pencapaian dan sumbangan tokoh-tokoh islam dalam bidang perubatan

22
PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN TOKOH-TOKOH ISLAM DALAM BIDANG PERUBATAN LATAR BELAKANG ILMU PERUBATAN ISLAM Bermula dengan kaedah pengubatan sejak zaman Rasulullah iaitu dikenali sebagai perihal pengubatan nabi (Tib An-Nabawi). Bidang perubatan berkembang melalui beberapa tahap iaitu zaman penterjemahan pada kurun ke-7 dan ke-8, zaman keemasan sekitar antara kurun ke-9 hingga kurun ke- 13 dan zaman kemerosotan apabila perubatan dan cabang sains yang lain menjadi tidak giat dan menurun selepas kurun ke-13. Kira-kira 200 tahun sebelum Hijrah, tapak-tapak tamadun gemilang telah mulai runtuh disebabkan peperangan dan penyakit yang merebak melanda penduduknya. Kemajuan fikiran perubatan yang berasaskan prinsip- prinsip penganalisaan dan pengalaman mulai lumpuh. Syria pula telah mengambil tempat sebagai pelindung bagi pemikiran ilmu perubatan yang berasal dari Yunani. Puak Nestorian telah menubuhkan pusat-pusat pengajian perubatan di Edessa dan Nisibis dan berkembang ke peringkat yang disanjungi ramai menjelang abad ke-5 M. Puak Kristian mazhab Nestorian inilah yang membawa tamadun Yunani bersama mereka ketika diusir. Mereka menterjemah karya-karya perubatan Yunani ke bahasa Syria dan mengembangkannya ke Mesopotamia. Apabila orang Arab disatukan di bawah pemerintahan Islam dan seterusnya menewaskan Syria dan Parsi, mereka telah menemui tamadun ini. Kuasa Islam terus bertapak sehingga keseluruh Afrika Utara dan Sepanyol. Dalam abad inilah tokoh-tokoh Islam menyerap tamadun yang terdapat di kalangan puak-puak yang ditewaskannya. Khalifah-khalifah Islam telah membina pusat-pusat pengajian di Baghdad. Selepas itu akademi- akademi mulai ditubuh di Samarkand, Isfahan dan Damsyik. Akademi- akademi tersebut berpusat di masjid. Di masjid juga terdapat perpustakaan yang lengkap, klinik dan hospital. Doktor-doktor mazhab Nestorian dan Sabaen telah menterjemahkan buku-buku teks perubatan terutamanya karya- karya Galen. Kecenderungan umat Islam keturunan Arab terhadap ilmu perubatan terus mencipta suatu sejarah baru dalam perkembangan perubatan. Dengan ini ilmu perubatan mula berkembang semula di bawah naungan Islam 3

Upload: wafipower

Post on 19-Jun-2015

1.543 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam Dalam Bidang Perubatan

PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN TOKOH-TOKOH ISLAM DALAM BIDANG

PERUBATAN

LATAR BELAKANG ILMU PERUBATAN ISLAM

Bermula dengan kaedah pengubatan sejak zaman Rasulullah iaitu dikenali

sebagai perihal pengubatan nabi (Tib An-Nabawi). Bidang perubatan berkembang

melalui beberapa tahap iaitu zaman penterjemahan pada kurun ke-7 dan ke-8, zaman

keemasan sekitar antara kurun ke-9 hingga kurun ke-13 dan zaman kemerosotan

apabila perubatan dan cabang sains yang lain menjadi tidak giat dan menurun selepas

kurun ke-13.

Kira-kira 200 tahun sebelum Hijrah, tapak-tapak tamadun gemilang telah mulai

runtuh disebabkan peperangan dan penyakit yang merebak melanda penduduknya.

Kemajuan fikiran perubatan yang berasaskan prinsip-prinsip penganalisaan dan

pengalaman mulai lumpuh. Syria pula telah mengambil tempat sebagai pelindung bagi

pemikiran ilmu perubatan yang berasal dari Yunani. Puak Nestorian telah menubuhkan

pusat-pusat pengajian perubatan di Edessa dan Nisibis dan berkembang ke peringkat

yang disanjungi ramai menjelang abad ke-5 M. Puak Kristian mazhab Nestorian inilah

yang membawa tamadun Yunani bersama mereka ketika diusir. Mereka menterjemah

karya-karya perubatan Yunani ke bahasa Syria dan mengembangkannya ke

Mesopotamia.

Apabila orang Arab disatukan di bawah pemerintahan Islam dan seterusnya

menewaskan Syria dan Parsi, mereka telah menemui tamadun ini. Kuasa Islam terus

bertapak sehingga keseluruh Afrika Utara dan Sepanyol. Dalam abad inilah tokoh-tokoh

Islam menyerap tamadun yang terdapat di kalangan puak-puak yang ditewaskannya.

Khalifah-khalifah Islam telah membina pusat-pusat pengajian di Baghdad. Selepas itu

akademi-akademi mulai ditubuh di Samarkand, Isfahan dan Damsyik. Akademi-

akademi tersebut berpusat di masjid. Di masjid juga terdapat perpustakaan yang

lengkap, klinik dan hospital. Doktor-doktor mazhab Nestorian dan Sabaen telah

menterjemahkan buku-buku teks perubatan terutamanya karya-karya Galen.

3

Page 2: Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam Dalam Bidang Perubatan

Kecenderungan umat Islam keturunan Arab terhadap ilmu perubatan terus

mencipta suatu sejarah baru dalam perkembangan perubatan. Dengan ini ilmu

perubatan mula berkembang semula di bawah naungan Islam mengikut ajaran

Hippocrates. Ilmu perubatan Islam berkembang pesat melalui sumbangan dari berbagai

sumber dan arus yang mempengaruhinya mengikut tempat dan masa.

Sumbangan Islam kepada perkembangan ilmu perubatan bukan sahaja terbatas

pada penterjemahan karya-karya Yunani tetapi mereka juga meninggikan bidang kimia

dan materia medika. Tidak dinafikan bahawa hingga ke abad ke-18 M masih wujud lagi

pusat-pusat perubatan di Eropah yang menggunakan karya-karya ciptaan pakar-pakar

perubatan Islam yang terkemuka umpamanya Ibnu Sina, Al-Razi, Ibnu Rusyd dan lain-

lain. Sumber-sumber dari Parsi dan Hindu juga merupakan asas pengajian umat Islam

pada masa itu. Dari arus-arus sejarah inilah unsur-unsur ilmu perubatan Islam mula

bertunas dan ini dipadankan pula dengan prinsip-prinsip ajaran Islam.

PENGENALAN ILMU PERUBATAN ISLAM

Perubatan Islam mulai muncul pada zaman selepas kerasulan Nabi Muhammad

s.a.w. dan ia terus berkembang sepanjang abad-abad ketamadunan Islam. Sebelum

kedatangan Islam, orang-orang Arab tidak mempunyai bidang perubatannya sendiri.

Selepas kedatangan Islam didapati ramai tokoh-tokoh yang terkenal dalam bidang

perubatan Islam seperti Al-Razi, Ibn Sina dan Ali Ibn Abbas.

Adalah sesuatu yang tidak dapat disangkal lagi apabila umat Islam telah

memberikan sumbangan dan pencapaian cemerlang dalam pelbagai bidang terutama

daripada sudut intelektualisme serta sains dan teknologi ketika masyarakat dunia,

khususnya masyarakat Barat masih berada di era kegelapan antara kurun ke-7 hingga

ke-13 dan era penemuan antara 1400M hingga 1600M. Islam adalah cara hidup yang

bersifat syumul dan bukannya fahaman agama yang sempit sentiasa menyarankan

umatnya membina kehidupan yang sejahtera, selesa dan sihat selain daripada

menyediakan asas, falsafah dan hukum yang berkaitan dengan kesihatan, penjagaan

kesihatan dan pemakanan.

4

Page 3: Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam Dalam Bidang Perubatan

Perubatan islam berasaskan falsafah, konsep dan prinsip datang daripada Allah

S.W.T. dan Allah yang menyembuhkannya. Setiap penyakit ada ubatnya. Ajal dan maut

adalah di tangan Allah. Di samping ubat dan rawatan yang ada di muka bumi ini, doa

dan ayat Al-Quran menjadi penawar untuk menyembuhkan penyakit. Setiap penyakit

ialah cubaan dan dugaan yang datangnya daripada Allah S.W.T. untuk menguji

ketabahan dan kesabaran seseorang. Riadah adalah salah satu langkah untuk

mencegah penyakit. Kebersihan turut menjadi aspek yang amat diititikberatkan untuk

memastikan kesihatan terjamin. Wabak dan bala merupakan balasan dan pengajaran

dari Allah terhadap salah laku manusia iaitu kemungkaran yang dilakukan. Kesihatan

tubuh badan ialah nikmat pemberian tuhan yang perlu dihargai serta disyukuri dan tidak

boleh berputus asa dalam berusaha untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.

Ilmu perubatan Islam ini diamalkan dengan luasnya ketika tamadun Islam

mencapai kemuncak kegemilangannya. Pada mulanya ilmu ini telah dicedok dari

pengaruh tamadun kuno dan kemudiannya dimajukan lagi sejajar dengan

perkembangan tamadun Islam. Unsur dan pengaruh kuno adalah kebanyakannya

berasal dari ilmu perubatan Yunani atau sistem perubatan Hippocrates, dan juga

amalan-amalan perubatan dari India dan China. Ibn Sina dan Al-Razi telah terus

mengevolusi dan memberi suatu bentuk dan corak tersendiri kepada sistem ilmu

perubatan Islam.

Perubatan, sebagaimana yang wujud hari ini, tidak berkembang dalam masa

yang singkat tetapi ia adalah kemuncak daripada usaha jutaan manusia yang

sebahagiannya kita kenal dan sebahagiannya pula tidak kita kenali. Obor ketamadunan

termasuk perubatan bermula sejak ribuan tahun yang lalu. Ia berpindah daripada satu

generasi ke satu generasi dan daripada satu negara ke satu negara yang lain.

Bergantung kepada siapa yang mengambil tanggungjawab murni ini yang kadang-

kadang menyerlah dan ada masanya ia hampir malap tetapi ia tidak pernah mati.

Seandainya ia berkubur, sukarlah untuk memulakannya semula. Ia sinonim dengan

kehidupan manusia kerana Allah menjadikan manusia dengan sifat yang lemah, ada

masanya sihat dan ada kalanya sakit.

5

Page 4: Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam Dalam Bidang Perubatan

TOKOH-TOKOH ISLAM DALAM BIDANG PERUBATAN

IBNU SINA

Latar Belakang

Avicenna adalah satu nama yang sentiasa meniti dibibir-bibir masyarakat barat di

Eropah. Kehebatan beliau bukan sahaja dalam bidang perubatan bahkan dalam bidang

falsafah beliau banyak mempengaruhi kebudayaan di barat. Nama sebenar beliau ialah

Abu Ali Al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Menurut Ibnu Abi Ushaybi’ah

anak berbangsa Parsi ini dilahirkan di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi

Bukhara Afghanistan pada 375 Hijrah bersamaan 985 Masihi.

Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al-Quran

dan sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Ia mula belajar pada usia 5

tahun. Sementara itu sewaktu berumur 10 tahun, beliau telah berjaya menghafal Al-

Quran dan telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu

itu. Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan

sebagainya sudah dikuasainya. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya

termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair,

teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi. Pada masa kecilnya, ia

dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat karib ayahnya dan

ayahnya sendiri.

Pada usia meniti 18 tahun beliau telah dianugerahkan gelaran “Doktor Di-Raja”

setelah beliau berjaya mengubati penyakit Sultan Nuh 11 bin Mansur di Bukhara pada

tahun 378 Hijrah bersamaan 997 Masihi yang gagal diubati oleh doktor-doktor lain.

Kehebatan dan kepakaran beliau membawa beliau digelar al-Syeikh al-Rais (Mahaguru

Pertama). Sepanjang hidupnya, beliau telah banyak memberi sumbangan khususnya

dalam bidang perubatan sebelum beliau menghembuskan nafas beliau yang terakhir di

Hamdan, dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428 Hirah bersamaan 1037

Masihi.

6

Page 5: Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam Dalam Bidang Perubatan

SUMBANGAN DAN PENCAPAIAN IBNU SINA

Ensiklopedia Kedoktoran Pertama

Pada usia 21 tahun, ketika berada di Kawarazm, beliau mulai menulis karyanya

yang pertama berjudul "Al-Majmu" yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang

lengkap. Kemudian dia menulis buku-buku lain. Nama-nama buku yang pernah

dikarang Ibnu Sina, termasuklah yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan di

himpun dalam satu buku besar berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang

dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo. Antara yang terkandung dalam buku tersebut

termasuklah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit – Tibb.

Terjemahan Dan Bahan Rujukan al-Qanun Fit- Tibb

Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol telah

menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan utama

di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Bukunya telah dicetak sebanyak 16 kali

dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew).

Disamping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis,

Sepanyol dan Itali. Pada abad ke 16 M, buku ini dicetak 21 kali.

Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di berbagai

universiti di Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin

telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof.

Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran".

Penulis-penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai ‘Bapa Doktor’ kerana

Ibnu Sina telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen dan

pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi dan pengalaman beliau

sendiri.

Perintis Pengenalan Penyakit Saraf

Al-Qanun Fit-Tibb telah membincangkan serta mengenegahkan mengenai

penyakit saraf. Buku tersebut juga telah mengajar mengenai cara-cara pembedahan

7

Page 6: Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam Dalam Bidang Perubatan

yang menekankan keperluan pembersihan luka. Malahan di dalam buku-buku tersebut

juga dinyatakan keterangan–keterangan dengan lebih jelas di samping hiasan gambar-

gambar dan sketsa-sketsa yang sekali gus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu

Sina yang luas.

Teori-Teori Anatomi Dan Fisiologi

Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-buku beliau adalah menggambarkan

analogi manusia terhadap negara dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam

semester sebagai makrokosmos (dunia besar). Misalnya digambarkan syurga

kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi dan dengan demikian kepala itu bulat

dan kaki itu empat persegi. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam setahun,

dengan itu manusia memiliki empat tangkai dan lengan (anggota badan) mempunyai 12

tulang sendi. Hati adalah ‘pangeran’-nya tubuh manusia, sementera paru-paru adalah

‘menteri’-nya. Leher merupakan ‘jendela’-nya sang badan, manakala kandung empedu

sebagai ‘markas pusat’-nya. Limpa dan perut sebagai ‘bumbung’ sedangkan usus

merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan.

Sementara itu "Canon of Medicine" memuatkan pernyataan yang tegas bahawa

"darah mengalir secara terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tak pernah berhenti".

Namun ini belum dapat dianggap sebagai suatu penemuan tentang srikulasi darah,

kerana bangsa cina tidak membezakan antara urat-urat darah halus (Veins) dengan

pembuluh nadi (arferies). Analogi tersebut hanyalah analogi yang digambarkan antara

gerakan darah dan siklus alam semesta, pergantian musim dan gerakan-gerakan tubuh

tanpa peragaan secara empirik pada keadaan yang sebenarnya.

Ibnu Sina Sebagai Seorang Doktor .

Ibnu Sina pernah di beri gelaran sebagai "Medicorum Principal" atau "Raja Diraja

Doktor" oleh kaum Latin Skolastik. Antara gelaran lain yang pernah diberikan

kepadanya adalah sebagai "Raja Ubat". Malahan dalam dunia Islam, ia dianggap

sebagai "Zenith", puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran . Ibnu Sina menjadi "Doktor Di

Raja" iaitu doktor kepada Sultan Nuh 11 bin Mansur di Bukhara pada tahun 378 H/

997M iaitu ketika beliau berusia 18 tahun. Pada waktu itu penyakit sultan dalam

8

Page 7: Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam Dalam Bidang Perubatan

keadaan parah dan tidak ada doktor lain yang berjaya mengubati baginda. Akan tetapi

berkat pertolongan Ibnu Sina baginda kembali pulih.

Sebahagian daripada karyanya yang dapat dicatat disini adalah daripada:

1. Bidang logika "Isaguji", "The Isagoge", ilmu logika Isagoge.

2. Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational Sciences) tentang

pembahagian ilmu-ilmu rasional.

3. Bidang metafizika, "Ilahiyyat" (Ilmu ketuhanan).

4. Bidang psikologi, "Kitab an-Nayat" (Book of Deliverence) buku tentang

kebahagiaan jiwa.

5. Fiad-Din yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin menjadi "Liber de

Mineralibus" yakni tentang pemilikan.

6. Bidang sastera arab "Risalah fi Asab Huduts al-Huruf", risalah tentang sebab-

sebab terjadinya huruf.

7. Bidang syair dan prosa "Al-Qasidah al- Aniyyah" syair-syair tentang jiwa

manusia.

8. Cerita-cerita roman fiktif, "Risalah ath-Thayr" cerita seekor burung.

9. Bidang politik "Risalah as-Siyasah" (Book on Politics) Buku tentang politik.

Sumbangan lain Ibnu Sina

Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan

membuat beberapa penemuan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan

psikosomatics "psychosomatic medicine". Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis

melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa

detik sahaja ketidakseimbangan humor yang berkenaan. Diagnosis melalui denyutan

jantung ini masih dipratikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan,

Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor tabii

9

Page 8: Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam Dalam Bidang Perubatan

dari Amerika (1981) melaporkan bahawa para doktor di Afghanistan, China, India dan

Parsi sanggat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi

mutunya yang pelbagai. Ini merangkumi:

a. Kuat atau denyutan yang lemah.

b. Masa antara denyutan.

c. Kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi.

Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang doktor mungkin mengetahui

dengan tepat penyakit yang dihinggapi di dalam tubuh si pesakit. Ibnu Sina menyedari

kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan

oleh pemisahan daripada kekasihnya, beliau boleh mendapati nama dan alamat

kekasihnya itu melalui cara berikut iaitu dengan menyebut banyak nama dan

mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila

denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti, seseorang itu hendaklah

mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan, nama jalan, rumah dan

keluarga disebutkan.

Selepas itu, kata Ibnu Sina "Jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka

temukanlah si pesakit dengan kekasihnya, menurut peraturan syariah maka buatlah".

Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-

paru adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit dan dia menceritakan dengan tepat

tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya. Beliau sangat

berminat dalam bidang mengenai kesan akal atas jasad dan telah banyak menulis

berkenaan gangguan psikologi.

Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari ini

dan termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang "Ilmu Perubatan. Banyak karyanya

ditulis dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam bahasa Parsi. "Qanun Fitt Tibb"

adalah karyanya yang termasyur, paling selalu dicetak di Eropah pada zaman

"Renaissance". Karya Qanun itu telah mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu

10

Page 9: Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam Dalam Bidang Perubatan

perubatan di Eropah pada zaman Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang

utama di universiti-universiti Eropah hingga ke abad 17 M.

Penemuan-Penemuan Baru

Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan saham

terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya. Antara

sumbangan beliau adalah di dalam bidang geografi, geologi, kimia dan kosmologi.

11

Page 10: Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam Dalam Bidang Perubatan

IBNU AL-NAFIS

Latar Belakang

Nama penuh Ibnu al-Nafis ialah ‘Ala’uddin abu al-Hasan ali ibn abi al-Hazam al-

Qrasyi, seorang Arab berketurunan Quraisy. Beliau dilahirkan di pinggir Bandar

Damsyik pada tahun 607H(1210M).

Di situlah kemudiannya beliau hidup dan berguru dengan ahli perubatan,

termasuk al-Syiekh Radhiuddin Abu al-Hajjaj Yusuf Ibn Hidrah al-Rahibi. Antara guru

12

Page 11: Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam Dalam Bidang Perubatan

beliau yang lain dalam bidang perubatan ini termasuklah al-Hakim Muhazzibuddin Abu

Muhammad Abdul Rahim ibn Ali al-Dakhwar dan ‘Imran al-Isra’ili.

Ibnu a-Nafis ialah rakan sepengajian dengan Maufiquddin qabu AL-Abbas

Ahmad Iibnal-Qasim yang terkenal dengan nama Ibn Abi Usaiba’ah, penulis buku yang

masyhur yang menceritakan tentang kedudukan dan kesarjanaan para ahli perubatan.

Mereka kemudiannya berpindah ke Kaherah dan sama-sama bekerja di al-Nasiri. Di

hospital inilah Ibn al-Nafis telah mencapai kemajuan menjadi ketua hospital berkenaan,

sementara Ibnu Abi Usaiba’ah menumpukan perubatannya kepada perubatan mata.

Beliau telah menetap di Kaherah sehingga beliau meninggal dunia pada 686 H

(1288M) sewaktu umur beliau 80 tahun.

Meskipun bidang utama beliau adalah perubatan, namun Ibnu al-Nafis tetap

mendalami ilmu-ilmu bahasa, fiqh, falsafah dan ilmu kalam. Dalam bidang perubatan,

ada orang yang menyamakan beliau dengan Ibnu Sina. Malahan ada juga orang yang

berpendapat bahawa beliau adalah lebih menyerlah dan terkemuka di dalam para

sarjana islam yang ada.

Sumbangan

1. Bidang Pembedahan

Dalam bidang pembedahan, beliau sangat berminat dengan pembedahan

jantung dan kerongkong. Beliau percaya pada wujudnya pertalian yang rapat

antara pernafasan dan denyutan jantung. Bagi memajukan lagi bidang

pembedahan ini, Ibnu al-Nafis menasihatkan supaya pembedahan perbandingan

dibuat dengan melakukannya ke atas binatang. Menurut beliau, langkah seperti

ini boleh membantu kita memahami dengan lebih mendalam tentang tubuh

manusia dan fungsi semua organ yang terdapat dalam tubuh manusia.

2. Memerangi Wabak

Ibnu al-Nafis bersama doktor-doktor Mesir yang lain melancarkan kempen

memerangi wabak yang tidak mengenal mangsa sama ada kanak-kanak

mahupun kaum dewasa. Wabak ini merebak selama enam bulan dan akhirnya ia

13

Page 12: Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam Dalam Bidang Perubatan

berjaya dikawal oleh Ibnu al-Nafis. Dengan kejayaan ini Ibnu al-Nafis telah

digelar al-Misri oleh penduduk di negara Mesir.

3. Penemuan Sistem Peredaran Darah Kecil.

Perkara baru yang terpenting yang diajukan oleh Ibnu al-Nafis dalam kitab

anatomi ibn Sina ini ialah teori tentang peredaran darah iaitu pergerakan darah

dalam kitaran. Peredaran darah ini dikenali pada zaman sekarang sebagai

‘sistem sirkulasi pulmonari’. Orang zaman dahulu mempercayai bahawa darah

bergerak daripada jantung ke dalam jasad menerusi pembuluh dan saluran

darah mengikuti denyutan nadi. Kemudian datang Galen iaitu sarjana perubatan

Yunani yang mengatakan bahawa darah tersebar ke dalam badan daripada

jantung menerusi pergerakan seperti alunan ombak melalui arteri itu sendiri.

Para doktor aliran Iskandariah merujuk semula teori perubatan Mesir kuno. Ibnu

Sina mengikuti teori doktor Yunani iaitu Galen tentang peredaran darah. Ibnu al-

Nafis pula dalam syarahannya dalam kitab anatomi Ibnu Sina mangesahkan

pendapat ini. Katanya, aliran edaran darah ialah daripada ventrikal kanan ke

paru-paru. Dalam paru-paru, udara bertemu dengan darah. Darah itu

kemudiannya meninggalkan paru-paru dengan mengikuti arteri paru-paru lalu

masuk ke dalam ventrikal kiri dalam jantung dari sini, darah disebar keseluruh

badan. Pendapat yang diajukan oleh Ibnu al-Nafis kepada ilmu perubatan

adalah teori yang baru. Teori ini menegaskan bahawa wujudnya peredaran

darah dari jantung ke paru-paru dan dari paru-paru kepada jantung. Oleh itu,

beliau telah mengasaskan ‘teori sirkulasipulmonari’. Akan tetapi Ibnu al-Nafis

tidak sempat untuk mengkaji sistem peredaran darah keseluruh tubuh dalam

waktu yang sama.

4. Membina Sebuah Hospital

Semasa umur beliau mencecah lingkungan 74 tahun, beliau telah ditugaskan

oleh Sultan Qalawun untuk membina sebuah hospital baru di Kaherah. Beliau

menyelia pembinaan ini menurut keperluan perubatan berkenaan bahagian-

bahagian hospital tersebut, wad, farmasi, perpustakaan, ruang menunggu, dan

14

Page 13: Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam Dalam Bidang Perubatan

bilik khas untuk doktor. Selain itu juga, beliau memperkenalkan konsep teaching

hospital. Hospital itu telah dirasmikan oleh Sultan Qalawun dan dinamakannya

dengan ‘al-Mansuri’.

Karya

Sebagaimana para sarjana islam yang lain,Ibnu al-Nafis telah menulis banyak

buku-buku dan rencana. Walaubagaimana kebanyakannya telah hilang.

Antara buku beliau yang masih ada termasuklah al-Kitab al-Syamil Fi al-Tibb

tentang ensiklopedia perubatan, Kitab al-Muhadhdhab fi al-Kuhl mengenai opthalmilogi,

al-Muhazzab berkenaan tentang perubatan mata, al-Mukhtar yang mengatakan tentang

pemakanan, Syarh al-Hidayah adalah ulasan terhadap karangan Ibnu Sina tentang

perubatan, al-Risalah al-Kamiliyyah fi al-Sirah al-nobawiyyah yang menyatakan tentang

kisah hidup Nabi Muhammad. Selain itu al-Mujaziaiti ringkasan daripada kitab Ibnu

Sina, al-Qanun. Fi ‘I-Tahibbi dan beberapa kritikan terhadap karya Hipokrotes, Ibnu

Sina dan Humaym Ibnu Ishaq. Beliau juga menulis buku ringkas karya Aristotles

tentang logik.

Ibnu al-Nafis adalah seorang lagi tokoh kesarjanaan islam yang mewakili

zamannya pada zaman itu. Beliau seorang yang mempunyai pandangan yang luas dan

juga berfikiran kreatif dalam membuat kerjanya. Di dalam kerjayanya sebagai seorang

doktor, beliau sering dilantik sebagai doktor peribadi oleh pemerintah-pemerintah.

Beliau banyak menguasai bidang ilmu agama iaitu ilmu akhirat meskipun yang

paling utama sekali ialah bidang perubatan dan beliau seorang ahli fizik yang

terkemuka di Mesir dan di negara Islam yang lain.

Sumbangan beliau kepada pembangunan ilmu dan tamadun manusia adalah

sangat besar sekali kepada dunia islam pada zaman dahulu dan sekarang. Tidak

hairanlah mengapa beliau antara tokoh yang tercatat dalam sejarah tamadun Islam.

15

Page 14: Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam Dalam Bidang Perubatan

ABU AL-QASIM KHALAF

Latar belakang

Masyarakat Eropah menggelar Abu al-Qasim Khalaf ibnu al-Abbas al-Zahrawi

sebagai Abucasis. Pakar bedah muslim yang terkenal itu dilahirkan pada 936M di Zahra

16

Page 15: Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam Dalam Bidang Perubatan

yang terletak berdekatan dengan Cordoba, Sepanyol semasa pemerintahan Khalifah

Abdur Rahman III. Abu Qasim meninggal dunia pada tahun 1013 dengan meninggalkan

asas perubatan yang akan diingati sepanjang zaman.

Sumbangan

Di kalangan ahli perubatan Islam, beliau dikenali sebagai perintis ilmu

pengenalan penyakit (diagnosis) dan cara penyembuhan penyakit telinga, Abu Qasim

telah merintis pembedahan telinga untuk mengembalikan fungsi pendengaran dengan

cara memerhatikan secara saksama anatomi saraf-saraf halus, pembuluh-pembuluh

darah dan otot-otot.

Selain itu, beliau turut mempelopori pengembangan ilmu bagi penyakit kulit. Abu

Qasim pernah mengarang beberapa buah buku tentang bidang kedoktoran dan

peralatan-peralatannya dalam sebuah ensiklopedia perubatan bertajuk At-Tasrif liman

‘Azija ‘an at-Ta’lif yang menerangkan secara jelas diagram mengenai 200 peralatan

pembedahan. Ilustrasi diagram tersebut memberi gambaran banyak peralatan yang

boleh digunakan untuk keperluan perubatan pergigian.

Pada bahagian akhir buku karangannya yang mengandungi 30 bab itu yang

meliputi tajuk-tajuk yang luas dan menyentuh pelbagai bidang perubatan. Satu salinan

al-Tasrif dianggarkan berjumlah lebih kurang 750 folio ataupun 1500 muka. Didalamnya

beliau ada menyatakan tentang luka dan cara pembedahannya, pengubatan tulang

yang remuk, penyakit gigi sekali gus dengan kaedah perubatannya tentang

pembakaran luka dan pembersihan kotoran dalam rahim selepas bersalin. Buku itu

kemudian meletakkan dasar-dasar pengembangan kedoktoran pergigian di Eropah.

Malah beberapa bahagian penting dalam buku tersebut telah diadaptasi oleh seorang

ahli bedah Perancis yang terkenal di Eropah, Guy de Chauliac. Al-Tasrif diterjemahkan

buat kali pertama dalam bahasa Latin oleh Gherard of Cremona dan diikuti oleh

beberapa terbitan lain di Eropah.

Pada abad ke-12, secara umumnya kaedah perubatan kesihatan yang terbaik

adalah di negara-negara Islam. Baghdad, misalnya, pada tahun 1160 mempunyai lebih

17

Page 16: Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam Dalam Bidang Perubatan

daripada 60 buah klinik. Malah para doktor dan ahli farmasi di Baghdad perlu mendapat

latihan secukupnya sebelum terjun ke dunia perubatan.

Pencapaian

Dalam abad ke-12 M. dan ke-13M, banyak hasil karya Arab telah diterjemah ke

bahasa latin dan bahasa asing yang lain. Karya al-Zahrawi mula terkenal di Barat pada

pertangahan abad ke-12 M. Selepas ini nama al-Zahrawi mulai harum sebagai ahli

bedah dan ketokohannya disamakan dengan Celcus dan Paulus Aeginate dalam

bidang perubatan.

Melalui terjemahan Gerard, al-Zahrawi menjadi terkenal dalam awal abad ke-13

M. di Itali. Dalam separuh abad ke-13 M ramai pengamal perubatan dari Itali berhijarah

ke Perancis dan membawa bersama mereka ilmu al-Zahrawi. Penghijrahan ini

dianggap sebagai asas permulaan pembedahan rasionaldi Perancis. Secara kebetulan,

pada ketika yang sama satu manual surgery oleh Roger of Parma menggunakan

bahagian ke-13 al-Tasrif sebagai rujukan utama. Selepas Roger, surgeon seperti Bruno

di Calabre, Lafranc, Nicolas ada Florence,Valeseus dan Toronto dan Louis of Pisa

sering merujuk kepada buku al-Zahrawi yang menjadi buku teks utama dalam bidang

surgery sehinggalah masa guillanme ada Saliceto (Hamarneh et al, 1963).

Dalam abad ke-14M. Guy ada Chauliac menganggap Abu al-Qasim Khalaf al

sebagai setanding dengan pengamal terdahulu sepeti Hippocrates dan Galen. Dalam

bukunya Great Surgery yang ditulis dalam latin dalam tahun 1363, Guy ada Chauliac

telah merujukkan kepada al-Tasrif sebanyak 200kali dan memasukkan beberapa

perenggan secara verbatim. Kepentingannya adalah jelas sekali sebab buku”Great

Surgery” adalah buku teks piawai dalam bidang surgery di Barat sehingga masa

Vesalius.

Keseluruhan buku al-Tasrif telah diterjemahkan kepada pelbagai bahasa terutama

sekali Latin, Perancis, Sepanyaol dan Hebrew dan diterbitkan di Venice(1497),

Strassburgh (1532) dan Oxford (1778). Sayang sekali terjemahan – terjemahan yang

dibuat tidak begitu memuaskan dari segi ketepatan dan kesilapan ini semakin besar

setelah buku itu ditiru berulang kali. Al-Tasrif adalah sumbangan utama al-Zahrawi dan

18

Page 17: Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam Dalam Bidang Perubatan

dengan buku ini beliau menjadi seorang tokoh perubatan yang terkemuka.

Ketokohannya diakui di negara Sepanyol, Afrika Utara dan Kerajaan Islam Timur dan

juga di Eropah Barat.

Buku yang ditulis oleh Abu al-Qasim Khalaf ibnu al-Abbas al-Zahrawi memenuhi 3

perkara penting:

1. Memberi nasihat dan anjuran yang baik untuk meningkatkan bidang kesihatan

dan berguna untuk penuntutnya dan pengamal perubatan yang lain.

2. Alat dan teknik yang digunakan oleh beliau dibicarakan dengan terperinci dan

beliau menggunakan pendekatan moden terhadap proses-proses yang dibuat

olehnya.

3. Beliau mencadangkan kesenian perubatan yang terbaik untuk ketika itu. Abu al-

Qasim Khalaf dengan jelas memberi keterangan mengenai cara rawatan,

persedian ubat, dan penyimpanan ubat di bawah keadaan unggul dan cara

terselamat pemberian ubat dan diet. Kesemua anjuran yang dibuat olehnya

adalah amat bersesuaian sekali dengan prinsip-prisip perubatan yang wujud

pada ketika itu.

Melalui buku ini rawatan secara kauteri yang dianjurkan oleh Abu al-Qasim

Khalaf telah luas diguna di Barat pada akhir zaman Pertengahan. Dalam bidang surgeri

beliau telah memperkenalkan 150 alat pembedahan termasuk alat untuk obstetik dan

pergigian.

Sebagai seorang pengamal perubatan, Abu al-Qasim Khalaf mengkaji penyakit

dan pengkelasan penyakit, diagnosis dan prognosis, mengakui kepentinagn anatomi,

temperamen, meteorologi dan membincangkan mengenai cara-cara mengelakkan

penyakit (profilaksis), meningkatkan kesihatan dan mengurangkan kesakitan. Sebagai

seorang ahli bedah beliau telah membincangkan tentang pembedahan dan

membicarakan mengenai alat-alat yang beliau guna secara terperinci. Sebagai seorang

ahli kimia ubat, beliau telah memberi sumbangan yang banyak terhadap bentuk ubat

atau dos, teknik dan alat penyediaan ubat.

19

Page 18: Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam Dalam Bidang Perubatan

AL-RAZI

Latar belakang

20

Page 19: Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam Dalam Bidang Perubatan

Al-Razi merupakan seorang tokoh perubatan Arab yang terkenal pada Zaman

Pertengahan. Nama sebenar beliau ialah Abu Bakar Muhammad bin Zakaria tetapi di

kalangan masyarakat Eropah, beliau lebih dikenali dengan nama Rhazes. Beliau yang

berbangsa Parsi dilahirkan di Rayy berhampiran Tehran, Iran pada tahun 864M

bersamaan 251H. Pada mulanya beliau mempelajari muzik yang menjadi minat

awalnya. Selepas itu, beliau mempelajari bidang falsafah, matematik, kimia, astronomi

dan perubatan. Beliau lebih menyerlah dalam pengajian perubatan.

Beliau pernah menuntut dengan Hunayn Ibn Ishaq, khususnya berkaitan

perubatan dan berguru dengan ramai bekas anak murid Hunayn Ibn Ishaq, juga turut

mahir dalam ilmu-ilmu daripada tamadun Yunani, India dan Parsi. Beliau juga menuntut

di bawah tunjuk ajar Ali Ibn Raban. Pada peringkat awalnya beliau menjadi ahli

perubatan istana kepada Sultan Saleh Al-Mansur, penguasa Khorosan, kemudiannya

berpindah ke Baghdad sebagai Ketua ahli perubatan Hospital Baghdad di samping

sebagai doktor peribadi Khalifah dan kemudiannya mengetuai para ahli perubatan

Hospital Muqtadari. Dari semasa ke semasa beliau banyak berpindah ke banyak

bandar terutamanya antara Ray dan Baghdad. Sebaik sahaja bersara, beliau kembali

ke kampungnya di Rayy di mana beliau telah mengajar kesihatan di hospital tempatan

dan menyambung minatnya dalam bidang penulisan. Al-Razi akhirnya meninggal dunia

pada tahun 930 M.

Sumbangan 

Al-Razi telah memberi banyak sumbangan dalam pelbagai bidang. Beliau

menjadi perintis dalam bidang pediatrik (berkaitan kanak-kanak), obstetrik (ilmu

perbidanan) dan ophthalmologi (berkaitan mata). Walau bagaimanapun, jasa beliau

dalam bidang perubatan memang tidak dapat dinafikan lagi. Beliau digelar "Bapa

Pediatrik" oleh ahli sejarah kerana usahanya yang bersungguh-sungguh untuk

mengubati penyakit kanak-kanak. Beliau juga orang yang pertama mengenalpasti

penyakit 'hay fever' dan penyebabnya.

Al-Razi juga adalah orang yang pertama memperkenalkan alkohol (Bahasa Arab:

Al-Kuhl) untuk tujuan perubatan. Beliau juga adalah pakar bedah yang terkemuka dan

21

Page 20: Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam Dalam Bidang Perubatan

orang yang pertama menggunakan opium (dadah) untuk tujuan bius. Beliau juga

menekankan kaitan antara makanan dan kesihatan. Beliau mengaitkan ini sebagai hasil

pengaruh faktor psikologi terhadap kesihatan. Al-Razi adalah orang yang pertama

membincangkan mengenai penyakit katarak iaitu sejenis penyakit mata. Beliau pernah

menjalankan pembedahan memulihkan selaput mata dengan cara menarik keluar lensa

dan juga saintis pertama yang membincangkan mengenai pembesaran dan pengecilan

pupil mata. Beliau menerangkan bahawa reaksi tersebut berlaku kerana tindak balas

terhadap keamatan cahaya.

Al-Razi juga pernah membuat kajian mengenai penyakit batu karang di mana

beliau mendapati litoriti merupakan proses untuk menghancurkan batu karang dalam

pundi-pundi kencing kepada bahan-bahan kecil supaya senang dikeluarkan melalui

saluran kencing. Selain daripada itu, beliau juga telah memberikan sumbangan dalam

usaha mengubati penyakit cacar dan campak. Al-Razi merupakan orang yang pertama

membezakan kedua-dua penyakit ini seterusnya membuat kajian sistematis mengenai

penyakit tersebut. Ini dicatatkan dalam buku beliau yang bertajuk Al-Judari wa al

Habsah.

Al-Razi juga telah memperkenalkan perkara-perkara berikut dalam ilmu farmasi:

a. Penggunaan ubat untuk melawaskan pembuangan air besar secara lembut

b. Penggunaan air sejuk untuk menyembuhkan demam yang melarat

c. Penciptaan benang seton dan pembakaran tisu untuk kes-kes luka

Al-Razi juga menekankan hubungan di antara doktor dan pesakit. Beliau

menyarankan agar wujudnya ikatan kepercayaan antara kedua-dua pihak ini: "Komen

yang positif daripada doktor akan menguatkan semangat pesakit, membuatkan mereka

rasa lebih selesa serta membantu proses pemulihan". Beliau juga mengingatkan

kepada para pesakit: "Bertukar-tukar doktor pula akan hanya membazirkan kesihatan,

masa dan wang pesakit itu sendiri". 

Pencapaian

22

Page 21: Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam Dalam Bidang Perubatan

Al-Razi telah menghasilkan 237 buah buku di mana 140 buah daripadanya

adalah berkaitan bidang perubatan. Sepuluh buah daripada buku-buku perubatan

tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Antara kitab yang telah beliau

hasilkan ialah Kitab al-Mansuri, Kitab al-Hawi Fit-Tibb, Kitab al-Muluki dan Kitab al-

Judari wa al-Hasabah.

Kitab al-Hawi Fit-Tibb merupakan karya beliau yang termasyhur. Kitab ini juga

dikenali sebagai 'Comprehensive Book' yaang merangkumi ilmu perubatan patologi dan

terapi dari sumber-sumber Yunani, India dan Arab. Sepanjang hidupnya, beliau telah

membuat pelbagai kajian mengenai ilmu perubatan. Beliau akhirnya telah

menghimpunkan kesemua pengalaman perubatan tersebut ke dalam Ensiklopedia

Perubatan yang berjumlah 20 jilid. Kitab al-Hawi merupakan pecahan terbesar di mana

ia meliputi 9 jilid. Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dengan nama 'Liber

Continens' oleh doktor perubatan Yahudi berbangsa Sicily, Faraj Ibn Sallim (Farragut)

pada 1279M dan diulang cetak beberapa kali pada 1509M di Venice dan juga 1528M,

1578M dan 1745M di Paris.

Kitab al-Mansuri pula merupakan kitab perubatan pertama yang ditulis oleh

beliau. ia sebuah kitab yang membicarakan tentang etika profesional perubatan yang

didedikasikan kepada Sultan Al-Mansur. Kitab ini mengandungi 10 jilid dengan huraian

panjang lebar ( treatises) dan mengandungi semua aspek kesihatan dan penyakit

termasuk pengetahuan perubatan tamadun Yunani-Arab. Beberapa jilidnya diterbitkan

secara berasingan di Eropah Beliau mendefinisikan perubatan sebagai, “suatu seni

penjagaan kesihatan badan, dalam memerangi penyakit dan memulihkan kesihatan

pesakit.” Beliau membicarakan 3 aspek perubatan iaitu kesihatan awam, perubatan

pencegahan dan rawatan penyakit tertentu. Beliau menyenaraikan 7 prinsip penjagaan

kesihatan, iaitu;

Kesederhanaan dan Keseimbangan ketika bergerak dan rehat.

Kesederhanaan ketika makan dan minum.

Pembasmian sikap berlebihan dalam perkara yang berkaitan dengan kesihatan.

23

Page 22: Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam Dalam Bidang Perubatan

Pembaikan dan peraturan tempat tinggal atau kediaman

Pengelakan tabiat buruk yang berlebihan sebelum menjadi tidak terkawal

Penyenggaraan keharmonian dalam cita-cita dan keputusan yang dibuat

Pencapaian sikap tidak banyak bercakap dengan tabiat yang baik termasuk

latihan gerak badan.

Di dalam kitab ‘Al-Murshid’, Al-Razi menekankan aspek kepentingan terapi. Beliau

menerangkan mengenai pelbagai jenis demam termasuk demam berterusan, demam

berulang dan demam melampau. Beliau menyatakan demam merupakan tanda kepada

suatu penyakit atau demam itu sendiri merupakan satu jenis penyakit. Dia adalah orang

pertama dalam sejarah yang memperkenalkan raksa sebagai ubat terapeutik yang

kemudiannya diamalkan di Eropah. Beliau menyedari seseorang tidak mahu sakit dan

jika sakit, ingin pulih secepat mungkin. Walau bagaimanapun jika pesakit tidak

mempunyai kekuatan atau kemahuan untuk sembuh, doktor tidak akan dapat berbuat

apa-apa untuk menolongnya. Al-Razi menekankan keperluan seseorang doktor

mempelajari perubatan secara berterusan dan menyarankan para doktor merekodkan

semua pemerhatian mereka. Beliau juga menyarankan supaya para doktor berbincang

tentang masalah perubatan dan menyelesaikan permasalahan tersebut tanpa

bergantung kepada orang untuk mencari penyelesaian.

Al-Razi amat terkenal kerana kejayaan beliau mengenal pasti penyakit campak

(smallpox) dan perbezaannya dengan penyakit cacar air (measle). Ini dimaktubkan

dalam bukunya ‘Al-Judari wa Al-Hasabah’. Penghuraiannya ( treatise) mengenai hal

campak dan cacar telah diterjemahkan ke bahasa Latin pada tahun 1565M dikenali

sebagai “de Peste or de Pestilentia.” Ia merupakan karyatama dalam perubatan klinikal

yang menjelaskan tentang perbezaan klinikal secara jelas mengenai kedua jenis

penyakit tersebut dan hingga kini tidak ada lagi orang lain yang menokok tambah

penghuraian berkenaan. Beliau juga pengasas perubatan psikosomatik yang

menggabung unsur kerohanian dan psikologi dalam ilmu proses penyembuhan.

24

Page 23: Pencapaian Dan Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam Dalam Bidang Perubatan

Kaedah perubatannya yang popular ialah kesihatan melalui pemakanan yang betul,

sihat dan seimbang. Ini digabungkan dengan penekanan kesihatan mental.

Kebanyakan ubatnya diuji terlebih dahulu terhadap haiwan eksperimentasi bagi

mengkaji tahap keberkesanan dan kesan sampingannya. Al-Razi merupakan pakar

bedah pertama menggunakan opium sebagai ubat tahan sakit dan bius. Dalam

mengamalkan perubatan, beliau turut memperkayakan pengetahuan dan pada tahun-

tahun terakhirnya melibatkan diri dalam sains eksperimentasi dan teori.

25