sekapur sirih

26
SEKAPUR SIRIH Assalamualaikum w.b.t… Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana memberikan kesihatan yang baik dan memberi peluang kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Jutaan berterima kasih kami ucapkan kepada pensyarah kami Pn Rusinah binti Joned kerana telah memberi tunjuk ajar, memberi panduan dan pendedahan dan kepada kami bagi menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Tanpa nasihat daripada beliau kami pasti tidak dapat menyempurnakan tugasan ini mengikut keperluan dan tempoh masa yang ditetapkan. Disini beliau telah memberikan banyak penerangan untuk memastikan agar kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Seterusnya tidak lupa juga kepada semua ahli kumpulan kami dimana telah bertungkus lumus dalam menyiapkan tugasan ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan berdedikasi. Kerjasama daripada semua ahli kumpulan adalah dihargai. Ini adalah hasil kerja kami berkumpulan jadi kami berharap agar sekiranya terdapat kesalahan yang terdapat harap dimaafkan, 1

Upload: machevallie

Post on 06-Jun-2015

12.950 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kerja kumpulan untuk subjek penilaian latihan. kelas pembangunan sumber manusia

TRANSCRIPT

Page 1: SEKAPUR SIRIH

SEKAPUR SIRIH

Assalamualaikum w.b.t…

Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana

memberikan kesihatan yang baik dan memberi peluang kepada kami untuk menyiapkan

tugasan ini. Jutaan berterima kasih kami ucapkan kepada pensyarah kami Pn Rusinah

binti Joned kerana telah memberi tunjuk ajar, memberi panduan dan pendedahan dan

kepada kami bagi menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Tanpa nasihat daripada beliau

kami pasti tidak dapat menyempurnakan tugasan ini mengikut keperluan dan tempoh

masa yang ditetapkan. Disini beliau telah memberikan banyak penerangan untuk

memastikan agar kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Seterusnya tidak

lupa juga kepada semua ahli kumpulan kami dimana telah bertungkus lumus dalam

menyiapkan tugasan ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan berdedikasi. Kerjasama

daripada semua ahli kumpulan adalah dihargai. Ini adalah hasil kerja kami berkumpulan

jadi kami berharap agar sekiranya terdapat kesalahan yang terdapat harap dimaafkan,

kami telah melakukan yang terbaik dan penuh berhati-hati. Akhir sekali kami sekali lagi

ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn Rusinah binti Joned dimana

semangatnya didalam memberi pengajaran kepada kami…..

Wassalam….

1

Page 2: SEKAPUR SIRIH

1 Pendahuluan

1.2 Tujuan penilaian latihan yang di jalankan.

Setiap latihan atau sesuatu kursus semestinya mempunyai tujuan dan matlamat

untuk dicapai, penilaian perlu dibuat untuk mengetahui dan untuk mengenal pasti

keberkesanan latihan tersebut. Setiap latihan juga mempunyai kelemahan dan juga

kelebihan oleh itu penilaian juga untuk membetulkan apa yang salah dan juga

meneruskan apa yang betul, untuk memantapkan lagi latihan tersebut.

Kewangan merupakan faktor utama dalam setiap latihan maka dengan itu

penilaian bertujuan untuk membuat perkiraan kewangan yang berkesan supaya setiap

sen belanjawan yang dikeluarkan memberi manfaat kepada latihan. Untuk mengambil

peserta latihan pada sesi seterusnya, penilaian juga perlu di buat untuk menentukan

hanya mereka yang perlu sahaja yang mendapat latihan yang sewajarnya. Ia juga

bertujuan untuk menentukan peserta yang mempunyai potensi sahaja yang dihantar

untuk menjalani latihan.

Masa depan latihan adalah penting untuk sesuatu program bagi memastikan

latihan pada masa depan adalah berkesan dan memberi kesan yang mendalam kepada

pelatih. Untuk membuat keputusan yang berkesan pada masa depan setiap butiran

atau maklumat yang diperolehi mestilah disimpan dengan baik kerana ia akan

membantu membuat keputusan mantap. Oleh itu penilaian dalam setiap latihan adalah

penting untuk memastikan setiap latihan itu memberi kesan pada masa sekarang dan

juga untuk masa hadapan.

2

Page 3: SEKAPUR SIRIH

2 Latar Belakang Latihan

2.1 Objektif Latihan.

Dalam perubahan era semasa yang semakin pesat kajadian rasuah, salah guna

kuasa dan penyelewengan turut berubah menjadi semakin komplek dan susah untuk di

kenal pasti. Dalam masa yang sama organisasi Badan Pencegah Rasuah (BPR) turut

merasa kesan dari kejadian ini. Maka keputusan telah diambil untuk menyediakan para

pegawai penyiasat dengan kemahiran dan juga ilmu yang lengkap di dada. Para pegawai

ini perlu mengusai ilmu untuk memimpin dan mengurus anggota bawahan untuk

membanteras dari berlakunya kejadian seperti ini.

Setiap peserta juga mesti menunjukkan satu perubahan dalam rutin pekerjaan

mereka selepas kursus latihan ini untuk melayakkan mereka untuk di naikkan gaji agar

ianya bersesuian dengan objektif yang di tetapkan oleh BPR. Hasil dari analisis keperluan

latihan (TNA) yang di jalankan maka sekumpulan peserta telah di pilih untuk menyertai

latihan ini.

Objektif utama latihan ini dijalankan bertujuan menilai kebolehan dan

meningkatkan tahap kepimpinan serta keupayaan pengurusan pegawai dalam memenuhi

misi, visi dan objektif BPR agar menjana perubahan yang dapat meningkatkan keupayaan

sebagai agensi utama pembanterasan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan serta

sekaligus meningkatkan integriti dalam masyarakat.

Latihan ini juga bertujuan menilai kompetensi pegawai bagi memenuhi salah satu

syarat bagi dipertimbangkan untuk anjakan gaji di Tahap Kecekapan 4. Serta

3

Page 4: SEKAPUR SIRIH

memantapkan pegawai sebagai pemimpin dan pengurus yang berkebolehan, berwibawa

dan mampu menggerakkan perubahan ke tahap yang tinggi.

2.2 Maklumat lanjut latihan

Pegawai yang layak untuk mengikuti kursus ini terdiri dari Pegawai Siasatan Gred

KR 48 yang menyandang jawatan secara hakiki. Tempoh kursus ini berlansung selama

tujuh hari. Penilaian adalah berdasarkan kepada ujian dan penilaian semasa kursus.

Penilaian berasaskan ujian merangkumi kompetensi umum dan khusus.Manakala

penilaian semasa kursus merangkumi kertas tugasan individu, kemahiran persembahan

komunikasi dan penilaian personaliti. Bagi tujuan penilaian, pegawai diwajibkan untuk

menghadiri kuliah yang kandungannya boleh membantu pegawai dalam menghadapi

ujian dan penilaian.

3 Pendekatan Penilaian Latihan

3.1 Objektif Penilaian Latihan

Manakala penilaian latihan ini dijalankan bertujuan untuk memastikan objektif

latihan yang sedia ada tercapai atau sebaliknya. Penilaian latihan ini juga penting untuk

memastikan penggunaan sumber tenaga secara efisyen serta efektif dapat dilaksanakan

sebagai objektif yang perlu dititik beratkan agar tidak berlaku pembaziran sumber tenaga

dan juga kepakaran yang ada pada Badan Pencegah Rasuah. Bahkan penilaian latihan ini

bertujuan untuk mengenal pasti kekuatan dan kekurangan latihan yang dilaksanakan

supaya BPR dapat mewujudkan satu organisasi yang mampu bersaing dalam zaman yang

semakin mencabar.

4

Page 5: SEKAPUR SIRIH

Pengumpulan semua data bertujuan untuk meningkatkan tahap kepimpinan dan

keupayaan pegawai. Program penilaian latihan ini juga amat penting bagi melihat

keberkesanan program latihan yang dijalankan. Penilaian program latihan ini turut

dilaksanakan untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat pada yang ada bagi tujuan

pembentukan satu modul baru latihan yang akan datang supaya BPR dapat mencapai misi

dan juga visi yang menjadi tunjang kepada organisasi ini.

Segala data sangat penting bagi tujuan pentadbiran dan juga kenaikan pangkat

pegawai BPR yang ada jadi penilaian latihan ini mesti di jalankan dengan teliti, beretika

dan mengikut piawaian yang telah di tetapkan dalam pembangunan sumber manusia.

3.2 Model Penilaian yang di gunakan

Dalam membuat penilaian untuk program latihan ini, Model Penilaian CIPP dan

juga Model Kirkpatrik telah digunakan. Model Penilaian CIPP yang digunakan

merangkumi tiga peringkat pertama iaitu kontek, input dan juga proses. Manakala bagi

Model Penilaian Kirkpatrik tiga tahap pertama iaitu reaksi, pembelajaran dan perlakuan

akan digunakan.

3.3 Rasional Mengapa Model ini di pilih.

Pemilihan Model Kirkpatrik dan Juga Model Penilaian CIPP digunakan dalam

program penilaian ini kerana kedua-dua model ini mampu membuktikan secara jelas

penyebab-penyebab atau faktor yang akan memberi kesan kepada program latihan bagi

pegawai BPR. Dengan kata lain model penilaian Kirkpatrik ini secara jelas mempunyai

modul dan tahap-tahap yang penting dalam penilaian latihan bagi menunjukkan kesan

5

Page 6: SEKAPUR SIRIH

pengalaman pembelajaran kepada perubahan reaksi, pembelajaran dan juga perlakuan

setiap individu yang menjalani latihan.

Manakala model penilaian CIPP pula secara menyeluruh mengfokuskan kepada

pembentukan program penilaian program latihan yang berkesan dan mampu mengupah

cara kerja peserta kembali kepada alam pekerjaan mereka semula. Dalam masa yang

sama program penilaian CIPP ini turut membuktikan bahawa perancangan awal bagi

pembentukan sesuatu program perlu di titik beratkan agar segala objektif dapat dicapai

dengan jayanya.

4 Perlaksanaan Penilaian Latihan

4.1 Kaedah Penilaian Latihan.

Dalam menguji tahap-tahap program penilaian yang ada dalam Model Penilaian

Kikpatrik kami menggunakan kaedah mengedarkan borang kaji selidik kepada setiap

peserta di penghujung latihan ini.

Manakala kami menggunakan kaedah pemantauan bagi menguji tahap-tahap yang

ada dalam Model Penilaian CIPP.

Daripada pengumpulan maklumat daripada kaedah pemantaun dan juga soal selidik

maka segala objektif program penilaian dapat ditentukan samada tercapai atau

sebaliknya. Dalam masa yang sama data-data yang di analsis mampu untuk menunjukkan

hasil latihan kepada peserta yang menjalani latihan ini.

4.1 Alat dan instrument pengumpulan data.

Para penilai latihan akan turut serta dalam kelas yang dijalankan ketika latihan

bertujuan untuk memantau setiap tindak tanduk peserta dan juga jurulatih. Setiap para

6

Page 7: SEKAPUR SIRIH

penilai akan di beri senarai semak bagi memantau tahap-tahap yang telah di tetapkan

dalam model penilaian latihan ini.

Di penghujung latihan pula, borang soal selidik akan di edarkan kepada setiap

peserta kursus ini. Borang kaji selidik ini merangkumi tiga tahap dalam model Kirkpatrik

yang telah di tetapkan.

Tidak lupa segala rekod dan keputusan ujian dan penilaian setiap peserta turut di

ambil kira bagi menentukan tahap keberkesanan pembelajaran yang telah diberikan.

7

Page 8: SEKAPUR SIRIH

5 Cadangan Mengumpul Maklumat dan Analisis

5.1 Contoh Borang Soal Selidik

Jabatan Pengurusan Latihan

Pusat Yayasan Latihan Belia

57000 Kuala Lumpur

Tarikh:

Tuan/puan

Soal selidik ini direka untuk mengkaji aspek kesan perubahan selepas latihan.

Maklumat yang anda berikan akan membantu kami membuat penilaian latihan ini ldan

untuk mempertingkatkan kualiti latihan yang akan datang. kerana hanya anda yang boleh

memberikan kami gambaran sebenar tentang keadaan latihan dan selepas latihan nanti,

saya meminta anda untuk menjawab soalan ini dengan jujur dan ikhlas. Maklumat yang

anda berikan akan disimpan dengan selamat dan hanya mereka yang terlibat dengan

penyelidikan ini dapat mengetahui maklumat tersebut. Segala hasil dari penyelidikan

kami akan kami hantarkan kepada anda kelak sebagai rujukan pihak anda.

Terima kasih diatas segala kerjasama dan masa yang anda luangkan, pihak kami

amat menghargai segala jasa baik dan juga bantuan dari pihak anda untuk membantu

kami dalam menjalankan penyelidikan ini.

Yang Menjalankan Tugas

Nasrul Hizam, Ph.D

Pegawai Penilai Latihan

8

Page 9: SEKAPUR SIRIH

BAHAGIAN A: MAKLUMAT DIRI

Nama:________________________________________

1. umur anda

a) 20 – 35

b) 36 – 50

c) 51 – 65

d) 65 keatas

2. tahap tertinggi pengajian anda

a) sekolah rendah

b) sekolah menegah

c) diploma pengajian

d) sarjana muda pengajian

e) lain-lain (nyatakan)

3. jantina

a) lelaki

b) perempuan

9

Page 10: SEKAPUR SIRIH

4. status perkahwinan

a) sudah berkahwin

b) bujang

c) bercerai

d) lain-lain (nyatakan)

5. pengalam berkerja dalam organisasi anda (tahun)

a) kurang dari 1 tahun

b) 1 – 2

c) 3 – 5

d) 6 – 10

e) Lebih dari 10 tahun

10

Page 11: SEKAPUR SIRIH

BAHAGIAN B: REAKSI

Sangat tidak setuju

Tidak setuju Memuaskan Setuju Sangat setuju

1 2 3 4 5

1. Saya mendapat perhatian dengan sepenuhnya (1) (2) (3) (4) (5) dari pelatih lain

2. Saya rasa jadual latihan adalah bersesuian (1) (2) (3) (4) (5)

3. Saya merasakan mudah memahami sukatan (1) (2) (3) (4) (5) pembelajaran yg diberi

4. Saya merasakan latihan ini bersesuaian dengan (1) (2) (3) (4) (5) bidang kerja saya

5. Saya berasa seronok semasa latihan (1) (2) (3) (4) (5)

6. Saya merasakan latihan ini berkesan untuk (1) (2) (3) (4) (5) mempertingkatkan kemahiran

7. Saya mendapat kerjasama yang cukup (1) (2) (3) (4) (5) daripada jurulatih

8. Saya mendapat pengalaman baru semasa (1) (2) (3) (4) (5) menjalani latihan ini

9. Saya merasakan kelas yang digunakan selesa (1) (2) (3) (4) (5)

10. Saya merasakan kemudahan yang disediakan (1) (2) (3) (4) (5) adalah mencukupi

11

Page 12: SEKAPUR SIRIH

BAHAGIAN C: PEMBELAJARAN

Sangat tidak setuju

Tidak setuju Memuaskan Setuju Sangat setuju

1 2 3 4 5

1. Saya dapat memahami pengajaran yang (1) (2) (3) (4) (5) disampaikan

2. Saya merasakan lebih berkeyakinanselepas (1) (2) (3) (4) (5) menjalani latihan

3. Saya mendapati kandungan silibus menepati (1) (2) (3) (4) (5) keperluan di tempat kerja nanti

4. Saya merasakan semua tenaga pengajar (1) (2) (3) (4) (5) berpengalaman

5. Saya dapat menyampaikan bercakap di depan (1) (2) (3) (4) (5) orang ramai selepas latihan

6. Saya akan memperbaiki kebolehan saya selepas (1) (2) (3) (4) (5) latihan ini

7. Saya mendapati kemahiran saya meningkat (1) (2) (3) (4) (5)

8. Saya mendapat pengatahuan baru yang berguna (1) (2) (3) (4) (5)

9. Saya dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari (1) (2) (3) (4) (5) dalam kerja

10. Saya mampu untuk membuat perancangan kerja (1) (2) (3) (4) (5) selepas menjalani latihan.

12

Page 13: SEKAPUR SIRIH

BAHAGIAN D: TINGKAH LAKU

Sangat tidak setuju

Tidak setuju Memuaskan Setuju Sangat setuju

1 2 3 4 5

1. Saya dapat mempertingkatkan kualiti kerja (1) (2) (3) (4) (5) selepas menghadiri latihan tersebut

2. Saya dapat mempraktikkan latihan dalam kerja (1) (2) (3) (4) (5)

3. Saya mendapati perubahan dalam kerja (1) (2) (3) (4) (5) berkekalan

4. Saya dapat mengawal tingkah laku saya dengan (1) (2) (3) (4) (5) baik

5. Saya dapat mengajar pekerja lain dengan apa (1) (2) (3) (4) (5) yang telah dipelajari

6. Saya selalu mendapat pujian dalam setiap kerja (1) (2) (3) (4) (5)

7. Saya mendapati kemahiran dan tingkah laku (1) (2) (3) (4) (5) saya berubah

8. Saya merasakan latihan dapat meningkatkan (1) (2) (3) (4) (5) daya kepimpinan

9. Saya mendapati perubahan sikap yang ketara (1) (2) (3) (4) (5)

10. Saya dapat menggunakan sikap dan kemahiran (1) (2) (3) (4) (5) selepas dan semasa kerja

13

Page 14: SEKAPUR SIRIH

5.2 Cotoh Senarai Semak untuk Model Penilaian CIPP

Penilaian KonteksPenilaian konteks menaksir keperluan, aset, dan masalah-masalah di dalam satu ditakrifkan alam sekitar.

Aktiviti-aktiviti Evaluator Pelanggan / pemegang saham Aktiviti-aktiviti--Perencanaan program

Menyusun dan menilai maklumat persekitaran, terutama di keperluan waris-waris bakal dan aset.

Menggunakan penemuan data input untuk mengikhtiarkan satu strategi program iaitu secara saintifik, dari segi ekonomi, dari segi sosial, secara politik, dan dari segi teknologi boleh dipertahankan.

Pemimpin-pemimpin rancangan temu bual untuk mengulas dan membincangkan perspektif di waris-waris mereka keperluan dan untuk mengenalpasti sebarang masalah (politikal atau sebaliknya) program akan memerlukan untuk menyelesaikan.

Menggunakan penemuan data input bagi memastikan yang strategi program adalah untuk pertemuan munasabah menilai keperluan disasarkan waris-waris.

Temuramah pemegang saham yang lain untuk mendapatkan wawasan terus ke dalam keperluan dan aset-aset dimaksudkan waris-waris dan masalah-masalah yang berpotensi untuk program.

Menggunakan penemuan data input menyokong permintaan pendanaan untuk dirancang enterprise.

Menilai matlamat-matlamat program berdasarkan menilai keperluan benefisiari dan aset-aset kemungkinan berguna

Menggunakan penemuan data input untuk petugas barisan untuk menjalankan program.Menggunakan penemuan data input untuk tujuan-tujuan kebertanggungjawaban dalam pelaporan alasan untuk strategi program terpilih dan kebolehbelaan rancangan operasi.

Terlibat satu evaluator (2) untuk memantau dan mencatatkan data di alam sekitar program, termasuk berkaitan program-program, sumber-sumber kawasan, keperluan kawasan dan masalah-masalah, dan dinamik politik.Permintaan yang program menganggotai dengan kerap menjadikan tersedia untuk penilaian penerangan barisan mereka dipungut waris-waris dan alam sekitar program.Setiap Tahun, atau sebagai sesuai, menyediakan dan menyampaikan kepada pelanggan dan bersetuju dengan pemegang saham satu konteks draf laporan penilaian menyediakan kemaskini di program berkaitan keperluan, aset, dan masalah-masalah, ersama-sama dengan suatu penilaian matlamat-matlamat dan keutamaan-keutamaan program

14

Page 15: SEKAPUR SIRIH

PENILAIAN PROSESBerjalan monitor penilaian-penilaian, dokumen, dan menilai aktiviti-aktiviti program.

Aktiviti-aktiviti Evaluator Pelanggan / pemegang saham Aktiviti-aktiviti--Pengurusan dan pendokumentasian

Mengenal pasti dan menyiasat program-program wujud bahawa boleh berkhidmat sebagai suatu model untuk bertafakur program.

Menggunakan penemuan data proses untuk mengawal dan mengukuhkan aktiviti-aktiviti kakitangan.

Menilai program strategi yang dicadangkan untuk sambutan untuk menilai keperluan dan kemungkinan.

Menggunakan penemuan data proses mengukuhkan rekabentuk program.

Menilai bajet program untuk kecukupannya untuk membiayai diperlukan bekerja.

Menggunakan penemuan data proses untuk mengekalkan suatu rekod kemajuan program.

Menilai strategi program bertentangan dengan penyelidikan berkaitan dan kesusasteraan pembangunan.

Menggunakan penemuan data proses untuk membantu mengekalkan suatu rekod kos-kos program

Menilai merit strategi program dibandingkan dengan strategi-strategi alternatif dijumpai dalam serupa program-program.

Menilai pelan kerja dan jadual program untuk kecukupan, kemungkinan, dan kebolehhidupan politikal.

Menyusun satu input draf laporan penilaian dan menghantarnya kepada pelanggan dan bersetuju dengan pemegang saham.

15

Page 16: SEKAPUR SIRIH

Penilaian inputPenilaian input menaksir persaingan strategi-strategi dan rancangan-rancangan kerja dan belanjawan

pendekatan terpilih.

Aktiviti-aktiviti Evaluator Pelanggan / pemegang saham Aktiviti-aktiviti--Perencanaan program

Mengenal pasti dan menyiasat program-program wujud bahawa boleh berkhidmat sebagai suatu model untuk bertafakur program.

Menggunakan penemuan data input untuk mengikhtiarkan satu strategi program iaitu secara saintifik, dari segi ekonomi, dari segi sosial, secara politik, dan dari segi teknologi boleh dipertahankan.

Menilai program strategi yang dicadangkan untuk sambutan untuk menilai keperluan dan kemungkinan.

Menggunakan penemuan data input bagi memastikan yang strategi program adalah untuk pertemuan munasabah menilai keperluan disasarkan waris-waris.

Menilai bajet program untuk kecukupannya untuk membiayai diperlukan bekerja

Menggunakan penemuan data input bagi memastikan yang strategi program adalah untuk pertemuan munasabah menilai keperluan disasarkan waris-waris.

Menilai strategi program bertentangan dengan penyelidikan berkaitan dan kesusasteraan pembangunan.

Menggunakan penemuan data input untuk tujuan-tujuan kebertanggungjawaban dalam pelaporan alasan untuk strategi program terpilih dan kebolehbelaan rancangan operasi.

Menilai merit strategi program dibandingkan dengan strategi-strategi alternatif dijumpai dalam serupa program-program.

Menilai pelan kerja dan jadual program untuk kecukupan, kemungkinan, dan kebolehhidupan politikal.

Menyusun satu input draf laporan penilaian dan menghantarnya kepada pelanggan dan bersetuju dengan pemegang saham.

Analisis Data

16

Page 17: SEKAPUR SIRIH

Selepas borang kaji selidik ini di kumpulkan kembali segala maklumat akan di

analisis maka keputusan ini akan menunjukkan samaada segala objektif latihan yang

dijalankan tercapai atau tidak.

Perkara yang akan dititik beratkan adalah min,mod dan juga median dari pada

jawapan. Jika min adalah di antara 4.0-5.0 maka latihan ini adalah berkesan dalam

mengubah reaksi, pembelajaran dan perlakuan para peserta. Jika keputusan adalah

sebaliknya maka pelatih tidak berpuas hati dengan modul latihan yang merankumi dalam

reaksi dan mereka merasakan pembelajaran ini tidak berkesan dan tidak berlaku

perubahan dalam perlakuan peserta.

Median pula menunjukkan kenaikkan atau penurunan kepada setiap tahap dalam

Model Kikpatrik yang telah digunakan. Manakala mod yang berfrikuensi tinggi

menunjukan perasaan sebenar pelatih kepada kaedah pembelajaran dalam latihan ini.

6 Penutup

6.1 Ringkasan Perancangan Penilaian Latihan

Perancangan penilaian latihan yang dibuat menggunakan kaedah model penilaian

Kirkpatrik dan juga CIPP dan juga kaedah pemanatauan dan soal selidik untuk

pengumpulan data. Soal selidik ini akan diberikan kepada peserta yang menyertai latihan

ini untuk bertujuan menilai keberkesanan dan juga mencari kelemahan yang terdapat

dalam latihan ini supaya latihan yang akan datang akan lebih memberi kesan kepada

peserta.

Sesungguhnya penilaian ini penting untuk memastikan peserta yang menghadiri

program latihan ini mendapat latihan yang mencukupi supaya mereka dapat

17

Page 18: SEKAPUR SIRIH

mengaplikasikan apa yang mereka dapat di alam pekerjaan dan juga kehidupan harian

mereka. Setelah keputusan penilaian diperolehi keputusan itu akan dianalisis untuk

mendapatkan hasil supaya pihak pengurusan latihan dapaty memantapkan lagi latihan

yang akan dijalankan pada masa hadapan.

6.2 Kesimpulan Penilaian

Kesimpulannya yang boleh dibuat setiap program termasuk program penilaian

memerlukan satu rangka kerja yang lengkap agar hasil yang di perolehi dapat di perakui

sah dan mampu untuk dijadikan rujukan bagi semua pihak.

Segala maklumat yang diperolehi sepatutnya mengikut piawaian yang telah di

tetapkan oleh ahli akademik. Apa yang perlu di tekan kan adalah etika penilai program

penilaian itu sendiri untuk menghasilkan satu keputusan yang tepat. Keputusan yang tepat

ini adalah tunggak kepada penghasilan program latihan yang lebih mantap di masa yang

akan datang.

Memandangkan perubahan teknologi dan media massa yang semakin pesat cara

tradisional dan juga idea dari pelopor model sangat berguna ini tidak patut di lupakan

malah patut di kekalkan dan di praktikkan dari semasa ke semasa. Ini sangat penting agar

segala ilmu dan kemahiran yang ada akan kekal menjadi panduan serta dapat

dikembangkan penggunaannya walau dimana dan bila-bila masa sahaja dari sekarang

hingga ke hujung zaman.

18