cabaran dan peluang dalam pendidikan jarak · pdf filesaintifik dan sosial seperti perubahan...

15
"CABARAN DAN PELUANG DALAM PENDIDIKAN JARAK JAUH UNTUK BIDANG GEOGRAFI" Main Rindam Noresah Abdul Malek Abstrak Kertas kerja ini adalah hasil pengalaman mengendalikan kursus-kursus geografi di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, khususnya daripada aspek pedagogikal dan juga latihan kepada klien. Beberapa kursus dalam bidang geografi dikesan mempunyai potensi pasaran yang positif seperti keperluan bidang pendidikan sains GIS, remote sensing, Global Positioning System, Geografi Fizikal, Hidrologi, Kaedah Penyelidikan dan Kajian Luar serta kajian sains penilaian alam sekitar. Berdasarkan banyak bencana alam yang berlaku di negara kita sejak kebelakangan ini seperti aktiviti gempa bumi, Tsunami, gelombang banjir dan Al-Nino maka keperluan pengetahuan geografi semakin semingkat. Oleh itu Pendekatan Pendidikan secara jarak jauh boleh menjadi media yang berpotensi besar dalam menyampaikan kandungan sukatan kursus tersebut walaupun terdapat banyak cabaran menanti. Cabaran paling ketara ialah tentang bagaimana membangunkan aspek pedagogi pendidikan secara jarak jauh agar sesuai dan mudah untuk berinteraksi dengan teknologi, keberkesanan penggunaan perpustakaan digital, penggunaan teknologi terkini dalam pendidikan jarak jauh (laman web)serta bajet untuk mengendalikannya supaya pengajaran dan penbelajaran secara jarak jauh berjalan secara efektif. Penekanan kertas kerja ini ialah tentang bagaimana pendidikan jarak jauh mampu menyumbang kepada memperkasa geografi di Malaysia dan di peringkat global. 1

Upload: dangthien

Post on 31-Jan-2018

234 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: CABARAN DAN PELUANG DALAM PENDIDIKAN JARAK  · PDF filesaintifik dan sosial seperti perubahan global, ... kemahiran subjek mater geografi. ... Penyesuaian teknologi

"CABARAN DAN PELUANG DALAM PENDIDIKAN JARAK JAUH UNTUK BIDANG GEOGRAFI"

Main Rindam Noresah Abdul Malek

Abstrak

Kertas kerja ini adalah hasil pengalaman mengendalikan kursus-kursusgeografi di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti SainsMalaysia, khususnya daripada aspek pedagogikal dan juga latihan kepadaklien. Beberapa kursus dalam bidang geografi dikesan mempunyai potensipasaran yang positif seperti keperluan bidang pendidikan sains GIS,remote sensing, Global Positioning System, Geografi Fizikal, Hidrologi,Kaedah Penyelidikan dan Kajian Luar serta kajian sains penilaian alamsekitar. Berdasarkan banyak bencana alam yang berlaku di negara kitasejak kebelakangan ini seperti aktiviti gempa bumi, Tsunami, gelombangbanjir dan Al-Nino maka keperluan pengetahuan geografi semakinsemingkat. Oleh itu Pendekatan Pendidikan secara jarak jauh bolehmenjadi media yang berpotensi besar dalam menyampaikan kandungan sukatankursus tersebut walaupun terdapat banyak cabaran menanti. Cabaran palingketara ialah tentang bagaimana membangunkan aspek pedagogi pendidikansecara jarak jauh agar sesuai dan mudah untuk berinteraksi denganteknologi, keberkesanan penggunaan perpustakaan digital, penggunaanteknologi terkini dalam pendidikan jarak jauh (laman web)serta bajetuntuk mengendalikannya supaya pengajaran dan penbelajaran secara jarakjauh berjalan secara efektif. Penekanan kertas kerja ini ialah tentangbagaimana pendidikan jarak jauh mampu menyumbang kepada memperkasageografi di Malaysia dan di peringkat global.

1

Page 2: CABARAN DAN PELUANG DALAM PENDIDIKAN JARAK  · PDF filesaintifik dan sosial seperti perubahan global, ... kemahiran subjek mater geografi. ... Penyesuaian teknologi

Pengenalan

Jarak jauh sudah boleh diterima bukan sahaja di negara ini tetapi seluruh dunia sebagai salah satu mod pendidikan masyarakat. Namun sama ada di Negara kita mahupun di peringkat global, pendidikan jarak jauh masih dianggap sebagai sebagai satu inovasi yang masih baru dan bersifat terkini. Mengetahui pendidikan jarak jauh mempunyai peluang ekonomi yang tidak bersempadan, banyak kolej, universiti dan syarikat enterprise berkepentingan keuntungan menawarkan kursus-kursus secara koresponden di seluruh negara bukan sahaja di Amerika Syarikat tetapi turut mula menular di negara kita. Selain Universiti Sains Malaysia, Open University Malaysia (OUM), Universiti Teknologi Malaysia (SPACE), Universiti Pertanian Malaysia (PJJ) adalah antara IPTA yang menawarkan mod pendidikan secara jarak jauhnya kepada klien mereka. Diffusi antara rangkaian komputer (inter-network computer), telekonferen video dua hala selari dengan persaingan kompetatif pasaran pendidikan tinggi bukan sahaja di negara ini tetapi di seluruh dunia. Semuanya menjadi penyuntik kepada pertumbuhan pesat pendidikan secara jarak jauh sejak sepuluh tahun kebelakangan ini.

Geografi perlu menggunakan peluang menggunakan pendidikan secara jarak jauh untuk memperkasakan bidang ini supaya selari dengan kehendak khalayak dan juga nasional.Pendekatan tradisional yang membawa pelajar ke universiti untuk mendapatkan ilmu geografi perlu diubah kepada membawa ilmu geografi kepada masyarakat menerusi kaedah ini. Pasarannya juga lebih luas berbanding kaedah lama, khususnya bila ia dikaitkan dengan pendidikan berterusan atau pendidikan sepanjang hayat (lifelong education).

Cabaran dan Peluang

Cabaran utama geografi dalam pendidikan jarak jauh ialah penyediaan pedagogi geografi itu sendiri, kerana ia perlu menarik dan menghambat hati klien. Pedagogi melibatkkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar. Keduanya penekanan harus diberikan kepada pengayaan interaksi pelbagai teknologi (multiple technologies interaction). Ketiganya penekanan harus diberikan kepada keberkesanan penggunaan perpustakaan digital atau perpustakaan maya dalam pendidikan jarak jauh. Keempat, pihak universiti perlu memberi perhatian tentang apakah latihan dan sokongan yang perlu diberikan bagi menggalakkan fakulti atau pusat pengajian menggunakan teknologi baru khususnya dalam pendidikan secara jarak jauh untuk menyampaikan ilmu mereka kepada umum. Akhirnya, gran diperlukan untuk membiayai model penyampaian geografi secara jarak jauh. Tidak seperti kursus-kursus jarak jauh yang lain, geografi memerlukan pelajarnya menggunakan teknologi baru yang canggih seperti GIS, Remote Sensing dan Global Positioning Systems (GPS). Bahan-bahan geografi pendidikan jarak jauh juga agak mahal seperti untuk mendapatkan peta, perisian, imej memerlukan lesen dan lesen ini selalunya bersifat individu dan tidak boleh dipindah milik.

Pedagogi pendidikan secara jarak jauh tidak jauh bezanya dengan pedagogi secara bersemuka dengan pelajar. Apabila seorang pensyarah ingin mengajar seorang pelajar geografi contohnya GIS, dia perlu mengajar pelajar itu cara memegang atau mengguna alat pendigitan, pengimbas dan tetikus (bidang psikomotor); bentuk kontour dan maknanya (bidang kognitif); dan juga harus memupuk minat untuk belajar menulis laporan atau kerja kursus (bidang afektif).

2

Page 3: CABARAN DAN PELUANG DALAM PENDIDIKAN JARAK  · PDF filesaintifik dan sosial seperti perubahan global, ... kemahiran subjek mater geografi. ... Penyesuaian teknologi

Cabaran meningkatkan kefahaman tentang geografi. Geografi telah menjadi pendahulu yang hebat dari segi keupayaan menganalisis sejak generasi lepas tetapi sedang berhadapan cabaran baru terutamanya dengan kemunculan data-data jenis baru dan keperluan menganalisisnya.

Cabaran untuk meningkatkan kebolehan celik (literasi) georafikal sangat diperlukan oleh negara bagi meningkatkan kebolehan celik geografikal dalam populasi negara kita. Misalnya pengetahuan tentang dunia dan aliran global, pencirian dan dinamik sesuatu tempat, pertalian antara tempatan dan perubahan global, pertalian antara manusia dengan alam sekitarnya, kegunaan data geografi dengan keupayaan menunjuk dan menganalisisnya.

Mengikteraf tanggungjawab rakan kerja tempatan dalam mengendalikan kajian lapangan khususnya di luar negara. Kajian geografi mengambil berat tentang sains seperti sampling dan kesimpulan, ahli geografi perlu mengikteraf pakar tempatan kerana ia memberikan pulangan yang baik kepada bidang geografi itu sendiri. Penemuan kajian tempatan pastinya memberikan pulangan kepada masyarakat tempatan khususnya bagi tujuan memperkukuh institusi mereka. Selain itu kajian geografi jug aperlu memasukkan pelbagai penyelidik, projek multi disiplinari yang menunjukkan terdapatnya kepentingan saintifik dan sosial seperti perubahan global, perbandaran, rosulusi konflik dan kedinamikan sistem yang kompleks. Kumpulan geografik perlu melibatkan projek kumpulan, institusi lain serta komuniti lain.

Cabaran memperkukuh institusi geografi. Program geografi untuk kanak-kanak tabika. Sekiranya geografi mahu mendapat perhatian di sekolah-sekolah di negara ini, sangat penting bagi geografi sebagai satu disiplin untuk memastikan kandungan pendidikannya kukuh dan terkini. Inisiatif untuk meningkatkan latihan guru dan bahan-bahan pengajaran perlu dilakukan dengan penekanan diberikan kepada pencapaian pelajar dan kurikulum. Pelajar menengah dan universiti pula perlu menerima latihan khusus berkaitan disiplin dan kemahiran subjek mater geografi. Supaya mereka boleh menggunakan ilmu geografi di tempat kerja. Jika geografi boleh mengambil keluar maklumat dan masyarakat boleh menggunakannya. Bagi penyelidik geografi, tanggungjawab utama ialah menjadikan sains itu betul dalam pengisian tersendiri dan Komunikasi yang interaktif. Geografi perlu meyakinkan di khalayak yang keupayaan menguasi geografi boleh membuka peluang perniagaan kepada sektor swasta.

Pendekatan pendidikan jarak jauh mod Universiti Sains Malaysia. Teknologi pendidikan jarak jauh di PPPJJ, USM di sokong dengan vedio telekonferen. Pensyarah berada di bilik konti sementara pelajar berada di bilik videokonferen di pusat wilayah yang telah ditetapkan di setiap negeri di Semenanjung Malaysia. Teknologi video telekonferen di PPPJJ, USM. membolehkan pelajar dan pensyarah berkomunikasi dua. Pensyarah dan pelajar boleh saling melihat antara satu sama lain menerusi skreen TV di hadapan mereka. Pensyarah boleh menggunakan bahan transparensi, boleh menggunakan komputer sekiranya mahu menggunakan powerpoin slid mahupun perisian lain secara terus seperti SPSS, Excell dan perisian lain dengan mudah. Fungsi media ini sama seperti menggunakan LCD dan overhead projector di dalam dewan kuliah atau tutorian semasa kelas konvensional. Teknologi papan digital juga membolehkan pensyarah dan pelajar

3

Page 4: CABARAN DAN PELUANG DALAM PENDIDIKAN JARAK  · PDF filesaintifik dan sosial seperti perubahan global, ... kemahiran subjek mater geografi. ... Penyesuaian teknologi

menyampaikan P & P dengan lebih berkesan berbanding kaedah menulis di papan putih atau hijau di dewan kuliah.

Foto 1 & 2. Teknologi telekonferen di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, USM. Foto kiri instrumen di pusat wilayah dan foto kanan instrumen di bilik konti, USM.

Portal PPPJJ yang menggunakan komunikasi sehala menerusi laman http://202.170.56.239/. Pelajar boleh mengikuti kelas walau di mana-mana juga mereka berada. Dari segi teknologi, pendidikan geografi boleh diikuti tanpa sempadan.

4

Page 5: CABARAN DAN PELUANG DALAM PENDIDIKAN JARAK  · PDF filesaintifik dan sosial seperti perubahan global, ... kemahiran subjek mater geografi. ... Penyesuaian teknologi

Penggunaan internet turut membolehkan PPPJJ, USM menggunakan telekonferen secara sehala atau dua hala dengan pelajar tanpa mengira di mana mereka berada. P & P dari bilik konti di PPPJJ, USM terus atau dirakamkan ke internet bagi membolehkan pelajar atau sesiapa sahaja untuk mengikuti kelas langsung atau kelas tertunda. Senarai kelas dan tajuk P & P boleh disemak menerusi jadual telesidang yang dibekalkan oleh pihak pengurusan PPPJJ kepada setiap pelajar. Pensyarah telah diberitahu tentang tarikh telesidang lebih awal supaya persiapan kelas boleh dibuat lebih awal, selain pemberitahuan dari masa ke semasa menerusi e-mail mereka. Pelajar yang berdaftar hanya perlu memasukkan no. Matrik dan no. Kad pengenalan untuk mengekses laman web ini dan mengikuti kelas sama seperti di bilik telesidang seperti di sediakan di setiap pusat wilayah. Teknologi video dan audio streaming ini membawa pendidikan geografi ke pejabat, rumah malah ke bilik tidur pelajar secara langsung atau secara permintaan (on demand). Teknologi ini membolehkan sesiapa sahaja mengikuti P & P tanpa sempadan.

Keterbatasan teknologi buat masa ini menghadkan hubungan dua hala (pelajar memerlukan peralatan tambahan headphone dan microphone) menerusi internet. Namun P & P geografi boleh juga disampaikan secara dua hala menggunakan chatting dan e-mail. Dua kaedah ini boleh dilakukan menggunakan portal e-learning PPPJJ berasaskan Moodle. Portal ini sangat mesra pelajar. Apa yang perlu lakukan ialah kita hanya perlu

5

Page 6: CABARAN DAN PELUANG DALAM PENDIDIKAN JARAK  · PDF filesaintifik dan sosial seperti perubahan global, ... kemahiran subjek mater geografi. ... Penyesuaian teknologi

melayari http://el.usm.my/pppjj/. Selepas itu memilih kategori kursus yang diambil untuk memasuki laman http://el.usm.my/pppjj/course/category.php?id=24 sebelum memilih sub kategori atau bidang yang diambil. Layari bidang geografi dan pelajar boleh memilih kursus yang diambil di laman http://el.usm.my/pppjj/course/view.php?id=53. Menerusi laman ini pelajar dan pensyarah boleh menjalankan aktiviti P & P tanpa sempadan fizikal dan masa. Selain nota kuliah, laman ini turut menyediakan ruang forum dan juga e-mail untuk aktiviti perbincangan. Pelajar juga boleh menyemak kertas-kertas soalan tahun-tahun sebelumnya selain mewujudkan group perbincangan sesama sendiri.

Sumber P& P bidang geografi menerusi pendidikan jarak jauh tidak terhad kepada apa yang disediakan oleh pensyarah di USM sahaja, sebaliknya pelajar boleh menggunakan pelbagai media yang lain untuk memperkukuhkan pengetahuan mereka berkaitan geografi. Menggunalan laman http://www.usm.my pelajar boleh terus mengeksess laman perpustakaan maya di http://www.usm.my/v3/perpustakaan.asp dan boleh memilih beberapa perpustakaan utama di USM. Sistem OPAC Krisalis pula boleh membantu

6

Page 7: CABARAN DAN PELUANG DALAM PENDIDIKAN JARAK  · PDF filesaintifik dan sosial seperti perubahan global, ... kemahiran subjek mater geografi. ... Penyesuaian teknologi

pelajar untuk mendapatkan buku atau bahan bacaan yang lain hanya dengan melakukan klik pada paparan OPAC Krisalis di laman http://www.lib.usm.my/elmu-equip/.

Internet turut membolehkan kita mendapatkan bahan bacaan daripada perpustakaan maya seperti daripada British Library Direct (http://direct.bl.uk/bld/Home.do). Maklumat tambahan juga boleh ditambah menggunakan Wikipedia encyclopedia (http://en.wikipedia.org/wiki/Geography). Begitu juga dengan bahan bacaan tambahan

berkaitan kursus yang diambil. Internet Resources for Teaching and Learning Geography misalnya memberikan banyak maklumat berkaitan P & P bidang geografi termasuk menyediakan pengisian kursus-kursus dalam geografi seperti kursus geografi fizikal, geografi manusia dan kursus hidrologi. Teknologi pendidikan jarak jauh hari ini telah

7

Page 8: CABARAN DAN PELUANG DALAM PENDIDIKAN JARAK  · PDF filesaintifik dan sosial seperti perubahan global, ... kemahiran subjek mater geografi. ... Penyesuaian teknologi

membebaskan P & P ilmu geografi daripada batasan dinding kongkrit, batasan masa. Penekanan pembangunan modal insan yang berkualiti dan produktif oleh kerajaan telah membawa era pendidikan negara ke dimensi baru dengan pendidikan sepanjang hayat mula membuka ruang P & P bidang geografi kepada masyarakat tanpa mengira faktor usia.

Keperluan nasional.

Kita sedar pendidikan jarak jauh semakin berkembang pesat begitu juga pesatnya keinginan untuk menggunakan geografi dan teknologi yang berkaitan dengannya seperti teknologi GIS, Remote Sensing, Global Positioning Systems (GPS) dan beberapa perisian lain sebagai satu disiplin pendidikan kepada masyarakat umum. Penyesuaian teknologi-teknologi tersebut semakin pesat diadaptasikan supaya ia sesuai dengan keperluan akademik, komersil dan sektor kerajaan. Adaptasi ini diselarikan dengan keperluan tenaga terlatih supaya implementasi teknologi GIS dan lainnya dapat disampaikan dengan betul dan berkesan.

Pendidikan jarak jauh mempunyai potensi besar untuk menyumbang kejayaan pengimplementasian kurikulum teknologi GIS kepada umum. Kursus yang ditawarkan meliputi sesi tutorial, kuliah dan kelas praktikal berasaskan permasalahan yang diberikan kepada mereka. Sepanjang masa pelajar diberikan set data, arahan terperinci tentang kaedah menggunakan perisian GIS untuk menyelesaikan masalah sebenar di dunia hari ini. Pelajar menggunakan program GIS yang dibeli menerusi program untuk mengikuti arahan yang diberikan. Selain tutorial, di akhir program pelajar dikehendaki menulis kerjakursus (assignment) mengandungi pernyataan masalah, data, dan arahan yang minimum. Pelajar diminta membangunkan dan menyampaikan aliran kerja mereka sendiri, kadang kala perlu bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain (dalam bentuk e-mail atau telefon). Mereka dikehendaki menulis laporan dan menghantar kepada pensyarah secara talian terus. Laporan boleh dihantar menerusi portfolios atau blog masing-masing. Kaedah ini membantu pelajar bukan sahaja belajar menggunakan perisian tetapi juga tahu menggunakan GIS untuk menyelesaikan masalah.

Benar GIS memerlukan pelajarnya menggunakan teknologi canggih seperti GIS dan Remote Sensing, GPS receivers dan set data serta imej geospatial. Namun kerjasama dengan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM yang mempunyai kemudahan tersebut memungkinkan program ini direalisasikan. Sebagai contoh, untuk kursus peringkat sijil, diploma, ijazah pertama dan peringkat master, tiga modul asas perlu diikuti iaitu modul pengenalan kepada GIS, modul pratikal GIS dan modul pengurusan GIS. Setiap modul akan diperincikan kepada beberapa unit atau pelajaran selain pelajar akan diminta menyelesaikan kerja kursus, latihan dan nota. Setiap modul direka bentuk untuk memenuhi 30 jam kerja seperti di Kingstone University, United Kingdom . University of Southern California misalnya menawarkan GIS peringkat sijil dengan 12 unit antara kursus yang perlu diambil ialah Introduction to ArcView GIS (in GEOG-581), Spatial Analyst and Network Analyst (in GEOG-583), dan 3-D Analyst (in GEOG-585).

Kelas GIS secara jarak jauh dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti perkongsian bahan syarahan selain menggunakan kemudahan dua hala audio-video

8

Page 9: CABARAN DAN PELUANG DALAM PENDIDIKAN JARAK  · PDF filesaintifik dan sosial seperti perubahan global, ... kemahiran subjek mater geografi. ... Penyesuaian teknologi

Rajah 2. Pelbagai fungsi GIS yang boleh disampaikan menerusi pendidikan jarak jauh.

untuk menghasilkan kuliah yang interaktif. Bagi kursus GIS, sangat penting untuk kita menggunakan teknologi terkini server peta seperti ESRI, ArcIMS dan Virtual learning environments (VLEs). Teknologi VLEs membolehkan kerjasama menstruktur kursus, seminar, chatting, grading, tutorial, sokongan rakan sebaya malah menilai kursus secara talian terus sama seperti kaedah konvensional. P & P GIS menerusi internet menggunakan transformasi pengkalan data (database) seperti GIS data dari GeoCommunity (www.GeoCommunity.com) dan laman web daripada sumber internet bersama bahan dari buku teks dan artikel jurnal kepada pengalaman P & P yang interaktif kepada pelajar. P & P berasaskan laman web secara bersemuka mampu menarik hati pelajar untuk bertanya soalan daripada data yang dikumpu atau disediakan, daripada analisis atau capaian GIS yang mereka hasilkan dan apa yang mereka tafsir dari keputusan yang diperolehi.

Pekerjaan

Peluang perkerjaan bagi lepasan geografi memang tinggi kerana bidang geografi bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada pelajarnya berdasarkan teori tetapi juga kemahiran yang relevan dengan keperluan semasa. Menurut kajian Phoenix (2000), permintaan tahunan oleh golongan professional ke atas kursus-kursus GIS ialah sekitar 75,000,

9

Page 10: CABARAN DAN PELUANG DALAM PENDIDIKAN JARAK  · PDF filesaintifik dan sosial seperti perubahan global, ... kemahiran subjek mater geografi. ... Penyesuaian teknologi

jumlah pelajar yang mengambil kursus GIS di universiti pula ialah sekitar 50,000, terdapat 200 program di Amerika Syarikat yang menawarkan kursus GIS peringkat sijil dengan pengijazahan seramai 4000 setahun. Kekurangan individu yang berkemahiran GIS di Amerika Syarikat ialah antara 3000 hingga 4000 orang setahun dan jumlah ini lebih besar di negara-negara lain.

Peluang kerjaya sebagai perancang bandar atau sebagai pembangun masyarakat juga sangat relevan kerana geografi mempunyai hubungan semula jadi dengan perancangan bandar.

Kartografi, mereka yang mempunyai latar belakang geografi merasa seronok bekerja sebagai kartografi. Agensi yang memerlukan kartografer ialah media berita, penerbit buku, penerbit atlas, agensi kerajaan dan lain-lain yang memerlukan kartografer untuk menghasilkan peta.

Pengkhususan GIS, pentadbir bandar, agensi negeri dan lain-lain agensi kerajaan serta kumpulan swasta sangat memerlukan mereka yang mempunyai profesionalisme GIS. Kerja kursus dan kerjasama GIS sangat penting. Lebih mahir menggunakan perisian GIS maka semakin tinggilah nilai diri individu tersebut di pasaran.

Klimatologi atau kaji iklim dan cuaca, sangat memerlukan mereka yang mempunyai latar belakang geografi. Jabatan kajicuaca, media berita, saluran cuaca dan mana-mana agensi kerajaan yang berkait r apat dengan iklim dan cuaca sangat memerlukan latar belakang geografi khususnya mereka yang mempunyai latar belakang kerja kursus atau kerja lapangan berkaitan cuaca dan iklim.

Pengurusan pengangkutan turut menjadi laluan kepada mereka yang mempunyai latar belakang bidang geografi. Perancangan bandar dan desa atau di pejabat kerajaan tempatan memerlukan seseorang yang berlatarbelakangkan geografi kerana mereka mempunyai kemahiran untuk membuat analisis bersifat analitikal berkaitan pergerakan pengangkutan sama ada di laut, darat mahupun di udara.

Pengurusan alam sekitar. Kemunculan Syarikat-syarikat penilaian alam sekitar, pencucian dan pengurusan tumbuh di seluruh dunia pada hari ini. Kemunculannya memberikan peluang kepada merek ayang berlatarbelakangkan kemahiran geografi untuk pengurusan projek dan membuat laporan seperti laporan kesan alam sekitar. Ia memberikan bidang yang luas dengan peluang kerja yang sangat besar.

Menurut Neeti Verma (2007), pelnagai jenis kerja mempunyaikaitan dengan bidang geografi secara langsung. Selain menjadi ahli geografi, seorang yang mempunyai latar belakang bidang geografi boleh bekerja sebagai pembantu makmal geologikal, perancang pengangkutan, penterjemah foto udara, penganalisis guna tanah, konsultan lanskap, juruteknik.penganalisis GIS, pakar remote sensing, penganalisis bandar, konsultan kajian luar negara, pakar wilayah, pemaju pelancongan, pembantu penyelidik, penjana dana, kerani makmal peta, penilai alam sekitar, konsultan pemilihan tapak, konsultan bencana alam, konsultan pertumbuhan penduduk, edotor/penghasil peta, pegawai pembangunan wilayah, penganalisis sumber, penganalisis geografi, pakar lokasi, penilai zon, perancang kommuniti, penganalisis kajian pemasaran, konsultan perjalanan, kartografi, perancang pakir, hydrografi, perancang kawasan, perancang bandar, perancang sumber air, pakar data spatial dan penyelidik lapangan.

10

Page 11: CABARAN DAN PELUANG DALAM PENDIDIKAN JARAK  · PDF filesaintifik dan sosial seperti perubahan global, ... kemahiran subjek mater geografi. ... Penyesuaian teknologi

Di manakah tempat untuk mereka mencari pekerjaan?

Syarikat berkaitan survey geologikal, syarikat kawalan pencemaran, syarikat pelombongan dan sumber, industri pelancongan dan perjalanan, syarikat pengurusan air, konsultan alam sekitar, syarikat pemetaan digital, syarikat pertanian, tapak bersejarah, syarikat pengangkutan, syarikat minyak, firma konsultan geografik, agensi perancangan rekreasi dan pelancongan, Syarikat penganalisis sumber dan pengurusan, perancangan bandar dan wilayah, firma konsultan, firma kawalan alam sekitar, kumpulan Geographic Information Syatems (GIS), syarikat pelupusan bahan pejal, jabatan rekreasi atau parkir kenderaan dan agensi pembangunan antarabangsa. Seorang wartawan juga memerlukan kemahiran geografi bagi membuat liputan berita khususnya yang berkaitan dengan isu-isu alam sekitar, masalah sosial dan apa sahaja isu yang berkaitan dengan pembangunan.

Bagi kes di Malaysia, Kementerian sumber asli dan alam sekitar, Kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Kementerian perdagangan antarabangsa dan industri, Kementerian sains teknologi dan inovasi, Kementerian perusahaan perladangan dan komoditi, Kementerian kerjaraya, Kementerian perumahan dan kerajaan tempatan, kementerian pelancongan, Kementerian luar bandar dan wilayah, kementerian pertanian dan industri asas tani, Kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan, Kementerian Wilayah Persekutuan, dan Kementerian Pengangkutan.

Kesimpulan

Memperkasa bidang geografi menerusi teknologi pendidikan jarak jauh masih memerlukan tenaga pengajar sebagai yis atau ragi utamanya. Teknologi hanya sebagai medium untuk merancakkan dan memperkasakan bidang tersebut sebelum semua bahan P & P diterima oleh pengguna. Perkembangan teknologi internet telah membangunkan perpustakaan digital, tele-immerson, video digital, makmal virtual dalam horizon pendidikan jarak jauh dan semua ini boleh membantu memperkasa bidang geografi di Malaysia. Memperkasa geografi menggunakan GIS akan membantu kita membina masa depan yang lebih cemerlang. GIS semakin menjadi pintar dan mudah untuk bekerjasama. Menghubungkan GIS dengan infrastruktur sosial dalam laman web akan memacu kerjasama atau kolaborasi yang lebih luas, kesefahaman yang lebih mendalam untuk membolehkan kita membina masa depan yang lebih baik. Professional GIS adalah orang yang mengaplikasikan bahasa GIS untuk memcipta masa depan yang lebih baik.

Bibliografi

Neeti Varma, 2007. What Can I Do With An Undergraduate Degree in Geography. http://www.umanitoba.ca/student/counselling/WhatCanIDo/geography.htm

Matt Risenberg, 2007. Geography Jobs. Your Guide to Geography.http://.geography.about.com/od/careesingeography/a/jobsgeography.htm

Main Rindam, 2006. Teknologi Instruktur Dalam Penyebaran Pengetahuan Teknologi Remote Sensing Untuk Pendidikan Jarak Jauh. Konvensyen Teknologi Pendidikan : Reka Bentuk, Pembangunan, Penggunaan dan Penilaian Teknologi Instruksional. Awana Porto Malai, Langkawi, Kedah.

11

Page 12: CABARAN DAN PELUANG DALAM PENDIDIKAN JARAK  · PDF filesaintifik dan sosial seperti perubahan global, ... kemahiran subjek mater geografi. ... Penyesuaian teknologi

Dawn. J. Wright, David DiBiase, Cherri Pancake, Richadr Wright & Kenneth E. Foote., 2004. Challenges and Opportunities in Distance Education for Geographic Information Science. UCGIS Distance education White paper. http://dusk2.geo.orgs.edu/disted/

Benyon, D., Stone, D., Woodroffe, M., 1997, Experience with Developing Multimedia Courseware for the World Wide Web: The Need for Better Tools and Clear Pedagogy. International Journal of Human-Computer Studies, 47(1), 197. Berdusco, B., Gearey, W., Jr., Moore, P., Parkinson, B., and Gibbens, D., 2000, GIS and Distance Education. Internal report, UNIGIS, link. Browning, P. and Williams, J., 1997, Using the Internet in Teaching and Learning: A U.K. Perspective, Computers and Geosciences, 23 (5), 549-557. Bruffee, K. A., 1993, Collaborative Learning: Higher Education, Interdependence and the Authority of Knowledge, (Baltimore, MD: Johns Hopkins University Press). Chalkley, B. and Harwood, J. 1998, Transferable Skills and Work-based Learning in Geography, (Gloucester, Cheltenham and Gloucester College of Higher Education: Geography Discipline Network, Guides to Good Teaching, Learning and Assessment Practices in Geography). Community Media Center, Digitize This! Building Community Bit by Bit, Grand Rapids, Michigan, April 11-13, 2002, link. Accessed 2 July 2002. DiBiase, D., in press, 2002, On Accreditation and the Peer Review of Education in Geographic Information Systems and Science, URISA Journal. Foote, K. E. 1997, The Geographer's Craft: Teaching GIS on the Web. Transactions in GIS, 2, 137-150. Foote, K. E., 1999a, Bringing Faculty Online: Inspiring and Sustaining Innovation in Information and Computer Technologies. Journal of Geography in Higher Education, 23: 5-7. Foote, K. E., 1999b, Building Disciplinary Collaborations in the World Wide Web: Strategies and Barriers. Journal of Geography, 98: 108-117. Geosciences Education Working Group, 1997, Geoscience Education: A Recommended Strategy, NSF 97-171, (Washington, D.C.: National Science Foundation), link. Gober, P., 1998, Distance Learning and Geography's Soul, Association of American Geographers Newsletter, 33(5), 1-2. Hanson, D., N. Maushak, C. Schlosser, M. Anderson, C. Sorensen, and M. Simonson, 1997, Distance Education: Review of the Literature, 2nd edition,

12

Page 13: CABARAN DAN PELUANG DALAM PENDIDIKAN JARAK  · PDF filesaintifik dan sosial seperti perubahan global, ... kemahiran subjek mater geografi. ... Penyesuaian teknologi

(Washington, D.C. and Ames, IA: Association for Educational Communications and Technology and Research Institute for Studies in Education). Healey, M., 1998, Resource-based Learning in Geography, (Gloucester, Cheltenham and Gloucester College of Higher Education: Geography Discipline Network, Guides to Good Teaching, Learning and Assessment Practices in Geography). Heterick, B., and Twigg, C., 2001, Is MIT Giving Away the Store? The Learning MarketSpace, link. Accessed 13 July 2001. Hurley, J.M., Proctor, J. D., and Ford, R. E., 1999, Collaborative Inquiry at a Distance: Using the Internet and Constructivist Strategies in Geography Education, Journal of Geography 98(3), 128-140. Institute for Higher Education Policy, 1999, What's the Difference? A Review of Contemporary Research on the Effectiveness of Distance Learning in Higher Education. pdf file. Accessed 29 November 2000. Institute for Higher Education Policy, 2000, Quality on the Line: Benchmarks for Success in Internet-Based Distance Education. pdf file. Accessed 29 November 2000. Jenkins, A., 1998, Curriculum Design in Geography, (Gloucester, Cheltenham and Gloucester College of Higher Education: Geography Discipline Network, Guides to Good Teaching, Learning and Assessment Practices in Geography). Kellogg Commission on the Future of State and Land-Grant Universities, 1999, Returning to Our Roots: The Engaged Institution, (Washington, DC: National Association of State Universities and Land-Grant Colleges). Kemp, K., and R. Wright. 1997, UCGIS Identifies GIScience Education Priorities. Geo Info Systems, 7(9), 16-18, 20. Kemp, K. K., Reeve, D. E., et al., 1999, Interoperability for GIScience Education. In Vckovski, A., Brassel, K. E., and Schek, H.-J. (Eds.), Interoperating Geographic Information Systems, (Berlin: Springer-Verlag), 101-114. Lopez, X. R., 1999, Interoperability Through Organization: Digital Libraries for Distributed Geospatial Information, VLSI, Computer Architecture and Digital Signal Processing, 495, 459. Lyall, S.,1999, The British are Coming: One of the U.K.'s Top Universities is a Distance-learning School, and it's About to Test American Waters. Education Life, supplement to The New York Helvetica, April 4, 29, 38.

13

Page 14: CABARAN DAN PELUANG DALAM PENDIDIKAN JARAK  · PDF filesaintifik dan sosial seperti perubahan global, ... kemahiran subjek mater geografi. ... Penyesuaian teknologi

Macey, S., 1997, Supporting Infrastructure, University Consortium for Geographic Information Science Education Priority White Paper. link. Accessed 6 October 2001. Marble, D., 1999, Developing a Model, Multipath Curriculum for GIScience, ArcNews, Spring 1999, link Marble, D., 2002. A Model Curriculum for Geographic Information Science & Technology, Abstracts of the 98th Annual Meeting of the Association of American Geographers, Session 7121. Mayadas, F., 1997, Asynchronous Learning Networks: A Sloan Foundation Perspective, Journal of Asynchronous Learning Networks, link. Mayadas, F., 1998, Quality Framework for Online Education, In Panitz, B., Learning on Demand, ASEE PRISM, (Washington, D.C.: American Society for Engineering Education), 18-24, and link. Merickel, M., 1997, Applying a University's Quality Standards for Electronically Delivered Instruction to World Wide Web Based Teacher Education Courses. link. Accessed 6 October 2001. Moore, M.G., 2000, Editorial: Is Distance Teaching More Work or Less?, The American Journal of Distance Education, 14(3), 4. Moser, S., and Hanson, S., 1996, Notes on Active Pedagogy, (Washington, D.C.: Association of American Geographers), link National Center for Education Statistics (NCES), 2000a, Distance Education at Postsecondary Education Institutions: 1997-98, NCES 2000-013, (Washington, D.C.: U.S. Department of Education), pdf file. National Center for Education Statistics (NCES), 2000b, National Postsecondary Student Aid Study, (Washington, D.C.: U.S. Department of Education), pdf file. National Center for Education Statistics (NCES), 2002, Distance Education Instruction by Postsecondary Faculty and Staff: Fall 1998, NCES 2002-155, (Washington, D.C.: U.S. Department of Education), pdf file. Noble, D. F., 1998, Digital Diploma Mills: The Automation of Higher Education, First Monday, pdf file. Palloff, R.M. and Pratt, K., 1999, Building Learning Communities in Cyberspace: Effective Strategies for the Online Classroom, (San Francisco: Jossey-Bass Publishers).

14

Page 15: CABARAN DAN PELUANG DALAM PENDIDIKAN JARAK  · PDF filesaintifik dan sosial seperti perubahan global, ... kemahiran subjek mater geografi. ... Penyesuaian teknologi

Phoenix, M., 2000, Geography and the Demand for GIS Education, Association of American Geographers Newsletter, 35(6),13. Shepherd, I., 1998, Teaching and Learning Geography with Information and Communication Technologies, (Gloucester, Cheltenham and Gloucester College of Higher Education: Geography Discipline Network, Guides to Good Teaching, Learning and Assessment Practices in Geography). Stauth, D., 1999, Cutting-edge Internet Class Demonstrated at SC99, Oregon State University Press Release. link. Accessed 2 July 2002. University of Illinois Faculty Seminar,1999, Teaching at an Internet Distance: The Pedagogy of Online Teaching and Learning. link. Accessed 6 October 2001. U.S. Bureau of the Census, 1998, Table A-6: Age Distribution of College Students 14 Years Old and Over, by Gender: October 1947 to 1996. link, Accessed 29 November 2000. White, K. W. and Weight, R. H., 1999, The Online Teaching Guide: A Handbook of Attitudes, Strategies, and Techniques for the Virtual Classroom, (Boston: Allyn & Bacon). Wright, D. J., 1999, "Virtual" Seminars in GIS: Academic Future or Flash in the Pan?, Geo Info Systems, 9(3): 22, 24-26. Wright, D., G. Elmes, K. Foote, J. Chen, N. Faust, B. Savitsky, and J. Sewash, 1997, Emerging Technologies for Delivering GIScience Education. University Consortium for Geographic Information Science Education Priority White Paper. link. Accessed 6 October 2001.

15