4933793 semantik dalam peribahasa melayu nilai keagamaan[1]

Upload: faris-rahimi

Post on 08-Jul-2015

721 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, keluarga para sahabat serta para tabiin. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan izinnya, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan yang bertajuk semantik dalam peribahasa Melayu (fokos kepada nilai pertanian) dalam tempoh yang ditetapkan. Dalam tugasan ini, saya membincangkan secara lebih mendalam tentang pengertian dan peranan serta penggunaan semantik dalam peribahasa Melayu, khususnya dalam bidang pertanian. . Di sini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih bagi kursus Semantik

kepada Dr.Zaitul Azma Zainon Hamzah selaku pensyarah

(BBM3406). Sesungguhnya beliau banyak membantu untuk menyiapkan penulisan yang terbaik. Beliau juga memberi komitmen yang sepenuhnya tehadap penulisan ini dan banyak memberi nasihat, bimbingan, tunjuk ajar serta teguran yang membina supaya saya dapat menghasilkan kerja yang terbaik. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan kerana memberi sokongan secara langsung mahupun tidak langsung kepada saya ketika menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menyiapkan tugasan ini, kerana banyak membantu saya dari segi mendapatkan bahanbahan rujukan sepanjang kerja ini dijalankan. Justeru itu, saya mendoakan agar kesemuanya memperolehi kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan di akhirat. Terima kasih

1

1.0 PENDAHULUAN 1.0.1 Latar Belakang Semantik Bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia. Sebagai suatu unsur yang dinamik, bahasa digunakan dan didekati dengan menggunakan

pelbagai pendekatan untuk mengkajinya. Antara pendekatan yang dapat digunakan di dalam bahasa ialah pendekatan makna. Bidang makna atau semaktik sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik iaitu suatu hal yang amat penting

memandangkan hal kajian bahasa tidak akan sempurna jka tidak ada unsur makna. Dalam ilmu linguistik, tatabahasa merupakan kajian tentang pembentukan kata dan penyusunanya dalam ayat. Manakala semantik pula berhubung rapat dengan pengkajian tentang makna. Semantik menurut istilah ialah merujuk tentang makna. Oleh kerana makana itu adalah sebahagian daripada bahasa, maka semantik sebahagian daripada ilmu linguistik. Istilah semantik berasal daripada bahasa yunani sema yang menerbitkan kata semainein yang bermaksud menunjukkan, bererti atau bermakna. Bidang semantik sudah lama menarik perhatian ahli bahasa. Orang yang mula-mula menggunakan istilah semantik ialah M.Breal (1990) dalam bukunya yang berjudul Semantics: Studies in the Science of Meaning. tergolong

2

1.0.2 Latar Belakang Peribahasa Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Manakala peribahasa tradisi pula merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan seharian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu. Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda. Menurut kamus pelajar Cetakan Ke Dua Belas Terbitan Khas KBSM (1995) pula mendefinasikan peribahasa sebagai bidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yang tetap susunanya dan mempunyai maksud tertentu. Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, makna peribahasa adalah ungkapan atau kalimat-kalimat ringkas padat, yang berisi perbandingan, perumpamaan, nasihat, prinsip hidup atau aturan tingkah laku. Menurut Zaba (1934) yang di petik daripada bukunya Ilmu Mengarang Melayu Edisi Ejaan Rumi Baharu Zainal Abidin Ahmad, peribahasa diertikan sebagai segala

susunan cakap yang pendek dan yang telah melekat dimulut orang ramai semenjak turun temurun kerana sedap didengar dan perkataannya bijak, ringkas, luas dan

mempuyai maksud yang mendalam-dipakai akan jadi sebutan-sebutan oleh orang sebagai bandingan, teladan dan pengajaran. Oleh sebab itu, apa yang dikatakan dengan bidalan, pepatah, perbilangan dan perumpamaan itu ialah kerana tiap-tiap satu ini cakap yang mengandungi segala sifat-sifat peribahasa yang telah di sebutkan. Walhal kesemua itu ialah cakap-cakap bijaksana yang ringkas yang telah terbeku dari beberapa zaman dan

3

telah masyur terpakai pada mulut orang ramai, dan kadang kala di umunkan namanya perkataan orang tua-tua sahaja. Selain itu, peribahasa juga diguna pakai untuk membuat dan menghiasi karangan atau percakapan dan menguatkan tujuan karangan atau sesuatu percakapan. Di samping itu, peribahasa juga boleh dijadikan pedoman hidup kerana maksud dan isinya yang benar dan luas. Peribahasa-peribahasa Melayu yang melibatkan nilai pertanian ini telah dipetik daripada dua buah buku iaitu Himpunan Peribahasa dan Simpulan Bahasa KBSM yang telah ditulis oleh Mohd Tajudin Hashim yang berpendidikan B.A(HONS) Dip.

Ed.(UM) dan juga buku peribahasa Asas yang di hasilkan oleh Kamaruzzaman A.Kadir dan Othman Puteh. Semantik dalam peribahasa Melayu-Nilai Pertanian pula ialah bidang linguistik yang mengkaji perihal makna didalam kata-kata yang pendek dan dapat dijadikan sebagai teladang, bandingan dan pengajaran kepada masyarakat (generasi) kini.

Peribahasa ini dianggap sebagai mutiara kata daripada kebijaksanaan orang yang empunya bahasa itu.

4

1.1 Objektif Kajian i. Menjelaskan pengertian, peranan dan aspek semantik khasnya di dalam peribahasa Melayu. ii. Mengenal pasti perkaitan antara bidang semantik dengan peribahasa Melayu iii. Mengetauhi dan memahami Peribahasa melayu dengan lebih mendalam sebagai warisan yang ditinggalkan turun-temurun daripada nenek moyang iv. Mengaplikasikan kedua-duanya (Semantik dan Peribahasa) sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

1.2 Kaedah Kajian Dalam kertas kerja ini, terdapat pelbagai kaedah yang telah di gunakan sepanjang proses tersebut. Antara kaedah utama yang telah di jalankan ialah kaedah mencari bahan di perpustakaan. Selain itu, kaedah lain ialah dengan merujuk buku di Dewan Bahasa dan Pustaka. Kaedah merujuk kepada bahan bacaan yang bersifat ilmiah ataupun media massa serta melayari internet.

1.3 Batasan Kajian Tugasan ini dibataskan hanya kepada bidang semantik dalam peribahasa Malayu (nilai pertanian). Di samping itu tumpuan juga lebih mendalam tentang bidang semantik dan peribahasa Melayu serta perhubungan (perkaitan) di antara satu sama lain.

5

1.4 DEFINISI ISTILAH 1.4.1 Peribahasa Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1185) makna peribahasa bermaksud ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu, bidal, pepatah :pegangan mereka yang teguh kepada biar mati anak jangan mati adat, cukup menerangkan kebudayaan mereka. Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, makna peribahasa adalah ungkapan atau kalimat-kalimat ringkas padat, yang berisi perbandingan, perumpamaan, nasihat, prinsip hidup atau aturan tingkah laku. Meski terkesan konstruktif, langsung terkait budi pekerti, dengan kandungan nasihat, prinsip prinsip hidup atau aturan tingkah laku

1.4.2 Nilai Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1604) makna nilai di ertikan sebagai taksiran harga sesuatu benda, bandingan harga barang, mutu atau taraf. Selain itu, niali juga di ertikan sebagai sifat ketinggian (pemikiran,agama, kemasyarakatan,dll): kemajuan yang kita kejar dan di perjuangkan bukanlah kemajuan dalam kebendaan tetapi tetapi kemajuan dalam pergaulan dan kemasyarakatan.

1.4.3 Pertanian Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1604) makna petanian bermaksud perihal bertani(tanam-tanaman). Perusahaan bercucuk tanam.

6

2.0 SEMANTIK 2.1 Konsep Semantik Bahasa pada lahirnya merupakan ucapan yang terdiri daripada gelombang suara dan dari suara, dan dari segi tulisan merupakan coretan dakwat, cat dan sebagainya, yang semuanya merujuk kepada suatu makna tertentu yang bertindak untuk

menyampaikan maklumat atau hasrat. Bunyi ucapan dan coretan tulisan yang merujuk hal tentang makna merupakan sejenis tanda atau sign (Hashim Hj.Musa,1994:44). Tanda atau sign ialah suatu yang mewakili atau melambangkan suatu yang lain. Kajian keatas sistem tanda di kenali sebagai semiotik atau semiologi. Kajian semiotik pula dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu semantik tentang pemaknaan tanda, sintaktik tentang kombinasi tanda-tanda, manakala pragmatik tentang asal usul,

penggunaan dan pengaruhnya dalam perlakuan yang dihubungkan dengan tanda itu. (Ullmann,1962:15). Semantik sebenarnya mempunyai dua pengertian (1) Bahagian

daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna ungkapan dan juga struktur makna sesuatu pertuturan; dan (2) Satu sistem dan penyelidikan makna sesuatu bahasa. Keterangan ini sesuai dengan kenyataan Pei dan Gaynor (1980:193) yang menerangkan makna sesuatu bahasa. Science dealing with the relation between refrents and referendslingguistics symbols (word, expressions,phrase) and objects or concepts to which they refer-and with the story and changes in the meaning of words.

7

Sebagai satu bidang linguistik yang mengkaji makna, semantik boleh dilihat dari sudut dari sudut erti yang luas dan sempit. Tarigan (1985:8) menggolongkannya seperti rajah berikut:

SINTAKSIS (Kajian ayat) MAKNA LUAS SEMANTIK PRAGMATIK (Kajian makna) TEORI REFERENSI (Kajianperlakuan linguistik) TEORI REFERENSI

MAKNA SEMPIT

TEORI MAKNA

Berdasarkan rajah di atas, pengkajian makna pada peringkat semantik dalam erti kata yang sempit hanya meliputi maklumat linguistik sahaja. Bagaimanapun dalam erti yang luas, semantik itu juga meliputi sintaksis, malah pragmatik. Keadaan ini demikian kerana menurut Nor Hashimah Jalaludin (1992:1) yang memetik pendapat Speber dan Wilson (1980), pengkajian makna pada peringkat semantik belum dapat memberikan makna sepenuhnya sebagaimana yang di hajati oleh penutur. Pengkajian makna

seharusnya melibatkan ilmu pragmatik, iaitu ilmu penginterpretasian makna yang melibatkan faktor linguistik dan bukan linguistik. Gabungan antara kedua-dua factor linguistik dan bukan linguistik ini benar-benar dapat membantu pengkajian makna yang lebih berkesan.

8

Dalam linguistik juga semantik dikaitkan dengan penyampaian makna oleh sarana-sarana kenahuan dan leksikal suatu bahasa. Berdasarkan pandangan teoretis, huraian dan sejarawi, maka masalah-masalah semantik yang harus di teliti adalah sifatsifatnya, sama ada sinkronik atau diakronik. Secara umun, semantik itu mengkaji

sesuatu bahasa pada peringkat perkataan dan peringkat ayat, kerana perkataan dan ayat bukan sahaja perkataan mempunyai mempunyai makna, tetapi makna tersebut berkait dengan makna man, women, girl, child

dan ayat yang lain. Sebagai contoh perkataan kaitan makna yang tidak di kongsi

bersama oleh perkataan-perkataan

seperti man, mirror, enumeration. Begitu juga ayat-ayat John membunuh Mary, John memyebabkan Mary mati, Mary meninggal mempunyai kaitan makna, manakala ayatayat John membunuh Mary, John menegur Mary, Mary mengeluh tidak ada kaitan antara satu sama lain. (Kempson, 1991:4) Berdasarkan contoh-contoh di atas, jelas bahawa makna perkataan dan ayat merupakan ciri penting kepada makna dalam suatu bahasa keseluruhannya. Dengan itu sebarang mencirikan teori semantik juga harus memenuhi beberapa syarat. Pertama, mesti bagi makna-makna bahasa, dan

makna perkataan

dan makna ayat

menerangkan sifat hubungan antara kedua-dua unsur itu: Kedua, teori semantik mesti memberikan penerangan tentang ketaksaan,

kesinoniman, penabiran, pertetangan, perangkuman logis dan sebagainya. Ketiga, teori semantik mesti memberi percirian ini dalam bentuk seperangkap rumus terhad dan mencerap keteraturan yang terdapat dalam beberapa peringkat ayat yang tidak terhad. (Kempson,1991:11).

9

2.2 Pengertian Semantik Perkataan semantik (semantic) berasal daripada bahasa Yunani sema yang bererti tanda atau lambang (kata adjektif bahasa Yunani semantickos iaitu bererti). Dalam bidang linguistik, semantik ialah bidang kajian yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa. Semantik dalam bahasa, pada umunnya dapat di teliti daripada pelbagai sudut. Demikian juga, semantik dalam bahasa Melayu dapat dilihat dari aspek-aspek seerti, rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa dan semaktik dalam nahu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1433) makna semantik ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Bagi Abdullah Hassan pula, istilah semantik berasal dari sepatah kata Yunani kuno sema yang bermaksud isyarat. Seterusnya, kata itu menerbitkan kata semainein yang bermaksud bererti. Dari situ terbitlah istilah semantik yang menamai satu bidang ilmu mengenai kaji atau analisa makna.(1980:224) Raja Rahawani Raja Mamat, pentejemah buku Linguistik Untuk Bukan Ahli Linguistik oleh Frank Parker (1994:42). Semantik merupakan suatu bidang pengkajian tentang aspek makna dalam bidang pengkajian ilmu linguistik. Bidang semantik merupakan sebahagian daripada bidang pengkajian tatabahasa secara khusus, iaitu merujuk kepada pengkajian tentang struktur dalam sesuatu bahasa. Semantik ialah ilmu mengenai pengkajian makna ( Lyons,1979: Foder,1980). Ilmu ini mulai mendapat tempat dalam linguistik moden pada awal tahun 60-an.

Beberapa pendapat telah di kemukakan mengenai ilmu ini dan batas-batas kajiannya.

10

Kini ilmu ini telah menjadi lebih hangat perbincanganya apabila ahli semantik mula mempersoalkan batas bidang ini secara objektif. Perbincangan ilmu semantik bertambah hangat apabila ada ahli semantik seperti Ruth Kempson, Speber dan Dierdre Wilson yang mencadangkan penggabungan keduadua ilmu (Semantik dan Pragmatik) untuk menghasilkan satu interpretasi makna dengan lebih berkesan. Cadangan mereka ini telah mendapat pujian dan sokongan sehingga melahirkan beberapa orang pengikut. Namun, terdapat juga beberapa pihak yang semantik

menentang. idea Speber dan wilson dinyatakan dengan jelas dalam teori mereka, iaitu full system semantics.

Ilmu semantik telah lama di bincangkan , iaitu sejak zaman Yunani lagi. Terdapat beberapa tahap perkembangan ilmu semantik. Tahap-tahap ini adalah tahap permulaan (Semantik Falsafah) dan tahap kedua (Semantik Linguistik). Tahap yang kedua boleh di pecahkan kepada beberapa tahap iaitu tahap pertama (analisis komponen makana), tahap kedua (Semantik Interpretif dan Generatif), tahap ke tiga (Semantik Syarat Benar) dan tahap akhir iaitu tahap ke empat (Semantik Sistem Penuh/ Full System Semantics). Ilmu semantik lebih dianggap sebagai sebahagian daripada kajian falsafah pada peringkat awal perkembanganya. Ilmu ini tidak mendapat di hati ahli linguistik

sebagaimana ilmu fonologi dan tatabahasa dalam linguistik moden. Antara tokoh yang terlibat dalam bidang semantik falsafah ini termasuklah Wittgenstein (1922), Ogden dan Richards (1923). Ogden dan Richard merupakan tokoh yang sangat terkenal dengan rajah segi tiga mereka yang melibatkan pemikiran (thought), simbol (symbol) dan rujukan (referent). Antara pemikiran dengan symbol, maka terbentuklah hubungan penyebab. Simbol yang

11

digunakan berasaskan setengahnya rujukan yang di buat sendiri dan setengah lagi daripada faktor psikologi dan sosial. Ogden dan Richard telah memberikan satu rajah rajah seperti dibawah ini yang mengaitkan ketiga-tiga pemikiran, simbol dan rujukan:

PEMIKIRAN /RUJUKAN

BETUL Melambangkan (hubungan penyebab)

CUKUP Merujuk kepada (hubungan penyebab lain)

BENAR Mewakili (hubungan sifat)

Pendapat Ogden dan Richard telah mendapat tentangan daripada Wittgenstein (dalam bukunya Tractatus yang mengatakan bahawa suatu perkataan itu hanya akan mempunyai makna jika perkataan itu ada gunanya. Pendapat Wittgenstein ini telah mendapat sokongan daripada Malinowski dan J.R.Firth yang mengatakan bahawa Meaning=use. Beliau menegaskan bahawa makna haruslah dianggap sebagai entity yang padu. Beliau menambah bahawa objek boleh binasa-makna tidak, manakala imej adalah lambang-makna bukan.

12

2.3 Pengertian Makna Dalam pembicaraan diatas, telah disinggung secara seiklas bahawa semantik adalah telaah makna. Mengikut Ferdinard de Sassure, setiap tanda linguistik terdiri daripada dua unsur, iaitu yang di ertikan (Inggeris: signified) dan yang mengertikan (signifier). Yang diertikan sebenarnya ialah konsep atau makna sesuatu tanda atau lambang,. Sementara yang mengertikan bunyi-bunyi ialah bahasa yang terbentuk daripada fonem-fonem bahasa berkenaan. Dengan perkataan lain, setiap tanda linguistik terdiri daripada unsur bunyi dan makna. Kedua-dua unsur ini merupakan unsur intrabahasa (dalam bahasa), yang

biasanya merujuk sesuatu referen yang bersifat estrabahasa (luar bahasa). Perhatikan Rajah berikut:

makna yang di ertikan Tanda Linguistik [ bunyi ] yang mengertikan Yang menandai bahasa (intrabahasa) Yang di tandai (ekstrabahasa)

Selain istilah semantik, dalam sejarah ilmu linguistik terdapat beberapa istilah yang digunakan seperti semiotik dan semiologi. Namun istilah semantik lebih digunakan kerana istilah-istilah lain itu mempunyai cakupan yang lebih luas, sedangkan cakupan

13

semantik hanyalah makna atau erti komunikasi verbal.

yang berkenaan

dengan bahasa sebagai alat

2.4 Peranan Semantik Menurut Hashim Bin Musa dan Ong Chin Guan (1998:1) semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas, mencakupi kebanyakkan daripada struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah, dan antropologi. Istilah semantik agak baru sahaja digunakan jika dibandingkan dengan istilah bidang-bidang ilmu yang lain, iaitu dicipta pada akhir abad kesembilan belas dengan berdasarkan perkataan Yunani semantikos yang bererti signifikan. Semantik dalam peristilahan moden digunakan dengan maksud kajian tentang hubungan antara item-item bahasa seperti perkataan penamaan seperti nama am dan nama khas, ekspresi predikat, dan ayat dengan item-item alam seperti benda, kejadian, keperihalan keadaan, nilai-nilai kebenaran dan situasi-situasi. Bidang semantik merupakan satu bidang dalam kajian linguistik yang mengkaji makna. Perkataan semantik berasal daripada perkataan Greek sema yang bererti tanda (sign). Perkataan semantik telah diperkenalkan oleh seorang ahli filologi Perancis, bernama Michel Breal pada tahun 1883 dalam majalah beliau yang bertajuk Les Lois Intellectualles du Langage. Dalam majalah ini, Breal telah memberi tanggapan bahawa semantik mempunyai kedudukan sendiri di luar bahasa, misalnya bentuk perubahan makna, latar belakang perubahan makna, hubungan perubahan makna dengan logika dan, hubungan makna dengan psikologi (Aminuddin,1985:16).

14

Dalam kajian yang telah di buat oleh Prof. Madya Arbak Othman dalam buku Monograf Bahasa, Sastera dan Budaya melayu (bertajuk Datin Bahasa Melayu: Kajian Nahu Kasus Tentang Peranan Semantik Dalam Ayat). Beliau mengatakan bahawa

semantik dalam peranan yang dimainkan oleh frasa nama dengan kata kerja dalam predikat ayat, yang dinamakan juga dengan istilah hubungan kasus dalam ayat sudah mencukupi untuk menyatakan kombinasi kasus yang di katakan dengan predikat

sebagai struktur kata. Katanya, pengkaji tidak perlu pergi jauh daripada itu sebab istilah-istilah yang di tentukan di dapati dengan mudah dalam sorotan teori kasus. Istilah Datif lebih di kenali daripada istilah Experiencer di kalangan

pengamal teori kasus sampai sekarang ini. Dalam pada masa itu juga, masih ada kasus datif yang tidak selamanya mendukung peranan semantik Experiencer itu. Sampai sekarang , masalah ini masih belum dapat di selesaikan dengan memuaskan. Dalam kajian linguistik pula, bidang semantik dianggap sebagai bidang yang paling sukar untuk diterokai. Hal ini kerana, untuk mengkaji makna, sama ada pada peringkat perkataan atau ayat, pengkaji seharusnya mempertimbangkan sama aspekaspek yang bukan linguistik, seperti kebudayaan konteks perkataan atau ayat itu diujarkan atau digunakan, aspek-aspek psikologi penutur, alam pemikirannya, hubungan soaial antara penutur dan pendengar, tajuk perbincangan dan sebagainya. Perkara-perkara ini semuanya mempengaruhi makna. Oleh yang demikian, untuk memberikan makna yang paling tepat bagi sesuatu perkataan, perkara-perkara di atas mestilah diambil perhatian. Semantik juga boleh di lihat dari dua sudut iaitu dari sudut pengertian sempit dan luas. Menurut Tarigan (1985: 8) menggolongkan semantik dapat dilihat dari sudut

15

makna luas dan makna sempit. Semantik bagi makna luas terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sintaksis (kajian ayat), semantik (kajian makna ), pragmatik (kajian perlakuan linguistik). Manakala bagi makna sempit pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu teori referensi dan teori makna. Hal ini menunjukkan bahawa pengkajian makna dalam erti kata yang sempit hanya meliputi maklumat linguistik sahaja. Berbeza dengan makna semantik dalam erti kata luas yang meliputi sintaksis, malah pragmatik. Hal ini berlaku kerana menurut Nor Hasimah Jalaludin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson (1980) bahawa pengkajian makna diperingkat semantik belum dapat memberikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati oleh penutur. Pengkajian makna

seharusnya melibatkan ilmu pragmatik iaitu ilmu penginterpretasian makna yang melibatkan faktor linguistik dan bukan linguistik. Gabungan antara kedua-dua faktor ini sangat penting bagi mendapatkan pengkajian makna yang lebih berkesan. Semantik juga selanjutnya telah dijadikan oleh ahli linguistik tradisional sebagai dasar untuk penghuraian makna. Golongan linguistik transformasi pula beranggapan bahawa makna adalah satu aspek penting dalam bahasa, sama pentingnya dengan kajian terhadap struktur bahasa. Jadi dapatlah disimpulkan bahawa semantik ialah suatu bidang kajian tentang lambang atau tanda yang mengatakan makna, hubungan antara satu makna dengan makna yang lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat. Semantik lahir daripada falsafah dan sehingga kini bahasa masih dibayangi turus oleh falsafah. Daripada perkembangan semantik yang telah diperlihatkan, jelas bahawa antara bahasa dengan semantik tidak dapat dipisahkan.

16

2.5 Persembahan Isi Tugasan Dalam tugasan ini, pesembahan akan lebih tertumpu kepada nilai pertanian iaitu bersesuaian dengan tajuk tugasan ini iaitu Semantik dalam peribasa Melayu- Nilai Pertanian. Nilai pertanian merupakan nilai tentang perihal aktiviti pertanian (tanamtanaman) atau perusahaan bercucuk tanam tidak kira samaada secara moden atau tradisional. Namun, untuk membincangkan skop tajuk ini memanglah luas kerana nilai pertanian banyak berkait dengan nilai alam semulajadi. Untuk membincangkan hal ini, teori yang di gunakan ialah teori imej. Mengikut teori ini, makna dapat di huraikan berdasarkan gambaran atau imej yang ada dalam fikiran seseorang. Maksudnya apabila sesuatu perkataan itu di sebut, di dengar atau di baca oleh seseorang maka mental atau fikirannya akan mengambarkan sesuatu yang berkaitan dengan makna atau maksud perkataan ini. Teri ini merupakan pendekatan saintifik dalam penghuraian makna yang di gunakan secara meluas oleh pengkaji linguistik tradisional.

17

2.5.1 Contoh peribahasa Melayu yang memaparkan nilai pertanian seperti jenis tanaman dan pokok.

1- Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Ertinya: Perempuan bukan seorang sahaja di dunia ini, demikian juga lelaki Contoh: Jika aminah menolak pinangan kamu, carilah yang lain kerana bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor 2-Ada batang, cendawan tumbuh Ertinya: Tiap-tiap tempat atau negeri ada adat resam masing-masing. Contoh: Kita mesti sedar bahawa adat resam di dunia ini berlainan, umpama ada batang, cendawan tumbuh. 3- Daripada daun, kenalah pohonya. Ertinya: Daripada tingkah laku atau perbuatan seseorang itu dapatlah mengenali peribadinya Contoh: Daripada tingkah laku dan amal jariahnya kita dapat mengagak bahawa dia seorang yang warak sebab daripada daun, kenalah pokoknya. 4-Bunga yang di sunting, perdunya diberaki (di tendang). Ertinya: Suami yang hanya mengasihi isterinya sahaja tetapi membenci akan ] mertuanya. Contoh: Setelah berkahwin, ahmad hanya membawa isterinya sahaja ke bandar dan meninggalkan mertuanya di ampung ibarat bunga di sunting, perdunya di beraki (ditendang)

18

5- Bunga yang harun itu ada durinya. Ertinya: Seseorang yang cantik itu ada juga perangai yang tidak baik Contoh: Suraya samalah seperti bunga yang harum itu ada durinya, walaupun dia cantik tetapi perangainya amat buruk kerana gemar menghina rakanrakannya. 6- Jika kasihkan padi, buangkanlah rumput. Ertinya: Jika kasihkan anak dan isteri,mestilah menjaga mereka dengan sempurna. Contoh: Jika kasihkan padi, buangkanlah rumput jika kasihkan isteri dan anak jagalah mereka. 7- Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak. Ertinya: Jangan sombong apabila mendapat suatu kelebihan (seperti kekayaan dan lain-lain). Contoh: Ingatlah apabila sudah berpangkattinggi nanti, jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak 8- Lalang yang di tanam tak kan padi yang tumbuh. Ertinya: Membuat kerja yang sia-sia tidak akan membuahkan hasil. Contoh: Janganlah berangan-rangan hendak kaya sedangkan malas berusaha seperti lalang yang di tanam tak kan padi yang tumbuh. 9- Cuba-cuba bertanam mumbang, jika tumbuh sunting negeri. Ertinya: Membuat pekerjaan yang rumit, hasilnya bergantung kepada nasib. Contoh: Dia melabur di syarikat itu hanya cuba-cuba bertanam mumbang, jika tumbuh sunting negeri, untung atau tidak bergantung kepadanasib sahaja.

19

10- Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak Ertinya: Sementara menantikan pekerjaan tetap yang lebih baik, eloklah membuat pekerjaan sambilan dahulu. Contoh: Baiklah kamu menolong keluarga melakukan apa sahaja kerja sementara mendapat jawatan tetap. Lagipun elok berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak, kata bapanya. 11- Daunnya jatuh melayang , buahnya jatuh ke pangkal. Ertinya: Tentulah tidak sama kasih sayang terhadap anak sendiri dengan anak saudara atau saudara mara yang jauh. Contoh: Anak kandungnya telah di hantar belajar ke luar negeri, tetapi anak saudaranya belajar di sini sahaja ibarat: daunnya jatuh melayang, buahnya jatuh ke pangkal. 12- Diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat. Ertinya: Diam seseorang yang berilmu tinggi itu adalah diam bermakna, tetapi diam seseorang yang bodoh tidak mendatangkan sebarang hasil, sebaliknya merugikan. 13- Getah meleleh ke pangkal, daun melayang jauh. Ertinya: Anak sendiri lebih di kasihi daripada anak saudara. Contoh: Apalah yang di risaukan. Bukankah dia hanya hanya anak kakakmu sahaja? Sudah tentu getah meleleh ke pangkal . dfaun melayang jauh. 14- Ibarat bunga, sedap di pakai, layu di buang. Ertinya: Sesuatu benda itu ketika ia masih elok lagi sukalah orang yang menggunakannya, tetapi apabila sudah buruk ia tidak di gunakan lagi.

20

Contoh: Ramli meninggalkan isterinya yang buruk dan miskin, ibarat bunga, sedap di pakai , layu di buang setelah bertemu seorang gadis jelita. 15- Ibarat tebu, habis manis sepah di buang. Ertinya: Seorang isteri atau pasangan yang di ceraikan setelah kecantikanya atau keistemewaanya hilang. Contoh: Fikri telah menceraikan isterinya semata-mata kerana telah tua dan tidak menarik perhatian hatinya, ibarat tebu , habis manis sepah di buang. 16- Memberi bunga kepada kera. Ertinya: Memberikan sesuatu benda kepada orang yang tidak tah menilai atau menggunakannya. Contoh: Dia memang tidak tahu menilai barang orang umpama memberi bunga kepada kera. 17- Kelapa di tebuk tupai Ertinya: Seorang gadis yang telah hilang kesuciannya (dara). Contoh: Jamil menyesal berkahwin dengan gadis itu kerana gadis itu inbarat Kelapa di tebuk tupai. 18- Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang Ertinya: jika tidak berlaku sesuatu perkara itu, masakan ada orang yang memperkatakannya. Contoh: Kalau kejadian semalam tidak berlaku masakan perkara itu di sebut-sebut orang kerana jika kerana angin masakan pokok bergoyang. 19- Itik di air kehausan, ayam di kepuk padi kelaparan. Ertinya: Orang yang menanggung penderitaan di tempat sendiri.

21

Contoh: Akibat malas berusaha dan bekerja, hidupnya menjadi melarat walaupun terdapat banyak peluang pekerjaan untuknya umpama itik di air kehausan, ayam di kepuk padi kelaparan. 20- Ayam bertelur di atas padi mati kelaparan. Ertinya: Seseorang yang malas akan terus menderita dalam negerinya sendiri yang terkenal dengan kehidupan yang mewah dan makmur. Contoh: Petani itu menderita kerana tidak mengusahakan ladangnya di ibaratkan ayam bertelur di atas padi mati kelaparan. 21- Bagai pinang di belah dua Ertinya: Pasangan yang sama cantik, sama padan. Contoh: Pasangan pengantin itu sama cantik dan sama padan bagai pinang di belah dua. 22- Bengkok batang bengkoklah bayangnya Ertinya: Kesalahan anak kerana mengikut ajaran ayah dan ibunya. Contoh: Perangai budak itu sangat liar dan tidak menghormati orang tua sama seperti perangai ibun bapanya, dia umpama bengkok batang bengkoklah bayangnya. 23- Berputik dahulu baharu berbunga, buahnya jarang di makan beruk. Ertinya: Seseorang perempuan yang hamil dan melahirkan anak sebelum berkahwin ,anaknya pula di hina oleh masyarakat Contoh: Masyarakat kampung amat benci kepada Azrin dan anaknya kerana mereka di anggap seperti berputik dahulu baharu berbunga, buahnya jarang di makn beruk.

22

24- Bunga gugur putik pun gugur, tua gugur masak pun gugur. Ertinya: Setiap manusia akan mati (baik muda mahupun tua). Contoh: Hidup di dunia ini biarlah berjasa kerana bunga gugur putik pun gugur, tua gugur masak pun gugur. 25- Terang-terang tanah Ertinya: Keadaan suasana yang samar-samar dan tdak berapa terang, biasanya pada waktu subuh atau senja. Contoh: Setiap pagi pada waktu terang-terang tanah ibu telah bersiap-siap untuk pergi menoreh getah di ladang. 26-Patah di sambung hilang berganti Patah kepala bertongkat, paruh patah paruh bertelankan Patah sayap bertongkat paruh. Ertinya: Seseorang yang berakal dan berilmu tidak mudah putus asa dan akan beriktiar untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Contoh: Pak Ali tetap gigih mengerjakan sawahnya walaupun tanamannya musnah di landa banjir, bak kata pepatah kalau patah di sambung hilang di ganti. 27- Dimana padi masak di situ terkukur jinak. Ertinya: Seseorang yang mengaku sahabat pada waktu senang etapi apabila kita susah langsung tidak di pedulikan. Contoh: Pak karim menyifatkan anak-anak saudaranya sebagai di mana padai masak di situ terkukur jinak kerana apabila dia mengalami kesusahan tidak seorang pun di antara mereka datang ke rumahnya.

23

2.5.2 Contoh peribahasa Melayu yang memaparkan (nilai pertanian), alam sekeliling yang berkaitan dengan aktiviti pertanian.

1- Air setitik dilautkan, tanah sekepal di gunungkan. Ertinya: Membesar-besarkan perkara yang kecil. Contoh: Cerita tongkat ajaib itu sengaja di besar-besarkan, ibarat air setitik dilautkan, tanah sekepal di gunungkan. 2- Bukan tanah menjadi padi. Ertinya: Contoh: Orang yang bodoh dan malas tidak akan menjadi pandai dan senang. Janganlah cuba mengajar dan melatih pekerja malas itu kerana bukan tanah menjadi padi . 3- Ada bukit, ada paya. Ertinya: Tiap-tiap sesuatu keadaan tentu ada lawannya, ada miskin ada kaya dan ada susah ada senang. Contoh: Kita harus menerima hakikat bahawa kehidupan manusia tidaklah sama, umpama ada bukit, ada paya. 4- Bumi mana tidak timpa hujan. Ertinya: Contoh: Hasrat yang terlalu besar tetapi tidak berupaya membuatnya. Faizal ingin meminang anak Pak Jusuh, tetapi wangnya masih belum mencukupi, seperti hasrat hati nak peluk gunung apakan daya tangan tak sampai.

24

5- Bakar air hendakkan abu. Ertinya: Contoh: Membuat pekerjaan yang sia-sia dan mendatangkan cemuhan. Mustahil engkau akan berjaya sekarang, sedangkan engkau baru berlatih, umpama bakar air hendakkan abu. 6- Air dicincang (ditetak) tidak akan putus. Ertinya: Sesuatu perbalahan yang berlaku dalam suatu keluarga itu tidaklah sampai memutuskan pertalian darah atau persaudaraan mereka. Contoh: Perselisihan faham di antara Pak jusoh dengan adiknya dapat di selesaikan dengan mudah, umpama air dicincang tidak akan putus. 7- Air mudik sungai, semua teluk diranai. Ertinya: Contoh: Orang yang boros berbelanja : apa yang terlintas di hati , smuanya di beli. Anak muda itu membeli apa sahaja yang ada di kedai itu seperti air mudik sungai, semua teluk diranai. 8- Air pun ada pasang surutnya, tak kan pasang selalu dan surut sentiasa. Ertinya: Perjalanan hidup seseorang itu tidaklah tetap, adakalanya senang dan adakalanya susah. Contoh: Kita patut sedar bahawa sudah lumrah alam, air pun ada pasang surutnya tak kan pasang selalu dan surut sentiasa. 10- Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga. Ertinya: Jika kita mencampuri pergaduhan antara dua beradik, apabila mereka berbaik semula, kita akan tersisih daripada mereka. Contoh: Ahmad menasihati adiknya supaya jangan mencampuri pertelingkahan pergaduhan antara Hassan dan abangnya.

25

11- Garam jatuh ke air Ertinya: Orang yang cepat menerima sesuatu pengajaran atau nasihat yang di berikan kepadanya Contoh: ajaran cikgu Azlan dengan mudah sahaja dapat di fahami oleh muridmuridnya, seperti garam jatuh ke air. 12- Air yang penuh di dalam tempayan itu tidak akan berkocak Ertinya: Orang yang banyak ilmu pengetauhuan tidak suka bercakap besar atau membanggakan diri. Contoh: Pemuda yang baru balik dari luar negeri itu peragainya tetap seperti dulu juga, dia tidak sombong dan tidak membanggakan diri walaupun bekerja sebagai pengurus, umpama air yang penuh di dalam tempayan itu tidak akan berkocak. 13- Air yang tenang jangan di sangka tiada buaya Ertinya: seseorang yang pemdiam jangan disangka bodoh atau penakut.

Contoh: Budak-budak nakal di kampung itu suka mengusik Dahlan yang cacat tangannya, tetapi apabila dia melawan semuanya takut dan lari, kata orang air yang tenang jangan di sangka tiada buaya. 14- Bumi mana tidak di timpa hujan,lautan mana tidak bergelora Ertinya: Setiap orang tidak sunyi dari membuat salah dan silap. Contoh: Amin telah meminta maaf kepada ayahnya dan dia berjanji tidak akan buat jahat lagi seperti katanya. Bumi mana tidak di timpa hujan, lautan mana tidak bergelora.

26

15- Harapkan guruh di langit air di tempayan di curahkan Ertinya: Melakukan sesuatu pekerjaan yang tergesa-gesa maka rugi akibatnya (kehilangan barang yang sudah di miliki) Contoh: Kerana terlalu yakin mendapt pekerjaan yang bergaji lumayan, Rosli sanggup meletakkan jawatannya sebagai kerani rendah akhirnya keduaduanya melepas, umpama harapkan guruh di langit air di tempayan di curahkan.

27

2.6 Perbincangan Tajuk Tugasan Melalui pesembahan kertas kerja yang telah dipaparkan, maka seterusnya kita perlu mengupas dan tetang keperluan, hubungan dan kepentingan semantik khususnya dalam peribahasa Melayu (Nilai Pertanian). Perbincangan ini juga akan menghurai

makna yang tersurat mahupun yang tersirat di dalam sesuatu ayat, atau perkataan di dalam peribahasa melayu. Nilai pertanian yang di bincangkan terbahagi kepada dua bahagian iaitu berkaitan dengan jenis tanaman dan berkaitan dengan alam semulajadi yang berkaitan atau aktiviti pertanian.

Peribahasa Melayu tanamam.

yang memaparkan

nilai tumbuh-tumbuhan dan

jenis

Yang pertama, adalah untuk melihat peranan semantik (yang mengkaji makna) didalam peribahasa melayu yang memaparkan nilai pertanian. Contoh bagi peribahasa Melayu yang memaparkan tamanaman ialah: 1Bunganya di sunting, perdunya diberaki (ditendang) Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Bunga yang harum itu ada durinya. Ibarat bunga, sedap di pakai , layu di buang. nilai pertanian seperti tumbuh-tumbuhan dan jenis

Bagi peribahasa ini, kita dapat digambarkan dengan jelas bahawa perkataan bunga itu sememangnya telah lama digunakan oleh generasi terdahulu untuk

28

mengambarkan perihal seorang gadis ataupun wanita. Ini kerana perkataan bunga itu adalah sesuatu yang di sukai oleh setiap orang tidak mengira sama ada orang dewesa ataupun orang tua. Di samping itu, bunga juga banyak mempunyai tarikan yang tersendiri iaitu seperti mekar, ayu, harum, cantik dan berseri yang sesuai untuk mengambarkan ciri-ciri seorang gadis atau wanita. Selain itu juga, ciri-ciri bunga juga banyak kesamaan dengan sifat manusia. Dengan ini, orang terdahulu banyak membandingan sifat atau perangai manusia terutama orang perempuan dengan perkataan bunga. Sebagai contoh, Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor, Iaitu membawa maksud, perempuan bukannya seorang sahaja di dunia ini, demikian juga lelaki. Jika aminah menolak pinangan kamu, carilah yang lain sebagai penganti. Selain itu, contoh lain ialah seperti seseorang yang cantik itu ada juga perangai yang tidak baik. Suraya samalah seperti bunga yang harum itu ada durinya, walaupun dia cantik tetapi perangainya amat buruk kerana gemar menghina rakan-rakannya. Kedua-dua peribahasa ini amat jelas mengambarkan perkataan bunga itu menyamai watak sebagai seorang perempuan.

2Ikut resmi padi, padi berisi semakin tunduk. Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak

Manakala bagi peribahasa ini pula, perkataan resmi menggambarkan akan hal sebenar tentang kehidupan manusia yang boleh digambarkan dengan menggunakan kata resmi padi dan resmi jagung. Iaitu jika kita melihat perkataan resmi padi itu sendiri, apabila semakin masak akan semakin menunduklah padi itu. Sebaliknya jika

29

manusia ikut resnmi jagung, semakin masak semakin tegak. Maka manusia seperti itu merupakan manusia yang apabila semakin berilmu atau kaya akan menjadi lebih

sombong dan bongkak.

3Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak Jika kasihkan padi, buangkanlah rumput. Itik di air kehausan, ayam di kepuk padi kelaparan. Ayam bertelur di atas padi mati kelaparan.

Bagi peribahasa ini pula, kita dapat lihat dengan jelas bahawa perkataan padi penting dan sememangnya juga telah lama digunakan oleh generasi terdahulu untuk mengambarkan nilai pekerjaan. Ini kerana perkataan padi itu sendiri merupakan tanaman/ pertanian yang utama yang di jalankan ketika dahulu. Peribahasa ini juga banyak di kaitkan atau mengambarkan sesuatu pekerjaan atau perbuatan, contohnya seperti, Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak Peribahasa ini amat jelas mengambarkan kepada kita bahawa supaya sentiasa rajin bekerja walaupun bekerja sambilan sementara menunggu pekerjaan tetap/ menungu hasilnya kemudian hari nanti. Contoh lain ialah itik di air kehausan, ayam di kepuk padi kelaparan dan ayam bertelur di atas padi mati kelaparan. Kedua-dua peribahasa ini membawa erti yang hampir sama iaitu membawa maksud yang mendalam terhadap petani, ini kerana seseorang itu akan menanggung penderitaan di tempat sendiri. Akibat malas melakukan pekerjaan, berusaha dan bekerja, hidupnya menjadi melarat walaupun terdapat banyak

30

peluang pekerjaan. Seseorang yang malas juga akan terus menderita dalam negerinya sendiri yang terkenal dengan kehidupan yang mewah dan makmur.

4Bengkok batang bengkoklah bayangnya Ada batang, cendawan tumbuh

Bagi peribahasa ini pula, bengkok batang bengkoklah bayangnya

iaitu

melambangkan kesalahan anak kerana mengikut ajaran ayah dan ibunya. Dalam peribahasa ini, jika kita sebagai ibu bapa perlulah memberi contoh atau teladan yang baik untuk mendidik anak-anak Perangai budak itu sangat liar dan tidak menghormati orang tua sama seperti perangai ibu bapanya. Manakala peribahasa ada batang, cendawan tumbuh melambangkan tiap-tiap tempat atau negeri itu ada adat resam masing-masing. Jika kita pergi di sesebuah

penempatan baru, perlulah kita mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan dan kita mesti sedar bahawa adat resam di dunia ini berlainan.

31

Peribahasa Melayu yang memaparkan nilai alam yang berkaitan dengan aktiviti pertanian Bagi peribahasa Melayu yang membawa nilai alam yang berkaitan dengan pertanian seperti tanaman,tanah, air, bukit, air dan tingkah laku binatang amat penting untuk pertanian. Hubungan manusia dengan alam melalui peribahasa nilai pertanian ini menyatakan makna yang dapat di bandingkan dengan gambaran binatang atau bendabenda alam yang menjad sasaran perbuatan. Ini dapat dilihat seperti contoh di bawah, iaitu sesuatu perkara ataupun hal yang besar seperti yang di gambarkan sebagai bukit, laut, gunung dan sebagainya tidak boleh di capai atau di perbesarkan .

1Air setitik dilautkan, tanah sekepal di gunungkan. Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga. Bakar air hendakkan abu. Air mudik sungai, semua teluk diranai.

Bagi peribahasa ini pula, kita dapat digambarkan dengan jelas bahawa perkataan air penting dalam aktiviti pertanian. Peribahasa ini juga mengaitkan hubungan

manusia dengan alam ini melalui aktiviti manusia yang di gambarkan dengan keadaan atau bentuk tanaman. Ini kerana perkataan air itu sendiri merupakan sumber utama bagi menjalankan aktiviti pertanian. Selain itu, peribahasa ini juga mengambarkan akan sesuatu pekerjaan atau perbuatan yang di lakukan dengan bersungguh-sungguh namun hasilnya ialah sesuatu yang sia-sia, contonhya seperti bakar air hendakkan abu,

32

Pekerjaan atau perbuatan ini akan menimbulkan kekecewaan (sia-sia) pada akhirnya dan banyak mendatangkan cemuhan. Harapkan guruh di langit air di tempayan di curahkan. Peribahasa ini telah menberi maksud yang luas dan penting. Jika kita melakukan sesuatu pekerjaan yang tergesa-gesa maka rugi akibatnya (kehilangan barang yang sudah di miliki). Sebagai contoh, kerana terlalu yakin mendapat pekerjaan yang bergaji lumayan, Rosli sanggup meletakkan jawatannya sebagai kerani rendah akhirnya kedua-duanya melepas.

2- Terang-terang tanah - Patah di sambung hilang berganti Patah kepala bertongkat, paruh patah paruh bertelankan Patah sayap bertongkat paruh.

Daripada peribahasa di atas ini, kita dapat lihat dengan jelas hubungan manusia dengan alam ini melalui aktiviti manusia yang di gambarkan dengan keadaan atau bentuk tanaman. Contohnya terang-terang tanah, peribahasa ini mengambarkan keadaan suasana yang samar-samar dan tidak berapa terang, biasanya pada waktu subuh atau senja. Peribahasa ini selalu digunakan dan boleh dikatakan setiap hari orang menggunakannya. Ini kerana, peribahasa ini melambangkan kerajinan atau kesungguhan seseorang melakukan itu sesuatu pekerjaan. Sebagai contoh, setiap pagi pada waktu terang-terang tanah ibu telah bersiap-siap untuk pergi menoreh getah di ladang.

33

Patah di sambung hilang

berganti, Patah

kepala bertongkat, paruh patah paruh

bertelankan, Patah sayap bertongkat paruh. Peribahasa ini pula melambangkan seseorang yang berakal dan berilmu tidak mudah putus asa, cekal dalam sesuatu

pekerjaan yang di buat dan akan beriktiar untuk menyelesaikan sesuatu perkara Yang di lakukan. Sebagai contoh, Pak Ali tetap gigih tanamannya musnah di landa banjir. 3mengerjakan sawahnya walaupun

-

Bumi mana tidak timpa hujan. Bumi mana tidak di timpa hujan,lautan mana tidak bergelora

Bumi mana tidak di timpa hujan,lautan mana tidak bergelora. Peribahasa ini menyatakan bahawa setiap individu itu tidak lari daripada membuat kesilapan. Amin telah meminta maaf kepada ayahnya dan dia berjanji tidak akan buat jahat lagi. Air pun ada pasang surutnya, tak kan pasang selalu dan surut sentiasa. Perjalanan hidup seseorang itu tidaklah tetap, adakalanya senang dan adakalanya susah. Kita patut sedar bahawa sudah lumrah alam, air pun ada pasang surutnya tak kan pasang selalu dan surut sentiasa.

34

KESIMPULAN Kesimpulannya, semantik merupakan kajian mengenai perihal makna dan makna itu boleh dikaitkan atau dihubungkan pula dengan kata, ayat, frasa, dan sebagainya (termasuk semantik dalam peribahasa melayu. Peribahasa melayu pula ialah satu warisan daripada nenek moyang atau generasi yang terdahulu yang patut diamalkan ataupun sekurang-kurangnya di fahami oleh generasi baru agar tidak luput dari kehidupan. Dalam mengkaji peranan semantik yang terdapat didalam peribahasa Melayu Khasnya nilai Pertanian, skopnya amat luas kerana meliputi permukaan alam semulajadi, seperti tanah, air, udara, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Selain itu, didalam pengertian tugasan ini juga telah membincang/menerangkan akan peribahasa ataupun semantik, pengertian makna,

dan definisi sebenar

peranan semantik dalam kehidupan (contoh dalam ayat) dan sebagainya. Ini termasuklah pesembahan tugasan dan perbincangan sama ada secara kreatif mahupun secara kritis.

35

BIBLIOGRAFI

----------------2001. Monograf 2: Bahasa, sastera, dan Budaya Melayu Bahasa wahana Ilmu Datif Bahasa Melayu: Kajian Nahu Kasus tentang peranan Semantik dalam ayat. Selangor darul Ehsan: FBMK, UPM.

Nik Safiah Karim, et al, 2004. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka.

Nik Safiah Karim, Norliza Jamaluddin 2002. Bahasa Melayu STPM (Kertas 1&2 ), Selangor Darul ehsan :Penerbit fajar Bakti.

Nor Hashimah Jalaluddin 2003. Bahasa Dalam Perniagaan: Satu Analisis Semantik dan Pragmatik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka.

Amdun Hussain 1995. Kamus Pelajar: Cetakan Kedua Belas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Prof. DR.Henry Guntar Tarigan 1995. Pengajaran Semantik: Bandung: Penerbit ANGKASA Anggota IKAPI. Asmah Haji Omar 2002. Ilmu Mengarang Melayu: Edisi Ejaan Rumi Baharu (Zaba), Kuala Lumpur. Kamaruzzaman A.Kadir, Othman Puteh 1990. Peribahasa Asas, Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti .

36