siri sokongan psikososial ketawa untuk …...kesejahteraan’ boleh dijadikan satu cara yang sihat...

14
Siri Sokongan Psikososial Ketawa untuk kesejahteraan Ditulis oleh: Jefferson Ng Khai Qiang, Chew Wan Ling, Lee Xin Yun, Mandy Thoo, Murallitharan M. BERTAHAN. BERJUANG. BERKEMBANG.

Upload: others

Post on 02-Jan-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Siri Sokongan Psikososial Ketawa untuk …...Kesejahteraan’ boleh dijadikan satu cara yang sihat untuk memperbaiki kesihatan mental memandangkan kajian saintifik telah menunjukkan

Siri Sokongan PsikososialKetawa untuk kesejahteraan

Ditulis oleh:Jefferson Ng Khai Qiang, Chew Wan Ling, Lee Xin Yun,

Mandy Thoo, Murallitharan M.

BERTAHAN. BERJUANG. BERKEMBANG.

Page 2: Siri Sokongan Psikososial Ketawa untuk …...Kesejahteraan’ boleh dijadikan satu cara yang sihat untuk memperbaiki kesihatan mental memandangkan kajian saintifik telah menunjukkan

Mesej daripada

Yang Berhormat Dr Lee Boon ChyeTimbalan Menteri Kesihatan, Malaysia

Aspek yang paling penting dalam perjuangan adalah kesihatan emosi dan mental. Ketawa memberi potensi yang mengurangkan

tekanan dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Kami menyokong agar semua orang sentiasa ketawa!

Page 3: Siri Sokongan Psikososial Ketawa untuk …...Kesejahteraan’ boleh dijadikan satu cara yang sihat untuk memperbaiki kesihatan mental memandangkan kajian saintifik telah menunjukkan

Hakmilik © 2019 National Cancer Society MalaysiaHakmilik terpelihara. Mana-mana bahagian buku ini tidak boleh diterbitkan semula dalam apa juga bentuk tanpakebenaran pengarang terlebih dahulu.

Isi kandunganKetawa.....................................................................................1

Apakah itu ketawa? .................................................................3

Asal-usul ‘Ketawa untuk kesejahteraan’..................................4

Peranan ‘Ketawa untuk kesejahteraan’ dalam Pengurusan Kanser.......................................................5

Senaman Ketawa.....................................................................6

Kata-kata daripada Kumpulan ‘Ketawa untuk kesejahteraan’...................................................8

Page 4: Siri Sokongan Psikososial Ketawa untuk …...Kesejahteraan’ boleh dijadikan satu cara yang sihat untuk memperbaiki kesihatan mental memandangkan kajian saintifik telah menunjukkan

Ketawa: • Melahirkan perasaan yang positif • Mengungkapkan rasa gembira • Menunjukkan respon yang positif1 • Suatu bentuk terapi bagi mengimbangkan kesan emosi yang negatif seperti stress dan kemurungan2

Kesan psikologi daripada ketawaKetawa bukanlah sekadar suatu emosi – ia dapat menenangkan jiwa dan merehatkan tubuh badan melalui beberapa kaedah:

1. Scott S, Lavan N, Chen S, McGettigan C. The social life of laughter. Trends Cogn Sci. 2014 Dec;18(12):618–20.2. Mora-Ripoll R. The therapeutic value of laughter in medicine. Altern Ther Health Med. 2010 Dec;16(6):56–64.3. Dolgoff-Kaspar R, Baldwin A, Johnson MS, Edling N, Sethi GK. Effect of laughter yoga on mood and heart rate variability in patients awaiting organ transplantation: A pilot study. Altern. Ther. Health Med. 2012;18:61-64. Hasan H, Hasan TF. Laugh yourself into a healthier person: A cross cultural analysis of the effects of varying levels of laughter on health. Int. J. Med. Sci. 2009; 6:200-11

‘Ketawa Untuk Kesejahteraan’Ketawa merupakan suatu jenis senaman aerobik. Ia bertujuan menda-patkan sejumlah besar oksigen di dalam badan dan pada masa yang sama, ia juga dapat mengeluarkan gas karbon dioksida daripada badan. Apabila seseorang ketawa, paru-paru akan berkembang,3 seterusnya meningkatkan keperluan gas oksigen di keseluruhan otak.

Kajian membuktikan bahawa melalui ketawa, seseorang dapat mening-katkan peredaran darah kerana ia dapat mengawal penyempitan pembu-luh darah4. Tambahan lagi, ketawa dapat meningkatkan kemampuan jantung untuk mengepam darah serta menyalurkan lebih banyak gas oksigen keseluruhan badan.

1

Page 5: Siri Sokongan Psikososial Ketawa untuk …...Kesejahteraan’ boleh dijadikan satu cara yang sihat untuk memperbaiki kesihatan mental memandangkan kajian saintifik telah menunjukkan

5. Fry WF, Salameh WA. Handbook of humor and psychotherapy: Advances in the clinical use of humor. Florida: Professional Resource Exchange Inc, 1987. 57 p.6. Yim J. Therapeutic benefits of laughter in mental health: A theoretical review. Tohoku J Exp Med. 2016;239(3):243–97. Kataria M. Laughter Yoga: Daily laughter practices for health and happiness. Penguin Random House India Private Limited; 2018. 239 p.8. Bennett MP Lengacher C. (2009) Humor and laughter may influence health IV. humor and immune function. Evid. Based Complement. Alternat. Med. 2009;6:159-64

Ketawa Untuk GembiraSetelah mempelajari subjek humor selama lebih daripada 40 tahun, Dr William Fry mendapati bahawa ketawa menghasilkan kesan ubat pena-han sakit secara semulajadi seperti endorfin (hormon ‘berasa baik’) di dalam badan5. Melalui cara ini, seseorang dapat meningkatkan daya ketahanan terhadap sakit dan tekanan6, seperti mana yang telah mem-beri kesan daripada rawatan kanser.

Ketawa juga merupakan suatu bentuk anti-kemurungan: ia membebas-kan hormon serotonin dan dopamin, yang dapat ‘menenangkan’ fikiran7. Malah, melalui perbuatan ketawa yand dibuat-buat juga dapat meng-hasilkan hormon tersebut dan membantu mengawal perasaan di samp-ing mengelakkan potensi kemurungan.

Ketawa Untuk KesejahteraanOrang yang mempunyai system imun yang lemah seperti melalui seba-rang rawatan akan lebih mudah terkena sebarang jangkitan. Professor Lee Berk daripada Loma Linda University telah menemui bahawa ketawa mengaktifkan ‘sel pembunuh’ semulajadi dan meningkatkan tahap immunoglobin (keimunan) sehingga tiga kali ganda tahap normal. Ia telah menjurus kepada lebih banyak peningkatan jumlah limfosit-T (sejenis darah putih) dan anitbodi di dalam system imun badan8. Kesemua sel ini bertanggungjawab dalam menggalakkan penginkatan keimunan seseorang.

2

Page 6: Siri Sokongan Psikososial Ketawa untuk …...Kesejahteraan’ boleh dijadikan satu cara yang sihat untuk memperbaiki kesihatan mental memandangkan kajian saintifik telah menunjukkan

Apakah itu ‘Ketawa Untuk Kesejahteraan’?‘Ketawa Untuk Kesejahteraan’ adalah gabungan ketawa tanpa syarat dan senaman pernafasan yoga (Pranayama). Dalam senaman terapeutik ini, semua orang ketawa tanpa bergantung kepada keperluan untuk mem-buat lawak atau jenaka9.

Kajian telah dirumuskan bahawa tidak kira sama ada ketawa yang dibuat-buat ataupun ketawa yang sebenar, ia membolehkan badan sese-orang menghasilkan sejenis “bahan kimia gembira” yang sama seperti di dalam badan10. Ini bermaksud bahawa walaupun ketawa itu adalah sekadar ketawa yang dibuat-buat, ia mampu membangkitkan suasana positif ataupun memberbaiki suasana negatif.

Ketawa untuk kesejahteraan menggunakan pendekatan bukan-farmakologi untuk meningkatkan kesihatan mental seseorang6. Tamba-han pula, ia boleh dilakukan hampir di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

9. Bressington D, Yu C, Wong W, Ng TC, Chien WT. The effects of group-based Laughter Yoga interventions on mental health in adults: A systematic review. J Psychiatr Ment Health Nurs. 2018 Oct;25(8):517–27.10. Louie D, Brook K, Frates E. The laughter prescription. Am J Lifestyle Med. 2016 Jun 23;10(4):262–7.

3

Page 7: Siri Sokongan Psikososial Ketawa untuk …...Kesejahteraan’ boleh dijadikan satu cara yang sihat untuk memperbaiki kesihatan mental memandangkan kajian saintifik telah menunjukkan

Asal-usul ‘Ketawa Untuk Kesejahteraan’7

Ketawa untuk kesejahteraan diasaskan oleh ‘Guru ketawa’ Dr Madan Kataria, seorang pakar perubatan India. Pada tahun 1995, Dr Kataria bergelut dengan masalah kemurungan dan sentiasa bergantung kepada ubat untuk melegakannya. Setelah beliau menemui kaedah ketawa sebagai pendekatan terapeutik, beliau mendapati bahawa dengan hanya ketawa selama 30 minit sahaja, beliau dapat tidur selama dua jam tanpa gangguan.

Beliau kemudiannya menubuhkan kelab ketawa pertama beliau dengan penglibatan seramai lima orang ahli sahaja. Walaupun terdapat pelbagai halangan pada awal penubuhannya, beliau tetap meneruskannya usaha tersebut dengan tujuan menggalakkan manfaat ‘Ketawa Untuk Kesejahteraan’. Setelah beberapa lama, orang mula menyedari kaedah manfaat tersebut. Dalam tempoh dua dekad, lebih daripada 1600 kelab ketawa untuk kesejahteraan telah ditubuhkan di seluruh dunia. ‘Ketawa Untuk Kesejahteraan’ kini merupakan bentuk terapi yang ditubuhkan untuk meningkatkan kesihatan mental.

Hari ketawa sedunia telah dikenalkan pada 1998 oleh Dr Madan Kataria. Sambutan hari tersebut adalah pada hari Ahad pertama dalam Bulan Mei dan bertujuan untuk memupuk kedamaian sedunia melalui ketawa dan juga meningkatkan kesedaran mengenai terapi tersebut. Pada hari tersebut, ahli kelab ketawa di seluruh dunia bersatu untuk ketawa bersama-sama dan menyebarkan mesej positif tentang kasih sayang, kebaikan, dan toleransi.

Dr Madan Kataria

4

Page 8: Siri Sokongan Psikososial Ketawa untuk …...Kesejahteraan’ boleh dijadikan satu cara yang sihat untuk memperbaiki kesihatan mental memandangkan kajian saintifik telah menunjukkan

Peranan ketawa untuk kesejahteraan dalam pengurusan kanserKemurungan, kegelisahan, tekanan, dan penjagaan diri yang lemah, di mana sebahagiannya adalah kesan sampingan kanser, mampu menje-jaskan keberkesanan kemoterapi dan kualiti hidup11. ‘Ketawa Untuk Kesejahteraan’ boleh dijadikan satu cara yang sihat untuk memperbaiki kesihatan mental memandangkan kajian saintifik telah menunjukkan kesan ketawa terhadap pesakit kanser.

Sehingga kini, hasil kajian menunjukkan pengurangan kegelisahan, tekanan dan kemurungan, serta peningkatan dalam kualiti hidup dan daya tahan pesakit dan pejuang kanser apabila melibatkan diri dalam terapi ketawa. Bukti daripada kajian menunjukkan bahawa terapi ketawa menurunkan kemurungan. Namun, seharusnya kajian yang lebih lanjut perlu dan sedang dilakukan.

5

11. Pitman A, Suleman S, Hyde N, Hodgkiss A. Depression and anxiety in patients with cancer. BMJ. 2018 Apr 25;361:k1415.Han HJ, Park A, Kim HS, Moon H, Park YH. The effects of laughter therapy on stress responses in patients with preoperative breast cancer. J Korean Oncol Nurs [Internet]. 2011 Aug [cited 2019 Mar 8];11(2):93-100. Available from: https://doi.org/10.5388/jkon.2011.11.2.9312. Han HJ, Park A, Kim HS, Moon H, Park YH. The effects of laughter therapy on stress responses in patients with preoperative breast cancer. J Korean Oncol Nurs [Internet]. 2011 Aug [cited 2019 Mar 8];11(2):93-100. Available from: https://doi.org/10.5388/jkon.2011.11.2.9313. Cho EA, Oh HE. Effects of laughter therapy on depression, quality of life, resilience and immune responses in breast cancer survivors. J Korean Acad Nurs [Internet]. 2011 Jun [cited 2019 Mar 8];41(3):285-293. Available from: https://doi.org/10.4040/jkan.2011.41.3.28514. Farifteh S, Mohammadi-Aria A, Kiamanesh A, Mofid B. The impact of laughter yoga on the stress of cancer patients before chemotherapy. Iran J Cancer Prev Hosp [Internet]. 2014 Sept [cited 2019 Mar 8];7(4):179-83. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4307100/15. Kim SH, Kim YH, Kim HJ. Laughter and Stress Relief in Cancer Patients: A Pilot Study. Evid Based Complement Alternat Med [Internet]. 2015 May [cited 2019 Mar 8];2015:864739. Available from: http://dx.doi.org/10.1155/2015/864739

Tahun Subjek Kaedah-kaedah

2011 40 pesakit kanser payudara

Terapi ketawa selama satu jam termasuk tarian, teknik ketawa dan meditasi

Peningkatan ketara sebanyak 65% dan 21% pengurangan kegelisahan telah dilaporkan dalam kalangan pesakit kanser payu dara.9

Berkesan dalam meningkatkan kualiti hidup sebanyak 21% dan 7% dalam daya tahan. 10

Pengurangan ketara sebanyak 31% tahap tekanan sebelum kemoterapi11

Pengurangan ketara tekanan (50%), kegelisahan (36%), kemurungan (49%) selepas sesi yang pertama.12

2011 37 pejuang kanser payu dara

Dilakukan sebanyak dua kali seminggu selama 60 minit terapi ketawa, jumlah keseluruhan adalah sebanyak lapan sesi

2014 37 pesakit kanser

Ketawa untuk kesejahteraan selama 20 hingga 30 minit.

2014 60 pesakit kanser payu dara

Empat sesi program ketawa terapeutik

Keputusan

Page 9: Siri Sokongan Psikososial Ketawa untuk …...Kesejahteraan’ boleh dijadikan satu cara yang sihat untuk memperbaiki kesihatan mental memandangkan kajian saintifik telah menunjukkan

6

Senaman KetawaSenaman-senaman dalam ‘Ketawa Untuk Kesejahteraan’ dapat mening-katkan kesihatan fizikal serta hubungan sosial. Dengan bantuan fasilita-tor, para peserta dijamin akan ketawa selama 30 minit. Beberapa peserta di dalam kelas ‘ketawa untuk kesejahteraan’ kami berkata mereka mampu meninggalkan unsur-unsur negatif, merasakan seperti menjadi ‘kanak-kanak’ sekali lagi dan ketawa sepuas-puasnya sehingga melega-kan hati.

Berikut merupakan senaman-senaman yang boleh dilakukan oleh semua orang di rumah:

Sebelum anda mula: ‘Ketawa Untuk Kesejahteraan’ NCSM

Jumpa doktor anda bagi memastikan anda cukup sihat untuk memulakan senaman-senaman ini.

Di saat anda berasa tidak selasa ataupun sakit, hentikan senaman dengan segera.

Pastikan anda minum lebih banyan air selepas melakukan senaman ketawa.

Sila pastikan anda dalam keadaan yang tenang.

NCSM mempunyai kelas ketawa untuk kesejahteraan yang dijalankan oleh seorang pengajar pada setiap hari Isnin. Sesi yang dijalankan adalah percuma bagi pejuang kanser dan penjaga.

Lawati NCSM sekiranya anda berminat untuk memulakan kelas ‘Ketawa Untuk Kesejahteraan’ berdekatan tempat anda.

Maklumat lebih lanjut boleh didapati di laman sesawang www.cancer.org.my atau hubungi kami di nombor 03-2698 7300.

1

2

3

4

Page 10: Siri Sokongan Psikososial Ketawa untuk …...Kesejahteraan’ boleh dijadikan satu cara yang sihat untuk memperbaiki kesihatan mental memandangkan kajian saintifik telah menunjukkan

7

Pemanasan badan

Regangkan otot-otot anda dan tarik nafas sedalam yang mungkin untuk seketika. Tepuk tangan anda: gunakan irama 1-2, 1-2-3 sambil berkata ‘ho ho’, ha ha ha’

Lakukan ‘senaman ketawa singa’ (lion laughter exercise): Buka mulut anda dengan luas dan jelirkan lidah anda. Depakan tangan anda, dan ketawa dari perut.

1

2

3

Senaman 1

Senaman 2

Senaman 3

Ketawa 30 saat: Selama 30 saat, ketawalah tanpa berhenti sambil menggerakkan bahu anda ke atas dan ke bawah.

Tawa memori indah: Ingat kembali sebuah memori indah, di mana anda terakhir ketawa bersama orang-orang tersayang. Kenangkanlah memori ini dan ketawalah sepertimana yang anda lakukan sebelum ini selama yang anda boleh.

Mulakan dengan senyuman, dan perlahan-lahan beralih kepada tawa kecil, kemudian ketawa sepenuhnya. Tingkatkan nada anda sepan-jang senaman tersebut.

Page 11: Siri Sokongan Psikososial Ketawa untuk …...Kesejahteraan’ boleh dijadikan satu cara yang sihat untuk memperbaiki kesihatan mental memandangkan kajian saintifik telah menunjukkan

Kata-kata daripada Kumpulan ‘Ketawa Untuk Kesejahteraan’

“’Ketawa untuk kesejahteraan’ membuat saya berasa bertenaga melalui sena-man aerobik dan ketawa. Apabila saya berada di sini, saya berasa tenang and fikiran saya jauh daripada unsur-unsur negatif, dan ianya sangat penting bagi orang-orang yang sedang menghidap kanser.”

“Semasa saya menghidap kanser, saya berasa sunyi. Walau bagaimanapun, apabila bersama dengan rakan-rakan di dalam ‘Ketawa Untuk Kesejahteraan’ ini, saya merasakan seperti mereka adalah keluarga saya dan mereka adalah saudara saya yang mendorong saya. Saya tidak pernah keseorangan lagi.”

Bella, Pejuang pesakit kanser payudara

Annie, Pejuang pesakit kanser payudara

“Saya tidak pernah melihat seseorang meninggal kerana ketawa, tetapi saya melihat berjuta orang yang meninggal kerana tidak ketawa.”

Dr Madan Kataria, Pengasas ‘Ketawa untuk Kesejahteraan’

8

Page 12: Siri Sokongan Psikososial Ketawa untuk …...Kesejahteraan’ boleh dijadikan satu cara yang sihat untuk memperbaiki kesihatan mental memandangkan kajian saintifik telah menunjukkan

Diasaskan oleh pengasas ‘Ketawa Untuk Kesejahteraan’, Dr Madan Kataria, medium ini memberi perkongsian tentang ketawa untuk kesejahteraan dan juga testimoni individu yang mengamalkan ‘Ketawa Untuk Kesejahteraan’ diseluruh negara. Medium ini juga mengandungi pelbagai jenis senaman ketawa untuk kesejahteraan, meenggalakkan seseorang individu untuk ketawa pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.

– Dr. Madan Kataria

Maklumat Tambahan

9

Ceramah TEDx Talk disampaikan oleh tenaga pengajar ‘Ketawa Untuk Kesejahteraan’yang diiktiraf, Liliana De Leo. Beliau membincangkan tentang bagaimana ‘Ketawa Untuk Kesejahteraan’ memberikan beliau peluang untuk berinteraksi dengan orang ramai di samping memberi beliau inspirasi bagaimana untuk menjadi cikgu ketawa.

Anda boleh berinteraksi dengan Dr Madan Kataria dan ahlinya melalui akaun media sosial. Anda juga boleh melihat gambar-gambar berkaitan ketawa dan mengetahui bagaimana kelab ketawa seluruh dunia menyambut ketawa melalui ‘Ketawa Untuk Kesejahteraan’.

Anda berminat untuk menyertai ‘Ketawa Untuk Kesejahteraan’? Lihat laman sesawang yang mengandungi artikel-artikel yang ditulis sendiri oleh Dr Kataria dan jugak daripada sumber yang lain untuk maklumat yang lebih lanjut.

– ‘Ketawa Untuk Kesejahteraan’ | Liliana DeLeo | TEDxMontrealWomen

– Laughter Yoga (https://www.facebook.com/laughteryoga)

– www.laughteryoga.org

– Dr Madan Kataria (https://twitter.com/kataria1955)

Page 13: Siri Sokongan Psikososial Ketawa untuk …...Kesejahteraan’ boleh dijadikan satu cara yang sihat untuk memperbaiki kesihatan mental memandangkan kajian saintifik telah menunjukkan

Penterjemah

Seorang bakal graduan sains perubatan yang mempunyai minat yang sangat tinggi tentang penyakit dan pemeriksaan awal kesihatan. Dia menerokai minatnya berkaitan penjagaan kesihatan dan bidang perubatan melalui latihan dan pembelajaran interaktif. Selain daripada menjadi pelajar latihan perubatan di Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), dia bercita-cita untuk menjadi bakal pengamal perubatan yang dapat membantu menyebarkan kepentingan kesihatan kepada masyarakat.

Norhamiza binti Misri Jurusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Perubatan, Management & Science Universiti (MSU)

Zaitun merupakan pelajar tahun akhir dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Bioinformatik di UM yang meminati bidang penyelidikan di mana sains komputer, teknologi maklumat dan kaedah statistik dapat diaplikasikan. Dia kini sedang menjalani latihan industri di NCSM untuk meluaskan ilmu pengetahuan, membina pengalaman dan juga menguasai kemahiran baharu.

Zaitun binti Mohd LazinJurusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Bioinformatik), Universiti Malaya

Ajeerah merupakan pelajar tahun akhir Sains Biokesihatan di Universiti Malaya dengan minat yang mendalam dalam bidang penyelidikan kanser. Dia kini sedang menjalani latihan industri di Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) untuk membantu meningkatkan kesedaran orang awam mengenai pencegahan kanser, kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

Nur Ajeerah Binti BachoJurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Biokesihatan, Universiti Malaya

Page 14: Siri Sokongan Psikososial Ketawa untuk …...Kesejahteraan’ boleh dijadikan satu cara yang sihat untuk memperbaiki kesihatan mental memandangkan kajian saintifik telah menunjukkan

Seorang pelajar yang bersemangat dan tekun dalam mengejar impiannya untuk menjadi seorang penasihat kanser. Dia berazam untuk meningkatkan kesihatan mental pesakit kanser, oleh itu, dia berpegang dengan kata-kata: “Ubat yang terbaik ditemui dalam minda yang positif dan jiwa yang sihat.”

Biodata Penulis

Jefferson Ng Khai Qiang Jurusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Psikologi, Universiti Tunku Abdul Rahman

Seorang graduan jurusan kesihatan pemakanan, Wan Ling berpegang teguh kepada prinsip bahawa semua pengalaman di dalam hidup kesiharian adalah sebahagian daripada satu proses pembelajaran yang berterusan. Maka, kita perlu menghargai perkara terkecil sekali pun di dalam hidup kita biarpun yang baik mahupun berburuk.

Chew Wan Ling Jurusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kesihatan Pemakanan, UCSI University

Seorang graduan dalam jurusan kesihatan pemakanan di UCSI University. Kesederhanaan membuatkannya bahagia. Baginya, kebahagiaan adalah suatu pilihan. Di dalam hidup, tekanan akan sentiasa wujud tetapi adalah merupakan pilihan individu sama ada anda ingin bahagia atau tidak.

Lee Xin Yun Jurusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kesihatan Pemakanan, UCSI University

Pengarah Perubatan di Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM). Beliau merupakan doktor kesihatan awam serta merupakan penerima biasiswa Chevening tahun 2015/2016 di London School of Economics dan London School of Hygiene & Tropical Medicine. Beliau juga merupakan penerima biasiswa doktor falsafah ASEAN Economic Community di Chulalongkorn University. Kepakaran beliau tertumpu dalam bidang penyelidikan dan usaha yang melibatkan kesihatan awam serta isu-isu berkaitan penyakit (NCD) tidak berjangkit terutamanya penyakit kanser.

Dr Murallitharan M MD MCommHSc MSc PhD

www.cancer.org.my

National Cancer Society Malaysia, No. 66, Jln Raja Muda Abdul Aziz, 50300, Kuala Lumpur, Malaysia

T: 03 2698 7300 F: 03 2698 4300 E: [email protected]

National Cancer Society Malaysia

canceractionmy nationalcancersocietymy

ncsmalaysia

Ketua Bahagian Pendidikan, Literasi, Promosi dan Polisi Kesihatan (HELPP) di Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM). Sebelum berkhidmat di NCSM, beliau merupakan penulis artikel sains di pelbagai institusi penyelidikan Australia dan merupakan seorang kolumnis sains di salah sebuah akhbar terkemuka di Malaysia, The Star.. Beliau juga merupakan salah seorang penggerak yang menganjurkan dan melaksanakan kerja berkaitan polisi dalam bidang penyakit tidak berjangkit (NCD).

Mandy Thoo Sarjana Muda Bioteknologi & Sarjana Sains Komunikasi, The Australian National University