sinopsis hikayat abdullah munsyi

78
SINOPSIS HIKAYAT ABDULLAH MUNSYI Bab 1 Memberikan perihal latar belakang keluar Abdullah. Ayahnya Syeikh Abdul Kadir yang dilahirkan di Melakan dan ibbunya, Salamah. Bab 2 Memerikan akan betapa kasihnya Abdullah akan ibunya, Salamah. Bab 3 Peri Abdullah menerima pendidikan. Abdullah memerikan sebilangan guru yang mengajarnya. Abdullah memberikan pandangan peribadinya akan peri pentingnya ilmu dalam kehidupan kita. Bab 4 Abdullah mencatat pemandangan dan suasana Kota Melaka yang ramai penduduknya. Abdullah memerikan kerja-kerja merobohkan tembok-tembok kota Melaka dengan perintah Raja Farquhar. Kota itu diruntuhkan dengan menggunakan bom. Bab 5 Salah satu episod betapa bijaknya Encik Sulong menangkap gajah. Hanya seekor sahaja yang hidup daripada puluhan yang ditangkap. Abdullah memerikan ekspedisi penangkapan gajah itu dari mula hingga akhir. Bab 6 Menurut pandangan Abdullah, Raffles amat mementingkan ilmu. Banyak kajian tentang alam dan budaya orang-orang Melayu dijalankan Raflles denan megerahkan sebilangan orang bawahannya. Selain tu, banyak kitab dan khazanah bangsa Melayu dapat Raffles kumpul dengan imbalan yang sungguh besar. Bab 7

Upload: dvya-selvakumar

Post on 12-Apr-2017

691 views

Category:

Education


21 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

SINOPSIS HIKAYAT ABDULLAH MUNSYI

Bab 1

Memberikan perihal latar belakang keluar Abdullah. Ayahnya Syeikh Abdul Kadir yang dilahirkan di

Melakan dan ibbunya, Salamah.

Bab 2

Memerikan akan betapa kasihnya Abdullah akan ibunya, Salamah.

Bab 3

Peri Abdullah menerima pendidikan. Abdullah memerikan sebilangan guru yang mengajarnya. Abdullah

memberikan pandangan peribadinya akan peri pentingnya ilmu dalam kehidupan kita.

Bab 4

Abdullah mencatat pemandangan dan suasana Kota Melaka yang ramai penduduknya. Abdullah

memerikan kerja-kerja merobohkan tembok-tembok kota Melaka dengan perintah Raja Farquhar. Kota itu

diruntuhkan dengan menggunakan bom.

Bab 5

Salah satu episod betapa bijaknya Encik Sulong menangkap gajah. Hanya seekor sahaja yang hidup

daripada puluhan yang ditangkap. Abdullah memerikan ekspedisi penangkapan gajah itu dari mula

hingga akhir.

Bab 6

Menurut pandangan Abdullah, Raffles amat mementingkan ilmu. Banyak kajian tentang alam dan budaya

orang-orang Melayu dijalankan Raflles denan megerahkan sebilangan orang bawahannya. Selain tu,

banyak kitab dan khazanah bangsa Melayu dapat Raffles kumpul dengan imbalan yang sungguh besar.

Bab 7

Abdullah memerikan ketokohan Lord Minto sewaktu pegawai Inggeris itu berkunjung ke Melaka. Daripada

salah satu lawatannya, Lord Minto mengusulkan Abdullah, salah seorang juru tulis dan penyalin kitab-

kitab lama yang mahir, belajar bahasa Inggeris. Seperti Raffles, Abdullah mendapati Lord Minto seorang

pegawai tertinggi Inggeris yang amat merendah diri terhadap semua orang.

Page 2: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

Bab 8

Rahsia penipuan Tengku Panglima Besar yang menyuruh Pengiran menulis surat yang didakwanya

datang dari Susuhunan Mataram yang memohon bantuan tentera Inggeris di Singapura melanggar tanah

Jawa. Kejahatan yang didalangi oleh Tengku Panglima Besar terbongkar setelah Pengiran mengakui

sendiri surat tersebut dan bukan Susuhunan Mataram. Diperikan juga keengganan bonda Abdullah

melepaskannya menuruti Raffels ke tanah Jawa. Tempat Abdullah diganti Ismail Lebai, bapa saudara

Abdullah sendiri.

Bab 9

Diperikan Abdullah belajar bahasa Inggeris daripada seorang paderi yang bernama Tuan Milne dan Tuan

Morrison. Sebaliknya, Abdullah diminta mengajar mereka bahasa Melayu. Abdullah menulis sedikit

mengenai kebodohan orang-orang yang mempercayai akan beberapa fahaman tahyul. Diberikannya

penerangan secara bertulis kepada Tuan Milne perihal penanggalan dan polong. Dengan kesedaran

kepentingan ilmu, Abdullah memujuk anak-anak Melayu belajar daripada orang-orang putih. Namun

sebilangan besar menuduhnya sudah sesat daripada agaa Islam, mengadu kepada ayahnya. Berlakulah

pertengkaran antara anak dan bapa. Sebagai anak yang menghormati orang tua, Abdullah dapat

memujuk bapanya dengan mengemukakan alasannya yang dapat diterima. Hal tersebut ketahuan oleh

Tuan Milne dan Tuan Thomson yang peri bertemu ayah Abdullah. Kedua-dua paderi itu berjaya

meyakinkannya bahawa Abdullah akan mendapat manfaat yang besar dengan menguasai bahasa

Inggeris selain bahasa Melayu. Abdullah juga berjaya membantu Tuan Milne membuat senarai kosa kata

bahasa Melayu dengan padanan kosa kata bahasa Inggeris. Diperikan juga majlis pernikahan Abdullah.

Kasih Abdullah akan isterinya teramat besar. Abdullah menemani Tuan Milne yang kesakitan itu ke laut

untuk berubat bagi penyakit batuk keringnya. Kematian isteri Tuan Milne ditangisi Abdullah dan kasihnya

Abdullah akan Tuan Milne bagaikan ayah kandungnya sendiri.

Diperikan juga akan tugas Abdullah menyalin Kitab Injil Matius Holanda karangan berbahasa Melayu

Tanah Jawa. Usahanya itu disenangi kerana Abdullah membantah penggunaan istilah dan ayat yang

tidak tepat. Semua pendapat Abdullah idak diterima oleh pegawai Inggeris yang bertanggung jawab.

Bab 10

Perihal peralihan kuasa Inggeris pada penguasa Belanda mentadbir Melaka. Hal tersebut

mendukacitakan Abdullah. Peralihan kuasa itu berlaku setelah Inggeris berjaya memeroleh Singapura

daripada Tengku Long.

Page 3: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

Bab 11

Perihal Farquhar membuat perjanjian dengan Temenggung Abdul Rahman, orang kepercayaan Tengku

Long, untuk membenarkan Kompeni Inggeris membuka negeri di Singapura. Ramai orang laut yang pada

mulanya takut dengan rombongan Farquhar mula berniaga ikan dan bahan-bahan makanan yang lain.

Farquhar mendaki Bukit Larangan dan mendirikan tiang untuk mencacakkan bendera Inggeris. Perihal

tikus yang banyak dihapuskan dengan ganjaran wang dcatat Abdullah juga. Kisah seekor kucing yang

diserang enam ekor tikus besar dan arahan untuk menghapuskan tikus; setiap seekor yang tertangkap

akan diberikan ganjaran wang. Nama perlatan menjerat tikus yang aneh-aneh disinggung juga Abdullah

dalam catatannya ini.

Bab 12

Perihal kekejaman penguasa Belanda di Melaka menyebabkan kesengsaraan masayarakatnya. Peluang-

peluang ekonomi yang ditawarkan di Singapura menarik penghijrahan orang-orang Melaka ke sana.

Pihak Belanda di Melaka menghalang orang-orang Melaka yang hendak ke Singapura. Mereka yang

berbuat demikian ditangkap dan semua kepunyaan mereka dirampas sewaktu belayar di Selat Melaka.

Diperikan juga perihal harga makanan Singapura yang melambung tinggi harganya. Kesengsaraan di

Melaka mereda apabila Gabenor Van Goor mati. Hartanya dirampas masyarakat tempatan.

Bab 13

Diceritakan tentang penduduk Singapura yang bertambah ramai. Banyak peuang ekonomi

memungkinkan ramai pedagang dan pekerja datang ke Singapura untuk mengadu nasib mereka.

Singapura pula bertambah makmur dengan bertambahnya urusan perniagaan. Diceritakan juga tentang

perjanjian Tengku Long dan Tengku Abdul Rahman mengenai kedudukan penguasa Inggeris di

Singapura. Raffles dengan bijaknya memuat perjanjian mengangkat Tengku Long menjadi Sultan di

Singapura tanpa pengetahuan pihak penguasa Belanda. Diceritakan juga keengganan Tengku Long

berniaga seperti yang diusulkan Raffles. Tengku Long yang mengadu akan kekurangan belanja pada

mulanya diputuskan Raffles meerima belanja tetap sebanyak seribu ringgit besar setiap bulan dan

Temenggung Abdul Rahman mendapat tujuh ratus ringgit. Penemuan sebongkah batu besar bekas

pahatan huruf Arab di hujung Tanjung Singapura di Lorong Tabungan. Batu itu dipecahkan oelh Tuan

Coleman, seorang jurutera Inggeris sesudah itu. Abdullah mencatatkan sikap kurang senang dengan

langkah terburu-buru itu, Kawasan itu diterangkan dan dibuka kawasan perniagaan. Raffels mengusulkan

Abdullah membeli beberapa bidang tanah di situ tetapi Abdullah enggan. Abdullah bimbang akan

dibebani hutang jika usul Raffles itu diturutinya. Tindakannya itu di kesal apabila didapatinya harga tanah-

tanah di situ melambung tinggi harganya sesudah itu. Raffles yang memina kediaman di puncak Bukit

Larangan meneruskan kajiannya mengumpul pelbagai perkara dan barang mengenai alam sekeliling di

Singapura. Menurut Abdullah, usaha Raffles itu semakin guat dan berjaya yang sudah dimulakan sejak di

Page 4: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

Melaka sebelum itu. Sungai Rocoh yang didiami buaya dikepung. Setiap buaya yang ditangkap di sana

dibunuh, Bangkai-bangkai buaya itu digantung di tepi Sungai Beras Basah.

Bab 14

Pertelingkahan antara peniaga-peniaga Sayid Yasin dan Pengiran Sharif Umar berakhir dengan Kolonel

Farquhar tertikam. Raffles begitu marah dengan pegawai-pegawainya. Mujur Kolonel Farquhar tidak

menemui ajalnya. Persengketaan orang-orang Temenggung dengan orang-orang Melaka. Kolonel

Farquhar dapat menghalang terjadinya pertempuran kedua-dua pihak itu dengan menghantar

ketumbukan supai yang bersenjatakan senapang. Dari peritiwa itu, keluarlah arahan menghalang

sebilangan besar orang-orang awam bersenjata. Walaupun berasa hampa, pihak Inggeis berjaya

menguatkuasakan arahan tersebut demi menghalang kejadian serupa pada masa-masa mendatang.

Raffles yang sudah mengusulkan agar Temenggung berpindah ke Teluk Belanga. Temenggung

berlengah-lengah namun terpaksa bergegas dalam urusan berpindah itu setelah digesa oleh Raffles

dengan bijaknya. Perihal pendidikan putera Tengku Long yang dibantah keluarga diraja itu menurut

Abdullah amat merugikan.

Bab 15

Raffles mengusulkan agar sebuah sekolah didirikan untuk pendidikan anak-anak di Singapura. Setelah

mendapat persetujuan, walaupun dibantah secara senyap oleh orang-orang Melayu, dibina sebuah

sekolah yang bergelar ‘Institution’. Diceritakan oleh Abdullah perihal perdagangan hamba yang amat

menyayat hati. Hal sedemikian juga telah diketahui oleh penguasa Inggeris dan usaha-usaha dijalankan

untuk menghapus kegiatan yang tidak berperikemanusiaan itu.

Bab 16

Raja Siam yang diperikan sebagai angkuh mengirim sepucuk surat untuk menjalin persahabatan. Namun,

surat yang dikirim pada pihak Inggeris dikoyakkan pada satu penjuru. Abdullah diminta menulis surat

jawapan dengan sebuah cerita kiasan mengenai cerita seekor ayam. Surat balasan yang Abdullah buat

dengan segera itu amat menyukakan hati Raffles. Surat itu diutus setelah dibunkus dengan baik-baik

dalam lapik sehelai kain kuning. Pembinaan Masjid Kampung Gelam dengan bantuan wang pihak

Inggeris didapatkan Sultan Hussain Syah.

Bab 17

Perihal usaha menyediakan undang-undang di Singapura Abdullah buat dalam bahasa Melayu setelah

disalin daripada bahasa Inggeris. Kerja itu Abdullah segerakan dengan menggunakan mesin dan siap

pada jam tiga pagi tahun baru Inggeris. Undang-undang yang diwartakan menerima reaksi yang

pelbagai-bagai daripada masyarakat tempatan. Abdullah memerikan peranan juru tulis yang tersangat

Page 5: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

penting dalam urusan perniagaan masyarakat pada waktu itu. Abdullah memerikan kesilapannya dalam

menguruskan perbelanjaan harian dan hartanya.

Bab 18

Kepulangan Tuan Raffles dan isterinya amat mendukacitakan Abdullah. Abdullah memerikan kenangan

mengenai kebaikan Raffles dan isteri terhadapnya dan para pekerja mereka yang lain. Abdullah berasa

sungguh sedih mengenangkan berita kapal yang Raffles naiki itu terbakar sewamtu berada di

Bangkahulu. Semua muatan kapal itu hangus. Muatan kapal itu, menurut apa yang Abdullah tahu,

etrmasuk kitab-kitab Melayu yang dia sendiri masukkan ke dalam peti-peti menurut arahan raffels

sebelum berangkat.

Bab 19

Bagi Abdullah, Farquhar tidak kurang hebatnya darupada Raffles. Kebaikan Farquhar yang hendak

pulang ke England juga amat berkesan di hati Abdullah. Diperikannya suasana kapal kenaikan Farquhar

berlepas dari pelabuhan yang dirai oleh segenap lapisan masyarakat majmuk Singapura.

Bab 20

Abdullah sudah menghidap penyakit pasang-pasang sekian lamanya. Dia pada mula amat takut apabila

seorang doktor yang bertamu di rumah Tuan John Morgan. Setelah bertimbang-timbang, akhirnya

Abdullah bersetuju untuk menjalani pembedahan kecil. Hasilnya, penderitaan Abdullah sebelum itu

berkurangan. Abdullah perlu menjalani pembedahan serupa pada masa yang ditetapkan dan mendapat

sepucuk surat untuk doktor yang akan merawatnya kelak. Doktor yang tidak diketahui namanya itu

berangkat beberapa hari sesudah itu. Perihal kejayaannya berubat itu tersebar luas hingga sampai di

Kota Melaka. Para pesakit yang datang menemui Abdullah tanpa dikhabarkan terlebih dahulu berasa

hampa untuk mendapatkan rawatan bagi diri mereka sendiri.

Bab 21

Perihal kongsi gelap Ten Thien Hoe yang bermaharajalela mendapat catatan yang menyeluruh dalam

bab ini. Abdullah sendiri mendapatkan bantuan seorang kenalannya. Diceritakan juga betapa kumpulan

kongsi gelap ini melakukan onar di Singapura dengan merompak, membunuh dan menyeksa mangsa-

mangsa mereka. Usaha penguasa Inggeris untuk membanteras aktiviti kongsi gelap ini mendapat

tentangan besar.

Bab 22

Perihal Sultan Hussain yang tidak mendapat perbelanjaan selama 3 bulan daripada Crawfurd hingga

surat tanda tangan penyerahan kuasa Sultan dan Temenggung kepada kuasa Inggeris diperikan dalam

bab ini. Dengan langkah liciknya itu, Crawfurd mendapat kuasa penuh melakukan pembangunan di

Page 6: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

Singapura. Pada masa yang sama, ramai orang-orang muda Inggeris datang ke Singapura dan mereka

berguru dengan Abdullah, mempelajari bahasa Melayu. Seorang muridnya, Tuan Douglas yang dikatakan

bijak dan cepat mengikuti pelajarannya didapati telah mati sepulangnya dari Melaka untuk beberapa

ketika. Semasa hayatnya, dikatakan Abdullah Tuan Douglas memiliki ciri-ciri seorang murid yang baik

serta amat menghormati gurunya. Dalam bab ini, Abdullah memberi pandangan betapa bahasa Melayu

adalah sebuah bahasa yang mempunyai keistimewaannya sendiri.Bahasa Melayu baginya adalah

bahasa yang mempunyai ciri-cirinya dan amat sebati dengan bangsa Melayu yang selalu dipandang

remeh dan dianggap sebuah bahasa yang mudah. Abdullah secara halus mengkritik orang-orang yang

menyangka bahasa Melayu tidak berwibawa. Oleh yang demikian, mereka selalu memandang remeh

akan kepersisan penggunaan bahasa Melayu dalam memberikan makna dalam hal-hal ilmu. Oleh kerana

keangkuhan bangsa penjajah, maka disangkanya cukup menggunakan bahasa pasar bagi tujuan

pemerintahan. Namun, yang demikian adalah satu tindakan yang silap bagi sebahagian besar pegawai-

pegawai Inggeris. Abdullah pulang ke Melaka untuk berkhidmat semula di College. Namun, Abdullah

masih mengenangkan kelebihan yang dia dapati semasa berkhidmat di Singapura.

Bab 23

Abdullah memerikan usaha pengumpulan dana untuk membina chaple di Melaka. Setelah mendapat

persetujuan Tuan Kidd dan Collie, Abdullah kembali semua ke Singapura. Diceritakan berita mengenai

kapal asap yang masyhur pada waktu itu sewaktu Tuan Maxwell bertugas di Singapura. Diperikan juga

kepercayaan masyarakat tempatan yang majmuk mengenai gerhana bulan yang popular pada waktu itu.

Diceritakan mengenai kematian yang banyak berlaku di Melaka akibat wabak ketumbuhan.

Pada masa yang sama, Abdullah berkawan dengan seorang tukang melukis peta dunia yang bernama

Smith. Daripada persahabatan itu, pelbagai makluman dan pengetahuan yang salin dikongsi kedua-dua

Abdullah dan Smith. Sewaktu berpisah, mereka saling bertukar-tukar hadiah. Dinyatakan betapa Abdullah

amat mengagumi Smith yang banyak pengetahuannya mengenai peta. Smith pun kagum dengan

kepetahan Abdullah yang tentunya dapat berbahasa Inggeris dalam persahabatan mereka itu.

Dalam bab ini, Abdullah menceritakan betapa segala-gala kepunyaannya yang hendak dibawa pulang

musnah dijilat api dalam sebuah kejadian kebakaran yang sungguh besar. Dengan sehelai sepinggang,

Adullah berjaya menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa kebakaran besar itu. Daripada

peristiwa itu, Abdullah mengarangkan ‘Syair Singapura Terbakar’. Kesusahan Abdullah diketahui oleh

saudara-aranya yang menjemputnya pulang ke Melaka semula. Pada tahun 1983, pemerintahan Melaka

beralih daripada kuasa Belanda kepada Inggeris. Usaha menanam padi digalakkan dalam kalangan

penduduk Melaka, bagi mengantikan sumber beras yang sebelum itu datang dari tanah Jawa, yang

masih dikuasai Belanda.

Setelah kedudukan Abdullah pulih semula, dia pulang semula ke Singapura dan diceritakan betapa

penguatkuasaan undang-undang bagi menjaga keamanan Singapura demi memakmurkan kota

Page 7: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

perdagangan. Oleh kerana pelaksanaan undang-undang di Singapura amat tegas, maka masalah yang

menggugat pertumbuhan ekonominya berkurangan.

Abdullah menyatakan hasratnya mengkaji dan menyusun bahasa Melayu bagi manfaatn masyarakatnya

sendiri.

Diperikan ekspedisi Tuan Newbold mengkaji mengenai orang-orang Jakun yang terdapat di persekitaran

Gunung Panchor. Abdullah membuat catatan wawancaranya dengan orang-orang Jakun itu mengenai

adat istiadat dan kepercayaan mereka. Ternyata usaha Abdullah dalam ekspedisi itu memberikannya

pemahaman betapa luasnya alam yang Allah cipta ini dengan segala kelebihan-Nya.

Tercetuslah khabar perang antara Inggeris dengan Penghulu Naning. Diperikan bahawa ketumbukan

Penghulu Naning telah mengatasi kekuatan tentera Inggeris dalam peperangan itu.

Page 8: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

1.0 PENGENALAN

Masyarakat Melayu terdahulu dikenali sebagai masyarakat yang banyak meninggalkan

khazanah, budaya, dan tradisi yang sememangnya indah dan menarik. Semua peninggalan ini

telah menjadikan masyarakat Melayu terdahulu begitu dihargai dan diingati. Antara khazanah

yang telah dicipta seterusnya ditinggalkan buat masyarakat selepasnya ialah adat resam, hasil-

hasil seni dan kebudayaan, serta karya-karya dalam bentuk lisan atau tulisan. Khazanah-

khazanah ini telah dicipta sendiri oleh masyarakat Melayu terdahulu sehingga ia menjadi warisan

hingga sekarang.

2.0 KONSEP KARYA AGUNG MELAYU

Karya agung merupakan salah satu hasil peninggalan masyarakat Melayu dahulu. Hal ini

demikian kerana, karya agung merujuk hasil ciptaan seni yang mengandungi coretan dan

pemikiran penulis yang kreatif dan mempunyai daya cipta yang tinggi. Selain itu, penulis karya

terdiri daripada golongan masyarakat yang mahir dalam bidang penulisan. Penulis akan

menggarap pelbagai hasil tulisan dan cerita-cerita dengan menyelitkan pengalaman hidup, unsur-

unsur keindahan dan pelbagai gambaran seperti idealisme, nilai, pandangan hidup, adat budi,

kesedaran moral, nilai keintelektualan dan sebagainya di dalam hasil karya yang dihasilkan.

Hasil ciptaan hadir dalam bentuk hikayat- hikayat, kitab undang-undang, surat-surat rasmi, dan

sebagainya.

Selain itu, penghasilan karya agung Melayu telah mencerminkan keindahan bahasa dan

garapan idea yang bernas oleh penulis terdahulu. Hal ini demikian kerana, menurut Andri

Wicaksono (2014:3), sesebuah karya dicipta pengarang untuk dinikmati, dihayati, dan

dimanfaatkan bagi khalayak (pembaca). Oleh sebab itu, garapan idea penulis sudah tentu

menyelitkan sesuatu yang bernilai dan berguna kepada pembaca sama ada dalam bentuk nasihat,

pandangan dan falsafah atau sindiran dan kritikan.

Oleh sebab itu, karya agung Melayu menjadi satu wadah kepada penulis untuk

menyampaikan sesuatu kepada pembaca. Oleh itu, karya agung Melayu seperti Hikayat Hang

Tuah, Hikayat Abdullah, Kitab Undang-undang, dan sebagainya mengandungi ciri-ciri tertentu

yang telah menjadikan karya-karya tersebut bernilai dan diangkat menjadi karya terunggul dalam

alam Melayu.

Page 9: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

3.0 LATAR BELAKANG PENULIS

Hikayat Abdullah ditulis oleh Abdullah Munsyi. Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Abdul

Kadir. Beliau dilahirkan pada 7 Safar tahun 1796 di Kampung Masjid yang juga dikenali sebagai

Kampung Pali. Abdullah mempunyai lima orang adik-beradik tetapi keempat-empat abangnya

telah meninggal dunia ketika masih kecil, berusia antara satu hingga tiga tahun. Abdullah

dilahirkan dan diberi nama Abdullah bersempena dengan nama seorang guru iaitu Habib

Abdullah Hadad. Asal usul keturunan Abdullah ialah dari Arab Yaman dan berbangsa Uthmani.

Syeikh Abdul Kadir merupakan moyang kepada Abdullah, Muhammad Ibrahim nama datuknya

dan ayahnya pula bernama Abdul Kadir, diambil sempena nama moyang Abdullah sendiri.

Antara bahasa yang dikuasai oleh Abdullah ialah bahasa Melayu, bahasa Tamil, bahasa

Arab, dan bahasa Inggeris. Abdullah telah menerima gelaran “munsyi” yang bermaksud guru

ketika berumur 11 tahun kerana kepintarannya dan mempunyai banyak ilmu. Beliau juga telah

menjadi guru dan mengajar agama kepada askar Islam di Melaka. Panggilan “munsyi”

digunakan oleh Abdullah di hujung namanya dan gelaran tersebut menjadi sebahagian daripada

nama penuh beliau sehingga kini.

Abdullah meninggal dunia pada tahun 1854 ketika berusia 58 tahun  semasa dalam

perjalanan ke Mekah. Ketika itu, beliau ingin menunaikan fardhu haji pada 19 Januari 1854.

Sepanjang perjalanan itu, Abdullah mencatat pengalamannya tetapi terhenti apabila beliau

meninggal dunia semasa berada di Mekah. Hasil tulisan Abdullah itu tetap dicetak walaupun

tidak dapat disiapkan dengan diberi tajuk “Kisah pelayaran Abdullah ke Jeddah”.

4.0 SINOPSIS HIKAYAT ABDULLAH

Di dalam hikayat Abdullah terdapat 29 bab kesemuanya. Antara tajuk bagi bab-bab tersebut ialah

‘Hikayat Abdullah’, ‘Peri Abdullah Diperanakkan’, ‘Permulaan Belajar Mengaji’, ‘Darihal Kota

Melaka’, ‘Darihal Raja Farquhar’, ‘Darihal Tuan Raffles’, ‘Darihal Lord Minto’, ‘Darihal

Tengku Panglima Besar’, ‘Anglo College’, ‘Darihal Kernel Farquhar Pergi Mencari Tempat

Hendak Membuat Negeri’, ‘Darihal Negeri Singapura’, ‘Darihal Holanda Dalam Melaka’,

‘Darihal Tengku Long’, ‘Darihal Kernel Farquhar Kena Tikam’, ‘Darihal Tempat Belajar Tuan

Raffles’, ‘Darihal Surat Raja Siam’, ‘Darihal Tuan Raffles Membuat Undang-Undang Negeri

Singapura, Adanya’, ‘Darihal Tuan Raffles Hendak Pulang’, ‘Darihal Kernel Farquhar Hendak

Pulang’, ‘Darihal Doctor Mengubati Penyakit Pasang-Pasangan’, ‘Darihal T’ien Ti Hui Dalam

Page 10: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

Negeri Singapura’, ‘Darihal Tuan Crawfurd Dengan Sultan Husin Syah Negeri Singapura’,

‘Darihal Chapel Atau Tempat Sembahyang Orang Putih Di Melaka’, ‘Ini Salasilah Asal

Penghulu Naning’, ‘Darihal Sultan Husin Syah Singapura’, ‘Darihal Gereja Inggeris Di

Singapura’, ‘Darihal Tuan Gabenor Butterworth’ dan berakhir dengan bab ‘Penutup’.

Secara keseluruhannya, hikayat ini merupakan suatu penceritaan yang menggambarkan

kehidupan penulis dan penduduk negeri Melaka serta peristiwa harian terutamanya yang

berkaitan dengan perhubungan dan pengalaman Abdullah sendiri dengan orang-orang Inggeris,

iaitu para pegawai Inggeris yang bekerja di dalam atau di luar kerajaan, penduduk tempatan dan

pemerintah. Abdullah juga telah menurunkan pemikiran dan falsafah beliau terhadap bahasa

Melayu, sikap orang Melayu, kepandaian dan teknologi orang Eropah, dan sistem pemerintahan

Inggeris yang berteraskan undang-undang bertulis, keadilan, bersistem serta teratur. Hikayat ini

juga cuba memaparkan sejarah sosial pada zaman Abdullah Munsyi semasa tinggal di Melaka.

5.0 ISI ATAU MESEJ

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), mesej bermaksud pesanan (berita, kata-kata

singkat) yang hendak disampaikan kepada seseorang atau sesuatu (gagasan, pengajaran) yang

hendak disampaikan dalam sesuatu karya. Terdapat beberapa isi dan mesej yang terdapat dalam

hikayat ini, iaitu :

5.1 Kehidupan Abdullah

Dalam hikayat ini, Abdullah telah menceritakan asal usul keturunannya bermula daripada

moyangnya, iaitu Syeikh Abdul Kadir yang berasal dari keturunan Arab, Yaman dan berbangsa

Uthmani. Datuknya bernama Muhammad Ibrahim dan ayahnya pula bernama Abdul Kadir,

diambil sempena nama moyang Abdullah sendiri. Antara bahasa yang dikuasai oleh Abdullah

ialah bahasa Melayu, bahasa Tamil, bahasa Arab, dan bahasa Inggeris. Abdullah telah menerima

gelaran “munsyi” yang bermaksud guru ketika berumur 11 tahun kerana kepintarannya dan

mempunyai banyak ilmu.

Kisah Abdullah sejak kecil terdapat dalam hikayat ini iaitu sejak dilahirkan, diajar

mengaji oleh neneknya, dididik oleh bapanya dan sehingga beliau menjadi seorang yang berjaya.

Contoh peristiwa, boleh dilihat di bawah:

Page 11: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

“Maka pada suatu hari apabila dilihat oleh nenekku rupa conteng-conteng itu hampir serupa

huruf, maka baharulah dituliskannya pengajiankku dalam suatu loh kecil, disuruhnya mengaji”. 

(Hikayat Abdullah, 2007: 18)

5.2 Perjanjian Antara Inggeris dengan Melayu

Selain itu, terdapat juga peristiwa berkaitan perjanjian antara Kompeni Inggeris dengan Tengku

Long untuk mendapatkan Singapura. Raja Farquhar telah berhasrat untuk membuka sebuah

negeri, maka suatu perjanjian telah meterai antara beliau dengan Temenggung. Contohnya:

“ ini surat tanda [h] suka Temenggong bersahabat dengan Kompeni Inggeris serta dengan suka

redhanya, jikalau ada yang suka Tengku Long memberikan Pulau Singapura ini kepada

Kompeni Inggeris, iaitu kepada Tuan Raffles dan Tuan Farquhar akan diperbuat mereka itu

negeri”

 (Hikayat Abdullah, 2007: 144)

5.3 Mengandungi Nilai-Nilai MurniDalam hikayat ini juga ada diselitkan unsur-unsur nasihat dan nilai yang baik yang boleh di

ambil iktibar oleh pembaca. Sebagai contoh, dalam hikayat ini menasihati anak-anak supaya

jangan menderhaka kepada ibu bapa. Contoh:

Nasihat: Dengarkan olehmu, hai sekalian anak yang berbudi dan yang berbahagia, bahawa

demikianlah besarnya kebajikan ibu bapa itu akan anaknya. Adakah patut kita derhaka akan dia

dan tiada kita menurut perintahnya dan kita memecahkan hatinya dan kita mengeluarkan air

matanya?...

(Hikayat Abdullah,

2007: 14)

Abdullah sangat patuh kepada ibu, bapa dan neneknya. Segala yang diperintahkan oleh

mereka akan ditunaikan oleh Abdullah walaupun sebenarnya beliau tidak suka melakukan

perkara yang diarahkan itu. Sebagai contoh:

Page 12: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

“Inilah engkau buat main-main sehari-hari. Jikalau engkau bermain tanah atau pergi main

panas, aku pukul”. Maka takutlah aku pergi ke mana-mana, melainkan duduklah aku

menconteng-conteng papan itu dengan dakwat”. 

(Hikayat Abdullah, 2007: 17)

6.0 PEGANGAN HIDUP

Menurut Aim Abdulkarim, (2006:93) menyatakan bahawa pegangan hidup merupakan sebuah

konsep seseorang atau sekelompok masyarakat yang menanggapi dan menerangkan segala

masalah yang terjadi. Pegangan hidup juga merupakan komponen budaya hidup yang cenderung

untuk mengalami perubahan seiring dengan perubahan hidup konsep masyarakat. Oleh itu,

pegangan hidup yang diterangkan oleh Abdullah dalam hikayat beliau menunjukkan pegangan

hidup yang diamalkan oleh masyarakat Melayu ketika zaman secara langsung mahupun tidak

langsung. Antara pegangan hidup tersebut seperti berikut :

6.1 Sikap Tidak Membangga Diri

Pandangan hidup yang boleh dilihat di dalam hikayat Abdullah ini ialah sifat tidak mahu

membangga diri. Bapa Abdullah iaitu Syeikh Abdul Kadir tidak pernah memuji Abdullah dalam

apa jua yang dilakukan oleh beliau. Walaupun orang ramai memuji Abdullah, tetapi bapanya

tidak pernah walaupun sekali memujinya. Hal ini kerana, bapanya tidak mahu, Abdullah lupa

dan bangga diri apabila dipuji. Contohnya:

“Ada suatu kitab bahasa Melayu dengan bahasa Arab, terlalu bagus. Salinlah itu kitab.” Maka

itu pun kusalinlah. Ada beberapa lamanya maka sudahlah kitab itu. Maka dilihat oleh orang lain

akan tulisannya kitab itu, semua orang mengatalkan baik, tetapi bapaku sahaja mengeji-ngeji

aku dengan tiada berkeputusan. Katanya, “Lihat rupa tulisanmu, seperti cakar ayam,

membuang-buang kertas! Budak-budak kecil pun boleh menulis demikian! Semuanya

disalahkannya, suatu pun tiada yang baik. Maka sekaranglah baharu kuketahui bahawa akal

bapaku itu tiada ia mahu memuji kebajikanku atau tulisanku sebab ia takut menjadi besar

hatiku, serta congkak oleh sebab kepandaian dan ilmu itu”. 

(Hikayat Abdullah, 2007: 30)

6.2 Semua Bangsa Dianggap Bersaudara

Page 13: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

Buktinya dapat dilihat apabila teks ini menggambarkan hubungan antara Tuan Milne dengan

Abdullah. Mereka saling belajar mengenai bahasa lain. Buktinya dapat dilihat seperti tersebut;

“Kita bapa ini?” Maka jawabnya, “Kitab Injil.” Lalu katanya, “Ambillah tuan satu, pergi

baca,” Maka akuambil serta memberi terima kasih. Kemudian kataku, “Tuan, sahaya terlalu

suka hendak belajar baca Inggeris,”. Maka jawabnya, “Baiklah. Sahaya boleh ajar. Akan tetapi,

ajar sama sahaya baca Melayu.” Maka jawabku, “Baiklah, tuan. Nanti esok sahaya datang,

tuan.”

(Hikayat Abdullah, 2007:100)

6.3 Mempercayai Sumpah Dan Ikrar

Sumpah dan ikrar merupakan satu perjanjian yang dilakukan untuk sesuatu perkara. Lazimnya,

terdapat lafaz-lafaz tertentu yang digunakan ketika melafazkan sumpah. Merujuk Hikayat

Abdullah, Abdullah Munsyi telah mempamerkan pandangan hidup masyarakat Melayu Melaka

pada zaman tersebut yang berpegang teguh kepada sumpah dan ikrar yang dilakukan sehingga

mereka takut untuk melanggar sumpah atau ikrar itu.

Hal ini disulitkan lagi dengan mengangkat Al-Quran sebagai cagaran kepada

sumpah mereka. Oleh sebab itu, sumpah yang telah dilafazkan tidak akan dilanggar sewenang-

wenangnya. Berikut merupakan keratan petikan dalam hikayat tersebut yang melambangkan

pandangan hidup seumpama itu:

“…‘kalau mahu betul-betul, semuanya orang aku mahu bersumpah , yang tiada boleh sekali-kali

membukakan rahsia ini. Jika barang siapa tiada mahu turut, katalah’. Maka jawab sahaya,

‘yang mana Tengku suruhkan, itulah sahaya buat’. Maka dikeluarkan Qur’an, dipanggilnya

sahaya dahulu disuruhnya bersumpah”

(Hikayat Abdullah, 2007: 93)

Berdasarkan keratan petikan di atas, Abdullah Munsyi telah mempamerkan satu

peristiwa perjanjian sumpah yang dilakukan oleh Pangeran kepada Tengku Panglima Besar

supaya dia tidak memecahkan rahsia kebohongan Tengku Panglima Besar kepada Tuan Raffles.

Tengku Panglima Besar telah menggunakan Al-Quran sebagai cagaran sumpah tersebut sehingga

Pangeran takut dan berasa bersalah untuk melanggar sumpah yang telah dibuat.

Page 14: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

6.4 Penerimaan Rakyat Terhadap Sistem Beraja

Dalam susun lapis masyarakat Melayu terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan yang

memerintah dan golongan yang diperintah. Golongan yang memerintah merujuk kepada raja dan

bangsawan manakala golongan yang diperintah merujuk kepada rakyat jelata dan hamba. Dalam

susun lapis masyarakat Melayu ini, golongan raja merupakan autoriti atau pemerintah tertinggi

dalam pentadbiran dalam strata sosial masyarakat Melayu.

Kedudukan raja ini akan dikuatkan dengan konsep daulat dan penentangan

terhadap rakyat dianggap menderhaka dan akan menerima kesusahan. Dalam hikayat ini,

Abdullah menceritakan penerimaan rakyat terhadap sistem beraja. Abdullah mengkritik rakyat

Melayu yang terikat dengan perintah yang diberikan oleh orang atasan. Hal ini kerana, rakyat

Melayu dilihat terikat dengan pelbagai peraturan dan pantang larang.

“Bermula ada pun segala rakyat yang ada di bawah perintah Melayu itu tiadalah boleh angkat

kepala dan tiada boleh bersuka hati sendirinya dan tiada boleh berani mengadakan barang

suatu perkara-perkara yang besar sebab sekaliannya ada berlarang dan pantang daripada raja.

Hendak membuat rumah batu atau rumah bagus-bagus, takut. Dan membuat perahu yang bagus

dibubuh air mas dan sebagainya, takut.”

(Hikayat Abdullah, 2007:347)

7.0 NILAI BUDAYA

Budaya berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu ‘budayyah’ yang merupakan kata jamak bagi

perkataan ’buddhi’ yang membawa maksud budi pekerti atau akal (Mohd Rashid Hj. Mohd Idris

et. al, 2014:125). Oleh itu, nilai budaya ini akan membincangkan hal-hal berkaitan dengan budi

dan akal manusia. Dalam bahasa Inggeris, budaya disebut sebagai ’culture’ yang berasal

daripada perkataan Latin, iaitu ‘colore’ yang bermaksud menanam atau mengerjakan.

Budaya mempunyai hubungan yang erat dengan masyarakat. Segala sesuatu yang

terdapat dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubung kait atau boleh ditentukan oleh

kebudayaan yang dimiliki oleh masyarakat itu sendiri. Di samping itu, budaya juga adalah

sesuatu yang diwarisi dan konsep ini disebut sebagai organik lampau. Oleh itu, budaya dapat

disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang

Page 15: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup

sesuatu kelompok masyarakat.

7.1 Mempercayai Kehebatan Pawang

Pawang atau dikenali sebagai bomoh atau dukun sering kali menjadi orang yang dirujuk apabila

berlaku sesuatu yang berkaitan dengan alam ghaib atau tahyul. Selain itu, pawang juga dirujuk

sebagai ahli perubatan tradisional yang sering menggunakan tumbuh-tumbuhan atau haiwan

semasa proses berubat.

Merujuk Hikayat Abdullah, penulis telah mencerminkan nilai budaya yang

diamalkan oleh masyarakat pada zaman tersebut. Hal ini kerana, Abdullah Munsyi ada

menceritakan perihal kepercayaan masyarakat Melayu Melaka pada zaman tersebut yang begitu

percaya kepada kehebatan pawang. Hal ini dapat dilihat pada keratan petikan seperti berikut:

“… dan lagi, kebanyakan orang-orang Melayu dan Cina dan lainnya percaya, katanya,

“Pawang itu terlalu pandai hikmah gajah.” Dan lagi, banyak-banyak doa dibacakannya sampai

gajah di hutan semuanya takut akan ia, istimewa manusia. Maka sebab itu maka serba bangsa

pun ada meminta ubat-ubat dan hikmat-hikmat dan tangkal-tangkal kepadanya.”

( Hikayat Abdullah, 2007: 75)

Berdasarkan keratan petikan di atas, Abdullah Munsyi telah menggarapkan jalan

cerita yang mempamerkan nilai budaya masyarakat pada zaman itu yang mempercayai

kehebatan pawang sehingga mereka meletakkan kepercayaan penuh terhadap pawang tersebut.

Namun begitu, Abdullah Munsyi telah menyelar tindakan dan kepercayaan masyarakat tersebut

dengan mengatakan mereka telah ditipu dan diperbodohkan oleh pawang tersebut.

7.2 Mempercayai Benda Karut-Marut

Kepercayaan ini dipercayai oleh orang Cina dan Melayu sejak turun-temurun lagi. Contohnya,

hantu, syaitan, polong, pontianak, jin, pelesit, mambang, raksasa, nenek kebayan dan sebagainya.

Selain itu, ilmu gagah dan penunduk, pengasih, kebal, perangsang dan sebagainya turut

dipercayai oleh mereka. Kenyataan ini jelas dilihat dalam Hikayat Abdullah yang berbunyi:

Page 16: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

“Maka kepada suatu hari datanglah perempuan Cina itu kepada isteri Tuan Milne, katanya,

“semalam anak sahaya di rumah kena rasuk pontianak dan polong, hampir mati.” Maka isteri

Tuan Milne itu tiada mengerti akan perkataan pontianak dan polong itu. Maka beberapa jenis

dinyatakan oleh perempuan Cina itu dengan tangannya dan mulutnya, tiada juga ia mengerti.”

(Hikayat Abdullah, 2007: 110)

7.3 Pemakaian Pakaian Melambangkan Melayu

Bangga dengan pakaian Melayu juga merupakan nilai budaya yang terdapat dalam hikayat

Abdullah. Dalam hikayat ini ada menyatakan bahawa Dato’ Sulaiman dan Dato’ Astur sentiasa

memakai pakaian Melayu dan tidak mahu mengubah gaya penampilan mereka. Contohnya:

“Adalah pada masa kudapati akan dia itu, kira-kira umur Dato’ Sulaiman itu lebih kurang

daripada delapan atau sembilan puluh tahun. Maka itulah orang asal berasal Melayu, lagipun

ia itu orang yang berpengetahuan dan bangsawan. Dan lagi ada seorang, Dato’ Astur namanya,

sama tuanya, dengan tiada mereka mau mengubah pakaian asal Melayu sampai matinya, iaitu

berdestar dan berbaju tekua dan berkain kembang, adanya.

(Hikayat Abdullah, 2007: 37)

7.4 Menyayangi Pemimpin

Hikayat Abdullah mempunyai banyak cerita yang menerapkan unsur nilai budaya, iaitu

menyayangi pemimpin. Nilai ini penting dalam kehidupan masyarakat Melayu dahulu yang

mengamalkannya antara anggota masyarakat tanpa mengira bangsa, umur mahupun agama.

Abdullah telah menghuraikan nilai kasih sayang tersebut dalam diri penduduk Singapura secara

langsung terhadap pemimpin mereka.

Beliau menyatakan bahawa penduduk Singapura tanpa mengira bangsa sangat

menghormati Tuan Farguhar (Tuan Raffles) kerana nilai budi bahasanya yang tinggi. Penduduk

Singapura berasa sangat sedih untuk melepaskan Tuan Raffles pulang ke Eropah. Abdullah

menceritakan perasaan penduduk semasa Tuan Farguhar ingin belayar pulang ke Eropah:

“Lalu naiklah ia ke kapal. Maka segala perahu itu pun berhimpunlah di kapal. maka orang yang

menghantar itu pun masing-masing naiklah memberi tabik…mereka itu dan mengajar mereka itu

dengan berbagi-bagai perkataan. maka adalah kelakuannya kepada segala orang-orang itu

seperti anak dengan bapa. Demikianlah sehingga menangislah masing-masing...”.

Page 17: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

(Hikayat Abdullah, 2007:212)

8.0 NILAI ILMU

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 1081), nilai merupakan darjat, kualiti, mutu, taraf

dan sifat ketinggian yang merangkumi pemikiran, agama dan kemasyarakatan. Nilai juga

merupakan segala perbuatan, perlakuan atau tindakan yang bermutu, bertaraf atau elok yang

harus dijadikan contoh dan teladan (Nik Hasan Basri Nik Ab. Kadir, 2007: 148). Mohd Rashid

Md Idris pula (2011:12) mentakrifkan nilai dalam bidang sains sosial kepada tiga konteks utama

iaitu sebagai sifat (attribute), ‘al-qimah’ (harga yang ditetapkan dan diletakkan pada sesuatu)

dan aksiologi yang mempunyai hubung kait dengan falsafah nilai.

8.1 Ilmu Perubatan

Abdullah telah menghidapi penyakit pasang-pasangan yang seakan-akan penyakit bisul di

kelangkang beliau sehingga menyebabkan beliau tidak dapat berjalan dengan selesa. Penyakit itu

telah menular dan menjadi serius apabila hampir keseluruhan penduduk mula dijangkiti penyakit

tersebut. Setelah Abdullah memaklumkan hal tersebut kepada Tuan Morgan, beliau diminta

untuk menemui seorang doktor (tiada dinyatakan namanya). Doktor tersebut telah merawat

penyakit pasang-pasangan itu dengan cara menikam kawasan bengkak pada kelangkang

Abdullah dan mengeluarkan air bisanya. Proses perubatan tersebut dapat dilihat berdasarkan

berikut :

“Maka kulihat diletakkannya pisau itu dengan perlahan, rasanya seperti digigit semut.

Kemudian diputarnya sekurup pisau itu. Maka mata pisau itu pun tenggelamlah di dalam. Maka

terpancarlah airnya keluar. Maka oleh doktor itu diberinya satu pasu akan menadahkan air itu.

Maka adalah lamanya air itu memancar sekira-kiranya suku jam…maka diambilnya kapas

dicelupkannya ubat dibubuhnya. Maka penyakit itu pun pulanglah seperti sedia kala.”

(Hikayat Abdullah , 2007:217-218)

8.2 Masyarakat Yang Berkemahiran Dalam Penulisan Karya

Teknik serta kemahiran menulis sesuatu karya sama ada dalam bentuk hikayat, surat, kitab, syair,

dan sebagainya bukan dimiliki oleh semua orang. Hal ini kerana, kemahiran ini memerlukan

bakat yang meliputi kreativiti serta pengalaman yang luas. Hal ini penting bagi mencipta satu

karya yang baik dan indah. Merujuk Hikayat Abdullah, penulis telah mempamerkan satu nilai

ilmu yang dimiliki oleh masyarakat Melayu Melaka pada zaman tersebut, iaitu kemahiran

Page 18: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

menulis karya-karya seperti hikayat, syair, kita, surat-surat rasmi, dan sebagainya. Berikut

merupakan keratan petikan yang menggambarkan nilai ilmu yang dimiliki oleh masyarakat pada

zaman tersebut:

“Maka adapun perkara yang ditulis itu berbagai-bagai-bagai: ada yang menyalin hikayat, ada

yang menulis surat kiriman, ada yang menulis darihal jalan-jalan bahasa Melayu dan syair dan

sebagainya. Maka adalah masing-masing dengan pekerjaannya”.

( Hikayat Abdullah, 2007: 63) 

Berdasarkan petikan di atas, Abdullah Munsyi telah memaparkan nilai ilmu yang

dimiliki oleh golongan masyarakat pada masa itu. Kebanyakan masyarakat mahir dalam

penulisan karya-karya klasik ini dan secara tidak langsung telah menggambarkan keupayaan

mereka mengenal huruf-huruf.

8.3 Ilmu Firasat

Maksud Firasat dari segi Islam ialah perasaan atau gerakan hati  yang benar atau tepat kerana

mendapat pimpinan dari Allah SWT. Dari segi istilah, ilmu firasat ialah pengetahuan mengenai

tanda-tanda pada muka dan anggota badan untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang (Kamus

Dewan Edisi Keempat, 2010). Berikut merupakan contoh petikan yang mengandungi ilmu firasat

yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dalam hikayat :

"Jikalau diusiknya sahaja kota ini, nescaya banyaklah orang mati, karena ada beberapa banyak

jin syaitan dalam kota itu." 

(Hikayat Abdullah,2007 : 41)

“Maka sebab sangka itu menjadi banyaklah orang bermimpi berjenis-jenis dan yang ada konon

ditampar syaitan, muntah-muntah darah lalu mati, dan yang sakit berjenis-jenis penyakit”.

 (Hikayat Abdullah, 2007: 45)

8.4 Ilmu Perdukunan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), dukun ialah orang yang mengubat orang sakit

atau memberi ubat cara kampung atau tradisional dengan menggunakan bacaan jampi serapah

dan sebagainya. Definisi ilmu perdukunan pula ialah yang mengenai atau berkaitan dengan

pengubatan cara kampung atau tradisional, yang berkaitan dengan ilmu dukun, di rantau sebelah

Page 19: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

sini, gejala dan kegiatan perbomohan atau sudah menjadi rempah dalam kehidupan. Antara

contoh petikan yang terdapat dalam hikayat tentang ilmu perdukunan ialah :

“Syahadan, maka adalah pada masa itu, dalam Melaka datang seorang, iaitu datang dari

Terengganu, bernama Pawang Gajah. Maka asalnya ia orang Kedah yang tau pada ilmu gajah

dan berbagai-bagai ubatan”. 

(Hikayat Abdullah, 2007 : 51)

“Maka sebab itu maka serba bangsa pun ada meminta ubat-ubatan dan hikmat-hikmat dan

tangkal-tangkal kepadanya”. 

(Hikayat Abdullah, 2007 : 55)

8.5 Nilai Menuntut Ilmu (Kerajinan)

Nilai ini dapat digambarkan apabila Abdullah banyak menerima pengajaran daripada Tuan

Morrison. Berikut merupakan petikan teks tersebut:

“Bermula, serta adapun sifatnya Tuan Morrison itu kulihat orangnya berbudi, lagipun terlalu

pandai menghambat hati manusia. Apabila ia berkata-kata itu dengan lemah lembutnya, dan

lagi banyak nasihat keluar daripadanya. Maka daripadanya banyak aku mendapat pelajaran

dalam bahasa Inggeris dan adat menyalin daripada suatu bahasa kepada bahasa lain. Maka

kepadanyalah aku belajar Injil Matius itu dalam bahasa Inggeris serta dengan tafsirnya.” 

(Hikayat Abdullah, 2007:118)

9.0 NILAI KEPENGARANGAN

Secara umumnya, teknik kepengarangan meliputi satu kaedah atau cara seseorang penulis atau

pengarang menggarap jalan cerita sesebuah karya yang dihasilkan. Hal ini kerana, teknik yang

digunakan untuk menggarap sesebuah cerita dalam sesebuah karya dilihat penting kerana melalui

teknik tersebut penulis dapat menyampaikan sesuatu pemikiran secara berkesan dan tertib. Selain

itu, teknik kepengarangan ini merupakan sinonim kepada teknik penceritaan yang lazimnya

berkait rapat dengan penggunaan dialog, gaya bahasa, monolog, monolog dalaman, imbas

kembali, imbas muka dan sebagainya. Semua teknik ini sering kali digunakan oleh penulis

Page 20: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

semasa menghasilkan sesebuah karya. Berikut merupakan teknik yang digunakan oleh Abdullah

dalam menulis hikayatnya.

9.1 Teknik Retorik Pemerian

Teknik ini meliputi satu kaedah penceritaan secara langsung tentang sesuatu peristiwa atau

kejadian. Secara umumnya, teknik ini merupakan proses memerihalkan atau menceritakan secara

terperinci dan mendalam tentang sesuatu peristiwa. Selain itu, peristiwa atau kejadian yang

diperihalkan merupakan pengalaman yang dialami oleh penulis itu sendiri atau pengalaman

berdasarkan pemerhatian penulis.

Menurut Hasuria Che Omar & Rokiah Awang (2009: 97), retorik pemerian adalah

retorik yang memerikan sesuatu maksud dengan cara memindahkan pengamatan dan

pemerhatian kepada pembaca dengan melibatkan imej, sensasi, perasaan, hal, fizikal, dan

sebagainya. Oleh sebab itu, penceritaan peristiwa tersebut tampak mendalam dan terperinci. Hal

ini kerana, teknik ini lebih memudahkan pembaca untuk memahami jalan cerita sesebuah karya

yang dihasilkan.

Dalam hikayat ini, Abdullah Munsyi telah menggunakan teknik kepengarangan ini dalam

menggarap cerita. Hal ini kerana, Abdullah Munsyi merupakan seorang pengarang yang gemar

menghasilkan karya berbentuk biografi, iaitu penceritaan tentang perkara atau orang lain. Dalam

hikayat ini, Abdullah Munsyi lebih banyak mengisahkan, menceritakan, dan melaporkan apa-apa

yang terjadi atau yang dialami dalam kehidupannya pada zaman tersebut. Oleh sebab itu,

Abdullah Munsyi telah mengehadkan penggunaan dialog dalam penceritaan beliau dalam hikayat

ini, namun dalam beberapa bahagian dalam hikayat ini, unsur dialog masih kelihatan.

Selain itu, teknik pemerian yang digunakan oleh Abdullah Munsyi dalam hikayat

ini tidak terbatas kepada sesuatu peristiwa yang dialami sahaja, namun begitu beliau juga ada

memerihalkan tentang ciri-ciri sesuatu perkara atau seseorang. Berikut merupakan contoh-contoh

bagi teknik pemerian yang digunakan oleh Abdullah Munsyi dalam hikayat ini:

“Syahadan, maka aku hendak menceritakan perbuatan kandang itu. Maka pergilah masing-

masing memotong kayu ke dalam hutan, sebesar-besar paha dan panjangnya dua belas hasta.

Setelah berkampunglah kayu-kayu itu, maka dicacak ke dalam tanah, rapat-rapat, jaraknya dua

tiga jari...”

(Hikayat Abdullah, 2007: 52)

Page 21: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

Dalam masa yang sama, Abdullah Munsyi telah memerihalkan ciri-ciri Tuan Raffles

dengan baik berdasarkan pemerhatian beliau setelah bergaul dengan orang-orang Inggeris

tersebut. Berikut merupakan petikan teknik pemerian yang digunakan dalam hikayat tersebut:

“… maka, adalah sifat Tuan Raffles itu aku lihat tubuhnya sederhana, tiada tinggi, tiada rendah,

tiada gemuk, tiada kurus, dahinya luas alamat besar hematnya, dan kepalanya buntar bincu ke

hadapan alamat berakal dan rambutnya warna perang alamat berani dan telinganya lebar

alamat banyak pendengaran, bulu kening lebar dan matanya sebelah kiri ada juling-juling

air…”

(Hikayat Abdullah, 2007: 63)

9.2 Teknik Bercerita

Penceritaan merupakan satu bentuk penyampaian melalui cerita sama ada dalam penulisan

mahupun lisan. Teknik penceritaan ini akan menghubungkan beberapa siri peristiwa yang

berkaitan dalam satu plot yang logik. Dalam hikayat ini, terdapat kisah tentang anak Abdullah

Munsyi dilahirkan dan peristiwa Abdullah Munsyi yang kehilangan isteri tercinta setelah

mendapat anak tersebut. Beliau menyatakan dengan jelas waktu kelahiran anaknya dan beliau

telah mengungkapkan rasa kesedihan beliau setelah kehilangan isterinya. Berikut merupakan

contoh keratan petikan yang menggunakan teknik bercerita yang terdapat dalam hikayat ini:

“Kalakian, setelah senanglah aku ditolong Allah, maka pada suatu malam Jumaat

isteriku sakitlah hendak bersalin. Maka semalam-malaman itu tiadalah kami tidur. Hatta

sampailah kepada pagi hari Jumaat pukul setengah enam, iaitu pada enam hari bulan

Rabiulawal tarikh sanat 1256 maka zahirlah anaknya itu laki-laki. Makan pada saat zahir

anaknya itu maka berlakulah kehendak Allah atasnya maka berpindahlah ia dari negeri yang

fana ke negeri yang baqa dengan pahala syahid”.

(Hikayat Abdullah, 2007: 324)

Berdasarkan contoh petikan di atas, Abdullah Munsyi telah menggunakan kaedah

bercerita semasa mengarang idea dan pengalaman beliau. Peristiwa yang diceritakan merupakan

peristiwa yang dialami sendiri oleh beliau dan keluarga. Oleh itu, dapat dilihat secara terperinci

setiap cerita yang telah dikemukakan oleh Abdullah Munsyi.

9.3 Penerapan Unsur Nasihat

Page 22: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

Pengarang Hikayat Abdullah turut memasukkan kata-kata nasihat yang merupakan rumusan

kecil setelah beliau menceritakan satu-satu bab hikayat tersebut. Nasihat tersebut ditulis

berdasarkan cerita yang terkandung dalam sesebuah bab yang perlu dicontohi oleh pembaca.

Pengarang menggunakan unsur nasihat ini secara langsung bagi memudahkan pembaca untuk

memahami isi atau nasihat yang disampaikan dalam cerita. Nasihat tersebut turut dinyatakan

oleh pengarang sebagai satu saluran positif yang terkandung dalam hikayat tulisannya. Nasihat

tersebut ditulis seperti berikut :

“ Nasihat : Segala perkara yang kusebut ini sekaliannya maka seyogianya mengambil ibaratlah

kiranya segala orang yang berbudi dan bijaksana akan kias dan hikayatku yang kuceritakan

perihal orang yang baik dan sempurna pengetahuannya itu. Kalau dengan mudah-mudahan

boleh ia meniru akan kelakuan dan tabiat dan budi serta bijaksana yang demikian itu. Seperti

kata arif : Terutama mata dengan nama yang baik daripada hidup dengan nama yang jahat,

adanya.”

(Hikayat Abdullah, 2007:212)

9.4 Teknik Penceritaan Orang Pertama (Autobiografi)

Cerita Hikayat Abdullah merupakan karangan tulisan Abdullah sendiri. Penceritaan ini dikarang

berdasarkan pengalaman dan penglihatan penulis sendiri terhadap kehidupan masyarakat pada

ketika itu. Berikut merupakan contoh petikan yang menunjukkan teknik kepengarangan

autobiografi :

“bahawa sekarang dengarkan olehmu wahai kekasihku, maka adalah aku karangkan akan kitab

ini darihal hikayat diriku, maka kunamai akan dia Hikayat Abdullah. Maka adalah ku

rencanakan dalamnya dari zaman moyangku sampailah kepada masa aku diperanakkan oleh

ibuku dalam negeri Melaka…”

(Hikayat Abdullah, 2007 : 6)

9.5 Teknik Imbas Kembali

Teknik Imbas Kembali Teknik ini merupakan kaedah imbasan atau gambaran semula tentang

Page 23: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

sesuatu peristiwa yang dialami atau berlaku di sekeliling penulis. Lazimnya sesuatu peristiwa

tersebut meninggalkan kesan yang mendalam sehingga penulis masih dapat menggarapkan

kembali cerita tersebut secara terperinci. Selain itu, teknik imbas kembali dalam sesebuah karya

akan menjadikan lebih menarik dan memberi kesan kepada pembaca. Teknik imbas kembali

banyak digunakan oleh Abdullah Munsyi dalam penulisan hikayat ini. Bermulanya penceritaan

imbasan kembali mengenai latar belakang diri beliau dan keluarga kisah peperangan antara

Inggeris dengan penghulu Naning. Kesemua cerita ini telah menggunakan teknik imbas kembali.

Kesannya, teknik kepengarangan beliau telah menampakkan konflik-konflik yang berlaku secara

teliti dan pembaca seolah-olah merasai bersama pengalaman yang telah dilalui sendiri oleh

beliau. Berikut merupakan salah satu contoh penggunaan teknik imbas kembali dalam hikayat

beliau:

“ … maka aku pun pergilah melihat bersama-sama. Maka aku dapati tengah orang besarnya

mengajar di tengah padang. Maka sekaliannya mereka itu berkuda. Adapun kudanya itu

semuanya kuda Arab belaka dengan tingginya dan sama bulunya serta dengan cantiknya. Maka

kulihat orang-orang itu semuanya tampan-tampan belaka dengan tinggi besarnya”.

(Hikayat Abdullah, 2007: 76)

Berdasarkan contoh petikan hikayat di atas, dapat dilihat teknik imbas kembali yang

digunakan oleh Abdullah Munsyi. Beliau telah memberi imbasan kembali tentang peristiwa

kedatangan orang beberapa orang Islam bersama tiga orang Inggeris. Abdullah Munsyi dapat

menceritakan imbasan peristiwa tersebut secara terperinci kerana beliau mengalami pengalaman

itu sendiri. Oleh sebab itu, penceritaan yang terperinci tentang imbasan peristiwa tersebut dapat

dilihat dalam hikayat ini.

10.0 SENI BAHASA

Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2007: 78), gaya bahasa ialah cara atau ragam bahasa

yang digunakan dalam penulisan atau lisan atau pun cara pemakaian bahasa dalam sesebuah

karya atau susunan kata, frasa dan ayat yang digunakan oleh pengarang dalam karya yang

Page 24: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

dihasilkan. Terdapat pelbagai seni bahasa yang digunakan oleh penulis dalam hikayat ini

antaranya ialah majaz perbandingan dan pertentangan.

Majaz perbandingan pula merujuk kepada penggunaan unsur-unsur bahasa yang bersifat

membandingkan dua hal berlainan ataupun sengaja dianggap sama manakala majaz pertentangan

ialah bentuk bahasa yang mengemukakan makna yang bertentangan dengan makna yang

sebenarnya.

10.1 Simile

Dalam Hikayat Abdullah ini, penggunaan majaz perbandingan dapat dilihat dengan unsur simile.

Gaya bahasa simile merupakan penggunaan gaya bahasa yang membandingkan dua hal padahal

berlainan ataupun sengaja dianggap sama. Simile juga lebih menggunakan perkataan “seperti”,

“umpama”, dan sebagainya. Sebagai contoh :

“Maka kulihat akan hal negeri Singapura daripada masa itu, seperti kelakuan perempuan

kematian suaminya: rambutnya pun kusut, mukanya pun masam, duduklah ia dengan

dukacitanya karena serinya telah tiada.” 

(Hikayat Abdullah, 2007 : 213)

Berdasarkan contoh gaya bahasa di atas, penulis menggunakan gaya bahasa simile

tersebut dengan menyamakan keadaan Singapura yang kehilangan seorang pemimpin ketika itu.

Penduduk Singapura berasa sangat sedih dan perasaan sedih tersebut dinyatakan seperti gaya

bahasa simile di atas.

10.2 Hiperbola

Penggunaan majaz pertentangan dapat dilihat dengan penggunaan gaya bahasa hiperbola.

Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2005:60), perkataan hiperbola berasal daripada

bahasa Yunani yang terdiri daripada perkataan “hyper” yang bermaksud melebihi dan “ballien”

bererti meluahkan atau mengeluarkan. Dalam Hikayat Abdullah, penggunaan hiperbola ini dapat

dilihat bagaimana Abdullah menggambarkan kepanjangan rambutnya yang tidak bercukur

kerana beliau jatuh sakit.

“Hatta maka hari pun sianglah maka kurasakan badanku tiada berketahuan terlalu panas,

sebab rambutku terlalu panjang dari Singapura sampai ke Melaka tiada bercukur kerana

tiada diberi oleh mereka itu, katanya ‘nanti bentan’.

Page 25: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

(Hikayat Abdullah, 2007 : 323)

10.3 Skema Pengguguran

Selain daripada majaz perbandingan dan pertentangan yang digunakan, dalam Hikayat Abdullah

juga turut menggunakan skema pengguguran. Skema pengguguran yang dilihat dalam hikayat ini

ialah asidenton, iaitu pengguguran kata hubung. Dalam penghasilan karya, pengguguran yang

dilakukan bagi memberikan kesan keunikan dan kepelbagaian gaya bahasa dalam sesuatu karya

yang dihasilkan.

Dalam Hikayat Abdullah, Abdullah Munsyi telah menggunakan skema

pengguguran kata hubung ini dapat proses menggarap jalan cerita hikayat tersebut. Berikut

merupakan keratan petikan yang mempamerkan skema pengguguran dalam hikayat ini:

“ … Maka sebentar lagi datanglah baris, ada kira-kira seribu supai, dari Limbungan sampai ke

Liri itu, semuanya sekali masuk ke dalam Melaka…”

( Hikayat Abdullah, 2007 : 78)

Berdasarkan petikan di atas, Abdullah Munsyi telah menggunakan skema

pengguguran dalam penggarapan cerita beliau. Hal ini kerana, beliau telah menggugurkan kata

hubung ‘dan’ dalam ayat “… Limbungan sampai ke Liri, semuanya sekali masuk ke dalam

Melaka…” dan menggantikan kata hubung tersebut dengan meletakkan tanda baca koma (,)

antara kedua-dua ayat tersebut.

10.4 Peribahasa dan Perumpamaan

Selain itu terdapat penggunaan peribahasa dan perumpamaan dalam hikayat ini. Menurut Za’ba

dalam Abdullah Yusof (2012:115), peribahasa ialah susunan cakap pendek yang melekat di

mulut orang ramai sejak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar

tujuannya. Penggunaan peribahasa dalam Hikayat Abdullah dapat dilihat pada petikan berikut.

Penggunaan peribahasa dalam hikayat ini dapat dilihat menceritakan kelicikan akal fikiran Tuan

Raffles:

“Maka sekaliannya itu adalah seperti perkataan Melayu :Mulut disuap pisang dan pantat

dikait onak. Maka bahawa sesungguhnya dalam hati Tuan Raffles terlalu banyak fikiran;

hendak dihalaukannya nyata-nyata nescaya kelihatanlah jahatnya kepada Temenggung. Maka

Page 26: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

oleh sebab kepandaiannya dan akalnya itu :Di mata pun tiada kena, di kening pun tiada

kena .Ia melepaskan dirinya itu dengan perihal sahaja”.

(Hikayat Abdullah, 2007 : 182)

Perumpamaan ialah peribahasa yang mempunyai makna dua lapis. Ia terbahagi kepada dua

bahagian iaitu perumpamaan yang menyebut perbandingannya dan perumpamaan yang tidak

menyebut perbandingannya. Secara umumnya, perumpamaan ini juga disebut sebagai bahasa

kiasan. Dalam Hikayat Abdullah, penggunaan perumpamaan dapat dilihat pada petikan berikut

yang mana dalam petikan tersebut Abdullah telah memberi perbandingan mengenai kelakuan

manusia dengan menggunakan unsur alam dalam mengungkapkannya.

“Adakah pernah telaga yang keruh itu mengalir airnya jernih? Dan lagi pula katanya jikalau di

hulu airnya keruh, dapat tiada di hilirnya pun keruh juga adanya. Ibaratnya jikalau dahulu

orang yang membuat negeri Amerikan itu orang jahat, segala keturunannya itu pun jahatlah

juga adanya”.

(Hikayat Abdullah, 2007 : 320)

10.5 Pantun

Selain itu, dalam Hikayat Abdullah terdapat penggunaan pantun. Pantun merupakan sejenis puisi

Melayu lama yang berangkap yang mengandungi ayat pembayang dan ayat maksud. Dalam

hikayat ini, Abdullah menggunakan pantun dalam memberi nasihat.

‘Penggaga dalam timba,Mari digoreng dalam kuali;

Seekor naga di Lautan China,Digonggong kumbang dibawanya lari’.

‘Patah ranting di tengah rimba,Patah di titi Malim Sidi;

Sungguhpun gajah binatang besar,Sudahlah rezeki si ular lidi’.

(Hikayat Abdullah, 2007 : 296)

Selain daripada gaya bahasa tersebut, terdapat juga penggunaan bahasa Keling

dan bahasa Arab yang terdapat dalam hikayat Abdullah. Perkataan keling yang dikenal pasti

digunakan dalam hikayat ini ialah perkataan ‘aci’ yang bermaksud kakak. Contohnya:

Page 27: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

“ada pun panggilannya pada bondanya itu ‘aci’, iaitu bahasa Keling, ertinya kakak dalam

bahasa Melayu”.

(Hikayat Abdullah, 2007 : 18)

Penggunaan bahasa Arab yang digunakan dalam hikayat ini dapat dilihat dalam

petikan berikut:

“Maka beberapa lamanya dalam hal yang demikian maka datanglah seorang orang Arab sayid

yang bernama Habib Abdullah, bangsanya Hadad. Maka adalah iaitu aulia”.

(Hikayat Abdullah, 2007 : 12)

Perkataan Arab sayid dalam petikan di atas merujuk kepada kelas bangsawan atau

gelaran bagi keturunan Rasulallah yang lelaki manakala aulia merujuk kepada orang agama yang

dipandang tinggi. Perkataan Al-ghaib ‘ind Allah pula bererti ‘yang tiada kelihatan itu, Allah

sahaja yang mengetahuinya’.

11.0 PENUTUP

Kesimpulannya, Hikayat Abdullah merupakan sebuah karya agung yang unggul kerana karya ini

mempunyai nilai estetik yang tinggi dari aspek kepengarangannya. Ciri-ciri karya agung yang

terdapat dalam naskhah Hikayat Abdullah ini memperlihatkan keunggulan pengarang dalam

menyampaikan mesej kepada pembaca. Ciri-ciri karya agung seperti mesej, nilai budaya,

padangan hidup, nilai ilmu, teknik kepengarangan dan seni bahasa yang terdapat dalam sesuatu

karya ini mencetuskan idealisme pengarang dalam sesebuah karya.Dalam hal ini, Hikayat

Abdullah memperlihatkan kepengarangan Abdullah yang mampu mencetuskan pemikiran, nilai

dan pegangan atau pandangan hidup bangsa Melayu pada suatu ketika dahulu. Sebagai contoh,

Hikayat Abdullah adalah sebuah karya agung merupakan satu karya agung yang memperihalkan

pengalaman dan kisah hidup sebenar Abdulah bin Abdul Kadir Munsyi sejak beliau dilahirkan

sehingga meninggal dunia.

Selain itu, Abdullah Munsyi juga melakukan kritikan terhadap masyarakat Melayu pada

ketika itu yakni menjurus kepada sikap pemerintah yang mementingkan diri dan mudah

terpengaruh dengan penjajah dan sikap orang Melayu yang tidak mahu mengubah diri agar

menjadi lebih baik. Dalam pada itu, Abdullah Munsyi juga mengkritik golongan penjajah, iaitu

Page 28: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

mengambil kesempatan terhadap kelemahan orang Melayu. Walaupun begitu, kritikan yang

dilakukan oleh Abdullah Munysi memperlihatkan beliau mempunyai idealisme dan pendiriannya

terhadap mesej yang hendak disampaikan. Setiap cerita yang disampaikan dalam setiap bab

Hikayat Abdullah ini mempunyai nilai keunggulan yang menjadikan Hikayat Abdullah sebagai

karya agung yang perlu dihargai oleh generasi pada masa ini.

Page 29: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

Hikayat Abdullah

1.0  Pendahuluan

Pelbagai genre sastera tradisional menjadi jambatan yang menghubungkan masyarakat moden

dengan zaman silam. Menurut Siti Hawa Haji Salleh (1999), sastera tradisional ibarat jendela

yang membenarkan masyarakat kini menjenguk dan melihat ke dalam kehidupan masyarakat

zaman dahulu. Khazanah sastera Melayu tradisional sangat besar, sebagaimana yang dinyatakan

oleh Professor Ismail Hussein (dalam Ilham Rasa, 2008) iaitu kesusasteraan Melayu tradisional

merupakan satu bidang kajian yang sangat luas dan sentiasa berkembang dan melahirkan

penemuan-penemuan baru yang pelbagai sifatnya. Kesusasteraan Melayu tradisional juga adalah

semua gejala kesusasteraan yang berbentuk lisan atau bertulis tetapi tidak bercetak.

      Hikayat Abdullah karya Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi merupakan Karya Agung Melayu

yang bukan sahaja indah dan menarik dari sudut susunan bahasa dan nilai-nilai dalam

kesusasteraan serta sarat dengan fakta-fakta sejarah. Hikayat Abdullah masih lagi terikat dengan

sistem ejaan bahasa Melayu klasik yang menggunakan huruf Arab beserta dengan gaya penulisan

dan fungsi-fungsinya yang disesuaikan dengan ejaan dalam bahasa Melayu.

      Munsyi Abdullah atau nama sebenarnya Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi diaggap oleh

orang ramai sebagai tokoh awal kesusasteraan Melayu moden. Namun bagi Jihaty Abadi,

Abdullah wajar diangkat sebagai bapa kesusasteraan Melayu moden kerana karya-karyanya telah

dicetak dan bentuk tulisannya sudah menyimpang jauh daripada bentuk tradisi. Karya-karya

Abdullah seperti Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan yang diterbitkan 1938 dan Hikayat

Abdullah pada 1848 merupakan memoir Abdullah yang amat penting dalam kesusasteraan

Melayu. Karya-karya tersebut mengandungi idea yag benar-benar baharu dan dan berlainan

yangsecara langsung menjadi garis pemisah antara Abdullah serta angkatan penulis sebelum dan

sezaman dengannya.

Page 30: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

2.0  Sinopsis Hikayat Abdullah

Hikayat Abdullah atau Hikayat Abdullah Bin Abdul Kadir 1849, Hikayat Abdullah Bin Abdul

Kadir Munsyi 1880 adalah sebuah kisah pengembaraan Abdullah Bin Abd Kadir Munsyi.

Hikayat ini berjaya dikarang pada tahun 1845 dan diterbitkan pada tahun 1849. Hikayat ini

menjurus kepada autobiografi Abdullah dan mengandungi pandangan peribadi tetapi lebih

perseptif tentang masyarakat Singapura dan Melaka pada awal abad ke-19. Hikayat Abdullah ini

mengisahkan atau menceritakan tentang zaman kanak-kanaknya di Melaka, pengalaman sendiri

tentang pembedahan yang dilakukan kepadanya oleh seorang ahli bedah Inggeris serta

kunjungannya ke kem puak Tiandihui iaitu satu kumpulan kongsi gelap Cina di pedalaman

Singapura. Selain itu, Abdullah juga menceritakan tentang acara seperti pengasasan Institusi

Raffles, perobohan Kota A Famosa di Melaka dan lawatan Lord Minto iaitu seorang Gabenor

Jeneral India di Melaka. Sebahagian besar karyanya juga mengandungi pengamatan peribadi

tentang personaliti-personaliti pada zamannya, para pegawai dari Inggeris Syarikat Hindia Timur

Inggeris seperti Sir Stamford Raffles, Kolonel Farquhar dan John Crawfurd, Sultan Hussein Shah

dari Kesultanan Johor, mubaligh dan pedagang dari China.

      Permulaan hikayat ini menceritakan kelahiran Abdullah yang dimulakan dengan serba sedikit

latar belakang ahli keluarganya, sejarah susur galur keturunannya,  kisah bapanya juga

merupakan seorang pengarang pada suatu masa dahulu. Dalam bahagian permulaan juga

diceritakan kisah kelahiran Munsyi Abdullah dan zaman sewaktu beliau masih bayi sehingga ke

peringkat kanak-kanak. Seterusnya hikayat ini menceritakan tentang permulaan Abdullah

Munsyi menuntut ilmu. Pada peringkat ini, diceritakan tentang beliau mula belajar menulis dan

menuntut ilmu daripada bapanya serta beberapa orang guru. Pelbagai pengalaman telah

dilaluinya dalam mendalami ilmu membaca, menulis dan mempelajari bahasa-bahasa lain dan

perihal hukuman yang dijalankan di tempat beliau menuntut ilmu. Selain itu, bahagian ini

menceritakan kisahnya yang telah membantu seorang nahkoda menulis surat perjanjian

berhutang. Bermula dari perkara tersebut, Abdullah menunjukkan minat dalam bidang penulisan

walaupun masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajarinya.

      Hikayat ini diteruskan dengan bahagian permulaan Abdullah mengarang. Dalam bahagian

ini, beliau menulis perkara-perkara yang berlaku disekelilingnya. Pelbagai cerita yang telah

tercatat olehnya pada bahagian ini. Bahagian hikayat ini turut menceritakan tentang perkahwinan

Abdullah. Permulaan bahagian ini menceritakan tentang bantuan yang diberikan oleh paderi

Page 31: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

Milne kepadanya. Dalam bahagian ini, diteruskan dengan pembukaan pusat pengajian dan

usahanya dalam percetakkan huruf-huruf. Bahagian ini turut menceritakan tentang pengambilan

Melaka dari pihak Inggeris kepada Belanda, kisah pembentukkan pemerintahan Singapura dan

pengambil alihan kuasa oleh Inggeris. Kisah tersebut diteruskan dengan pembunuhan Sayid

Yassin, seorang ahli perniagaan Melayu dan diselangselikan dengan kisah pemberontakkan

orang Melayu Melaka dengan orang Temenggung. Abdullah turut menceritakan tentang

pembukaan Raffles Instuition, hubungan persahabatan Siam dengan Inggeris, kisah mengenai

kongsi gelap, syair Singapura terbakar dan kisah orang Inggeris menyerang Naning.

Bahagian seterusnya menceritakan perihal Abdullah yang telah menjadi pengarang besar. Dalam

bahagian ini, beliau menceritakan tentang kisah-kisah lawatannya. Berdasarkan lawatan ke

Pahang, Kelantan dan Terengganu, beliau mempersoalkan kelebihan dan kekurangan masyarakat

yang hidup di kawasan tersebut. Bahagian ini turut menceritakan tentang lawatannya ke tanah

suci serta deti-detik akhir riwayat hidupnya. Bahagian berikut mengenai padangan Abdullah

terhadap masyarakat pada zamannya yang hidup dalam keadaan kucar-kacir dan mempersoalkan

ketidakadilan pembesar dan raja pada waktu itu.

Page 32: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

3.0  Latar Belakang Tokoh

Munsyi Abdullah atau nama sebenarnya Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi yang telah dilahirkan

pada 12 Ogos 1796, di Kampong Pali, Melaka. Beliau telah  meninggal dunia pada Oktober 1854

di Jeddah, Arab Saudi. Beliau merupakan anak kelima. Semasa hayatnya,  Abdullah menjadi

guru bahasa dan penterjemah yang mahir Bahasa Arab, Tamil, Hindustani, Bahasa Inggeris dan

Bahasa Melayu. Karyanya ‘Hikayat Abdullah’ telah diterbitkan pada pertengahan abad ke-19

iaitu pada tahun 1849. Beliau diberi gelaran ‘Bapa Kesusasteraaan Melayu Moden' dan

merupakan orang Melayu pertama yang menerbitkan buku.

      Beliau dibesarkan oleh ayahnya Sheikh Abdul Kadir, seorang yang alim dan berketurunan

Arab-India. Pada usia 7 tahun, beliau dihantar ke Sekolah Al-Quran Kampong Pali. Ayahnya

memastikan beliau belajar dengan tekun dan dihukum sekiranya tidak mampu menulis dengan

sempurna. Pada waktu itu, beliau menyalin Al-Quran dan menterjemahkan sebuah buku Arab ke

Bahasa Melayu. Ketika berusia 11 tahun, Abdullah mendapat wang dengan menulis teks Al-

Quran. Dua tahun kemudian, Abdullah mengajar agama Islam kepada askar-askar pasukan India

yang berkhidmat di Kota Melaka. Minatnya membaca manuskrip Melayu mendorongnya untuk

mendalami bidang tersebut.

      Stamford Raffles yang tiba ke Melaka pada 1810, menggaji Abdullah sebagai seorang

penterjemah. Beliau mencatat serta menyalin cerita sastera dan manuskrip Melayu untuk

dikumpulkan oleh Raffles. Pada tahun 1811, ketika berusia 14 tahun, Abdullah sudah dikenali

sebagai seorang yang berpelajaran tinggi dan berpengetahuan luas.  Pada 1815, Abdullah

berkahwin dan dikurniakan 4 orang anak. Abdullah belajar Bahasa Inggeris daripada Rev. Milne,

seorang pendakwah Kristian yang akhirnya melantik Abdullah sebagai guru Bahasa Melayunya.

Kemudian pada 1818, Abdullah menyaksikan peristiwa meletakkan batu asas untuk Kolej

Anglo-Cina oleh Major William Farquhar di Melaka. Empat tahun selepas itu, Abdullah tiba di

Singapura dan mengajar Bahasa Melayu kepada askar India, pendakwah Britain dan Amerika

serta menjadi setiausaha peribadi Raffles. Sekitar 1840 hingga 1846, Abdullah menulis kisah

hidupnya sendiri. ‘Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan’ menceritakan pengalaman tahun 1837

semasa belayar dari Singapura ke Kelantan. Manakala ‘Kisah Pelayaran Abdullah ke Negeri

Jeddah’ telah diterbitkan setelah beliau meninggal dunia.

4.0  Ciri-ciri Khusus Karya Agung Melayu (Hikayat Abdullah)

Page 33: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

4.1 Isi dan Mesej

Menurut Mohd Rashid Md. Idris, Abd. Rahman Napiah dan Seri Lanang Jaya Hj. Rohani

(2014:69) menyatakan bahawa pemikiran bermula dengan idea , yang kemudiannya dimatangkan

oleh pengarang menjadi subjek, akhirnya menjadi buah-buah fikiran yang bernas dan signifikan.

Setiap pengarang mempunyai cara yang tersendiri memilih bahan, mengejapkannya dan

kemudian menjelmakannya menjadi mesej , mutiara dan permata karya. Dalam berbicara

mengenai keunikan Hikayat Abdullah menerusi aspek pemikiran, tidak disangkal lagi bahawa

Abdullah bukan sahaja seorang guru, penterjemah, penulis ataupun pengkaji, akan tetapi beliau

adalah seoarang pemikir. Menurut Kassim Ahmad (2004), Abdullah bukan sahaja merupakan

seorang penulis Melayu Agung dan juga seorang mujaddid serta ahli fikir. Buah fikirannya

walaupun sudah berusia lebih seratus lima puluh tahun tetapi masih segar dan perlu diusahakan

oleh masyarakat Malaysia pada hari ini. Berdasarkan penceritaan Abdullah dalam hikayatnya,

kita dapat melihat bagaimana pemikiran Abdullah yang liberal dan kehadapan berbanding

masyarakat yang sezaman dengannya, terutamanya terhadap ilmu-ilmu Inggeris, terhadap Injil

dan Kristian dan kritikan-kritikan beliau terhadap kemunduran masyarakat Melayu yang menebal

dengan kepercayaan lama yang penuh denga kekarutan.

4.1.1 Idea-idea Rennaisance ( Rasionalis dan Humanis)

Menurut Kassim Ahmad (2004), Abdullah Munsyi melalui pergaulannya dengan tokoh-tokoh

Inggeris seperti Stamford Raffles dan William Farquhar telah terpengaruh dengan idea-idea

renaissance (kelahiran semula) yang melanda Eropah pada ketika itu. Pegawai Inggeris seperti

Raffles dan Farquhar ini dilihat cenderung kepada pemikiran rasionalis dan humanis dalam diri

mereka dan perkara ini cukup terkesan kepada Abdullah. Abdullah dilihat tertarik dengan idea-

idea baharu renaissance seperti martabat tinggi individu, kebebasam individu, kemuliaan yang

diberi kepada ilmu, pemerintahan mengikut undang-undang, semangat tekun, kebersihan,

perancangan dan disiplin dalam kehidupan. Namun, Abdullah tidak memuji segala-galanya dari

Eropah. Ini terbukti daripada kritikannya terhadap perangai buruk beberapa orang pegawai

kolonial dan individu Eropah yang beliau lihat. Contoh ktitikan beliau terhadap pegawai konial

Belanda yang bernama Bamgoor adalah seperti berikut :

“…ia itulah yang meminum darah hamba Allah. Maka adalah ia menaruh empat orang mata-mata. Maka sekalian mata-mata itu seperti pacat melompat. Barang di mana bertemu manusia

Page 34: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

atau binatang, dihisapnya darahnya karena ia segera hendak menjadi ular sawah. Maka mereka itulah tukang mengitip segenap rumah”.

            (Hikayat  Abdullah, 2004:150)4.1.2 KepercayaanAbdullah secara terang menolak sebarang bentuk khurafat, tahyul dan kepercayaan karut lain yang sebati dalam pemikiran orang-orang Melayu pada ketika itu. Hal ini dapat dilihat melalui kritikan Abdullah terhadap kepercayaan Khurafat dalam masyarakat Melayu :“Segala hantu syaitan yang tersebut itu pun halnya kudapati dalamnya bohong dan tipu dan perdaya dan silap mata. Maka sebab itulah berani aku bersumpah menyebut nama Allah mengatakan bukannya benar, hanya semata-mata kejahatan dalamnya dunia dan akhirat. Maka adapun orang yang percaya dan orang yang berbuat dan orang yang membenarkan pekerjaan itu sama hukumnya mendoakan Allah, sekali-kali tiada yang lain daripada Allah yang boleh memberi baik atau jahat, dan yang mematikan dan menghidupkan dan yang mendatangkan sesuatu bahaya atau kesukaran di atas hamba-Nya.”

(Hikayat  Abdullah, 2004:50)4.1.3 Kezaliman Raja ke atas Masayarakat MelayuPemikiran humanis Abdullah dapat dilihat melalui kritikannya ke atas kezaliman raja pada waktu itu ke atas masyarakat Melayu.Tulisan Abdullah dalam hikayatnya:“…..sebab aku menyatakan zalim dan aniaya perintah raja-rajanya karena sentiasa tabiat raja Melayu itu, iaitu menghinakan rakyatnya, seolah-olah pada pemandangannya akan rakyat itu seperti binatang, adanya. Maka sebab itulah apabila rakyatnya itu bertemu dengan dia dapat tiada hendaklah duduk di tanah , baik di becak, baik di kotor. Dan lagi, apabila raja-raja itu menghendaki baik anak-anak perempuan, atau barang suatu harta benda rakyatnya, diambil sahaja tiada menjadi suatu kesusahan atau, takut kepada Allah”.

                                    (Hikayat Abdullah, 200: 344-345)Berdasarkan petikan di atas adalah mengenai raja-raja Melayu di dalam hikayatnya, ternyata

Abdullah telah dipengaruhi oleh pemikiran humanis Barat yang menjunjung tinggi kebebasan dan martabat setiapa individu yang diperjuangkan olehnya. Pemikiran Abdullah ini penuh dengan islah (pembaharuan) dengan mengkritik secara terbuka ke atas raja-raja Melayu yang dianggap sebagai bodoh dan malas. Malah, pemikiran islah yang telah dimulakan Abdullah ini telah diteruskan pula oleh angkatan pemikir Timur Tengah dalam Gerakan Islah seperti  Syed Syeikh al-Hadi.4.1.4 Kecintaan Terhadap Bahasa Inggeris  dan Ilmu PengtahuanPemikran Abdullah juga dilihat sarat dengan kecintaanya terhadap bahasa Melayu, Inggeris dan ilmu pengetahuan. Contohnya, pemikiran Abdullah terhadap bahasa Inggeris adalah berlawanan dengan sikap dan pemikiran masyarakat Melayu yang lain terhadap ilmu tersebut. Karyanya adalah mengenai kepentingan bahasa Inggeris :“…sudah beberapa kali aku ingatkan akan mereka itu serta memberitahu akan mereka itu bahawa sekali-kali Inggeris hendak memasukkan seseorang ke dalam agamanya kalau yang empunya diri tiada suka, melainkan supaya kamu boleh belajar dan mengetahui bahasa kamu

Page 35: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

dan bahasa Inggeris, kelak nanti di belakang banyak gunanya. Kalau sudah pandai, engkau sekalian boleh mencari kehidupan dengan mudahnya”.     4.1.5 Perkembangan Nahu Bahasa MelayuAbdullah Munsyi adalah seorang pengkarya pertama yang digelar bapa sastera moden.  Hal ini demikian kerana beliau telah memperlihatkan pekembangan bahasa Melayu melalui setiap karya kesusasteraannya malahan juga beliau menyedari bertapa pentingnya buku nahu bahasa Melayu.  Oleh itu, beliau berpendapat pentingnya buku nahu bahasa :“ Sebermula handaklah engkau ketahui, janganlah tersalah faham. Maka jikalau ada nahu bahasa Melayu itu nescaya meringankan pekerjaan sahaja gunanya, jangan engkau sangkakan boleh menjadi pandai dalam pekerjaan karang-mengarang. Maka sungguhpun diletakkan hukumnya maka ada juga lagi beberapa perkataan yang tiada menurut hukum itu. Umpamanya jikalau seratus hukum itu barangkali tujuh puluh sahaja yang masuk dalam hukum itu, dan tiga puluh itu di luarnya”.

Hal ini kerana nahu sesebuah bahasa itu dapat menyelesaikan masalah penggunaan bahasa walaupun tidak membantu menyelesaikan seratus peratus. Namun begitu amat penting untuk dipelajari khususnya pelajar-pelajar sekolah dan pelajar-pelajar di universiti serta pengkarya-pengkarya lain. Hal ini tidak bermaksud kita akan menjadi pandai dalam soal karang-mengarang sekiranya dapat menguasai nahu bahasa tetapi hanya sekadar untuk memperkasakan lagi bahasa daripada dianggap tidak mengetahui tentang nahu bahasa.

Sekiranya dibandingkan penggunaan bahasa Melayu sebelum muncul Abdullah, perbezaannya amat ketara sekali kerana bahasa yang digunakan oleh Abdullah Munsyi ternyata ada perkembangannya berbanding pengkarya lain. Perhatikan bahasa yang digunakan dalam petikan di bwah :“Bahawa ini Kisah Pelayaran Abdullah Abdul Kadir Munsyi kepada tarikh sanat 1253 tahun. Maka bahawa sesungguhnya kepada tahun itu adalah barang saudagar-saudagar orang China dan orang Yahudi yang duduk dalam negeri Singapura, kira-kira sepuluh dan dua belas orang telah memberi sambutan dangangan kepada China sampan pukat empat buah, kira-kira empat lima puluh ribu ringgit banyaknya, akan dibawa ke negeri Pahang dan Terengganu dan Kelantan, Patani dan Senggora.”        

Perkembangan bahasa Melayu yang diperlihatkan oleh Abdullah Munsyi dalam petikan tersebut amat indah gaya penulisannya disertai degan ungkapan-ungkapan baru yang timbul. Perkembangan tersebut tidak hairanlah kerana beliau telah mendapat pendidikan Inggeris manakala sasterawan sebelumnya ramai yang mendapat pendidikan barat. Oleh itu, dalam setiap karya beliau akan terdapat perkataan baru hasil ubahsuaian beliau daripada perkataan Inggeris dimelayukan.Dalam hikayat beliau juga, Abdullah mencipta perkataan-perkataan atau ungkapan baharu dalam bahasa Melayu untuk memudahkan hal-hal atau urusan yang timbul dalam  pertemuan anatra budaya barat dan timur dan juga mengutrakan pandangan orang Melayu terhadap kedatangan British.

Page 36: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

Hal ini demikian kerana beliau ingin memberitahu kepada orang Melayu supaya tidak berprasangka buruk terhadap penjajah kerana tanpa jajahan daripada mereka kita mungkin akan kekurangan ilmu dari segi  ilmu pengetahuan dan tekn ologi yang telah dipindahkan  oleh mereka kepada penduduk tempatan. Walaupun kita beranggapan penjajah itu jahat namun kita perlu melihat dari sudut positif mengenai penjajah kerana tanpa mereka kita tidak akan maju. Gerakan penjajah juga telah meruntuhkan dunia lama, sebaliknya Berjaya membnagun semula. Itulah mesej yang cuba disampaikan oleh Abdullah Musyi melalui penulisannya kepada penduduk tanah Melayu supaya mereka lebih berfikiran jauh dan positif menerima sesuatu.

Abdullah Munsyi juga memberikan kelainan dalam menghasilkan karyanya kerana beliau menghasilkan karyanya kerana beliau menghasilkan karya yang tidak terikat dengan corak penulisan lama seperti terdapatnya cerita mitos atau doggeng, alam ghaib dan ajaib. Hal ini demikian kerana beliau ingin menghasilkan sesuatu yang laindaripada yang lain dan mungkin juga corak penulisan tradisional tidak lagi sesuai digunakan dan sudah tiba masanya berlaku pembaharuan dalam sastera Melayu dan penggunaan bahasa Melayu. Beliau merasakan jika menyelitkan unsur-unsur mitos atau alam ghaib tidak akan membantu perkembangan minda pembaca kerana perkara tersebut hanya mitos dan bukannya benar-benar berlaku dalam kehidupan.

Oleh sebab  itu, Abdullah Munsyi telah menulis melalui hasil pengamatan beliau terhadap sesuatu perkara. Beliau juga menulis tentang pengalaman dan dijadikan sebauh buku serta dikarang dengan bahasa yang indah. Kesemua buku yang dikarang berdasarkan kejadian yang benar-benar berlaku dan tiada unsure mitos. Contohnya, Riwayat Abdullah merupakan buku yang paling popular kerana menceritakan kisah Abdullah Munsyi dari kecil sampailah dewasa.

Hal ini demikian kerana beliau berpendapat dengan menghasilkan buku berdasarkan pengalaman beliau dapat mengajar generasi-generasi zaman kini dan pembaca tentang sesuatu perkara yang dialami oleh beliau dan fahami maksud yang ingin disampaikan  oleh beliau. Selain itu, pembaca dapat mempelajari perkataan-perkataan baharu yang ditulis oleh beliau.

Abdullah Munsyi telah memberikan kritikan yang pedas dalam penulisannya kepada golongan raja Melayu dan golongan elit Melayu di atas sikap golongan tersebut  dank omen serta kritikan terhadap penjajah Inggeris. Keberanian beliau telah disifatkan sebagi fenomena baru dalam dunia penulisan Melayu. Beliau berbuat sedemikian kerana ingin menyedarkan golongan tersebut yang perbuatan sebegitu tidak diterima oleh orang disekeliling.   

Abdullah Munsyi merupakan sastera Melayu yang amat dikagumi kerana beliau berani dalam melakukan sesuatu karya yang lain daripada yang lain serta seoarng yang berfikiran jauh dan memandang sesuatu perkara dari sudut positif dan negatif.

Page 37: Sinopsis hikayat abdullah munsyi
Page 38: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

4.2 Nilai budaya (Hikayat Abdullah)

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:1081), nilai membawa maksud darjat, kualiti, mutu dan taraf. Dalam bidang sains sosial (Mohd Rashid Md Idris, 2011:12), nilai (value) boleh didefinisikan dalam tiga konteks utama iaitu sebagai sifat (attribute) bagi menyatakan kepentingan atau manfaat sesuatu objek, menyatakan kadar harga atau markah sesuatu objek berbentuk kuantiti dan sebagai ukuran atau piawaian kepada sesuatu kelakuan manusia. Dalam bahasa Arab, nilai diistilahkan sebagai al-qimah yang lebih merujuk kepada harga yang ditetapkan atau diletakkan pada sesuatu. Nilai membolehkan manusia membezakan antara yang baik dan buruk serta membezakan yang betul dan salah. Oleh hal yang demikian, nilai bukan sahaja satu standard bagi sesuatu barang, tetapi juga menjadi dasar atau asas dalam menerima atau menolak sesuatu perlakuan manusia.                        Budaya pula berasal dari perkataan Sanskrit, iaitu Buddayah yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi yang bermaksud budi pekerti atau akal. Secara amnya, ia membincangkan hal-hal yang berkaitan budi dan akal manusia. Dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia. Dalam bahasa Inggeris, budaya disebut culture, yang berasal daripada perkataan Latin, iaitu colore yang bermaksud menanam atau mengerjakan. Budaya yang dimiliki oleh manusia merupakan elemen yang membezakan manusia dengan hidupan lain. Istilah budaya banyak digunakan dalam bidang antropologi. Dalam disiplin ini, tiada perbezaan antara “budaya” dengan “kebudayaan”.                        Budaya mempunyai hubungan yang erat dengan masyarakat. Segala sesuatu yang terdapat dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubung kait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki oleh masyarakat itu sendiri. Fahaman ini dikenali sebagai determinism atau penentuan budaya dalam kalangan ahli antropologi. Selain itu, budaya juga adalah sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau.                        Budaya juga turut merujuk kepada keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan, penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat. Oleh itu, budaya sebagai satu konsep yang menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam, kebolehan, serta kebiasaan yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat.                        Nilai budaya pula merupakan nilai-nilai yang disepakati dan diamalkan dalam suatu masyarakat, sesebuah organisasi, lingkungan masyarakat, kepercayaan, simbol-simbol, dengan ciri-ciri tertentu yang dapat dibezakan antara satu sama lain.4.2.1 Adat Menjual Anak

Page 39: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

Sewaktu dilahirkan sehingga Abdullah berusia empat bulan, Abdullah menjalani kehidupan yang normal seperti bayi-bayi yang lain. Malangnya, pada hari-hari yang berikutnya, kehidupannya tidak seperti biasa. Penyakit yang dihidapi oleh Abdullah silih berganti hari demi hari. Banyak wang yang telah digunakan untuk mengubati penyakit Abdullah. Kesempitan hidup yang dialami oleh kedua-dua ibu bapa Abdullah membuatkan mereka menjual Abdullah kepada keluarga yang mempunyai ramai anak. Adat ini beranggapan anak tersebut tidak serasi tinggal bersama ibu bapanya. Abdullah dijualkan kepada enam atau tujuh orang dan disusui lima belas atau enam belas orang disebabkan ibunya tidak mempunyai air susu. Adat tersebut seringkali dilaksanakan oleh orang-orang tua pada zaman tersebut. Akan tetapi, adat ini hanya pada nama sahaja. Hal ini dapat dibuktikan melalui :          “ Bermula, adapun adat menjual anak itu bukannya seperti orang menjual hamba, melainkan namanya sahaja, sewang atau lima enam duit, maka duit itu diambil oleh ibu bapanya, dibelikannya penganan atau barang-barang makanan, dimakannya. Maka kemudian anak itu, dia juga memeliharakan dia, tetapi dinamakan sahaja si anu itu, bukannya kami kedua-dua ibu bapanya.”

(Hikayat Abdullah, 2004 : 15)

4.2.2 Adat melepaskan anak mengaji               

Selain itu, dalam hikayat ini, sewaktu Abdullah belajar mengaji, diceritakan juga adat untuk

melepaskan anak mengaji. Ibu bapa akan menghantar anak mereka mengaji dengan disertakan

sirih dan penganan kepada tok guru. Ibu bapa akan memberi kebenaran kepada tuan guru untuk

memukul sekiranya anak tersebut degil tetapi tidak memukul sehingga mengalami kecederaan

yang teruk misalnya patah tangan, patah kaki dan cedera di mata. Dalam halaman 24,

diceritakan:

“ Sebagai lagi, maka adalah adat apabila seorang melepaskan anaknya mengaji, maka datanglah ibu atau bapa budak yang akan datang mengaji itu dahulu menyembah guru itu serta membawakan sirih secerana dan penganan sedulang bersama-sama dengan budak yang hendak mengaji itu serta ibu bapanya itu berkata, “Tuan atau encik! saya pinta dua perkara sahaja. Pertama-tama biji mata budak ini, dan kedua kaki tangannya, jangan dipatahkan.”

4.2.3 Belajar bahasa KelingAbdullah juga mengikut adat yang diamalkan oleh masyarakat di negeri Melaka pada masa tersebut iaitu adat belajar bahasa Keling ataupun bahasa Hindu. Kesemua penduduk di negeri Melaka akan belajar bahasa Keling tidak mengira darjat mahupun pangkat. Hal ini demikian kerana pada zaman tersebut terdapat ramai saudagar-saudagar Keling dalam negeri Melaka. Jika mereka tahu mengira dan menghitung serta dapat bertutur dalam bahasa Keling, hal ini

Page 40: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

memudahkan mereka untuk berurusan dengan saudagar-saudagar Keling. Perkara ini dapat dibuktikan melalui:“Syahadan, setelah sembuhlah sudah aku daripada bersunat itu, ada kira-kira sebulan lamanya, maka diserahkanlah oleh bapaku kepada guru belajar bahasa Keling dan suratnya, iaitu bahasa Hindu, karena adalah adat dalam negeri Melaka daripada zaman nenek moyang, semuanya anak orang baik-baik dan orang kaya semuanya belajar bahasa itu. Adapun gunanya itu supaya mengetahui ilmu kira-kira dan hitung-menghitung dan boleh bertutur bahasa karena pada zaman itu penuh sesak saudagar-saudagar Keling dalam negeri Melaka.”

(Hikayat Abdullah,  2004:26-27)

4.2.4 Tidak mempelajari bahasa MelayuPada ketika itu, kebanyakan anak muda tidak gemar untuk mempelajari bahasa Melayu. Abdullah yang berasal dari keluarga yang miskin dan tidak berpelajaran bersungguh-sungguh dalam mempelajari bahasa Melayu walaupun kebanyakan individu pada zaman tersebut tidak ingin mempelajari bahasa Melayu kerana ia merupakan bahasa kita sendiri. Hal ini tidak menjadi alasan untuk Abdullah tidak mempelajari bahasa Melayu. Selain itu, tempat untuk belajar bahasa Melayu juga tidak ada melainkan tempat untuk belajar Al-Quran. Hal ini dapat dilihat melalui petikan tersebut:“Syahadan darihal anak-anak muda yang pada zaman itu tiada seorang pun yang ingin dengan suka hatinya hendak belajar akan pekerjaan darihal tulis-menulis dan baca surat Melayu itu, sebab bahasa Melayu adanya, melainkan akulah sahaja orang yang hina lagi miskin dan bodoh. Hendak berniaga pun emak bapaku orang miskin, tiada berharta. sebab itulah kutuntut benar-benar sehingga aku menerimalah pusaka serta mewarisi akan kalam dakwat tuan-tuan yang tersebut nama-namanya di atas tadi.”

(Hikayat Abdullah, 2004:36)4.2.5 Belajar Al-Quran, kemudian bahasa MelayuSudah menjadi adat dalam masyarakat dahulu menginginkan anak-anak mereka belajar Al-Quran terlebih dahulu, kemudian baharulah boleh mempelajari bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana masyarakat Melayu menitikberatkan unsur keagamaan dalam diri setiap individu pada masa tersebut. Demikianlah perbualan yang berlaku antara Tuan Raffles dengan Abdullah suatu ketika dahulu. Antara petikannya ialah:“ Dan lagi, ini satu budak, segala yang sudah dibacanya, habis dilupakannya. Maka itulah sahaya suruhkan ia membaca.” Maka kata Tuan Raffles, “Kalau begitu, patut. Maka katanya, “Apa sebab guru tiada ajar bahasa Melayu?” Maka jawab guru itu, “Orang yang empunya anak-anak ini menyuruh ajarkan Qur’an dahulu. Maka kalau sudah ia dapat Qur’an, kemudian boleh belajar bahasa Melayu. Begitulah adat sahaya semuanya. Dan lagi, tiada adat di negeri ini orang taruh tempat belajar bahasa Melayu.”

(Hikayat Abdullah, 2004:68-69)4.2.6 Adat Makan dalam Masyarakat Hindu

Page 41: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

Abdullah turut menceritakan cara makan dalam kalangan masyarakat Hindu. Bermacam jenis cara makan yang menjadi adat dalam kehidupan masyarakat tersebut. Perkara ini dapat dilihat berdasarkan petikan berikut :“ Maka adalah kulihat bangsa Hindu itu, yang ada makan seperti anjing, yakni menjilat, dan yang ada tatkala ia makan itu, jikalau dilihat orang maka dibuangkannya nasinya dan dikejarnya orang yang melihat itu, seperti hendak dibunuhnya. Demikianlah marahnya. Dan yang ada sendirinya memasak di tengah panas itu dimakannya di situ juga serta titik peluh padam peluh, seperti mandilah peluhnya. Setelah dimakannya, ditanamkannya nasinya dan gulai yang lebihnya itu ke dalam pasir. Dan yang ada diikatnya tiga urat benang di perutnya lalu ia makan. Maka sampai putus benang itu maka baharulah ia berhenti. Dan yang ada pula kulihat diambilnya tanah putih dan tanah merah, dicontengnya dadanya dan lengannya dan dahinya tiga cabang, maka menyembahlah ia ke hadapannya dan kiri kanannya dan ke belakangnya lalu larilah turun ke laut sampai pusatnya air.”

(Hikayat Abdullah, 2004:75)

4.2.7 Penggunaan Bunyi Bahasa Di Atas, Di Bawah, dan Di HadapanAbdullah menceritakan bahawa dia mengetahui tiga sahaja bunyi bahasa dalam bahasa Melayu apabila ditanyakan oleh Tuan Raffles. Hal ini demikian kerana, pada zaman dahulu kesemua individu tidak menggunakan tanda bahasa Arab dalam pembelajaran Al-Quran iaitu fathah, iaitu baris di atas, kasrah, iaitu baris di bawah dan dammah iaitu baris di hadapan. Antara petikannya ialah: “Maka jawabku, “Sahaya kira tiga sahaja bunyi bahasa Melayu, tuan.” Katanya, “Apa-apa?” Maka jawabku, “Di atas, di bawah, di hadapan.” Maka katanya, “Apa ertinya?” Maka jawabku, “Ia itu nama tanda[h]bacaan dalam bahasa Arab atau Qur’an. Adapun fathah, iaitu baris di atas dan kasrah, iaitu baris di bawah, dan dammah, iaitu baris di hadapan. Maka oleh sebab Melayu tiada memakai tanda[h]bahasa Arab itu, maka ditukarnya fathah itu dengan alif, dan kasrah itu dengan ya, dan dammah itu dengan wau; menjadilah bunyinya aa, ii, uu.”

(Hikayat Abdullah, 2004:104)

4.2.8 Melakukan perbuatan KhurafatKebanyakan manusia pada zaman itu mempercayai bomoh. Mereka melakukan perkara yang mensyirikkan Allah. Banyak wang telah dihabiskan ke jalan tersebut disebabkan pelbagai tujuan. Hal ini adalah untuk kepentingan diri masing-masing. Sebagai contoh :“Syahadan, adalah kebanyakan bangsa orang yang di sebelah sini, yang percaya berbagai-bagai jenis perkara yang bukan-bukan. Dan lagi, beberapa pula wang mereka itu habis sebab memberi upah akan orang yang berbuat segala perkara bohong dan sia-sia itu masing-masing dengan kehendaknya. Ada yang berkehendak biar dia dikasihi orang; ada pula orang yang berkehendak supaya diturut orang barang katanya; dan pula orang yang berkehendak akan perempuan; dan ada yang hendak membunuh musuhnya, dan sebagainya.”

(Hikayat Abdullah, 2004:114)

Page 42: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

4.3 Pandangan hidup Abdullah MunsyiSecara umumnya, ia merupakan konsep mengenai pandangan hidup alam semesta secara keseluruhan terutama dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh sesuatu sistem nilai yang tertentu. (Haji Mohd Rashid, Abdul Rahman Napiah dan Seri Lanang Jaya Haji Rohani: 2014)4.3.1 Agama haruslah dijadikan pegangan hidupAbdullah Munsyi tidak bersetuju dengan kepercayaan orang Melayu yang terlalu percaya kepada perkara yang tahyul. Beliau menganggap perkara sedemikian adalah karut dan sewajarnya tidak harus diikuti oleh masyarakat Melayu kerana kepercayaan itu akan menjadi halangan kepada kemajuan bangsa Melayu. Abdullah begitu kuat menentang adat dan kepercayaan karut yang bertentangan dengan Islam. Abdullah berpendapat bahawa punca kejumudan adat dan kepercayaan karut-marut ini adalah kurangnya beriman terhadap Allah dan Rasul. Ini dapat dilihat penentangannya terhadap adat menjual anak seperti yang dinyatakan dalam hikayat Abdullah.“ Nasihat: bahawa ini pun satu adat nenek moyang bodoh yang tiada ia mengetahui Allah Taala, adakah sebab dijualkan itu menjadi panjang umurnya dan jikalau dipelihara oelh ibu bapanya menjadi pendek umurnya atau mati? Maka sekali-kali jangan kita percaya yang demikian.”

( Hikayat Abdullah, 2007:15)Selain itu, Abdullah juga mengkritik sikap orang Melayu dan orang Cina yang

mempercayai hantu syaitan yang diberi pelbagai nama iaitu hantu, syaitan, mambang, hantu mati dibunuh dan mengamalkan pelbagai ilmu yang boleh membahayakan nyawa manusia seperti illmu penunduk, kebal, kesaktian dan sebagainya.“ Maka lalu datanglah keduanya ke dalam bilik tempat aku menulis, katanya, “apa ertinya Pontianak dan polong?” maka tertawalah aku serta kuertikan kepada Tuan Milne dengan terangnya akan segala nama-nama hantu syaitan yang dipercayai oleh orang cina dan Melayu yang bodoh lagi sia-sia, iaitu turun-temurun daripada nenek moyang dahulu kala”

(Hikayat Abdullah, 2007: 110-111)4.3.2 Kepentingan meluaskan pengetahuan dengan ilmuSelain itu, terdapat juga petikan di dalam Hikayat Abdullah ini yang menerapkan unsur keislaman. Misalnya dalam karya hikayat Abdullah, pendidikannya sejak dari kecil lagi menitikberatkan hal-hal keagamaan dan keilmuan. Hal ini dapat dilihat berdasarkan petikan daripada karya tersebut, iaitu:“ adapun ilmu dan kepandaian itu menjadi tangga kepada pangkat kekayaan, dan kekayaan itu membawa kepada kebesaran, maka bahawasanya segala benda yang dijadikan Allah dalam dunia itu masing-masing adalah dengan harganya, iaitu dapat dinilaikan oleh manusia melainkan ilmu itulah sahaja yang tiada ternilai oleh manusia melainkan ilmu itulah sahaja yang tiada ternilai oleh manusia akan harganya.”

(Hikayat Abdullah, 2004:19)

Page 43: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

     Petikan di atas menunjukkan bahawa ciri falsafah Islam apabila segala yang dinyatakan berbalik kembali kepada kepercayaan dan kepatuhan terhadap kata-kata Allah. Selain itu, menuntut ilmu juga adalah perkara yang disuruh dan sangat dituntut dalam Islam. Hal ini terbukti melalui kata-kata hikmah yang berbunyi “sesuatu amal seharusnya didahului dengan ilmu”.4.3.3 Sosial

                                i.            Pandangan terhadap amalan jual beli hamba

Abdullah dalam kitabnya Hikayat Abdullah juga turut mengkritik perbuatan jual-beli hamba

yang sangat aktif dilakukan atau dijalankan di Tanah Melayu. Beliau tidak sanggup melihat para

hamba yang dijula seperti binatang oleh tuan empunya hamba-hamba tersebut. Hal ini boleh

dilihat melalui petikan ini:

“ Adapun kebanyakan hamba-hamba perempuan yang datang pada masa itu perempuan Bali dan Bugis. Maka sekalian itulah dibeli segala bangsa, baik Cina, baik Keling, Melayu dibuatnya bini, menjadi banyak beranak-anak sampai sekarang ini…..maka semuanya datang tumpah-ruah ke Singapura, seperti orang menjual kambing, dihalaunya sepanjang jalan, disesahnya dengan rotan. Maka demikianlah halnya pada masa itu, hamba-hamba dijual orang, seperti orang menjual binatang, baik di Melaka, baik di Singapura.Syahadan, telah aku pulang ke darat, pada esoknya ku khabarkanlah segala hal ehwal itu kepada Tuan Raffles.”

( Hikayat Abdullah, 2007: 192)Berdasarkan petikan ini, jelas memperlihatkan bahawa Abdullah sangat membenci akan

kegiatan jual beli hamba yang dijalankan di Alam Melayu. Bahkan dia juga menyamakan perbuatan jual beli hamba ini sama seperti menjual binatang. Kebenciannya terhadap amalan ini kian ketara apabila dia mengadu kepada pihak Inggeris berkenaan permasalahan ini supaya perbuatan jual beli hamba ini dapat segera dihentikan.

                              ii.            Pandangan terhadap golongan Barat.

Abdullah menghargai dan mengagumi orang-orang Inggeris yang dianggap membawa

pengetahuan dan kemajuan kepada masyarakat Melayu. Sikap rajin dan keilmuan orang Inggeris

menjadi perhatian beliau dalam Hikayat Abdullah ini. Beliau sangat kagum dengan Tuan Raffles

yang rajin. Bahkan dalam hikayat ini beliau tidak berhenti-henti memuji keperibadian Tuan

Raffles yang sangat baik pada pendapatnya. Antara petikan yang menunjukkan betapa Abdullah

menyenangi keperibadian Tuan Raffles ialah:

“Syahadan, adalah tabiatnya itu kulihat senantiasa di dalam berfikir juga. Maka terlalu pandai ia memberi hormat akan orang serta dengan manis mukanya berbahasa dengan orang; encik dengan encik, tuan dengan tuan dengan tuan, dan banyak lagi, banyak ia menaruh kasihan akan orang; maka tangannya terbuka kepada orang miskin. Dan lagi, terlalu pandai ia membunuh perkataan orang. Dan lagi, selalu apabila ia bercakap dengan tersenyum-senyum.”

Page 44: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

(Hikayat Abdullah, 2007: 63)                            iii.            Pandangan dan pemikirannya terhadap bahasa Melayu.

Karya Hikayat Abdullah banyak mengkritik tentang sikap masyarakat Melayu yang ada pada

zaman itu. Abdullah membuat kritikan ini bukan bermaksud bahawa beliau membenci

masyarakat Melayu tetapi sikap yang ditunjukkan oleh masyarakat Melayu pada ketika itu

menyebabkan Abdullah Munsyi tidak sehaluan dengan pandangan dan perilaku orang Melayu.

Abdullah menulis tentang masyakat Melayu tidak endah atau mengabaikan bahasa Melayu telah

menyedarkan beliau bahawa amatlah penting mempelajari bahasa Melayu dengan mendalam

sebelum menguasai bahasa lain atau bahasa asing. Beliau berasa kurang senang dengan sikap

orang Melayu yang tidak mahu mempelajari ilmu baru seperti yang terkandung dalam Hikayat

Abdullah:

Maka jikalau kiranya kukhabarkan sekalian itu (tentang ilmu-ilmu baru seperti kemajuan elektrik) kepada orang-orang Melayu nescaya ditutup telinganya serta menampar mukaku, katanya, “ Terlalu besar bohong.”

(Hikayat Abdullah, 2007: 257 -258)                            iv.            Pandangan terhadap golongan raja dan masyarakat Melayu

Abdullah Munsyi juga ada menyatakan rasa tidak suka atau kurang senang terhadap sikap dan

budaya raja Melayu. Hal ini dapat dilihat dalam Hikayat Abdullah yang menyentuh kehendak

raja yang tidak boleh dihalang yang dapat dilihat dalam halaman 86:

“Dan lagi, kalau ada berharta dan anak perempuan yang baik-baik, jikalau berkenan raja, diambilnya juga; tiada boleh ditahankan atau tiada diberi, disuruhnya tikam mati-mati sahaja.”

(Hikayat Abdullah, 2007: 86)4.3.4 Sistem pemerintahan yang berat sebelahPolitik merujuk kepada sistem pemerintahan. Karya Hikayat Abdullah mempunyai beberapa aspek politik yang ditonjolkan. Yang paling menarik dalam karya ini, Abdullah mengulas dan menceritakan tentang pemerintah beraja yang mana terdapat beberapa elemen yang kurang disenanginya. Sistem pemerintahan di negeri-negeri Melayu menggunakan sistem pemerintahan beraja berkuasa mutlak. Kuasa mutlak ini bermaksud kuasa yang tiada batas atau berkuasa penuh. Seluruh rakyat jelata mesti mentaati raja sepenuh hati. Pada masa yang sama sistem pemerintahan beraja dahulu kala yang dicampurkan dengan adat istiadat yang melampaui batas. Hal ini bertujuan bagi menunjukkan kemuliaan dan membezakan taraf raja dengan rakyat.

Pemerintahan raja berkuasa mutlak pada masa itu, menunjukkan banyak yang berat sebelah ataupun tidak adil. Hal ini dikatakan demikian kerana, segala undanga-undang yang dibuat banyak berpihak kepada golongan raja dan kerabatnya sahaja. Banyak kisah-kisah yang menceritakan hukuman para raja yang tidak adil atau masuk akal. Antaranya seperti di bawah.

Page 45: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

“ Maka setelah sudah berkampung, maka Tuan Raffles pun duduklah dia atas tempat bicara itu, katanya, “ Tuan Sultan dan Temenggung, bagaimanakah adat dalam undang-undang orang Melayu, jikalau seorang rakyat menderhaka kepada seorang rajanya sedemikian ini?” Maka jawab Sultan, “ Tuan kalau adat Melayu, orang itu dibunuh habis-habis dengan anak bininya dan kaum keluarganya. Maka tiang rumahnya dibalikkan dan ke atas bumbung rumahnya ke bawah dan tanah bekas rumahnya itu pun dibuangkan ke laut, adanya”.

(Hikayat Abdullah, 2007:180)Berdasarkan petikan ini maka jelaslah hukuman yang dikenakan kepada rakyat jelata

yang menderhaka kepada raja sangat tidak adil. Sekiranya salah seorang dalam sesebuah keluarga menderhaka kepada raja, maka seluruh keluarga akan dibunuh. Yakni keturunannya mesti dihapuskan. Hukuman ini sangat tidak relevan jika diamalkan pada hari ini.          4.3.5 Kegiatan ekonomi yang pelbagaiPada zaman dahulu, ekonomi sudah menjadi satu pengenalan bagi sesuatu bangsa. Masyarakat Melayu lebih kepada kerja bertani untuk sara diri manakala masyarakat Cina sinonim dengan perniagaan. Walaupun begitu, ekonomi masyarakat Melayu di Melaka dan Singapura tidaklah tertumpu kepada yang diceritakan dalam sejarah. Kisahnya dalam Hikayat Abdullah terdapat masyarakat Melayu yang menceburi bidang perniagaan. Hal ini didorong oleh faktor negeri Melaka yang menjadi pusat pelabuhan warga asing. Oleh hal yag demikian, semua kaum mmengambil kesempatan merebut rezeki yang ada. Semua barang yang mempunyai nilai akan diniagakan.     Pada masa yang sama menjual anak untuk tujuan perubatan juga dijadikan sumber ekonomi. Namun, ini bukanlah sumber ekonomi yang besar kepada masyarakat Melayu ketika itu. Perniagaan ini didorong oleh kepercayaan karut dalam masyarakat Melayu pada ketika itu. Kepercayaan ini dikritik hebat oleh Abdullah sehinggakan beliau mengeluarkan persoalan, adakah dengan sebab menjualkan anak, umurnya akan panjang?“ Bermula, adapun adat menjualkan anak itu bukannya seperti orang menjual hamba, melainkan namanya sahaja, sewang atau lima enam duit, maka duit itu diambil oleh ibu bapanya, dibelikannya penganan atau barang-barang makanan, dimakannya.”

( Hikayat Abdullah, 2007:15)Selain itu, sumber ekonomi lain masyarakat pada zaman Abdullah ini juga ialah

penjualan hamba abdi. Sumber ekonomi ini sangat dikecam oleh Abdullah.“… Jikalau encik turun ke laut itu, ada satu perahu baharu masuk semalam. Ada tiga empat ratus hamba dibawanya.” Maka Cuma-cumalah aku bertanya ini berapa harganya. Maka katanya, “ ini empat puluh itu tiga puluh.” Maka aku berjalanlah.”

( Hikayat Abdullah, 2007:191)Dalam petikan di atas jelaslah salah satu sumber ekonomi masyarakat terdahulu adalah menjual hamba. Hamba-hamba ini terdiri daripada laki-laki, perempuan, kanak-kanak bahkan perempuan mengandung turut dijual. Abdullah sangat mengasihani nasib hamba-hamba tersebut yang diperlakukan seperti binatang.

Page 46: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

4.4 Nilai Ilmu (Hikayat Abdullah)Konsep ilmu menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) ialah pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain. Dari segi istilah, ilmu  merupakan pengetahuan, kepandaian atau kajian tentang sesuatu perkara (mampu menafsir, menganalisa, mengolah maksud yang tersirat dan tersurat disebalik maklumat serta berupaya mengemukakan maklumat baru). Menurut bahasa Arab, perkataan ilmu adalah sama dengan maklumat iaitu Alima bererti mengetahui manakala Al-ilmu bererti pengetahuan. Melalui penggabungan kedua-dua perkataan ini, dalam bahasa Melayu ia disebut sebagai ilmu pengetahuan.

                    i.            Ilmu Jampi

Dalam konteks masyarakat Melayu, Harun Mat Piah (1989) menjelaskan bahawa jampi ialah

semua jenis pengucapan sama ada dalam bentuk prosa atau puisi yang mengandungi tujuan dan

konotasi magis, pengubatan dan perbomohan. Jampi dalam erti kata lain disebut juga sebagai

mantera, serapah, sembur, puja, seru, tangkal dan lain-lain lagi. Haron Daud (2001) pula

menyatakan bahawa jampi ialah semua jenis pengucapan dalam bentuk puisi atau bahasa

berirama yang mengandungi unsur magik dan diamalkan oleh orang tertentu, terutama bomoh

dengan tujuan kebaikan atau sebaliknya. Dalam karya agung Hikayat Abdullah, terdapat

beberapa contoh penggunaan ilmu jampi.

“Maka apabila sangatlah ia hendak merempuh kandang itu rupanya, maka diambil oleh pawang itu sedikit batang pisang dibaca-bacakannya, kulihat dicampakkannya ke dalam kandang itu. Maka berhentilah ia sebab merebut makanan itu.”

(Hikayat Abdullah,2004: 54)                  ii.            Ilmu Firasat

Menurut Kamus Dewan (2008), menyatakan bahawa firasat adalah pengetahuan mengenai tanda-

tanda pada muka (badan dan lain-lain) untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang. Tilikan atau

ramalan ahli nujum itu berkaitan dengan ilmu firasat. Menurut Sulastin Sutrisno, orang yang

mempunyai ilmu itu dapat merasa, melihat atau mengetahui lebih dahulu segala sesuatu yang

akan berlaku. Maksud Firasat dari segi Islam ialah perasaan atau gerakan hati  yang benar atau

tepat kerana mendapat pimpinan dari Allah SWT. Sabda Rasulullah: “Takutlah olehmu firasat

orang mukmin kerana ia memandang dengan cahaya  Allah.” (Hadis Riwayat At Tarmizi). Di

bawah ialah contoh yang menggambarkan Hikayat Abdullah menceritakan,

“Maka sebab sangka itu menjadi banyaklah orang bermimpi berjenis-jenis dan yang ada konon ditampar syaitan, muntah-muntah darah lalu mati, dan yang sakit berjenis-jenis penyakit.”

(Hikayat Abdullah,2004: 45)                iii.            Ilmu pendukunan

Page 47: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), dukun ialah orang yang mengubat orang sakit

atau memberi ubat cara kampung atau tradisional dengan menggunakan bacaan jampi serapah

dan sebagainya. Dukun juga turut dikenali dengan panggilan bomoh dan pawang. Manakala

definisi ilmu pendukunan ialah yang mengenai atau berkaitan dengan pengubatan cara kampung

atau tradisional, yang berkaitan dengan ilmu dukun, di rantau sebelah sini, gejala dan kegiatan

perbomohan atau sudah menjadi rempah dalam kehidupan. Dalam karya Hikayat Abdullah,

terdapat masyarakat pada zaman dahulu yang menggunakan ilmu pendukunan ini. Mereka

menggunakan ilmu pendukunan untuk tujuan yang tertentuDi bawah ialah contoh petikan teks

yang menunjukkan penggunaan ilmu jampi dalam Hikayat Abdullah.

“Syahadan, maka adalah pada masa itu, dalam Melaka datang seorang, iaitu datang dari Terengganu, bernama Pawang Gajah. Maka asalnya ia orang Kedah yang tau pada ilmu gajah dan berbagai-bagai ubatan.”

(Hikayat Abdullah,2004:51).                iv.            Maklumat Tentang Strata Sosial

Stratifikasi Sosial merujuk kepada satu sistem yang mana terdapat pelbagai kategori manusia

dalam sesuatu masyarakat. Stratifikasi sosial masyarakat Melayu yang berperingkat jelas telah

diperincikan dalam Hikayat Abdullah. Dalam karya tersebut, masyarakat Melayu tradisional

dibahagikan kepada dua golongan atau kumpulan iaitu golongan pemerintah dan golongan

diperintah. Golongan pemerintah dan diperintah masing-masing terbahagi pula kepada beberapa

kelompok yang lebih kecil bercirikan taraf, kedudukan, dan peranan yang dapat dimainkan

dalam masyarakat.

a)      Peniaga dan pedagang

Peniaga merupakan salah satu golongan yang termasuk dalam strata sosial dalam Hikayat

Abdullah. Berdasarkan Hikayat Abdullah, didapati bahawa golongan peniaga adalah paling

ramai wujud pada zaman tersebut. Kewujudan para peniaga ini telah melahirkan ramai golongan

orang kaya. Di bawah ialah contoh yang menunjukkan golongan peniaga terdapat dalam strata

sosial dalam Hikayat Hang Tuah.

“Hatta dengan beberapa lamanya ia di sana pekerjaannya sambil berniaga sambil mengajar orang-orang hulu itu daripada hal mengaji dan sembahyang dan sebagainya darihal perkara agama Islam.”

(Hikayat Abdullah,2004:7)b)      Orang Kaya

Orang kaya merupakan golongan strata sosial yang berada di atas golongan peniaga. Golongan

ini yang akan membantu golongan peniaga melariskan hasil jualan mereka. Kebanyakan

Page 48: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

golongan orang kaya ini juga merupakan golongan peniaga. Dalam Hikayat Abdullah, golongan

ini juga tergolong dalam strata sosial pada zaman tersebut. Di bawah ialah contoh petikan teks

yang menunjukkan golongan orang kaya yang terdapat pada zaman tersebut.

“Maka banyaklah mereka itu yang menjadi kaya sebab berniaga dalam Melaka.”

(Hikayat Abdullah,2004:27)

c)      Raja atau Sultan

Raja atau sultan merupakan golongan yang berada di kedudukan paling atas dalam strata sosial

masyarakat Melayu. Golongan sultan merupakan golongan yang paling dihormati dan rakyat

perlu menunjukkan taat setia yang tinggi terhadap sultan. Mereka tidak boleh menderhakai

raja/sultan kerana mereka adalah golongan tertinggi. Contoh golongan raja yang terdapat dalam

Hikayat Abdullah ialah:

“Sebermula, maka segala orang Melaka daripada empat bangsa orang pun terlalu sangat kasih dan setuju berajakan Tuan Farquhar itu.”

(Hikayat Abdullah,2004:51)d)     Masyarakat

Masyarakat Melayu mempunyai adat dan istiadat  yang perlu dipatuhi. Dalam Hikayat Abdullah,

terdapat banyak adat istiadat yang digambarkan dan digunakan oleh masyarakat Melayu pada

zaman dahulu. Di bawah ialah contoh petikan teks yang terdapat dalam Hikayat Abdullah.Adat

istiadat merupakan salah satu kepentingan utama dalam masyarakat Melayu. Adat istiadat ini

dijadikan pegangan yang kukuh kerana adat ini melambangkan maruah orang-orang

Melayu.Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Suatu

perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek bunyinya ia berbeza,

tetapi dari segi pengertiannya, ia adalah konsep yang saling bergantung dan sama.

            Adat seperti yang didefinisikan ialah cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan

sebagainya. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran

berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Dalam Hikayat Abdullah, terdapat banyak adat

istiadat yang digambarkan dan digunakan oleh masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Di

bawah ialah contoh petikan teks yang terdapat dalam Hikayat Abdullah.

“Bermula, adapun adat menjualkan anak itu bukannya seperti orang menjual hamba, melainkan namanya sahaja, sewang atau lima enam duit, maka duit itu diambil oleh ibu bapanya, dibelikannya penganan atau barang-barang makanan, dimakankannya.”

(Hikayat Abdullah,2004: 15)4.5 Seni Kepengarangan “Hikayat Abdullah”

Page 49: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

Berdasarkan Hikayat Abdullah karya Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi, beliau telah menerapkan seni kepengarangan berdasarkan estetik atau keindahan yang berkait-rapat dengan kesan daripada pengalaman, perasaan, pemikiran, imaginasi dan wawasan. Keindahan juga terpancar daripada bahasa yang digunakan pengarang seperti cara pengarang mencerna, mengadun dan mengolah karyanya juga menyerlahkan aspek keindahan. Terdapat hanya empat jenis keindahan yang digarap dalam penulisan karya Hikayat Abdullah iaitu:

                    i.            Keindahan pengalaman

Keindahan pengalaman bergantung kepada keunikan pengalaman iaitu pengalaman yang luar biasa, belum pernah dialami, menarik dan memberi kepuasan kepada pengarang. Antara contoh keindahan pengalaman dalam teks karya Hikayat Abdullah iaitu:“…Maka ada pada suatu hari datanglah jurutulisnya yang bernama Ibrahim itu ke rumahku, duduk-duduk bercakap darihal Tuan Raffles itu hendak mencari jurutulis Melayu yang baik bekas tangannya menul…Maka pada petang itu juga datanglah seorang orang mata-matanya memanggil aku. Maka pergilah aku, lalu katanya, “Encik tulislah surat-surat kiriman ini ke dalam kitab.”…                                                                                                (Hikayat Abdullah, 2004:63)Berdasarkan petikan teks tersebut menunjukkan pengalaman Abdullah sebagai seorang penterjemah. Stamford Raflles yang tiba ke Melaka pada tahun 1810 telah menggaji Abdullah sebagai seorang penterjemah. Beliau telah mencatat serta menyalin cerita sastera dan manuskrip Melayu untuk dikumpulkan oleh Raffles.

                  ii.            Keindahan perasaan

Aspek keindahan juga berkait-rapat dengan kemampuan sesebuah teks itu bagi menimbulkan perasaan gembira, simpati, marah, terharu dan sebagainya. Selain itu, karya tersebut juga dapat menimbulkan perasaan simpati, geram, benci, cemburu dan sebagainya. Terdapat contoh keindahan perasaan dalam teks Hikayat Abdullah iaitu:“...Maka pada tiap-tiap pagi aku pergi mengaji ke tempat belajar dan malam-malam diajar oleh bapaku di rumah. Maka beberapa banyak kena pukul dan tampar dan beberapa papan loh yang pecah-pecah dihempaskan oleh guruku di kepalaku dan beberapa rotan pecah-pecah di tubuhku dan beberapa kali ditangisi oleh bondaku akan daku, sebab banyak kena pukul itu. Maka barangkali jari-jariku bengkak-bengkak kena pukul sebab menulis salah itu. Ketahui olehmu bahawasanya demikianlah susahnya akan mendapat ilmu dan akal itu serta kepandaian dan pelajaran yang baik adanya…”

                                                                                       (Hikayat Abdullah, 2004:19)

Berdasarkan petikan teks tersebut, jelas menunjukkan bahawa dapat menimbulkan perasaan

simpati pembaca kepada Abdullah kerana sikap gurunya yang sering memukul Abdullah tanpa

belas kasihan.

                iii.            Keindahan pemikiran

Page 50: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

Keindahan pemikiran berdasarkan pemikiran atau falsafah hidup pengarang yang ditonjolkan

oleh pengarang dalam karyanya. Pembaca dapat menerapkan dalam kehidupan mereka

berdasarkan pemikiran dan falsafah hidup tersebut. Terdapat contoh teks karya Hikayat Abdullah

yang memaparkan keindahan pemikiran:

…“Jangan baca kitab ini. Buangkan karena ini kitab orang putih. Nanti rosak iman kita. “Maka jawabku kepada mereka itu, “Bagaimana engkau boleh tau ini kitab orang putih? Bukankah ini bahasa Melayu? Dan bolehkah ia ini merosakkan iman kita? Apakah ertinya iman itu?...ertinya iman itu yang kuketahui, percaya. Maka jikalau kiranya aku membaca seribu kitab agama lain-lain, jikalau tiada percaya aku akan dia, bolehkah rosak iman?...Maka diamlah mereka itu…                                                                                               (Hikayat Abdullah, 2004:102)           

Berdasarkan petikan teks tersebut dapat kita lihat bahawa Abdullah seorang yang

berfikiran luas dan tidak berfikiran kolot serta beliau telah membuat kritikan terhadap

masyarakat Melayu pada waktu itu. Hal ini membuktikan kepada kita bahawa perubahan dalam

masayarakat kita berlaku sangat lambat.

                iv.            Keindahan wawasan

Karya yang mempunyai aspek keindahan wawasan dapat dilihat berdasarkan teks yang

dibinanya. Watak-watak yang terdapat dalam karya mempunyai wawasan, cita-cita dan

keazaman yang dapat dijadikan contoh kepada pembaca. Terdapat contoh keindahan wawasan

dalam teks hikayat Abdullah iaitu:

“…Arakian, maka adalah sedikit hari kemudian daripada sudah mati guruku yang mengajar bahasa Melayu itu maka duduklah aku menulis sahaja surat-suratku dengan susah hati dengan tiada belajar. Maka dengan tolong Allah, datanglah seorang orang arab, bangsanya syeikh dan negerinya Yaman. Adapun itu ahli dalam pengajian Qur’an dan namanya Mualim Muhyidin Maka apabila segala orang-orang Melaka mendengar pengajiannya itu, maka masing-masing pun tercenganglah, seperti mendengar bunyi-bunyian syurga, sebab pengajiannya itu serta dengan hukum tajwid dengan panjang pendek, seperti ukurannya...Hatta maka muafakatlah masing-masing dengan membuat perjanjian, barang siapa mengaji setahun, seorang bayar lima ringgit...”

(Hikayat Abdullah, 2004:38)“…Sebermula setelah selesailah aku belajar mengaji Qur’an itu, kemudian daripada sedikit hari pula, bahawa datanglah seorang orang alim, iaitu bangsa ‘Arab lagi sayid namanya Sayid Syeikh bin Alwi, Bafaqih bangsanya. Maka bahawasanya adalah ia itu alim besar dalam bahasa Melayu, istimewa dalam bahasa Arab. Maka apabila datanglah ia ke dalam Melaka, maka masing-masing tercenganglah sebab menegarkan sesuatu masalah yang diuraikannya…Maka itu pun diperbuatlah oleh orang tua-tua bicara kalau barang siapa yang hendak belajar, boleh bayar seorang lima ringgit dalam setahun…”

(Hikayat Abdullah, 2004:39)

Page 51: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

Berdasarkan kedua-dua contoh teks hikayat tersebut dapat difahami bahawa terdapat

kesungguhan dan keazaman yang ditonjolkan oleh Abdullah dan penduduk di negeri Melaka

yang dahagakan ilmu pengetahuan. Mereka sanggup membayar yuran sebagai ganjaran kepada

guru-guru yang tidak putus asa mendidik mereka. Keazaman tersebut boleh dijadikan contoh

kepada para pembaca.

4.6 Seni Bahasa “Hikayat Abdullah”

Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:1326), retorik didefinisikan sebagai teknik

pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan dan pertuturan. Abu Hassan Abdul & Mohd

Rashid Md Idris dalam Seni Mengarang (2013:14) menyatakan bahawa retorik merupakan seni

berbahasa yang sangat mementingkan kesampaian maksud dengan cara manipulasi segala unsur

bahasa sama ada aspek tatabahasa, semantik, estetik dan logik.

            Menurut Abu Hassan Abdul dan Mohd Rashid Md Idris dalam Seni Mengarang

(2013:28-33), retorik terbahagi kepada enam jenis iaitu pemerian, penceritaan, penerangan,

pendedahan, penguhujahan, pemujukan. Terdapat empat aspek retorik yang digarap dalam

Hikayat Abdullah iaitu:

                      i.            Retorik pemerian

Pemerian merupakan penggunaan bahasa yang berbentuk penjelasan atau huraian tentang sesuatu

idea. Bertujuan untuk menyampaikan fakta dan maklumat yang lengkap kepada pembaca atau

pendengar.

…Kawasan itu semak belaka. Hanya di padang itulah tiada berhutan besar, tetapi dipenuhi pokok-pokok ambuing, malapari, bulangan dan tulang-tulang kayu. Di seberang sungai kelihatan pokok-pokok bakau, api-api, buta-buta, jeruju dan tulang-tulangnya sahaja. Ada sebuah bukit yang tinggi di hujung tanjung Kuala Singapura…                                                                                        (Hikayat Abdullah, 2004:161)

                    ii.            Retorik penceritaan

Merupakan satu bentuk penyampaian melalui cerita, sama ada dalam penulisan mahupun lisan.

Di samping itu juga, penceritaan menghubungkan beberapa siri peristiwa yang berkaitan dalam

satu plot logik.

…Tuan Raffles datang ke Melaka. Setelah berbincang dan besetuju, dimintanya Kolonel Farquhar belayar ke Singapura untuk melaksanakan kerja tersebut. Ketika itu Tuan Raffles telah diarahkan pergi ke Aceh oleh Tuan Jenderal untuk mendamaikan pertelingkahan di antara Aceh Pidir dengan Teluk Semawi yang hendak berperang…                                                                                        (Hikayat Abdullah, 2004:155)

Page 52: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

                  iii.            Retorik penerangan

Penerangan tentang sesuatu perkara dengan terperinci daripada satu langkah kepada satu langkah

yang lain. Penerangan berfungsi untuk memberi penjelasan sesuatu perkara yang lebih terperinci

dan tersusun.

…Maka kulihat sifat orangnya pendek dan mukanya bundar dan rambutnya putih dan tubuhnya sederhana…                                                                                          (Hikayat Abdullah, 2004:79)

                  iv.            Retorik pendedahan

Retorik pendedahan adalah untuk mendedahkan sesuatu perkara atau maklumat dengan jelas dan

terperinci. Selain itu juga, digunakan untuk memerihalkan sesuatu yang lebih jelas dan terperinci

untuk memberi idea atau maklumat kepada pembaca atau pendengar.

…Akan tetapi, setelah aku mendapat pelajaran dan akal sedikit-sedikit serta membaca kitab-kitab, tambahan pula telah bercampur-campur dengan orang berakal, orang putih bahawasanya kuketahuilah sekalian itu bohong, lagipun penipu besar, adanya…                                                                                        (Hikayat Abdullah, 2004:114)     Selain itu, etimologi perkataan retorik adalah daripada bahasa Greek iaitu perkataan rethor

yang bermaksud pemidato, dalam bahasa Yunani iaitu perkataan rhetorike yang bermaksud seni

berpidato, dalam bahasa Perancis pula rhetorique dan bahasa Inggeris rhetorik. Mengikut retorik

Melayu Klasik, retorik merupakan peribahasa, pantun, syair gurindam dan sebagainya. Terdapat

beberapa retorik Melayu Klasik dalam karya Hikayat Abdullah seperti:

                                i.            Peribahasa

Peribahasa dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:1185), bermaksud ayat atau kelompok

kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang terntentu. Antara

contoh peribahasa dalam teks karya Hikayat Abdullah iaitu:

a)      “Lihat rupa tulisanmu: Seperti cakar ayam, membuang-buang kertas! Budak-budak kecil pun boleh menulis demikian!”                                                                             (Hikayat Abdullah, 2004:30)

b)      …karena kuketahui perkara itu oleh sebab melihat tabiat dan kelakuannya dua laki isteri telah berpatutanlah, yang telah dijodohkan Allah: Seperti susu dengan sakar, seperti cincin dengan permata, adanya. Seperti kata arif: Dapat tiada pohon yang baik itu ahirnya memberi buah yang baik juga.

           (Hikayat Abdullah, 2004:332)                              ii.            Pantun

Pantun dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:1137), bermaksud puisi lama yang biasanya

terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap. Dua baris pertama merupakan pembayang

Page 53: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

maksud dan  yang selainnya mengandungi maksudnya. Terdapat beberapa contoh pantun dalam

petikan teks Hikayat Abdullah iaitu:

a)      Pantun berkaitan tanggungjawab suami dan isteri:

                 Puyu-puyu konon namanya,                             Di dalam kolam konon tempatnya;                 Cantik manis barang lakunya,                             Serta dengan budi bahasanya.

                 Dalam kolam konon tempatnya,                             Dipijak oleh laksamana;                 Canti manis barang lakunya,                             Serta dengan kebijaksanaanya.

             (Hikayat Abdullah, 2004:70)b)      Antara rangkap pantun “Tuan Raffles Dua Laki Isteri:

Burung bilibis di atas lantai,     Buah rambai dalam padi;Tuan Raffles orang yang pandai,     Tahu sungguh mengambil hati.

Buah rambai buah padi,     Lazat cita pula rasanya;Pandai sungguh mengambil hati,     Serta dengan budi bahasanya.                                                                           (Hikayat Abdullah, 2004:206)

Tambahan lagi, terdapat juga pengaruh bahasa asing dan penggunaan bahasa istana dalam karya Hikayat Abdullah. Antaranya seperti yang berikut:

                                            i.     Bahasa asing

a)      Bahasa Inggeris

Sebermula maka tersebutlah perkataan “chapel” atau tempat sembahyang orang putih di Melaka.

(Hikayat Abdullah,2004:253)Chapel bermaksud gereja kecil.

Maka itulah kami ada berbuat chartnya di kapal.(Hikayat Abdullah,2004:261)

Maksud chart ialah carta, rajah atau peta.

                                        

Page 54: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

b)      Bahasa Arab

Maka dalam segala hal yang tersebut itu telah yakin hatiku mengatakan bahawa dapat tiada adalah juga beberapa kesalahan dalamnya daripada khilaf atau lupa...

               (Hikayat Abdullah, 2004:7)Maksud perkataan khilaf ialah salah kerana kecuaian, kurang pengalaman, keliru, atau silap.

c)      Bahasa Jawa

Bahawa maka adalah kepada tatkala Hijrah sanat 1256 tahun kepada lima likur hari bulan  Sya’ban al-Mukarram, iaitu kepada dua likur..

(Hikayat Abdullah, 2004:3)

Likur bermaksud untuk menyatakan bilangan antara 20 dan 30.

d)     Bahasa Indonesia- Belanda

…kemudian datang pula perintah lagi dari Betawi menyuruhkan bapaku pergi Riau menjadi tolok, iaitu jurubahasa dan jurutulis bahasa Melayu.

             (Hikayat Abdullah, 2004:10)

Tolok pula bermaksud jurubahasa. Dalam bahasa Belanda disebut tolk.

e)      Bahasa Indonesia

Dan lagi pula, kebanyakan orang yang bebal yang tiada berbatu uji di tangannya, apabila ia mendengar cakap orang berbaga-bagai itu…

              (Hikayat Abdullah, 2004:4)

Cakap bermaksud sanggup, boleh, mampu, pandai melakukan sesuatu atau cekap.

f)       Bahasa Portugis

…maka baharulah dihantarkannya kepada piskal, kemudian kepada feitor, kemudian baharulah masuk ke dalam justisa.

             (Hikayat Abdullah, 2004:27)Feitor bermaksud jawatan seorang pegawai rendah Syarikat Hindia Timur Inggeris. Kemudian

digunakan untuk jawatan hakim mahkamah daerah.

                                     ii.          Kata pangkal ayat

a)      Maka sebab itu tiadalah diperasakan oleh mereka itu darihal mencari kehidupan masing-masing dengan bersakit          (Hikayat Abdullah, 2004:266)5.0 Kesimpulan

Pelbagai isi dan mesej yang disampaikan melalui Hikayat Abdullah memberi pelbagai manfaat

kepada para pembaca. Selain itu, adat yang sering diamalkan oleh masyarakat pada zaman

dahulu dapat diketahui dan dipelajari misalnya adat menjual anak, adat melepaskan anak

Page 55: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

mengaji, dan adat makan dalam masyarakat Hindu. Pandangan hidup mengenai bahasa Melayu

juga merupakan salah satu perkara yang harus dibanggakan oleh bangsa Melayu. Dalam Hikayat

Abdullah ini juga ilmu yang diamalkan dalam masyarakat haruslah dibanggakan. Budaya yang

diamalkan oleh abdullah amatlah dibanggakan melalui penglibatan Abdullah dalam mempelajari

bidang bahasa Melayu sehingga beliau berjaya mewarisi ilmu-ilmu tersebut daripada guru-

gurunya. Hal ini adalah sesuatu yang luar biasa kerana, kebanyakan individu pada masa itu tidak

mempelajari bahasa Melayu. Mereka menganggap, bahasa Melayu merupakan bahasa mereka

sendiri dan mereka tidak perlu mempelajarinya lagi. Teknik kepengarangan yang digunakan oleh

penulis juga membolehkan pembaca memahami mesej yang ingin disampaikan dengan lebih

jelas. Hal ini demikian kerana, dalam Hikayat Abdullah ini terdapat beberapa jenis puisi yang

digunakan misalnya pantun bagi membolehkan mesej yang disampaikan lebih menarik.

Page 56: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

ANALISIS SINTAKSIS

Kajian saya terhadap buku Hikayat Abdullah dan Sejarah Melayu versi Shellabear mendapati

mempunyai sintaksis yang berbeza. Buku Sejarah Melayu ini, keseluruhannya menggunakan

bahasa Melayu klasik. Perkembangan sintaksis dalam buku Hikayat Abdullah banyak

menggunakan watak ‘Aku’ iaitu Abdullah Munsyi sebagai watak yang menceritakan kisah

daripada mula sehingga akhir Manakala , Hikayat Abdullah telah menggunakan bahasa Melayu

moden jika dibandingkan dengan buku Sejarah Melayu versi Shellabear. Ayat yang digunakan

dalam buku ini menggunakan ayat yang mudah difahami dan jelas menyampaikan jalan cerita

dengan baik. Kedua-dua buku ini bagai sebuah kitab dulu dan kitab yang sekarang. Perbezaan

cara penyampaian ceritanya .

Penggunaan ayat songsang juga banyak ditulis oleh Abdullah mengikut kesesuaian ayat yang

dikarang tetapi masih boleh difahami oleh pembaca. Ayat biasa pula secara keseluruhannya

sedikit daripada ayat songsang yang digunakan Abdullah. Dalam buku karangan Abdullah

Munsyi ini juga, perkataan kata kerja pasif banyak terdapat dihadapan ayat. Contohnya, ‘Ditulis

surat itu oleh Tuan Farquhar’. Selain itu, ayat majmuk yang menggunakan kata majmuk kurang

ditulis oleh Abdullah dimana di dalam buku ini susah hendak menemukan ayat majmuk.

Kebanyakkannya menggunakan kata hubung dan, serta dan lalu sahaja. Perkembangan ayat

majmuk seperti bahasa melayu moden kini masih belum berkembang pada zaman Abdullah

Munsyi.

Dalam buku Hikayat Abdullah ini, Sesetengah ayat yang digunakan amat rumit untuk pembaca

memahaminya , Contohnya ‘Maka jawabnya,”tuan sahayalah cakap membawa jalan kepada

susunan itu, tetapi tuan sekarang ada penuh kapal- kapal Inggeris pada segenap jajahan tanah

Jawa itu menjaga, tiadalah boleh masuk dan keluar barang perahu atau kapal kecil dan lagi

pula Holanda itu pun terlalu keras kawalnya, serta dengan cemburunya.’ ( halaman 69). Jika

dibaca sekali imbas , penulis menyelitkan maksud tersurat di sebalik ayat yang dugunakan .

Aspek tatabahasa turut memberi sumbangan terhadap perkembangan bahasa Melayu

terutamanya penggunaan imbuhan. Keadaan yang sama juga terjadi bagi proses morfofonemik,

penggandaan dan pemajmukan. Dari segi sintaksis pula, ayat-ayat yang terkandung dalam

bahasa ini terdiri daripada empat pola ayat dasar iaitu ayat tunggal, ayat majmak, ayat

kompleks dan ayat pasif.

Page 57: Sinopsis hikayat abdullah munsyi

Kesimpulannya, karya Sejarah Melayu ini telah membawa satu perubahan dalam penulisan

bahasa Melayu. Penulis telah menunjukkan kemajuan dalam banyak perkara seperti

penggunaan ejaan, kosa kata baru dan perubahan dari segi tatabahasanya pada zamannya.

Hal ini telah menunjukkan kebijaksanaan dan kreativiti beliau sebagai seorang pengkarya.

Beliau telah mengubah bahasa malayu klasik kepada bahasa melayu yang lebih moden.

Perubahan ini boleh dijadikan sebagai batu loncatan kepada Bahasa Melayu itu sendiri.