seni barat

Click here to load reader

Post on 29-Sep-2015

348 views

Category:

Documents

17 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

psv 3103

TRANSCRIPT

SENI BARATSeni Barat ini bermula sejak zaman Pra Sejarah lagi. Menurut Sarah P dan Duane P (1995) di dalam buku mereka memberikan tafsiran bahawa Seni Pra Sejarah itu adalah merupakan rakaman peristiwa tentang manusia dan aktiviti mereka di masa lampau. Rakaman peristiwa dan aktiviti yang berlaku itu terjadi serentak dan tempatnya sahaja yang berbeza. Zaman Pra Sejarah ini terbahagi kepada 3 zaman yang utama iaitu Zaman Peleolitik (35 000- 8000 sebelum Masihi), Zaman Mesolitik (25 000-8000 sebelum Masihi) dan Zaman Neolitik (1500-6000 sebelum Masihi). Zaman PaleolitikPada zaman Paleolitik, mereka sudah mula menghasilkan hiasan diri dengan menggunakan tebukan pada tulang serta di pasang tali untuk digantungkan di leher dan di telinga. Di samping itu juga mereka juga mula melakar dan melukis di dinding-dinding gua batu sebagai ritual kepercayaan dan amalan yang mendorong kepada aktiviti pemburuan. Sebagai contoh catan gua yang dipercayai terawal ditemui adalah di Gua Lascaux berhampiran dengan bandar Montignac di bahagian Selatan Perancis. Selain daripada Gua Lascaux catan gua yang terawal ditemui juga di Gua Altamira di Utara Sepanyol. Subjek-subjek utama yang menjadi hiasan catan gua pada zaman ini ialah bison, mammoth, ibex dan kuda. Terdapat juga imej figura manusia digunakan tetapi sebagai imej sampingan yang dilukis bersaiz kecil sahaja berbanding dengan subjek-subjek utama. Selain daripada catan pada zaman ini juga terdapat arca-arca yang telah mereka hasilkan dengan menggunakan batu-batu dan juga tulang-tulang binatang. Contoh arca yang terawal ditemui ialah Venus of VillendorfZaman Mesolitik Pada zaman Mesolitik, mereka juga menghasilkan catan di dalam gua yang mereka diami. Subjek-subjek yang digunakan juga hamper sama dengan zaman Paleolitik iaitu seperti imej-imej bison dan ibex. Pada zaman Neolitik juga menghasilkan hasil seni yang berbentuk catan namun terdapat sedikit perbezaan berbanding zaman-zaman sebelumnya.Catan-catan yang dihasilkan menggunakan warna. Mereka telah mula menghasilkan warna sendiri dengan menggunakan bahan-bahan galian. Arca juga dihasilkan menggunakan tanah liat dan batu kapur dan arca-arca yang dihasilkan ialah figura yang berbentuk wanita. Ia dikatakan lambing kepada Dewi Kesuburan yang menjadi kepercayaan mereka. Pada zaman Neolitik juga,masyarakatnya juga mula membuat binaan yang bersaiz besar. Kebanyakan seni binanya berbentuk kepada tugu peringatan. Contohnya Stonehenge yang terletak di Salisbury Plain, Wiltshire di England.Zaman Yunani Seni pada zaman Yunani terbahagi kepada 3 zaman iaitu Zaman Arkaik (650-480 Sebelum Masihi), Zaman Klasikal (480-323 Sebelum Masihi) dan Zaman Hellenistik (323-31 sebelum Masihi). Pada zaman Arkaik, kebanyakan pelukis pada zaman ini menzahirkan karya-karya mereka pada permukaan pasu yang dibuat daripada seramik dan juga pada panel-panel pada dinding. Pada zaman ini juga pelukis menghasilkan karya berdasarkan kepada pemerhatian secara terus pada subjek daripada pemerhatian yang menyeluruh. Selain itu juga, pada zaman ini juga telah muncul satu teknik baru dalam menghasilkan catan pada pasu yang dikenali sebagai Red Figure.Pelukis bertanggungjawab dalam memperkenalkan teknik Andokides. Gaya teknik ini adalah di mana beliau mewarnakan latar belakangnya kehitaman manakala objek atau figuranya diwarnakan dengan kemerah-merahan.Penghasilan arca pada zaman ini juga tidak kurang hebatnya.Arca yang dihasilakan dibuat daripada ukiran batu dan tembaga yang dibentuk melalui acuan (bronze casting). Kebanyakan arca yang dihasilkan pada zaman ini bertemakan figura manusia dan bersaiz sebenar.(life-size). Arca-arca yang dihasilkan juga berbentuk manusia tanpa pakaian (nude figure sculpture). Kebanyakan arca-arca figura ini adalh gambaran pemuda Greek yang berbentuk gagah perkasa yang dipanggil Kouros. Pada zama Klasikal merupakan zaman kesempurnaan dalam penghasilan seni arca. Seni catan kurang menyerlah pada zaman ini. Di mana zaman ini arca yang dihasilkan adalah lebih sempurna dari segi anatomi dan ketepatan bentuk manusia. Kebanyakan arca-arca yang dihasilkan adalah lebih ideal dan natural berbanding dengan zaman Arkaik dimana pengarca kurang memberi penekanan kepada yang teliti pada bentuk dan anatomi figura. Sebagai contoh Warrior adalah salah satu contoh arca berbentuk figura manusia yang dihasilkan begitu ideal dan sempurna sekali. Arca ini dihasilkan dengan menggunakan tembaga.Kebanyakan pengarca pada zaman klasikal ini menggunakan tembaga dan batu marmar unutk menghasilkan karya-karya mereka. Seperi juga zaman Arkaik,arca-arca yang dihasilkan bertemakan figura manusia yang berbogel. Pada zaman ini,terdapat pengarca yang sangat terkenal iaitu Myron,Polyclitus dan Phidias. Pada zaman Hellenistik, bermulanya isu nilai-nilai estetika yang diperkatakan oleh golongan cerdik pandai. The Laocoon Group adalah arca yang terkenal pada zaman ini.Pengarca dan pelukis pada zaman ini menghasilkan karya berdasarkan aktiviti harian, sejarah, mitos, juga potret yang menjadi lambing kemegahan dan kebanggaan golongan bangsawan. Secara keseluruhannya boleh dikatakan pada zaman Hellenistik adalah zaman kesempurnaan dan ideal dalam herarki zaman Yunani. Ia juga menunjukkan tentang hasil seni dan seni binanya adalah dinamik dan lebih menyerlah berbanding dengan zaman Arkaik dan zaman Klasikal sebelum ini. Di antara bangunan yang mempunyai reka bentuk yang menarik ialah Partheon yang terletak di Acropolis, Athens. Athens adalah merupakan pusat perkembangan seni, sastera, seni bina, ilmu falsafah dan juga pusat pentadbiran kerajaan. Reka bentuknya adalah berdasarkan pada struktur reka bentuk kuil tradisi di mana asas binaannya berdasarkan pada kolum-kolum yang menegak sebagai tiang sokongan utama iaitu Kolum Doric, Kolum Ionic, dan Kolum Corinthian.Zaman Roman (Rumawi) Seni Roman (Rumawi) adalah merupakan seni yang lahirnya di bawah pemerintahan Rumawi. Zaman ini adalah merupakan zaman bagi ekpresi seni yang mempunyai nilai-nilai estetika yang sangat tinggi.Ianya adalh merupakan gabungan di antara dua zaman iaitu Zaman Republik dan Zaman Empayar. Di zaman ini juga rata-rata pengkarya menghasilkan karya berdasarkan pada kemuliaan,keutuhan dan keteguhan empayar Rom itu sendiri. Ianya amat berbeza sekali daripada Zaman Yunani yang lebih mementingkan kepada kehidupan dan perkembangan setempat.Pelukis-pelukis pada zaman Roman ini juga menggabungkan berbagai-bagai unsur dan elemen tambahan bagi menampakkan kesan-kesan kemewahan yang berlebihan. Catan dinding seperti Roman Wall Detail of West in a Villa at Boscoreale yang menggunakan bahan fresco ini dihasilkan dengan gaya dan persembahan Roman yang begitu tipikal sekali. Dalam catan dinding ini unsurunsur penggunaan perspektif lansung tidak diberikan penekanan bagi menunjukkan ruang di antara Latar Depan, Latar Tengah dan Latar Belakang. Pelukisnya hanya menggunakan saiz objek sahaja bagi menunjukkan ketiga-tiga latar ini. Dalam catan dinding ini apa yang dilukis cuba diketengahkan adalah jalinan diantara rupa, paten, warna dan kepelbagaian saiz objek daripada menunjukkan ruang ilusi 3 dimensi(3D). Empat gaya utama yang diberikan penekanan dalam penghasilan catan dinding pada zaman ini ialah Incructation, Architectural, Omate, Intricate. Selain daripada seni catan seni arca juga merupakan salah satu cabang karya seni sangat popular di zaman Roman ini. Berdasarkan sikap Rome yang begitu kuat serta cenderung kepada materalistik dan mahukan secara praktikal ianya sedikit sebanyak mempengaruhi penghasilan arca pada zaman ini. Kebanyakan arca-arca yang dihasilkan adalah bermotifkan potret individu, yang mana ia dihasilkan begitu teliti dan sempurna sekali peniruannya. Kualiti pada zaman Roman ini begitu mementingkan mutu penghasilannya, ini jelas sekali boleh dilihat pada arca yang berjudul Female Potrait yang menggunakan batu marmar dan bersaiz sebenar. Seni bina adalah pencapaian terbaik pada zaman roman ini.Rata-rata reka bentuk binaan bangunannya adalah banyak dipengaruhi dan didominasikan oleh gaya seni bina zaman Yunani. Kebanyakan bangunan-bangunan yang dibina adalah berkonsepkan rugu peringatan sebagai tanda kekuatan, kebesaran dan kemasyuran empayar Rome. Pada zaman ini arkitek-arkiteknya tidak menggunakan batu marmar seperti zaman Yunani.Ia sangat mahal dan susah diperoleh.Konkrit digunakan secara meluas kerana ianya mudah diperolehi. Pada peringkat awal mereka cuba mencipta bahan-bahan konkrit daripada campuran pazzonala iaitu sejenis batu yang diperolehi daripada kawasan gunung berapi dan mencampurkannya dengan batu kapur. Mereka menggunakan bahan campuran ini untui membina tembok, kubah dan juga lengkungan pada bumbung bangunan yang dibina. Diantara jenis-jenis seni pada zaman Roman ini adalah seperti kuil-kuil ibadat, apartment, Bath, Amphiteater, Jambatan, Basilica dan Truimphal Arch. Bahan-bahan yang digunakan untuk membina amphiteater ini terdiri daripada batu dan tufa. Di bahagian luar bangunan ini terdapat banyak kolum-kolum lurus dibina bagi menyokong struktur binaannya. Kolum-kolum ini bercirikan pada zaman Yunani. Ampiteater ini juga boleh menampung penonton sehingga 50000 orang. Di bahagian dalamnya terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu Arena, Porodium, dan Cavea. Zaman Renaissance Renaissanse membawa maksud kebangkitan dan kelahiran semula seni dari zaman Yunani dan zaman Rumawi. Seni dari zaman Renaissanse ini juga merupakan reaksi dan juga tindak balas terhadap Zaman Pertengahan. Kebanyakan karya yang dihasilkan pada zaman ini melibatkan tema-tema keagamaan yang terdapat dalam Bibble(keagamaan), mitologi, sejarah, potret dan juga tubuh badan manusia. Seni zaman Renaissane terbahagi kepada tiga zaman utama iaitu Zaman Awal Renaissance, Zaman Kegemilangan Renaissance, dan Zaman Akhir Renaissance. Pada zaman awal Renaissance, Giotto di Bonde adalah perintis serta pembaw