teori psikososial erikson

Upload: lentera-minda-bahasa

Post on 02-Mar-2016

145 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Teori Psikososial Eriksondan kaitannya dalam sastera kanak-kanak dan remajaDisediakan oleh:Hamdan B Yusoff 812573 Pensyarah:Dr Rohaya Md Ali

PengenalanTidak dinafikan, penghasilan karya kanak-kanak memerlukan penelitian dan pemikiran dua pihak iaitu pengarang dan khalayak. Seseorang penulis perlu mengenal kanak-kanak itu terlebih dahulu dari sudut psikologinya. Dengan mengetahui secara mendalam tentang psikologi kanak-kanak, mereka akan dapat menghasilkan karya yang bermutu dan menangkis tuduhan yang mengatakan para penulis tidak serius menghasilan sastera kanak-kanak dan hanya kerana untuk mendapatkan wang2Oleh itu menulis cerita untuk kanak-kanak tanpa pengetahuan dan pengalaman psikologi mereka, akan menampilkan dunia sastera kanak-kanak yang kurang bermutu kerana karya karya sastera memainkan peranan yang penting sebagai medium pembinaan peribadi insan.

Biodata Erik Erikson (1902-1994)Erik Erikson (1902-1994) berasal dari Frankfurt,Germany.Bapanya seorang Belanda, meninggalkan ibunya sebelum dia dilahirkan. Beliau dibesarkan oeh ayah tiri,seorang Yahudi.Erikson menghadapi krisis identiti sejak kecil, akan tetapi beliau telah menggunakan pengalaman ini untuk mengkaji perkembangan identiti manusia.Erikson telah meneroka tiga aspek dalam perkembangan identiti seseorang indiividu iaitu:

4i.Identiti ego (kendiri) berkait rapat dengan diri dalaman dan rahsia-rahsia yang terpendam dalam hati

ii.Identiti peribadi yang dibentuk melalui tingkah laku yang membezakan seseorang daripada orang yang lain ;dan

iii.Identiti sosial dan budaya di mana pelbagai peranan sosial atau budaya yang dimainkan oleh seseorang indiividu.Krisis identiti remaja Erik menyumbang kepada bidang perkembangan personaliti kanak-kanak,terutama sekali dalam krisis identiti remaja. Beliau menghubungkaitkan perkembangan personaliti dengan nilai-nilai keibubapaan dan kemasyarakatan. Lapan peringkat perkembangan personaliti Erikson menjadikan pengaruh keluarga dan masyarakat sebagai dasarnya. Dalam setiap peringkat hidup, seseorang individu akan menyelesaikan konflik konflik yang timbul di antara perkembangan psikologinya dengan dunia sosialnya.(Ragbir Kaur:30)

Teori Identiti Erik EriksonTeori psiko-sosial Erikson mengambil kira impak faktor-faktor luaran seperti ibu-bapa dan masyarakat terhadap perkembangan personaliti dari tahap kanak-kanak hingga dewasa. Dalam buku beliau yang berjudul Childhood and society Erikson mengemukakan lapan tahap secara berperingkat perkembangan ego dalam psiko-sosial manusia.Menurut Erikson,individu-individu berkembang menerusi membuka lipatan personaliti yang telah dilakukan melalui lapan peringkat ini. Kemajuan di dalam sesuatu peringkat ditentukan oleh kejayaan atau kegagalan di peringkat yang sebelumnya.(Ragbir Kaur:31)

Lapan peringkat Perkembangan Personaliti oleh Erik EriksonPeringkatUmurTugasan Perkembangani.Kepercayaan lawan Kecurigaan (peringkat lisan-deria)Bayi0-18 bulan-Membentuk perhubungan yang penuh dengan kasih sayang dan kepercayaanii.Autonomi Lawan RaguKanak-kanak baru belajar berjalan 18 bulan ke atas-Membentuk perasaan yang dunia sosial di sekeliling adalah selamat apabila ibu bapa menunjukkan perhatian yang tekal, konsisten dan berkesinambungan-Membentuk perasaan kecurigaan apabila ibu bapa tidak boleh dipercayai atau tidak boleh diharap serta kemudahan rumah yang tidak cukup atau lengkap.9Membina dan memanipulasi kemahiran fizikalJika dibenarkan meneroka dan memanipulasi persekitaran , kanak-kanak akan berdikari.Kanak-kanak belajar mengawal diri sendiri dan mungkin menjadi malu dan ragu jika orang dewasa di sekelilingnya tidak berinteraksi dengan mereka dengan baikiv.Ikhtiar Lawan Rasa BersalahPrasekolah(3 ke 6 tahun)Menjadi tegas dan berdaya usaha serta memiliki daya saing yang tinggi, tetapi jika terlalu di desak, individu itu akan merasa bersalah.

10vi.Berdaya Usaha Lawan Rendah DiriUmur persekolahan(6 ke 12 tahun)Mencuba mempelajari kemahiran baruGagal mempelajari kemahiran baru akan membuatkan seseorang individu mempunyai harga diri yang rendahvii.Identiti Lawan EgoRemajaMesti membentuk perhubungan yang intimJikalau tidak ia akan mempunyai konsep diri yang rendahviii.Intim Lawan BersendirianDewasa Muda(20 an)Perlu membina perhubungan yang rapat sebagai kekasih atau kawan.Benar-benar mengenali diri sendiriGeneratif Lawan StagnasiKedewasaan Pertengahan(Akhir 20an ke 50 tahun)Memikirkan cara-cara untuk menghadapi cabaran generasi yang akan datang.Kalau tidak, akan merasa letih

Integriti Lawan KecewaAkhir Kedewasaan(50 tahun ke atas)Mempunyai perasaan menerima seseorangJika tidak, seseorang itu akan merasa kecewa.

Sinopsis Dosa telah BerampunDTB mengisahkan seorang cucu yang sangat disayangi dan dimanjakan oleh neneknya. Kasih sayang yang melampau ini menyebabkan Amran menjadi nakal dan perangainya sukar ditegur oleh ibu bapanya. Kematian neneknya telah menyebabkan Amran merasakan kehilangan tempat bermanja. Dia bergaul dengan budak-budak nakal. Akhirnya dia menjadi ketua penjahat yang sanggup merompak rumahnya dan cuba mencabul kehormatan adiknya sendiri. Pengaplikasian Teori Psikososial Erik Erikson dalam Dosa telah BerampunKepercayaan lawan Kecurigaan(peringkat lisan deria)Contoh: novel - Dosa telah TerampunBayi (0-18 bulan)

Kepercayaan lawan Kecurigaan Nenek Amran begitu mengambil berat mengenai cucunya. Ini digambarkan dalam petikan teks di bawah:

Eh!Eh! Kenapa dibiarkan anak itu menangis?tegur Mak Salbiah (Dosa Telah Berampun hlm 7)Autonomi Lawan RaguContoh

(18 bulan ke 3 tahun)Pada peringkat ini, kanak-kanak dapat melakukan suatu tindakan aksi dengan autonomi tanpa ragu atau rasa malu. Sekiranya ibu bapa memberi banyak peluang dan pendedahan pada kanak-kanak, mereka akan belajar berdikari serta berkeyakinan tinggi. Amran ni nakal sangat mak, Baru bapanya membeli kereta kecil ini semalam.Hari ni dah dipecah-pecahkannya. (Dosa telah Berampun, hlm 14)

Sebaliknya jika ibu bapa tidak mengasuh dan mendisiplinkan anak secara tegas dan bertolak ansur, keyakinan dan konsep kendiri kanak-kanak menjadi rendah

Dalam cerita Cindrellla, dua orang kakak tiri Cinderella menganiayai Cindreella kerana cemburu dengan kelebihan yang ada pada Cinderella. Tindakan mereka disokong oleh ibu mereka.

Ikhtiar Lawan RaguContoh(Prasekolah 3-6 tahun)

Peringkat ini dikenali sebagai peringkat bermain di mana kanak-kanak belajar untuk berikhtiar dalam segala tugasan serta menceburi semua permainan.

Bukan itu sahaja malah selama ini apa saja yang dikehendaki oleh anak itu tidak pernah dibantah olehnya. Bermacam-macam barang permainan daripada harga yang murah sehingga harga yang mahal-mahal dibeli oleh Mak Salbiah,juga bapa mentuanya Pak Mahazir. (Dosa telah Berampun,hlm 17

Bukankah saya dah cakap dengan abang,datuknya tu manjakan sangat Amran tu. Tak boleh langsung kita melarang dan menegah dia berbuat jahat atau melakukan perkara yang kita tidak senangi. (Dosa telah Berampun, hlm 18)

Sebaliknya,kanak-kanak yang tidak diberi peluang untuk mengembangkan potensi mereka akan berasa serba salah dan sentiasa membandingkan diri mereka dengan kawan kawan yang lebih bernasib baik

Bukankah saya dah cakap dengan abang,datuknya tu manjakan sangat Amran tu. Tak boleh langsung kita melarang dan menegah dia berbuat jahat atau melakukan perkara yang kita tidak senangi. (Dosa telah Berampun, hlm 18)

Zaharah menggeleng gelengkan kepalanya melihat telatah ibu mentuanya itu.dia tau Mak Salbiah sunguh sayangkan anaknya. (Dosa telah Berampun, hlm 15

Berdaya Usaha LawanRendah Diri (6-12 tahun)ContohKanak-kanak mempelajari kemahiran-kemahiran sosial serta bercampur gaul dengan murid-muirid lain di sekolah.

Iyalah anak kita dah bersekolah. Tapi tahukah abang dah hampir tiga bulan ni masih dihantar oleh datuknya itu ke sekolah.(Dosa telah Berampun hlm 21)

Hari pertama sahaja dihantar oleh keluarga ke sekolah. Lepas itu anak mereka sudah tidak payah dihantar lagi. Mereka pergi dengan sendirinya, jelas Zaharah dengan nada kesal dan berwajah muram. (Dosa telah Berampun hlm 21)

Sebaliknya kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran sosial ini serta tidak dapat menyesuai diri kepada sistem akan merasa rendah diri dan hampa.

Iya memang benar kata kau tu Zaha, ujar Somali memikirkan baik buruknya tindakan ibunya itu.. Aku juga khuatir anak kita tu tidak dapat belajar dengan sempurna jika di sekolah nanti jika ibunya manjakan begitu sekali,(Dosa telah Berampun hlm 23)

Dalam cerita Cinderella, dua orang kakak tiri Cinderella menganiayai Cinderella kerana cemburu dengan kelebihan yang ada pada Cinderella.

Tiba-tiba Amran yang sedang bermain-main di situ dan tidak-berhenti berlari ke sana sini-menerpa susu anak kecil itu dan menyambar botol susu ditangan ibunya.(Dosa telah Berampun, Hlm 34)

Amran pula merasai amat kesepian dan terharu sejak kematian datuknya. Beberapa ketika hidupnya menderita dan kesedihan. Meskipun dia mempunyai keluarga tempat pergantungan hidupnya, akan tetapi dia merasai kehilangan tempat pergantungan kasih. Kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu dan bapnya tidak sama dengan kasih sayang daripada datuknya. (Dosa telah Berampun,Hlm 38)

Kerana itu suatu perubahan jiwa telah berlaku terhadap dirinya. Dia bukan sahaja tidak mahu mendengar kata ayah dan ibunya itu, menghargai kasih sayang mereka,sebaliknya menunjukkan perasaan kebosanan dan kejemuan hidup dengan mereka (Dosa telah berampun,Hlm 380)

-dalam cerita Hensel &Gretel, Hensel dan Gretel dapat pulang ke rumah setelah ditinggalkan ibu bapanya dengan mengikut jejak batu yang ditinggalkanya sepanjang jalan yang dilalui.

-Dalam cerita Hensel &Gretel, Hansel dapat menipu Ahli sihir dengan menggunakan kayu sebagi ganti jarinya.

-Gretel dapat menolak wanita sihir ke dalam dapur dengan helahnya.

-Dalam cerita Red Riding Hood, Reds berjaya mengenalpasti tipu helah Serigala yang menyamar sebagai neneknya.

Identiti Lawan Kekeliruan Identiti /Ego Rendah(Remaja)ContohRemaja pada peringkat ini menghadapi cabaran untuk mengenali diri sendiri dan ini menimbulkan kekeliruan dan kebingungan dalam memahami peranan mereka.

Di fikiran masing masing telah dapat menelaah bahawa Amran telah tercebur ke dalam kumpulan budak nakal yang telah dianggap belia. (Dosa telah Berampun,Hlm 41)

Hore!!! Kita akan mendapat kawan baharu .Bagus Amran. mulai sekarang kita tidak akan berpisah lagi. Kita sama-sama bebas, sorak Munir dengan penuh kegembiraan.Sekarang mari kita rayakan kawan kita ini yang telah menjadi ahli kumpulan kita sepenuh masa .(Dosa telah Berampun,Hlm 45)

-Dalam cerita Red ridding Hood, Red mendapat pengajaran agar jangan bercakap dengan orang asing yang tsk dikenali.

-Dalam cerita Cinderella, kedua orang kakak Cinderella,berebut hendak kahwin dengan putera raja, dan saling berebut antara satu sama lain.

Sebaliknya jika tidak terdapat model peranan yang berwibawa di persekitaran mereka, remaja akan mengalami konflik kekeliruan identiti

Kakak Cinderella berlaku zalim kepada Cinderella kerana ibu mereka menyokong segala tindak tanduk mereka.

Dia sedar antara murid dalam tingkatan itu dialah yang paling nakal. Akan tetapi kenakalannya adalah kerana tidak mendapat simpati dan kasih sayang daripada guru dan rakan setingkatan dengannya. ,(Dosa telah Berampun,Hlm 44)

Kerana itu sudah putuslah dihatinya untuk berhenti sekolah. Dia merasa betapa bebasnya hidup bersama-sama rakannya itu. (Dosa telah Berampun,Hlm 45)

Ya, saya dah berhenti sekolah ,ayah Tak guna saya belajar,buat rugi duit ayah sahaja. Pelajaran entah ke mana, Tingkah Amran dengan berani.

(Dosa telah Berampun,hlm 45)Menurut Rozimah Baharuddin (1985), kanak-kanak yang mencapai usia 10 tahun ke atas cenderung memilih sahabat tertentu sahaja.

Anak kau tu Zaharah kata Pak MamatKenapa dengan anak saya pak? tanya Zaharah.Dia dah masuk kumpulan jahat! Celah Somali agak marah (Dosa telah Berampun,hlm 53)

Identiti lawan bersendirianApa yang saya khuatir dan curiga entahlah bapa,entahlah Amran tu berdamping rapat dengan budak jahat. Jika dia berkawan dengan budak jahat tu, maka jahatlah dia. Tapi jika dengan budak baik tidak mengapalah.. Akan baiklah juga Amran tu, begitu ketegasan Somali .(Dosa telah berampun,hlm 42)

Pak Mahazir mengangguk. Bersetuju benar dia dengan pendapat anaknya itu. Sebagai contohnya Somali sendiri.dia yang mengawasinya sejak kecil daripada mendampingi budak budak jahat.maka terjaminlah tingkah laku dan perangainya menjadi budak yang baik. (dosa telah berampun)hlm 47

ContohHari itu Amran dan beberapa orang anggotanya sedang berehat dan berbual-bual di rumah apa yang mereka namakan markas kumpulan itu. Semalam mereka telah berjaya melakukan penyeludupan dadah yang amat besar ertinya dan menguntungkan kumpulan itu.(Dosa telah Berampun,hlm 64)

Amran dijulang dan diarak ke sana sini dengan gembiranya. Sejak itu terlantiklah Amran mengepalai kumpulan HARIMAU BERANTAI di daerah itu.(Dosa telah Berampun, hlm 63)

Intim lawan bersendirian(dewasa muda )Sasaya datang untuk menyerah diri.Bebaskanlah kedua-dua orang tua saya tu,:Serah diri? Siapa sebenarnya encik ini?Saya Amran, banduan yang lari dari penjara. Anak Pak Somali dan Mak Zaharah tu. (Dosa telah berampun,hlm 94

KesimpulanKajian tentang pemikiran dan kelakuan manusia bermula sejak zaman Aristotle lagi.Psikologi juga membantu manusia memahami diri mereka sendiri dengan lebih baikPengarang tanpa sedar atau secara sedar memasukkan unsur psikologi dalam karya sastera mereka. Ironinya kesemua karya sastera boleh dikaji tentang aspek psikologi dalam watak dan perwatakannya.BibliografiDr.Ragbir Kaur Joginder Singh.(2012).Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI PSIKOLOGI.Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.Grace De La Touche.(2003). Hensel and Gretel. North Parade :Robert Frederick Limited.Grace De La Toche.(2003). Rumpelstiltskin. North Parade: Robert Frederick Limited.

Rejab.F.I.(1993). Dosa telah Berampun. Kuala Lumpur: Utusan Publications &Distributions. Rohani Abdullah.(2001).Perkembangan Kanak-Kanak:Penilaian secara portfolio.UPM. SerdangRozaimah Baharuddin.(1985).Perkembangan Kanak-kanak.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaSuppiah, N.Ramlah, Abdul Aziz.(2008).Psikologi Pendidikan.Oxford Fajar