bahagian pendidikan guruxa.yimg.com/kq/groups/24779538/971582117/name/nota.docx · web viewsirih...

29
Hj. Zainal Abidin b. Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka (083) Fasa 2 KESANTUNAN BERBAHASA 1.0 Pengenalan 2 2.0 Takrif Kesantunan Berbahasa 2 3.0 Nilai dan Kesantunan dalam Masyarakat Melayu 4 4.0 Bahasa Sapaan / Panggilan hormat / Rujukan dalam Lisan dan Tulisan 5 5.0 Bentuk Kata Ganti Nama Diri dan Sapaan / Panggilan hormat / Rujukan dalam Masyarakat 6 6.0 Protokol Panggilan Hormat 14 7.0 Bahasa Tubuh 16 8.0 Contoh Kesantunan Berbahasa dan Bahasa Sapaan dalam Surat Rasmi & Memo 18 9.0 Contoh Kesantunan Berbahasa dan Bahasa Sapaan dalam Pengacaraan Majlis 19 10. 0 Contoh Kesantunan Berbahasa dan Bahasa Sapaan dalam Wawancara 19 11. 0 Contoh Kesantunan Berbahasa dan Bahasa Sapaan dalam Pengucapan Awam 19 12. 0 Perbengkelan, Amali, & Pembentangan 21 -------------------------------------------------------------------------------- -------------------------------------------------------------------------------- -------------------------------------------------------------------------------- -----------------------------------------------------------------------1 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2 Kandunga n

Upload: phamkhuong

Post on 17-Mar-2018

252 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUxa.yimg.com/kq/groups/24779538/971582117/name/Nota.docx · Web viewSirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal

Hj. Zainal Abidin b. Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka (083) Fasa 2

KESANTUNAN BERBAHASA

1.0 Pengenalan 2

2.0 Takrif Kesantunan Berbahasa 2

3.0 Nilai dan Kesantunan dalam Masyarakat Melayu 4

4.0 Bahasa Sapaan / Panggilan hormat / Rujukan dalam Lisan dan Tulisan

5

5.0 Bentuk Kata Ganti Nama Diri dan Sapaan / Panggilan hormat / Rujukan dalam Masyarakat

6

6.0 Protokol Panggilan Hormat 14

7.0 Bahasa Tubuh 16

8.0 Contoh Kesantunan Berbahasa dan Bahasa Sapaan dalam Surat Rasmi & Memo

18

9.0 Contoh Kesantunan Berbahasa dan Bahasa Sapaan dalam Pengacaraan Majlis

19

10.0 Contoh Kesantunan Berbahasa dan Bahasa Sapaan dalam Wawancara

19

11.0 Contoh Kesantunan Berbahasa dan Bahasa Sapaan dalam Pengucapan Awam

19

12.0 Perbengkelan, Amali, & Pembentangan 21

13.0 Penutupan 21

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Kandungan

Page 2: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUxa.yimg.com/kq/groups/24779538/971582117/name/Nota.docx · Web viewSirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal

1.0 Pengenalan

Orang Malaysia penuh dengan sopan santun sama ada dari segi perbuatan

atau amalan, atau sopan santun dari segi berbahasa. Untuk lalu di hadapan orang tua

ada cara berjalannya atau hormatnya. Misalannya berjalan perlahan-lahan. Badan

dibongkokkan. Lima jari tangan kanan dirapatkan dan diluruskan menghala ke bawah

sambil melafazkan frasa ‘tumpang lalu’. Untuk memasak di dapur ada kaedah yang

dikatakan sopan atau tidak sopan. Ada perkara-perkara yang dilarang oleh masyarakat

yang dianggap tidak sopan dilakukan. Misalannya, anak dara dilarang menyanyi-nyanyi

di dapur ketika memasak.

Untuk menyatakan hasrat kerana sakit perut ada pilihan kata yang

dikatakan sopan atau tidak sopan. Misalannya ‘membuang air besar’ untuk terberak dan

‘membuang air kecil’ untuk terkencing. Untuk menyatakan seseorang itu telah mati

digunakan perkataan ‘meninggal dunia’. Semua ini dikatakan kesantunan dan

kesantunan berbahasa. Mereka yang tidak mengikut norma ini dikatakan ‘biadab’ atau

‘kurang ajar’.

Mari kita renungi maksud hadis ini. “Sesungguhnya sebuah kalimah yang

diucapkan oleh seseorang dapat menyebabkannya masuk neraka, yang luasnya lebih

luas daripada penjuru bumi sebelah timur sampai penjuru bumi sebelah barat.”

2.0 Takrif Kesantunan Berbahasa

Menurut Kamus Dewan edisi empat, santun bermaksud halus budi

bahasa atau budi pekerti, beradab, dan sopan. Kesantunan pula bermaksud perihal

santun, kesopanan, dan kehalusan budi bahasa atau budi pekerti. Dalam konteks yang

lebih luas, Kesantunan tidak merujuk kesantunan berbahasa sahaja tetapi merujuk aspek

nonverbal seperti tingkah laku, mimik muka, dan nada suara. Lakoff (1975) pula

mendifinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam

sesuatu interaksi. Fraser dan Nolan (1981) menyatakan bahawa kesantunan berlaku

apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan

hubungan yang harmoni dalam komunikasi. Brown dan Levinson (1987) menerangkan

bahawa kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan tindakan ancam muka

dalam perbualan terhadap pendengar.-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------2 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Page 3: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUxa.yimg.com/kq/groups/24779538/971582117/name/Nota.docx · Web viewSirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal

Bahasa pula bermaksud sistem lambang bunyi suara yang dipakai

sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Ia juga bermaksud

percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, dan sopan santun.

Oleh sebab itu Kesantunan Berbahasa bermaksud perbuatan atau

percakapan yang baik atau halus atau beradab sama ada secara lisan atau tulisan.

Asmah Hj. Omar (2000) menghuraikan kesantunan berbahasa dengan mengaitkannya

dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan,

dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar.Keadaan yang demikian akan

menimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penutur dan pendengar. Bahasa

halus menurut Asmah Hj. Omar disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan

adab tata tertib. Bahasa halus juga sering dikaitkan dengan Bahasa Istana. Misalnya

ujaran patik, berangkat, bersiram, bersemayam, menjunjung kasih, mencemar duli dan

seumpamanya. Bahasa halus tidak menggunakan bahasa kesat, iaitu bahasa yang tidak

sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia serta tidak menggunakan slanga dan

kolokial. Dalam kesantunan berbahasa ia mempunyai sistem sapaan atau panggilan

yang tersendiri.

Menurut Amat Juhari Moain (1992), kesantunan berbahasa ialah

kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada

melalui lisan atau tulisan. Bahasa yang digunakan penuh dengan adab tertib, sopan

santun dan mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi.

Kesimpulannya kesantunan berbahasa ialah kesopanan dan kehalusan

dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi, sama ada secara lisan atau tulisan.

Kesantunan berbahasa juga bermakna timbang rasa yang diberikan kepada pihak yang

mendengar atau membaca. Oleh itu, bahasa yang digunakan bukan sahaja mengambil

kira bentuk atau pilihan kata tetapi turut menitikberatkan sistem sapaan yang diguna

pakai. Kesantunan berbahasa merujuk sifat-sifat bahasa yang membolehkan kita

menolak permintaan seseorang tanpa mengecilkan hatinya.

Pada umumnya, bahasa yang sopan mempunyai kosa kata yang halus

untuk menyampaikan sesuatu mesej atau perasaan seperti ibarat kata bijak pandai;

“Yang korik itu kendi,

Yang merah itu saga;

Yang baik itu budi,

Yang indah itu bahasa.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------3 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Page 4: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUxa.yimg.com/kq/groups/24779538/971582117/name/Nota.docx · Web viewSirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal

Ciri -ciri kesantunan berbahasa dapat dilihat melalui ;

Gerak laku yang lemah lembut dan merendah diri,

Gaya dan Ragam Bahasa yang mengelakkan bentuk-bentuk sindiran,

menempelak, dan mempermainkan orang,

Pemilihan Kata yang sesuai dengan topik perbincangan dan hubungan penutur-

pendengar’,

Nada yang sesuai untuk penerima dan mengelakkan nada tinggi / marah

Kesantunan berbahasa ini dapat dilihat dalam aktiviti lisan seperti

perbualan, wawancara, ucapan, pengacaraan majlis, pengumuman dan arahan dalam

perhimpunan, mesyuarat, protokol pertemuan dengan murid, rakan setugas, guru besar

atau pengetua, pekerja, ibu bapa, tetamu, dan seumpamanya. Selain itu kesantunan

berbahasa juga boleh dilihat dalam bahan bertulis seperti surat rasmi, memo, minit

mesyuarat, laporan, kertas cadangan, kertas kerja dan seumpamanya.

3.0 Nilai dan Kesantunan dalam Masyarakat Melayu

Kluckhon dan Strodbeck (1961) menjelaskan bahawa nilai merujuk

sesuatu yang kompleks tetapi berpola dan berprinsip yang memberikan arahan dan

menjadi petunjuk kepada pelakuan dan pemikiran manusia dalam mengatasi masalah.

Wan Abdul Kadir (2000) menerangkan bahawa nilai menjadi ukuran dan pegangan

tentang baik buruk atau cantik hodoh sesuatu pelakuan berasaskan kelaziman atau

kebiasaan dalam sesuatu masyarakat. Misalnya, kita berasa janggal apabila mendengar

suami isteri mengungkapkan kata panggilan “aku” dan “kamu” atau “kau” dalam

perbualan mereka. Pelakuan ini dianggap kurang santun.

Oleh itu, nilai dan kesantunan mempunyai pertalian yang erat. Seseorang

itu dianggap tidak sopan dan tidak mengamalkan nilai yang baik apabila bercakap

menggunakan bahasa yang kasar atau tidak tahu meletakkan dirinya dalam sesuatu

majlis. Ketidaksopanan dan kerendahan nilai pelakuan dapat di gambarkan dalam

ungkapan yang berikut;

Ketika orang diam aku bersorak,

Ketika orang duduk aku berdiri,

Ketika orang memberi aku meminta,

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------4 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Page 5: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUxa.yimg.com/kq/groups/24779538/971582117/name/Nota.docx · Web viewSirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal

Ket ika orang bekerja aku lena,

Ketika orang di puncak aku merangkak.

Nilai berbahasa sangat dititik beratkan oleh orang Melayu. Oleh itu

wujudlah bentuk bahasa yang dikelaskan sebagai bahasa halus, bahasa kesat, bahasa

kasar, bahasa biadap, dan seumpamanya.Oleh itu seseorang itu perlu memahami

dengan siapa dia berkata, sebab apa dia berkata, dan dalam situasi apa dia berkata.

Sesungguhnya orang yang santun ialah orang yang tahu meletak dirinya dalam keadaan

tertentu.

4.0 Bahasa Sapaan / Panggilan hormat / Rujukan dalam Lisan dan Tulisan

Kesantunan berbahasa atau bahasa yang bersantun banyak bergantung

pada pemilihan kata sapaan atau panggilan hormat yang tepat. Semasa seseorang

individu berkomunikasi dengan seseorang individu yang lain, pemilihan kata yang

digunakan ditentukan oleh beberapa faktor seperti hubungan peribadi antaranya dengan

orang yang dilawan bercakap serta statusnya.

Dalam komunikasi seharian , seseorang itu akan menggunakan

perbendaharaan kata tertentu dan berbeza-beza semasa berkomunikasi dengan orang

lain. Penggunaan perbendaharaan kata yang salah, sama ada disengajakan ataupun

tidak, boleh mengakibatkan terjadinya salah faham, pertengkaran ataupun menjatuhkan

air muka kawan yang dilawan bercakap.

Masyarakat menggunakan perbendaharaan kata serta ungkapan yang

dikatakan bahasa sapaan dengan betul dan sesuai mengikut konteks semasa

berkomunikasi. Bahasa sapaan itu pula berkait rapat dengan kata ganti nama diri.

Penggunaannya juga mesti sesuai dengan struktur masyarakatnya. Ada ketikanya,

bahasa sapaan mengambil alih bentuk kata ganti diri untuk memuliakan seseorang yang

dilawan bercakap.

Kesimpulannya, Bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan rujukan

mengikut situasi dan konteks yang sesuai. Kesalahan penggunaan kata sapaan ini boleh

menimbulkan hubungan yang tidak harmoni di antara penutur dan pendengar. Ini

disebabkan kata-kata ini membawa implikasi yang berbeza apabila digunakan dalam

situasi yang berlainan. Kata sapaan ini juga berfungsi untuk memperlihatkan kesopanan

seseorang dalam menggunakan bahasa tersebut. Situasi formal dan tidak formal

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------5 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Page 6: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUxa.yimg.com/kq/groups/24779538/971582117/name/Nota.docx · Web viewSirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal

mempunyai system sapaannya tersendiri dan setiap penutur tidak sewajarnya

mencampuradukkan penggunaan kata-kata tersebut sesuka hati. Hal ini jelas

menunjukkan bahawa masyarakat Melayu adalah bersopan-santun atau berbudi bahasa.

5.0 Bentuk Kata Ganti Nama Diri dan Sapaan / Panggilan hormat / Rujukan dalam Masyarakat

Kata ganti nama diri ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk

diri seseorang. Secara umum kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga iaitu kata ganti

nama diri orang pertama (tunggal dan jamak), kata ganti nama diri orang kedua (tunggal

dan jamak) dan kata ganti nama diri orang ketiga (tunggal dan jamak).

Masyarakat Melayu menggunakan satu sistem tertentu dan teratur apabila

menyapa atau membuat panggilan terhadap seseorang ahli masyarakat. Kata ganti diri

dan sapaan di luar keluarga juga digunakan berdasarkan kepada faktor umur, pangkat

atau status dalam masyarakat.

5.1 Kata Ganti Nama Diri

a. Kata Ganti Nama Diri dengan Bahasa Santun dan Bahasa Kasar

b. Kata Ganti Nama Diri Diraja dan Kata Ganti Nama Diri Orang Kebanyakan

Kata Ganti Nama Diri

Diraja

Kata Ganti Nama Diri

Orang Kebanyakan

Beta Pak Cik

Patik Mak Cik

Tuanku Angah

Baginda Pak Long

Ayahanda Kak Long

Bonda Busu

Hamba Pak Uda

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------6 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Kata Ganti Nama Diri Bahasa Santun Bahasa Kasar

Pertama Saya, kami Aku

Kedua Anda, awak Engkau, kamu

Ketiga Dia, beliau, mereka Keparat itu

Page 7: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUxa.yimg.com/kq/groups/24779538/971582117/name/Nota.docx · Web viewSirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal

c. Kata Ganti Nama Diri berdasarkan umur dan pergaulan

HUBUNGAN UMUR KATA GANTI DIRI

Erat Lebih tua daripada penutur / separuh umur

Pak, pak cik, mak, mak cik

Lebih erat Lebih tua daripada penutur / separuh umur

Pak cik + namaPak + namaContoh : Pak Li

Mak cik + namaMak + namaContoh : Mak Limah

Kurang rapat Jauh lebih tua daripada penutur Tok + namaContoh : Tok Man

Rapat Jauh lebih tua daripada penutur Tok + gelaran pangkat dalam keluargaContoh : Tok Cik

Nek + gelaran pangkat dalam keluargaContoh : Nek Ngah

Rapat Lebih tua daripada penutur Abang + namaContoh : Abang Zaki

Kak + namaContoh : Kak Tijah

Rapat Lebih muda daripada penutur Nama sahaja ( jika diketahui namanya) Kalau tidak tahu digunakan panggilan adik sahaja.

Rapat Sebaya Nama sahaja

Kurang rapat Sebaya Saudara ( lelaki )Saudari ( perempuan)

5.2 Bahasa Sapaan Berdasarkan Pangkat atau Status Seseorang dalam Masyarakat.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------7 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Page 8: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUxa.yimg.com/kq/groups/24779538/971582117/name/Nota.docx · Web viewSirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal

Status merupakan faktor penting dalam penentuan bahasa sapaan.

Dalam pergaulan seharian terdapat sekatan-sekatan sosial tertentu antara ahli

masyarakat itu. Contohnya, sekatan pangkat dalam pekerjaan atau kedudukan

sosial.

Dalam bentuk sapaan yang berdasarkan pangkat atau status

seseorang itu, pembahagian dibuat seperti yang berikut;

a. Gelaran pergaulan tak sengaja

b. Gelaran warisan

c. Gelaran kurniaan kerajaan

d. Gelaran kurniaan ikhtisas

e. Gelaran keagamaan

( Asmah Hj. Omar, 1982)

a. Gelaran Pergaulan Tak Sengaja ( formal)

Pergaulan tak bersahaja ( formal ) dimaksudkan sebagai pergaulan yang

menunjukkan adanya sekatan sosial tertentu sama ada sekatan pangkat dalam

pekerjaan atau kedudukan sosial, atau sekatan sosial disebabkan si penyapa

tidak begitu kenal antara satu sama lain.

Kata ganti diri sapaan Orang yang ditujukan

TuanOrang yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada penutur (dari segi status pekerjaan)

Orang yang menjadi Pengerusi Majlis. Contoh : Tuan Pengerusi Majlis

Digunakan bersama nama / jenis jawatanContoh : Tuan Pengetua

Orang yang menjawat jawatan kadi, imam, hakim, doktor.Contoh : Tuan Hakim

Digunakan sebagai rujukan hormat kepada hadirin lelaki dalam sesuatu upacara rasmi.Contoh : Tuan-tuan sekalian

Pemilik harta.Contoh : Tuan rumah, Tuan tanah, Tuan kedai

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Page 9: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUxa.yimg.com/kq/groups/24779538/971582117/name/Nota.docx · Web viewSirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal

Orang yang bergelar seperti Haji, ProfesorContoh : Tuan Haji Shukor, Tuan Profesor

EncikOrang lelaki yang mempunyai status yang lebih tinggi daripada penutur

Orang lelaki yang baru dikenali dan difikirkan mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada penutur.

Puan Orang perempuan yang sudah berkahwin

Orang perempuan yang memegang jawatan Contoh : Puan PengetuaPengerusi sesuatu upacara atau majlisContoh : Puan Pengerusi

Rujukan hormat kepada hadirin wanita dalam sesuatu upacara rasmiContoh : Puan-puan sekalian

Cik Orang perempuan yang belum berkahwin

Orang perempuan yang berjawatan lebih tinggi daripada penutur

Saudara ( lelaki)Saudari(perempuan)

Orang yang baru dikenali

Kaki tangan bawahan atau setaraf dengan penutur

Sebagai rujukan kepada hadirin dalam sesuatu majlis

Digunakan dalam mesyuarat dan majlis perdebatan

b. Gelaran Warisan / Keturunan

Gelaran warisan merupakan gelaran yang diwarisi oleh seseorang sejak

kelahirannya seperti:

Raja : Tengku, Tunku, Engku, Tuanku,

Bangsawan : En. Megat, Tn. Syed, En. Wan, En. Nik, Abang,

Dayang.

c. Gelaran Kurniaan Kerajaan

Gelaran kurniaan kerajaan ialah gelaran yang dianugerahkan oleh kerajaan dari

semasa ke semasa kepada individu yang dianggap berjasa.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------9 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Page 10: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUxa.yimg.com/kq/groups/24779538/971582117/name/Nota.docx · Web viewSirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal

d.

Gelaran Kurniaan Ikhtisas

Gelaran kurniaan ini diperoleh kerana kejayaan seseorang dalam bidang

akademik atau ikhtisas, juga dikenali sebagai gelaran profesional.

GELARAN BAHASA SAPAAN

ProfesorDoktorIrsenioJeneralCikguUstaz

Bentuk panggilan serupa dengan gelaran ikhtisas yang ada pada mereka.Contoh : Seseorang guru agama dipanggil Ustaz

Kata sapaan Tuan / Puan boleh diletakkan sebelum gelaran Profesor dan Doktor.Contoh : Tuan Doktor, Puan Profesor, Tn. Irsenio,

e. Gelaran Keagamaan

Dalam masyarakat Melayu yang beragama Islam, terdapat beberapa gelaran

bersesuaian dengan kedudukan mereka dalam hal keagamaan.

GELARAN BAHASA SAPAAN

Sihibol SamahahHajiHajahImamLebai

Tuan Haji / Pak Haji Osman

Puan Hajah / Mak Hajah Esah

Tuan Imam Dollah

Pak Lebai Kadut

5.3 Gelaran Kekeluargaan

Penggunaan nama-nama panggilan kekeluargaan dan bahasa sapaan mencerminkan

kedudukan seseorang itu dalam susunan kekeluargaan serta kedudukannya dalam

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------10 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

GELARAN BAHASA SAPAAN

TunToh PuanTan SriPuan SriDatin Paduka

Gelaran ini tidak perlu diberi rujukan Tuan, Puan , Encik atau Cik kecuali mereka mempunyai gelaran lain seperti Doktor , Profesor , Tengku , atau Haji.

Contoh : Tun Dr. Ismail Tan Sri Tengku Ahmad

Page 11: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUxa.yimg.com/kq/groups/24779538/971582117/name/Nota.docx · Web viewSirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal

masyarakat amnya. Manakala sapaan dalam keluarga pula biasanya berbeza mengikut

darah.

a. Gelaran Keluarga Sedarah

Keluarga sedarah ialah keluarga yang terdiri daripada saudara-saudara sedarah

dalam beberapa generasi. Kata ganti nama diri dalam sesebuah keluarga sedarah

ditentukan melalui pertalian darah keluarga asas, keluarga suku/ perut dan keluarga

turun-temurun.

i. Keluarga asas

PANGGILAN KEDUDUKAN DLM KELUARGA CARA MENYEBUT

Bapa, ayah, abah, bapak, ba, walid

Ketua keluarga lelaki Yah, bah, …

Emak, mak, ibu, bu, umi, wan Ketua keluarga perempuan Mak, ibu, ...

Long Anak sulung / anak pertama Bang Long, Kak longNgah Anak kedua Bang Ngah, Kak NgahLang Anak ketiga Bang Lang, Kak LangUda Anak keempat Bang Uda, Kak UdaAndak Anak kelima Bang Andak, Kak AndakTeh Anak keenam Bang Teh, Kak TehBusu Anak Bongsu / anak terakhir Busu, Kak Su Abang Ahli lelaki yang tua dalam

keluargaAbang serta namaContoh : Abang Ali atau Bang Li

Kakak Ahli perempuan yang tua dalam keluarga

Kakak serta namaContoh : Kakak Fatimah atauKak Timah

Adik Ahli lelaki / perempuan yang muda dalamkeluargu

Adik serta namaContoh : Adik Rozita atau Adik ItaAdik Azlan atau Adik Lan

ii. Keluarga Suku / Perut

Keluarga suku atau keluarga perut terdiri daripada ahli-ahli keluarga sebelah ibu

atau bapa dalam keluarga asas. Kata ganti diri atau bahasa sapaan bagi ahli-

ahli dalam keluarga jenis ini, sama ada bapa atau emak saudara daripada

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------11 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Page 12: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUxa.yimg.com/kq/groups/24779538/971582117/name/Nota.docx · Web viewSirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal

sebelah bapa atau emak, adalah berdasarkan bahasa sapaan yang digunakan

dalam keluarga asas juga.

KELUARGA ASAS KELUARGA SUKU / PERUT

Bang Long / Kak Long Pak Long / Mak LongBang Ngah / Kak Ngah Pak Ngah / Mak NgahBang Lang / Kak Lang Pak Lang / Mak LangBang Uda / Kak Uda Pak Uda / Mak UdaBang / Kak Andak Pak Andak / Mak AndakBang Teh / Kak Teh Pak Teh / Mak Teh Bang Busu / Kak Su Pak Busu / Mak Busu

PANGGILAN GELARAN CARA MENYEBUT

Abang sepupu Sepupu selari lelaki Abang + namaContoh : Abang Ali

Kakak sepupu Sepupu selari perempuan Kakak + namaContoh : Kak Lili

Bapa saudara sepupu

Sepupu lelaki kepada ibu atau bapa Sama seperti panggilan kepada saudara kandung sebelah ibu atau bapa.Contoh : Pak Ngah atau Pak Ngah Salim

Emak saudara sepupu

Sepupu perempuan kepada ibu dan bapa

Sama seperti panggilan kepada saudara kandung sebelah bapa atau emak.Contoh : Mak Lang atau Mak Lang Kiah

Anak sepupu Anak saudara sepupu ( lelaki / perempuan)

Bahasa sapaan nama (tidak mengira umur )

Contoh : Milah, AhmadCucu saudara Cucu saudara lelaki / perempuan Bahasa sapaan nama

(tidak mengira umur)Contoh : Amin , Hasnah

iii. Keluarga Turun-temurun

Keluarga turun-temurun ialah keluarga keturunan daripada satu generasi

kepada satu generasi yang lain iaitu anak, cucu, baka zuriat ( Teuku Iskandar,

1970: 1304 )

PANGGILAN GELARAN CARA MENYEBUT

Onyang, moyang Generasi yang lebih tua sama ada lelaki/ perempuan

Moyang , onyang

Datuk, tok, tok wan Generasi lelaki sebelum keluarga Datuk, tok , tok wan-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------12 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Page 13: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUxa.yimg.com/kq/groups/24779538/971582117/name/Nota.docx · Web viewSirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal

asas

Mak tok, nenek, opah, wan

Generasi perempuan sebelum keluarga asas

Mak tok, nenek, opah, wan

Datuk saudara Saudara kandung lelakisebelah datuk dan nenek

Datuk, tok

Nenek saudara Saudara kandung perempuan sebelah datuk dan nenek

Nenek, nek, datuk, tok

Cucu Cucu lelaki / perempuan Nama cucu itu sendiri atau panggilan keluarga yang diberikan kepada cucu itu.Contoh : Bang Long Bang Ngah

b. Gelaran Keluarga Semenda

Keluarga semenda ialah keluarga yang pertalian kekeluargaannya terbentuk

menerusi perkahwinan.

PANGGILANGELARAN CARA MENYEBUT

Ayah/ emak mertua

Ibu bapa kepada suami atau isteri

Ayah, bapak/ ibu, emak

Anak menantu Suami atau isteri kepada anak sendiri

Memanggil nama anak menantu tersebut

Ipar Abang/ adik suami atau isteri Abang + nama Contoh: Abang AliPanggilan KeluargaContoh : Bang LongPanggilan keluarga + nama : Alang Ali Untuk adik dipanggil nama sahajaContoh : Salleh

Ipar-duai / ipar-lamai

Sepupu suami atau sepupu isteri

Sama seperti kata sapaan bagi panggilan ipar.

Biras Suami / isteri kepada abang / kakak / adik ipar

Sama seperti kata sapaan bagi panggilan ipar

Suami / isteri Pasangan suami isteri Memanggil nama ( panggilan untuk isteri)SayangYangAbang ( panggilan untuk suami )

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------13 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Page 14: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUxa.yimg.com/kq/groups/24779538/971582117/name/Nota.docx · Web viewSirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal

Mengikut panggilan dalam keluargaContoh: Along, AndakAyah/ abah atau emak diikuti dengan nama anak.Contoh : Ayah Lizanya, Mak Lizanya

c. Keluarga Angkat

Keluarga angkat ialah keluarga yang diakui seperti keluarga sendiri. Anak angkat

boleh dibahagikan kepada tiga:

i) Anak angkat benarAnak angkat benar ialah anak angkat yang tiada pertalian darah langsung

dengan keluarga yang memeliharanya, tetapi dipelihara seperti anak kandung

sendiri. Bahasa sapaan yang digunakan sama dengan bahasa sapaan dalam

keluarga sedarah.

ii) Anak angkat panggilanAnak angkat panggilan ialah anak yang tidak ada pertalian darah dengan

keluarga asas tetapi dianggap sebahagian keluarga sendiri. Contohnya,

seseorang yang merantau. Oleh sebab kemesraannya dengan sesebuah

keluarga jadilah dia anak angkat keluarga itu. Anak angkat ini akan memanggil

ketua keluarga lelaki sebagai pak cik dan perempuannya ialah mak cik.

iii) Anak angkat sementaraSeseorang anak yang tiada pertalian darah tetapi tinggal bersama keluarga

angkat untuk satu jangka masa tertentu dengan tujuan tertentu dipanggil anak

angkat sementara. Contohnya, projek anak angkat.

Bahasa sapaan yang digunakan sama dengan bahasa sapaan bagi keluarga

sedarah.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------14 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Page 15: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUxa.yimg.com/kq/groups/24779538/971582117/name/Nota.docx · Web viewSirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal

6.0 Protokol Panggilan Hormat

Komunikasi protokol melibatkan penggunaan kata sapaan , adab berbual, penggunaan

bahasa istana dan panggilan hormat. Panggilan hormat yang dikuatkuasakan

penggunaannya dalam ucapan rasmi atau pengacaraan bagi sesuatu majlis adalah

berdasarkan ;

Gelaran Diraja

Gelaran Turun –temurun

Gelaran Kurniaan Darjah Kebesaran

Gelaran Kurniaan Ikhtisas

Gelaran Keagamaan

Sultan / Raja / Yang Dipertuan Besar, Yang memerintah

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Duli Yang Maha Mulia Tuanku …….( nama ) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku …….( nama ) Duli Yang Maha Mulia Sultan …….( nama ) Duli Yang Maha Mulia Almutawakkil Alallah ……( nama ) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan ….. ( nama )

Yang Dipertua Negeri / Perwakilan Negara – negara Asing / Duta Besar / Duta / Pesuruhjaya Tinggi

Tuan Yang Terutama

Raja Muda / Tengku Mahkota / Raja Di- Hilir Perak

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku ……( nama ) Duli Yang Amat Mulia Tuanku …… ( nama ) Yang Amat Mulia Undang ……( nama ) Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku …..( nama )

Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri/ Menteri Besar / Ketua Menteri/ Menteri-menteri/ Timbalan Menteri/ Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri/ Pegawai/ Kaki tangan Kerajaan

Yang Amat Berhormat Yang Amat Berhormat Mulia Yang Berhormat Yang Berhormat Mulia Tuan Yang Dipertua Yang Mulia Tuan Yang Dipertua Yang Berhormat Senator

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------15 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Page 16: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUxa.yimg.com/kq/groups/24779538/971582117/name/Nota.docx · Web viewSirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal

Yang Berhormat Mulia Senator

Tun/ Toh Puan/ Kerabat Diraja/ Syed/ Syarifah

Yang Amat Berbahagia Yang Amat Mulia Yang Mulia

Ketua Hakim Negara/ Hakim Besar/ Hakim

Yang Amat Arif Tuan Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif Tengku….. Yang Arif Tuan Hakim Besar/ Tuan Hakim

Tan Sri/ Puan Sri/ Datuk Seri/ Datin Seri/ Datuk Patinggi/ Datin Patinggi/ Datuk/ Datuk Amar/ Datin/ Datin Paduka

Yang Berbahagia Yang Mulia ( untuk kerabat diraja )

Mufti/ Kadi/ Haji/ Hajah

Yang Berbahagia Tuan Mufti Sahibussamahah Tan Sri/ Datuk Mufti …..( nama ) Yang Mulia ( kerabat diraja ) Yang Mulia Tuan Haji Yang Mulia Puan Hajah

Ketua Pengarah/ Pengarah/ Setiausaha/ Setiausaha Agung/ Pengurus Besar / Pengurus

Yang Berbahagia

Residen/ Pegawai Daerah/ Penghulu/ Orang Kaya-kaya/ Sidang

Yang Berbahagia

Ustaz/ Ustazah/ Imam/ Pengetua/ Guru Besar/ Pemangku Ketua

Yang Berbahagia

Syed/ Syarifah/ Profesor/ Profesor Madya/ Drs/ Dra/ Encik/ Nik/ Wan/ Abang/ Megat/ Meor/ Ahmad/ Cik/ Puteri/ Pengerusi Majlis

Yang Mulia Tuan Syed Yang Berbahagia Tuan….. Yang Mulia Cik…… Yang Mulia Tuan/Puan Pengerusi

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------16 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Page 17: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUxa.yimg.com/kq/groups/24779538/971582117/name/Nota.docx · Web viewSirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal

7.0 Bahasa Tubuh

Bahasa tubuh ialah bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat

tangan, air muka, dan gerakan badan. Bahasa ini sangat penting kerana dapat

menyampaikan mesej yang sukar dilahirkan melalui pertuturan atau tulisan.

Komunikasi melalui bahasa tubuh ini mampu menggambarkan emosi, personaliti,

tujuan dan status sosial seseorang individu. Selain itu, komunikasi lisan yang

disepadukan dengan bahasa tubuh akan lebih berkesan kerana dapat

menterjemahkan maksud yang hendak disampaikan dengan jelas.

Dengan membaca bahasa tubuhnya, kita dapat mengetahui sama ada

apa yang diperkatakan diterima dengan positif atau negatif, sama ada dia bercakap

terbuka atau defensif, bosan atau berpura-pura minat.

Dengan membaca bahasa tubuh kita dapat mengetahui….

Bila kita mesti mengubah sikap dan menukar bahan percakapan

Bila patut berhenti

Bila kita perlu membuat sesuatu yang lain sama sekali

Jika gagal membaca bahasa tubuh orang yang dilawan bercakap, kita

akan gagal menyakinkan mereka.

i. Gerakan Anggota Badan

Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasi tanpa lisan mempunyai

makna tertentu. Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan mesej dalam

komunikasi yang dihasilkan. Biasanya pergerakan anggota badan membawa

makna sejagat yang difahami oleh semua orang seperti;

Isyarat gerakan tangan

Isyarat air muka

Bahasa tubuh

Komunikasi tanpa lisan boleh menyampaikan sesuatu utusan yang sukar untuk

dilahirkan melalui perutusan atau tulisan. Isyarat tanpa lisan menggambarkan

emosi, personaliti, tujuan dan status sosial seseorang dan boleh digunakan untuk;

mengukuhkan hujah/ mesej yang disampaikan

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------17 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Page 18: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUxa.yimg.com/kq/groups/24779538/971582117/name/Nota.docx · Web viewSirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal

mendapatkan maklum balas dengan membaca maksud yang

tersirat melalui isyarat tanpa lisan yang ditunjukkan oleh

penerima mesej.

ii. Gerakan Mata

Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi tanpa lisan.

Contohnya:

Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat

Mata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi tidak percaya

Mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta

Tidak memandang mata menunjukkan berminat tetapi malu/ tidak

tenteram perasaannya.

iii. Gerakan Tangan

Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami oleh kebanyakan

orang tanpa mengira latar belakang belakang kebudayaan. Gerakan tangan yang

digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat mengukuhkan keberkesanan

komunikasi yang berlaku. Contohnya:

Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk

menyampaikan maksudnya.

Maksud yang disampaikan boleh berbeza kerana dipengaruhi

oleh budaya

Terdapat juga maksud sejagat seperti meletakkan jari telunjuk di

depan mulut yang bermakna diam/ tolong senyap

Isyarat gerakan tangan digunakan bersama-sama ucapan lisan

dan tujuannya adalah untuk membantu atau mengukuhkan

ucapan lisan seseorang.

Secara sedar atau tidak, setiap kali seseorang itu bercakap, ia

akan menggunakan tangan untuk menggambarkan sesuatu yang

ingin disampaikannya itu.

iv. Mimik Muka

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------18 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Page 19: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUxa.yimg.com/kq/groups/24779538/971582117/name/Nota.docx · Web viewSirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal

Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemahkan

maknanya dalam komunikasi tanpa lisan. Air muka dapat menyatakan emosi,

kehendak dan harapan seseorang. Riak air muka juga dapat menambat hati

seseorang untuk bertindak balas terhadap seseorang. Contohnya:

Melalui pengamatan air muka orang yang berinteraksi dengan

kita, kita akan mengetahui banyak maksudyang tersurat dan

tersirat.

Merupakan suatu naluri yang berhubung rapat dengan faktor

biologi dan fisiologi. Melaluinya dapat diketahui

keperibadianseseorang

Ahli komunikasi yang baik dapar mengesan perasaan sebenar

seseorang dengan mengamati air mukanya.

Riak air muka berperanan penting menentukan jalinan

komunikasi yang dilalui, Untuk membentuk jalinan komunikasi

yang mesra/ positif, tunjukkanlah air muka yang jernih.

8.0 Conton Kesantunan Berbahasa dan Bahasa Sapaan dalam Surat Rasmi & Memo

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki.

Sehubungan itu sukacita dimaklumkan bahawa ...

Yang Berbahagia Dato’ diundang ...

Sayugia dimaklumkan bahawa Tuan Haji .........

“Saya bersetuju untuk meluluskan ...” lebih sopan lagi dengan frasa “Saya tiada

halangan meluluskan ...”

“Di sini saya kepilkan ...” lebih sopan lagi dengan frasa “Bersama-sama ini

disertakan ...”

9.0 Contoh Kesantunan Berbahasa dan Bahasa Sapaan dalam Pengacaraan Majlis

Anak haruan si anak lokan,

Berenang-renang di sungai Bera;

Kehadiran tuan dialu-alukan,

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------19 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Page 20: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUxa.yimg.com/kq/groups/24779538/971582117/name/Nota.docx · Web viewSirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal

Disambut dengan hati gembira.

Yang Berhormat Dato’ Sang Nila Utama,

Yang Berbahagia Datuk Nik Nab,

Yang dihormati Tuan Haji Isnin …,

10.0 Contoh Kesantunan Berbahasa dan Kata Sapaan dalam Wawancara

Yang Berbahagia Dato’, boleh saya tahu di mana …

Saya difahamkan bahawa … adakah Tuan Yang Terutama …

Saya mohon maaf Tuan Haji, soalan ini agak sensitif sedikit, bolehkah …

11.0 Kesantunan Berbahasa dalam Pengucapan Awam

Saya yakin bahawa …

Pada pandangan saya, idea untuk …

Saya tidak berani mengatakan bahawa …

Penggunaan Pantun

Sirih berlipat sirih pinang,

Sirih dari Pulau Mutiara;

Pemanis kata selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara.

Penggunaan simpulan bahasa

Anak emas,

Mohon diri,

Bertemu bahu,

Penggunaan Perumpamaan

Bagai melukut di tepi gantang,

Ibarat bunga, sedap dipakai, layu dibuang,

Laksana pungguk rindukan bulan,

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------20 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Page 21: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUxa.yimg.com/kq/groups/24779538/971582117/name/Nota.docx · Web viewSirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal

Penggunaan Bidalan

Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras,

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih,

Alah membeli menang memakai,

Penggunaan Perbilangan

Bunga bukan sekuntum , kumbang bukan seekor,

Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah,

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak,

Penggunaan Pepatah

Hilang isteri boleh dicari, hilang budi badan celaka.

Bawalah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.

Hutang emas boleh dibayar hutang budi dibawa mati.

Bagai pucuk dilancarkan, bagai kumbang putus tali,

Bagai belut digetil ekor, bagai kilat pantasnya.

Penggunaan Kiasan

Mencuba bagai nak gila

Bebas bagaikan burung di angkasa

Sambutan raksasa

Dahulu parang sekarang besi,

Dahulu sayang sekarang benci.

Hitam-hitam sitampuk manggis,

Walaupun hitam dipandang manis.

Sebab pulut santan binasa,

Sebab mulut badan merana.

Penggunaan Tamsil

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------21 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2

Page 22: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUxa.yimg.com/kq/groups/24779538/971582117/name/Nota.docx · Web viewSirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal

Bekerjalah seperti akan hidup selama-lamanya,

Beribadahlah seperti akan mati esoknya.

Ikutlah resmi penyu bertelur seribu tak siapapun yang tahu,

Jangan ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung.

12.0 Bengkel, Amali, dan Pembentangan

13.0 Penutupan

Kesantunan perlu dipupuk dan disemai dari semasa ke semasa. Prosesnya

sangat panjang dan tiada jalan pintas. Oleh itu kita perlu meneruskan perjuangan

kita memantapkan kesantunan kita. Sebagai renungan telitilah kalimah-kalimah

yang berikut;

Santunkah aku,

Apabila berbicara mendabik dada,

Apabila bercakap bohong belaka,

Apabila diberi secebis kuasa tersalah guna,

Apabila mengajar kepalang ajar,

Apabila berjanji dimungkiri,

Ada akal tidak berfikir,

Ada ilmu tidak diamal.

Santunkah aku,

Aku mencintai yang dicipta melupai Pencipta,

Aku mencintai kehidupan melupai kematian,

Aku mencintai kekayaan melupai perhitungan.

Ingat, kesantunan merangkumi dua bentuk hubungan

Hubungan baik antara manusia dengan manusia

Hubungan baik antara manusia dengan Pencipta

Memelihara hubungan baik antara manusia dengan manusia sahaja

Tidak bermakna telah mengamalkan kesantunan

Jika hubungan baik dengan Pencipta tidak dimeterai.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------22 Hj. Zainal Abidin bin Hj. Kasim, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka, (083) Fasa 2