sejarah bola tampar antarabangsa

7
SEJARAH BOLA TAMPAR ANTARABANGSA Permainan bola tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895.Orang pertama yang mempelopori permainan ini ialah William G. Morgan iaitu seorang pengarah sukan YMCA,di Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat. NAma asal permainan ini ialah ‘minoneete’ dan kemudian digantikan dengan nama ‘volleyball’ oleh Dr. A. Halstead pada tahun 1896.Sejak diperkenalkan,permainan bola tamper terus menjadi satu permainan rekreasi yang popular. Bagaimanapun, peraturan rasmi yang pertama hanya diperkenalkan pada tahun 1916. Antara perubahan teknikal dan perkembangan yang penting yang berlaku dalam permainan bola tamper adalah seperti berikut: 1900 - Sistem skor 21 poin diamalkan. 1912 - system ‘bergilir’ (rotation)diperkenalkan. 1916 - Undang – undang permainan diterbitkan. 1917 - Sistem skor 15 poin diamalkan 1918 - Bilangan pemain ditetapkan 6 orang sebelah dan tingi jaring ditetapkan pada ketinggian 2.4 meter. 1921 - Garis tengh diwujudkan dalam gelanggang bola tampar. 1922 - Sentuhan tiga kali diperkenalkan. 1923 - Saiz gelanggang 9 meter x 18 meter dipiawaikan dan kekal sehingga masa ini. 1947 - IVBF (International Volleyball Federation) iaitu Persekutuan Bola Tampar

Upload: muhammad-nazrin

Post on 18-Jan-2016

433 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

bo

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Bola Tampar Antarabangsa

SEJARAH BOLA TAMPAR ANTARABANGSA

Permainan bola tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895.Orang pertama yang

mempelopori permainan ini ialah William G. Morgan iaitu seorang pengarah sukan

YMCA,di Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat. NAma asal permainan ini ialah

‘minoneete’ dan kemudian digantikan dengan nama ‘volleyball’ oleh Dr. A. Halstead

pada tahun 1896.Sejak diperkenalkan,permainan bola tamper terus menjadi satu

permainan rekreasi yang popular. Bagaimanapun, peraturan rasmi yang pertama hanya

diperkenalkan pada tahun 1916. Antara perubahan teknikal dan perkembangan yang

penting yang berlaku dalam permainan bola tamper adalah seperti berikut:

1900 - Sistem skor 21 poin diamalkan.

1912 - system ‘bergilir’ (rotation)diperkenalkan.

1916 - Undang – undang permainan diterbitkan.

1917 - Sistem skor 15 poin diamalkan

1918 - Bilangan pemain ditetapkan 6 orang sebelah dan tingi jaring ditetapkan pada

ketinggian 2.4 meter.

1921 - Garis tengh diwujudkan dalam gelanggang bola tampar.

1922 - Sentuhan tiga kali diperkenalkan.

1923 - Saiz gelanggang 9 meter x 18 meter dipiawaikan dan kekal sehingga masa ini.

1947 - IVBF (International Volleyball Federation) iaitu Persekutuan Bola Tampar

Antarabangsa ditubuhkan di Paris untuk mengawal permainan bola tampar.

1949 - Kejohanan bola tampar sedunia untuk lelaki buat kali pertama diadakan di Prague.

1964 - Permainan bola tampar (lelaki dan perempuan) menjadi salah satu acara sukandalam Olimpik di Sukan Olimpik di Tokyo.

Di Malaysia,permainan ini diperkenalkan oleh pasukan pelawat dari Hong Kong dan Negara

China pada tahun 1930-an.Ketika itu banyak perlawanan persahabatan dan pertunjukan telah

diadakan di Bandar utama seperti Pulau Pinang,Kuala Lumpeu dan Singapura atas usaha persatuan

dan kelab kebajikan di Tionghua yang wujud pada masa itu.Di Malaysia,permainan bola tampar

dikawal oleh Kesatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA – Malaysian Amateur Volleyball Association) yang ditubuhkan pada tahun 1959. Permainan ini adalah salah satu acara sukan yang dipertandingkan oleh pasukan sekolah di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah – sekolah Malaysia (MSSM).

Page 2: Sejarah Bola Tampar Antarabangsa

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA TAMPAR

(i)Hantaran

(ii)Servis

(iii) merejam

(iv) Mengadang

Page 3: Sejarah Bola Tampar Antarabangsa

BOLA TAMPAR SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA

Permainan bola tampar diperkenalkan kira-kira seratus sepuluh tahun (110 tahun) yang lalu, iaitu pada tahun 1895. Orang yang bertanggungjawab memperkenalkannya ialah William G. Morgan. Beliau telah memperkenalkan permainan tersebut di Holyoke, Massachussetts, Amerika Syarikat. Ketika itu beliau mendapati permainan bola keranjang agak lasak dan bercadang untuk memperkenalkan permainan yang seumpamanya tetapi kurang lasak.

Pada mulanya, permainan ini dinamakan ‘Mintonette’, tetapi ditukar kepada ‘volley ball’ kerana permainan tersebut banyak menggunakan pergerakan secara lambung atau lambungan. Permainan tersebut menjadi agak popular. Tambahan pula ia menggunakan tiub bola keranjang yang lebih lembut dan dapat mengurangkan kecederaan dan kesakitan pada tangan para pemain.

Permainan ini mula dipopularkan di luar Amerika Syarikat pada 1900 di Kanada, Cuba 1905, Puerto Rico 1909, Filiphina 1910, Uruguay 1912, China 1913 dan Jepun 1917. Ia terus berkembang selepas Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua, terutamanya oleh tentera-tentera Amerika Syarikat.

Pertubuhan Bola Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Paris pada tahun 1947. Kejohanan Antarabangsa Pertama pula diadakan pada tahun 1949, iaitu hanya untuk kaum lelaki sahaja. Hanya pada tahun 1952, kejohanan tersebut membuka penyertaan kepada kaum wanita. Permainan ini kemudian maju setapak lagi apabila diterima dan dipertandingkan di Sukan Olimpik, pada tahun 1964 Di Malaysia, permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1927. Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia atau MAVA ditubuhkan pada tahun 1959.

BAGAIMANA BOLA TAMPAR DIMAINKAN

Bola tampar ialah permainan berpasukan yang dimainkan oleh dua pasukan pada satu-satu masa di mana sesebuah pasukan dibarisi oleh enam orang pemain utama dan enam pemain simpanan. Mata diperoleh dengan meletakkan atau memasukkan bola ke kawasan lawan masing-masing. Para pemain hanya dibenarkan menggunakan mana-mana anggota badan daripada bahagian atas pinggang untuk memukul atau memainkan bola. Permainan bermula sebaik sahaja wisel ditiup iaitu selepas undian untuk memulakan servis dilakukan. Skor (Pengiraan Mata)

1.Di peringkat antarabangsa, pertandingan dijalankan sebanyak 5 set. Di peringkat sekolah pula, pertandingan atau permainan dijalankan dalam 3 set sahaja. Pasukan yang paling banyak memenangi set permainan, akan diisytiharkan sebagai pemenang.

2. Skor bagi permainan di peringkat antarabangsa dan kejohanan serta perlawan bukan penentuan ialah 25 mata. Bagi perlawanan atas set penentuan, skornya ialah 15 mata, dengan minimun kelebihan 2 mata.

3. Pemain yang membuat servis akan berdiri di sebelah belakang iaitu di sepanjang garisan luar gelanggang. Servis perlu dilakukan dalam tempoh 5 saat selepas wisel dibunyikan. Servis dilakukan bergilir-gilir. Setiap pemain (atas), berpeluang melakukan servis. Pemain yang menghasilkan mata (bawah), akan berpeluang membuat servis sekali lagi dan seterusnya jika markah diperoleh.

Page 4: Sejarah Bola Tampar Antarabangsa

PUKULAN-PUKULAN DALAM PERMAINAN BOLA TAMPAR

1. Pukulan Menyangga (Digging)

Teknik untuk menyangga. Rapatkan kedua-dua ibu jari Luruskan lengan untuk menyangga dengan baik Rendahkan badan supaya bola yang disangga melepasi jaring

2. Pukulan Mengumpan (Setting)

Buka jari-jari supaya membentuk tiga segi seperti di dalam gambar dan sentuh bola pada ketinggian kepala Kemahiran mengumpan bola penting supaya rakan sepasukan dapat membuat rejaman3. Pukulan Rejam/Rejaman (Spiking)

Pukulan rejaman dibuat dengan tapak tangan terbuka dan dikeraskan

4. Menghalang (Blocking)

Teknik Pukulan Rejaman Lonjakan bagi menghalang pukulan hendaklah dilakukan serentak dengan lonjakan pemain lawan yang merejam bola4.   Cara Servis – 4 cara

1 . Pergerakan secara turutan kemahiran servis bawah tangan dengan menggunakan bahagian pangkal tapak tangan yang keras atau bahagian belakang tapak tangan

2. Pergerakan secara turutan bagi kemahiran servis menggunakan teknik pusing 2 belakang

3.  Pergerakan secara turutan kemahiran servis gaya putar dengan bola dilambungkan sambil tangan memukul pada bahagian tepi bola.

4.  Pergerakan secara turutan kemahiran servis ala tenis dengan bola dilambungkan dengan ketinggian yang agak munasabah dan mudah bagi seseorang pemain untuk memukulnya.

PERMAINAN  RELI (RALLY)

Reli adalah keadaan di mana kedua-dua pasukan berbalas-balas pukulan. Pasukan yang sama handal akan membuatkan permainan berpanjangan dan menjadi menarik. Reli yang panjang membuat sesuatu permainan itu menjadi menarik

Page 5: Sejarah Bola Tampar Antarabangsa

CADANGAN LATIHAN RALLY

1.  Servis Membuat latihan servis ke arah dinding

Tandakan pada dinding, garisan melintang yang mempunyai ketinggian dua meter, dua meter setengah dan tiga meter. Pemain dikehendaki berdiri sejauh lima meter daripada jaring dan melakukan servis secara pukulan atas bahu ke dinding. Arahkan pukulan ke sasaran secara berperingkat-peringkat. Kemudian ulangi pukulan pada setiap sasaran sebanyak lima kali. Bola dipukul secara berperingkat-peringkat untuk latihan servis sehinggalah melepasi jaring Latihan servis ke dinding secara pukulan atas bahu.

2. Latihan Pukulan Sangga

Latihan Mengumpan BolaLatihan menyangga bersendirian Melambung dan menangkap bola dengan ketinggian paras dahi

Latihan menyangga bola ke dinding bersama rakan

Latihan menyangga boleh dilakukan ke arah dinding pada jarak 1 meter dan pada arah ketinggian kira-kira 1.8 meter.

3.  Latihan mengumpan dan menyangga pada dinding

Latihan mengumpan dan menyangga pada dinding secara berpasangan Latihan mengumpan dengan menggunakan gelung rotan. Latihan mengumpan bersama rakan

4.  Latihan rejaman. semasa membuat rejaman, tangan tidak boleh menyentuh atau melintasi jaring

5. Latihan Menghalang/Membuat Hadangan (Blocking) Lonjakan serentak di hadapan jaring Melonjak dan memukul bola melepasi jaring untuk latiham merejam bola

Latihan merejam dan menghalang bola