seminar pendidikan kebangsaan ukm 2015- peluang dan cabaran

5
Peluang dan Cabaran Pelaksanaan Mata Pelajaran TMK Tahun 6 : Perkongsian Pengalaman 1 Mohamed Nazul Ismail, 2 Mahamsiatus Kamaruddin, 3 Nor ‘Aini Mohamed Nor 1,2 ,3 Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik [email protected] Abstrak Pelaksanaan mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam kurikulum di sekolah membawa cabaran kepada guru dan pelajar. Mata pelajaran TMK bukan lagi bersifat mengintegrasikan penggunaan perisian dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP), tetapi berkonsepkan penyelesaian masalah dengan memanfaatkan pemikiran komputasional. Pelaksanaan TMK di sekolah rendah diajar oleh guru yang diberikan kursus khas mengenai pelaksanaan kurikulum TMK oleh Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK). Namun sejauh mana kursus tersebut mampu meningkatkan kelancaran guru mengajar TMK dan menjadikan pelajar di sekolah kompeten TMK jarang dibincangkan. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengemukakan peluang dan cabaran pelaksanaan kursus yang dijalankan berdasarkan pengalaman JUK kepada bakal guru TMK yang mengajar salah satu tajuk dalam kurikulum TMK iaitu ‘Pengaturcaraan Scratch’ kepada pelajar tahun 6 di sekolah rendah. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah tinjauan. Dapatan kajian menjelaskan empat peluang dan lima cabaran perlaksanaan mata pelajaran TMK Tahun 6. Hasil kajian ini diharap dapat dijadikan rujukan asas kepada guru TMK, penggubal dan perancang kurikulum untuk menambah baik pelaksanaan subjek TMK di sekolah pada masa hadapan. Kata kunci: Mata pelajaran TMK, Pengaturcaraan Scratch Abstract Implementation of the Information and Communication Technology (ICT) subjects in primary school curriculum bring a challenge to teachers and students. ICT subjects are no longer about using the software in teaching and learning but focusing on the concept of problem-solving using computational thinking. ICT subject in primary schools taught by teachers who have attended a special course of ICT curriculum conducted by national trainers. However, the extent to which the course can improve the ease of teachers to teach ICT and making students competent in ICT rarely discussed. Therefore, this study aims to review the opportunities and challenges of courses conducted by national trainers experience to prospective teachers who teach ICT as one of the topics in the ICT curriculum that is 'Scratch Programming' to student’s year 6 at primary school. This study was conducted by using a qualitative approach through a survey method. The findings show four opportunities and five challenges in order to implement ICT subject in Year 6. It is expected as a reference basis for ICT teachers, curriculum planner to improve the implementation of the subject of ICT in schools in the future. Keywords: ICT subject, Scratch programming Pengenalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013- 2025) telah menggariskan salah satu anjakan utama transformasi sistem pendidikan negara adalah memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013). Sehubungan itu, bermula pada tahun 2014 mata pelajaran TMK diajar dalam kurikulum pelajar Tahap II di sekolah rendah. Matlamat Standard Kurikulum TMK Tahap II adalah untuk menyediakan penanda aras pencapaian murid dari Tahun 4 hingga Tahun 6 dalam bidang TMK. Dengan kata lain ia bertujuan memastikan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran khusus disiplin ilmu TMK yang perlu dipelajari, menggalakkan kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik (Bahagian Perkembangan Kurikulum, 2015). TMK dalam pendidikan bukan lagi sesuatu yang asing. Dalam era global dan digital, TMK merupakan alat yang berkesan memudahkan pelaksanaan pendidikan (Mohamed Nazul, 2013). Pengintegrasian TMK dalam kurikulum tidak hanya untuk memastikan pelajar belajar menggunakan TMK, tetapi juga untuk pelajar boleh memanfaatkan pemikiran logik dalam

Upload: mohamed-nazul-ismail

Post on 10-Feb-2017

258 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Seminar Pendidikan Kebangsaan UKM 2015-   Peluang dan Cabaran

Peluang dan Cabaran Pelaksanaan Mata Pelajaran TMK Tahun 6 :

Perkongsian Pengalaman 1Mohamed Nazul Ismail, 2Mahamsiatus Kamaruddin, 3Nor ‘Aini Mohamed Nor

1,2 ,3 Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik

[email protected]

Abstrak Pelaksanaan mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam kurikulum di sekolah membawa cabaran kepada guru dan pelajar. Mata pelajaran TMK bukan lagi bersifat mengintegrasikan penggunaan perisian dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP), tetapi berkonsepkan penyelesaian masalah dengan memanfaatkan pemikiran komputasional. Pelaksanaan TMK di sekolah rendah diajar oleh guru yang diberikan kursus khas mengenai pelaksanaan kurikulum TMK oleh Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK). Namun sejauh mana kursus tersebut mampu meningkatkan kelancaran guru mengajar TMK dan menjadikan pelajar di sekolah kompeten TMK jarang dibincangkan. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengemukakan peluang dan cabaran pelaksanaan kursus yang dijalankan berdasarkan pengalaman JUK kepada bakal guru TMK yang mengajar salah satu tajuk dalam kurikulum TMK iaitu ‘Pengaturcaraan Scratch’ kepada pelajar tahun 6 di sekolah rendah. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah tinjauan. Dapatan kajian menjelaskan empat peluang dan lima cabaran perlaksanaan mata pelajaran TMK Tahun 6. Hasil kajian ini diharap dapat dijadikan rujukan asas kepada guru TMK, penggubal dan perancang kurikulum untuk menambah baik pelaksanaan subjek TMK di sekolah pada masa hadapan.

Kata kunci: Mata pelajaran TMK, Pengaturcaraan Scratch

Abstract

Implementation of the Information and Communication Technology (ICT) subjects in primary school curriculum bring a challenge to teachers and students. ICT subjects are no longer about using the software in teaching and learning but focusing on the concept of problem-solving using computational thinking. ICT subject in primary schools taught by teachers who have attended a special course of ICT curriculum conducted by national trainers. However, the extent to which the course can improve the ease of teachers to teach ICT and making students competent in ICT rarely discussed. Therefore, this study aims to review the opportunities and challenges of courses

conducted by national trainers experience to prospective teachers who teach ICT as one of the topics in the ICT curriculum that is 'Scratch Programming' to student’s year 6 at primary school. This study was conducted by using a qualitative approach through a survey method. The findings show four opportunities and five challenges in order to implement ICT subject in Year 6. It is expected as a reference basis for ICT teachers, curriculum planner to improve the implementation of the subject of ICT in schools in the future.

Keywords: ICT subject, Scratch programming

Pengenalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) telah menggariskan salah satu anjakan utama transformasi sistem pendidikan negara adalah memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013). Sehubungan itu, bermula pada tahun 2014 mata pelajaran TMK diajar dalam kurikulum pelajar Tahap II di sekolah rendah. Matlamat Standard Kurikulum TMK Tahap II adalah untuk menyediakan penanda aras pencapaian murid dari Tahun 4 hingga Tahun 6 dalam bidang TMK. Dengan kata lain ia bertujuan memastikan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran khusus disiplin ilmu TMK yang perlu dipelajari, menggalakkan kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik (Bahagian Perkembangan Kurikulum, 2015). TMK dalam pendidikan bukan lagi sesuatu yang asing. Dalam era global dan digital, TMK merupakan alat yang berkesan memudahkan pelaksanaan pendidikan (Mohamed Nazul, 2013). Pengintegrasian TMK dalam kurikulum tidak hanya untuk memastikan pelajar belajar menggunakan TMK, tetapi juga untuk pelajar boleh memanfaatkan pemikiran logik dalam

Page 2: Seminar Pendidikan Kebangsaan UKM 2015-   Peluang dan Cabaran

mengaplikasi dan melaksana sesuatu aktiviti atau produk berasaskan TMK pada semua peringkat pendidikan (PPPPM2013; BPK KPM 2016). Peruntukan waktu mata pelajaran TMK adalah sebanyak 60 minit seminggu dan diajar secara bergilir dengan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) selama setahun. Guru yang berkelulusan diploma/ijazah dalam TMK atau setara, layak mengajar mata pelajaran ini. Bagi guru yang tidak berkelayakan tetapi berminat mengajar mata pelajaran ini mereka perlu menjalani kursus khas. Kursus itu dikoordinasikan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan dibimbing oleh Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK) . Bagi memantapkan penguasaan kemahiran dan keyakinan guru TMK pihak Bahagian Pendidikan Guru, JPN dan PPD juga turut menganjurkan kursus Program Latihan untuk Guru (PLuG) yang dilengkapi modul dan perlaksanaan kursus berkonsepkan bimbingan rakan sekerja secara atas talian. Namun sejauh mana kursus tersebut mampu memantapkan pengajaran guru subjek TMK dan menjadikan pelajar di sekolah kompeten dalam TMK jarang dibincangkan. Oleh itu, kajian ini membincangkan peluang dan cabaran berdasarkan pengalaman JUK mengendalikan kursus TMK kepada guru yang mengajar salah satu tajuk yang terdapat dalam matapelajaran tersebut iaitu, ‘Pengaturcaraan Scratch’ kepada pelajar tahun 6 di sekolah rendah.

Pernyataan Masalah

Pada 6 September 2013 Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 (Utusan Malaysia,2013). PPPM merupakan dokumen rasmi yang amat signifikan untuk pembangunan pendidikan negara yang mampu melahirkan pelajar bersahsiah terpuji serta berkeperibadian tinggi yang turut merangkumi mengenai fokus pendidikan TMK. Bermula pada tahun 2013 pendidikan TMK tidak lagi hanya belajar menggunakan tetapi ke arah membangunkan aplikasi TMK berasaskan penyelesaian masalah semasa.

Bagi menghasilkan generasi yang bukan sahaja menjadi pengguna akhir kepada TMK tetapi dapat menghasilkan pelajar yang menjadi pembangun atau pencipta sistem yang kreatif dan reflektif bukan sekadar pengguna akhir, elemen kemahiran pengaturcaraan telah dimasukkan dalam mata pelajaran TMK, Tahun 6.

Sejajar dengan hasrat itu , penyelidik mengenal pasti peluang yang boleh dikembangkan dan cabaran yang dihadapi oleh pihak berkepentingan dalam pelaksanaan mata pelajaran TMK.

Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini adalah mencungkil peluang yang ada pada pihak yang berkepentingan dalam pendidikan dan cabaran yang bakal dihadapi oleh guru dan pelajar khususnya apabila mata pelajaran TMK Tahun 6 ini diimplementasikan pada tahun 2016.

Objektif Kajian

Kajian ini telah dilaksanakan bagi mencapai dua objektif berikut : (a) Mengenal pasti peluang pelaksanaan mata

pelajaran TMK Tahun 6 di sekolah rendah. (b) Mengenal pasti pelaksanaan mata pelajaran TMK

Tahun 6 di sekolah rendah.

Persoalan Kajian

Objektif kajian ini telah menjana dua persoalan kajian seperti berikut :

(a) Apakah peluang pelaksanaan mata pelajaran TMK Tahun 6 di sekolah rendah?

(b) Apakah cabaran pelaksanaan mata pelajaran TMK Tahun 6 di sekolah rendah?

Metodologi

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah tinjauan. Data dikumpulkan secara temu bual dengan mencungkil pengalaman JUK TMK Tahun 6 peringkat kebangsaan yang terlibat semasa proses penyebaran Dokumen Standard Kandungan dan

Page 3: Seminar Pendidikan Kebangsaan UKM 2015-   Peluang dan Cabaran

Prestasi di Institiut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT).

Dapatan Kajian

Dapatan kajian menjelaskan empat peluang dan lima cabaran perlaksanaan mata pelajaran TMK Tahun 6.

Jadual 1: Ringkasan dapatan kajian

Bil Peluang Cabaran

1. Kursus dalam perkhidmatan

Latar belakang akademik guru

2. Perluasan opsyen pengajian

Infrastruktur TMK di sekolah

3. Peningkatan kemahiran pedagogi

Capaian internet

4. Perkongsian pintar Peningkatan beban guru

5. Bimbingan berterusan

Perbincangan Kajian

Persoalan kajian kajian ini dibahagikan kepada dua segmen iaitu bahagian peluang dan cabaran.

Peluang

1) Kursus dalam perkhidmatan Dengan adanya mata pelajaran TMK membuka peluang kepada guru-guru untuk menambah satu lagi kemahiran berkaitan TMK iaitu bahasa pengaturcaraan. Di antara kursus untuk guru yang diadakan adalah kursus peringkat KPM dan Program Latihan untuk Guru (PLuG) di peringkat JPN. Kursus ini khusus untuk guru-guru yang mengajar bahasa pengaturcaraan tersebut. Kursus ini dikendalikan secara bersemuka dan atas talian mengikut ketetapan yang dikoordinasikan oleh JPN dan PPD bersama KPM.

2) Peluasan opsyen pengajian Menyedari terdapat jurang kekosongan dalam bidang TMK, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah mengambil inisiatif

untuk menawarkan kursus Elektif Teras dalam bidang Teknologi Maklumat. Institut pendidikan guru kampus yang berkeupayaan dari segi tenaga pengajar dan prasarana berpeluang menawarkan kursus ini mulai Ambilan Jun 2015 kepada pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP).

3) Peningkatan kemahiran pedagogi Memandangkan kehebatan seorang guru bukan sahaja pada kelulusan akademik tetapi turut merangkumi kelulusan ikhtisas iaitu kemahiran pedagogi ketika menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kemahiran dalam salah satu tajuk TMK iaitu bahasa pengaturcaraan, guru berpeluang untuk meningkatkan kemahiran dalam melatih pelajar dengan kepelbagaian kaedah pedagogi seperti pembelajaran kendiri, pembelajaran kolaboratif, kaedah-penemuan inkuiri, modul dan lain-lain. Pelaksanaan mata pelajaran TMK membuka lembaran baru dalam meningkatkan kemahiran dalam kepelbagaian aspek termasuk disiplin dan pentadbiran pedagogi dalam PdP.

4) Perkongsian pintar Penggunaan aplikasi Whatsapp, Telegram, Google Drive dan emel yang dikelolakan oleh beberapa orang JUK memberikan ruang perbincangan antara Ketua-Ketua Panitia TMK dan JUK. Maklum balas yang serta merta dari ahli kumpulan memudahkan pengaliran dan perkongsian maklumat. Kesulitan dan kemusykilan tentang kandungan kursus dan saranan untuk kemudahan latihan juga dapat ditangani melalui aplikasi tersebut. Kumpulan JUK TMK Tahun 6 - RASMI yang menggunakan aplikasi Whatsapp bukan sahaja membincangkan pelbagai isu pelaksanaan malah menjadi satu platfom notifikasi perkara baru dalam pendidikan di sekolah. Melalui Google Drive pula perkongsian bahan-bahan seperti DSKP, nota, bahan multimedia, hasilan pengaturcaraan Scratch dan fail-fail lain yang berkaitan turut dapat dilakukan.

Page 4: Seminar Pendidikan Kebangsaan UKM 2015-   Peluang dan Cabaran

Cabaran

1) Latar belakang akademik guru Sehingga penulisan ini disediakan, bilangan guru yang mempunyai opsyen TMK masih lagi kurang berbanding dengan bilangan sekolah yang memerlukan. Sejak tahun 2014, guru dengan pelbagai opsyen telah diberi tanggungjawab untuk mengajar TMK di sekolah rendah. Pemilihan guru yang mengajar TMK adalah berasaskan kepada keupayaan seseorang guru yang mempunyai minat untuk mempelajari kemahiran ini dan mendapat arahan oleh pihak pentadbir. Namun pada 2016, disiplin ilmu bidang TMK di sekolah rendah adalah lebih mencabar dengan pembelajaran pengaturcaraan. Sewaktu penyebaran DSKP kepada Guru-guru Panitia daerah, kebanyakan daripada mereka menunjukkan tahap kesungguhan yang tinggi dan berminat untuk mengalas tugas mengajar, tetapi tahap kebimbangan guru-guru ini terhadap keupayaan pelaksanaan di sekolah nanti adalah agak tinggi berdasar kepada refleksi yang diberikan pada akhir kursus.

2) Infrastruktur TMK di sekolah

Kebanyakan sekolah rendah yang telah dibekalkan dengan kemudahan makmal komputer. Terdapat sebahagian komputer yang ada telah lama dan rosak. Oleh itu pada keseluruhannya bilangan komputer terhad sama ada sekolah bandar, luar bandar dan pendalaman. Malahan ada yang dibekalkan dengan chrome book (komputer yang memerlukan capaian internet). Kekangan ini merupakan cabaran besar kerana subjek pengaturcaraan komputer melibatkan proses pengkodan dan perlaksanaan aturcara.

3) Capaian internet

Pada dasarnya Majlis Ekonomi (Economic Council) yang bermesyuarat pada 17 Januari 2011 telah bersetuju untuk melaksanakan 1 BestariNet di semua sekolah Malaysia mulai

2011. Menjelang 2012 lebih 7000 sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan dibekalkan dengan talian fiber dengan kelajuan 2 mbps (boleh ditingkatkan kepada 10 mbps) manakala selebihnya, yang merupakan sekolah luar bandar dan pendalaman, telah dibekalkan dengan talian VSAT dengan kelajuan 1 mbps (boleh ditingkatkan ke 4 mbps) dengan nisbah kontensi 1:10. Di bawah projek ini, 10,000 sekolah rendah dan menengah kerajaan di Malaysia kini dilengkapi dengan akses Internet dan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE). Walau bagaimanapun, masih terdapat rungutan bahawa capaian internet masih kurang memuaskan walaupun perbekalan perkhidmatan Yes menggunakan dongle dibekalkan di sekolah-sekolah. Perbekalan dongle adalah bergantung kepada bilangan guru, bilik darjah dan persekitaran rangkaian di sekolah. Guru-guru merasa agak tertekan apabila menghadapi masalah capaian internet yang perlahan langsung hilang minat untuk menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

4) Peningkatan beban guru

Mata pelajaran TMK Tahun 6 melibatkan proses penyelesaian masalah, kreativiti dan pemikiran kritis untuk membangunkan aturcara. Oleh itu guru perlu lebih tumpuan untuk memahirkan diri dalam mata pelajaran ini. Namun, guru-guru turut dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas pengkeranian dan pendokumentasian selain daripada fokus pencapaian prestasi yang cemerlang (Sugunah Supermane, 2014).

5) Bimbingan berterusan

Aktiviti seperti Continuing Profesional Development (CPD) atau Profesional Learning Community (PLC) bagi mata pelajaran TMK perlu ditubuhkan di sekolah di kalangan guru. Namun kuantiti guru yang berkelayakan dalam bidang ini adalah sedikit.

Page 5: Seminar Pendidikan Kebangsaan UKM 2015-   Peluang dan Cabaran

terdapat sekolah mempunyai seorang guru yang berpengalaman walaupun tiada kelayakan untuk mengajar. Perkongsian idea dan tempat rujukan adalah sangat terhad. Keperluan untuk meningkatkan tahap penguasaaan ilmu dan kemahiran dalam TMK adalah terhad. Oleh itu guru-guru ini perlu mencari ruang dan peluang dengan berkursus dengan pihak yang berkelayakan.

Kesimpulan

Terdapat perubahan paradigma dalam penggunaan TMK di sekolah. Jika sebelum ini pendidikan di sekolah rendah menggunakan TMK sebagai satu cara untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tetapi kini penggunaan TMK di harap sehingga pelajar mampu untuk membangunkan aplikasi sendiri berkonsepkan penyelesaian masalah. Kajian ini hanya merupakan berkongsi pengalaman JUK yang terlibat semasa fasa penyebaran Dokumen Standard Kandungan dan Prestasi TMK di sekolah-sekolah. Oleh itu, dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kerana terhad berdasarkan pengalaman responden kumpulan kecil. Walau bagaimanapun, diharap kajian ini dapat dijadikan sebagai rujukan asas oleh guru TMK, penggubal dan perancang kurikulum untuk perluasan kajian lanjutan di samping memperkemaskan lagi keberkesanan pelaksanaan kurikulum TMK di sekolah rendah pada masa hadapan.

Rujukan

Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2014. Kurikulum Standard Sekolah Rendah : Dokumen Standard

Kurikulum dan Pentaksiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun Enam. Cetakan Pertama. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2015. Taklimat

mesyuarat penyelarasan program kurikulum TMK antara BPK, Bahagian KPM dan SPA JPN Bil 1/2015.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah).

Mohamed Nazul Ismail. 2013. Model Nilai Cipta-Sama

Sistem Pengurusan Pembelajaran. Tesis Ph.D. Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sugunah Supermane.2014. Tahap Kemahiran ICT

Guru dan Pengetahuan di Sekolah Rendah di Zon Skudai, Johor. Seminar Pendidikan Zon Selatan Malaysia di Melaka. http://www.researchgate.net/publication/275155655_TAHAP_KEMAHIRAN_ICT_GURU_DAN_PENGURUSAN_PENGETAHUAN_DI_SEKOLAH_RENDAH_DI_ZON_SKUDAI_JOHOR Diakses pada 17 November 2015

Utusan Malaysia. 6 Sept 2013. TPM lancar PPPM

2013-2015 http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130907/dn_01/TPM-lancar-PPPM-2013-#ixzz3rn6Eu54m Diakses pada 18 Nov 2015.