sekapur sirih - ast · 2019. 8. 20. · sekapur sirih profesor madya dr muhammad faishal ibrahim...

2
Sekapur Sirih PROFESOR MADYA DR MUHAMMAD FAISHAL IBRAHIM Setiausaha Parlimen Kanan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga Keberkesanan sistem pendidikan Singapura diiktiraf di peringkat global kerana pencapaian cemerlang para pelajar kita yang amat membanggakan dalam ujian dan kajian antarabangsa. Situasi ini terhasil antara lain kerana usaha gigih guru- guru kita meneroka dan berjaya melaksanakan pedagogi kreatif serta menerapkan teknologi inovatif dalam pengajaran sehari-hari. Justeru, anak-anak didik kita meraih faedahnya dan rakan guru yang lain dapat sama-sama membina komuniti pendidik yang berkeupayaan tinggi. Sesuai dengan tema Seminar Bahasa Melayu 2018, ‘Pengajaran Inovatif, Pemikiran Kreatif’, seminar kali ini pasti dapat menyemarakkan dan memperkasakan kepakaran komuniti pendidik kita untuk mencari ruang berinovasi bagi menyemai minda kreatif pelajar. Guru Bahasa Melayu kita juga secara padu berusaha membina pengajaran inovatif dan bijak memilih wahana berkesan yang dapat menjadikan proses pembelajaran bagi setiap pelajar menjadi bermakna dan menyeronokkan. Seminar kali ini melibatkan pembentangan 53 kertas kajian berasaskan bilik darjah semasa sesi sidang selari. Melalui pembentangan kertas kajian, pendidik berkongsi bagaimana pemikiran pelajar dibimbing dan idea mereka dijana, bagaimana teknologi diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menyokong dan meningkatkan kemahiran berkir dan berbahasa pelajar dalam konteks lisan dan penulisan. Semoga prosiding seminar kali ini dapat dimanfaatkan bersama untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah menjadi lebih inovatif lagi berkesan bagi membina pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar. Tahniah saya ucapkan kepada para guru yang menyiapkan kertas kajian dan bersedia berkongsi ilmu serta dapatan-dapatan kajian mereka untuk dimanfaatkan bersama-sama. Sekalung tahniah saya untaikan kepada Pusat Bahasa Melayu Singapura yang terus bersedia menyediakan ruang dan peluang dalam memperkasakan keupayaan komuniti pendidik kita. CONTENT PAGE TO PAGE 41-GG.indd 6 CONTENT PAGE TO PAGE 41-GG.indd 6 26/2/18 3:13 PM 26/2/18 3:13 PM

Upload: others

Post on 10-Feb-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Sekapur Sirih

    PROFESOR MADYA DR MUHAMMADFAISHAL IBRAHIMSetiausaha Parlimen KananKementerian Pendidikan dan KementerianPembangunan Sosial dan Keluarga

    Keberkesanan sistem pendidikan Singapura diiktiraf di peringkat global kerana pencapaian cemerlang para pelajar kita yang amat membanggakan dalam ujian dan kajian antarabangsa. Situasi ini terhasil antara lain kerana usaha gigih guru-guru kita meneroka dan berjaya melaksanakan pedagogi kreatif serta menerapkan teknologi inovatif dalam pengajaran sehari-hari. Justeru, anak-anak didik kita meraih faedahnya dan rakan guru yang lain dapat sama-sama membina komuniti pendidik yang berkeupayaan tinggi.

    Sesuai dengan tema Seminar Bahasa Melayu 2018, ‘Pengajaran Inovatif, Pemikiran Kreatif’, seminar kali ini pasti dapat menyemarakkan dan memperkasakan kepakaran komuniti pendidik kita untuk mencari ruang berinovasi bagi menyemai minda kreatif pelajar. Guru Bahasa Melayu kita juga secara padu berusaha membina pengajaran inovatif dan bijak memilih wahana berkesan yang dapat menjadikan proses pembelajaran bagi setiap pelajar menjadi bermakna dan menyeronokkan.

    Seminar kali ini melibatkan pembentangan 53 kertas kajian berasaskan bilik darjah semasa sesi sidang selari. Melalui pembentangan kertas kajian, pendidik berkongsi bagaimana pemikiran pelajar dibimbing dan idea mereka dijana, bagaimana teknologi diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menyokong dan meningkatkan kemahiran berfi kir dan berbahasa pelajar dalam konteks lisan dan penulisan. Semoga prosiding seminar kali ini dapat dimanfaatkan bersama untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah menjadi lebih inovatif lagi berkesan bagi membina pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar.

    Tahniah saya ucapkan kepada para guru yang menyiapkan kertas kajian dan bersedia berkongsi ilmu serta dapatan-dapatan kajian mereka untuk dimanfaatkan bersama-sama. Sekalung tahniah saya untaikan kepada Pusat Bahasa Melayu Singapura yang terus bersedia menyediakan ruang dan peluang dalam memperkasakan keupayaan komuniti pendidik kita.

    CONTENT PAGE TO PAGE 41-GG.indd 6CONTENT PAGE TO PAGE 41-GG.indd 6 26/2/18 3:13 PM26/2/18 3:13 PM

  • MOHAMED NOH DAIPI

    Pengarah Pusat Bahasa Melayu SingapuraAkademi Guru Singapura

    Kementerian Pendidikan Singapura

    Seulas Pinang

    Trend perubahan pedagogi yang berlaku dalam bidang pendidikan mendorong kita untuk terus memperbaharu kaedah pengajaran dan pembelajaran serta penilaian bagi subjek Bahasa Melayu. Hal ini penting bagi memastikan bahasa Melayu terus relevan dan proses pendidikannya sebaik dan setanding dengan subjek dan bahasa yang lain. Atas dasar inilah Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS) sentiasa melihat keperluan untuk merungkai kandungan sukatan pelajaran Bahasa Melayu dan memperkenalkan kursus-kursus baharu yang mampu meningkatkan inovasi dalam pengajaran dalam kalangan para guru kita. Hal ini penting bagi membina pemikiran kreatif para pelajar dalam mempelajari dan menggunakan bahasa Melayu.

    Seminar Bahasa Melayu 2018 yang bertemakan ‘Pengajaran Inovatif, Pemikiran Kreatif’ merupakan usaha MLCS untuk memapar dan memamer usaha inovatif para guru dalam membimbing para pelajar membina pemikiran kreatif mereka. Para guru yang pada awalnya mengikuti kursus-kursus berkaitan kemahiran berfi kir aras tinggi, pembelajaran berasaskan masalah, pengajaran secara eksplisit, kajian pembelajaran, pengajaran bahasa berasaskan App ICT dan menjadikan pemikiran jelas, kini telah melaksanakan kemahiran yang telah diraih di bilik darjah mereka. Seterusnya para guru kita menjalankan kajian berasaskan bilik darjah bagi mengukur keberkesanan penggunaan kaedah pengajaran dan kejayaan pembelajaran para pelajar mereka.

    Pembentangan 53 kertas kajian oleh para guru kita di seminar ini ialah bukti utuh iltizam mereka kepada sistem pendidikan Singapura, dan komitmen untuk terus mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Mereka bukan sahaja gigih menimba ilmu tetapi tabah melaksanakan pengetahuan yang telah diraih secara inovatif demi membina pemikiran kreatif para pelajar.

    Semoga kertas kajian yang diterbitkan dalam buku prosiding ini dan dikongsi bersama di Seminar Bahasa Melayu 2018 akan bermanfaat untuk kita semua.

    CONTENT PAGE TO PAGE 41-GG.indd 7CONTENT PAGE TO PAGE 41-GG.indd 7 26/2/18 3:13 PM26/2/18 3:13 PM