sediakan bahan bantu mengajar

2
SEDIAKAN BAHAN BANTU MENGAJAR UNTUK MENGAJAR NILAI 4.3 PEKATERHADAP ISU ALAM SEKITAR (TAHUN 5). Merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tahun Lima, bagi nilai peka terhadap isu alam sekitar, kandungan akademiknya memfokuskan kepada - hidup sihat tanpa pencemara - merangkumi kebijaksanaan dalam menjaga alam sekitar boleh mengelakkan daripada berlakunya pencemaran alam sekitar, - penjagaan alam sekitar secara bijaksana dapat mengelakkan kesan pencemaran seperti jerebu, kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon dan hujan asid. Hasil pembelajaran bagi nilai tersebut ialah melibatkan diri dalam usaha- usaha yang boleh mengelakkan pencemaran alam sekitar. Bagi mengajar tajuk ini, guru memerlukan satu bahan bantu mengajar yang sesuai dan dijangka mampu memberikan kesan pembelajaran yang optimum kepada para pelajar. Justeru, guru telah memilih internet sebagai medium yang paling relevan sebagai bahan bantu mengajar yang sangat sesuai dengan nilai serta kandungan pelajaran yang akan disampaikan. Sumber maklumat yang diperlukan sangat banyak dan mudah untuk diperolehi oleh para pelajar. Maklumat yang diperolehi bukan sahaja dalam bentuk teks semata-mata, tetapi juga dalam bentuk gambar-gambar warna dan rakaman-rakaman video. Gambar-gambar serta rakaman video amat berkesan untuk kefahaman dan mampu membantu daya ingatan para pelajar. 6. INTERNET Internet atau International Network of Networks ialah sebuah rangkaian gergasi komputer di peringkat antarabangsa dan merupakan cara komputer berkomunikasi antara satu sama lain. Dalam rangkaian internet terdapat pelbagai jenis bahan yang berjuta-juta bilangan dan sentiasa bertambah dari sehari ke sehari. Bahan-bahan tersebut termasuklah artikel, imej grafik, perisian komputer, video, audio, majalah, kertas persidangan, permainan projek dan sebagainya. Menurut Ismail Zain (2002), dalam internet terdapat lebih daripada 8000 kumpulan diskusi elektronik. Kumpulan ini mungkin terdiri daripada beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu

Upload: gennie-law

Post on 24-Jan-2016

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BBM

TRANSCRIPT

Page 1: Sediakan Bahan Bantu Mengajar

SEDIAKAN BAHAN BANTU MENGAJAR UNTUK MENGAJAR NILAI 4.3 PEKATERHADAP ISU ALAM SEKITAR (TAHUN 5).

Merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tahun Lima, bagi nilai peka terhadap isu alam sekitar, kandungan akademiknya memfokuskan kepada - hidup sihat tanpa pencemara - merangkumi kebijaksanaan dalam menjaga alam sekitar boleh mengelakkan daripada berlakunya pencemaran alam sekitar, - penjagaan alam sekitar secara bijaksana dapat mengelakkan kesan pencemaran seperti jerebu, kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon dan hujan asid. Hasil pembelajaran bagi nilai tersebut ialah melibatkan diri dalam usaha- usaha yang boleh mengelakkan pencemaran alam sekitar. Bagi mengajar tajuk ini, guru memerlukan satu bahan bantu mengajar yang sesuai dan dijangka mampu memberikan kesan pembelajaran yang optimum kepada para pelajar. Justeru, guru telah memilih internet sebagai medium yang paling relevan sebagai bahan bantu mengajar yang sangat sesuai dengan nilai serta kandungan pelajaran yang akan disampaikan. Sumber maklumat yang diperlukan sangat banyak dan mudah untuk diperolehi oleh para pelajar. Maklumat yang diperolehi bukan sahaja dalam bentuk teks semata-mata, tetapi juga dalam bentuk gambar-gambar warna dan rakaman-rakaman video. Gambar-gambar serta rakaman video amat berkesan untuk kefahaman dan mampu membantu daya ingatan para pelajar.

6. INTERNET Internet atau International Network of Networks ialah sebuah rangkaian gergasi komputer di peringkat antarabangsa dan merupakan cara komputer berkomunikasi antara satu sama lain. Dalam rangkaian internet terdapat pelbagai jenis bahan yang berjuta-juta bilangan dan sentiasa bertambah dari sehari ke sehari. Bahan-bahan tersebut termasuklah artikel, imej grafik, perisian komputer, video, audio, majalah, kertas persidangan, permainan projek dan sebagainya. Menurut Ismail Zain (2002), dalam internet terdapat lebih daripada 8000 kumpulan diskusi elektronik. Kumpulan ini mungkin terdiri daripada beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran .