psikososial pjm 3117

Upload: meddy-med

Post on 21-Jul-2015

2.374 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Tajuk 1

Teori Pengenalan kepada psikologi sukan dan senaman

Sinopsis Tajuk 1 dalam modul ini merangkumi pengenalan kepada psikologi sukan dan senaman. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan. Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Menyatakan dan memerihalkan teori psikologi sukan dan senaman. 2. Menjelaskan psikologi sukan dan senaman.

1

KANDUNGAN1.1 Teori, Sejarah dan Definisi Psikologi Sukan Dan Senaman

Bidang Psikologi sukan dan senaman boleh ditakrifkan sebagai satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, efektif serta kognitif mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut. Menurut pakar psikologi sukan, (Wann, 1997), bidang ini membabitkan bidang sukan dan pergerakan. Antaranya Cox (1998) menjelaskan bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang sains atau prinsip-prinsip psikologi diaplikasi dalam bidang sukan. Bagi Weinberg dan Gould (1999) pula meruskan bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang kajian saintifik tentang manusia dan perlakuan mereka dalam konteks sukan dan pergerakan. Takrifan ini membuka skop yang lebih luas dalam bidang psikologi sukan dengan mengambil kira segala bentuk perubahan yang berlaku kepada atlet, pegawai serta penonton digelanggang atau padangpermainan serta melibatkan mereka yang menyaksikan atau mengikuti perkembangan aktiviti tersebut dari jauh.

Selain dari itu psikologi sukan juga merupakan satu komponen penting yang memastikan kejayaan atau kegagalan seseorang dalam sukan atau pertandingan. Bidang ini menjadi satu pokok perbincangan dan persoalan dalam sukan yang cukup menarik serta mendapat perhatian umum. Disamping itu satu bidang yang luas serta tebuka sehingga ia memudahkan orang awam dan peminat sukan memberi komen berkaitan psikologi sukan. Satu cabang ilmu psikologi yang mengkaji tingkah laku individu dalam sukan. Ilmu psikologi sukan dapat membantu memahami, menjelas dan menjangka peristiwa yang mengakibatkan perubahan tingkahlaku dalam kalangan individu yang menceburi bidang sukan. Psikologi sukan melibatkan aplikasi teori dan konsep psikologikal dalam aspek sukan tertentu seperti pengajaran dan latihan sukan. Selain daripada itu psikologi sukan menitikberatkan analisis tingkahlaku manusia dalam suasana sukan yang berbeza dengan memfokus pada aspek prestasi mental. 2

1.2 SEJARAH PERKEMBANGAN PSIKOLOGI SUKAN Bidang psikologi sukan mula dikenali sebagai satu bidang kajian tersendiri sekitar 25 tahun yang lalu. Jika dibanding dengan bidang sukan yang lain seperti fisiologi, pembelajaran motor dan lain-lain, bidang psikologi sukan merupakan bidang yang masih baru. Bagaimanapun, menurut Robert McGowan apabila ditanya tentang sejarah psiklogi sukan oleh Wann (1997), psikologi sukan ini sama tuanya dengan konsep sukan dan pertandingan itu sendiri. Kenyatan McGowan itu merujuk kepada atlet pertama yang bertanding dalam kejohanan Olimpik di Greece. Mereka mungkin memahami kepentingan persediaan mental serta persiapan psikologi yang lain bagi menghadapi kejohanan sukan yang terulung ini. Bagaimanapun, pada penghujung abad ke-19, barulah perkaitan antara psikologi dan perlakuan atlet mendapat perhatian para pengkaji.(Shaharudin Abd. Aziz 2001). Sejarah psikologi sukan dan senaman boleh dibahagikan kepada dua peringkat. Peringkat 1 Psikologi sukan mula muncul sebagai satu bidang kajian tersendiri sekitar 25 tahun yang lalu. (Williams dan Straub,1993) Psikologi sukan sama tuanya dengan konsep sukan dan pertandingan itu sendiri. (Robert McGowan) Pada penghujung abad ke-19 perkaitan antara psikologi dan perlakuan atlet mendapat perhatian para pengkaji.

1898 - Kajian pertama dalam bidang psikologi sukan telah dilakukan oleh Norman Triplett berkaitan masa yang dicatat oleh pelumba basikal. (Davis,Huss & Becker,1995)

3

Peringkat 2 Pembentukan makmal kajian sukan pertama di Universiti of Illinois, Amerika Syarikat pada tahun 1925 oleh Coleman Robert Griffith. Mengkaji tentang fenomena psikologi sukan sejak 1910. Diberi gelaran Bapa Psikologi Sukan. Tumpun kajian kemahiran motor, prestasi, personaliti 2 karya utama Griffith : - The Psychology of Coaching - The Psychology of Athletics

1932 Makmal Griffith ditutup Perkembangan psikologi sukan terbantut sehingga 1950-an Psikologi sukan mula membebaskan diri dari bidang pembelajaran motor Bergerak ke arah menjadi satu bidang pengkhususan tersendiri. 1965 - Hasil persidangan pertama kongres Antarabangsa Psikologi Sukan mewujudkan Persatuan Psikologi Sukan Antarabangsa (International Society of Sport Psychology).

Pemangkin kepada penubuhan persatuan psikologi yang lain. 1967 Persatuan Psikologi Sukan dan Aktiviti Fizikal Amerika Utara ditubuhkan mewakili pengkaji psikologi sukan.

1985 Persatuan Peningkatan Bidang Psikologi Sukan Gunaan ditubuhkan bagi memudahkan pertukaran maklumat antara pengamal psikologi sukan (pendidik serta ahli psikologi sukan klinikal).

Perkembangan Bidang Psikologi Sukan di negara kita mula mengorak langkah dalam awal tahun-tahun 80an. - 1980-an - (UPM) Psikologi sukan didedahkan kepada pelajar yang mengikuti kursus pendidikan jasmani - 1995 - (UM) Menawarkan pengkhususan Psikologi Sukan 4

Gunaan kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (kepujian) - Beberapa universiti yang menawarkan kursus psikologi sukan: UPSI, UiTM, UPM, UM, OUM

Kewujudan Unit Psikologi Sukan, MSN membantu mempopularkan bidang psikologi sukan.

Penghantaran pegawai MSN ke luar negeri bagi mendalami bidang psikologi sukan merupakan pemangkin perkembangan bidang psikologi sukan.

Penawaran subjek sains sukan peringkat SPM dan STPM merupakan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar sekolah mengenai psikologi sukan.

Kursus psikologi sukan peringkat persijilan jurulatih Pendedahan psikologi sukan bagi kursus pendidikan jasmani di IPGM.

1.3 TUGAS DAN PERANAN AHLI PSIKOLOGI SUKAN Majlis Olimpik Amerika Syarikat (USOC) telah menerbitkan satu artikel pada tahun 1983 yang mengandungi satu artikel yang menggariskan peranan serta klasifikasi ahli psikologi sukan. Menurut USOC ahli psikologi sukan boleh dibahagi kepada dua iaitu ahli psikologi sukan gunaan (applied sport psychology) (Martens, 1987) dan penyelidik psikologi sukan (experimentel sport psychologist) (singer, 1984). Terdapat dua kategori ahli psikologi sukan yang ditentukan oleh USOC iaitu ahli psikologi sukan klinikal dan pendidik psikologi sukan. 1. Ahli Psikologi Sukan Gunaan (a) Ahli psikologi sukan klinikal Kategori pertama ahli psikologi sukan gunaan adalah ahli psikologi sukan klinikal. Mereka ini adalah golongan yang terlatih dalam bidang psikologi klinikal yang mana berkelayakan menjadi seorang pakar psikologi. Secara amnya, tugas ahli psikologi 5

sukan klinikal ini adalah untuk membantu atlet yang menghadapi masalah personaliti serta mental yang serius seperti atlet yang mengalami masalah gangguan emosi yang teruk seperti kemurungan, anoresia, panik, yang memerlukan rawatan dalam jangka masa yang tertentu. Ahli psikologi sukan kjinikal yang berkelayakan perlulah mendaftar sebagai ahli dalam persatuan psikologi yang diiktiraf dan mempunyai lesen untuk menjalankan perkhidmatan bagi membantu atlet dalam menangani masalah mereka. (b) Pendidikan psikologi sukan Kebanyakan ahli psikologi sukan yang tergolong dalam kumpulan ini lazimnya mendapat latihan dalam bidang pendidikan jasmani dan sains sukan. Mereka berkemahiran serta mempunyai pengetahuan asas psikologi sukan. Kebanyakannya bertugas sebagai tenaga pengajar di pusat pengajian tinggi atau kolej yang terlibat dalam pengajaran kursus psikologi sukan, memberikan ceramah, memberikan khidmat rundingcara terhadap atlet, membantu atlet membina kemahiran psikologi (seperti imageri, strategi daya tahan, daya tindak), menyedari potensi diri sertakursus kepada jurulatih yang bertindak sebagai konsultan kepada pasukan dan atlet tertentu. Tugas mereka lebih kepada jurulatih mental iaitu membantu individu yang terbabit dengan sukan tentang cara untuk mengenali serta memaksimumkan potensi diri masing-masing. Selain itu, mereka yang terlibat dalam psikologi sukan, kelayakan peringkat sarjana dalam bidang psikologi sukan diutamakan kerana mereka perlu sentiasa peka terhadap perubahan ilmu dan teknik terkini yang membabitkan latihan mental.

2. Penyelidik Psikologi Sukan Mereka yang terlibat dalam sesuatu bidang akan mempengaruhi perkembangan dan kemerosotan sesuatu cabang ilmu yang mana ia bergantung kepada hasil kajian yang dijalankan. Oleh itu, tugas seorang penyelidik psikologi sukan amatlah penting demi memastikan bidang ini mampu berdiri dengan sendirinya serta mendapat perhatian yang wajar di kalangan ahli akademik dan mampu memberikan sumbangan kepada 6

mereka yang terlibat (Anshel, 1997; Wann, 1997). Sumbangan ahli psikologi sukan gunaan banyak bergantung kepada hasil kajian penyelidikan psikologi sukan. Keduaduanya saling bantu-membantu dalam menegakkan bidang ini. Lazimnya, kelayakan diperingkat sarjana dan doktor falsafah diperlukan kedua-dua kelayakan ini bersifat menyelidik serta mengkaji isu-isu seperti motivasi, konsentrasi, keagresifan serta isuisu lain yang berkaitan dengan psikologi sukan. Penyelidikan ini juga mestilah menunjukkan bukti kesarjanaan bidang penyelidikan tentang aktiviti yang dikaitkan dengan sukan dan latihan. Selain itu, mereka perlu menjalankan kajian seterusnya menerbitkan hasil kajian serta mempersembahkan hasil dapatan kajian dalam konferens profesional.

1.5 ETIKA DALAM PSIKOLOGI SUKAN Sejak akhir-akhir ini, kerjaya sebagai ahli psikologi sukan mahupun jurulatih mental ini semakin popular kerana ramai orang telah melibatkan diri secara langsung dalam bidang ini untuk melatih atlet ataupun pasukan tertentu di negara kita.bagi memastikan khidmat yang diberikan mendatangkan kebaikan kepada mereka yang memerlukan khidmat tersebut maka etika psikologi perlu diwujudkan serta dipraktikkan oleh mereka yang terlibat. Seterusnya topic perbincangan ini akan membantu kita mengenali kemampuan, kemahiran serta bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada atlet serta jurulatih yang memerlukan khidmat ahli psikologi sukan. Kebelakangan ini, ramai orang telah memperkatakan bahawa teori-teori serta teknikteknik psikologi sukan telah menunjukkan keberkesanannya kerana ramai diantara mereka yang bergiat dalam sukan mengakuinya kerana ia mampu membantu mereka meningkatkan prestasi serta mencapai kejayaan dalam sesuatu pertandingan sukan (Anshel, 1997; Cox, 1998; Wann, 1997). Pendedahankepada beberapa konsep, teori serta teknik psikologi sukanyang dapat membantu anda meningkatkan mutu persembahan dan pencapaian yang membanggakan. Bagaimanapun dengan hanya menamatkan satu kursus psikologi sukan ataupun menamatkan satu kursus di peringkat diploma, anda masih belum boleh menganggap diri anda sebagai seorang ahli psikologi sukan serta berkelayakan untuk memberikan khidmat nasihat kepada mereka yang memerlukan kepakaran dalam bidang ini.walaupun di Malaysia masih belum wujud satu badan akreditasi khusus untuk ahli 7

psikologi sukan seperti mana bidang profesional yang lain seperti kaunseling, doktor perubatan dan psikologi ia tidak bermakna bahawa anda bebas menggelarkan diri anda sebagai seorang pakar psikologi sukan. Perbuatan ini menyalahi etika profesion kerana ia tidak mempunyai kelayakan minimum untuk melayakkan diri menjadi ahli psikologi sukan. Pakar psikologi sukan bimbang tentang risiko yang mungkin timbul dari kesilapan penggunaan teori serta teknik psikologi sukan sekiranya ia dipraktikkan oleh mereka yang kurang mahir dalam bidang ini (Silva, 1989). Kesannya mungkin akan menyebabkan ramai orang meragui peranan serta kepentingan dalam bidang ini dan proses penyediaan atlet atau pasukan sukan.

Apa yang kita faham pada awal-awal tajuk ini, tugas seorang ahli psikologi sukanboleh diklasifikasikan kepada dua tugas utama. Pertamanya tugas yang bersifat memberikan tunjuk ajar (pendidikan) kepada atlet serta jurulatih tentang cara melakukan teknik latihan mental dengan cara lebih berkesan (Cox, 1998). Dalam konteks ini, guru atau jurulatih yang betul betul terlatih dalam bidang ini yang boleh melaksanakan tugas ini (Smith, 1992). Keduanya, tugas bersifat klinikal dimana seorang ahli psikologi sukan diminta untuk memberikan bantuan yang bercorak klinikal seperti memberikan kaunseling, psikoterapi serta membuat pemeriksaan psikologi dan mental atet terbabit. Oleh itu, adalah penting bagi seseorang ahli psikologi sukan mempunyai kemahiran serta pengetahuan yang berkaitan untuk melaksanakan tugas tersebut. Untuk memudahkan kita mendalami lagi isu-isu yang berkaitan dengan etika, satu garis panduan tentang kajian dan tugas klinikal dalam bidang psikologi sukan yang digariskan oleh Persatuan Psikologi Sukan dan Aktivit Fizikal Amerika Syarikat (North American Society for the Psychology of Sport and Physical Activity). Garis panduan ini menjelaskan tentang tatacara seorang ahli psikologi sukan (Wann, 1977) : 1. Bertanggungjawab Ahli psikologi sukan bertanggungjawab diatas segala perlakuan, nasihat serta saranan yang diberikan dan bertanggungjawab keatas kesan dan akibat berkaitan dengan saranan tersebut serta memastikan tindakan yang diambil itu bertepatan dengan keadaan. 2. Berkelayakan Ahli psikologi sukan memberikan bantuan dan latihan 8

yang mana ia berkelayakan serta berpengalaman melakukannya. 3. Mematuhi moral dan etika Ahli psikologi sukan tidak membabitkan diri dengan kegiatan yang berlawanan dengan peraturan, etika serta moral yang ditetapkan. 4. Kenyataan umum Ahli psikologi sukan menyatakan kelayakan ikhtisas serta penglibatan mereka dengan persatuan profesional dengan jelas. 5. Kerahsiaan Ahli psikologi sukan menghormati serta menjaga rahsia atau maklumat yang diberikan oleh klien atau subjek kajian mereka. 6. Kebajikan klien Ahli psikologi sukan menjaga kebajikan serta integriti klien serta kumpulan yang mendapatkan khidmat mereka. 7. Hubungan profesional Ahli psikologi sukan mesti peka terhadap keperluan serta pendapat rakan-rakan dalam bidang lain yang berkaitan dengan sukan. 8. Teknik penilaian Dalam usaha untuk membentuk, menerbit serta menggunakan sesuatu alat atau teknik penilaian atau pengukuran, kebajikan klien perlu diutamakan. 9. Kajian yang milibatkan manusia Dalam melaksanakan kajian psik ologi kebajikan mereka yang terbabit dengan kajian tersebut perlu diutamakan agar ia selaras dengan peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak yang 9

berkuasa diperingkat persekutuan, negeri serta badan profesional terbabit. KESIMPULAN Sebagaimana yang kita semua ketahui, untuk mempelajari dan mendalami psikologi sukan ini seharusnya seseorang itu mengetahui apa yang terkandung dan selok-belok yang mana melibatkan strategi-strategi serta teori-teori yang sepatutnya dilaksanakan. Untuk mengaplikasikan strategi serta teori ini, kita hendaklah mengetahui konsep dan fokus utama yang terkandung dalam tajuk ini. Perkara ini penting kerana ia mempengaruhi mutu pencapaian atlet. Walaupun bidang psikologi sukan ini masih baru, mereka mempunyai sejarah dan latar belakang yang tersendiri yang mengisahkan dan memperkenalkan psikologi sukan serta perkembangannya kepada umum. Disamping itu, beberapa perkara haruslah dititikberatkan oleh seseorang yang ingin menjadi ahli psikologi sukan termasuklah latar belakang pendidikan yang merupakan syarat utama dalam profesion ini. Diantaranya termasuklah beberapa jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh ahli psikologis sukan seperti perkhidmatan klinikal, pendidikan dan penyelidikan. Selain itu, perkara yang perlu diterapkan kepada ahli psikologi sukan adalah etika-etika dalam psikologi sukan. Perkara ini penting bagi menjaga imej mereka yang terlibat dalam profesion ini. Oleh itu, pelbagai aspek perlu diambil kira kerana aspek-aspek tersebut akan mempengaruhi seseorang ahli psikologi sukan serta memberikan kesan yang positif kearah usaha meningkatkan mutu persembahan dan pencapaian atlet negara.

Latihan. Bincangkan kerjaya dalam bidang psikologi sukan?

Layari Internet

10

Tajuk 2

Personaliti dan Sukan

Sinopsis Tajuk 2 akan membincangkan berkaitan personaliti dan sukan. Terdapat empat

bahagian dalam tajuk ini iaitu definisi personaliti dalam sukan, pelbagai pendekatan personaliti , mengukur personaliti ,kajian personaliti dan hubungan personaliti dengan tingkahlaku. . Pelajar harus mencari sumber lain untuk menambah pengetahuan dalam topik berkenaan. Hasil Pembelajaran Di akhir tajuk ini pelajar dapat 1. mengenalpasti empat bahagian dalam tajuk ini iaitu definisi personaliti dalam sukan, pelbagai pendekatan personaliti , mengukur personaliti ,kajian personaliti dan hubungan personaliti dengan tingkahlaku.

11

Sebelum kita meneroka definisi personaliti dalam sukan, pelbagai pendekatan personaliti , mengukur personaliti ,kajian personaliti dan hubungan personaliti dengan tingkahlaku. cuba terangkan definisi personaliti dalam sukan dan senaman , mengikut kefahaman anda sendiri. BAHAN PEMBELAJARAN 2.1 Definisi dan pelbagai pendekatan personaliti 2.0.1 Definisi

Skop kajian personality serta kaitannya dengan sukan mendapat perhatian ramai ahli psikologi sukan. Menurut Ruffer (1975) terdapat 572 sumber rujukan tentang perkaitan antara personality dan prestasi dalam bidang sukan yang dihasilkan oleh para pengkaji bidang. Mengapa kita perlu bersusah payah mengkaji personaliti? Mungkin ini merupakan salah satu persoalan yang bermain dalam fikiran anda sekarang. Untuk menjawab persoalan tersebut, diutarakan satu soalan. Sebagai seorang guru guru atau jurulatih, mengapa kita perlu mengenali pelajar atau atlet kita. Jawapan umum yang boleh kita gunakan adalah untuk memudahkan proses pembelajaran serta peningkatan prestasi pelajar atau atlet tersebut.

Mengetahui siapa atlet berdasarkan teras psikologikal serta respons mreka yang biasa mampu memberikan kita maklumat penting tentang motivasi, sikap serta perlakuan mereka yang sebenarnya. Maklumat ini akan dapat membantu kita dalam merencanakan program latihan yang berkesan serta menepati kehendak dan 12

keperluan atlet terlibat. Personaliti merujuk kepada ciri-ciri yang menjadikan seseorang itu unik atau berlainan dari orang lain. Ciri-ciri luaran yang dapat dilihat, memberi kesan kepada orang yang melihat, dan himpunan pelbagai ciri individu yang terselindung di sebalik kualiti fizikal. Ciri-ciri dalaman dan luaran individu yang unik dan kekal, mempengaruhi tingkahlaku individu dalam pelbagai situasi. Ciri-ciri individu yang kekal, stabil dan boleh dijangka, tidak kaku dan tidak berubah tetapi boleh dibeza-bezakan mengikut situasi, personaliti menyumbang kepada idea keunikan manusia. Trait personaliti yang bersifat kompetitif, berkeyakinan, dan kawalan kendiri mempunyai hubungkait dengan kejayaan dalam sesuatu pertandingan.

2.2 Pengukuran Personaliti Bagi mengenal pasti ciri-ciri, atau tret, personaliti individu, pengukuran personaliti perlu dilakukan. Pengukuran personaliti, atau ujian personaliti, ini terdapat dalam pelbagai jenis yang disebut sebagai Inventori-Inventori Personaliti. Mengikut Andres (1983), inventori-inventori personaliti dianggap sebagai Ujian Objektif kerana ia mempunyai dua ciri berikut:(a) Inventori-inventori personaliti yang dibentuk dan hasil-hasil skor adalah berdasarkan ciri-ciri individu yang memberi gerak balas. (b) Ia menggunakan rangsangan-rangsangan yang jelas dalam bentuk soalan YA atau TIDAK tentang tret-tret peribadi dan tingkahlaku subjek(individu yang diuji).

13

2.3 Kajian personaliti Di dalam Sukan dan Senaman Personaliti dilihat menerusi beberapa perspektif yang berbeza. Setiap perspektif cuba memberikan huraian tentang hubungan antara personality serta kaitannya dengan sukan secara keseluruhan. Tiga perspektif utama yang berkaitan dengan personality iaitu ciri-ciri peribadi (trait), situasi dan interaksi antara kedua-duanya. Personaliti berasaskan ciri-ciri peribadi. Mereka yang melihat personality menerusi perspektif ini mengendalikan bahawa gabungan ciri-ciri peribadi iaitu factor-faktor yang membentuk personality merupakan sesuatu yang stabil serta tidak mudah berubah (Weinberg & Gould, 1999). Ia bersifat konsisten dalam hamper semua situasi. Ciri-ciri peribadi ini dianggap sebagai paksi yang memastikan seseorang individu itu bersikap serta mengambil tindakan tertentu dalam setiap keadaan. Dalam kata lain, ahli psikologi sukan mengendalikan bahawa setiap tindakan serta perlakuan individu tersebut berpunca dari dalam diri atau bergantung kepada individu itu sendiri. Peranan factor persekitaran (luaran) tidak diambil kira atau mempunyai pengaruh yang minimum dalam perspektif ini.(Shaharudin Abd.Aziz, 2009) Personaliti berasaskan pengaruh situasi. Persperktif ini mengandaikan bahawa perlakuan seseorang individu dipengaruhi oleh situasi atau persekitaran invidu tersebut yakni sesuatu yang bersifat luaran. Perspektif ini berdasarkan kepada teori pembelajaran social yang diasaskan oleh Bandura (1977). Teori ini menjelaskan bahawa setiap perlakuan serta bermula dari proses pembelajaran rangsangan menerusi social pemerhatian(meniru) diperkukuhkan menerusi

(maklumbalas). Ringkasnya pengaruh persekitaran serta rangsangan social yang 14

diterima membentuk perlakuan seseorang invidu.(Shaharudin Abd.Aziz, 2009). Interaksi antara ciri peribadi dan situasi. Perspektif ini seolah-olah mengambil jalan tengah dalam roses untuk menjelaskan tentang peranan personality dalam sukan. Ia menyarankan bahawa ciri-ciri peribadi berinteraksi dengan situasi (persekitaran) sehingga mewujudkan perlakuanseseorang individu. Perspektif ini menjelaskan bahawa dengan mengetahui ciri-ciri peribadi seseorang individu serta situasi yang dihadapi pada waktu itu, ia akan memudahkan kita untuk memahami perlakuan serta tindakan yang diambil oleh individu tersebut. Kebanyakan ahli psikologi sukan menyokong serta menerima perspektif ini dalam usaha untuk memhami sikap serta perlakuan atlet (Anshell, 1997). Bowers (1973) menjelaskan bahawa perspektif ini memberikan penjelasan sekali ganda lebih baik dari kedua-dua persperktif yang terdahulu secara berasingan. Jelasnya, perlakuan seseorang bergantung kepada ciriciri peribadinya serta situasi yang dihadapi pada waktu itu. Justeru itu kita perlu mengambil kira kedua-dua factor ini untuk memudahkan kita memahami sesuatu tindakan yang diambil oleh seseorang atlet dalam sukan.(Shaharudin Abd.Aziz, 2009).

Teori Psikoanalitik-Sigmund Freud Manusia secara semulajadi dipenuhi dengan naluri keseronokan atau seksual yang menentukan tingkah laku manusia. Manusia juga berjuan dalam kehidupan yang penuh dengan konflik antara id, ego dan super ego.

Teori Humanistik Mementingkan kualiti manusia yang positif sperti bermotivasi untuk kegembiraan, ketenangan dan memilih bergerak Susunan

kepuasan. Manusia mempunyai naluri semula jadi baik dan sentiasa berkeinginan dan mencapai kesempurnaan diri serta bebas untuk perlu corak kehidupan. Naluri dalaman manusia lemah dan mudah diganggu faktor oleh persekitaran. Bagi mencapai tahap kesempurnaan diri, manusia dan berkembang untuk memenuhi setiap 15 keperluan keperluan hidup manusia membentuk satu hidupnya.

hierarki dari yang paling utama kepada

yang kurang utama. Keperluan yang paling rendah perlu dipenuhi dahulu. Keperluan yang seterusnya akan muncul peringkat demi peringkat seiring dengan perkembangan manusia. Keperluan yang lebih rendah perlu dipenuhi dahulu manakala keperluan yang lebih tinggi kurang diperlukan dan boleh ditangguhkan. Keperluan yang lebih tinggi menyumbang kepada perkembangan diri seperti meningkatkan kesihatan mental dan fizikal serta kesejahteraan hidup. Setiap hierarki keperluan hanya dapat dipenuhi jika hierarki sebelumnya telah dipenuhi. Hierarki Pertama : Keperluan fisiologi - Jika tidak dipenuhi, individu akan sakit/mati Hierarki Kedua : Keperluan keselamatan Hierarki Ketiga : Keperluan mendapatkan kasih sayang dan rasa dimiliki Hierarki Keempat : Penghargaan kendiri -Manusia memerlukan penghormatan dan penghargaan mendapatkan kekuatan dan keyakinan diri. diri dan tidak dari orang lain bagi

-Jika kurang penghargaan diri, akan wujud rasa rendah bermotivasi. Hierarki Keenam : Kesempurnaan kendiri -Berpus hati dengan imej diri dan menerima imej terhadap orang lain,

kendiri orang lain serta perihati

mereka juga mempunyai pengetahuan yang realistik

terhadap kekuatan, kelemahan, kebaikan dan keburukan diri sendiri.

Teori Behaviorisme Personaliti manusia dipengaruhi oleh tingkah laku manusia. Dipengaruhi oleh

faktor rangsangan persekitaran. Konsep-konsep behaviorisme berkait rapat dengan pembentukan tingkah laku kemahiran prosedur latihan tingkahlaku sukan dan prosedur modifikasi tingkahlaku. 16

Teori Konstitusional Menjelaskan perihal somatotaip (bentuk asas tubuh personaliti individu dalam konteks sukan. ectomorph mesomorph endomorph Faktor biologi seperti komposisi badan bertindak balas seperti motivasi menghasilkan satu indeks dengan faktor psikologi badan dalam menentukan jenis

pematuhan dalam latihan.

Ectomorph Fizikal badan rapuh, halus, lembut, kurus, kurang berapa kuat, jari dan leher agak panjang, Mesomorph Berkait dengan ciri-ciri atletik seperti fizikal badan yang matang, postur tebal. Endomorph bentuk fizikal badan yang lembut, berbentuk bulat, badan, kuit badan yang muka lebar, mudah membina otot. sukar mengurangkan berat yang kuat, keras, berotot massa lemak, tulang ringan, sendi dan

otot yang kecil dan ringan, anggota badan agap panjang, bahu melentok, fizikal tidak kulit mudah terbakar akibat matahari.

badan yang sangat baik, pembinaan otot dan lemak, kulut

lembut dan licin, rerambut halus, kepala besar, bulat dan

Teori Trait 17

Personaliti boleh dijelaskan dari aspek trait yang dimiliki oleh individu. Individu yang menonjolkan trait atau keinginan untuk mencapai kejayaan, mempunyai kecenderungan untuk bersaing dan bertindak agresif dalam banyak situasi. Jenis A : - pantas melakukan tugasan - agak terburu-buru - bersifat dominan - mempunyai matlamat pencapaian - lokus kawalan dalaman yang tinggi - sukar untuk relaks - bersifat over achiever dalam setiap aktiviti yang dilakukan - bersifat kompetitif dan gemarkan cabaran - sering terjebat dengan rasa bersalah - kebimbangan yang tinggi Jenis B : - ciri bertentangan dengan jenis A - lebih relaks - tidak terburu-buru - tidak mudah berasa stres dalam melakukan tugasan

Teori Interaksional Berpendapat, tingkah laku manusia adalah hasil 18 daripada saling interaksi antara

manusia dengan dijelaskan.

persekitaran. Tingkah laku manusia adalah kompleks dan sukar

Mengukur personaliti dan kajian personaliti Tujuan penilaian : Untuk diagnosis bagi mengenal pasti masalah individu, menjangka dan mengawal tingkah laku individu, meningkatkan kualiti kehidupan, membanding beza antara kehidupan normal dan adnormal, merancang rawatan berkesan.

Penilaian perseonaliti haruslah mematuhi syarat-syarat asas penilaian : aspek standardisasi kesahan kebolehpercayaan alat penilaian

Alat Ukur Personaliti Inventori Multifasa Personaliti (Minnestosa Multiphasic Personality Inventory) Soal selidik 16PF Profil Mood (Profile of Mood States) Ujian Persepsi Terhadap Tema (Thematic Apperception Test/TAT) Ujian Tompokan Dakwat Rorchach (Rorschah Inkblok Test) 19

Soal selidik Motivasi Dalam Sukan ( Athletic Motivation Inventory/AMI) Personaliti dan Prestasi Dilihat dari 3 aspek yang berbeza : atlet bukan atlet gender

Atlet lebih berkeyakinan, bersifat kompetitif, mempunyai keterbukaan sosial yang lebih lus berbanding individu bukan atlet. Aspek gender ciri-ciri maskulin ( berdikari, tidak bergantung, kuat, tangkas, sanggup menghadapi risiko) di dapati mendominasi personaliti atlet berbanding ciri-ciri feminin (penyayang, ceria, menyerah dan sensitif). Latihan. Bagaimanakah personality berkaitan dengan prestasi?

2.4

Hubungan Personaliti dengan Tingkahlaku Dalam Sukan

Ciri-ciri personality yang membezakan antara atlet yang bermotivasi tinggi dengan atlet yang bermotivasi rendah. >Tahap keperluan pencapaian >Orientasi matlamat >Keyakinan diri >Kompetensi >Optimis

20

>tanggapan positif yang dimiliki oleh atlet Latihan. Bagaimanakah hubungan personality berkait dengan kejayaan atlet dalam sukan?

Tajuk 3

MOTIVASI

Sinopsis Tajuk yang akan dibincangkan dalam bab ini adalah motivasi. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

21

HASIL PEMBELAJARANdefinisi dan komponen motivasi tiga model motivasi lima panduan untuk membina motivasi kepentingan motivasi pencapaian dan kegigihan bertanding teori motivasi pencapaian pembentukan motivasi pencapaian dan kegigihan bertanding penggunaan motivasi pencapaian dan kegigihan bertanding dalam latihan

3.1 Definisi dan Komponen Motivasi DEFINISI Terdapat pelbagai definisi yang diutarakan menjelaskan pergertian motivasi. Antara yang popular define Sage (1997) yang menyatakan bahawa motivasi merujuk kepada arah dan intensity usaha seseorang individu. Dalam konteks ini arah merujuk kepada tindakan individu sama ada untuk menghampiri atau menjauhi sesuatu situasi, manakala intensity usaha pula merujuk kepada tahap kekuatan usaha invidu tersebut untuk menghampiri atau menjauhi situasi tersebut. Wann (1997) pula mendefinisikan motivasi sebagai proses kebangkitan dalam diri invidu yang membantu usaha mengarah serta mengekalkan perlakuan yang diingini. Inti pati definisi yang diutarakan oleh Wann (1997) juga mengambil kira factor arah serta intensity usaha. Sebagai kesimpulannya motivasi boleh didefinisikan sebagai satu daya yang membantu peningkatan serta pengekalan perlakuan seseorang individu. .(Shaharudin Abd.Aziz, 2009)

22

3.2 Tiga Model Motivasi Berbagai model yang menghuraikan bagaimana motivasi terjadi telah dikembangkan. Tiga dari model tersebut adalah: (1) model keperluan-tujuan, (2) model ekspektasi Vroom dan (3) model Porter-lawler. Model Motivasi Keperluan-Tujuan Model motivasi dan tujuan dimulai dengan perasaan keperluan individu. Keperluan ini kemudian ditransformasi menjadi perilaku yang diarahkan untuk mendukung pelaksanaan perilaku tujuan. Tujuan dari perilaku tujuan adalah untuk mengurangi keperluan yang dirasakan. Secara teoritis, perilaku mendukung tujuan dan perilaku tujuan berkelanjutan sampai keperluan yang dirasakan telah sangat berkurang. Model Ekspektasi Motivasi Vroom Pada kenyataannya, proses motivasi adalah situasi lebih rumit dibandingkan yang digambarkan oleh model motivasi keperluan-tujuan. Model ekspektasi Vroom mengatasi beberapa kerumitan tambahan. Seperti halnya dengan model keperluan-tujuan, model ekspektasi Vroom didasarkan pada premis bahwa keperluan yang dirasakan menyebabkan perilaku kemanusian. Akan tetapi, disamping itu model ekspektasi Vroom mengungkapkan isu kekuatan motivasi. Kekuatan motivasi adalah tingkatan keinginan individu untuk menjalankan suatu perilaku. Ketika keinginan meningkat atau menurun, kekuatan motivasi dikatakan berfluktuasi. Model Motivasi Porter-Lawler Porter dan Lawler telah mengembangkan suatu model motivasi yang menggambarkan huraian proses motivasi yang lebih lengkap dibandingkan model keperluan-tujuan atau model ekspektasi Vroom. Model motivasi Porter-Lawler ini konsisten dengan dua model sebelumnya dimana model ini menerima premis bahawa (1) keperluan yang dirasakan akan menyebabkan perilaku kemanusiaan; dan (2) usaha yang dilakukan untuk mencapai suatu tugas ditentukan oleh nilai balas jasa yang dirasakan yang dihasilkan dari suatu tugas dan probabilitas bahwa balas jasa tersebut akan menjadi nyata.

23

Keperluan Kemanusiaan Model motivasi yang dibahas sejauh ini menyatakan bahwa suatu pengertian mendalam motivasi didasarkan pada pengertian mendalam mengenai keperluan kemanusiaan. Terdapat beberapa buku bahawa orang-orang pada umumnya memiliki keperluan yang kuat untuk mendapatkan respek dari diri sendiri, dari orang lain, promosi, dan pertumbuhan psikologis. Beberapa teori telah dikembangkan untuk membantu wirausahawan lebih mengerti keperluan tersebut. Teori-teori tersebut adalah (1) Hirarki keperluan Maslow, (2) rangkaian kesatuan kedewsaan-ketidak dewasaan Argyris, dan (3) motif berprestasi McCleland.

3.3 Lima Panduan untuk Membina Motivasi 1. Bina Paradigma dan Prinsip Hidup yang Mantap Benteng semangat juang ialah moto diri atau falsafah hidup seseorang. Moto atau falsafah hidup adalah pegangan, prinsip atau pendirian yang dijadikan sebagai asas panduan mencapai kejayaan. 2. Kenalpasti dan Tetapkan Matlamat & Halatuju Hidup Seseorang yang tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas seolah-seolah meniti kehidupannya dalam keadaan gelap yang tidak pasti akan ke mana sampainya. Agar anda lebih yakin pada diri anda binalah matlamat dan hajatuju kehidupan anda secara bertulis. 3. Bina Pelan Tindakan Kejayaan Diri Setelah anda sudah membina matlamat-matlamat yang jelas dan mantap serta moto-moto hidup yang hebat, anda 24 hendaklah membuat pula pelan tindakan kejayaan diri secara bertulis.

4. Sentiasa Tingkatkan Ilmu Pengetahuan, Pengalaman serta Pendedahan Dengan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan, bukan sahaja anda akan dapat mengikuti atau mengetahui perkara-perkara baru atau isu-isu semasa malah anda akan dapat pula menggunakan pengetahuan atau ilmu-ilmu baru itu untuk meningkatkan lagi keupayaan anda menangani cabaran-cabaran semasa. 5. Tingkatkan Kemahiran Diri Anda akan lebih yakin diri apabila anda mempunyai kemahiran yang tinggi atau secukupnya dalam melakukan sesuatu kerja. 6. Amalkan Keteraturan dan Kesiapsiagaan Biasanya kita akan merasa risau atau rasa tertekan apabila khidmat kita diperlukan secara tiba-tiba dalam keadaan kita tidak atau kurang bersedia. 7. Jaga Kualiti Kesihatan, Kecergasan & Ketrampilan Diri Kesihatan diri kita amat berkait rapat dengan keyakinan diri. Jika kesihatan diri kita baik, badan kita juga sudah tentunya lebih cergas. Jika kurang sihat atau sakit-sakit, badan kita akan lemah, fikiran jadi kusut dan kurang bermaya. Keadaan begini boleh menjejaskan keyakinan diri kita.

Latihan. Huraikan kepentingan motivasi pencapaian dan kegigihan bertanding?

3.4 Teori Motivasi Pencapaian Kecederungan seseorang atlet sama ada mendekati atau mengelakkan diri dari situasi yang kompetitif atau berasaskan pencapaian. Manusia akan melakukan apa saja untuk mencapai matlamat. Atlet dipengaruhi oleh faktor luaran dan dalaman yang mendorongnya untuk menyertai sesuatu acara sukan. Ciri-ciri atlet yang berjaya memiliki semangat keperluan pencapaian yang tinggi. Interpretasi berbeza atlet terhadap kegagalan dan kejayaan. Kegagalan dianggap berlaku jika hasil persembahan dipengaruhi oleh kualiti personaliti yang lemah (tiada / kurang berbakat). 25

Bagi atlet yang mempunyai tahap keperluan pencapaian yang tinggi, akan berasa seronok apabila berjaya,kurang menunjukkan simptom kebangkitan fisiologi (peningkatan kadar denyutan jantung, pernafasan/perperluhan), lebih rasa bertanggungjawap terhadap hasil persembahan, berkeyakinan untuk mengetahui keputusan sebaik saja tamat perlawanan. * Model McClelland dan Atkinson * Teori Self Efficacy oleh Bandura * Teori Motivasi Kecekapan Harter * Model Keyakinan Sukan Spesifik Vealey * Teori Persepsi Kebolehan Nicholls

Model McClelland and Atkinson Berdasarkan motif untuk mencapai kejayaan & takut akan kegagalan Motif untuk mencapai kejayaan lahir dari motivasi intrinsik atlet Takut gagal adalah komponen kebimbangan kognitif (sebelum & semasa pertandingan) Jika yakin berjaya akan melibatkan diri dalam pertandingan Tarik diri jika tidak / kurang yakin dengan kebolehannya dalam pertandingan

Faktor yang mendorong atlet untuk mengharapkan kejayaan : motivasi untuk mencapai kejayaan persepsi terhadap kemungkinan berjaya nilai insentif positif terhadap kejayaan

Faktor yang mendorong untuk berasa bimbang terhadap kegagalan : motivasi untuk mengelak daripada gagal persepsi terhadap kemungkinan akan gagal nilai insentif yang negatif terhadap kegagalan 26

Teori Self Efficacy oleh Bandura Keyakinan berkemampuan serta kebolehan melakukan sesuatu tugasan dengan jayanya mempunyai keyakinan diri yang tinggi Sebagai kayu ukur sama ada menyertai atau menjauhkan diri dari situasi yang berasaskan pencapaian Semakin tinggi tahap self-efficacy, semakin tinggi pencapaian individu dan semakin menurun kebangkitan emosinya. Self-efficacy merupakan asas kepada kecekapan atau prestasi yang mantap. Self-Efficacy boleh ditingkatkan melalui beberapa cara : perlakuan/prestasi yang berjaya pengalaman lalu kata-kata semangat/perangsang kebangkitan emosi

Individu/kumpulan yang mempunyai self-efficacy yang tinggi lazimnya akan berusaha bersungguh-sungguh,kekal lama dalam melaksanakan tugasan tersebut serta mencapai tahap pencapaian yang tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang rendah tahap self-efficacy.

Teori Motivasi Kecekapan Harter Menjelaskan motivasi pencapaian berdasarkan kepada aspek kecekapan diri atlet Atlet yang berasa bahawa mereka mempunyai kecekapan yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu tugasan lazimnya akan menghampiri situasi tersebut. Manakala mereka yang tidak mempunyai kecekapan yang diperlukan akan menjauhi atau mengelakkan diri dari situasi tersebut. Setiap individu mempunyai keinginan serta motivasi untuk menonjol kecekapan dalam perkara yang melibatkan pencapaian. Bagi memenuhi keinginan tersebut, individu tersebut akan berusaha untuk menguasai serta memahirkan diri dengan kemahiran tersebut. 27

Model Keyakinan Sukan Spesifik Vealey Menjelaskan fenomena motivasi pencapaian dan keyakinan diri dalam bidang sukan dengan merujuk sukan secara spesifik. Definisi keyakinan sukan,keyakinan yang dimiliki seseorang tentang kemampuannya untuk berjaya dalam sukan. Atlet yang berjaya dalam sesuatu bidang sukan akan membawa bersama keyakinannya untuk terus berjaya dalam sukan yang baru. Teori Persepsi Kebolehan Nicholls Gabungan dan lanjutan Teori Self-Efficacy Bandura dan Teori Motivasi Kecekapan Harter. Motivasi pencapaian berdasarkan fasa pembangunan manusia (bagaimana kanak-kanak membentuk persepsi tentang kebolehan diri mereka) Persepsi tentang kebolehan berbeza dari satu tahap pembangunan ke tahap pembangunan yang berikutnya : i. Tahap umur antara 2 hingga 6 tahun

Kanak-kanak melihat serta menilai kebolehan diri mereka berdasarkan prestasi atau pengalaman lepas. Sekiranya kanak-kanak dapat melihat peningkatan yang telah dilakukannya,mereka akan membuat kesimpulan bahawa kebolehan mereka semakin meningkat dan mereka berkemampuan untuk melakukan tugasan tersebut. Kanak-kanak akan menunjukkan usaha yang tinggi untuk menguasai kemahiran dalam tugasan tersebut diklasifikasikan sebagai berorientasikan tugasan. ii. Tahap usia 6 tahun ke atas

Melihat kebolehan diri dengan membandingkan pencapaian mereka dengan rakan-rakan yang lain. Sekiranya mereka dapat mengatasi rakan dalam apa jua tugasan bermakna mereka jauh lebih baik serta berkebolehan dari rakan lain 28

diklasifikasikan sebagai berorientasikan ego. Kemampuan melakukan sesuatu tugasan tidak lagi boleh dinilai berdasarkan prestasi atau pengalaman lalu malahan ia mesti mengatasi kebolehan orang lain. Atlet yang berorientasikan tugasan (1) mementingkan proses menguasai kemahiran atau tugasan yang dilakukan (2) cenderung kepada strategi dan usaha untuk meningkatkan kemahiran diri Atlet yang berorientasikan ego (1) lebih mementingkan keputusan (2) kejayaan diukur berdasarkan kemampuan mengatasi orang lain. Atlet yang berorientasikan ego akan menggunakan cara serta tindakan yang menyalahi peraturan untuk mencapai kejayaan. Sekiranya berhadapan kegagalan atau kesukaran, besar kemungkinan atlet ini tidak akan melibatkan diri serta serta motivasi yang kurang memberangsangkan. menunjukkan perlakuan

3.5 Penggunaan Motivasi Pencapaian dan Kegigihan Bertanding Dalam Latihan Sebagai guru atau jurulatih yang bertanggungjawab merancang dan menjalankan aktiviti sukan maka guru dan jurulatih perlu mewujudkan keadaan-keadaan berikut: 1. Memastikan tugasan yang dilaksanakan dipelbagaikan agar atlet tidak jemu malahan ingin terus belajar. 2. Libatkan atlet dalam perancangan sesuatu aktiviti atau penilaian sesuatu program latihan supaya mereka dapat memantau peningkatan diri. 3. Ganjaran kerana menyertai aktiviti mestilah khusus kepada individu tersebut dan bukannya kepada persaingan. 4. Atlet disatukan dalam kumpulan agar mereka dapat berkerja sama dalam meningkatkan kemahiran sendiri. 5. Penilaian perlu dilakukan dengan menggunakan kaedah yang pelbagai serta menjurus kepada peningkatan usaha dan pencapaian kendiri. Winterbottom (1953) dan Rosen dan D Andrade (1959) mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam konteks motivasi pencapaian dan kegigihan bertanding ini. Antaranya ibu bapa perlu: 1. menanam serta menggalakkan sifat berdikari kepada anak-anaknya. 29

2. bersifat terbuka dan sentiasa menerima (khususnya ibu) anaknya. 3. memberikan sokongan yang sepatutnya apabila anak-anak berhadapan dengan kegagalan atau sesuatu yang di luar jangkaan. 4 menerima hakikat bahawa untuk Berjaya anak-anak perlukan masa untuk menguasai sesuatu kemahiran. 5. berikan tumpuan kepada usaha yang membuahkan kejayaan dan jangan mengungkit kegagalan. 6. sentiasa melihat usaha, mendengar masalahserta cuba memahami perasaan anak-anak. Sekiranya penggunaan motivasi pencapaian dan kegigihan bertanding diambil secara bersepadu maka kita dapat membantu dalam meningkatkan lagi keyakinan serta motivasi atlet serta memberi pengalaman sukan dan aktiviti yang lebih bermakna. Latihan. Kenalpasti penggunaan motivasi pencapaian dikalangan atlet remaja dalam meningkatkan prestasi sukan mereka.

Tajuk 4

Kebangkitan, Tekanan dan Kebimbangan dalam Sukan

30

Sinopsis Tajuk 4 akan membincangkan berkaitan kebangkitan, tekanan dan kebimbangan dalam sukan . Kebimbingan Selain itu topik ini akan menumpukan definisi, sumber tekanan, bagaimana kebangkitan dan kebimbingan dan

mempengaruhi prestasi serta bagaimana mengatasi masalah kebangkitan.Pelajar harus mencari sumber lain untuk menambah pengetahuan dalam topik berkenaan. Hasil Pembelajaran Di akhir tajuk ini pelajar dapat 1. mengenalpasti definisi kebangkitan, tekanan dan kebimbangan 2. mengetahui bagaimana kebangkitan dan kebimbingan mempengaruhi prestasi 3. mengetahui bagaimana mengatasi masalah kebangkitan.

Sebelum kita meneroka definisi kebangkitan, tekanan dan kebimbangan, cuba terangkan apa itu kebangkitan, tekanan dan kebimbangan mengikut kefahaman anda sendiri. BAHAN PEMBELAJARAN

4.1

Definisi

Definisi Kebangkitan Banyak definisi yang diutarakan oleh pakar psikologi sukan untuk menjelaskan tentang kebangkitan. Cox (1998) mendefinisikan kebangkitan sebagai tahap kesediaan fisiologi yang berada dalam satu kontinum dari tidur yang lena 31

sehingga kepada keseronokan terlampau. Cratty (1989) pula mendefinisikan kebangkitan sebagai kesediaan untuk beraksi secara fizikal, intelektual atau persetual. Menurut LeUnes dan Nation (1989) pula, kebangkitan merujuk kepada aktiviti psikologi individu. Wann (1997) mendefinisikan kebangkitan sebagai tahap kesdiaan fisiologikal untuk beraksi secara fizikal, intelektual atau perseptual yang tidak dipengaruhi oleh emosi. .(Shaharudin Abd.Aziz, 2009) 4.1.1 Bagaimana menjana kebangkitan dalam sukan Kebangkitan berpunca daripada tindakan Sistem Saraf Autonomik (SSA). SSA mengawal tindakan automatic serta fungsi luar kawal badan seperti degupan jantung, pernafasan dan tekanan darah. Ia boleh dibahagikan kepada system simpatetik dan parasimpatetik. Sistem simpatetik boleh dianggap sebagai pusat kebangkitan, dengan menyediakan badan untuk tindakan flight or fight sementara parasimpatetik pula berfungsi sebagai penenang (menurunkan kebangkitan). Bagi manusia proses kebangkitan berkait rapat dengan proses homeostasis iaitu proses menstabilkan tahap fisiologi manusia. .(Shaharudin Abd.Aziz, 2009) Menurut (Goldberg,1997), cara untuk mengawal tahap kebangkitan ialah Pengunaan self self--talk talk. Menetapkan matlamat untuk pertandingan. Relaksasi Menguasai teknik imageri Latihan kawalan pernafasan

Stres Menurut Hans Selye (1982) stress merupakan respons tubuh badan tanpa emosi terhadap bebanan atau tekanan yang dihadapi di persekitaran. Antara bentuk tekanan yang dihadapi adalah tekanan fizikal iaitu tekanan yang berpunca dari penglibatan dalam aktiviti fizikal; tekanan mental seperti rasa sedih, kecewa dan seronok serta bentuk tekanan yang lain. Apa pun bentuk tekanan yang diterima, reaksi fisiologikalnya tetap sama. Seperti mana dengan kebangkitan stress merupakan tindak balas fisiologikal yang neutral terhadap tekanan atau bebanan yang terdapat di persekitaran.(Shaharudin Abd. Aziz, 2009) Latihan. Dapatkan bacaan lanjut mengenai tekanan.Bagaimanakah muzik digunakan untuk mengatasi masalah tekanan semasa menyertai pertandingan. 32

Kebimbangan Istilah distress sering dikaitkan dengan kebimbingan. Menurut Cox (1998),

kedua-dua istilah ini sering ditukarganti penggunaannya dalam bidang psikologi sukan. Wann (1997) mendefinisikan kebimbingan sebagai interpretasi negative yang dibuat terhadap bentuk tekanan atau bebanan yang terdapat di persekitaran sama ada yang telah, sedang dan yang akan dihadapi oleh seseorang individu. Ia merujuk kepada tafsiran kognitif yang dibuat oleh individu tersebut menjurus kepada sesuatu yang mendatangkan kesan negative, maka ia menghasilkan kebimbingan.

Latihan. Senarai dan jelaskan jenis-jenis kebimbangan.

4.2 Sumber Kebimbangan dan Tekanan Menurut Endler (1978), kebimbangan seketika terhasil dari gabungan lima factor. 1. Tekanan terhadap ego Tekanan berlaku khususnya apabila seseorang atlet tewas sesuatu perlawanan khususnya kepada lawan yang lebih rendah rangkingnya. Ego atlet ini akan akan tercabar serta tertekan. Beliau juga akan merasa kurang yakin untuk menghadapi perlawanan seterusnya. Keadaan ini menyumbang kepada peningkatan seketika atlet ini. 2. Tekanan terhadap fizikal individu Seseorang atlet akan berasa bimbang sekiranya beliau tahu bahawa ada usaha yang dilakukan oleh pihak lawan untuk menewaskan beliau secara fizikal. Contohnya seorang atlet acara sukan tinju lazimnya mempunyai tahap 33

kebimbangan seketika yang tinggi khususnya apabila menentang lawan yang lebih handal. Ini kerana wujudnya tekanan terhadap fizikal secara langsung yang sedang dihadapi di gelanggang. 3. Ketidaktentuan Keputusan yang tidak pasti, perlawanan yang berlarutan kepada sudden death serta saat-saat mencemaskan yang menentukan menang-kalah sesebuah pasukan mempunyai elemen ketidaktentuan ini. 4. Perubahan Sebarang bentuk perubahan sebenarnya akan menyebabkan kita menjadi kurang selesa dengan persekitaran kerana ia bukan dari rutin seharian. Contohnya seorang pemain yang sudah biasa dengan kaedah latihan seorang jurulatih akan merasa tertekan dengan kehadiran seorang jurulatih baru yang membawa pendekatan serta corak latihan dan matlamat yang baru. Perubahan dan tekanan ini akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan seketika pemain tersebut.

5. Penilaian atau perbandingan social Kita akan merasa tertekan sekiranya kita tahu bahawa prestasi kita akan dinilai atau disbandingkan dengan orang lain. Debaran yang dirasakan di garisan permulaan, sebalum masuk ke padang atau gelanggang mahupun ketika mengambil peperiksaan merupakan ciri kebimbangan seketika yang dihasilkan menerusi penilaian.

Latihan. 4.3 Bagaimanakah kebangkitan dan kebimbangan mempengaruhi prestasi seseorang atlet?

34

4.4 Mengatasi masalah kebangkitan, tekanan dan kebimbangan di kalangan atlet Panduan Mengatasi Kebimbangan di kalangan atlet.Panduan yang diberi ini dipetik daripada buku Foundations of Sport and Exercise Psychology (Edisi ke-2) oleh Weinberg dan Gould (1999). 1. Kita mestilah senyum apabila berada dalam keadaan tekanan. Dengan senyuman kita akan melarikan diri daripada situasi memulakan perasaan kebimbangan. Dengan ini, kita dapat melupakan tentang tekanan dan menikmati alam pertandingan. 2. Para atlet merupakan orang yang mempunyai tugas yang harus diselesaikan secara seronok dan bergembira. Kebanyakan peserta berasa ghairah untuk mengatasi tekanan. Beseronok semasa bertanding akan membantu para atlet muda mengelakkan daripada menarik diri untuk bertanding. Cubalah untuk mengamalkan kemenangan dan fokuskan kepada berseronok dan jangan memikirkan mengenai hasil. 3. Berlatih dalam keadaan tekanan yang dibuat-buat akan membantu atlet semasa menghadapi situasi sebenar. Kita boleh mencipta banyak keadaan tekanan semasa latihan. 4. Kebanyakan atlet mengadu bahawa apabila mereka mengalami perasaan bimbang dan hilang tumpuan, pergerakan mereka akan menjadi lebih cepat. Untuk mengatasi masalah ini, seorang atlet bolehlah berlatih dengan mengurangkan pergerakan semasa latihan dan ini harus dilakukan berterusan. 5. Memikirkan mengenai apa akan terjadi selalunya menimbulkan dan menambahkan kebimbingan. Dalam permainan, perasaan sedih akan menambahkan lagi kebimbangan. Jadi fikirkanlah apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana boleh mengurangkan kebimbangan semasa bertanding. 6. Tidak dapat membuat keputusan boleh menyebabkan timbulnya rasa kebimbangan. Membuat keputusan pula memberi tekanan dan semasa menghadapi pertandingan para pemain serta jurulatih perlu membuat keputusan.

35

Jadi, atlet atau jurulatih perlu ada satu perancangan permainan yang lengkap atau strategi agar proses membuat keputusan akan menjadi lebih mudah. 7. Mendengar muzik boleh menjadi tenaga tambahan sebelum menghadapi pertandingan. Kebanyakan atlet menggunakan kaset dengan alat pendengarannya ditelinga sebelum pertandingan. Berlatih sambil mendengar mizik boleh menghasilkan keghairahan dan perasaan. 8. Biasanya pemikiran mempengaruhi pergerakan badan. Contohnya

memperkatakan atau memikirkan mengenai perkataan-perkataan mood seperti kuat, pantas, keras, agresif, gerak dan hebat boleh memberikan keasan kepada pergerakan. Contoh lain seperti Saya boleh lakukan. Nota di atas dipetik daripada buku Psikologi Sukan aplikasi Teori dan Praktikal oleh Mohd Sofian Bin Omar Fauzee. Latihan. Dapatkan nota bagaimana mengatasi masalah kebangkitan dan tekanan dikalangan atlet.

36

Tajuk 5

Perkembangan Psikologi Kanak-Kanak Melalui Sukan

Sinopsis Tajuk 5 akan membincangkan berkaitan perkembangan psikologi kanak-kanak malalui sukan. Selain itu topik ini akan menumpukan kepada penglibatan dan penarikan diri kanak-kanak dalam sukan, peranan rakan dalam sukan kanakkanak, kesan tekanan dan burnout dalam sukan kanak-kanak dan akhir pendekatan latihan dan peranan ibubapa dalam sukan kanak-kanak. Pelajar harus mencari sumber lain untuk menambah pengetahuan dalam topik berkenaan. Hasil Pembelajaran Di akhir tajuk ini pelajar dapat 1. Mengetahui perkembangan psikologi kanak-kanak melalui sukan 2. Mengenali penglibatan dan penarikan diri kanak-kanak dalam sukan dan peranan rakan dalam sukan kanak-kanak 3. Mengetahui kesan tekanan dan burnout dalam sukan kanak-kanak 4. Mengetahui pendekatan latihan berkesan ke atas atlet kanak-kanak5. Menyatakan peranan ibubapa dalam sukan kanak-kanak

37

Sebelum kita meneroka bidang perkembangan psikologi kanak-kanak melalui sukan, cuba terangkan apa itu psikologi kanak-kanak, mengikut kefahaman anda sendiri. BAHAN PEMBELAJARAN PENGENALAN PERKEMBANGAN Bersifat kualitatif, tersusun, bertahan dan berterusan pada diri manusia bermula sejak percambahan selsehingga ke akhir hayat organisma hasil dari kombinasipembelajaran, pengalaman dan kematanganmelibatkan aspek-aspek fizikal, emosi, mental dansosial. (Santrock,2008) PSIKOLOGI SUKAN Satu bidang kajian saintifik yang melibatkan kesanserta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuanfizikal,afektif serta kognatif ke atas mereka yangterlibat secara langsung mahupun tidak langsungdengan aktiviti tersebut ( Wann,1997 )

5.1 PENGLIBATAN DAN PENARIKAN DIRI KANAK-KANAK DALAM SUKAN PENGLIBATAN KANAK-KANAK DALAM SUKAN Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti sukan kini menjadi semakin popular. Kejohanan di peringkat sekolah semakin berkembang walaupun kini ia agak kurang diberikan keutamaan seperti dahulu. Bagaimanapun semakin ramai kanak-kanak yang menyertai aktiviti sukan, semakin ramai jugalah yang tercicir atau menarik diri dari aktiviti tersebut.Terdapat enam sebab atau motif utama penyertaan kanak-kanak dalam sukan. 1. Mencari keseronokan.

38

Keseronokan dalam hidup bagi kanak-kanak dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan permainan. Aktiviti yang tidak mementingkan keputusan kalah-menang menjadi tumpuan mereka. Ini adalah kerana elemen kalah-menang mencuri keseronokan yang hendak dicapai kerana unsur persaingan menarik focus keseronokan tersebut. 2. Belajar serta meningkatkan kemahiran diri. Seperti yang telah dinyatakan diatas tadi kanak-kanak belajar sambil bermain. Permainan serta sukan memberikan mereka ruang untuk belajar sesuatu kemahiran yang diminati. Kemampuan melakukan kemahiran ini akan meningkatkan lagi keyakinan diri serta membentuk peribadi kanak-kanak tersebut. Ruang untuk meningkatkan lagi kemahiran akan sentiasa terbuka jika mereka mendapat galakan yang sewajarnya dari orang dewasa yang memahami kehendak mereka. 3. Untuk bersama dengan rakan dan menjalin persahabatan dengan rakan yang baru. Corak sosialisasi yang berkesan adalah dengan bermain. Kanak-kanak belajar tentang persekitaran, bergaul dan berinteraksi dengan orang lain dengan bermain. Penglibatan mereka dalam sukan pun kerana ingin bersama dengan rakan-rakan dan bukannya untuk memenuhi kehendak orang dewasa. Oleh itu aktiviti sukan berpasukan menjadi tumpuan utama kanak-kanak ini kerana bukan sahaj mereka dapat bersama dengan rakan-rakan malahan dapat menjalinkan hubungan rakan baru. 4. Kegembiraan Kanak-kanak akan gembira bermain dengan rakan-rakan mereka. Tekanan akademik serta perubahan dari segi kehidupan masa kini yang dihadapi oleh kanak-kanak telah menarik keceriaan dan kegembiraan dari wajah mereka. 5. Mencapai kejayaan Takrifan kejayaan bagi kanak-kanak bukanlah kemenangan semata-mata, tetapi sesuatu yang lebih dari itu. Kemampuan belajar serta melakukan sesuatu kemahiran dengan baik juga dianggap sebagai kejayaan dan ini secara langsung

39

akan meningkatkan lagi keinginan mereka untuk terus bergiat dalam aktiviti tersebut. 6. Bersenam dan meningkatkan kecergasan fizikal Mesej gaya hidup sihat yang diutarakan kepada golongan dewasa sudah dapat diterima serta difahami oleh kanak-kanak. Dalam konteks ini kecergasan fizikal diperlukan bagi membolehkan mereka melakukan aktiviti yang aktif dan lasak bersama rakan-rakan yang lain. Ini kerana rakan-rakan merupakan agen sosialisasi kanak-kanak yang utama.

Faktor utama mempengaruhi penglibatan kanak-kanak di dalam bidang sukan adalah disebabkan keseronokan(main bersama rakan-rakan). Selain daripada itu ada juga kanank-kanak yang inginkan perhatian khususnya guru. Daya tarikan terhadap perkembangan semasa seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik mempengaruhi penglibatan kanak-kanak dalam sukan. Adakalanya persaingan dikalangan kanak-kanak untuk mengatasi antara satu sama lain juga mempengaruhi minat kanak-kanak. Contoh sukan yang diminati: Bola sepak (lelaki) ,Badminton/larian (perempuan).

5.1.1 PENARIKAN DIRI KANAK-KANAK DALAM SUKAN Kanak-kanak melibatkan diri dengan aktiviti sukan kerana pelbagai sebab serta untuk memenuhi pelbagai keperluan. Bagaimanapun, penglibatan mereka dalam aktiviti sukan tidak kekal lama kerana motif mereka berubah. Inilah di antara punca yang menyebabkan keciciran dalam sukan. Kadar keciciran kanak-kanak dalam aktiviti suka di Amerika Syarikat di antara umur 10-17 tahun telah meningkat sebanyak 80% (Roberts, 1993). Ini kerana kehendak mereka yang sentiasa berubah-ubah itu tidak dapat dipenuhi. Berdasarkan kajian, terdapat tiga factor utama yang menyebabkan keciciran dalam aktiviti sukan iaitu perbandingan komparatif, persepsi tentang kekurangan kemampuan dan tahap intrinsic yang rendah serta stress pertandingan (Anshel, 1997). 1. Perbandingan komparatif bermaksud membandingkan diri dari segi

kemampuan motor dengan orang lain dan ini sering dilakukan olehkanak-kanak 40

pada peringkat usia 7 12 tahun. Oleh kerana kekurangan pengalaman serta kurangnya penglibatan dalam aktiviti sukan pada usia yang muda, kanak-kanak ini terpaksa menggunakan perbandingan komparatif sebagai kayu ukur status kemahiran motor meraka. Sebagai perbandingan jika kemahiran yangingin dilakukan boleh dilakukan oleh ramai kanak-kanak yang lain, maka tahap kemahiran motor individu tersebut bolehlah dianggap sebagai sama dengan orang lain. Bagaimanapun jika kemahiran yang ingin dilakukan hanya boleh dilakukan oleh beberapa orang kanak-kanak yang lain, maka tahap kemahiran motor individu ini boleh dianggap tinggi .(Shaharudin Abd. Aziz, 2009) Perbandingan boleh dilakukan dengan pelbagai cara, oleh sesiapapun da dalam pelbagai situasi. Dalam konteks sukan, yang biasanya dimainkan dalam keadaan terbuka, maklumbalas dari penonton, jurulatih ibu bapa serta rakan-rakan sepasukan menjadi kayu pengukur perbandingan kanak-kanak terbabit. Maklum balas yang diberikan sama ada secara verbal atau bukan lisan memberikan kesan yang positif dan juga negative kepada kanak-kanak tersebut.

Input yang diberikan secara lisan seperti kata-kata semangat dan pujian merupakan rangsangan positif, manakala ejekan, celaan serta komen-komen yang pedas merupakan rangsangan yang negative. Begitu juga maklum balas lisa dan bukan lisan boleh menghasilkan kesan yang sama kepada kanak-kanak tersebut. Keasan sebenar mesej lisan dan bukan lisan ini dapat dilihat apabila kanak-kanak tersebut mentafsirkan apa yang dilihat dan yang didengarinya. Kesan ini lah yang akan menyebabkan mereka ingin meneruskan penglibatan atau menarik diri dari sukan. .(Shaharudin Abd. Aziz, 2009)

2. Persepsi tentang kekurangan kemampuan diri juga merupakan salah satu sebab kanak-kanak menarik diri dari aktiviti sukan. Ini adalah kerana mereka mengatributkan kegagalan kepada kekurangan dari segi kemampuan diri mereka. Justeru itu, apalah gunanya meneruskan penglibatan dalam aktiviti tersebut jika mereka sudah tahu (persepsi diri) bahawa mereka tidak mempunyai kemampuan untuk berjaya dalam aktiviti tersebut.

41

Faktor-faktor penarikan diri kanak-kanak dalam sukan adalah dipengaruhi oleh kekalahan dan kekecewaan. Adakalanya seseorang kanak-kanak yang kurang kemahiran juga tidak diterima bermain dalam pasukan, ini juga menyebabkan kanak-kanak menarik diri dalam sukan.Dalam sesuatu permainan keseronokan adalah factor penting membuatkan terus bermain namun ada juga permainan di mana aktivitinya amat membosankan dan seterusnya tidak menyeronokan. Tekanan daripada guru mahupun jurulatih terhadap kanak-kanak selalunya memberi kesan jangka pendek dan jangka panjang. Mungkin pelajar tidak minat terhadap terhadap guru atau jurulatih garang dan tidak prihatin. Sekiranya berlaku tidak berlaku perubahan dalam kepimpinan guru mahupun jurulatih besar kemungkinan mematikan terus minat kanak-kanak dan seterusnya kanak-kanak menarik dalam sukan.Disamping sebab-sebab di atas factor kesihatan tidak dapat dinafikan sebagai penyumbang besar mengapa kanak-kanak menarik diri dalam sukan. Bagi mengatasi penarikan kanak-kanak dalam sukan, maka kanak-kanak perlu didedahkan dan disedarkan tentang kepentingan menyertai sukan. Salah satu perkara yang boleh diterapkan dikalangan kanak-kanak ialah mementingkan kesungguhan dan bukannya kemenangan. Didapati bahawa sebilangan kecil kanak-kanak menarik diri akibat kekalahan dalam sesuatu pertandingan dan terusnya. Dalam menarik minat kanak-kanak guru atau jurulatih boleh mengarahkan murid yang mahir untuk membantu murid-murid yang kurang mahir. Selain daripada itu sesuatu permainan perlulah menyeronokkan, maka aktiviti dalam sesuatu permainan perlulah dipelbagaikan. Akhir sekali guru haruslah bersifat lembut tetapi tegas dan prihatin kepada murid dalam menarik minat mereka menyertai dan mengekalkan mereka terus bersukan.

5.2 PERANAN RAKAN DALAM SUKAN KANAK-KANAK Satu kajian yang dijalankan oleh Student Social Support Scale menyatakan, kanak-kanak merasakan rakan mereka adalah penting kepada mereka. (Malecki & Elliott,1999).

42

Peranan rakan dalam sukan: 1. 2. 3. Sebagai alat perbandingan dengan dirinya sendiri. Sebagai panduan apabila menilai diri(kemahiran,kebolehan dan lain-lain.) Agen peneguhan seperti beri sokongan dan nasihat (Charlesworth & Hartup,1967) 4. Tempat meluahkan perasaan dan menyelesaikan masalah.

5.3 KESAN TEKANAN DAN BURNOUT DALAM SUKAN KANAK-KANAK Tekanan Tekanan adalah suatu keadaan yang dipengaruhi oleh gangguan mental dan emosional yang boleh mewujudkan keadaan tidak selesa atau tegang jika situasi tersebut tidak mampu ditanggung oleh tubuh badan.(Morstt & Furst,1979) Terdapat beberapa sebab berlakunya tekanan. Sebahagian besar adalah disebabkan oleh masalah peribadi, rakan sebaya dan juga berpunca akibat sikap guru. Kesan yang dikenalpasti akibat tekanan adalah prestasi merosot, minat semakin kurang, penarikan diri dari sukan dan kurang motivasi dalam melakukan sesuatu perkara contohnya dalam bidang sukan.Cara mengatasi cuba bantu selesaikan masalah murid, sentiasa beri motivasi dan kata perangsang kepada murid dan cuba elak dari memberi tekanan yang melampau kepada murid.

Burn out Extreme tiredness usually caused by working too much (Cambridge Dictionary Online). Kepenatan yang ekstrim kerana melakukan kerja yang terlalu banyak. Latihan berat yang terlalu kerap. Kurang rehat. Kesannya ialah menggangu kesihatan, risiko keselamatan, penarikan diri, minat kurang, prestasi merosot, motivasi menurun 43

Cara mengatasi Rancang sesi latihan dengan baik.(pelbagaikan jenis latihan) Beri rehat yang cukup kepada murid. Bawa murid melakukan aktiviti rekreasi dankesenggangan. Kuatkan mental murid. Latihan. Bagaimanakah kesan tekanan dan burn out dalam sukan kanak-kanak? 5.4 PENDEKATAN LATIHAN BERKESAN KEATAS ATLET KANAK-KANAK Latihan meningkatkan stamina Teknik permainan Undang-undang permainan Skil permainan Bengkel/motivasi sukan Latihan perlawanan persahabatan dengan sekolah luar. Menyertai pertandingan yang dianjurkan olehagensi luar. Rekreasi dan kesenggangan 5.5 PERANAN IBUBAPA DALAM SUKAN KANAK-KANAK Beri sokongan Hadir ke temasya sukan sekolah dan bersorakuntuk anak. Dorongan dan nasihat Beri motivasi jika kalah Bantuan kewangan dan alatan sukan Tidak terlalu mencampuri kehidupan bersukananak. Beri kebebasan kepada anak untuk memilihsukan yang diminatinya.

Rujukan Mengaplikasi teori psikologi dalam sukan By Shaharudin Abd. Aziz Perkembangan Kanak-kanakuntuk Program Perguruan Pendidikan RendahPengajian Empat Tahun,HalizaHamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi.2008 Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah : Komponen 1&2) PsikologiPendidikan & Pedagogi, Mok Soon Sang. Terbitan ketujuh 2008. 44

Tajuk 9

Sosiologi Sukan

Sinopsis Tajuk akan membincangkan berkaitan sosiologi sukan. Selain itu topik ini akan menumpukan kepada definisi sosiologi sukan, sukan dan masyarakat dan akhir sekali hubungan sukan dengan struktur masyarakat dan apa itu sukan dan main. Pelajar harus mencari sumber lain untuk menambah pengetahuan dalam topik berkenaan. Hasil Pembelajaran Di akhir tajuk ini pelajar dapat 1. Mengetahui definisi sosiologi sukan 2. Mengenali sukan dan masyarakat 3. Mengetahui hubungan sukan dengan struktur masyarakat 4. Menyatakan perbezaan sukan dan main

45

Sebelum kita meneroka bidang sosiologi sukan , cuba terangkan apa itu sosiologi sukan , mengikut kefahaman anda sendiri. BAHAN PEMBELAJARAN

9.0 SOSIOLOGI SUKAN Konsep Sosiologi Sukan Sosiologi Kajian saintifik tentang struktur dan proses sosial dalam masyarakat. Saintifik: sesuatu yang teratur, empirikal, sistematik serta mengambil kira isu berkaitan validiti (kesahan) dan reliabiliti (kebolehpercayaan) kaedah kajian yang digunakan. Struktur: suatu organisasi yang wujud dalam masyarakat mikro dan makro seperti individu, seorang pelajar, seorang atlit dan seorang guru. Makro pula kumpulan pelajar, satu pasukan, satu unit beruniform. Proses: Interaksi yang berlaku antara individu dan kumpulan dalam masyarakat dalam bentuk komunikasi, konflik, komersialisasi, birokratik, sosialisasi, proses menginstitusikan dan proses lain yang berkaitan. 9.1 Definisi Sosiologi Sukan Bidang kajian yang mengaplikasikan konsep sosiologi untuk melihat dan memahami apa yang berlaku dalam sukan. Ini termasuklah usaha untuk memahami interaksi yang wujud antara individu dalam pasukan dan mereka yang berkaitan dengannya seperti penonton, pengurusan dan media. Isu sosiologi yang signifikan dalam sukan termasuklah corak organisasi sosial yang terlibat, sifat formal sukan seperti pasukan, jurulatih, pemain, penganjur, undang-undang dan 46

peraturan, tahap keseriusan menghadapi pertandingan seperti menang-kalah tidak ditentukan lebih awal dan penekanan terhadap kemahiran fizikal yang tinggi. Ciri Institusi Sukan Untuk membolehkan sukan diinstitusikan sebagai satu institusi sosial dalam masyarakat, beberapa kriteria tertentu perlu dipenuhi bagi membolehkan ianya diterima sebagai satu institusi sosial. Antaranya adalah: (a) undang-undang dan peraturan - wujudnya undang-undang dan peraturan yang mengawal perjalanan sukan tersebut. (b) sosioemosi - kesan sosial dan psikologi individu yang dicapai menerusi penglibatan dalam sukan, antaranya: Katarsis - peluang untuk melepaskan tekanan secara yang dibenarkan menerusi sukan. Mewujudkan semangat kekitaan atau berpasukan. Semangat patriotisme. (c) sosialisasi - merangsang individu untuk saling mengenali antara satu sama lain merentasi warna kulit kepercayaan dan sebagainya. (d) integrasi - menyatupadukan individu daripada pelbagai latar belakang seperti menjadi satu pasukan sekolah, daerah dan negeri. (e) politik - alat untuk menunjukkan kuasa (pengurusan pasukan atau persatuan, hierarki dalam persatuan). (f) mobiliti sosial - proses yang bersifat dinamik dan sentiasa berubah untuk memberi peluang kepada individu untuk meningkat seperti pemain peringkat sekolah meningkat ke peringkat daerah, negeri atau negara.

47

9.2 Sukan dan Masyarakat Proses Sosialisasi Sukan Sosialisasi Proses di mana manusia mempelajari mengenai budaya serta bagaimana menjadi ahli dalam sesuatu masyarakat. Penglibatan dalam sukan membuka ruang untuk bersosialisasi serta berinteraksi dengan orang lain.

Proses sosialisasi sukan berlaku menerusi dua cara: Sosialisasi ke dalam sukan Individu memilih untuk melibatkan diri ke dalam sukan kesan dari pengaruh, dorongan serta impak agen-agen sosialisasi sukan. Pengaruh agen-agen sosialisasi ini membantu membentuk sikap, nilai dan perlakuan yang diperlukan dalam sukan yang diceburi. Sosialisasi menerusi sukan Sukan menjadi alat kepada proses sosialisasi. Elemen-elemen dalam sukan seperti sikap bekerjasama, toleransi, berdisiplin serta menghormati individu lain dan peraturan membantu dalam proses pembentukan sikap, nilai dan perlakuan individu tersebut.

9.3 Hubungan Sukan Dengan Struktur Masyarakat Kesan Penglibatan Dalam Sukan Penglibatan dalam sukan menghasilkan kesan-kesan positif dan negatif kepada individu dan negara. Antara kesan positifnya adalah: Individu (a) pembentukan watak - sukan dapat membentuk perwatakan individu yang positif.

48

(b) imej kendiri yang positif - penyertaan dalam sukan boleh meningkatkan imej diri. (c) kualiti kepimpinan - pembentukan daya kepimpinan individu, khususnya dalam sukan berpasukan. (d) semangat patriotisme - rasa bangga mewakili pasukan dibentuk menerusi penyertaan dalam bidang sukan. (e) semangat setia kawan/berpasukan - terbentuk menerusi penyertaan, interaksi serta sosialisasi dalam sukan. (f) kesihatan - peningkatan kesihatan individu secara keseluruhan boleh dicapai menerusi penyertaan dalam bidang sukan. Beberapa nilai positif yang perlu diamalkan adalah seperti menghormati peraturan, sifat bekerjasama,bertoleransi dan nilai-nilai murni yang lain. Jika tidak diawasi, penglibatan dalam sukan juga akan mendatangkan kesan negatif kepada individu seperti: (a) sikap terlalu mementingkan kemenangan sehingga meninggalkan semangat kesukanan dan berpasukan. (b) Penggunaan bahan terlarang untuk meningkatkan prestasi. (c) Keagresifan dalam sukan. (d) Membelakangkan nilai-nilai kesukanan yang lain. Negara Penglibatan negara dalam bidang sukan mendatangkan kesan-kesan seperti berikut: (a) Sosial 49

integrasi kaum - proses integrasi kaum (integrasi nasional) dapat dilaksanakan kerana aktiviti sukan merentasi batasan kaum. (b) Ekonomi sumber kewangan - peningkatan sumber kewangan dari segi penajaan pertandingan, hak penyiaran, kutipan cukai serta kedatangan pelancong asing (pelancong sukan). (c) Politik semangat setia kawan - khususnya pada peringkat serantau dapat disemai menerusi penyertaan dalam bidang sukan seperti sukan SEA dan Asia. kerjasama antarabangsa - dapat diwujudkan menerusi sukan secara meluas seperti sukan Olimpik, Komanwel dan sukan Asia. Jika tidak diawasi penglibatan negara dalam bidang sukan juga akan mendatangkan kesan negatif seperti: (a) perbalahan antara negara kerana ingin mendapatkan hak penganjuran sukan. (b) Pemboikotan sukan. Kesannya, semangat setiakawan serta kerjasama antarabangsa mungkin terjejas jika proses penglibatan dalam sukan ini tidak ditangani dengan teliti.

9.4 Sukan dan Main

Maksud Sukan dan Main

Sukan Permainan merupakan salah satu alat pengukuhan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Menurut Allessi & Trollip (1991) permainan ialah suatu aktiviti yang melibatkan proses pembelajaran secara tidak formal. Permainan mampu untuk mewujudkan suatu suasana yang dapat merangsangkan pembelajaran atau penguasaan sesuatu kemahiran. Permainan tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan. 50

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi. Main Main ditakrifkan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu. Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atautujuantertentu. Menurut Kraus (1990), bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak. Lazimnya apabila sesuatu tugasan itu dianggap mudah, tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan kanak-kanak memandangkan tidak wujudnya komplikasi dan merupakan nilai yang paling berharga buat perkembangan kanak-kanak. Mengikut Carr, main merupakan pengalaman katartik, memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan emosi yang negatif. Sebagai contoh kanak- kanak yang berusia empat tahun yang baru sahaja mendapat adik baru akan mengalami pengalaman negatif seperti penolakan kasih sayang dan perasaan permusuhan terhadap adik tersebut. Untuk perihal ini, main dikatakan dapat menyuarakan perasaan kecewa tersebut. Dari aspek psikoanalisis, mengikut Freud pula, main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dapat mengawal keadaan yang dikatakan dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar (Kraua, 1990)

51

Tajuk 14

Keganasan Dalam Sukan

Sinopsis Tajuk akan membincangkan berkaitan keganasan dalam sukan. Selain itu topik ini akan menumpukan kepada definisi keganasan dalam sukan, Jenis keganasan dalam sukan, keganasan semasa dan selepas pertandingan, keganasan penonton, gender, kelas, social dan bangsa serta akhir sekali cara mengawal keganasan. Pelajar harus mencari sumber lain untuk menambah pengetahuan dalam topik berkenaan. Hasil Pembelajaran Di akhir tajuk ini pelajar dapat 1. Mengetahui definisi Keganasan dalam sukan 2. Mengetahui jenis keganasan dalam sukan 3. Mengetahui keganasan semasa dan selepas pertandingan 4. Mengetahui keganasan penonton, gender, kelas, social dan bangsa 5. Mengetahui cara mengawal keganasan dalam sukan

52

14.1 Definisi Keganasan/ Keagresifan Dalam Sukan

Sebelum kita meneroka bidang keganasan dalam sukan , cuba terangkan apa itu keganasan sukan , mengikut kefahaman anda sendiri. BAHAN PEMBELAJARAN 14.1 Definisi Keganasan Dalam Sukan Silva (1981): keagresifan sebagai satu perlakuan untuk menyakitkan atau mengakibatkan kecederaan fizikal, serta mental kepada benda hidup yang berusaha untuk mengelakkan tindakan tersebut.

Baron dan Richardson (1994), keagresifanmerupakan apa saja bentuk tindakan danperlakuan yang bermatlamatuntuk menyebabkan kecederaan ke atas bendahidup yang lain dan bermotivasiuntuk mengelakkan diri dari dicederakan. Wann (1997) satu tindakan yang bermatlamatuntuk mengakibatkan kecerderaan secarafizikal, verbal atau psikologikal keatasseseorang yang bermotivasi untuk mengelakkandiri dari di cerderakan dan atau perbuatan yangmendatangkan kerosakan kepada harta bendayang berpunca dari kemarahan

Berdasarkan definisi ini, terdapat sediki tpersamaan dengan definisi yang diutarakan oleh Baron dan Richardson sebelumnya. Kedua-duanya memasukkan unsur niat, perlakuan secara verbal dan psikologikal serta mangsanya bermotivasi untuk mengelakkan diri dari dicederakan.Perbezaan ketara di antara keduaduanyaadalah elemen kerosakan harta benda. Baron dan Richardson tidak mengambilkira kerosakan harta benda sebagai hasil dari tindakan yang agresif.

53

Sikap agresif kadangkala diperlukan dalam sukan untuk menyerang pihak lawan. Keagresifan yang terlalu melampau akan menyebabkan tumpuan menjadi semakin kecil. Kesannya, pemain akan melakukan kesilapan. Setiap jenis sukan memerlukan tahap kebangkitan yang sesuai serta berbeza-beza. Keganasan biasanya melibatkan banyak pihak antaranya adalah atlet, pegawai, jurulatih dan penonton.

14.2 Jenis-jenis keganasan/keagresifan Keagresifan ketara: kecenderungan untuk mencederakan individu dengan sengaja bermatlamat untuk menyakitkan secara fizikal atau psikologi yang didorong oleh rasa marah atau kecewa. Keagresifan instrumental: tindakan mencederakan pihak lawan sebagai satu cara untuk mencapai matlamat kemenangan atau ganjaran. Keagresifan asertif: penggunaan fizikal atau verbal tanpa niat untuk mencederakan pihak lawan dan tindakan itu dibenarkan mengikut peraturan permainan

14.3 / 14.4 Keganasan Semasa dan selepas Pertandingan Punca Keganasan Terdapat tiga punca keganasan atau keagresifan dalam sukan iaitu psikologi, persekitaran dan biologi. 1. Psikologi Aspek psikologi pula boleh dipecahkan kepada tiga iaitu provokasi, tekanan emosi, jangkaan pelakuan kasar dan kurang pengetahuan.

PROVOKASI - Tindakan yang mencabar untuk dapatkan reaksi balas lawan

TEKANAN EMOSI (STRESS) Prestasi di bawah jangkaan Jangkaan menang kalah Provokasi pihak lawan & penonton 54

JANGKAAN PERLAKUAN KASAR Atlet menjangkakan dirinya akan dikasari oleh yang demikian dia akan bertindak agresif

KURANG PENGETAHUAN Sukan Kontak pijak pemain yang jatuh Penonton tidak tahu undang - undang

2. Persekitaran

LOKASI PERTANDINGAN Sokongan Padu penyokongt tuan rumah Pelawat tindakan balas

CUACA Cuaca Panas keadaan cuaca yang panas dan ditambah pula tekanan permainan maka berlakulah tindakan agresif. Hujan keadaan padang yang licin akan membawa kepada ketidak sesuaian permainan. Contohnya padang licin menyukarkan larian mahupun permainan.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN Adakalanya kekalahan dalam pertandingan juga boleh menjadi penyumbang pemain menjadi agresif. Pasukan yang kalah akan tertekan lalu akan bertindak agresif.

ASPEK KESELAMATAN Tahap keselamatan . Ada juga dikalangan penganjur sukan yang kurang memberikan perhatian kepada aspek keselamatan. Tahap keselamatan yang longgar boleh memberikan peluang untuk bertindak agresif. Penempatan Penonton Kawalan keselamatan dan pembahagian penempatan penyokong tuan rumah dengan pasukan pelawat perlu berhati-hati. Sekiranya berlaku penyeberangan antara pasukan tuan rumah dan pasukan pelawat maka berlakulah tindakan agresif. Bawa alatan bahaya - botol, kayu, payung, mercun dll

55

3. Biologi HORMON ADRENALIN Hormon meransang Meningkat dalam suhu tinggi, kelesuan, bising

KEBANGKITAN FISIOLOGI Naik semangat Respon Unik Rembesan Hormon Adrenalin - meningkat

KESAN STEROID kesan sampingan mood sukar dikawal

Latihan. 14.5 Apakah yang dimaksudkan sebagai keganasan gender, kelas sosial dan bangsa?

14.6 Cara Mengawal Keganasan Dalan Sukan Berdasarkan kepada petikan dari buku mengaplikasi teori psikologi dalam sukan oleh Shaharudin Abd. Aziz, terdapat beberapa cara dalam mengawal keganasan dalam sukan sama ada disebabkan oleh pemain mahupun penonton. Bagi mengurangkan keagresifan di kalangan atlet atau pemain antaranya adalah: 1. menggalakan role model yang bersih kepada atlet atau pemain. Ini akan membuka mata pemain bahawa seseorang pemain yang menang adalah disebabkan oleh permainan yang bersih. 2. Menghukum pemain yang beraksi secara agresif. 3. Menghukum jurulatih yang melakukan atau menggalakkan keagresifan

56

4. Menjauhkan stimulus luaran yang boleh meningkatkan keagresifan seperti sepanduk serta kain rentang yang bersifat menghina. 5. Memberikan ganjaran kepada pemain atau pasukan yang bermain dengan bersih.

Latihan. 14.5 Dapatkan lebih banyak cara mengawal keganasan dalam sukan.

57