semantik

14
PENGENALAN Bahasa merupakan aspek penting dalam kehidupan setiap manusia. Hal ini kerana bicara manusia wujud berdasarkan bahasa. Tanpa bahasa yang jelas dan bermakna proses komunikasi tidak akan berlaku dan terganggu. Jalinan bahasa yang terjadi antara setiap penutur memerlukan persefahaman dan kefahaman dalam mengungkapkan makna. Komunikasi yang berkesan turut melibatkan penggunaan kata atau ayat yang berstruktur. Ayat yang berstruktur merupakan ayat yang menitikberatkan tentang sistem tatabahasa bahasa Melayu atau lebih dikenali sebagai penghasilan ayat-ayat gramatis. Dalam bahasa Melayu, terdapat satu bidang yang mengkaji secara mendalam tentang makna setiap apa yang diujarkan atau dituturkan oleh si penutur untuk menghasilkan komunikasi yang berkesan. Bidang tersebut adalah bidang semantik. Secara umumnya, istilah semantik adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa. Di samping itu semantik turut dikenali sebagai bidang kajian yang berkaitan dengan makna kata dan ayat. Kepentingan untuk mempelajari atau memiliki pengetahuan berkenaan ilmu semantik khususnya kepada penggiat bahasa merupakan perkara yang sangat perlu. Hal ini kerana sebagai individu yang mempelajari atau mengkaji tentang bahasa keutamaan tentang kebenaran setiap ujaran yang dituturkan akan mendapat perhatian daripada pelbagai pihak sama ada secara formal atau tidak formal. Bak kata pepatah melayu rumah telah siap pahat masih berbunyi . Berdasarkan pepatah tersebut, seseorang individu yang melibatkan diri dalam bidang bahasa, seharusnya tahu dan mengamalkan sistem bahasa dengan betul tanpa kesalahan-kesalahan sama ada yang dianggap remeh mahupun terperinci. Oleh itu, bidang semantik seharusnya dijadikan panduan dalam setiap tutur bicara yang diungkapkan. Jika dilihat dari konsep masyarakat pula, semantik dianggap penting kerana, bagi memahami sesuatu yang diujarkan penutur yang menyampaikan maklumat hendaklah menyatakan ayat yang bermakna untuk difahami oleh pendengar. Sekiranya pertuturan tersebut tidak difahami maka keberkesanan proses komunikasi tidak berlaku seperti yang diperlukan antara kedua-dua pihak.

Upload: terbaeekk-mybos

Post on 12-Sep-2015

49 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

PEMINJAMAN BAHASA/MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

TRANSCRIPT

PENGENALANBahasa merupakan aspek penting dalam kehidupan setiap manusia. Hal ini kerana bicara manusia wujud berdasarkan bahasa. Tanpa bahasa yang jelas dan bermakna proses komunikasi tidak akan berlaku dan terganggu. Jalinan bahasa yang terjadi antara setiap penutur memerlukan persefahaman dan kefahaman dalam mengungkapkan makna. Komunikasi yang berkesan turut melibatkan penggunaan kata atau ayat yang berstruktur. Ayat yang berstruktur merupakan ayat yang menitikberatkan tentang sistem tatabahasa bahasa Melayu atau lebih dikenali sebagai penghasilan ayat-ayat gramatis.

Dalam bahasa Melayu, terdapat satu bidang yang mengkaji secara mendalam tentang makna setiap apa yang diujarkan atau dituturkan oleh si penutur untuk menghasilkan komunikasi yang berkesan. Bidang tersebut adalah bidang semantik. Secara umumnya, istilah semantik adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa. Di samping itu semantik turut dikenali sebagai bidang kajian yang berkaitan dengan makna kata dan ayat.

Kepentingan untuk mempelajari atau memiliki pengetahuan berkenaan ilmu semantik khususnya kepada penggiat bahasa merupakan perkara yang sangat perlu. Hal ini kerana sebagai individu yang mempelajari atau mengkaji tentang bahasa keutamaan tentang kebenaran setiap ujaran yang dituturkan akan mendapat perhatian daripada pelbagai pihak sama ada secara formal atau tidak formal. Bak kata pepatah melayu rumah telah siap pahat masih berbunyi . Berdasarkan pepatah tersebut, seseorang individu yang melibatkan diri dalam bidang bahasa, seharusnya tahu dan mengamalkan sistem bahasa dengan betul tanpa kesalahan-kesalahan sama ada yang dianggap remeh mahupun terperinci.

Oleh itu, bidang semantik seharusnya dijadikan panduan dalam setiap tutur bicara yang diungkapkan. Jika dilihat dari konsep masyarakat pula, semantik dianggap penting kerana, bagi memahami sesuatu yang diujarkan penutur yang menyampaikan maklumat hendaklah menyatakan ayat yang bermakna untuk difahami oleh pendengar. Sekiranya pertuturan tersebut tidak difahami maka keberkesanan proses komunikasi tidak berlaku seperti yang diperlukan antara kedua-dua pihak.

Selain daripada semantik, sistem tatabahasa bahasa Melayu turut mementingkan sistem penulisan yang betul berdasarkan tatabahasa bahasa Melayu mengikut piawaian yang telah disediakan. Komponen yang berkaitan dengan susunan tatabahasa yang betul dikenali sebagai wacana. Wacana merupakan satu kesatuan idea yang dituturkan atau diujarkan sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Antara ciri-ciri wacana yang diambil kira dalam penulisan atau lisan bahasa Melayu adalah gaya bahasa, jenis ungkapan ayat yang digunakan, unsur-unsur susun atur, dan sebagainya.

Penggunaan wacana yang tepat dalam penulisan atau lisan akan memudahkan lagi pendengar memahami apa yang dituturkan oleh orang yang menyampaikan maklumat. Hal ini kerana, ayat yang diujarkan menggunakan gaya bahasa yang sesuai serta mampu menimbulkan kesan dialek sosial dalam pertuturan. Selain itu, kesinambungan ayat-ayat yang dibina juga dapat memperincikan lagi kefahaman pembaca atau pendengar tentang sesuatu perkara yang disampaikan.

Setiap wacana mempunyai penanda yang juga dikenali sebagai penanda wacana. Penanda wacana ialah perkataan atau pun rangkaian perkataan yang berfungsi menghubungkan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis atau pun berucap. Antara fungsi penanda wacana ialah sebagai tambahan, urutan, penyataan semula, untuk menunjukkan sebab, kesan waktu dan tempat serta berfungsi untuk membuat bandingan serta rumusan sesuatu wacana.

Sebagai individu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai pertuturan seharian, pengetahuan tentang setiap aspek yang terdapat dalam bahasa Melayu seperti semantik, wacana, psikolinguistik dan banyak lagi haruslah dimiliki oleh setiap individu tersebut. Penggunaan ayat yang betul sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan dapat menggambarkan bahawa seseorang individu itu memiliki pengetahuan tentang sistem tatabahasa bahasa Melayu yang dapat memberikan keberkesanan sosial antara sesama masyarakat.BAHAGIAN APEMINJAMAN BAHASA TELAH MEMPERKAYA BAHASA MELAYU. BINCANGKAN SECARA KRITIS.Bermula pada kelahiran seorang manusia yang masih bayi, ia akan menangis untuk menyatakan sesuatu kepada orang yang paling dekat dengan dirinya. Tangisan itulah lama-kelamaan berganti menjadi arus bunyi yang membawa makna dan akan bertambah lengkap serta rumit sehinggalah manusia meninggalkan dunia yang fana ini. Itulah yang dikenali sebagai bahasa sehingga pada umumnya, dapatlah disimpulkan bahawa bahasa sangat berkait rapat dengan manusia atau sentiasa ada bersama dengan manusia. Simpulan ini bukan hanya sekadar simpulan yang tidak mempunyai dasar, malah dasar tersebut adalah bahasa merupakan sarana komunikasi antara sesama manusia.

Seperti yang telah tertulis sejak azali lagi, setiap benda hidup di dunia ini adalah sering memerlukan. Sebagai contoh, burung helang yang sering menjadikan ayam sebagai mangsanya. Namun begitu, selagi mampu bertahan sang ayam tidak akan sekali-kali menyerah kalah terhadap sang helang. Sang ayam akan berusaha sedaya upaya melarikan diri dari pemangsanya. Oleh itu dapatlah dilihat dalam situasi ini bahawa, komunikasi antara sang ayam dan sang helang berlaku dengan menggunakan bahasa haiwan itu sendiri. Dapatlah juga diungkapkan bahawa jika dibandingkan dengan manusia adalah jauh lebih lengkap untuk mengungkapkan fikiran, bahasa, dan perasaan, berbanding bahasa haiwan atau simbol yang lain.

Fenomena unsur serapan atau pinjaman dalam bahasa Melayu merupakan antara aspek penting yang perlu diketahui oleh seseorang penutur bahasa Melayu itu. Seperti yang kita telah sedia maklum, kewujudan unsur serapan atau pinjaman ini merupakan suatu proses pengayaan bahasa Melayu sekiranya dipandang dari sudut positif. Selain itu penyerapan kata asing dalam bahasa Melayu juga bertujuan untuk menggantikan kosa kata yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu untuk dijadikan perkataan yang sesuai penggunaanya dalam bahasa Melayu.

Antara bahasa asing yang terkenal menjadi pinjaman dalam bahasa Melayu adalah bahasa Sanskrit. Pengaruh bahasa Sanskrit berlaku ketika zaman bahasa Melayu kuno iaitu abad ke 7 hingga ke 13. Bahasa Sanskrit dibawa oleh pedagang India dan sami serta pendeta agama Hindu dan Buddha. Pengaruh bahasa Sanskrit ke dalam kosa kata bahasa Melayu antaranya ialah bahasa, bicara, guru, cinta, duka, merdu, setia, bahu, kepala, lidah, senja, permata, emas, keranda, ayah, isteri , janda, suami, menteri, dosa pahala, asmara, bahaya, rahsia, bumi, cahaya, suria, tanah, melor, seroja, hari, masa. Selain itu imbuhan daripada bahasa Sanskrit juga turut wujud dalam pinjaman bahasa Melayu. Sebagai contoh imbuhan tersebut adalah eka, dwi, maha, pra, swa, tata, tuna, wan, man, wait, nita. Manakala bagi sistem bunti pula, pengaruh bahasa Sanskrit terhadap bunyi bahasa Melayu adalah seperti dw/, /sw/, /sy/.

Selain itu, pengaruh bahasa Arab juga turut memainkan peranan penting dalam pinjaman asing bahasa Melayu. Pengaruh bahasa Arab meresap ke dalam bahasa Melayu dengan kedatangan Islam ke alam Melayu oleh pedagang dan pendakwah Arab. Proses pengislaman orang Melayu berjalan lancar kerana apabila pihak istana memeluk islam maka rakyat jelata turut mengikutinya. Proses pengislaman bukan sahaja mengubah kepercayaan agama, tetapi juga memberi kesan kepada budaya, sastera dan bahasa orang Melayu. Pengaruh bahasa Arab lebih dominan dalam bahasa Melayu berbanding bahasa Sanskrit kerana bahasa Arab banyak mempengaruhi bab-bab berkaitan hukum kehidupan manusia. Sebagai contoh, pengaruh bahasa Arab terhadap tulisan bahasa Melayu. Pengaruh bahasa Arab yang terpenting ialah terciptanya tulisan jawi. Tulisan jawi yang diambil daripada askara Arab dan ditambah dengan 6 huruf digunakan dalam tulisan untuk bahasa Melayu. Dengan adanya tulisan jawi, maka karya sastera islam, kitab agama dapat dihasilkan dalam bentuk tulisan. Dari aspek pengaruh bahasa Arab terhadap kosa kata bahasa Melayu pula adalah berdasarkan hal-hal yang membicarakan tentang agama khususnya dan hal-hal lain amnya. Contohnya adalah seperti doa, hadis, haji, kiblat, murtad, rukuk, hisab, ilmu, sejarah, soal, tarikh, akal, faham, fakir, halal, haram, zalim, akad, fitnah, hormat, kaum, kerabat, maaf, salam sedekah, tahniah,akhirat, alam, haiwan, dunia, wajah, wujud, roh dan banyak lagi. Di samping itu, bahasa Parsi juga antara pinjaman kata asing yang mempengaruhi bahasa Melayu. Bahasa Parsi yang mana seperti bahasa Arab, pengaruh bahasa Parsi dalam bahasa Melayu dikaitkan dengan kedatangan Islam ke alam Melayu. Kebanyakan pengaruh bahasa Parsi lebih tertumpu dalam lapangan kesusasteraan dan gelaran raja-raja dan adat pertabalan seperti Syah, nobat dan sebagainya. Antara kosa kata bahasa Parsi dalam bahasa Melayu ialah agar, andai, andam, baju, banjir, beriani, cokmar, dewan, gandum, garam, istana, juadah, kamar, kahwin, kelasi, kebab, laksa, nakhoda, nisan, pinggan, seluar, takhta, seruling, pelana, pahlawan, lawak, pesona, piala. Bagi imbuhan bahasa Parsi dalam bahasa Melayu ialah imbuhan bi yang bermaksud tidak seperti biadab (tidak beradab), bitara (tiada tara). Bahasa Jawa juga merupakan antara bahasa yang menjadi penyumbang dalam kata pinjaman bahasa Melayu. Penyebaran bahasa Jawa ke alam Melayu berlaku ketika pemerintahan kerajaan Majapahit melalui kesusasteraan jawa iaitu cerita panji, selain penghijrahan orang-orang Jawa ke alam Melayu. Antara kosa kata Jawa yang terdapat dalam bahasa Melayu adalah adegan, awet, ayu, bagus, beres, calon, duda, enak, garing, gembleng, kaget, keringat, keruan, ketara, kiai, lakon, lapor, lontong, lumayan, lumrah, lurah, matang, pamer, perabot, prihatin, rawat, saring, sering, tulen.

Bahasa lain yang turut memperkaya bahasa Melayu adalah bahasa Cina. Oleh sebab kebanyakan orang Cina yang datang ke Tanah Melayu berasal dari daerah selatan (Hokkien dan Canton), maka kebanyakan kosa kata yang dipinjam berasal dari dialek bahasa daerah tersebut. Antara kosa kata bahasa Cina dalam bahasa Melayu ialah camca, pongkes, cawan, teko, beca, abah, amoi, apek, encik, tauke, bohsia, beng, suun, kuaci, lobak, tauhu, tocang, gincu, amah, pisau, tong, loceng kicap, laici, cincau, dacing, mihun, pau, cat, inci, sampan, tauge.Seperti yang kita telah sedia maklum, Malaysia merupakan negara yang terkenal denga jolokan masyarakat pelbagai kaum. Oleh itu, secara tidak langsung pengaruh bahasa-bahasa daripada kaum tersebut juga memainkan peranan penting dalam memperkaya kosa kata bahasa Melayu. Begitu juga dengan bahasa Tamil yang turut mempengaruhi pengayaan bkosa kata bahasa Melayu di samping menambahkan lagi bilangan penggunaan perkataan-perkataan bahasa Melayu, walaupun jumlah bahasa Tamil dalam bahasa Melayu agak sedikit. Sebahagiannya pula merupakan pinjaman atas pinjaman iaitu bahasa Tamil yang dipinjam daripada bahasa asing kemudian dipinjam pula oleh bahasa Melayu. Antara bahasa Tamil yang dipinjam ke dalam bahasa melayu ialah ceti, kapal, kedai, mempelam, bagai, kawal, modal, kolam, ayah, kakak, apam, canai, coli, gudang, gerudi, guni, ketumbar, kuli, nelayan, nilam, sami, ragam, tali, tembikai, emak, jodoh, kari, pondan, pinggan.Bagi bahasa Inggeris pula, pengaruh bahasa Inggeris mula bertapak ke dalam bahasa Melayu bermula pada abad ke-18, iaitu bermulanya penjajahan Inggeris. Pengaruh bahasa Inggeris begitu dominan dan menguasai bahasa Melayu terutama dalam bidang ekonomi, pentadbiran, dan masyarakat disebabkan oleh beberapa factor. Antara faktor tersebut adalah dasar penjajah yang lebih mementingkan bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu, bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi oleh penjajah Inggeris, pendidikan Inggeris mempengaruhi penduduk berbilang kaum di Tanah Melayu, peranan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, dan sikap orang Melayu sendiri yang lebih mengagungkan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. Bahasa melayu banyak meminjam kosa kata bahasa Inggeris bagi meningkatkan keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu terutama dalam bidang sains dan teknologi. Antara contoh kosa kata bahasa Inggeris yang digunakan dalam bahasa melayu ialah aiskrim, agensi, automatik, demokrasi, enjin, gimik, idea, imej, faktor, nitrogen, lori, paip, radio, rizab, subjek, plastik, rubela, tayar, teknologi, saman, sepana, tiub, tuisyen, universiti, unit, yogurt, yoyo, dan zip. Pengaruh bahasa Inggeris terhadap peribahasa bahasa Melayu pula antaranya adalah work load (beban kerja), honey moon (bulan madu), film star (bintang filem), black and white (hitam putih). Pengaruh bahasa Inggeris terhadap imbuhan bahasa Melayu pula adalah seperti anti kemajuan, anti penjajah, anti-Inggeris, automatic, autimobil, makroekonomi, mikroekonomi,monopoli, multimedia, poligami, prokerajaan, subtajuk, supranasional, ultrabunyi, klinikal, defendan, geografi, kaunter, detektif, automatik, artis, Zionisme, kronologi, koleksi, mentality, editor. Manakala pengaruh bahasa Inggeris terhadap sistem tulisan bahasa Melayu berlaku apabila bahasa Inggeris menguasai bahasa Melayu, maka tulisan rumi telah diterima dan menggantikan tulisan jawi.Secara konklusinya, bahasa Melayu memerlukan pinjaman bahasa asing dalam mengukuhkan fungsinya yang merangkumi pelbagai bidang ilmu. Tidak dapat dinafikan Bahasa Melayu telah mengalamai perkembangan yang terancang dari tahun 1950 sehinggalah sekarang yang banyak digerakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bagi memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, pendidikan, pengantar, pentadbiran serta mencakupi banyak bidang ilmu. Disamping itu juga, kajian penulisan yang dilaksanakan mendapati Bahasa Melayu tidak lari daripada berhadapan dengan isu-isu terutamanya selepas 1990-an, bermula kepada konsep asas, iaitu Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia, peranan dalam pembangunan negara, persaingan dengan Bahasa Inggeris dalam pendidikan dan bnayak lagi yang disifatkan mengugat kedudukan Bahasa Melayu berikutan penelitian status dimata masyarakat selepas 56 tahun merdeka.BAHAGIAN BMEMARTABATKAN BAHASA MELAYU UNTUK BERSAING DENGAN BAHASA-BAHASA LAIN DIDUNIA. BINCANGKAN.

Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang penggunaannya sangat meluas dan bilangan penuturnya sangat besar. Dianggarkan lebih 300 juta orang di seluruh dunia boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu membuktikan bahawa bahasa Melayu pernah diangkat sebagai bahasa lingua franca di Asia Tenggara, khususnya pada zaman kemasyhuran Kesultanan Melayu Melaka. Pada hari ini, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Di Malaysia, bahasa Melayu dimartabatkan dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 152) yang menyatakan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara. Atas faktor tertentu, bahasa Melayu dikenali juga sebagai bahasa Malaysia.Oleh yang demikian sebagai penutur jati bahasa Melayu, rakyat Malaysia khasnya memartabatkan bahasa Melayu di mata dunia bukanlah tugas pihak tertentu sahaja malah keseluruhan rakyat Malaysia bertanggungjawab terhadap hal ini. Antara usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu adalah dengan memupuk kesedaran tentang pentingnya bahasa Melayu kepada anak-anak sejak kecil. Oleh itu, kesedaran tersebut perlulah ditanam dalam diri anak-anak seawal usia mereka lagi. Dalam hal ini sudah tentu peranan tersebut perlu dimainkan oleh ibu bapa dan guru-guru. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menggunakan bahasa Melayu yang betul apabila bertutur dengan anak-anak. Ibu bapa juga haruslah menerangkan kepentingan bahasa Melayu di negara kita dan juga sejarah bahasa Melayu yang telah dijadikan lingua franca pada zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-15. Sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak kecil, bak kata pepatah, Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. sudah pasti hasilnya akan berkekalan hingga dewasa dan sampai bila-bila.Selain itu, melalui kempen dan peranan media massa juga merupakan usaha yang boleh digunakan bagi memartabatkan bahasa Melayu. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam perkara ini perlulah menjalankan kempen untuk memartabatkan bahasa Melayu. Pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang mana haruslah menjalankan kempen yang berkesan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat agar cinta akan bahasa Melayu. Sebagai contohnya, pihak DBP perlu bekerjasama dengan pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang lain untuk menjalankan aktiviti yang menjurus ke arah memartabatkan bahasa Melayu. Media massa turut memainkan peranan untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini demikian kerana, media massa memang berkesan dalam mempengaruhi orang ramai. Oleh hal yang demikian, sudah pasti perkara ini akan membuahkan hasil dan dapat meningkatkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat di negara kita. Sekiranya penggunaan bahasa Melayu semakin meluas digunakan sudah tentu bahasa ini setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Perkara ini dapatlah disamakan seperti kata pepatah, Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain di dunia ini.Seterusnya, akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menurut Akta 32 iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, pindaan 1994, perlulah diperkasakan. Dengan perkataan lain, kerajaan perlulah menguatkuasakan akta parlimen ini iaitu akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan pada papan tanda atau iklan. Secara tidak langsung, pihak swasta juga perlu patuh akan akta atau undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu ini. Hal ini dibuktikan melalui kenyataan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada 18 Oktober 2009, iaitu Pejabat Peguam Negara sedang meneliti pindaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 Dan Akta Pendidikan 1996 bagi memberi kuasa kepada DBP untuk mendenda sektor awam dan agensinya yang tidak menggunakan bahasa Melayu dalam urusan mereka seperti pengendalian mesyuarat, penyediaan minit mesyuarat, urusan surat-menyurat dan majlis rasmi. Perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana kesalahan penggunaan bahasa tersebut menyebabkan mereka boleh didakwa dan seterusnya didenda. Oleh hal yang demikian, sudah pastilah bahasa Melayu akan dapat dimartabatkan di negara kita.Di samping itu, memperkasakan peranan pihak penguatkuasa juga anatara usaha dalam memartabatkan bahasa Melayu. Pihak berkuasa seterusnya perlu memberikan kuasa yang mencukupi kepada pihak penguatkuasa atau pemantau semasa menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu. Pihak penguatkuasa ini sepatutnya dibenarkan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang ingkar atau tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sebagai contoh, pihak penguatkuasa bahasa ini perlu diberikan kuasa untuk menyaman, mendenda atau mendakwa pihak yang tidak mengikut undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaan bahasa Melayu seperti yang telah diluluskan oleh parlimen. Keadaan ini sudah pasti akan dijadikan sebagai pengajaran dan menakutkan pihak yang tidak mematuhi peraturan yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Hal ini sudah tentu akan memberikan impak kepada pihak yang tidak mementingkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam urusan seharian.Seperti yang kita telah sedia maklum, dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi samada dalam bentuk abstrak mahu pun konkrit. Sebagai contoh, menurut A. Azizi Deraman dalam makalahnya Bahasa Melayu Dan Cabaran Globalisasi, Dewan Bahasa 2007 menegaskan bahawa cabaran utama bahasa Melayu sebagai bahasa nasional adalah lemahnya sokongan, jagaan, kawalan, peneguhan dan penegasan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Tambah beliau lagi, wujudnya keserongan persepsi terhadap keperluan atau cara sesebuah negara memilih bahasa dan bahasa Inggeris dianggap mampu membawa kemajuan negara telah memusnahkan kemajuan dan keupayaan bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu agung dengan sejarah yang dilakarnya bak sekian lama sehinggakan penjajah yang datang mengaut segala keuntungan tanah Melayu telah mematikan keagungan bahasa Melayu dengan membawa bahasanya. Untuk mengembalikan maruah bahasa Melayu yang kini semakin dihenyak-henyak dari pelbagai penjuru.Ditambahkan lagi, cabaran bahasa Melayu terus menerima persaingan dan hambatan daripada pelbagai sudut, seperti kehadiran berpuluh-puluh universiti, kolej swasta sejajar dengan Akta Institusi Pengajian Tinggi swasta (IPTS) 1996 yang lebih cenderung menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar menghimpitkan lagi peranan bahasa Melayu. Mahu tidak mahu, suka atau tidak, bahasa Melayu terpaksa bersaing dalam situasi sebegini. Menurut Abang Patdeli Abang Muhi dalam makalahnya Bahasa Melayu Menyongsong Era Cabaran menyatakan nilai sosial dan nilai ekonomi bahasa Melayu tidak dapat dielakkan oleh bayangan bahasa Inggeris. Hal ini disebabkan, suasana dan juga persepsi masyarakat Malaysia yang masih cenderung menganggap sesuatu yang berbau Inggeris dan barat itu lebih superior. Tidak mustahil tiba satu tahap lulusan bahasa Melayu juga dianggap sebagai lulusan kelas kedua berbanding mereka yang memperoleh lulusan berbahasa Inggeris. Fenomena ini bukan asing tatkala pasaran pekerjaan yang mana menekankan kepada penguasaan bahasa Inggeris sebagai ciri utama untuk berjaya dalam sesi temu duga.Satu Bahasa, Satu Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Dato Sri Mohd. Najib Tun Razak dilihat sabagai satu langkah yang meyakinkan untuk mengembalikan peranan Asia sebagai gergasi dunia. Jepun, sebagai contoh yang paling berjaya membentuk negaranya melalui acuan sendiri melalui budaya dan bahasa. Tidak mustahil Malaysia juga mampu mengikut langkah Jepun sekiranya rakyat berbilang bangsa di negara ini bersatu untuk memulihara budaya bangsa. Devamany menekankan bahawa menjadi kerugian besar jika segala usaha untuk memartabatkan bahasa, budaya dan agama tidak digembleng sejak dari awal lagi. Usaha memartabatkan bahasa Melayu ini juga hendaklah bermula dari awal lagi dan usaha tersebut wajib dijalankan secara serius bukan hanya dengan kata-kata kosong yang tidak membuahkan hasil seperti yang dirancang.Di samping itu, mahasiswa institusi pengajian tinggi perlu memainkan peranan yang proaktif untuk memartabatkan bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana, mahasiswa perlu bergerak bersama-sama bagi mengukuhkan bahasa Melayu dalam semua bidang ilmu. Menurut Datuk Mahadzir Mohd Khir, Timbalan Menteri Pelajaran, beliau mengatakan bahawa langkah-langkah yang dijalankan oleh mahasiswa dengan menganjurkan Minggu Bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi dalam kegiatan kebahasaan akan menarik minat dan memupuk kecintaan orang ramai terhadap bahasa Melayu. Pembabitan mahasiswa yang peka terhadap keperluan dan perubahan semasa selaras dengan peranan mahasiswa sebagai penggerak pembangunan masyarakat patut diberikan pujian. Minggu Bahasa Melayu yang dianjurkan oleh mahasiswa dapat mendaulatkan bahasa ibunda di samping memupuk kecintaan terhadap bahasa Melayu khususnya dalam kalangan generasi muda masa kini.

Warga pendidik di negara ini juga turut memainkan peranan yang penting untuk memartabatkan bahasa Melayu serta meningkatkan mutu pendidikan bahasa Melayu. Golongan pendidik hari ini telah dipertanggungjawabkan melaksanakan konsep bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat. Peranan pendidik bahasa adalah penting kerana mereka juga bertanggungjawab membimbing guru mata pelajaran lain. Peranan para pendidik lebih penting dalam memartabatkan bahasa Melayu kerana dalam kurikulum pendidikan bahasa, matlamat utama adalah untuk melahirkan pelajar yang berupaya menggunakan bahasa Melayu yang baik dan membanggakan. Selain itu, dalam konteks sikap yang lebih luas, nilai-nilai masyarakat yang positif perlu diterapkan melalui pendidikan bahasa.Sememangnya, kita perlu akui bahawa masih wujud masalah semangat dan kesungguhan yang belum cukup mantap dan hakiki dalam penggunaan bahasa Melayu. Fenomena ini berlaku, apabila banyak terjadi peristiwa-peristiwa bahasa Melayu kehilangan tempat dalam upacara dan majlis rasmi di peringkat kebangsaan, apatah lagi pelbagai isu yang timbul melibatkan institusi pendidikan negara dicabar dengan penggunaan bahasa lain sebagai bahasa penggantar lebih diutamakan daripada bahasa ibunda kita sendiri. Justeru sebagai kesimpulan daripada perbincangan di atas, langkah-langkah yang konkrit dan pragmatik perlulah diambil untuk memartabatkan bahasa Melayu. Ini adalah kerana bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan kita. Hakikat ini perlu disedari dan diakui oleh seluruh rakyat Malaysia. Kepentingan bahasa ini tidak dapat dipertikaikan lagi, sebaliknya setiap individu haruslah memanfaatkan masa mereka untuk mempelajari dan menguasai bahasa Melayu dengan baik. Cara itulah yang terbaik untuk memartabatkan bahasa Melayu yang ternyata memberikan faedah yang besar kepada perpaduan rakyat dan teknologi Malaysia. Jika tidak, generasi yang akan datang akan ketinggalan dan akan dijajah oleh kuasa-kuasa Barat yang menggunakan bahasa asing melalui pelbagai kaedah. Sesungguhnya, bahasa jiwa bangsa.

RUJUKANAbdul Hamid Mahmood. (2007). Kuasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu Melalui

Latihan. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (1994). Panduan Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2000). Kamus Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Habibah Mohd Samin dan Hasnah Awang. (2010). Siri Pendidikan Guru: Revisi Bahasa

Melayu Akademik 1 Untuk Ppismp. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, dan Abdul Hamid Mahmood. (2008).

Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

http://www.usm.my/index.php/ms/admin/news-article-bahasa/185-memartabatkan-bahasa-melayu-perlukan-kesungguhanhttp://anelyza.blogspot.com/2010/11/usaha-usaha-memartabatkan-bahasa.html. Dilayari pada 20 Oktober 2013.

http://www.slideshare.net/akusngus/faktorfaktor-yang-menghalang-penggunaan-ict-dalam-lalangan-guruguru-pendidikan-islam. Dilayari pada 20 Oktober 2013

http://shaifulbahri66.blogspot.com/2012/11/fungsi-dan-pentingnya-memartabatkan.html. Dilayari pada 21 Oktber 2013.