43 project: flower nursery pusat pemulihan psikososial (psr

13
CIRCLE OF CARE PROJECT PRESENTATION GATHERING 7 APRIL 2007 43 Project: Flower Nursery Pusat Pemulihan Psikososial (PSR) Pasir Mas telah ditubuhkan pada Jun 2005. Kini setelah lebih setahun bergerak, jumlah peserta untuk pemulihan adalah seramai 24 orang terdiri dari 6 orang perempuan dan selebihnya adalah peserta lelaki. Antara terapi yang dijalankan di Pusat Pemulihan Psikososial Pasir Mas adalah seperti Terapi Sosial, Terapi Rekreasi, Terapi Seni, Terapi Kerja, Terapi Domestik, Activity Daily Living dan aktiviti-aktiviti lain. Antara lain tujuan terapi-terapi ini adalah bagi mewujudkan kesedaran di kalangan peserta bahawa aktiviti-aktiviti sebegitu perlu dipraktikkan dalam kehidupan mereka sehari-hari. Peserta dilatih agar dapat bergiat aktif seperti orang lain pada kadar yang optimum mengikut kemampuan mereka dari masa ke semasa. Selain aktiviti yang dinyatakan , Pusat Pemulihan Psikososial Pasir Mas juga memikirkan bahawa adalah perlu mewujudkan satu projek yang boleh dilaksanakan oleh para peserta secara tidak langsung ianya dapat menjana pendapatan kepada mereka sendiri. Perkara ini difikirkan perlu kerana sebahagian besar dari kalangan peserta pemulihan terdiri dari mereka yang rendah tahap sosio ekonominya. Setelah diadakan perbincangan bersama pegawai- pegawai yang berkaitan, maka PSR Pasir Mas memutuskan untuk melaksanakan Projek Nurseri Bunga bersebelahan bangunan Pusat Pemulihan. Projek Nurseri Bunga PSR Pasir Mas telah mendapat peruntukan kewangan dari Malaysian Psychiatric Association (MPA) sebanyak RM 5000 yang telah disalurkan menerusi Kelab Minda Kelantan pada 24 Februari 2006. Namun begitu wang tersebut hanya dapat ditunaikan setelah Kelab Minda Kelantan diluluskan pertubuhannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada bulan Ogos 2006. Kami amat berterima kasih yang tidak terhingga kepada “ MPA ” kerana telah memberi sokongan padu terhadap perjalanan kelas pemulihan di Pasir Mas. Dengan adanya bantuan ini, telah menyuntik semangat kepada kami untuk melaksanakan projek khusus untuk golongan yang tidak bernasib baik ini, apatah lagi sebelum ini kami amat sukar untuk menjalankan aktiviti berikutan keupayaan kewangan yang amat terhad. Kami amat berharap agar pihak MPA terus memberi bantuan kerana dengan

Upload: tranmien

Post on 28-Jan-2017

236 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

CIRCLE OF CARE

PROJECT PRESENTATION GATHERING

7 APRIL 2007

43

Project: Flower Nursery

Pusat Pemulihan Psikososial (PSR) Pasir Mas telah ditubuhkan pada Jun 2005.

Kini setelah lebih setahun bergerak, jumlah peserta untuk pemulihan adalah seramai

24 orang terdiri dari 6 orang perempuan dan selebihnya adalah peserta lelaki.

Antara terapi yang dijalankan di Pusat Pemulihan Psikososial Pasir Mas adalah

seperti Terapi Sosial, Terapi Rekreasi, Terapi Seni, Terapi Kerja, Terapi Domestik,

Activity Daily Living dan aktiviti-aktiviti lain. Antara lain tujuan terapi-terapi ini adalah

bagi mewujudkan kesedaran di kalangan peserta bahawa aktiviti-aktiviti sebegitu

perlu dipraktikkan dalam kehidupan mereka sehari-hari. Peserta dilatih agar dapat

bergiat aktif seperti orang lain pada kadar yang optimum mengikut kemampuan

mereka dari masa ke semasa. Selain aktiviti yang dinyatakan , Pusat Pemulihan

Psikososial Pasir Mas juga memikirkan bahawa adalah perlu mewujudkan satu

projek yang boleh dilaksanakan oleh para peserta secara tidak langsung ianya

dapat menjana pendapatan kepada mereka sendiri. Perkara ini difikirkan perlu

kerana sebahagian besar dari kalangan peserta pemulihan terdiri dari mereka yang

rendah tahap sosio ekonominya. Setelah diadakan perbincangan bersama pegawai-

pegawai yang berkaitan, maka PSR Pasir Mas memutuskan untuk melaksanakan

Projek Nurseri Bunga bersebelahan bangunan Pusat Pemulihan.

Projek Nurseri Bunga PSR Pasir Mas telah mendapat peruntukan kewangan dari

Malaysian Psychiatric Association (MPA) sebanyak RM 5000 yang telah disalurkan

menerusi Kelab Minda Kelantan pada 24 Februari 2006. Namun begitu wang

tersebut hanya dapat ditunaikan setelah Kelab Minda Kelantan diluluskan

pertubuhannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada bulan Ogos 2006. Kami

amat berterima kasih yang tidak terhingga kepada “ MPA ” kerana telah memberi

sokongan padu terhadap perjalanan kelas pemulihan di Pasir Mas. Dengan adanya

bantuan ini, telah menyuntik semangat kepada kami untuk melaksanakan projek

khusus untuk golongan yang tidak bernasib baik ini, apatah lagi sebelum ini kami

amat sukar untuk menjalankan aktiviti berikutan keupayaan kewangan yang amat

terhad. Kami amat berharap agar pihak MPA terus memberi bantuan kerana dengan

CIRCLE OF CARE

PROJECT PRESENTATION GATHERING

7 APRIL 2007

44

bantuan tersebut ianya telah membuka ruang yang lebih luas kepada kami untuk

melakukan aktiviti.

Projek Nurseri Bunga PSR Pasir Mas telah siap beroperasi sepenuhnya pada

bulan Disember 2006. Kos keseluruhan rumah untuk nurseri bunga adalah sebanyak

RM 3600 di mana rangka rumah nurseri bernilai RM 2800 dan rak untuk meletak

bunga adalah sebanyak RM 800. Harga ini difikirkan munasabah setelah tinjauan

dilakukan di beberapa buah kedai membuat besi sekitar Pasir Mas. Sebanyak RM

900 lagi telah dibelanjakan untuk membeli benih bunga, pasu serta peralatan lain

untuk nurseri bunga. Wang selebihnya sebanyak RM 500 digunakan sebagai modal

pusingan projek. Berikut adalah jadual perjalanan wang Projek Nurseri Bunga PSR

Pasir Mas ;

WANG TERIMA WANG KELUAR

Terima peruntukan wang dari MPA RM

5000

________

RM

5000

Kos Rumah Nurseri RM 2800

Kos Rak Bunga RM 800

Kos Beli Benih + Peralatan

Lain untuk Nurseri RM 900

Baki utk. Modal Pusingan RM 500

________

RM 5000

Keuntungan Jualan

Sehingga Mac 2007

* Staff / Pesakit Luar RM 40.00

*25/1/07 – Pelawat dari Kedah RM 80.00

* 31/1/07 – Pelawat HUSM RM 30.00

RM 150.00

CIRCLE OF CARE

PROJECT PRESENTATION GATHERING

7 APRIL 2007

45

* 25/1/07 – Keuntungan sebanyak RM5.00

seorang telah diberikan kepada peserta

projek

Projek Nurseri Bunga PSR Pasir Mas mendapat sokongan padu daripada

Pegawai Kesihatan Daerah Pasir Mas serta badan-badan sokongan yang lain

seperti Kelab Sokongan Keluarga (Kelab Minda Kelantan ), ahli-ahli keluarga

pesakit, Kelab Warga Mas Klinik Kesihatan Bandar Pasir Mas, Persatuan Wanita

Pasir Mas, kakitangan kesihatan, jabatan-jabatan Kerajaan yang lain serta badan-

badan NGO. PSR Pasir Mas sering menjadi tumpuan pelawat sama ada dari dalam

mahupun dari Luar Negeri Kelantan. Bagi pelatih-pelatih Perubatan Hospital

Universiti Sains Malaysia, PSR Pasir Mas dijadikan sebagai model dan tempat untuk

mereka lakukan kajian serta aktiviti. Sepanjang tahun 2006, PSR Pasir Mas telah

menerima kunjungan dari pelbagai pihak seperti Rombongan Kakitangan dari negeri

Kedah dan Putra Jaya. Pengarah Pembangunan Kesihatan Keluarga ketika itu iaitu

Dato’ Dr. Narimah bt. Awin juga telah meluangkan masa melawat serta merasmikan

PSR Pasir Mas . Beliau melahirkan rasa kagum terhadap perjalanan kelas

pemulihan serta pencapaian peserta PSR Pasir Mas yang begitu memuaskan hati

beliau.

Dengan adanya Projek Nurseri ini, pengunjung-pengunjung pasti akan lebih

teruja disamping dapat memberi impak yang positif kepada pesakit. Pesakit juga

semakin bertambah minat untuk menghadiri kelas pemulihan yang diadakan

sebanyak 2 kali seminggu iaitu pada setiap hari Rabu dan Khamis. Pada hari-hari

selain Rabu dan Khamis, pesakit tetap hadir secara sukarela untuk melihat

perkembangan projek nurseri mereka. Projek nurseri bunga ini melibatkan 12 orang

peserta serta dibantu oleh 3 orang kakitangan yang bertanggungjawab secara

langsung dalam proses pemulihan pesakit. Mereka terdiri dari seorang Pembantu

Perubatan, seorang Penolong Jururawat serta seorang Atendan Kesihatan. Selain

CIRCLE OF CARE

PROJECT PRESENTATION GATHERING

7 APRIL 2007

46

daripada 12 peserta yang terlibat untuk projek nurseri, peserta yang selebihnya

bakal menjalankan satu lagi projek yang telahpun diluluskan peruntukan kewangan

juga dari pihak MPA dan sedang dalam proses perlaksanaan iaitu projek

penternakan ikan keli dalam kanvas. Kami juga sedang dalam proses

memanjangkan projek tersebut untuk dilaksanakan oleh keluarga pesakit yang

berminat di rumah mereka. Setakat ini sudah ada dua orang penjaga yang bersetuju

untuk melaksanakan projek iaitu yang pertama ternakan ikan keli dalam kanvas dan

yang kedua adalah perniagaan runcit secara kecil-kecilan di rumah . Diharapkan

projek ini akan berjaya secara tidak langsung dapat membantu keluarga pesakit

yang serba kekurangan.

Berikut adalah senarai nama peserta yang terlibat dengan projek nurseri bunga ;

BIL NAMA NO KAD

PENGENALAN DIAGNOSIS

RAWATAN

1 Ismail b. Che Mat 761218-03-5449 Schizophrenia T. Risperidone 2mg ON, 1 mg OM

2 Nor Adilah bt. Mohd Nor 810418-03-5230 Schizophrenia T. Risperidone 6 mg Dly

3 Mat bin Rejab 621101-03-5213 Schizophrenia T. CPZ 100 mg OM

200 mg ON

4 Mat Tajuddin b. Pa’ Su Tiada Schizophrenia T. Clozapine 100 mg OM, 200 mg ON

5 Che Ya b. Ahmad 650417-03-5589 Schizophrenia T. Pherphenazine 8 mg ON

6 Hasni bt. Hassan 740421-03-5652 Schizophrenia T. Olanzapine 10 mg ON

7 Wan Izani b. Wan Jaafar 781204-03-5593 Schizophrenia T. Olanzapine 20 mg ON

8 Nurul Amal bt. Abd.

Rahman 740315-12-5056 Schizophrenia

T. Clozapine 350 mg. ON T. Propanolol 40 mg ON

CIRCLE OF CARE

PROJECT PRESENTATION GATHERING

7 APRIL 2007

47

9 Mohd Azaini b. Md. Noor 750921-03-5789 Schizophrenia T. Epilim 200 mg ON T. Sulpiride 200 mg BD

10 Faten Humairah bt. Harun 760817-03-5526 Schizophrenia T. Olanzapine 5 mg BD T. Epilim 400 mg BD

11 Mohd Zafari b. Che Yusof 801228-03-5157 Schizophrenia T. Seroquel 400 mg ON

12 Rosliny bt. Ab. Rahman 810425-03-5220 Bipolar

Disorder

T. Epilim 600 mg BD

T. CPZ 100 mg Dly

Objektif utama Projek Nurseri Bunga adalah untuk meningkatkan penglibatan

aktif para peserta terhadap proses pemulihan, memberi peluang pekerjaan dan

pendapatan sampingan serta membina semangat berdikari dan berusaha

memajukan diri di kalangan mereka. Dengan adanya nurseri bunga ini, mereka akan

diajar selok-belok berkaitan tanaman bunga, teknik-teknik penjagaan seterusnya

bagaimana caranya untuk mendapat keuntungan dari projek yang dijalankan. Selain

itu, pesakit akan merasa lebih berkeyakinan untuk melakukan apa-apa aktiviti yang

seumpanya serta dapat mengenal kemampuan diri masing-masing. Projek sebegini

adalah penting untuk mereka praktikkan apabila telah tamat program atau sewaktu

mereka berada bersama keluarga di rumah. Dengan adanya projek sebegini, sudah

pasti pesakit tidak akan berasa bosan dengan aktiviti dalaman sahaja. Ianya juga

dapat menyihatkan tubuh badan kerana menanam dan menjaga bunga dapat

menenangkan fikiran serta aktiviti tersebut dapat mengeluarkan peluh. Suasana

tempat pemulihan juga lebih ceria dan indah dengan kehadiran nurseri tersebut.

Pesakit juga dibawa melawat ke tempat-tempat nurseri yang telah berjaya di sekitar

Pasir Mas untuk menambahkan lagi minat dan memberi motivasi kepada mereka

dalam mempersiapkan projek agar lebih cemerlang lagi.

CIRCLE OF CARE

PROJECT PRESENTATION GATHERING

7 APRIL 2007

48

Projek tersebut dilihat secara tidak langsung dapat mempromosikan Pusat

Pemulihan di kalangan orang ramai. Perkara ini berlaku hasil dari promosi yang

dijalankan dengan cara menampal poster tentang jualan bunga oleh PSR di tempat-

tempat yang strategik. Sasaran utama pembeli adalah dari kalangan pesakit luar

yang datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Badan-badan lain seperti

Persatuan Wanita dan orang perseorangan juga telah membuat tempahan bunga

untuk diletakkan di premis mereka. Ini adalah satu pencapaian yang amat

memberangsangkan. Pelawat-pelawat luar yang datang untuk melawat PSR Pasir

Mas juga begitu tertarik dengan projek nurseri tersebut.Ramai dikalangan mereka

memberi sokongan dengan membeli bunga yang telah disemai oleh pesakit. Hasil

jualan bunga akan dinikmati oleh para peserta di mana 50 peratus hasil jualan akan

diagihkan di antara peserta dan selebihnya 50 peratus lagi akan dijadikan sebagai

modal pusingan dan disimpan di dalam tabung PSR. Promosi juga giat dijalankan

agar lebih banyak lagi jabatan-jabatan lain yang sedar akan kewujudan nurseri

bunga tersebut. Walaupun jumlah semaian adalah kecil dan tidak seberapa, namun

orang ramai adalah digalakkan untuk menyokong usaha yang murni ini demi

kebajikan pesakit mental. Dalam usaha agar projek nurseri terus berjaya, jadual

penggiliran diwujudkan kepada pesakit untuk bergilir-gilir menyiram dan menjaga

tanaman. Secara tidak langsung, ianya juga dapat membentuk satu disiplin kepada

para peserta dan merupakan satu terapi yang berkesan dalam membentuk nilai-

nilai yang baik dalam diri pesakit.

Dengan adanya projek nurseri bunga ini, peserta PSR Pasir Mas telah

menunjukkan perubahan yang agak ketara dari segi ketrampilan, keyakinan dan

usaha untuk memajukan diri. Perkara ini terbukti setelah diakui sendiri oleh penjaga

mereka dimana perubahan pesakit ke arah yang lebih baik telah dikesan oleh

mereka. Ada di kalangan pesakit yang sudah mula menunjukkan kerajinan seperti

menyiram bunga dan membersihkan persekitaran rumah . Peningkatan positif ini

merupakan hasil terapi yang dijalankan di pusat pemulihan serta aktiviti – aktiviti

seperti projek yang sedang dilaksanakan oleh mereka semasa di kelas pemulihan.

CIRCLE OF CARE

PROJECT PRESENTATION GATHERING

7 APRIL 2007

49

Terdapat juga antara peserta PSR yang telah pun mendapat pekerjaan namun

masih tetap memberi sokongan dengan hadir ke PSR untuk mengikuti

perkembangan serta aktiviti projek ketika hari cuti rehat mereka. Rata-rata penjaga

juga merasa terharu dan berterima kasih kepada kakitangan yang terlibat serta

pihak Kementerian Kesihatan kerana telah mewujudkan satu pusat pemulihan untuk

golongan yang kurang bernasib baik seperti anak mereka.

Antara masalah yang dihadapi sepanjang menjalankan projek nurseri bunga

adalah seperti kesukaran peserta untuk menghadiri kelas kerana masalah

pengangkutan dan kewangan serta sokongan orang ramai terhadap projek terbabit.

Namun begitu masalah tersebut sedikit sebanyak telah berjaya diatasi dengan

mengadakan perbincangan antara PSR Pasir Mas dan Syarikat Kenderaan Melayu

Kelantan. Mereka bersetuju untuk memberi kadar tambang separuh harga kepada

peserta PSR Pasir Mas yang menunjukkan Kad keahlian PSR setiap kali menaiki

bas untuk ke kelas pemulihan. Kursus-kursus sokongan keluarga dan promosi juga

diadakan untuk memperkenalkan lagi projek tersebut kepada orang ramai.

Diharapkan dengan adanya projek sebegini dapat memberi sedikit sebanyak

manfaat dan sumbangan kepada pesakit-pesakit mental khususnya serta keluarga-

keluarga pesakit yang begitu mengharapkan sesuatu input yang positif terhadap

perkembangan anak-anak mereka. Justeru semua pihak wajar mengambil peranan

agar setiap apa yang dijalankan mendapat sokongan padu seterusnya

meningkatkan lagi imej perkhidmatan kesihatan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dilaporkan Oleh :

Ku Mhd Zaki b. Ku Isa

Pembantu Perubatan U29

Klinik Kesihatan Bandar Pasir Mas.

CIRCLE OF CARE

PROJECT PRESENTATION GATHERING

7 APRIL 2007

50

Project: Kedai Sihat Sentosa

Cadangan penubuhan Kedai Sihat Sentosa telah ditubuhkan oleh Pengarah Hospital Sentosa sendiri iaitu Dr. Abdul Kadir bin Abu Bakar. Beliau telah mencadangkan penubuhan satu Jawatankuasa Job Placement Task Force, Hospital Sentosa Kuching bagi menilai, melatih dan memantau para pesakit yang sesuai. Pelbagai pihak turut serta untuk melaksanakan project ini seperti Unit Pemulihan Carakerja, Unit Kaunseling, Unit Kebajikan Masyarakat, ketua-ketua wad dan termasuk Malaysian Psychiatric Association (MPA). Tujuan penubuhan Kedai Sihat Sentosa ini adalah sebagai alternative untuk mereka dan memberikan suatu peluang pekerjaan untuk para pesakit hospital ini. Kedai Sihat Sentosa merupakan satu projek yang melibatkan pemulihan pesakit psikiatri melalui penglibatan mereka dalam perniagaan runcit. Ia adalah hasil daripada bantuan dana Malaysian Psychiatric Association. Bahagian Social Enterprise merupakan bahagian khas yang merancang dan membantu peluang-peluang pekerjaan dalam bentuk perniagaan kepada para pesakit di Hospital Sentosa Kuching. Kedai Sihat Sentosa mula beroperasi pada pertengahan bulan September 2005 dengan bantuan tenaga kerja dua orang pekerja wanita yang terdiri daripada pesakit yang telah dikenalpasti selaku juru wang dan jurujual. Kemampuan pesakit mengurus Kedai Sihat Sentosa membuktikan bahawa pesakit juga mampu menjalani kehidupan normal seandainya diberi peluang mengaplikasikan kemahiran yang ada pada mereka dengan sebaik-baiknya. Pihak kami berkeyakinan tinggi Kedai Sihat Sentosa akan lebih maju dan berkembang giat dalam menjadi medan terbaik membentu proses pemulihan pesakit samada dari segi mental dan fizikal. Bantuan dana daripada MPA ini merupakan usaha murni yang wajar diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan peluang pekerjaan dan perniagaan dapat ditawarkan kepada pesakit-pesakit psikiatri yang sedang menjalani proses pemulihan.

CIRCLE OF CARE

PROJECT PRESENTATION GATHERING

7 APRIL 2007

51

Sample:

Project:

Presenters:

Judge:

Criteria Points Score

1 Value for money 10

2 Adhere to rehab objectives 30

3 Evidence of good networking

strategies 30

4 Empowerment for clients 15

5 Innovative changes 10

6 Presentation 5

Max points 100 Total

Criteria of Evaluation on Projects Presentation

CIRCLE OF CARE

PROJECT PRESENTATION GATHERING

7 APRIL 2007

52

Position Project

Project Participant Prize Award

1st Family Support Group (Sarawak)

Michelle Moh Lee Pin Jong Khim Woo Ang Kok Hwa

RM5, 000.00

2nd

Flower Nursery (Klinik Kesihatan Pasir Mas, Kelantan)

Dr Khairi b Che Mat Ku Mhd Zaki bin Ku Isa

RM3, 000.00

3rd

Family Support Group (Pulau Pinang)

Leong Eng Khoon

RM2, 000.00

Note: The overall winner will be invited to do their project presentations at the 1st National Conference on Child and Adolescent in conjunction with the 13th Malaysian Conference on Psychological Medicine commencing from the 8th till 9th June 2007, Grand Plaza Parkroyal Hotel, Kuala Lumpur.

Results

CIRCLE OF CARE

PROJECT PRESENTATION GATHERING

7 APRIL 2007

53

Photo Gallery

Welcoming remarks from

Prof. Dr. Mohd Hussain Habil

President

Malaysian Psychiatric Association

Introducing the program:

Dr. Siti Nor Aizah

Emcee of the Day & Secretary

Malaysian Psychiatric Association

The participants

CIRCLE OF CARE

PROJECT PRESENTATION GATHERING

7 APRIL 2007

55

Group Photo

Standing from left to right:

Mr. Leong Eng Khoon, Pn. Nazariah, Pn. Sabedah Osman, Pn. Norliah Othman, Michelle Mok Lee Pin,

Pn. Fauzi bt Rihan, Mr. Jong Khim Woo, Pn. Rosnaini bt Ramli, Mr. Vincent Ang Kok Wah,

En. Ku Mhd Zaki b Ku Isa, Mariayee a/p Veerapan, En Awang Mohd Azmi, Mr. Yogaswaran a/l Ramiah, En.

Mohd Awang bin Osman.

Sitting from left to right:

Dr. Asrenee Abd Razak, Dr. Zarina bt Zainan Abidin, Dr. Khairi b Che Mat, Dr. Mohd fadzillah,

Prof. Abdul Hamid, Prof. Mohd Hussain Habil, Dr. Abdul Kadir Abu Bakar, Dr. Marhani Midin,

Dr. Siti Nor Aizah, Wong Sit Yin.

CIRCLE OF CARE

PROJECT PRESENTATION GATHERING

7 APRIL 2007

56

Chairperson

Prof. Dr. Mohd Hussain Habil Head of Department and Consultant Psychiatrist University Malaya

Honorable Judges

Prof. Dr. Abdul Hamid Abdul Rahman Head of Department and Consultant Psychiatrist University Kebangsaan Malaysia Dr. Marhani Midin Consultant Psychiatrist and Lecturer University Kebangsaan Malaysia Dr. Mohd Fadzillah Abdul Razak Consultant Psychiatrist Kuala Lumpur Hospital

MPA Organizing Committee

Dr. Yen Teck Hoe – Vice President Dr. Siti Nor Aizah Ahmad – Secretary Dr. Abdul Kadir Abu Bakar – Asst. Secretary Dr. Ahmad Hatim Sulaiman – Treasurer Dr. Jesjeet Singh Gill – Committee Member Dr. Salina Abdul Aziz - Committee Member Dr. Philip George - Committee Member Dr. Mohd. Fadz illah Abdul Razak – Committee Member Assoc. Prof. Dr. Aili Hanim Hashim – Committee Member Mr. Rajinder Singh - Committee Member Low Mi Yen - Committee Member Sabedah Osman - Committee Member

Secretariat

Janssen-Cilag

Acknowledgment