sinopsis hak bab 1-11

22
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN SINOPSIS HAK BAB 1 : KHABAR KEELOKAN Bab 1 mengisahkan tentang Lamang Labai. Kehidupannya serba sedarhana dengan menanam padi bukit dan mempunyai dusun buah-buahan. Lamang Labai merupakan seorang pemuda yang berilmu, gagah, berani kerana ketika diusia mudanya dia banyak mempelajari ilmu kesaktian, misalnya pernah berguru kepada Raja Jin Tujuh Seperadian di Gadung Batu di Bukit Si Guntang. Kebanyakan ilmu yang dipelajarinya adalah ilmu pengasih (ilmu perempuan). Suatu hari, Lamang Labai telah tertarik hati (jatuh hati) setelah mendengar khabar kecantikan Dang Kasuma (seorang gadis kampong) dari kawan-kawannya. Dang Kasuma ketika itu sudah pun bertunang dengan seorang yang kaya raya bernama Anggayan Damit. Kekayaannya digambarkan tujuh gedung di laut dan tujuh gedung di darat. Untuk mensahihkan kebenaran cerita kawan-kawannya, lalu Lamang Labai pun pergi mengendap Dang Kasuma di hujung titian seberang sungai kerana dia mengetahui Dang Kasuma bersama-sama rakan sebayanya akan pergi ke Tamu Pengkalan Tunan. Lamang Labai telah mengunakan ilmu kesaktiannya untuk memikat Dang Kasuma. Sewaktu Dang Kasuma asyik memerhatikan lukisan yang cantik yang dilukis oleh Lamang Labai di atas tanah di hujung titian. Di saat itulah Lamang Labai menangkap dan melarikan Dang Kasuma ke rumahnya yang terletak di Bukit Sinarubai. Apabila Anggayan Damit mendengar berita bahawa tunangnya dilarikan Lamang Labai, maka dia bertekad mendapatkannya kembali. Anggayan Damit menghantar bebarapa orang wakil untuk memujuk Lamang Labai menyerahkan kembali Dang Kasuma namun Lamang Labai tetap juga dengan keinginannya untuk memperisteri Dang Kasuma. Akhirnya, Anggayan Damit mencabar Lamang Labai beradu kekuatan dan siapa yang menang nanti akan berhak memiliki Dang Kasuma. Anggayan Damit gagal menewaskan Lamang Labai kerana tubuhnya kebal, tidak lut senjata meskipun beberapa kali ditikam dan tetak dengan pedang, keris kesaktian dan lembing. ilmu penerang masa depan” 1

Upload: syqic22

Post on 25-Jul-2015

542 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sinopsis Hak Bab 1-11

HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

SINOPSIS HAK BAB 1 : KHABAR KEELOKAN

Bab 1 mengisahkan tentang Lamang Labai. Kehidupannya serba sedarhana dengan menanam padi bukit dan mempunyai dusun buah-buahan. Lamang Labai merupakan seorang pemuda yang berilmu, gagah, berani kerana ketika diusia mudanya dia banyak mempelajari ilmu kesaktian, misalnya pernah berguru kepada Raja Jin Tujuh Seperadian di Gadung Batu di Bukit Si Guntang. Kebanyakan ilmu yang dipelajarinya adalah ilmu pengasih (ilmu perempuan).

Suatu hari, Lamang Labai telah tertarik hati (jatuh hati) setelah mendengar khabar kecantikan Dang Kasuma (seorang gadis kampong) dari kawan-kawannya. Dang Kasuma ketika itu sudah pun bertunang dengan seorang yang kaya raya bernama Anggayan Damit. Kekayaannya digambarkan tujuh gedung di laut dan tujuh gedung di darat.

Untuk mensahihkan kebenaran cerita kawan-kawannya, lalu Lamang Labai pun pergi mengendap Dang Kasuma di hujung titian seberang sungai kerana dia mengetahui Dang Kasuma bersama-sama rakan sebayanya akan pergi ke Tamu Pengkalan Tunan. Lamang Labai telah mengunakan ilmu kesaktiannya untuk memikat Dang Kasuma. Sewaktu Dang Kasuma asyik memerhatikan lukisan yang cantik yang dilukis oleh Lamang Labai di atas tanah di hujung titian. Di saat itulah Lamang Labai menangkap dan melarikan Dang Kasuma ke rumahnya yang terletak di Bukit Sinarubai.

Apabila Anggayan Damit mendengar berita bahawa tunangnya dilarikan Lamang Labai, maka dia bertekad mendapatkannya kembali. Anggayan Damit menghantar bebarapa orang wakil untuk memujuk Lamang Labai menyerahkan kembali Dang Kasuma namun Lamang Labai tetap juga dengan keinginannya untuk memperisteri Dang Kasuma.

Akhirnya, Anggayan Damit mencabar Lamang Labai beradu kekuatan dan siapa yang menang nanti akan berhak memiliki Dang Kasuma. Anggayan Damit gagal menewaskan Lamang Labai kerana tubuhnya kebal, tidak lut senjata meskipun beberapa kali ditikam dan tetak dengan pedang, keris kesaktian dan lembing.

Lamang Labai mengajak Anggayan Damit berdamai dan menyerahkan sahaja Dang Kasuma kepadanya. Anggayan Damit menganggap bahawa dengan menyerahkan percuma tunangnya kepada Lamang Labai merupakan satu penghinaan, dayus dan bukan seorang lelaki yang bertanggungjawab.

Setelah tawaran berdamai gagal dilakukan. Maka berlakulah peperangan hebat, akhirnya Lamang Labai berjaya menewaskan Anggayan Damit. Dang Kumala adik kepada Anggayan Damit memohon agar dia dibunuh oleh Lamang Labai kerana kehilangan tempat bergantung. Akhirnya, Dang Kasuma mati setelah terkena bias mata keris Lamang Labai.

“ilmu penerang masa depan”1

Page 2: Sinopsis Hak Bab 1-11

HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

Sebelum mati, Anggayan Damit sempat berwasiat agar Lamang Labai menjaga Dang Kasuma sebaik-baiknya, serta memohon agar kepada Lamang Labai jika mereka mempunyai anak nanti maka jika anak lelaki dinamakan Awang Kamaruddin (sempena nama timang-timangan sewaktu dalam perguruan) dan pada anak perempuan dinamakan Dang Kumala (sempena nama adik perempuannya). Sebagaimana yang dijanjikan Dang Kasuma telah menjadi milik Lamang Labai. Hasil dari perkahwinan Lamang Labai dan Dang Kasuma, mereka memperolehi dua orang anak. Sesuai dengan wasiat Anggayan Damit maka anak lelaki dinamakan mereka Awang Kamaruddin manakala anak perempuan mereka pula dinamakan Dang Kumala.

Lamang Labai akhirnya jatuh sakit dan kemudiannya meninggal dunia selepas menataki hutan di kawasan Luagan Tetanam.

PERISTIWA-PERISTIWA HAK PENTING BAB 1:

1. Lamang Labai berguru kepada Raja Jin Tujuh Seperadian di Gadung Batu di Bukit Si Guntang.

2. Lamang Labai mendengar khabar kecantikan dan kejelitaan Dang Kasuma yang tiada tolok bandingnya dari kawan-kawannya.

3. Lamang Labai melarikan Dang Kasuma, tunangan Anggayan Damit ke istananya di Bukit Sinarubai.

4. Orang-orang kampung Dang Kasuma memujuk Lamang Labai mengembalikan Dang Kasuma.

5. Lamang Labai enggan mengembalikan Dang Kasuma kerana dia mehu memperisterikannya.

6. Orang-orang kampung mengkhabarkan kepada Anggayan Damit bahawa tunangannya dilarikan oleh Lamang Labai.

7. Anggayan Damit berperang dengan Lamang Labai dan Lamang Labai memenangi peperangan tersebut serta berjaya membunuh Anggayan Damit.

8. Sebelum mati, Anggayan Damit berwasiat supaya Lamang Labai menamakan anaknya Awang Kamaruddin jika lelaki dan Dang Kumala jika perempuan.

9. Dang Kumala meminta Lamang Labai membunuhnya dan dengan berat hati Lamang Labai menunaikannya.

10. Lamang Labai mengahwini Dang Kasuma dan mereka mendapat dua orang anak.

NAMA TEMPAT & LATAR TEMPAT:

Gadung Batu di Bukit Si Guntang, Pangkalan Tunan, Bukit Sinarubai dan Luagan Tetanam.

1. Bukit Sinarubai:Tempat tinggal Lamang Labai

“ilmu penerang masa depan”2

Page 3: Sinopsis Hak Bab 1-11

HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

2. Gadung batu di Bukit Si Guntang: Tempat Raja Jin 7 seperadian iaitu guru kepada Lamang Labai.

3. Luagan Tetanam:Lamang Labai menataki Luagan Tetanam dan kemudian dia mendapat sakit yang berpanjangan sehinggalah meninggal dunia.

4. Pengkalan Tunan:Tempat orang bertamu, sebelum sampai ke pangkalan Tunan terdapat sebuah titian untuk menuju ke tempat tersebut dan di sanalah Lamang Labai menculik Dang Kasuma.

UNSUR-UNSUR PENGAJARAN HAK DALAM BAB 1:

1. Janganlah merampas / merebut hak orang lain kerana ianya boleh mendatangkan permusuhan dan peperanganan (bunuh-membunuh - perbuatan Lamang Labai merampas / merebut Dang Kasuma tunangan Anggayan Damit telah menyebabkan permusuhan dan peperangan di antara mereka).

2. Setiap wasiat yang disampaikan atau diamanahkan hendaklah dilaksanakan (Lamang Labai menunaikan wasiat Anggayan Damit untuk menamakan anaknya, iaitu anak lelaki dengan nama Awang Kamaruddin dan perempuan Dang Kumala).

LATARFOKUS : LATAR MASYARAKAT

Menggambarkan keadaan masyarakat kampung yang antaranya terdapat mereka yang kaya raya seperti Anggayan Damit. Kekayaannya digambarkan sehingga mempunyai tujuh gedung harta di darat dan tujuh gedung di laut serta hampir semua peralatan dan perkakas rumahnya diperbuat daripada emas.

Penduduk kampungnya (di pihak Anggayan Damit) digambarkan mahu berunding terlebih dahulu sebelum melakukan tindakan. Contohnya, orang tua-tua (tuha-tuha) pergi ke rumah Lamang Labai melakukan perundingan, memohon supaya Lamang Labai meyerahkan kembali Dang Kasuma tuning Anggayan Damit yang diculiknya tetapi sayangnya di pihak Lamang Labai berkeras tidak mahu bertolak ansur menyerahkan kembali Dang Kasuma. Setelah jalan perundingan gagal dicapai, Anggayan Damit terpaksa membuat keputusan berperang dengan Lamang Labai demi mempertahankan hak dan maruahnya.

Lamang Labai yang terkenal dengan sederhana kaya digambarkan tidak bersikap meninggi diri malah dia kerap menolong orang-orang kampung yang meminta bantuannya seperti menataki kawasan-kawasan hutan yang baru

“ilmu penerang masa depan”3

Page 4: Sinopsis Hak Bab 1-11

HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

hendak dibuka. Kawasan terakhir ditatakinya ialah Luagan Tetanam dan selepas itu dia pun jatuh sakit yang berpanjangan sehinggalah dia meninggal dunia.

SINOPSIS HAK BAB 2 : MELIHAT DALAM KESAKTIAN

Dalam bab ini diceritakan bahawa Awang Kamaruddin (AK) sudah pun dewasa. Sebagaimana yang telah diwasiatkan oleh Lamang Labai, Dang Kasuma telah mengarahkan agar AK pergi menuntut ilmu seperti ilmu kebal, sakti, kuat, besi-besian, permainan senjata, persilatan dan ilmu menurut perintah di tempat Raja Jin Tujuh Seperadian di Gadung Batu di Bukit Si Guntang.

Melalui ilmu kesaktian AK, dia dapat mengetahui dan melihat bahawa di negari Jawa (subarang) ada seorang puteri yang cantik bernama Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa (TPBKJ) sedang bersiap-siap hendak melangsungkan perkahwinannya dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Setelah melihat kecantikan TPBKJ timbul keinginan AK merampas TPBKJ untuk dijadikan isteri. Lalu Ak mengarahkan Si Timbul pergi ke Bukit Surau memanggil Awang Sukaim dan Si Kabul pergi ke hulu Sungai Sunda memanggil Awang Bujang Laila Bongsu bertujuan meminta bantuan mereka pergi ke Negari Jawa.

AK menemui ibunya di Panggau Gading Tujuh Ringkat untuk memberitahu tentang hajatnya pergi ke Negeri Jawa merebut / merampas TPBKJ untuk dijadikan isterinya. Pada mulanya, Ibunya melarang keras kehendak AK tersebut kerana TPBKJ sudah pun bertunang. Dang Kasuma menyatakan bahawa tunangan TPBKJ itu bukan calang-calang orangnya, seorang yang terbilang kehandalannya. Kesempatan itu diambil oleh AK dengan alasan lain pula iaitu dia mahu mencuba kebolehan berperang dan ilmu kesaktiannya dengan TPBBIS yang dikatakan sangat gagah dan sakti itu.

Walaupun ditegah oleh ibunya namun AK terus berkeras juga untuk pergi. Akhirnya, Dang Kasuma mengalah dan membenarkan AK pergi ke Negeri Jawa. Sebelum berangkat ke Jawa, AK terlebih dahulu memohon kepada ibunya memberikannya pakaian kesaktian(Taruk Makan Kuku), senjata sakti ( Pedang Sulindayan, Keris Aluk Sembilan, Lembing Tujuh Sekembaran), minyak Si Lompat Pagar Tujuh Serantai dan langir warisan peninggalan ayahnya. Sambil itu, dia juga menemui adiknya Dang Kumala di Panggau Gading Sembilan Ringkat untuk memaklumkan pemergiannya ke Negari Jawa. AK juga meminta buatkan pinang sekapur sigup segulung daripada adiknya untuk bekalannya dalam perjalanan nanti.

PERISTIWA-PERISTIWA HAK PENTING BAB 2: 1. Awang Kamaruddin (AK) berguru kepada Raja Jin Tujuh Seperadian untuk

memenuhi wasiat awahnya, Lamang Labai.2. AK mengetahui bahawa Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa (TPBKJ) akan

berkahwin dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti (TPBBIS).

“ilmu penerang masa depan”4

Page 5: Sinopsis Hak Bab 1-11

HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

Segala persiapan perkahwinan dapat dilihat dengan jelas oleh AK dalam kesaktiannya.

3. AK mengarahkan Si Timbul pergi ke Bukit Surau memanggil Awang Sukaim dan Si Kabul pergi ke hulu Sungai Sunda memanggil Awang Bujang Laila Bongsu untuk meminta bantuan mereka.

4. AK menemui ibunya di Panggau Gading Tujuh Ringkat untuk meminta izin memperisterikan TPBKJ.

5. Dang Kasuma melarang AK mengahwini TPBKJ kerana dia sudah pun bertunang dengan TPBBIS.

6. AK menjelaskan memang niatnya merampas tunangan TPBBIS supaya dia dapat menguji kehebatan ilmunya dengan TPBBIS yang terkenal dengan kehandalannya itu.

7. AK menemui adiknya untuk memberitahu pemergiannya dan Dang Kumala menasihati AK agar sentiasa berhati-hati.

NAMA TEMPAT & LATAR TEMPAT:Bukit Pergasingan, Gadung Batu di Bukit Si Guntang, Negeri Jawa, Bukit Surau, hulu Sungai Sunda, Bukit Si Guntang-Guntang, Tanjung Keinderaan, Negeri Jawa, Bukit Sinarubai, Tanah Subarang, Panggau Gading Sembilan Ringkat, Panggau Tujuh Gading, Panggau Gading Tujuh Ringkat, Istana Besar, Lawangan Tujuh Satar dan Lawangan Sembilan Satar.

UNSUR-UNSUR PENGAJARAN DALAM BAB 2:1. Janganlah merampas / merebut hak orang lain kerana ianya boleh

mendatangkan permusuhan dan peperanganan (bunuh-membunuh) (perbuatan Awang Kamaruddin yang mahu merampas / merebut Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa tunangan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti telah menyebabkan permusuhan dan peperangan di antara mereka).

2. Jangan mudah berasa bangga dan ego dengan ketinggian ilmu yang dimiliki kerana adakalanya ia boleh membinasakan diri sendiri dan orang lain (kerana mahu menguji kekuatan ilmunya Awang Kamaruddin sanggup bertarung dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti).

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING HAK BAB 2:1. Awang Kamaruddin (AK) berguru kepada Raja Jin Tujuh Seperadian untuk

memenuhi wasiat ayahnya, Lamang Labai.2. AK mengetahui bahawa Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa (TPBKJ) akan

berkahwin dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti (TPBBIS). Segala persiapan perkahwinan dapat dilihat dengan jelas oleh AK dalam kesaktiannya.

3. AK mengarahkan Si Timbul pergi ke Bukit Surau memanggil Awang Sukaim dan Si Kabul pergi ke hulu Sungai Sunda memanggil Awang Bujang Laila Bongsu untuk meminta bantuan mereka.

“ilmu penerang masa depan”5

Page 6: Sinopsis Hak Bab 1-11

HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

4. AK menemui ibunya di Panggau Gading Tujuh Ringkat untuk meminta izin memperisterikan TPBKJ.

5. Dang Kasuma melarang AK mengahwini TPBKJ kerana dia sudah pun bertunang dengan TPBBIS.

6. AK menjelaskan memang niatnya merampas tunangan TPBBIS supaya dia dapat menguji kehebatan ilmunya dengan TPBBIS yang terkenal dengan kehandalannya itu.

7. AK menemui adiknya untuk memberitahu pemergiannya dan Dang Kumala menasihati AK agar sentiasa berhati-hati.

NAMA TEMPAT & LATAR TEMPAT:

Bukit Pergasingan, Gadung Batu di Bukit Si Guntang, Negeri Jawa, Bukit Surau, hulu Sungai Sunda, Bukit Si Guntang-Guntang, Tanjung Keinderaan, Bukit Sinarubai, Tanah Subarang, Panggau Gading Sembilan Ringkat, Panggau Tujuh Gading, Panggau Gading Tujuh Ringkat, Istana Besar, Lawangan Tujuh Satar dan Lawangan Sembilan Satar.

“ilmu penerang masa depan”6

Page 7: Sinopsis Hak Bab 1-11

HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

SINOPSIS HAK BAB 3 : BERAJUNG KE NEGERI JAWA

Mengisahkan bermulanya tindakan Awang Kamaruddin (AK) merebut Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa (TPBKJ). AK pergi ke Negeri Jawa menggunakan perahunya yang bernama Si Lancang Kuning Si Naga Sakti dengan ditemani oleh sepupunya, iaitu Awang Sukaim dan Awang Bujang Laila Bongsu. Setibanya mereka di Negeri Jawa, kedatangan mereka disambut mesra oleh Raja Muda Indera Bongsu (kekanda TPBKJ). RMIB membawa mereka masuk ke kediaman TPBKJ yang sedang bersiap-siap kerana akan melangsungkan perkahwinan keesokkan harinya. Hajat kedatangan AK itu sebenarnya tidak diketahui oleh penghuni-penghuni istana. AK telah berbuat helah menukarkan suaranya meniru suara RMIB dan dengan cara ini AK dapat masuk ke bilik TPBKJ. Ketika berdua-duan inilah AK berjaya memujuk TPBKJ dengan menggunakan ilmu guna-guna sehinggakan TPBKJ menyukai AK.

Perbuatan AK ini telah disedari oleh TPBBIS yang sedang bertapa di Bukit Si Guntang-Guntang. TPBBIS memohon kebenaran dari Tuan Puteri Si Raksasa untuk pergi ke Negeri Jawa menentang AK. TPBBIS menukarkan dirinya menjadi Lalat Kuning agar cepat sampai ke tempat yang ditujunya. Sebelum TPBBIS sampai ke tempat TPBKJ, AK terlebih dahulu meninggalkan tempat tersebut dan kembali ke Anjung Pembujangan RMIB dan ketika itu juga kedengaran kokokan ayam yang menandakan hari sudah hampir siang.

PERISTIWA-PERISTIWA HAK PENTING BAB 3:1. AK, Awang Sukaim dan Awang Bujang Laila Bongsu pergi ke Negeri Jawa

dengan menaiki ajung Si Lancang Kuning Si Naga Sakti.2. Raja Muda Indera Bongsu (RMIB) menyambut mesra kedatangan AK, Awang

Sukaim dan Awang Bujang Laila Bongsu di Anjung Pembujangan.3. AK menemui TPBKJ dengan cara meniru suara RMIB.4. TPBKJ pengsan apabila melihat AK yang datang.5. AK menggunakan kesaktiannya sehingga TPBKJ sedar dan suka kepadanya.6. TPBBIS menerima gerak alamat yang tidak baik dan melalui kesaktiannya dia

dapat melihat ada seorang lelaki mendatangani tunangnya.7. TPBBIS memberitahu Tuan Puteri Si Raksasa (TPSR) apa yang di lihatnya

dalam ilmu kesaktiannya dan TPSR mengarahkan TPBBIS pulang Ke Negeri Jawa.

8. TPBBIS menjadi Lalat Kuning lalu terbang ke Negeri Jawa.

NAMA TEMPAT & LATAR TEMPAT:Tanah Subarang, Gadung Batu di Bukit Si Guntang, Istana Besar, Bukit Sinarubai, Hujung Sapuh, Pulau Bedukang Damit di Muara, Tanah Jawa, Takat Batu, Negeri Timur, Malan Tahabau, Malan Tugis, Bukit Si Guntang-Guntang, Tanjung Keinderaan, Bantang Mara Baginda Wari Tujuh Lapis, Anjung Pembujangan, Panggau tujuh gading, Panggau sembilan gading, Lawangan Sembilan Satar dan Tabuk Rancangan.

“ilmu penerang masa depan”7

Page 8: Sinopsis Hak Bab 1-11

HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

UNSUR-UNSUR PENGAJARAN DALAM BAB 3:1. Jangan memperalatkan seseorang semata-mata mahu mencapai hajat yang

diingini (Perbuatan AK menyamar suara RMIB tidak patut dicontohi kerana memang hasilnya baik di pihak AK tetapi boleh mencemarkan nama RMIB dan memperdaya TPBKJ yang tidak berdosa).

2. Jika mengetahui sesuatu kesusahan bakal menimpa seseorang hendaklah segera diberi pertolongan (Tindakan TPBBIS patut dipuji, walaupun belum habis menjalani pertapaan tetapi demi mengenangkan tunangannya yang hendak dirampas / di rebut AK maka dia sanggup memberhentikan pertapaannya semata-mata mahu mempertahan dan mempastikan tunangannya selamat).

3. Setiap hak yang ada itu haruslah dipertahankan ( TPBBIS sanggup memberhentikan pertapaannya semata-mata mempertahankan haknya (tunangannya).

“ilmu penerang masa depan”8

Page 9: Sinopsis Hak Bab 1-11

HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

SINOPSIS HAK BAB 4 : MANDI BERLANGIR.

Kisah pada bab 4 adalah sambungan dari bab 3, iaitu keesokan paginya, pasangan pengantin bersiap-siap untuk disandingkan. Sebelum majlis tersebut, majlis mandi berlangir diadakan. Tuan Puteri Permaisuri Intan Mas Surai menyuruh Awang Kamaruddin (AK) dan Raja Muda Indera Bongsu (RMIB) memandikan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa (TPBKJ). Semasa memandikan TPBKJ, AK telah mengambil kesempatan untuk menggunakan ilmu guna-guna ke atas TPBKJ. AK tidak menggunakan langir yang telah disediakan tetapi menggunakan langir pertapaan ayahnya. Mandian langir oleh AK menyebabkan TPBKJ terketar-ketar kesejukan. Melihat kejadian itu, RMIB menyedari bahawa AK memang berhajat benar mahu merebut TPBKJ dari tunangannya, Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING HAK BAB 4:

1. Tuan Puteri Permaisuri Intan Mas Surai menyuruh AK dan RMIB memandikan TPBKJ.

2. AK dan RMIB memandikan TPBKJ. AK memandikan TPBKJ dengan menggunakan Langir pertapaan ayahnya yang menyebabkan TPBKJ kesejukan.

3. AK menggunakan ilmu Penuduh Burung untuk memikat dan menawan hati TPBKJ.

4. RMIB mengetahui yang AK ingin merebut TPBKJ.

NAMA TEMPAT & LATAR TEMPAT:

Negeri Jawa, Negeri Timur, Gadung di Bukit Si Guntang, Tanjung Keinderaan, Istana Besar, Lawangan Tujuh Satar, Panggau Gading Tujuh Ringkat dan Anjung Pembujangan.

LATAR MASYARAKAT:

1. Memaparkan budaya masyarakat Melayu yang mengamalkan upacara mandi berlangir sebelum majlis perkahwinan dimulakan.

2. Masyarakat Melayu mementingkan hubungan kekeluargaan, contohnya apabila hendak mengadakan apa jua majlis keluarga hendak saudara mara dijemput hadir

“ilmu penerang masa depan”9

Page 10: Sinopsis Hak Bab 1-11

HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

SINOPSIS HAK BAB 5 : DI PANGGAU PENGANGGUNAN

Mengisahkan majlis perkahwinan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti (TPBBIS) dengan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa (TPBKJ). Suasana perkahwinan digambarkan agak meriah. Rombongan pengantin lelaki datang dari Tanjung Keinderaan dengan diiringi oleh hamba rakyat yang dibawa dari 7 buah kampung dan 7 buah negeri. Raja Muda Indera Bongsu (RMIB) mempersilakan Awang Kamaruddin (AK) untuk menjalankan upacara menapakkan. Sewaktu AK memegang tangan TPBBIS untuk ditapakkan ke ubun-ubun TPBKJ, tangan TPBBIS terketar-ketar disebabkan mengigil. Semasa upacara tersebut, AK telah meniatkan bahawa tangan TPBBIS itu sebagai tangannya (Bismillah, bukanku menapakkan tangan dangankusanak, aku yang bertapak) dan ketika hujung tangan TPBBIS hampir mencecah ke ubun-ubun pengantin perempuan, dengan cepat AK telah melapis tapak tangan pengantin lelaki dengan hujung jari manisnya. Jadi yang menyentuh ubun-ubun pengantin perempuan bukannya hujung jari manis pengantin lelaki tetapi hujung jari manis AK. Setelah itu, AK menyuruh TPBBIS duduk di sebelah kiri TPBKJ manakala AK sendiri duduk di sebelah kanan TPBKJ. Penyusunan tempat duduk yang salah itu telah dibantah oleh TPBBIS tetapi dikatakan betul oleh AK.

Pertelingkahan mereka ini berpanjangan dan konflik ini semakin bertambah apabila AK memberitahu tujuan asalnya pergi ke Negeri Jawa adalah untuk merebut TPBKJ. Lalu terjadilah pertikaman antara mereka berdua. Peperangan mereka bermula dari dalam istana hinggalah turun ke halaman istana dan berlarutan hingga ke Bukit Perhentian (Awang Sukaim dan Awang Bujang Laila Bongsu ikut sama dan berjaya membunuh seramai 80 orang pembantu TPBBIS). Selepas itu mereka berpindah tempat ke Gunong Mega Berangkat dan berperang di sana selama 3 hari 3 malam. Kemudian mereka berpindah lagi ke Bukit Tunan (bertujuan supaya senang mengelak ketika bersenjatakan pedang) dan berperang di sana selama 7 hari. Untuk memudahkan mengelak serangan semasa menggunakan pedang antara mereka berdua, AK mencadangkan mereka berperang di tempat yang tinggi iaitu di Gunong Maha Biru.

Oleh kerana terlalu lama berperang, maka kedua-duanya pun kehausan. DiceritakanTPBBIS senang sahaja mendapatkan air lalu minum. Manakala AK terpaksa mencari ke sana ke mari mencari air hingga melalui 7 buah wasai namun tidak memperolehinya. Akhirnya, AK menemui sebuah wasai yang di miliki oleh Tuan Puteri Raksasa anak hantu. Lalu AK meminta air kepadanya tetapi tidak diberikan walaupun hendak dibayar oleh AK dengan cincin yang yang berpermatakan Mutika Bumi mata sembilan atau gelang yang ada di sebelah tangannya. Tanpa kebenaran Tuan Puteri Raksasa anak hantu, AK menggayung air di wasai tersebut terus diminumnya. Setelah minum dia pun kembali bertenaga lalu kembali ke Gunong Maha Biru untuk menyambung peperangannya dengan TPBBIS yang berlangsung selama 3 hari lagi.

Sekali lagi mereka kehausan selepas lama berperang. Lalu ke sana ke mari TPBBIS mencari air tetapi tidak bertemu. Setelah sekian lama TPBBIS balik semula dengan

“ilmu penerang masa depan”10

Page 11: Sinopsis Hak Bab 1-11

HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

keadaan yang lemah dan keletihan. Tiba-tiba dia terlihat sebuah kolam yang sebenarnya dicipta oleh AK melalui kuasa kesaktian kerisnya. Lalu TPBBIS pun meminta kebenaran AK untuk meminum air tersebut. TPBBIS hanya dapat menjilat beberapa titis air yang melekat di daun irik yang digunakannya sebagai tempat minum. TPBBIS hendak minum sebanyak 2 kali, air yang digayungnya dengan daun irik. Setelah TPBBIS minum, mereka berdua pun meneruskan peperangan yang belum tentu kesudahannya itu. Di hujung bab, AK telah menghentakkan kakinya ke tanah sebanyak 3 kali bertujuan memanggil adiknya Dang Kumala untuk meminta bantuan daripadanya.

LOKASI PEPERANGAN AK DAN TPBBIS

Keseluruhannya ada 6 tempat:

1. Bermula dalam istana (semasa majlis persandingan antara TPBBIS dengan TPBKJ)

2. (Atas permintaan RMIB – supaya yang tidak berdosa tidak terbunuh) lalu pindah - berperang di halaman istana.

3. Berpindah ke Bukit Perhentian (Awang Sukaim & Si Bujang Laila Bongsu ikut sama – membunuh 80 orang pengikut TPBBIS).

4. Berpindah ke Gunong Mega Berangkat (berperang selama 3 hari 3 malam)5. (Dengan alasan untuk memudahkan menggunakan dan mengelak semasa

bersenjatakan pedang) mereka berpindah ke Bukit Tunan ( berperang selama 7 hari)

6. (Atas cadangan AK- dengan alasan untuk memudahkan menggunakan dan mengelak semasa bersenjatakan pedang) lalu berpindah ke Gunong Maha Biru.

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING HAK BAB 5:

1. TPBBIS (pengantin lelaki) dari negeri Tanjung Keinderaan telah sampai di Bukit Perhentian (di Negeri Jawa) dan dialu-alukan kedatangannya oleh RMIB.

2. RMIB mempersilakan Awang Kamaruddin ‘menapakkan’ TPBBIS kepada pengantin perempuan.

3. Awang Kamaruddin melakukan muslihat, iaitu berpura-pura menapakkan tangan TPBBIS ke ubun-ubun TPBKJ tetapi sebenarnya sebelum tangan TPBBIS sampai di ubun-ubun TPBKJ, terlebih dahulu Awang Kamaruddin melapisi dengan hujung jari manisnya.

4. Awang Kamaruddin mendudukkan TPBBIS di sebelah kiri TPBKJ, manakala dia sendiri duduk di sebelah kanan TPBKJ.

5. TPBBIS marah dan menuduh Awang Kamaruddin mahu merebut isterinya.6. Awang Kamaruddin mengaku mahu merbut isteri TPBBIS.7. Pergaduhan / peperangan meletus antara TPBBIS dengan Awang kamaruddin,

iaitu TPBBIS menikam Awang Kamaruddin.8. RMIB menyuruh mereka berperang di tanah (luar istana / halaman istana).

“ilmu penerang masa depan”11

Page 12: Sinopsis Hak Bab 1-11

HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

9. Awang Kamaruddin dan TPBBIS berperang di tanah (halaman), kemudian beralih ke Bukit Perhentian.

10. Awang Sukaim dan Si Bujang Laila Bongsu berperang dengan hamba rakyat TPBBIS.

11. Awang Kamaruddin dan TPBBIS meneruskan peperangan di Gunung Mega Berangkat (3 hari), Bukit Tunan (7 hari) dan Gunung Maha Biru.

12. Awang Kamaruddin menghentakkan kakinya tiga kali berturut-turut ke tanah sebagai isyarat memohon bantuan dari adiknya di Bukit Sinarubai.

NAMA TEMPAT & LATAR TEMPAT:Negeri Tanjung Keinderaan, Bukit Perhentian, Malan Tahabau, Malan Tugis, Gunung Mega Berangkat, Bukit Tunan, Gunung Maha Biru, Negeri Timur, Bukit Sinarubai, Istana Besar, Lawangan Sembilan Satar, Panggau Penganggunan, Anjung Pembujangan dan Jambatan Emas Bertatar Panjang Sembilan Sambung.

“ilmu penerang masa depan”12

Page 13: Sinopsis Hak Bab 1-11

HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

SINOPSIS HAK BAB 6: GERAK PANGGILAN

Mengisahkan sebagaimana wasiat Lamang Labai adik Awang Kamaruddin (AK), iaitu Dang Kumala (DK) pergi menuntut ilmu kepada Raja Jin Tujuh Seperadian di Gadung Batu di Bukit Si Guntang. Untuk membuktikan dia anak kepada lamang Labai, dia memperlihatkan sebentuk cincin pemberian ayahnya. Ternyata dia disukai dan disayangi oleh guru-gurunya sehingga diceritakan ilmu yang diajarkan kepadanya lebih sepatah daripada abangnya.

DK didatangi gerak abangnya, Awang Kamaruddin (AK) dari Negeri Jawa yang ketika itu sedang berperang dengan Tuan Pemagat Bongsu baginda Indera Sakti. Kebetulan ketika itu DK sedang dikunjungi oleh sepupu-sepupunya seperti Dang Siti Noralam, Dang Siti Kumala Indera Sakti, Dang Dara, Dang Darni, Dang Bongsu dan Dang Indah Bulan. DK memahami bahawa gerak yang diterimanya menandakan bahawa abangnya memerlukan bantuan. Lalu DK segera menyuruh Si Timbul memanggil sepupu-sepupunya yang lain seperti Awang Abdul Kaim, Awang Abdul Mumin, Awang Si Mutaram, Awang Bongsu Adun, Awang Abdul Fakar dan Awang Kunchang yang tinggal di Beribi dan Kiarong. Manakala Si Kabul pula disuruh memanggil Awang Bongsu Sukaim yang berada di Lubuk Tabur supaya bersama-sama menolong abangnya yang dalam kesusahan tersebut.

Setelah DK berjaya mengumpul 13 orang sepupunya untuk membantu abangnya yang sedang berperang di Negeri Jawa lalu melalui kuasa kesaktian masing-masing, mereka telah bertukar menjadi berjenis-jenis burung seperti menjadi burung Si Marak Jantan, Si Marak Nuri, Si Jamba Wari dan terus terbang menuju ke Negeri Jawa. Merka bertukar rupa tersebut bertujuan supaya cepat sampai di Negeri Jawa Setibanya mereka di Jawa, mereka terus berperang dengan pengikut-pengikut TPBBIS.

Manakala itu Dang Bongsu membawa DK pergi ke Bukit Si Guntang-Guntang iaitu, tempat pertapaan TPBBIS bertujuan untuk mengambil Anak Batu pertapaan TPBBIS yang berada dalam jagaan Tuan Puteri Si Raksasa anak hantu (TPSR). Untuk tujuan cepat sampai ke tempat yang dimaksudkan, Dang Bongsu telah menukarkan dirnya menjadi hujan dan DK pula menjadi angin. Anak Batu pertapan TPBBIS berjaya dicuri oleh mereka daripada jagaan TPSR yang disembunyikan dalam kandungannya sewaktu sedang beradu. Dang Bongsu meminta agar TPBBIS menyerah kalah sahaja kepada AK, tetapi cadangan itu tidak dipersetujui oleh TPBBIS dengan alasan berasa malu dan dayus jika bertindak sedemikian. Malah TPBBIS sanggup mati daripada menyerah kalah begitu sahaja malah menyatakan bahawa kematiannya terletak pada 'temannya' iaitu pada Anak Batu pertapaan.

Kerana keengganan TPBBIS dan kebetulan pula rahsianya sudah diketahui, lalu DK mengasah keris AK dengan menggunakan Anak Batu Pertapaan TPBBIS. Perbuatan ini menyebabkan TPBBIS berasa seram dan kesejukan untuk beberapa ketika. Setelah itu AK pun menikam TPBBIS sebanyak 7 kali dan badan TPBBIS dapat ditembusi oleh keris AK tersebut. Akhirnya, TPBBIS pun tumbang dengan

“ilmu penerang masa depan”13

Page 14: Sinopsis Hak Bab 1-11

HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

kepalanya jatuh ke pangkuan AK. Selepas beberapa saat kematian TPBBIS, DK meminta AK menghidupkan semula TPBBIS. Apabila hidup kembali, dia pun bermaaf-maafan dengan AK dan bersetuju menyerahkan TPBKJ kepada AK. Manakala DK berserta dengan 13 orang sepupunya juga pulang ke Sinarubai. Sepeninggalan mereka itu, AK menghidupkan kembali bala tentera TPBBIS seperti sedia kala dengan hanya menghentakan kaki sambil berteriak sebanyak 3 kali. Setelah itu TPBBIS berserta pengikutnya pun kembali ke negerinya.

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING BAB 6:1. Dang Kumala bersama-sama 13 orang sepupunya menjadi burung lalu terbang

ke Negari Jawa untuk membantu Awang Kamaruddin.2. Dang Kumala berserta 13 orang pengikutnya berjaya membunuh dan

menewaskan semua pengikut TPBBIS.3. Dang Kumala dan Dang Bongsu pergi ke Bukit Si Guntang-Guntang untuk

mengambil Anak Batu Pertapaan TPBBIS.4. Dang Kumala dan Dang Bongsu pergi ke Gunung Maha Biru mendamaikan

Awang Kamaruddin dan TPBBIS.5. TPBBIS tidak mahu berdamai kerana dia akan berasa malu jika mengaku kalah

sebelum bertarung.6. Dang Kumala memukau Awang Kamaruddin dan TPBBIS, lalu mengambil keris

Awang Kamaruddin dan mengasahnya menggunakan Anak Batu Pertapaan TPBBIS.

7. Dang Kumala menyuruh mereka berperang semula.8. Awang Kamaruddin berjaya membunuh TPBBIS.9. Awang Kamaruddin menghidupkan TPBBIS.10. Awang Kamaruddin menghidupkan seluruh rakyat yang mati.

NAMA TEMPAT & NAMA TEMPAT:Bukit Sinarubai, Negeri Timur, Gadung Batu di Bukit Si Guntang, Beribi, Kiarong, Lubuk Tabur, Tanah Subarang, Gunung Mega Berangkat, Gunung Pancaroba, Gunung Awan Berlari, Gunung Maha Biru, Bukit Lagun di Guning, Bukit Si Guntang-Guntang, Istana Besar, Panggau Sembilan Gading, Panggau Sembilan Ringkat dan panggau Gading Tuan Puteri Si Raksasa.

UNSUR-UNSUR PENGAJARAN BAB 6:1. Jika terdapat ahli keluarga menghadapi musibah/memerlukan pertolongan,

hendaklah seluruh anggota keluarga dan saudara mara keluarga tersebut berganding bahu dan bekerjasama untuk memberi bantuan/ mengatasi masalah yang dihadapi.

2. Kita hendaklah berusaha menggunakan kebijaksanaan/teknik tertentu untuk menyelesaikan suatu masalah yang dihadapi.

3. Kita hendaklah berusaha mencari jalan penyelesaian untuk sesuatu masalah agar tidak terjadi pemusuhan atau peperangan yang akan membawa kebinasaan.

“ilmu penerang masa depan”14

Page 15: Sinopsis Hak Bab 1-11

HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

4. Kita hendaklah menjaga dengan berhati-hati setiap benda yang berguna / penting kerana jika kita lalai boleh mengakibatkan benda tersebut hilang atau dirampas.

SINOPSIS HAK BAB 7: MULIH KE NEGERI TIMUR

Setelah selesai berperang di Gunong Maha Biru mengalahkan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti, Awang Kamaruddin (AK), Raja Muda Indera Bongsu (RMIB), Awang Sukaim serta Si Bujang Laila Bongsu kembali ke Istana Besar, Negeri Jawa. Kedatangan AK disambut mesra oleh babunya (ibu RMIB), Tuan Puteri Permaisuri Intan Mas Surai (TPIMS). TPIMS berasa sedih kerana menyangkakan Awangku Tanjung Keinderaan (TPBBIS) telah terkorban dalam peperangan. AK menceritakan keadaan sebenar TPBBIS. Dia dalam keadaan selamat, iaitu walaupun terkorban dalam peperangan tetapi telah dihidupkan semula oleh AK dan sudah pun pulang ke negerinya berserta dengan pengikut-pengikutnya. AK hidup bahagia bersama TPBKJ dan tidak berapa lama kemudian AK pun membawa TPBKJ pulang ke Negeri Timur. RMIB juga ikut serta pulang ke Negeri Timur. RMIB ikut pulang kerana dia mahu meminang adik AK, iaitu Dang Kumala.

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING BAB 7:1. Awang Kamaruddin kembali ke Istana Besar negeri Jawa setelah selesai

berperang di Gunung Maha Biru.2. Awang Kamaruddin menjumpai isterinya dan TPPIMS.3. TPPIMS sedih dengan kematian TPBBIS.4. Awang Kamaruddin menjelaskan kepada TPPIMS bahawa TPBBIS telah

dihidupkannya kembali.5. Awang Kamaruddin membawa TPBKJ pulang ke Bukit Sinarubai.6. RMIB turut ke Bukit Sinarubai untuk meminang Dang Kumala.7. Awang Kamaruddin, TPBKJ dan RMIB tiba di Bukit Sinarubai.

NAMA TEMPAT & LATAR TEMPAT:Istana Besar, Panggau Gading Sembilan ringkat, Bantang Mara Baginda Wari tujuh lapis, Balai Penghadapan, Panggau Gading Tujuh Ringkat (Panggau Gading Dang Kasuma).

UNSUR-UNSUR PENGAJARAN DALAM BAB 7: Walau di mana pun kita berada, kita haruslah sentiasa mengingati kampung

halaman dan tanah tumpah darah kita.

“ilmu penerang masa depan”15

Page 16: Sinopsis Hak Bab 1-11

HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

SINOPSIS HAK BAB 8: MEMINANG KE BUKIT SURAU

Bab 8 mengisahkan setelah sebulan Awang kamaruddin (AK) kembali dari Negeri Jawa maka timbulah keinginan AK untuk memenuhi keinginan ibunya, iaitu agar dia berkahwin dengan Dang Siti Noralam (DSN) ( *sebenarnya semenjak kecil, AK sudah pun ditunangkan dengan DSN yang tinggal di Bukit Surau). Untuk itu Ibunya menyuruh AK meminta izin daripada isterinya terlebih dahulu dan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa (TPBKJ) membenarkannya berkahwin lagi. Lalu Dang Kasuma mengutus Awang Abdul Mumin dan Awang Si Mutaram pergi meminang DSN di Bukit Surau. Malangnya DSN tiada di situ, menurut abang DSN Awang Sukaim, DSN melarikan diri ke tanah subarang ke hulu Negeri Jawa, tempat anak Raja Betara Kala iaitu Tuan Puteri Si Raksasa (TPSR). Dia melarikan diri disebabkan merajuk dan berjauh hati dengan sikap AK yang sering mengata dan menghinanya semasa kecil dahulu. Di sana DSN mahu membunuh diri dan inginkan kematiannya ditangan TPSR iaitu dengan cara meminta telan kepada TPSR.

AK meminta bantuan daripada Awang Sukaim dan Awang Bujang Laila Bongsu untuk pergi ke tempat TPSR. Mereka menaiki ajung AK, Si Lancang Kuning Si Naga Sakti untuk pergi ke sana. Setibanya di Istana TPSR, AK terus menemui TPSR untuk bertanyakan tentang DSN. TPSR menafikan mengetahui di mana DSN berada. AK mengetahui TPSR berbohong lalu dia mengertak akan membunuh TPSR. TPSR terus berbohong lalu dengan menggunakan tipu muslihat, AK dengan mudah berjaya membunuh TPSR. Badan TPSR berjaya dipenggal dua oleh AK. Sepenggal disungkitnya dengan hujung pedangnya jatuh ke laut lalu menjadi seekor naga berkepala tujuh dan sepenggal pula yang di darat menjadi harimau garang dikenali sebagai Harimau Jantan.

Setelah sekian lama mencari, Awang Sukaim menemui DSN di dalam bangsi. Bangsi tersebut ditiup-tiupnya tetapi tidak berbunyi. Lalu dia pun melihat di dalam bangsi tersebut ada terdapat tumpuk-tumpuk putih. Mereka mengetahui bahawa benda putih tersebut adalah DSN. Lalu AK menggunakan Aying Mawal dan minyak Si Lompat Pagar Tujuh Serantai untuk menjelmakan DSN kepada bentuk sediakalanya. Akhirnya, AK berjaya menjelmakan semula serta menghidupkan DSN kembali. Tetapi setelah hidup dan sedar semula DSN ternyata masih marah dan benci terhadap AK. AK pun menggunakan ilmu kesaktiannya, lalu DSN berubah menyukainya. Akhirnya AK dapat membawa pulang DSN kembali ke Bukit Sinarubai.

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING BAB 8: 1. AK mahu menunaikan hajat ibunya yang hendak bermenantukan Dang Siti

Noralam.2. AK meminta persetujuan ibunya Dang Kasuma dan isterinya TPBKJ untuk

berkahwin dengan DSN. Ibu dan isteri AK membenarkannya.3. Dang Kasuma mengarahkan Awang Abdul Mumin dan Awang Si Mutaram ke

Bukit Surau meminang DSN.

“ilmu penerang masa depan”16

Page 17: Sinopsis Hak Bab 1-11

HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

4. DSN melarikan diri ke hulu Negeri Jawa kerana merajuk dengan sikap serta perbuatan AK. Di sana DSN meminta telan kepada TPSR.

5. AK meminta bantuan Awang Sukaim dan Si Bujang Laila Bongsu menemaninya ke tempat TPSR.

6. TPSR menjelaskan dia tidak tahu ke mana DSN telah pergi dan AK menyedari TPSR telah menipunya lalu AK mengertak akan membunuh TPSR.

7. AK berjaya membunuh TPSR dengan mudah menggunakan tipu muslihat.8. AK berjaya menghidupkan semula DSN yang dijumpai di dalam bangsi

menggunakan Aying Mawal dan minyak Si Lompat Pagar Tujuh Serantai.9. DSN marah dan benci kepada AK, tetapi dengan menggunakan ilmu

kesaktiannya DSN berubah menyukainya.10. AK berjaya membawa DSN pulang ke Bukit Sinarubai.

NAMA TEMPAT & LATAR TEMPAT

Negeri Timur, hulu Negeri Jawa, Bukit Surau, Bukit Sinarubai, Tanah Subarang, Gadung Batu di Bukit Si Guntang, Hujung Sapuh di Kuala Sungai Negeri Berunai, Pulau Bedukang Damit di Muara, Gunung Maha Biru, Kampung Anak Raja Betara Kala, Panggau Gading Tujuh Ringkat, Panggau Gading Sembilan Ringkat, Istana Besar, Balai Penghadapan, Panggau Gading Tuan Puteri Si Raksasa.

UNSUR-UNSUR PENGAJARAN DALAM BAB 8:

1. Jangan menghina atau suka mengata-gata terhadap keburukan seseorang kerana suatu ketika nanti pasti kita akan menerima pembalasan akibat perbuatan tersebut (sikap AK yang selalu menghina dan mengata-gata DSN mengakibatkannya dibenci oleh DSN).

2. Sikap berbohong boleh memudaratkan diri sendiri (TPSR berbohong menyatakan tidak mengetahui di mana DSN berada dan akhirnya AK mengambil keputusan membunuh TPSR kerana AK mengetahui bahawa dia telah berbohong).

3. Sikap tidak mahu berfikir panjang, tidak mahu kalah dan ego juga boleh mendatangkan kebinasaan pada diri sendiri (Akibat terpedaya dengan tipu muslihat AK dan mengikut segala kemahuan AK, akhirnya TPSR dengan mudah dapat dibunuh oleh AK).

4. Bersikap bijak dan penuh diplomasi serta menggunakan teknik dan taktik tertentu menghadapi keadaan tegang memberikan keputusan atau hasil yang baik (kebijaksanaan dan kesabaran AK menghadapi api kemarahan akhirnya membawa kejayaan kepadanya contohnya, DSN menjadi suka kepadanya dan mahu ikut pulang dan berkahwinan dengannya).

“ilmu penerang masa depan”17

Page 18: Sinopsis Hak Bab 1-11

HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

SINOPSIS H AK BAB 9 – MENGAMBIL BUAH PINANG

Bab 9 mengisahkan tentang Awang Kamaruddin (AK) yang ingin mencari adik-beradiknya yang lain (berlainan ibu). Menurut ibu AK Dang Kasuma, AK mempunyai dua orang adik lagi, iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Adik lelakinya bernama Sultan Bongsu manakala adiknya yang perempuan bernama Tuan Puteri Kumala Bongsu. Kedua-dua adiknya itu ditapakan oleh ayah mereka Lamang Labai, di dalam buah pinang 'Si Gangga Wari' yang terletak di tepi laut. Secara kebetulan pula pada hari AK bertanyakan berkenaan adik-beradiknya itu adalah hari terakhir adik-beradik AK menjalani pertapaan (boleh keluar dari pertapaan).

Lalu AK pun meminta kebenaran daripada ibunya untuk pergi membuka tapaan adik-beradiknya pada hari itu juga dengan harapan jika berjaya nanti maka kedua-dua adiknya itu dapat hadir di majlis perkahwinannya. Sebelum bertolak, AK menemui adiknya Dang Kumala untuk memberitahu pemergiannya dan AK juga meminta buatkan pinang sekapur sigup bergulung sebagai bekalannya di perjalanan nanti. Untuk pergi ke tempat pertapaan adik-adiknya, AK memohon kepada Dewata untuk menjelmakan dirinya menjadi Lalat Kuning.

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING BAB 9: 1. AK bertanya kepada ibunya kalau-kalau dia masih mempunyai adik-beradik di

tempat lain.2. Dang Kasuma menyatakan bahawa AK memang ada mempunyai dua orang

adik lagi yang ditapakan di dalam buah Pinang Si Gangga Wari dan kebetulan pertapaan tersebut selesai pada hari itu juga.

3. AK meminta izin dari ibunya untuk pergi membuka tapaan adik-adiknya.4. AK menemui adiknya Dang Kumala untuk memberitahu pemergiannya dan

meminta buatkan pinang sekapur sigup bergulung untuk bekalannya di perjalanan.

5. AK menjelmakan dirinya menjadi Lalat Kuning lalu terbang menuju ke tempat pohon pinang Si Gangga Wari di tepi laut.

NAMA TEMPAT & LATAR TEMPAT: Tepi laut (tempat pohon Pinang Si Gangga Wari), Panggau Gading Tujuh Ringkat, Panggau Tujuh Gading, Panggau Sembilan Gading, Panggau Gading Sembilan Ringkat dan Istana Besar.

UNSUR-UNSUR PENGAJARAN DALAM BAB 9: 1. Kita hendaklah sentiasa mengambil berat tentang keadaan dan perkembangan

keluarga.2. Apabila mahu mengadakan majlis, contohnya majlis perkahwinan sebaik-

baiknya haruslah dijemput dan dihimpunkan segala saudara mara yang ada.

“ilmu penerang masa depan”18

Page 19: Sinopsis Hak Bab 1-11

HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

SINOPSIS H AK BAB 10 – MEMBUKA TAPAAN.

Setelah Awang Kamaruddin (AK) sampai ke tempat yang dituju iaitu di tepi laut tempat adik-adiknya ditapakan, dia dapat melihat buah pinang Si Gangga Wari yang diperkatakan oleh ibunya. Ternyata buah pinang itu terkawal rapi (berambat) dengan kuasa kesaktian. Namun dengan ilmu kesaktian yang dimiliki oleh Awang Kamaruddin, dia telah dapat membuka sedikit kawalan tersebut (betolak besiah sedikit) lalu terus mengambil buah pinang tersebut dan membawanya pulang secepat mungkin.

Ketika tiba di Tabuk Rancangan adiknya Dang Kumala, baharulah AK menukarkan kembali dirinya menjadi manusia seperti sediakala. Kemudiannya AK membuka buah pinang pertapaan kedua-dua adiknya dengan menggunakan minyak Si Lompat Pagar Tujuh Serantai, ilmu kesaktiannya (ilmu menghidupkan orang) dan aying Mawal. Pada titis pertama penggunaan aying Mawal tersebut telah menjelaskan bentuk manusia. Pada titis kedua, manusia itu boleh bergerak kerana sudah bernyawa. Manakala pada titis ketiga, terjelmalah menjadi Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu.

Kedua-dua adiknya yang baharu terjelma itu dimandikan oleh AK dengan menggunakan langir warisan daripada ayahnya Lamang Labai yang ditapakan selama sembilan tahun, sembilan bulan dan sembilan hari. Selesai sahaja dimandikan terserlah rupa kedua-dua adiknya yang ternyata segak dan cantik. Mereka kemudiannya diberikan persalinan oleh AK kerana hendak dibawa bertemu ibunya Dang Kasuma untuk ditangasi (diasapi dengan kemenyan).

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING BAB 10. 1. AK tiba di tempat pertapaan adik-adiknya.2. AK dapat melihat buah Pinang Si Gangga Wari yang terkawal rapi (berambat)

dengan kuasa kesaktian.3. AK berjaya membuka sedikit tapaan adik-adiknya lalu mengambil buah pinang

Si Gangga Wari dan dengan segera membawanya pulang.4. AK menjelmakan adik-adiknya kepada rupa sediakala menjadi manusia

menggunakan minyak Si Lompat Pagar Tujuh Serantai, ilmu kesaktian (ilmu menghidupkan orang) dan aying Mawal.

5. Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu dimandikan dengan langir warisan oleh AK.

6. AK memberi persalinan kepada kedua-dua adiknya untuk dibawa bertemu ibunya, Dang Kasuma.

NAMA TEMPAT & LATAR TEMPAT: Panggau Tujuh Gading, Bukit Sinarubai, Tepi Laut dan Gadung Batu di Bukit Si Guntang.

“ilmu penerang masa depan”19

Page 20: Sinopsis Hak Bab 1-11

HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

UNSUR-UNSUR PENGAJARAN DALAM BAB 10: Jika mempunyai kesungguhan, kemahiran dan kepandaian maka segala pekerjaan yang sukar atau apa yang dihajati akan dapat dilakukan atau dicapai dengan mudah.

SINOPSIS HAK BAB 11 – NAIK PENGANTIN

Bab 11 adalah bahagian yang terakhir dalam cerita Hikayat Awang Kamaruddin yang mengisahkan majlis perkahwinan antara Awang Kamaruddin (AK) dengan Dang Siti Noralam (DSN). Majlis perkahwinan mereka diadakan secara besar-besaran, segala hamba rakyat dijemput hadir ke istana. AK dan Dang Siti Noralam disandingkan di Panggau Penganggunan dan ditapakkan oleh Raja Muda Indera Bongsu (RMIB). AK hidup bahagia di samping kedua-dua isterinya. Masing-masing isterinya tinggal di Panggau yang berlainan. Hasil perkongsian hidup dengan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa (TPBKJ), AK mendapat seorang anak lelaki yang dinamakannya Awang Amir Shamsu. Manakala RMIB dan Dang Kumala mendapat seorang anak perempuan yang dinamakannya Dang Dara Daun Irik. Setelah usianya agak tua, AK pun memencilkan dirinya dengan bertapa di sebuah wasai setinggi tujuh tingkat di Hulu Banjarmasin, manakala adiknya Dang Kumala bertapa di sepohon pokok Pulayi Manang di Kuala Sungai Baram.

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING BAB 11:1. AK memanggil seluruh rakyat jelata berhimpun di Istana Besar di Bukit

Sinarubai.2. AK dan DSN bersiap-siap untuk majlis persandingan mereka.3. AK dan DSN bersanding di Panggau Penganggunan.4. AK hidup bahagia dengan kedua-dua isterinya.5. Perkongsian hidup AK bersama TPBKJ mereka mendapat seorang anak lelaki

yang dinamakannya Awang Amir Shamsu.6. Perkongsian hidup RMIB bersama Dang Kumala pula mereka mendapat

seorang anak perempuan yang dinamakannya Dang Dara Daun Irik. 7. AK bertapa di sebuah wasai tujuh tingkat di Hulu Banjarmasin.8. Dang Kumala bertapa di sepohon pokok Pulayi Manang di kuala Sungai Baram.

NAMA TEMPAT & LATAR TEMPAT:Negeri Timur, Bukit Sinarubai, Bukit Surau, wasai di hulu Banjarmasin, Kuala Sungai Baram, Istana Besar, Panggau Penganggunan dan Panggau Gading tujuh ringkat.

UNSUR-UNSUR PENGAJARAN DALAM BAB 11: Jika mempunyai kedudukan atau pangkat yang tinggi, golongan bawahan janganlah dilupakan atau diabaikan.

“ilmu penerang masa depan”20

Page 21: Sinopsis Hak Bab 1-11

HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

DISEDIAKAN OLEH:

BAHRIN HJ ABD RAHMAN

“ilmu penerang masa depan”21