. o Struktur pengalaman yang direka oleh guru-guru terlatih akan membantu pelajar untuk membina kekuatan dan mengatasi kelemahan-kelemahan mereka. Word Processors dapat memperbaiki penulisan dan pengolahan idea-idea. Program-program komputer yang berkaitan dengan data statistik boleh membantu pelajar menyelesaikan pelbagai soalan yang mencabar minda mereka. Pelajar-pelajar akan bertambah yakin membina pelbagai “skills” mereka. o Komputer juga boleh digunakan untuk menyaingi kehendak pelajar. Komputer dapat “bersabar” dan menguasai pada satu-satu idea untuk jangka masa yang panjang. Komputer juga boleh melakukan kerja-kerja yang kompleks apabila para pelajar telah bersedia untuk menggunakannya. o Apabila para pelajar telah menerima sesuatu tanggungjawab dan menguasai penggunaan komputer, mereka akan bekerja dengan lebih cekap. Komputer berkhidmat untuk masyarakat. Semakin baik pemahaman pelajar tentang proses pembelajaran, mereka akan dapat menggunakan teknologi ini dengan cekap. 

Page 17: masalah pembelajaran

o Masyarakat belajar daripada masyarakat. Maklumat dan idea daripada masyarakat luar boleh didapati dari komputer. Para pelajar akan dapat dihubungkan melalui “software”, papan buletin atau perbincangan dan projek kumpulan. Para pelajar akan lebih terdedah kepada golongan masyarakat yang berilmu dan bijak menerusi teknologi komputer ini. 

KesimpulanKanak-kanak pintar cerdas adalah satu anugerah yang diberikan oleh Allah kepada makhluk-Nya. Peranan ibu bapa, pendidik, dan masyarakat amat diperlukan untuk membentuk kanak-kanak pintar cerdas ini menjadi satu aset yang paling berharga dalam masyarakat. Kepintaran dan kecerdasan kanak-kanak ini bukan hanya dibangunkan dari aspek intelek semata-mata malah pembangunan akhlak atau spiritual amatlah dipentingkan. Tidak hairan kepada kita sekiranya ada kanak-kanak pintar cerdas ini yang hanya menjadi penjual rokok di tepi jalan atau penebar roti canai kerana masalah kemiskinan atau mungkin disebabkan oleh ketidakprihatinan masyarakat pada kebolehan yang ada pada kanak-kanak tadi.

Posted by KHADIJAH ISHAK   at 5:29 PM

Email This

hadishak.blogspot.com/2011/04/masalah-sosio-emosi-kanak-kanak-pintar.html