sinopsis

6
Sinopsis Kapten Mamat terkenang kembali peristiwa anak kapalnya, Baharum yang telah terjatuh dari tiang agung lalu mati serta merta. Baharum meninggalkan seorang balu dan dua orang anak. Kebelakangan ini, nama Kapten Mamat agak harum. Kisah kehidupannya di laut terpampang di akhbar. Dia seorang kapten yang telah banyak berjasa. Peristiwa yang paling pahit baginya ialah kematian Baharum. Kapten Mamat tidak sanggup melihat penderiaan batin balu Baharum. Dia tidak sanggup menghadapi anak lelaki Baharum yang bertanya-tanyakan bapanya. Dia tidak sanggup melihat wajah dan tangisan mereka. Balu Baharum, Masnah tidak sanggup melihat anak-anaknya menjadi kelasi. Kapten Mamat cuba menenangkan hatinya dengan memberitahu Masnah bahawa nasibnya, anak-anaknya akan diperjuangkan oleh kesatuan. Mereka akan dibayar pampasan. Namun begitu, Masnah risau akan masa hadapan anak-anaknya yang tidak terjamin. Kapten Mamat telah menasihatkan Masnah dengan menyatakan bahawa ajal suaminya, Baharum telah ditakdirkan Tuhan. Hajat Baharum untuk mati dilaut kempunan. Kapten Mamat memuji Baharum yang berkhidmat kepada bangsa dan negaranya. Jiwa Masnah tertekan. Isteri Kapten Mamat cemas melihat keadaan Masnah. Masnah asyik menyatakan bahawa, sekiranya suaminya tidak menjadi kelasi, sekiranya dia tidak memanjat tiang ketika laut bergelora, suaminya akan masih bernyawa. Kemudian Masnah pengsan. Sudah empat kali Masnah pengsan. Isteri Kapten Mamat mencadangkan agar khimat bomoh digunakan untuk mengubati Masnah tetapi Kapten Mamat tidak bersetuju. Kata Kapten Mamat, Masnah Cuma diserang panah hangat. Dia mengarahkan isterinya supaya member Masnah minum air suam apabila dia sedar nanti. Masnah perlu banyak berehat. Sesudah pulih, Masnah memberitahu hajatnya untuk membawa anak-anaknya pulang ke kampong halaman. Masnah merasakan bahawa penyakitnya susah dipulihkan. Kapten Mamat menasihatinya agar mendapatkan khidmat doktor.

Upload: sweetareda2301

Post on 29-Sep-2015

234 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Sinopsis cerita

TRANSCRIPT

Sinopsis Kapten Mamat terkenang kembali peristiwa anak kapalnya, Baharum yang telah terjatuh dari tiang agung lalu mati serta merta. Baharum meninggalkan seorang balu dan dua orang anak.

Kebelakangan ini, nama Kapten Mamat agak harum. Kisah kehidupannya di laut terpampang di akhbar. Dia seorang kapten yang telah banyak berjasa. Peristiwa yang paling pahit baginya ialah kematian Baharum.

Kapten Mamat tidak sanggup melihat penderiaan batin balu Baharum. Dia tidak sanggup menghadapi anak lelaki Baharum yang bertanya-tanyakan bapanya. Dia tidak sanggup melihat wajah dan tangisan mereka.

Balu Baharum, Masnah tidak sanggup melihat anak-anaknya menjadi kelasi. Kapten Mamat cuba menenangkan hatinya dengan memberitahu Masnah bahawa nasibnya, anak-anaknya akan diperjuangkan oleh kesatuan. Mereka akan dibayar pampasan. Namun begitu, Masnah risau akan masa hadapan anak-anaknya yang tidak terjamin.

Kapten Mamat telah menasihatkan Masnah dengan menyatakan bahawa ajal suaminya, Baharum telah ditakdirkan Tuhan. Hajat Baharum untuk mati dilaut kempunan. Kapten Mamat memuji Baharum yang berkhidmat kepada bangsa dan negaranya.

Jiwa Masnah tertekan. Isteri Kapten Mamat cemas melihat keadaan Masnah. Masnah asyik menyatakan bahawa, sekiranya suaminya tidak menjadi kelasi, sekiranya dia tidak memanjat tiang ketika laut bergelora, suaminya akan masih bernyawa. Kemudian Masnah pengsan. Sudah empat kali Masnah pengsan.

Isteri Kapten Mamat mencadangkan agar khimat bomoh digunakan untuk mengubati Masnah tetapi Kapten Mamat tidak bersetuju. Kata Kapten Mamat, Masnah Cuma diserang panah hangat. Dia mengarahkan isterinya supaya member Masnah minum air suam apabila dia sedar nanti. Masnah perlu banyak berehat.

Sesudah pulih, Masnah memberitahu hajatnya untuk membawa anak-anaknya pulang ke kampong halaman. Masnah merasakan bahawa penyakitnya susah dipulihkan. Kapten Mamat menasihatinya agar mendapatkan khidmat doktor.

Apabila diperintah, Kapten Mamat akan belayar mengikut jadual, belayar dari satu pelabuhan ke satu pelabuhan tanpa mengambil kira keadaan laut. Kapal Kapten Mamat digunakan untuk mengangkut dan memunggah barangan keperluan beribu-ribu manusia.

Apabila menjalankan tugasnya di kapal, Kapten Mamat akan terkenangkan Baharum. Baharum mati awal seperti banyak lagi manusia yang mati awal. Bagi Kapten Mamat, kematian tidak dapat dielakkan. Kata isteri Kapten Mamat, selagi manusia masih hidup, manusia akan menanggung beban kehidupannya. Akhirnya Masnah menerima hokum alam. Dia menerima apa-apa yang terjadi adalah lumrah kehidupan.

Tema

Tanggungjawab pada amanat kehidupan yang terpaksa dilalui oleh Kapten Mamat dan Masnah atas ketentuan Ilahi. .Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kematian Baharum, suami Masnah. Baharum yang menjadi kelasi kapal yang diketuai oleh Kapten Mamat telah meninggal dunia kerana terjatuh dari atas tiang agung ke atas geladak.Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kehidupan Masnah dan dua anaknya setelah kematian Baharum.Masnah terpaksa bertanggungjawab terhadap kehidupan diri dan dua orang anaknya setelah kehilangan suaminya..

Persoalan Kesedihan akibat kematian suamiPersoalan kesengsaraan hidup janda setelah kematian suami. Masnah terpaksa mengharungi kehidupan tanpa seorang suami.

Bersalah menghantui jiwaPersoalan rasa bersalah yang menghantui jiwa. Kapten Mamat rasa bersalah kerana Baharum,, suami Masnah telah menemui ajal di atas kapal yang diterajuinya. Simpati atas penderitaan hidup orang lainPersoalan simpati atas penderitaan hidup orang lain. Isteri Kapten Mamat simpati terhadap penderitaan yang ditanggung oleh Masnah setelah kehilangan suami .

Keredhan manghadapi ketentuan illahiPersolan keredhaan menghadapi ketentuan Allah. Masnah akhirnya reda dengan ketentuan Allah, iaitu setiap yang hidup pasti akan mati.

PlotSecara keseluruhannya, plot drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

(i) Permulaan

Plot dimulakan dengan memperkenalkan Kapten Mamat yang sedang duduk berehat di rumahnya ketika cuaca panas terik dengan tidak berbaju sambil terkenangkan peristiwa kematian Baharum, seorang kelasi yang terjatuh dari atas tiang geladak lalu terhempas ke petak besi dan mati serta-merta.

(ii) Perkembangan

Kapten Mamat terus mengimbas kembali suasana ketika tragedi itu berlaku. Dia terkenangkan anak-anak yang menjadi yatim dan isteri yang menjadi balu terutamanya isteri Baharum. Dia juga mengimbas kembali saat-saat getir ketika menjalankan tugas syarikat semasa menjadi Kapten kapal. Tiba-tiba dia dikunjungi Masnah dan anaknya. Masnah masih merengek-rengek bertanyakan hal ayahnya yang sudah meninggal dunia sambil dipujuk Masnah. Memandangkan anak Masnah yang menangis itu cukup menyentuh hati lelakinya.

(iii) Konflik

Pada peringkat ini konflik timbul akibat Kapten Mamat yang cuba menasihati dan memberikan motivasi kepada Masnah agar jangan terlalu mengikut perasaan sedih setelah kematian suami kerana nasibnya sedang diperjuangkan oleh kesatuan. Ketika dialog berlangsung, Masnah menegaskan bahawa dia tidak mahu anak-anaknya bekerja di atas kapal seperti bapa mereka.

(iv) Klimaks

Percakapan antara Kapten Mamat dan Masnah telah memberikan tekanan terhadap dirinya sehingga dia telah pitam tambahan pula dalam cuaca yang panas terik ketika itu. Keadaan agak cemas namun Kapten Mamat berjaya memulihkan Masnah berdasarkan pengalamannya ketika mengemudi kapal walaupun Masnah pulih buat sementara waktu.

(v) Peleraian

Peringkat peleraian berlaku selepas Masnah sedar dari pitam dan Kapten Mamat berjanji untuk membela nasibnya di samping menasihatinya agar membuat pemeriksaan doktor. Masnah pula menyatakan hasratnya untuk pulang ke kampung dan digambarkan dia mula menerima takdir Allah.

Teknik Plot

1. Imbas kembaliKapten Mamat mengingat kembali bagaimana kecelakaan berlaku dalam kapalnya. Baharum seorang kelasi terjatuh atas tiang agung ke atas geladak.

2. SuspensPerkhidmatannya tidak berpanjangan dan itu sebabnya dia dilupakan. Tetapi saya berasaskan sesuatu yang kejam berlaku terhadap suami saya dan kekejaman itu berpanjangan kepada anaknya.

Watak utama

Kapten Mamat-Bekerja sebagai kapten kapal-Seorang pesara.-Seorang yang prihatin terhadap masalah anak buahnya. Kapten Mamat prihatin terhadap nasib yang menimpa Masnah sekeluarga setelah kematian suaminya Baharum.-Berasa bertanggungjawab atas kematian Baharum. Kapten Mamat berjanji kepada Masnah bahawa selagi dia masih hidup keluarga Masnah tidak akan dipersiakan .

Watak sampinganMasnah-Janda Baharum-Mempunyai dua orang anak.-Seorang yang setia dan penyayang terhadap suami dan anak-anaknya. Masnah amat menyayangi suaminya meskipun Baharum sudah meninggal dunia.-Hidup susah selepas kematian suami. Masnah merasa keperitan hidup setelah dia kehilangan suami yang menjadi tempat bergantungnya selama ini.Isteri Kapten Mamat-Simpati kepada nasib orang lain. Dia amat simpati terhadap nasib yang menimpa Masnah.-Percaya kepada perubatan bomoh. Dia menyuruh suaminya memanggil bomoh untuk mengubati penyakit yang dihidapi oleh Masnah.

Bahar-Anak Baharum-Masih kecil, tetapi sudah boleh bercakap.

LatarPernyataanHuraian

Latar masaTengah hariCuaca panas terik dan berangin sehingga langsir rumah Kapten Mamat berterbangan dan dia membuka baju

Latar tempatRumah Kapten MamatMasnah dan anak-anaknya berkunjung ke rumah Kapten Mamat

Kapal

Baharum mati di atas kapal yang diketuai oleh Kapten Mamat

Latar masyarakatMasyarakat yang cekap menghadapi cabaranKapten Mamat berjaya menghadapi situasi cemas ketika Masnah pitam

Masyarakat yang bertanggungjawabKapten Mamat bertanggungjawab membantu Masnah dan anak-anaknya melalui kesatuan

Masyarakat yang sukar menerima kenyataanMasnah pada mulanya sukar untuk menerima kematian suaminya

Masyarakat yang redha dengan ketentuan IllahiMasnah akhirnya menerima kematian suaminya dengan redha

Masyarakat yang baik hatiKapten Mamat melayan Masnah dan anak-anaknya dengan baik

Gaya Bahasa

1. Kata ganda .Contoh: :tulang-tulang.

2. Simpulan bahasaContoh : tulang belakang, mengikat perut.

3. Penggulangan kataContoh ; yang malang, yang melinang air mata, yang menanggung rindu.

4. PersonifikasiContoh : badannya dihembus angin.

5. SimileContoh ; jantung saya terasa bagai ditikam-tikam

Nilai

1. Nilai keberanian contohnya Pak Husain berani menghadapi tentera Jepun.2. Nilai kebijaksanaan, contohnya Pak Husain bijak menggunakan tipu daya untuk menyelamatkan diri daripada askar Jepun.3. Nilai kasih sayang, contohnya Mak Da yang menangisi kehilangan Pak Husain ketika mereka berpindah.4. Nilai patriotisme, contohnya Pak Husain yang sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankan tanah air.

Pengajaran

Kita hendaklah bersimpati atas nasibmalangyang menimpa ahli keluarga dan juga sahabat handai. Contohnya Kapten Mamat yang bersimpati dengan nasib Masnah dan anak-anaknya setelah kematian Baharum. Kita hendaklah saling menyayangi antara suami isteri. Seorang isteri hendaklah mengasihi suaminya yang dikahwini sepenuh hati. Contohnya Masnah tetap mengasihi suaminya walaupun suaminya telah pergi buat selama-lamanya. Kita mestilah menjadi pemimpin yang memiliki keberanian terutama dalam keadaan genting. Contohnya Kapten Mamat yang bijak mengemudi kapal di lautan terutama ketika laut bergelora.