sirih dalam perubatan
DESCRIPTION
SIRIH DAN KEGUNAANNYATRANSCRIPT
PERUBATANDalam perubatan melayu, sirih yang terbukti secara saintifik
mengandungi minyak sari(kadinen,kavikol,sineol,eugenol,karvakol) ini
digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit seperti keputihan, nafas
berbau ,badan berbau, batuk, radang selaput lendir mata, trauchoma,
jantung berdebar-debar, kemurungan, demam selepas bersalin, air
susu terlampau banyak dan sariawan. Disertakan disini beberapa
langkah untuk menggunakan daun sirih sebagai penawar. Untuk
penyakit keputihan beberapa helai daun sirih yang telah dibersihkan di
rebus dalam air hingga mendidih dan airnya dibiarkan suam. Air ini
digunakan untuk mencuci vagina terutamanya setiap kali selepas
kencing. Untuk Nafas bebau pula ada dua cara, satu cara dengan
mengunyah daun sirih yang telah dibersihkan hingga lumat dan
biarkan berada dalam mulut seketika sebelum diluahkan. Satu cara
lagi ialah dengan merebus beberapa helai daun sirih hingga mendidih,
setelah itu disejukkan dan ditapis, gunakan untuk berkumur dua kali
sehari,pagi dan malam. Untuk gusi bengkak pula 5-6 helai daun sirih
direbus dengan 3 gelas air hingga mendidih, setelah itu masukkan
sedikit garam.Biarkan hingga suam dan gunakan untuk berkumur dua
hingga tiga kali sehari.Untuk menghilangkan bau badan, 2 hingga 3
helai daun sirih direbus dengan 1/2 gelas air hingga mendidih, angkat
daunnya dan masukkan gula batu sebelum diminum.Jika tidak mahu
minum airnya kaedah lain ialah dengan mengambil sehelai daun sirih
dan di calit sedikit kapur sirih. Ramas daunnya dan sapukan pada
ketiak.
Daun Sirih di gunakan sejak zaman nenak moyang kita lagi. Ia mempunyai banyak nilai perubatan khasnya bagi kaum wanita. Namun dengan teknologi hari ini tidak kira lelaki, kanak-kanak, warga emas mahupun bayi boleh menggunakan Sirih.