buletin - ukm

8
Pendidikan Norma Baharu Pandemik COVID-19 telah banyak mengubah landskap pendidikan di seluruh dunia, dan Universiti Kebangsaan (UKM) tidak terkecuali terjejas dalam pandemik ini. UKM telah mengambil beberapa langkah yang diperlukan sebagai usaha untuk menurunkan kadar jangkitan dan melandaikan lengkung COVID-19 berpandukan kepada garis panduan yang dikeluarkan di peringat nasional dan juga Kementerian Pengajian Tinggi seperti pengubahsuaian operasi pentadbiran, akademik serta aktiviti penyelidikan, menyusun semula penjadualan kalendar akademik 2020-2021 dan memperbanyakkan penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian. Beberapa dokumen pekeliling, garis panduan serta SOP telah dikeluarkan oleh UKM sepanjang tempoh PKP ini dan seluruh warga universiti diharapkan dapat melaksanakan serta mengamalkan setiap panduan dan SOP yang telah ditetapkan sepanjang masa semasa menjalankan aktiviti di dalam kampus. Penularan wabak COVID-19 ini telah memaksa para pensyarah dan pelajar meneroka ruang baharu di dalam pelaksanaan kaedah PdP yang lebih moden dan futuristik agar aktiviti PdP dapat terus dijalankan walaupun tanpa pelajar/pensyarah berada di dalam bilik kuliah. Adalah satu kerugian kepada universiti sekiranya momentum PdP dalam talian yang dilaksanakan semasa PKP tidak diteruskan. Pandemik ini telah membuka minda semua pensyarah dan pelajar tentang alternatif kaedah pengajaran yang lebih fleksibel dan sekiranya dibuat dengan cukup persediaan , ianya adalah lebih berkesan untuk kebanyakan kursus. Kemajuan teknologi telah membuka ruang untuk lebih banyak inovasi dilakukan dalam PdP yang akan menjadikan kaedah PdP dalam talian lebih menarik dan berkesan. Justeru itu, pengurusan universiti akan sentiasa melihat keperluan menambahbaik latihan pembangunan bahan dalam talian serta infrastruktur sedia ada di dalam kampus agar momentum PdP dalam talian dapat terus dirancakkan dan ditingkatkan. Selain dari bahan pengajaran dalam talian yang berkualiti, kejayaan dalam pembelajaran dalam talian amat bergantung kepada pelajar dapat mendisiplinkan diri untuk mengikuti kursus secara bebas. Kejujuran dan keikhlasan setiap pelajar dalam membuat tugasan dan ujian secara dalam talian adalah amat dituntut dalam proses menuntut ilmu sebagai simbolik kematangan dan kesarjanaan yang akhirnya akan membawa keberkatan dalam kehidupan. Saya yakin dengan kesungguhan semua warga UKM dan rahmat yang dikurniakan Allah SWT, UKM akan terus dapat menghasilkan graduan yang berkompeten dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan pelbagai pihak yang berkepentingan. PROF. DATO’ Ir. DR. MOHD MARZUKI BIN MUSTAFA Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Menjalankan fungsi Naib Canselor BULETIN BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK BILANGAN 16 : DISEMBER 2020

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

43 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BULETIN - UKM

Pendidikan Norma Baharu

Pandemik COVID-19 telah banyak mengubah landskap pendidikan di seluruh dunia, dan Universiti Kebangsaan (UKM) tidak terkecuali terjejas dalam pandemik ini.

UKM telah mengambil beberapa langkah yang diperlukan sebagai usaha untuk menurunkan kadar jangkitan dan melandaikan lengkung COVID-19 berpandukan kepada garis panduan yang dikeluarkan di peringat nasional dan juga Kementerian Pengajian Tinggi seperti pengubahsuaian operasi pentadbiran, akademik serta aktiviti penyelidikan, menyusun semula penjadualan kalendar akademik 2020-2021 dan memperbanyakkan penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian. Beberapa dokumen pekeliling, garis panduan serta SOP telah dikeluarkan oleh UKM sepanjang tempoh PKP ini dan seluruh warga universiti diharapkan dapat melaksanakan serta mengamalkan setiap panduan dan SOP yang telah ditetapkan sepanjang masa semasa menjalankan aktiviti di dalam kampus.

Penularan wabak COVID-19 ini telah memaksa para pensyarah dan pelajar meneroka ruang baharu di dalam pelaksanaan kaedah PdP yang lebih moden dan futuristik agar aktiviti PdP dapat terus dijalankan walaupun tanpa pelajar/pensyarah berada di dalam bilik kuliah. Adalah satu kerugian kepada universiti sekiranya momentum PdP dalam talian yang dilaksanakan semasa PKP tidak diteruskan. Pandemik ini telah membuka minda semua pensyarah dan pelajar tentang alternatif kaedah pengajaran yang lebih fleksibel dan sekiranya dibuat dengan cukup persediaan , ianya adalah lebih berkesan untuk kebanyakan kursus. Kemajuan teknologi telah membuka ruang untuk lebih banyak inovasi dilakukan dalam PdP yang akan menjadikan kaedah PdP dalam talian lebih menarik dan berkesan. Justeru itu, pengurusan universiti akan sentiasa melihat keperluan menambahbaik latihan pembangunan bahan dalam talian serta infrastruktur sedia ada di dalam kampus agar momentum PdP dalam talian dapat terus dirancakkan dan ditingkatkan.

Selain dari bahan pengajaran dalam talian yang berkualiti, kejayaan dalam pembelajaran dalam talian amat bergantung kepada pelajar dapat mendisiplinkan diri untuk mengikuti kursus secara bebas. Kejujuran dan keikhlasan setiap pelajar dalam membuat tugasan dan ujian secara dalam talian adalah amat dituntut dalam proses menuntut ilmu sebagai simbolik kematangan dan kesarjanaan yang akhirnya akan membawa keberkatan dalam kehidupan.

Saya yakin dengan kesungguhan semua warga UKM dan rahmat yang dikurniakan Allah SWT, UKM akan terus dapat menghasilkan graduan yang berkompeten dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan pelbagai pihak yang berkepentingan.

PROF. DATO’ Ir. DR. MOHD MARZUKI BIN MUSTAFA Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Menjalankan fungsi Naib Canselor

BULETIN BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK

BILANGAN 16 : DISEMBER 2020

Page 2: BULETIN - UKM

SEKALUNG BUDI, SEJAMBAK KASIH

Bermula 1 Januari 2019, UKM telah menerima Naib Canselor yang baharu, Prof. Ir. Dato’ Dr. Mohd Hamdi Abdul Shukor. Beliau

memperkenalkan Pelan Strategik UKM 2019-2021 yang menggariskan lima teras utama berkonsepkan “Mahligai

Kualiti” (House of Quality). Pelan Strategik ini menterjemahkan misi dan visi UKM kepada pencapaian indikator yang jelas dalam satu

tempoh secara kolektif iaitu organisasi atau individu. Melalui penterjemahan yang jelas, beliau menggunakan pendekatan

pengurusan yang mementingkan autonomi dalam pemerkasaan organisasi dan individu.

Namun bagi memastikan pencapaian objektif, pemantauan

berfokuskan akauntabiliti dilaksanakan. Bentuk pemantauan juga bukan hanya oleh pihak penilai iaitu ketua, tetapi oleh pelanggan

yang terlibat dalam memastikan sistem penyampaian adalah berkesan dan cekap. Ia telah menjadi asas kepada proses penilaian

baharu yang lebih telus dan objektif untuk semua kakitangan. Satu bentuk belanjawan satu lini (one line budget) kepada pusat

tanggungjawab juga telah diperkenalkan untuk memperkasakan organisasi dalam pembuatan keputusan dan meningkatkan

kebertanggungjawaban kepada institusi.

Selain itu, teras pembangunan institusi berasaskan nilai disuburkan. Nilai UKM iaitu keserakanan, akauntabiliti, merit, inovasi dan integriti sangat ditekankan bagi membina budaya kerja berprestasi tinggi. Budaya ini sangat penting untuk melancarkan urusan-urusan yang bersifat strategik dan operasi di semua peringkat. Maka satu pendekatan pengurusan yang banyak mendengar pandangan dari segenap sudut membantu dalam melicinkan urusan dan membentuk suasana harmoni dalam organisasi. Walaupun belum cukup tempoh pelantikan di UKM, tanggal 1 November 2020, khidmat beliau diperlukan untuk menerajui Universiti Malaya pula. Warga UKM mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof. Ir Dato Mohd Hamdi Abdul Shukor atas segala jasa dan sumbangan. Selamat maju jaya. PROF DR NORMAN MOHD SALEH Pro-Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat)

Page 3: BULETIN - UKM

BICARA NAIB CANSELOR UKM 2020

Pelan Strategik UKM 2019-2021 yang berkonsepkan “Mahligai Kualiti” (House of Quality) telah dilancarkan dalam Bicara Perdana Naib Canselor UKM pada 10 April 2019 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR). Berpandukan kepada Lima (5) teras utama (Penyelidikan, Akademik, Antarabangsa, Bakat dan Kewangan), Pelan Strategik ini menggariskan sejumlah indikator utama yang perlu dicapai untuk menjadikan UKM universiti penyelidikan tersohor. Pada tanggal 18 Mei 2020, UKM telah meniti usia Jubli Emas (UKM ke-50). UKM kini telah matang dalam fungsinya yang mensejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan dengan jangkauan di peringkat global. Dalam usaha menjadikan UKM universiti tersohor dunia, UKM perlu membudayakan kerja berprestasi tinggi. Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor telah mengemukakan strategi ini dalam Bicara Perdana Naib Canselor UKM 2020 yang telah berlangsung pada 4 Mac 2020. Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi turut menggambarkan tahun 2020 sebagai tahun penjajaran (alignment) manakala tahun 2021 sebagai tahun pemerkasaan (empowerment) dalam menyediakan laluan kepada UKM menjadi Universiti Kelas Dunia pada tahun 2025. Sesi pembentangan Naib Canselor merangkumi strategi dan pencapaian UKM pada tahun 2019 dan hala tuju UKM pada 2020. Majlis Bicara Naib Canselor UKM 2020 bertemakan Budaya Berprestasi Tinggi ini telah dihadiri seramai 2000 warga UKM.

“Budaya Berprestasi Tinggi”

Page 4: BULETIN - UKM

PENUBUHAN JAWATANKUASA PASUKAN PEMIKIR (THINK TANK)

Jawatankuasa Pasukan Pemikir (Think Tank)

UKM telah menubuhkan 17 jawatankuasa pemikir bertujuan untuk memberi cadangan dan menyediakan plan tindakan bagi menyelesaikan sesuatu isu yang dihadapi dalam pentadbiran dan pengurusan UKM. Ahli Jawatankuasa pemikir terdiri daripada pelbagai pakar daripada institusi yang berkaitan. Antara terma rujukan pasukan pemikir adalah menyediakan status semasa dan mengenalpasti isu-isu yang berkaitan, menyediakan cadangan dan halatuju yang akan dilaksanakan, menyediakan cadangan pelaksanaan dan pelan tindakan beserta jadual perbatuan, memantau kemajuan pelaksanaan dan mengenal pasti isu dan permasalahan serta tindakan penambahbaikan, dan menyediakan laporan dari semasa ke semasa. 17 jawatankuasa pasukan pemikir beserta pengerusinya adalah seperti berikut:

Bil Jawatankuasa Pasukan Pemikir (Think Tank) Pengerusi

1 One-Line Budget Bendahari

2 Pembaharuan Agenda PTJ Bukan Akademik Pendaftar

3 Semakan Struktur UKM Pendaftar

4 Tindakan Selepas Covid-19 - Operasi Perkhidmatan Pendaftar

5 Tindakan Selepas Covid-19 - Perubatan & Kesihatan Pro-NC Kampus KL

6 Aktiviti Penjanaan Pro-NC Penjanaan dan Prasarana

7 Laman Web UKM Pro-NC Strategi & Pembangunan Korporat

8 Meningkatkan Pelajar Antarabangsa TNC HEAA

9 Tindakan Selepas Covid-19 - Akademik TNC HEAA

10 Analisis Program Prasiswazah TNC HEAA (Pengerusi) TNC JIAM (Pengerusi bersama)

11 Integrasi Fakulti ke Kolej TNC HEP

12 Analisa Pengalaman Pelajar TNC HEP

13 Perubahan IVI ke Institut IR4.0 TNC HEPI

14 Universiti Bertaraf Dunia (WCU) TNC HEPI

15 Pemerkasaan Bahasa Melayu TNC HEPI

16 Penjenamaan UKM TNC JIAM

17 Budaya Berprestasi Tinggi (HPC) TNC JIAM

Nota: Status sehingga 23 Disember 2020

Jawatankuasa yang telah selesai tindakan

Jawatankuasa yang sedang dalam tindakan dan hampir selesai

Jawatankuasa yang sedang dalam tindakan

Page 5: BULETIN - UKM

e-Strategik merupakan sistem yang dibangunkan untuk mengukur dan memantau pencapaian prestasi universiti secara berpusat. Antara prestasi yang dipantau adalah pencapaian berdasarkan sasaran sepertimana terkandung dalam buku Pelan Strategik UKM dan sasaran sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Sistem ini juga berfungsi untuk memantau kualiti data UKM bagi memenuhi keperluan Sistem Peningkatan Kualiti Data KPM (MyMohes) serta beberapa sistem lain di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

e-STRATEGIK: SISTEM PEMANTAUAN PRESTASI UKM

Hasil daripada capaian maklumat melalui sistem ini, ianya dapat membantu pihak pengurusan universiti membuat analisis untuk membuat keputusan yang lebih tepat dan berkesan serta mengimbangi pelan jangka pendek dan sasaran jangka panjang universiti. Dengan wujudnya sistem e-Strategik ini, ianya dapat memudahkan pihak pengurusan universiti mengukur prestasi universiti dengan lebih cekap. Kelemahan yang ada juga boleh dikesan dengan pantas dan membolehkan langkah intervensi dilakukan dengan segera. Penambahbaikan berterusan perlu sentiasa dilakukan bagi meningkatkan keberkesanan sistem ini bagi membantu pihak pengurusan universiti membuat keputusan strategik bagi kepentingan universiti.

Page 6: BULETIN - UKM

PENARAFAN UNIVERSITI

Pada tahun 2020, UKM telah menerima beberapa pengiktirafan dalam penarafan (Ratings) dan pemeringkatan (Rankings) daripada organisasi dalam serta luar negara. Dari segi penarafan, UKM telah memperoleh penarafan peringkat tertinggi di Malaysia melalui penarafan SETARA oleh Kementerian Pengajian Tinggi. SETARA menilai institusi pendidikan tinggi dari segi pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan melalui metriks dan metadologi penilaian yang telah ditetapkan bagi memastikan institusi mampu menyediakan pendidikan tinggi berkualiti dan berimpak tinggi kepada pelajar. Pada peringkat antarabangsa, UKM telah mendapat penarafan tertinggi dalam QS Star. Penarafan QS Star menilai institusi pengajian tinggi dari aspek kebolehpasaran graduan, pengajaran, prasarana dan pengantarabangsaan. Dari segi pemeringkatan, UKM berada pada kedudukan ke-141 dalam QS World Universiti rankings yang menandakan bahawa universiti ini berada dalam kelompok 12% terbaik di dunia. Kedudukan UKM di Asia juga turut meningkat saban tahun dengan kedudukan terkini adalah pada tempat ke-35 universiti terbaik di Asia iaitu dalam kelompok 6% universiti terbaik di Asia. Pada tahun 2019, badan penarafan antarabangsa, Times Higher Education (THE) telah memperkenalkan Impact Rankings yang mengukur sumbangan sesebuah Universiti melalui penglibatan dalam United Nation Sustainable Development Goals (SDGs). Tahun ini merupakan tahun kedua pemeringkatan ini diperkenalkan oleh THE dan melibatkan penyertaan 766 buah universiti dari 85 buah negara. Ianya menggunakan indikator yang telah dibangunkan dengan teliti bagi memberikan perbandingan yang komprehensif dan seimbang antara universiti berkaitan sumbangan sesebuah universiti dalam 3 kategori iaitu penyelidikan, jangkauan dan pengawasan (research, outreach and stewardship). UKM telah menduduki tempat dalam julat ke 101-200 dalam penyertaan julung kalinya dalam pemeringkatan ini pada tahun ini. Ini adalah suatu pencapaian yang membanggakan. Dari segi pemeringkatan subjek yang merujuk kepada bidang yang dipelopori oleh UKM, QS telah mengiktiraf 12 subjek dari UKM untuk berada dalam kedudukan ke 101-200 terbaik di dunia. Di Malaysia, sebanyak 7 subjek dari UKM berada di kedudukan kedua terbaik. Penarafan dan Pemeringkatan merupakan dua perkara yang mengukur dan mengiktiraf sejauh mana pencapaian sesebuah universiti. Pencapaian dalam kedua-duanya bukanlah matlamat utama UKM. Namun, penarafan dan pemeringkatan meletakkan kedudukan UKM berbanding universiti lain dan secara lansung menilai kualiti dan kecekapan UKM dari pelbagai aspek berbanding universiti lain. Tidak dapat dinafikan bahawa hasil dari kerja keras warga universiti dalam menyelusuri hala tuju universiti seperti mana yang telah dirancang dan digariskan dalam pelan strategik UKM menyumbang kepada peningkatan pengiktirafan UKM di persada antarabangsa.

Page 7: BULETIN - UKM
Page 8: BULETIN - UKM

Penasihat Prof. Dr. Norman Mohd Saleh

Ketua Editor

Prof. Madya Dr. Mohd Azlan Shah Zaidi

Editor

Prof. Dr. Mohd. Zaidi Omar Prof. Madya Dr. Wan Zawiah Wan Zin

@ Wan Ibrahim Prof Madya Dr. Sarah Aziz Abdul

Ghani Aziz Puan Zaimi Makhtar

Puan Nor Saribon Ramli

Reka Bentuk Encik Barudin Baharin

Pusat Strategi UKM Aras 3, Bangunan Canselori

Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi

Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-89213856 Faks : 03-89214590

www.ukm.my/strategi-ukm

Sekiranya anda mempunyai sebarang bahan sama ada

berbentuk artikel ataupun gambar (resolusi tinggi), mohon dapat

majukan bahan tersebut ke alamat e-mel [email protected]

SIDANG PENGARANG

HUBUNGI

AKTIVITI PUSAT STRATEGI UKM

1. Bengkel Jawatankuasa Pemikir UKM (Think Tank) - 10 -12

Januari 2020

2. Bengkel Pembangunan Glosari KPI HoQ Pelan Strategik UKM

2019 - 2021 - 23 Januari 2020

3. Bengkel Penyelarasan Akhir Pelataan Sasaran KPI HoQ PTJ

UKM - 11 Februari 2020

4. Majlis Bicara Naib Canselor UKM 2020 “Budaya Berprestasi

Tinggi” - 4 Mac 2020

5. Lawatan Penandaarasan Pusat Strategi UKM ke Pusat

Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti dan Risiko (SQRC)

6. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) - 9 Mac 2020

7. Audit Pengawasan SPKP Pusat Strategi UKM oleh SIRIM (ISO

9001: 2015) - 2 Julai 2020

8. Permukiman Semakan Pencapaian Prestasi KPI Universiti

Penggal Pertama Tahun 2020 - 17 - 19 Julai 2020

9. Bengkel Pemurnian Visi dan Misi UKM - 26 Ogos 2020