penggunaan gelatin babi dalam perubatan: hukum, hujah & penyelesaian

15
12 INTERNATIONAL EDUCATION COLLEGE (INTEC) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CTIS 07 PENGGUNAAN GELATIN BABI DALAM PERUBATAN: HUKUM, HUJAH & PENYELESAIAN Disediakan oleh: Muhammad Ikraam bin Abdul Latif (2011415244) Mohd Nasyraf bin Mazlan(2011) Disediakan untuk: Ust. Afwan bin Che Mansor

Upload: ikraam-abdul-latif

Post on 02-Aug-2015

182 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

12

INTERNATIONAL EDUCATION COLLEGE (INTEC)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

CTIS 07

PENGGUNAAN GELATIN BABI DALAM PERUBATAN: HUKUM, HUJAH & PENYELESAIAN

Disediakan oleh:

Muhammad Ikraam bin Abdul Latif (2011415244)

Mohd Nasyraf bin Mazlan(2011)

Disediakan untuk:

Ust. Afwan bin Che Mansor

12

Isi Kandungan

1.0 - Pendahuluan

2.0 - Definisi

3.0 - Penggunaan

4.0 – Status Hukumnya & Hujah Ulama’

5.0 – Kesimpulan

6.0 - Rujukan

12

1.0 - Pendahuluan

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah

kurnianya dapat kami berdua menyiapkan kertas projek untuk subjek ini. Ribuan penghargaan

dan terima kasih diucapkan kepada Ust. Afwan bin Che Mansor atas peluang, bantuan dan

dorongan yang beliau berikan kepada kami untuk menyempurnakan hasil kertas projek ini.

Sekalung penghargaan juga kepada rakan-rakan kami dari MEG07 atas kerjasama mereka dalam

membantu kami untuk menyudahkan hasil kerja kami.

Dewasa ini, isu-isu yang berkaitan dengan halal haram sesuatu perkara itu sering timbul.

Tetapi, dalam merentasi arus globalisasi ini, beberapa keadaan perlu dikaji semula, sama ada

kekal haram, atau diharuskan oleh sebab-sebab tertentu. Tetapi ini tidak bermakna sebarang

perselisihan antara umat Islam itu perlu diperbesar-besarkan sehingga menggugat kesepaduan

umat. Jadi secara umunya, kita mengambil sikap terbuka, dan mendengar kepada pendapat orang

lain, kemudian barulah kita menilai baik buruknya.

Secara ringkasnya, dalam kertas projek ini ada dibincangkan beberapa perkara berkaitan

dengan penggunaan gelatin khinzir dalam perubatan, dan kami turut menyentuh tentang

hukumnya menurut pandangan para ulama’, pelaksanaan iaitu bagaimana gelatin itu digunakan,

dan penyelesaian iaitu cara terbaik menggunakannya atau alternatif-alternatif lain.

12

2.0 - Definisi

Gelatin adalah suatu bahan yang lut cahaya, tidak berwarna dan tidak berperisa

yang berasal dari kolagen, suatu bahan yang didapati dari kulit-kulit, organ-organ dan

tulang-tulang haiwan.

3.0 - Pengunaan

Secara umumnya, pengunaan gelatin binatang di dalam perubatan telah lama

dipraktikkan, sejak dari zaman Revolusi Perancis pada 1800-an lagi. Gelatin komersial selalunya

digunakan oleh pengilang-pengilang bahan makanan seperti yang didapati dalam gula-gula

getah, marshmallows, yogurt rendah lemak, ataupun agar-agar kerana strukturnya yang

elastik, kesesuaiannya untuk dimakan dan kemudahan untuk memperolehi bahan ini. Selain itu,

ia turut digunakan sebagai salah satu bahan dalam pembuatan barangan kosmetik.

Tetapi, pada masa yang sama, gelatin

juga turut digunakan dalam bidang

perubatan, terutamanya bidang farmasi.

Ini kerana ia banyak digunakan sebagai

bahan untuk membuat kapsul-kapsul

ubat-ubatan kita seharian. Kebanyakan

ubat-ubatan masa kini tidak lagi

dihasilkan dalam bentuk cecair (yang

selalunya dibuat untuk golongan kanak-

kanak), tetapi dibuat dalam bentuk kapsul,

yang mana boleh menjamin bahan ubat di

dalamnya tidak tercemar, berterabur atau

tumpah, dan lebih mudah dimakan.Contoh penggunaan gelatin haiwan adalah

pada kapsul ubat-ubatan.

12

Dalam laman web Berita Harian Online bertarikh 8 Mac 2011, disiarkan artikel yang

ditulis oleh Penolong Pengarah Kanan, Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),

yang menyebutkan bahawa statistik pengunaan gelatin dunia pada 2005 menunjukkan 44

peratus dari kulit khinzir, 28 peratus dari bahagian tulang lembu, 27 peratus dari tulang

haiwan lain dan 1 peratus lain-lain. 1 peratus yang lain-lain itu mewakili gelatin yang

diperolehi dari tumbuh-tumbuhan, dan bahan lain.1

Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Abdul Karim Alias dalam kertas kerja

yang dibentangkan di World Halal Research 2009, berkata 90 peratus pengeluaran gelatin dunia

adalah tidak halal walaupun diambil daripada lembu (bovine) kerana diragui status

sembelihannya.2

4.0 - Status Hukumnya & Hujah Ulama’

Secara asasnya, kami tidak menetapkan hukum berkenaan penggunaan gelatin khinzir

dalam perubatan. Tetapi kami ingin berkongsi beberapa pendapat dari beberapa pihak yang

berbeza, berserta dengan hujah-hujah mereka, agar kami dapat buat kesimpulan dengan penuh

hikmah.

Beberapa dalil dari Al-Qur’an dan As-Sunnah ada menunjukkan tentang status hukum

penggunaan bahan yang berasaskan khinzir ini. Antaran dalil yang jelas adalah dari Surah Al-

Maidah, ayat 3, firman Allah S.W.T:

1 ‘Saintis Muslim bertanggungjawab bangunkan sumber halal kapsul gelatin’, Mohd Amri Abdullah, Berita Harian

Online, 9 Mac 2011.

2 ‘Saintis Muslim bertanggungjawab bangunkan sumber halal kapsul gelatin’, Mohd Amri Abdullah, Berita Harian Online, 9 Mac 2011.

12

“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan darah

(yang keluar mengalir), dan daging khinzir (termasuk semuanya), dan binatang-binatang Yang

disembelih kerana Yang lain dari Allah, dan Yang mati tercekik, dan Yang mati dipukul, dan

Yang mati jatuh dari tempat Yang tinggi, dan Yang mati ditanduk, dan Yang mati dimakan

binatang buas, kecuali Yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan Yang

disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib Dengan undi

batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. pada hari ini, orang-

orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka

melihat perkembangan Islam dan umatnya). sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada

mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. pada hari ini, Aku telah

sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku

telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. maka sesiapa Yang terpaksa kerana

kelaparan (memakan benda-benda Yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak

melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha

Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Melalui ayat ini, jelas mutlak bahawa bahan berunsur khinzir itu haram untuk

diambil (makanan atau ubatan) sekiranya tidak ada apa-apa dharurat. Dan ada beberapa

keadaan yang menurut para ulama, boleh mengharuskannya. Berikut adalah beberapa bahan

sokongan yang kami temui.

4.1 – Majlis Fatwa Kebangsaan (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

12

Pada awalnya, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-8 pada 24

September 1984 berpandangan bahawa penggunaan gelatin dalam ubat pada masa sekarang

(1984) adalah diharuskan kerana darurat. Sekiranya telah ada bahan halal yang dapat

menahan ubat dari cepat rosak, maka penggunaan gelatin dalam ubat tidaklah lagi diharuskan.

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 25 Jun 2009 pula

bersidang bagi membincangkan hukum penggunaan ubat berasaskan gelatin khinzir, iaitu

Clexane dan Fraxiparine bagi mencegah berlakunya pembekuan darah secara serta merta untuk

pesakit kronik. Mereka memutuskan penggunaan ubat itu ditegah kerana mengandungi unsur

khinzir atas alasan ada alternatif ubat lain iaitu Aristra yang mempunyai fungsi dan kesan

sama.

Menurut fatwa sama, ubat bersumberkan unsur ditegah, hanya diharuskan jika tiada

ubat daripada sumber halal lain dan ia digunakan dalam keadaan darurat, selain

penggunaannya diperakui doktor pakar Islam.

Muzakarah juga memutuskan penggunaan vaksin yang mengandungi gelatin khinzir

seperti BioThrax dan RotaTeg adalah tidak dibenarkan. Antara hujah yang digunakan adalah

belum sampai darurat dan ada pilihan lain.3

3 ‘Kelulusan Ubat Ikut Fatwa JAKIM’, Berita Harian Online, 7 Mac 2011.

12

4.2 - 'Seminar Bahan Haram di dalam Ubat dan Makanan' : Pertubuhan Sains Perubatan

Islam Kuwait.

Seminar yang diadakan pada 22 hingga 24 Mei 1995 ini telah dihadiri oleh 112 ulama

dan pakar dari beberapa negara di antaranya Sheikh Dr. Mohammad Sayed Tantawi (Mufti

Mesir), Sheikh Mohammad Al Mokhtar Al Salami (Mufti Tunisia), Sheikh Mohammad Ben

Keratan akhbar Utusan Malaysia yang menyatakan pendirian JAKIM terhadap kapsul gelatin khinzir.

12

Hammad Al Khalily (Mufti Oman) dan Dr. Youssef Al Qaradhawi, Pengarah Pusat Kajian

Sunnah dan Cara Hidup Nabi di Qatar pada masa itu.

Mereka berpandangan bahawa gelatin yang terhasil daripada transformasi tulang, kulit

dan tendon (otot) haiwan yang diharamkan adalah suci dan diharuskan memakannya.

Transformasi ini ataupun disebut sebagai ‘istihalah’ di dalam bahasa arab bermaksud perubahan

sesuatu bahan kepada bahan yang lain dan mempunyai ciri ciri yang berbeza, perubahan bahan-

bahan yang asalnya tidak suci menjadi suci, dan perubahan sesuatu bahan yang diharamkan

kepada halal.

Turut disebutkan dalam seminar tersebut: "Bahan sapu, krim dan kosmetik yang

mengandungi unsur khinzir tidak dibenarkan (haram) untuk digunakan melainkan lemak

atau proteinnya telah mengalami proses perubahan (istihaalah) dan berubah kepada lain.

Akan tetapi jika tidak ada kepastian, maka ia adalah najis".4

4.3 - Dr Su'aad Salih, Professor Fekah di Universiti Al-Azhar.

Beliau mengeluarkan fatwa bahawa : "Gelatin adalah bahan kasar yang dihasilkan dengan

mendidihkan tulang, kulit dan tisu haiwan. Oleh itu, ia bergantung kepada jenis haiwan tersebut.

Jika haiwan tersebut dagingnya halal dimakan seperti lembu, unta, kambing dan lain-lain,

maka gelatinnya adalah halal, dan begitu juga dengan makanan yang mengandunginya.

Bagaimanapun, jika haiwan tersebut dagingnya haram dimakan seperti khinzir, maka gelatin

yang dihasilkan daripadanya adalah haram".5

4 Ubat Daripada Sumber Babi & Pilihan Alternatif, Abdul Rahman Baco, 2011.5 Ubat Daripada Sumber Babi & Pilihan Alternatif, Abdul Rahman Baco, 2010.

Buku karangan Abdul Rahman Baco, Ubat Daripada Sumber Babi & Pilihan Alternatif.

12

4.4 - Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuhu karya Dr. Wahbah Zuhaili.

Dalam karya beliau, jilid VII halaman 5265, ada menyatakan bahawa: “Zat-zat makanan

yang menggunakan lemak khinzir dalam pembuatannya tanpa ada perubahan zatnya

(istihalatul `ain) seperti di dalam keju, mentega, minyak, biskut, coklat dan ais krim adalah

haram dan tidak halal memakannya secara mutlak.”

“Hal tersebut didasarkan kerana adanya ijma` (kesepakatan) para ulama’ atas

kenajisan lemak khinzir dan ketidak-halalan memakannya. Dan disebabkan tidak adanya

kedaruratan untuk mengambil bahan makanan tersebut.”

“Al-istihalah (perubahan wujud/penyulingan) bermaksud perubahan suatu zat menjadi

zat yang lain yang berbeza sifat-sifatnya, mengubah zat-zat yang najis dan yang

mengandungi najis menjadi zat-zat yang suci dan mengubah zat-zat yang haram menjadi

zat-zat yang dihalalkan secara syarak.”6

6 ‘Gelatin Babi’, Kampus Syariah.com, 2011.

Dr Ahmad Al Qubaisi, salah seorang ulama Emiriah Arab Bersatu yang berpendapat dengan menggunakan konsep istihalah.

12

5.0 – Kesimpulan

Pertama, sebahagian dari mereka mengharamkan penggunaan ubat-ubatan yang

mengandungi gelatin khinzir jika tiada darurat atas sebab pengharaman khinzir tersebut secara

mutlak melalui dalil Al-Qur’an dan hadith. Pengharaman tersebut akan menjadi keharusan

sekiranya tiada alternatif lain (sudah berada dalam keadaan yang betul-betul darurat). Ini

menepati kaedah fiqah dalam perubatan Islam, di bawah kaedah-kaedah utama, iaitu

keterpaksaan mengharuskan yang dilarang (al-dharuraat tubihul mahzuraat).

Kedua, sebahagian daripada mereka pula berpendapat halal mengambil ubat-ubatan yang

mengandungi gelatin khinzir sekiranya ia telah menjalani proses istihalah, yakni proses

perubahan suatu zat menjadi zat yang lain yang berbeza sifat-sifatnya, yang najis kepada suci

dan yang haram kepada halal secara syarak. Tetapi sekiranya tidak menjalani proses istihalah, ia

tetap dikategorikan haram, kerana masih mengandungi zat khinzir yang asal.

Sekiranya ada di antara kita masih ragu-ragu, hayatilah hadis Rasulullah S.A.W ini:

“ Daripada Abdullah bin An-Nukman bin Basyir r.a katanya "Aku telah mendengar

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas hukumnya) dan

yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram

itu) terdapat perkara perkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya)

yang tidak diketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa yang memelihara dirinya dari

perkara-perkara yang syubhah itu samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya dan

kehormatannya, barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhah maka

12

sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram, seumpama penggembala

yang menggembala di sekitar padang rumput yang berpagar hampir-hampir binatang

gembalaannya masuk dan memakan rumput-rampai yang berpagar ini.” (Diriwayatkan oleh AI-

Bukhari dan Muslim)

Akhirnya, melalui penerangan-penerangan yang telah dijelaskan, diharapkan agar

permasalahan ini tidak menjadi sebab mengapa umat Islam perlu berpecah. Sedangkan

sepatutnya kita bersikap terbuka antara satu sama lain, sering mengadakan perbincangan ilmiah

sekiranya berselisih dan bersatu-padu demi kesejahteraan umat. Wallahu a’lam.

Rujukan

Baco, A. R. (2010). Ubat Daripada Sumber Babi & Pilihan Alternatif. Kuala Lumpur: H Science

Solutions.

Abdullah, M. A. (2011, Mac 09). Saintis Muslim bertanggungjawab bangunkan sumber halal

kapsul gelatin. Berita Harian Online. Retrieved from

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SaintisMuslimbertanggungjawabbangunkan

sumberhalalkapsulgelatin/Article/

Berita Harian Online, (2011, Mac 07). Kelulusan Ubat Ikut Fatwa JAKIM. Berita Harian

Online. Retrieved from

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2011030623210320110306232103/Article/

Gelatin Babi (n.d.). In KampusSyariah Retrieved from

http://www.kampussyariah.com/webx/e2.php?id=22