4933793 semantik dalam peribahasa melayu nilai keagamaan

57
PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim…… Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, keluarga para sahabat serta para tabi’in. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan izinnya, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan yang bertajuk ”semantik dalam peribahasa Melayu” (fokos kepada nilai pertanian) dalam tempoh yang ditetapkan. Dalam tugasan ini, saya membincangkan secara lebih mendalam tentang pengertian dan peranan serta penggunaan semantik dalam peribahasa Melayu, khususnya dalam bidang pertanian. . Di sini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Dr.Zaitul Azma Zainon Hamzah selaku pensyarah bagi kursus Semantik (BBM3406). Sesungguhnya beliau banyak membantu untuk menyiapkan penulisan yang terbaik. Beliau juga memberi komitmen yang sepenuhnya tehadap penulisan ini dan banyak 1

Upload: ikan-otek

Post on 13-Dec-2014

107 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

semantik

TRANSCRIPT

Page 1: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim……

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala pujian

bagi Allah, Tuhan sekalian alam, keluarga para sahabat serta para tabi’in. Syukur

kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan izinnya, akhirnya saya dapat menyiapkan

tugasan yang bertajuk ”semantik dalam peribahasa Melayu” (fokos kepada nilai

pertanian) dalam tempoh yang ditetapkan. Dalam tugasan ini, saya membincangkan

secara lebih mendalam tentang pengertian dan peranan serta penggunaan semantik

dalam peribahasa Melayu, khususnya dalam bidang pertanian.

. Di sini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih

kepada Dr.Zaitul Azma Zainon Hamzah selaku pensyarah bagi kursus Semantik

(BBM3406). Sesungguhnya beliau banyak membantu untuk menyiapkan penulisan yang

terbaik. Beliau juga memberi komitmen yang sepenuhnya tehadap penulisan ini dan

banyak memberi nasihat, bimbingan, tunjuk ajar serta teguran yang membina supaya saya

dapat menghasilkan kerja yang terbaik.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan kerana memberi sokongan

secara langsung mahupun tidak langsung kepada saya ketika menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam

menyiapkan tugasan ini, kerana banyak membantu saya dari segi mendapatkan bahan-

bahan rujukan sepanjang kerja ini dijalankan.

Justeru itu, saya mendoakan agar kesemuanya memperolehi kejayaan yang

cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan di akhirat. Terima kasih…

1

Page 2: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

1.0 PENDAHULUAN

1.0.1 Latar Belakang Semantik

Bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia. Sebagai

suatu unsur yang dinamik, bahasa digunakan dan didekati dengan menggunakan

pelbagai pendekatan untuk mengkajinya. Antara pendekatan yang dapat digunakan di

dalam bahasa ialah pendekatan makna. Bidang makna atau semaktik sebenarnya

menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik iaitu suatu hal yang amat penting

memandangkan hal kajian bahasa tidak akan sempurna jka tidak ada unsur makna.

Dalam ilmu linguistik, tatabahasa merupakan kajian tentang pembentukan kata

dan penyusunanya dalam ayat. Manakala semantik pula berhubung rapat dengan

pengkajian tentang makna. Semantik menurut istilah ialah merujuk tentang makna. Oleh

kerana makana itu adalah sebahagian daripada bahasa, maka semantik tergolong

sebahagian daripada ilmu linguistik.

Istilah semantik berasal daripada bahasa yunani sema yang menerbitkan kata

semainein yang bermaksud ’menunjukkan’, ’bererti’ atau ’bermakna’. Bidang semantik

sudah lama menarik perhatian ahli bahasa. Orang yang mula-mula menggunakan istilah

semantik ialah M.Breal (1990) dalam bukunya yang berjudul ’Semantics: Studies in the

Science of Meaning’.

2

Page 3: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

1.0.2 Latar Belakang Peribahasa

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang

luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Manakala

peribahasa tradisi pula merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan

seharian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula

merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada

bahasa kiasan dalam budaya Melayu. Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu

peribahasa itu digunakan, yang membina minda.

Menurut kamus pelajar Cetakan Ke Dua Belas Terbitan Khas KBSM (1995) pula

mendefinasikan peribahasa sebagai bidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yang

tetap susunanya dan mempunyai maksud tertentu.

Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, makna peribahasa adalah ungkapan atau

kalimat-kalimat ringkas padat, yang berisi perbandingan, perumpamaan, nasihat, prinsip

hidup atau aturan tingkah laku.

Menurut Za’ba (1934) yang di petik daripada bukunya Ilmu Mengarang Melayu

Edisi Ejaan Rumi Baharu Zainal Abidin Ahmad, peribahasa diertikan sebagai segala

susunan cakap yang pendek dan yang telah melekat dimulut orang ramai semenjak

turun temurun kerana sedap didengar dan perkataannya bijak, ringkas, luas dan

mempuyai maksud yang mendalam-dipakai akan jadi sebutan-sebutan oleh orang sebagai

bandingan, teladan dan pengajaran. Oleh sebab itu, apa yang dikatakan dengan bidalan,

pepatah, perbilangan dan perumpamaan itu ialah kerana tiap-tiap satu ini cakap yang

mengandungi segala sifat-sifat peribahasa yang telah di sebutkan. Walhal kesemua itu

ialah cakap-cakap bijaksana yang ringkas yang telah terbeku dari beberapa zaman dan

3

Page 4: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

telah masyur terpakai pada mulut orang ramai, dan kadang kala di umunkan namanya

“perkataan orang tua-tua” sahaja.

Selain itu, peribahasa juga diguna pakai untuk membuat dan menghiasi karangan

atau percakapan dan menguatkan tujuan karangan atau sesuatu percakapan. Di samping

itu, peribahasa juga boleh dijadikan pedoman hidup kerana maksud dan isinya yang

benar dan luas.

Peribahasa-peribahasa Melayu yang melibatkan nilai pertanian ini telah dipetik

daripada dua buah buku iaitu ‘Himpunan Peribahasa dan Simpulan Bahasa KBSM’ yang

telah ditulis oleh Mohd Tajudin Hashim yang berpendidikan B.A(HONS) Dip. Ed.

(UM) dan juga buku peribahasa Asas yang di hasilkan oleh Kamaruzzaman A.Kadir dan

Othman Puteh.

“Semantik dalam peribahasa Melayu-Nilai Pertanian” pula ialah bidang linguistik

yang mengkaji perihal makna didalam kata-kata yang pendek dan dapat dijadikan

sebagai teladang, bandingan dan pengajaran kepada masyarakat (generasi) kini.

Peribahasa ini dianggap sebagai mutiara kata daripada kebijaksanaan orang yang

empunya bahasa itu.

4

Page 5: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

1.1 Objektif Kajian

i. Menjelaskan pengertian, peranan dan aspek semantik khasnya di dalam

peribahasa Melayu.

ii. Mengenal pasti perkaitan antara bidang semantik dengan peribahasa

Melayu

iii. Mengetauhi dan memahami Peribahasa melayu dengan lebih mendalam

sebagai warisan yang ditinggalkan turun-temurun daripada nenek moyang

iv. Mengaplikasikan kedua-duanya (Semantik dan Peribahasa) sebagai

panduan dalam kehidupan seharian.

1.2 Kaedah Kajian

Dalam kertas kerja ini, terdapat pelbagai kaedah yang telah di gunakan sepanjang

proses tersebut. Antara kaedah utama yang telah di jalankan ialah kaedah mencari

bahan di perpustakaan. Selain itu, kaedah lain ialah dengan merujuk buku di Dewan

Bahasa dan Pustaka. Kaedah merujuk kepada bahan bacaan yang bersifat ilmiah ataupun

media massa serta melayari internet.

1.3 Batasan Kajian

Tugasan ini dibataskan hanya kepada bidang semantik dalam peribahasa Malayu

(nilai pertanian). Di samping itu tumpuan juga lebih mendalam tentang bidang semantik

dan peribahasa Melayu serta perhubungan (perkaitan) di antara satu sama lain.

5

Page 6: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

1.4 DEFINISI ISTILAH

1.4.1 Peribahasa

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1185) makna peribahasa

bermaksud ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan

mengandungi pengertian yang tertentu, bidal, pepatah :pegangan mereka yang teguh

kepada “biar mati anak jangan mati adat”, cukup menerangkan kebudayaan mereka.

Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, makna peribahasa adalah ungkapan atau

kalimat-kalimat ringkas padat, yang berisi perbandingan, perumpamaan, nasihat, prinsip

hidup atau aturan tingkah laku. Meski terkesan konstruktif, langsung terkait budi pekerti,

dengan kandungan nasihat, prinsip prinsip hidup atau aturan tingkah laku

1.4.2 Nilai

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1604) makna nilai di ertikan

sebagai taksiran harga sesuatu benda, bandingan harga barang, mutu atau taraf.

Selain itu, niali juga di ertikan sebagai sifat ketinggian (pemikiran,agama,

kemasyarakatan,dll): kemajuan yang kita kejar dan di perjuangkan bukanlah kemajuan

dalam kebendaan tetapi tetapi kemajuan dalam pergaulan dan kemasyarakatan.

1.4.3 Pertanian

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1604) makna petanian bermaksud

perihal bertani(tanam-tanaman). Perusahaan bercucuk tanam.

6

Page 7: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

2.0 SEMANTIK

2.1 Konsep Semantik

Bahasa pada lahirnya merupakan ucapan yang terdiri daripada gelombang suara

dan dari suara, dan dari segi tulisan merupakan coretan dakwat, cat dan sebagainya,

yang semuanya merujuk kepada suatu makna tertentu yang bertindak untuk

menyampaikan maklumat atau hasrat. Bunyi ucapan dan coretan tulisan yang merujuk

hal tentang makna merupakan sejenis tanda atau sign (Hashim Hj.Musa,1994:44).

Tanda atau sign ialah suatu yang mewakili atau melambangkan suatu yang lain.

Kajian keatas sistem tanda di kenali sebagai semiotik atau semiologi. Kajian semiotik

pula dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu semantik tentang pemaknaan tanda,

sintaktik tentang kombinasi tanda-tanda, manakala pragmatik tentang asal usul,

penggunaan dan pengaruhnya dalam perlakuan yang dihubungkan dengan tanda itu.

(Ullmann,1962:15). Semantik sebenarnya mempunyai dua pengertian (1) Bahagian

daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna ungkapan dan juga struktur

makna sesuatu pertuturan; dan (2) Satu sistem dan penyelidikan makna sesuatu bahasa.

Keterangan ini sesuai dengan kenyataan Pei dan Gaynor (1980:193) yang menerangkan

makna sesuatu bahasa.

“ Science dealing with the relation between refrents and referends-

lingguistics symbols (word, expressions,phrase) and objects or

concepts to which they refer-and with the story and changes in the

meaning of words”.

7

Page 8: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

Sebagai satu bidang linguistik yang mengkaji makna, semantik boleh dilihat

dari sudut dari sudut erti yang luas dan sempit. Tarigan (1985:8) menggolongkannya

seperti rajah berikut:

SINTAKSIS (Kajian ayat) MAKNA LUAS

SEMANTIK PRAGMATIK (Kajian makna)

TEORI REFERENSI (Kajianperlakuan linguistik) MAKNA SEMPIT TEORI REFERENSI

TEORI MAKNA

Berdasarkan rajah di atas, pengkajian makna pada peringkat semantik dalam erti

kata yang sempit hanya meliputi maklumat linguistik sahaja. Bagaimanapun dalam erti

yang luas, semantik itu juga meliputi sintaksis, malah pragmatik. Keadaan ini demikian

kerana menurut Nor Hashimah Jalaludin (1992:1) yang memetik pendapat Speber dan

Wilson (1980), pengkajian makna pada peringkat semantik belum dapat memberikan

makna sepenuhnya sebagaimana yang di hajati oleh penutur. Pengkajian makna

seharusnya melibatkan ilmu pragmatik, iaitu ilmu penginterpretasian makna yang

melibatkan faktor linguistik dan bukan linguistik. Gabungan antara kedua-dua factor

linguistik dan bukan linguistik ini benar-benar dapat membantu pengkajian makna yang

lebih berkesan.

8

Page 9: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

Dalam linguistik juga semantik dikaitkan dengan penyampaian makna oleh

sarana-sarana kenahuan dan leksikal suatu bahasa. Berdasarkan pandangan teoretis,

huraian dan sejarawi, maka masalah-masalah semantik yang harus di teliti adalah sifat-

sifatnya, sama ada sinkronik atau diakronik. Secara umun, semantik itu mengkaji

sesuatu bahasa pada peringkat perkataan dan peringkat ayat, kerana perkataan dan ayat

bukan sahaja mempunyai makna, tetapi makna tersebut berkait dengan makna

perkataan dan ayat yang lain. Sebagai contoh perkataan man, women, girl, child

mempunyai kaitan makna yang tidak di kongsi bersama oleh perkataan-perkataan

seperti man, mirror, enumeration. Begitu juga ayat-ayat John membunuh Mary, John

memyebabkan Mary mati, Mary meninggal mempunyai kaitan makna, manakala ayat-

ayat John membunuh Mary, John menegur Mary, Mary mengeluh tidak ada kaitan antara

satu sama lain. (Kempson, 1991:4)

Berdasarkan contoh-contoh di atas, jelas bahawa makna perkataan dan ayat

merupakan ciri penting kepada makna dalam suatu bahasa keseluruhannya. Dengan itu

sebarang teori semantik juga harus memenuhi beberapa syarat. Pertama, mesti

mencirikan makna perkataan dan makna ayat bagi makna-makna bahasa, dan

menerangkan sifat hubungan antara kedua-dua unsur itu:

Kedua, teori semantik mesti memberikan penerangan tentang ketaksaan,

kesinoniman, penabiran, pertetangan, perangkuman logis dan sebagainya. Ketiga, teori

semantik mesti memberi percirian ini dalam bentuk seperangkap rumus terhad dan

mencerap keteraturan yang terdapat dalam beberapa peringkat ayat yang tidak terhad.

(Kempson,1991:11).

9

Page 10: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

2.2 Pengertian Semantik

Perkataan semantik (semantic) berasal daripada bahasa Yunani ‘sema’ yang

bererti tanda atau lambang (kata adjektif bahasa Yunani semantickos iaitu ‘bererti’).

Dalam bidang linguistik, semantik ialah bidang kajian yang mengkaji makna atau erti

dalam bahasa. Semantik dalam bahasa, pada umunnya dapat di teliti daripada pelbagai

sudut. Demikian juga, semantik dalam bahasa Melayu dapat dilihat dari aspek-aspek

seerti, rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa dan

semaktik dalam nahu.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1433) makna semantik ialah kajian

tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.

Bagi Abdullah Hassan pula, istilah semantik berasal dari sepatah kata Yunani

kuno sema yang bermaksud ‘isyarat’. Seterusnya, kata itu menerbitkan kata semainein

yang bermaksud ‘bererti’. Dari situ terbitlah istilah semantik yang menamai satu bidang

ilmu mengenai kaji atau analisa makna.(1980:224)

Raja Rahawani Raja Mamat, pentejemah buku Linguistik Untuk Bukan Ahli

Linguistik oleh Frank Parker (1994:42). Semantik merupakan suatu bidang pengkajian

tentang aspek makna dalam bidang pengkajian ilmu linguistik. Bidang semantik

merupakan sebahagian daripada bidang pengkajian tatabahasa secara khusus, iaitu

merujuk kepada pengkajian tentang struktur dalam sesuatu bahasa.

‘Semantik’ ialah ilmu mengenai pengkajian makna ( Lyons,1979: Foder,1980).

Ilmu ini mulai mendapat tempat dalam linguistik moden pada awal tahun 60-an.

Beberapa pendapat telah di kemukakan mengenai ilmu ini dan batas-batas kajiannya.

10

Page 11: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

Kini ilmu ini telah menjadi lebih hangat perbincanganya apabila ahli semantik mula

mempersoalkan batas bidang ini secara objektif.

Perbincangan ilmu semantik bertambah hangat apabila ada ahli semantik seperti

Ruth Kempson, Speber dan Dierdre Wilson yang mencadangkan penggabungan kedua-

dua ilmu (Semantik dan Pragmatik) untuk menghasilkan satu interpretasi makna dengan

lebih berkesan. Cadangan mereka ini telah mendapat pujian dan sokongan sehingga

melahirkan beberapa orang pengikut. Namun, terdapat juga beberapa pihak yang

menentang. idea Speber dan wilson dinyatakan dengan jelas dalam teori semantik

mereka, iaitu ‘full system semantics’.

Ilmu semantik telah lama di bincangkan , iaitu sejak zaman Yunani lagi. Terdapat

beberapa tahap perkembangan ilmu semantik. Tahap-tahap ini adalah tahap permulaan

(Semantik Falsafah) dan tahap kedua (Semantik Linguistik). Tahap yang kedua boleh di

pecahkan kepada beberapa tahap iaitu tahap pertama (analisis komponen makana), tahap

kedua (Semantik Interpretif dan Generatif), tahap ke tiga (Semantik Syarat Benar) dan

tahap akhir iaitu tahap ke empat (Semantik Sistem Penuh/ Full System Semantics).

Ilmu semantik lebih dianggap sebagai sebahagian daripada kajian falsafah pada

peringkat awal perkembanganya. Ilmu ini tidak mendapat di hati ahli linguistik

sebagaimana ilmu fonologi dan tatabahasa dalam linguistik moden. Antara tokoh yang

terlibat dalam bidang semantik falsafah ini termasuklah Wittgenstein (1922), Ogden dan

Richards (1923).

Ogden dan Richard merupakan tokoh yang sangat terkenal dengan rajah segi tiga

mereka yang melibatkan pemikiran (thought), simbol (symbol) dan rujukan (referent).

Antara pemikiran dengan symbol, maka terbentuklah hubungan penyebab. Simbol yang

11

Page 12: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

digunakan berasaskan setengahnya rujukan yang di buat sendiri dan setengah lagi

daripada faktor psikologi dan sosial.

Ogden dan Richard telah memberikan satu rajah rajah seperti dibawah ini yang

mengaitkan ketiga-tiga pemikiran, simbol dan rujukan:

PEMIKIRAN /RUJUKAN

BETUL CUKUP Melambangkan Merujuk kepada

(hubungan penyebab) (hubungan penyebab lain)

BENAR Mewakili (hubungan sifat)

Pendapat Ogden dan Richard telah mendapat tentangan daripada Wittgenstein

(dalam bukunya ‘Tractatus’ yang mengatakan bahawa suatu perkataan itu hanya akan

mempunyai makna jika perkataan itu ada gunanya. Pendapat Wittgenstein ini telah

mendapat sokongan daripada Malinowski dan J.R.Firth yang mengatakan bahawa

Meaning=use. Beliau menegaskan bahawa makna haruslah dianggap sebagai entity yang

padu. Beliau menambah bahawa objek boleh binasa-makna tidak, manakala imej adalah

lambang-makna bukan.

12

Page 13: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

2.3 Pengertian Makna

Dalam pembicaraan diatas, telah disinggung secara seiklas bahawa “semantik

adalah telaah makna”. Mengikut Ferdinard de Sassure, setiap tanda linguistik terdiri

daripada dua unsur, iaitu yang di ertikan (Inggeris: ‘signified’) dan yang mengertikan

(‘signifier’). Yang diertikan sebenarnya ialah konsep atau makna sesuatu tanda atau

lambang,. Sementara yang mengertikan bunyi-bunyi ialah bahasa yang terbentuk

daripada fonem-fonem bahasa berkenaan.

Dengan perkataan lain, setiap tanda linguistik terdiri daripada unsur bunyi dan

makna. Kedua-dua unsur ini merupakan unsur intrabahasa (dalam bahasa), yang

biasanya merujuk sesuatu referen yang bersifat estrabahasa (luar bahasa). Perhatikan

Rajah berikut:

‘makna’ yang di ertikan

Tanda Linguistik

[ bunyi ] yang mengertikan

Yang menandai bahasa Yang di tandai (intrabahasa) (ekstrabahasa)

Selain istilah semantik, dalam sejarah ilmu linguistik terdapat beberapa istilah

yang digunakan seperti semiotik dan semiologi. Namun istilah semantik lebih digunakan

kerana istilah-istilah lain itu mempunyai cakupan yang lebih luas, sedangkan cakupan

13

Page 14: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

semantik hanyalah makna atau erti yang berkenaan dengan bahasa sebagai alat

komunikasi verbal.

2.4 Peranan Semantik

Menurut Hashim Bin Musa dan Ong Chin Guan (1998:1) semantik atau kajian

makna adalah satu bidang yang luas, mencakupi kebanyakkan daripada struktur dan

fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah, dan antropologi. Istilah

semantik agak baru sahaja digunakan jika dibandingkan dengan istilah bidang-bidang

ilmu yang lain, iaitu dicipta pada akhir abad kesembilan belas dengan berdasarkan

perkataan Yunani “semantikos” yang bererti signifikan. Semantik dalam peristilahan

moden digunakan dengan maksud “kajian tentang hubungan antara item-item bahasa”

seperti perkataan penamaan seperti nama am dan nama khas, ekspresi predikat, dan ayat

dengan item-item alam seperti benda, kejadian, keperihalan keadaan, nilai-nilai

kebenaran dan situasi-situasi.

Bidang semantik merupakan satu bidang dalam kajian linguistik yang mengkaji

makna. Perkataan semantik berasal daripada perkataan Greek sema yang bererti “tanda”

(sign). Perkataan semantik telah diperkenalkan oleh seorang ahli filologi Perancis,

bernama Michel Breal pada tahun 1883 dalam majalah beliau yang bertajuk “Les Lois

Intellectualles du Langage”. Dalam majalah ini, Breal telah memberi tanggapan bahawa

semantik mempunyai kedudukan sendiri di luar bahasa, misalnya bentuk perubahan

makna, latar belakang perubahan makna, hubungan perubahan makna dengan logika dan,

hubungan makna dengan psikologi (Aminuddin,1985:16).

14

Page 15: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

Dalam kajian yang telah di buat oleh Prof. Madya Arbak Othman dalam buku

‘Monograf Bahasa, Sastera dan Budaya melayu’ (bertajuk ‘ Datin Bahasa Melayu: Kajian

Nahu Kasus Tentang Peranan Semantik Dalam Ayat’). Beliau mengatakan bahawa

semantik dalam peranan yang dimainkan oleh frasa nama dengan kata kerja dalam

predikat ayat, yang dinamakan juga dengan istilah ‘hubungan kasus’ dalam ayat sudah

mencukupi untuk menyatakan kombinasi kasus yang di katakan dengan predikat

sebagai ‘struktur kata’. Katanya, pengkaji tidak perlu pergi jauh daripada itu sebab

istilah-istilah yang di tentukan di dapati dengan mudah dalam sorotan teori kasus.

Istilah ‘Datif’ lebih di kenali daripada istilah ‘Experiencer’ di kalangan

pengamal teori kasus sampai sekarang ini. Dalam pada masa itu juga, masih ada kasus

‘datif ‘ yang tidak selamanya mendukung peranan semantik “Experiencer’ itu. Sampai

sekarang , masalah ini masih belum dapat di selesaikan dengan memuaskan.

Dalam kajian linguistik pula, bidang semantik dianggap sebagai bidang yang

paling sukar untuk diterokai. Hal ini kerana, untuk mengkaji makna, sama ada pada

peringkat perkataan atau ayat, pengkaji seharusnya mempertimbangkan sama aspek-

aspek yang bukan linguistik, seperti kebudayaan konteks perkataan atau ayat itu

diujarkan atau digunakan, aspek-aspek psikologi penutur, alam pemikirannya, hubungan

soaial antara penutur dan pendengar, tajuk perbincangan dan sebagainya. Perkara-perkara

ini semuanya mempengaruhi makna. Oleh yang demikian, untuk memberikan makna

yang paling tepat bagi sesuatu perkataan, perkara-perkara di atas mestilah diambil

perhatian.

Semantik juga boleh di lihat dari dua sudut iaitu dari sudut pengertian sempit dan

luas. Menurut Tarigan (1985: 8) menggolongkan semantik dapat dilihat dari sudut

15

Page 16: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

makna luas dan makna sempit. Semantik bagi makna luas terbahagi kepada tiga bahagian

iaitu sintaksis (kajian ayat), semantik (kajian makna ), pragmatik (kajian perlakuan

linguistik). Manakala bagi makna sempit pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu teori

referensi dan teori makna. Hal ini menunjukkan bahawa pengkajian makna dalam erti

kata yang sempit hanya meliputi maklumat linguistik sahaja. Berbeza dengan makna

semantik dalam erti kata luas yang meliputi sintaksis, malah pragmatik. Hal ini berlaku

kerana menurut Nor Hasimah Jalaludin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan

Wilson (1980) bahawa pengkajian makna diperingkat semantik belum dapat memberikan

makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati oleh penutur. Pengkajian makna

seharusnya melibatkan ilmu pragmatik iaitu ilmu penginterpretasian makna yang

melibatkan faktor linguistik dan bukan linguistik. Gabungan antara kedua-dua faktor ini

sangat penting bagi mendapatkan pengkajian makna yang lebih berkesan.

Semantik juga selanjutnya telah dijadikan oleh ahli linguistik tradisional sebagai

dasar untuk penghuraian makna. Golongan linguistik transformasi pula beranggapan

bahawa makna adalah satu aspek penting dalam bahasa, sama pentingnya dengan kajian

terhadap struktur bahasa.

Jadi dapatlah disimpulkan bahawa semantik ialah suatu bidang kajian tentang

lambang atau tanda yang mengatakan makna, hubungan antara satu makna dengan makna

yang lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat. Semantik lahir daripada falsafah

dan sehingga kini bahasa masih dibayangi turus oleh falsafah. Daripada perkembangan

semantik yang telah diperlihatkan, jelas bahawa antara bahasa dengan semantik tidak

dapat dipisahkan.

16

Page 17: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

2.5 Persembahan Isi Tugasan

Dalam tugasan ini, pesembahan akan lebih tertumpu kepada nilai pertanian iaitu

bersesuaian dengan tajuk tugasan ini iaitu ”Semantik dalam peribasa Melayu- Nilai

Pertanian”. Nilai pertanian merupakan nilai tentang perihal aktiviti pertanian (tanam-

tanaman) atau perusahaan bercucuk tanam tidak kira samaada secara moden atau

tradisional. Namun, untuk membincangkan skop tajuk ini memanglah luas kerana nilai

pertanian banyak berkait dengan nilai alam semulajadi. Untuk membincangkan hal ini,

teori yang di gunakan ialah teori imej.

Mengikut teori ini, makna dapat di huraikan berdasarkan gambaran atau imej

yang ada dalam fikiran seseorang. Maksudnya apabila sesuatu perkataan itu di sebut, di

dengar atau di baca oleh seseorang maka mental atau fikirannya akan mengambarkan

sesuatu yang berkaitan dengan makna atau maksud perkataan ini. Teri ini merupakan

pendekatan saintifik dalam penghuraian makna yang di gunakan secara meluas oleh

pengkaji linguistik tradisional.

17

Page 18: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

2.5.1 Contoh peribahasa Melayu yang memaparkan nilai pertanian seperti jenis

tanaman dan pokok.

1- Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.

Ertinya: Perempuan bukan seorang sahaja di dunia ini, demikian juga lelaki

Contoh: Jika aminah menolak pinangan kamu, carilah yang lain kerana ”bunga

bukan sekuntum, kumbang bukan seekor”

2-Ada batang, cendawan tumbuh

Ertinya: Tiap-tiap tempat atau negeri ada adat resam masing-masing.

Contoh: Kita mesti sedar bahawa adat resam di dunia ini berlainan, umpama

”ada batang, cendawan tumbuh”.

3- Daripada daun, kenalah pohonya.

Ertinya: Daripada tingkah laku atau perbuatan seseorang itu dapatlah mengenali

peribadinya

Contoh: Daripada tingkah laku dan amal jariahnya kita dapat mengagak bahawa

dia seorang yang warak sebab ”daripada daun, kenalah pokoknya”.

4-Bunga yang di sunting, perdunya diberaki (di tendang).

Ertinya: Suami yang hanya mengasihi isterinya sahaja tetapi membenci akan ]

mertuanya.

Contoh: Setelah berkahwin, ahmad hanya membawa isterinya sahaja ke bandar dan

meninggalkan mertuanya di ampung ibarat ”bunga di sunting, perdunya di

beraki (ditendang)”

18

Page 19: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

5- Bunga yang harun itu ada durinya.

Ertinya: Seseorang yang cantik itu ada juga perangai yang tidak baik

Contoh: Suraya samalah seperti ”bunga yang harum itu ada durinya, walaupun dia

cantik tetapi perangainya amat buruk kerana gemar menghina rakan-

rakannya.

6- Jika kasihkan padi, buangkanlah rumput.

Ertinya: Jika kasihkan anak dan isteri,mestilah menjaga mereka dengan sempurna.

Contoh: ”Jika kasihkan padi, buangkanlah rumput” jika kasihkan isteri dan anak

jagalah mereka.

7- Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak.

Ertinya: Jangan sombong apabila mendapat suatu kelebihan (seperti kekayaan dan

lain-lain).

Contoh: Ingatlah apabila sudah berpangkattinggi nanti, ”jangan bawa resmi jagung,

semakin berisi semakin tegak”

8- Lalang yang di tanam tak kan padi yang tumbuh.

Ertinya: Membuat kerja yang sia-sia tidak akan membuahkan hasil.

Contoh: Janganlah berangan-rangan hendak kaya sedangkan malas berusaha seperti

”lalang yang di tanam tak kan padi yang tumbuh”.

9- Cuba-cuba bertanam mumbang, jika tumbuh sunting negeri.

Ertinya: Membuat pekerjaan yang rumit, hasilnya bergantung kepada nasib.

Contoh: Dia melabur di syarikat itu hanya ”cuba-cuba bertanam mumbang, jika

tumbuh sunting negeri”, untung atau tidak bergantung kepadanasib sahaja.

19

Page 20: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

10- Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak

Ertinya: Sementara menantikan pekerjaan tetap yang lebih baik, eloklah membuat

pekerjaan sambilan dahulu.

Contoh: ”Baiklah kamu menolong keluarga melakukan apa sahaja kerja sementara

mendapat jawatan tetap. Lagipun elok berjagung-jagung dahulu sementara

menantikan padi masak,” kata bapanya.

11- Daunnya jatuh melayang , buahnya jatuh ke pangkal.

Ertinya: Tentulah tidak sama kasih sayang terhadap anak sendiri dengan anak

saudara atau saudara mara yang jauh.

Contoh: Anak kandungnya telah di hantar belajar ke luar negeri, tetapi anak

saudaranya belajar di sini sahaja ibarat: ”daunnya jatuh melayang, buahnya

jatuh ke pangkal”.

12- Diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat.

Ertinya: Diam seseorang yang berilmu tinggi itu adalah diam bermakna, tetapi diam

seseorang yang bodoh tidak mendatangkan sebarang hasil, sebaliknya

merugikan.

13- Getah meleleh ke pangkal, daun melayang jauh.

Ertinya: Anak sendiri lebih di kasihi daripada anak saudara.

Contoh: Apalah yang di risaukan. Bukankah dia hanya hanya anak kakakmu

sahaja? Sudah tentu ”getah meleleh ke pangkal . dfaun melayang jauh”.

14- Ibarat bunga, sedap di pakai, layu di buang.

Ertinya: Sesuatu benda itu ketika ia masih elok lagi sukalah orang yang

menggunakannya, tetapi apabila sudah buruk ia tidak di gunakan lagi.

20

Page 21: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

Contoh: Ramli meninggalkan isterinya yang buruk dan miskin, ”ibarat bunga,

sedap di pakai , layu di buang” setelah bertemu seorang gadis jelita.

15- Ibarat tebu, habis manis sepah di buang.

Ertinya: Seorang isteri atau pasangan yang di ceraikan setelah kecantikanya atau

keistemewaanya hilang.

Contoh: Fikri telah menceraikan isterinya semata-mata kerana telah tua dan tidak

menarik perhatian hatinya, ”ibarat tebu , habis manis sepah di buang”.

16- Memberi bunga kepada kera.

Ertinya: Memberikan sesuatu benda kepada orang yang tidak tah menilai atau

menggunakannya.

Contoh: Dia memang tidak tahu menilai barang orang umpama ”memberi bunga

kepada kera”.

17- Kelapa di tebuk tupai

Ertinya: Seorang gadis yang telah hilang kesuciannya (dara).

Contoh: Jamil menyesal berkahwin dengan gadis itu kerana gadis itu inbarat

”Kelapa di tebuk tupai”.

18- Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang

Ertinya: jika tidak berlaku sesuatu perkara itu, masakan ada orang yang

memperkatakannya.

Contoh: Kalau kejadian semalam tidak berlaku masakan perkara itu di sebut-sebut

orang kerana ”jika kerana angin masakan pokok bergoyang”.

19- Itik di air kehausan, ayam di kepuk padi kelaparan.

Ertinya: Orang yang menanggung penderitaan di tempat sendiri.

21

Page 22: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

Contoh: Akibat malas berusaha dan bekerja, hidupnya menjadi melarat walaupun

terdapat banyak peluang pekerjaan untuknya umpama ”itik di air

kehausan, ayam di kepuk padi kelaparan”.

20- Ayam bertelur di atas padi mati kelaparan.

Ertinya: Seseorang yang malas akan terus menderita dalam negerinya sendiri

yang terkenal dengan kehidupan yang mewah dan makmur.

Contoh: Petani itu menderita kerana tidak mengusahakan ladangnya di ibaratkan

ayam bertelur di atas padi mati kelaparan.

21- Bagai pinang di belah dua

Ertinya: Pasangan yang sama cantik, sama padan.

Contoh: Pasangan pengantin itu sama cantik dan sama padan ”bagai pinang di

belah dua”.

22- Bengkok batang bengkoklah bayangnya

Ertinya: Kesalahan anak kerana mengikut ajaran ayah dan ibunya.

Contoh: Perangai budak itu sangat liar dan tidak menghormati orang tua sama

seperti perangai ibun bapanya, dia umpama ”bengkok batang bengkoklah

bayangnya”.

23- Berputik dahulu baharu berbunga, buahnya jarang di makan beruk.

Ertinya: Seseorang perempuan yang hamil dan melahirkan anak sebelum

berkahwin ,anaknya pula di hina oleh masyarakat

Contoh: Masyarakat kampung amat benci kepada Azrin dan anaknya kerana

mereka di anggap seperti ” berputik dahulu baharu berbunga, buahnya

jarang di makn beruk.

22

Page 23: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

24- Bunga gugur putik pun gugur, tua gugur masak pun gugur.

Ertinya: Setiap manusia akan mati (baik muda mahupun tua).

Contoh: Hidup di dunia ini biarlah berjasa kerana ”bunga gugur putik pun gugur,

tua gugur masak pun gugur”.

25- Terang-terang tanah

Ertinya: Keadaan suasana yang samar-samar dan tdak berapa terang, biasanya

pada waktu subuh atau senja.

Contoh: Setiap pagi pada waktu terang-terang tanah ibu telah bersiap-siap untuk

pergi menoreh getah di ladang.

26-Patah di sambung hilang berganti

Patah kepala bertongkat, paruh patah paruh bertelankan

Patah sayap bertongkat paruh.

Ertinya: Seseorang yang berakal dan berilmu tidak mudah putus asa dan akan

beriktiar untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

Contoh: Pak Ali tetap gigih mengerjakan sawahnya walaupun tanamannya

musnah di landa banjir, bak kata pepatah kalau patah di sambung hilang di

ganti.

27- Dimana padi masak di situ terkukur jinak.

Ertinya: Seseorang yang mengaku sahabat pada waktu senang etapi apabila kita

susah langsung tidak di pedulikan.

Contoh: Pak karim menyifatkan anak-anak saudaranya sebagai ”di mana

padai masak di situ terkukur jinak” kerana apabila dia mengalami

kesusahan tidak seorang pun di antara mereka datang ke rumahnya.

23

Page 24: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

2.5.2 Contoh peribahasa Melayu yang memaparkan (nilai pertanian),

alam sekeliling yang berkaitan dengan aktiviti pertanian.

1- Air setitik dilautkan, tanah sekepal di gunungkan.

Ertinya: Membesar-besarkan perkara yang kecil.

Contoh: Cerita tongkat ajaib itu sengaja di besar-besarkan, ibarat air setitik

dilautkan, tanah sekepal di gunungkan.

2- Bukan tanah menjadi padi.

Ertinya: Orang yang bodoh dan malas tidak akan menjadi pandai dan senang.

Contoh: Janganlah cuba mengajar dan melatih pekerja malas itu kerana ”bukan

tanah menjadi padi ”.

3- Ada bukit, ada paya.

Ertinya: Tiap-tiap sesuatu keadaan tentu ada lawannya, ada miskin ada kaya dan

ada susah ada senang.

Contoh: Kita harus menerima hakikat bahawa kehidupan manusia tidaklah sama,

umpama ”ada bukit, ada paya”.

4- Bumi mana tidak timpa hujan.

Ertinya: Hasrat yang terlalu besar tetapi tidak berupaya membuatnya.

Contoh: Faizal ingin meminang anak Pak Jusuh, tetapi wangnya masih belum

mencukupi, seperti ”hasrat hati nak peluk gunung apakan daya tangan tak

sampai”.

24

Page 25: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

5- Bakar air hendakkan abu.

Ertinya: Membuat pekerjaan yang sia-sia dan mendatangkan cemuhan.

Contoh: Mustahil engkau akan berjaya sekarang, sedangkan engkau baru berlatih,

umpama ”bakar air hendakkan abu.

6- Air dicincang (ditetak) tidak akan putus.

Ertinya: Sesuatu perbalahan yang berlaku dalam suatu keluarga itu tidaklah sampai

memutuskan pertalian darah atau persaudaraan mereka.

Contoh: Perselisihan faham di antara Pak jusoh dengan adiknya dapat di selesaikan

dengan mudah, ”umpama air dicincang tidak akan putus”.

7- Air mudik sungai, semua teluk diranai.

Ertinya: Orang yang boros berbelanja : apa yang terlintas di hati , smuanya di beli.

Contoh: Anak muda itu membeli apa sahaja yang ada di kedai itu seperti ”air mudik

sungai, semua teluk diranai”.

8- Air pun ada pasang surutnya, tak kan pasang selalu dan surut sentiasa.

Ertinya: Perjalanan hidup seseorang itu tidaklah tetap, adakalanya senang dan

adakalanya susah.

Contoh: Kita patut sedar bahawa sudah lumrah alam, ”air pun ada pasang surutnya

tak kan pasang selalu dan surut sentiasa”.

10- Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga.

Ertinya: Jika kita mencampuri pergaduhan antara dua beradik, apabila mereka

berbaik semula, kita akan tersisih daripada mereka.

Contoh: Ahmad menasihati adiknya supaya jangan mencampuri pertelingkahan

pergaduhan antara Hassan dan abangnya.

25

Page 26: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

11- Garam jatuh ke air

Ertinya: Orang yang cepat menerima sesuatu pengajaran atau nasihat yang di

berikan kepadanya

Contoh: ajaran cikgu Azlan dengan mudah sahaja dapat di fahami oleh murid-

muridnya, seperti ” garam jatuh ke air”.

12- Air yang penuh di dalam tempayan itu tidak akan berkocak

Ertinya: Orang yang banyak ilmu pengetauhuan tidak suka bercakap besar atau

membanggakan diri.

Contoh: Pemuda yang baru balik dari luar negeri itu peragainya tetap seperti

dulu juga, dia tidak sombong dan tidak membanggakan diri walaupun

bekerja sebagai pengurus, umpama ”air yang penuh di dalam tempayan

itu tidak akan berkocak.

13- Air yang tenang jangan di sangka tiada buaya

Ertinya: seseorang yang pemdiam jangan disangka bodoh atau penakut.

Contoh: Budak-budak nakal di kampung itu suka mengusik Dahlan yang cacat

tangannya, tetapi apabila dia melawan semuanya takut dan lari, kata

orang ” air yang tenang jangan di sangka tiada buaya”.

14- Bumi mana tidak di timpa hujan,lautan mana tidak bergelora

Ertinya: Setiap orang tidak sunyi dari membuat salah dan silap.

Contoh: Amin telah meminta maaf kepada ayahnya dan dia berjanji tidak akan

buat jahat lagi seperti katanya. ”Bumi mana tidak di timpa hujan, lautan

mana tidak bergelora”.

26

Page 27: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

15- Harapkan guruh di langit air di tempayan di curahkan

Ertinya: Melakukan sesuatu pekerjaan yang tergesa-gesa maka rugi akibatnya

(kehilangan barang yang sudah di miliki)

Contoh: Kerana terlalu yakin mendapt pekerjaan yang bergaji lumayan, Rosli

sanggup meletakkan jawatannya sebagai kerani rendah akhirnya kedua-

duanya melepas, umpama ”harapkan guruh di langit air di tempayan di

curahkan”.

27

Page 28: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

2.6 Perbincangan Tajuk Tugasan

Melalui pesembahan kertas kerja yang telah dipaparkan, maka seterusnya kita

perlu mengupas dan tetang keperluan, hubungan dan kepentingan semantik khususnya

dalam peribahasa Melayu (Nilai Pertanian). Perbincangan ini juga akan menghurai

makna yang tersurat mahupun yang tersirat di dalam sesuatu ayat, atau perkataan di

dalam peribahasa melayu. Nilai pertanian yang di bincangkan terbahagi kepada dua

bahagian iaitu berkaitan dengan jenis tanaman dan berkaitan dengan alam semulajadi

yang berkaitan atau aktiviti pertanian.

Peribahasa Melayu yang memaparkan nilai tumbuh-tumbuhan dan jenis

tanamam.

Yang pertama, adalah untuk melihat peranan semantik (yang mengkaji makna)

didalam peribahasa melayu yang memaparkan nilai pertanian. Contoh bagi peribahasa

Melayu yang memaparkan nilai pertanian seperti tumbuh-tumbuhan dan jenis

tamanaman ialah:

1-

- Bunga nya di sunting, perdunya diberaki (ditendang)

- Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.

- Bunga yang harum itu ada durinya.

- Ibarat bunga, sedap di pakai , layu di buang.

Bagi peribahasa ini, kita dapat digambarkan dengan jelas bahawa perkataan

’bunga’ itu sememangnya telah lama digunakan oleh generasi terdahulu untuk

28

Page 29: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

mengambarkan perihal seorang gadis ataupun wanita. Ini kerana perkataan ’bunga’ itu

adalah sesuatu yang di sukai oleh setiap orang tidak mengira sama ada orang dewesa

ataupun orang tua. Di samping itu, bunga juga banyak mempunyai tarikan yang tersendiri

iaitu seperti mekar, ayu, harum, cantik dan berseri yang sesuai untuk mengambarkan

ciri-ciri seorang gadis atau wanita. Selain itu juga, ciri-ciri bunga juga banyak kesamaan

dengan sifat manusia. Dengan ini, orang terdahulu banyak membandingan sifat atau

perangai manusia terutama orang perempuan dengan perkataan bunga. Sebagai contoh,

”Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor”, Iaitu membawa maksud,

perempuan bukannya seorang sahaja di dunia ini, demikian juga lelaki. Jika aminah

menolak pinangan kamu, carilah yang lain sebagai penganti. Selain itu, contoh lain ialah

seperti seseorang yang cantik itu ada juga perangai yang tidak baik. Suraya samalah

seperti ”bunga yang harum itu ada durinya”, walaupun dia cantik tetapi perangainya

amat buruk kerana gemar menghina rakan-rakannya. Kedua-dua peribahasa ini amat jelas

mengambarkan perkataan bunga itu menyamai watak sebagai seorang perempuan.

2-

- Ikut resmi padi, padi berisi semakin tunduk.

- Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak

Manakala bagi peribahasa ini pula, perkataan resmi menggambarkan akan hal

sebenar tentang kehidupan manusia yang boleh digambarkan dengan menggunakan

kata ’resmi padi ’ dan ’resmi jagung’. Iaitu jika kita melihat perkataan resmi padi itu

sendiri, apabila semakin masak akan semakin menunduklah padi itu. Sebaliknya jika

29

Page 30: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

manusia ikut resnmi jagung, semakin masak semakin tegak. Maka manusia seperti itu

merupakan manusia yang apabila semakin berilmu atau kaya akan menjadi lebih

sombong dan bongkak.

3-

- Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak

- Jika kasihkan padi, buangkanlah rumput.

- Itik di air kehausan, ayam di kepuk padi kelaparan.

- Ayam bertelur di atas padi mati kelaparan.

Bagi peribahasa ini pula, kita dapat lihat dengan jelas bahawa perkataan ’padi’

penting dan sememangnya juga telah lama digunakan oleh generasi terdahulu untuk

mengambarkan nilai pekerjaan. Ini kerana perkataan ’padi’ itu sendiri merupakan

tanaman/ pertanian yang utama yang di jalankan ketika dahulu. Peribahasa ini juga

banyak di kaitkan atau mengambarkan sesuatu pekerjaan atau perbuatan, contohnya

seperti, ”Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak” Peribahasa ini amat jelas

mengambarkan kepada kita bahawa supaya sentiasa rajin bekerja walaupun bekerja

sambilan sementara menunggu pekerjaan tetap/ menungu hasilnya kemudian hari nanti.

Contoh lain ialah ”itik di air kehausan, ayam di kepuk padi kelaparan” dan

”ayam bertelur di atas padi mati kelaparan”. Kedua-dua peribahasa ini membawa erti

yang hampir sama iaitu membawa maksud yang mendalam terhadap petani, ini kerana

seseorang itu akan menanggung penderitaan di tempat sendiri. Akibat malas melakukan

pekerjaan, berusaha dan bekerja, hidupnya menjadi melarat walaupun terdapat banyak

30

Page 31: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

peluang pekerjaan. Seseorang yang malas juga akan terus menderita dalam negerinya

sendiri yang terkenal dengan kehidupan yang mewah dan makmur.

4-

- Bengkok batang bengkoklah bayangnya

- Ada batang, cendawan tumbuh

Bagi peribahasa ini pula, ”bengkok batang bengkoklah bayangnya” iaitu

melambangkan kesalahan anak kerana mengikut ajaran ayah dan ibunya. Dalam

peribahasa ini, jika kita sebagai ibu bapa perlulah memberi contoh atau teladan yang

baik untuk mendidik anak-anak Perangai budak itu sangat liar dan tidak menghormati

orang tua sama seperti perangai ibu bapanya.

Manakala peribahasa ”ada batang, cendawan tumbuh” melambangkan tiap-tiap

tempat atau negeri itu ada adat resam masing-masing. Jika kita pergi di sesebuah

penempatan baru, perlulah kita mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan dan kita

mesti sedar bahawa adat resam di dunia ini berlainan.

31

Page 32: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

Peribahasa Melayu yang memaparkan nilai alam yang berkaitan dengan aktiviti

pertanian

Bagi peribahasa Melayu yang membawa nilai alam yang berkaitan dengan

pertanian seperti tanaman,tanah, air, bukit, air dan tingkah laku binatang amat penting

untuk pertanian. Hubungan manusia dengan alam melalui peribahasa nilai pertanian ini

menyatakan makna yang dapat di bandingkan dengan gambaran binatang atau benda-

benda alam yang menjad sasaran perbuatan. Ini dapat dilihat seperti contoh di bawah,

iaitu sesuatu perkara ataupun hal yang besar seperti yang di gambarkan sebagai bukit,

laut, gunung dan sebagainya tidak boleh di capai atau di perbesarkan .

1-

- Air setitik dilautkan, tanah sekepal di gunungkan.

- Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga.

- Bakar air hendakkan abu.

- Air mudik sungai, semua teluk diranai.

Bagi peribahasa ini pula, kita dapat digambarkan dengan jelas bahawa perkataan

’air’ penting dalam aktiviti pertanian. Peribahasa ini juga mengaitkan hubungan

manusia dengan alam ini melalui aktiviti manusia yang di gambarkan dengan keadaan

atau bentuk tanaman. Ini kerana perkataan ’air’ itu sendiri merupakan sumber utama

bagi menjalankan aktiviti pertanian. Selain itu, peribahasa ini juga mengambarkan akan

sesuatu pekerjaan atau perbuatan yang di lakukan dengan bersungguh-sungguh namun

hasilnya ialah sesuatu yang sia-sia, contonhya seperti ”bakar air hendakkan abu”,

32

Page 33: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

Pekerjaan atau perbuatan ini akan menimbulkan kekecewaan (sia-sia) pada akhirnya dan

banyak mendatangkan cemuhan.

”Harapkan guruh di langit air di tempayan di curahkan”. Peribahasa ini telah

menberi maksud yang luas dan penting. Jika kita melakukan sesuatu pekerjaan yang

tergesa-gesa maka rugi akibatnya (kehilangan barang yang sudah di miliki). Sebagai

contoh, kerana terlalu yakin mendapat pekerjaan yang bergaji lumayan, Rosli sanggup

meletakkan jawatannya sebagai kerani rendah akhirnya kedua-duanya melepas.

2-

- Terang-terang tanah

- Patah di sambung hilang berganti

Patah kepala bertongkat, paruh patah paruh bertelankan

Patah sayap bertongkat paruh.

Daripada peribahasa di atas ini, kita dapat lihat dengan jelas hubungan manusia

dengan alam ini melalui aktiviti manusia yang di gambarkan dengan keadaan atau

bentuk tanaman. Contohnya ”terang-terang tanah”, peribahasa ini mengambarkan

keadaan suasana yang samar-samar dan tidak berapa terang, biasanya pada waktu subuh

atau senja. Peribahasa ini selalu digunakan dan boleh dikatakan setiap hari orang

menggunakannya. Ini kerana, peribahasa ini melambangkan kerajinan atau kesungguhan

seseorang melakukan itu sesuatu pekerjaan. Sebagai contoh, setiap pagi pada waktu

terang-terang tanah ibu telah bersiap-siap untuk pergi menoreh getah di ladang.

33

Page 34: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

”Patah di sambung hilang berganti, Patah kepala bertongkat, paruh patah paruh

bertelankan, Patah sayap bertongkat paruh”. Peribahasa ini pula melambangkan

seseorang yang berakal dan berilmu tidak mudah putus asa, cekal dalam sesuatu

pekerjaan yang di buat dan akan beriktiar untuk menyelesaikan sesuatu perkara Yang di

lakukan. Sebagai contoh, Pak Ali tetap gigih mengerjakan sawahnya walaupun

tanamannya musnah di landa banjir.

3-

- Bumi mana tidak timpa hujan.

- Bumi mana tidak di timpa hujan,lautan mana tidak bergelora

”Bumi mana tidak di timpa hujan,lautan mana tidak bergelora”. Peribahasa ini

menyatakan bahawa setiap individu itu tidak lari daripada membuat kesilapan. Amin

telah meminta maaf kepada ayahnya dan dia berjanji tidak akan buat jahat lagi. Air

pun ada pasang surutnya, tak kan pasang selalu dan surut sentiasa. Perjalanan

hidup seseorang itu tidaklah tetap, adakalanya senang dan adakalanya susah. Kita patut

sedar bahawa sudah lumrah alam, ”air pun ada pasang surutnya tak kan pasang selalu dan

surut sentiasa”.

34

Page 35: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

KESIMPULAN

Kesimpulannya, semantik merupakan kajian mengenai perihal makna dan makna

itu boleh dikaitkan atau dihubungkan pula dengan kata, ayat, frasa, dan sebagainya

(termasuk semantik dalam peribahasa melayu. Peribahasa melayu pula ialah satu warisan

daripada nenek moyang atau generasi yang terdahulu yang patut diamalkan ataupun

sekurang-kurangnya di fahami oleh generasi baru agar tidak luput dari kehidupan.

Dalam mengkaji peranan semantik yang terdapat didalam peribahasa Melayu

Khasnya nilai Pertanian, skopnya amat luas kerana meliputi permukaan alam semulajadi,

seperti tanah, air, udara, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.

Selain itu, didalam tugasan ini juga telah membincang/menerangkan akan

pengertian dan definisi sebenar peribahasa ataupun semantik, pengertian makna,

peranan semantik dalam kehidupan (contoh dalam ayat) dan sebagainya. Ini termasuklah

pesembahan tugasan dan perbincangan sama ada secara kreatif mahupun secara kritis.

35

Page 36: 4933793 Semantik Dalam Peribahasa Melayu Nilai Keagamaan

BIBLIOGRAFI

----------------2001. Monograf 2: Bahasa, sastera, dan Budaya Melayu Bahasa wahana

Ilmu “Datif Bahasa Melayu: Kajian Nahu Kasus tentang peranan Semantik dalam ayat”.

Selangor darul Ehsan: FBMK, UPM.

Nik Safiah Karim, et al, 2004. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan pustaka.

Nik Safiah Karim, Norliza Jamaluddin 2002. Bahasa Melayu STPM (Kertas 1&2 ),

Selangor Darul ehsan :Penerbit fajar Bakti.

Nor Hashimah Jalaluddin 2003. Bahasa Dalam Perniagaan: Satu Analisis Semantik dan

Pragmatik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka.

Amdun Hussain 1995. Kamus Pelajar: Cetakan Kedua Belas. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Prof. DR.Henry Guntar Tarigan 1995. Pengajaran Semantik: Bandung: Penerbit

ANGKASA Anggota IKAPI.

Asmah Haji Omar 2002. Ilmu Mengarang Melayu: Edisi Ejaan Rumi Baharu (Za’ba),

Kuala Lumpur.

Kamaruzzaman A.Kadir, Othman Puteh 1990. Peribahasa Asas, Selangor Darul Ehsan:

Penerbit Fajar Bakti

.

36