sinopsis

1
SINOPSIS Mohd. Harraz (adik) ialah mutiara bonda . Dia dibelai dengan limpahan kasih sayang, diasuh untuk menjadi seorang yang berbudi dan beriman. Namun dugaan selalu bertandang, mencabar kesabaran bonda dalam mengasuh anak lelaki tunggalnya. Daripada malas ke sekolah, Mohd. Harraz kemudiannya tidak mahu bersekolah lagi, hanya setakat darjah enam. Namun berkat doa dan tawakal bonda, Mohd. Harraz seperti dilahirkan semula setelah terlibat dalam kemalangan dan bernasib baik kerana tidak ditangkap polis semasa serbuan polis di sebuah pondok yang menjadi tempat menghisap ganja. Akhirnya, Mohd. Harraz benar-benar menjadi mutiara , bersinar dan menyejukkan hati bonda. Dia telah berjaya melanjutkan pelajaran ke University al-Bayt, Jordan. Akhirnya, impian bonda untuk melihat anaknya menjadi seorang ustaz tercapai, begitu juga dengan wasiat ayahnya. Tema Kegigihan dan kesabaran seorang ibu mendidik anaknya hingga berjaya. Buktinya bonda gigih dan sabar dalam mendidik anaknya Mohd. Harraz (adik) sehingga berjaya melanjutkan pelajaran di Jordan.

Upload: sarah-clements

Post on 17-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sinopsis

SINOPSIS

Mohd. Harraz (adik) ialah ‘mutiara bonda’. Dia dibelai dengan limpahan kasih

sayang, diasuh untuk menjadi seorang  yang berbudi dan beriman. Namun

dugaan selalu bertandang, mencabar kesabaran bonda dalam mengasuh anak

lelaki tunggalnya. Daripada malas ke sekolah, Mohd. Harraz kemudiannya tidak

mahu bersekolah lagi, hanya setakat darjah enam. Namun berkat doa dan

tawakal bonda, Mohd. Harraz seperti dilahirkan semula setelah terlibat dalam

kemalangan dan bernasib baik kerana tidak ditangkap polis  semasa serbuan

polis di sebuah pondok  yang menjadi tempat menghisap ganja. Akhirnya, Mohd.

Harraz benar-benar menjadi mutiara , bersinar dan menyejukkan hati bonda. Dia

telah berjaya melanjutkan pelajaran ke University al-Bayt, Jordan. Akhirnya,

impian bonda untuk melihat anaknya menjadi seorang ustaz  tercapai, begitu

juga dengan wasiat ayahnya.

Tema                                                                                                

Kegigihan dan kesabaran seorang ibu mendidik anaknya hingga berjaya.

Buktinya bonda gigih dan sabar dalam mendidik anaknya Mohd. Harraz (adik)

sehingga berjaya melanjutkan pelajaran di Jordan.