pembinaan model proses olahan air sebagai alat bahn bantu mengajar

53
PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHAN BANTU MENGAJAR (ABBM) DALAM TOPIK BEKALAN AIR & AIR SISA BAGI MATAPELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM. NOOR JUMAATUN BINTI JAMLY KAEDAH PENYELIDIKAN BBE 3102 Fakulti Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Upload: sha-adnan

Post on 29-Jun-2015

396 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHAN BANTU

MENGAJAR (ABBM) DALAM TOPIK BEKALAN AIR & AIR SISA BAGI

MATAPELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM.

NOOR JUMAATUN BINTI JAMLY

KAEDAH PENYELIDIKAN

BBE 3102

Fakulti Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Page 2: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan merupakan satu aspek penting yang perlu diberi penekanan kerana

pendidikan mmempunyai peranan penting selaras dengan perkembangan teknologi masa

kini. Bagi melahirkan masyarakat yang berkualaiti, pendidikan perlu diterapkan dalam

setiap ahli masyarakat supaya dapat menuju kea rah sebuah Negara maju. Peranan

pendidikan dalam era perubahan liberalisasi dan globalisasi pengetahuan dan maklumat

memerlukan pengajaran dan pembelajaran yang relevan dan signifikan dengan kemajuan

dan perubahan yang berlaku pada masa kini (Abd. Rahim 2002). Salah satu aspek penting

yang perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelaran ialah penggunaan

Page 3: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

teknologi dalam pendidikan. Teknologi dalam pendidikan merangkumi bagaimana

penyampaian maklumat dapat dipersembahakan dan difahami oleh penerima. Ia

mengambil kira alat-alat pendidikan yang digunakan. Teknologi dalam pendidikan pada

asasnya merupakan semua aspek yang berkaitan dengan teknologi pendidikan (Noran

Fauziah, 1994)

Teknologi pendidikan merupakan proses yang sistematik di mana mutu elemen di

dalamnya dikawal kea rah pembangunan produk yang mampu menghasilkan persekitaran

pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan efisyen. Bagi menghasilkan pesekitaran

pengajaran dn pembelajaran seperti yang dinyatakan, alat bahan bantu mengajar (ABBM)

digunakan. Menurut Kamarudin (1998), ABBM merupakan satu kelengkapan yang

digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajarannya di dalam

kelas. Ianya merangkumi segala benda yang digunakan dalam pelajaran yang boleh

dilihat, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dan digunakan. Ia merupakan apa sahaja

yang dialami oleh pelajar.

Salah satu ABBM yang boleh digunakan dalm proses pengajaran ialah model.

Menurut Sharifah Alwiah (1984), model merupakan baha tiga dimensi yang

menggambarkan objek-objek sebenar tetapi dari segi saiz, bahan da fungsi. Penggunaan

model amat sesuai untuk menunjukkan sesuatau pergerakan. Ianya juga boleh dilihat,

dipegang, dikeluarkan, dan dipasang semula supaya pembelajaran murid akan menjadi

lebih berkesan.

Page 4: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

Di dalam subjek pengajian kejuruteraan awam, proses olahan merupakan satu

sub-topik bagi topik bekalan air dan air sisa. Proses olahan merupakan satu proses

rawatan air domestik sebelum dibekalkan kepada pengguna sebagai air bersih untuk

kegunaan harian.

1.2 Latar Belakang Masalah

Walaupun inovasi telah berlaku dengan pesat di dalam pelbagai bidang di Negara

ini, namun proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah masih lagi terasing daripada

inovasi dan kreativiti yang berlaku pada masa kini. Budaya pengajaran dan pembelajaran

yang tandus dengan inovasi menjadikan pembelajaran di sekolah tidak sesuai dengan

perubahan yang sedang berlaku kini. Oleh itu, banyak idea pembaharuan yang perlu

dilakukan disekolah. Salah satu daripadanya menyentuh soal asas tentang kaedah

pengajaran dan pembelajran di sekolah. ( Abd Rahim, 2002).

Pelajar selalu menghadapi masalah yang serius untuk memahami sesuatu konsep

kejuruteraan kerana ketiadaan peralatan-peralatan atau alat bahan bantu mengajar yang

sesuai untuk ditunjukkan perhubungan sebenar sesuatu system atau mekanisme

kejuruteraan (Cookwood 1981). Menurut Entwisle (1969) pula, penerangan mengenai

komponen-komponen ini seharusnya disertakan dengan demonstrasi atau menggunakan

Page 5: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

alat bahan bantu mengajar yang dinamik di mana pelajar dapat melihat dan menghayati

perhubungan antara teori dan realiti.

Seorang pendidik memerlukan satu pendekatan atau kaedah pengajaran yang

berbeza-beza supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Penggunaan

pelbagai jenis media sebagai ABBM dalam teknologi pendidikan semakin berkembang

dan menjadikan aktiviti pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Bagi Baharuddin,et.al.

(2002), penggunaan ABBM semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dapat

memudahkan guru menyampaiakn isi pengajaran dan member pemahaman kepada

pelajar dalam proses pembelajaran.

Sesetengah guru tidak menggunakan ABBM kerana berusaha mengejar masa

untuk menghabiskan sukatan pengajaran. Ini kerana penghasilan ABBM memerlukan

masa yang panjang dan menambah bebanan seharian mereka (Dodge 1974). Menurut

Baharuddin dan Sharif (1995) dalam Baharuddin, et al. (2002), ramai guru tidak

menggunakan ABBM disebabkan beberapa fakto. Antaranya ialah tiada atau kurangnya

peruntukan kewangan bagi membeli peralatan atau untuk menghasilkannya. Walaupun

pengetua menggalakkan para guru menggunakan ABBM, namun ramai guru menyatakan

bahawa pengetua dan guru-guru lain tidak memuji mereka atas daya usaha mereka

mengunakan ABBM.

Page 6: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

Bagi menimbulkan minat pelajar di dalam proses pembelajaran dan pengajaran,

penggunaan ABBM merupakan satu kaedah yang paling berkesan dan meningkatkan

prestasi murid. Disamping itu pelajar digalakkan melibatkan diri di dalam sesi

pembelajaran secara dua hala berbanding kebanyakkan pelajar ketika ini yang malu

bertanya atau bersuara di khalayak ramai. Menurut Mustapa (2003), pelajar-pelajar juga

perlu menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang seperti

komunikasi, interaksi dan pergaulan supaya mereka mampu menyampaikan idea serta

pandangan yang bijak.

Topik yang berkaitan dengan bekalan air dan air sisa hanya diberi penerangan

melalui penggunaan buku teks dan gambarajah sahaja. Ini menyebabkan pelajar sukar

mengimaginasikan setiap proses yang berlaku dalam proses olah air. Maka ini akan

mengakibatkan elajar tidak dapat memahami isi pelajaran dengan jelas. Menurut Donna

E. Walker (1998), model konrit dapat menjadikan sesuatu idea kelihatan lebih jelas dan

membantu pelajar memahami dan mengingat sesuatau konsep yang sukar untuk

dibayangkan. Jadi, penggunaan model sebagai ABBM adalah sangat sesuai digunakan

bagi mebantu pemahaman pelajar di dalam topik ini.

Lawatan ke loji rawatan air untuk memudahkan proses pembelajran memerlukan

penggunaan masa yang banyak di mana guru perlu merancang denagn teliti dan

memerlukan kos yang tinggi. Selain itu, loji rawatan air merupakan tempat yang berisiko

Page 7: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

tinggi berlaunya kemalangan. Oelh itu, penggunaan model ABBM adalah lebih

bersesuaian dan selamat berbanding menjalankan lawatan ke loji rawatan air.

Allan C. Ornstein (1995), menyatakan penggunaan kaedah dan aktiviti

yang berbeza dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu pelajar

memberikan perhatian dan memperbaharui minat mereka. Kaedah pengajaran hanya

menggunakan buku teks sahaja menyebabkan aktiviti pelajar menjadi terhad. Ini

menyebabkan pelajar cepat bosan dan hilang minat untuk mengikuti pengajaran. Jadi,

penggunaan model dapat menggalakkan minat pelajar menerima sesuatu pembelajaran

dan mewujudkan kelainan dalam penyampaian ilmu pengetahuan.

Berdasarkan masalah yang dinyatakan diatas, maka pengkaji mengambil inisiatif

untuk menghasilkan Model Proses Olahan Air sebagai ABBM dalam topik Bekalan air &

Air sisa bagi mata pelajaran Pengajian Kejuruteaan Awam tingkatan lima bagi

meningkatkan kefahaman murid serta membantu guru dan juga pelajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Page 8: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

1.3 Penyataan Masalah

Alat bahan bantu mengajar yang ingi dihasilkan ialah sebuah model proses olahan

air. Daripda model tersebut, pelajar akan memahami tentang proses yang berlaku di

dalam proses olahan air. Maklumat yang lebih jelas boleh disampaikan melalui model

berbanding penggunaa buku teks atau gambar sahaja. Biasanya pelajar belajar daripada

ransangan melalui pengalaman yang diperolehi. Melalui model ini pelajar akan

melaksanakan aktiviti berkaitan proses olahan air. Melalui pengalaman mengendalikan

proses ini sendiri, pelajar akan lebih mudah memahami dan mengetahui hasil akhir proses

olahan air.

1.4 Persoalan Kajian

Bagi melaksanakan kajian ini, terdapat beberapa soalan kajian yang akan dikaji iaitu:

i. Adakah Model Proses Olahan Air yang akan dibina dapat dijadikan sebagai

ABBM?

ii. Adakah model yang akan digunakan sebagai ABBM ini dapat menarik minat

pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran?

iii. Adakah model yang akan digunakan sebagai ABBM ini dapat memudahkan

pemahaman pelajar dalam topik Pengagihan Air?

iv. Adakah model ini dapat membantu melancarkan proses pengajaran guru?

Page 9: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

v. Adakah model ini dapat membantu melancarkan proses pembelajaran murid?

1.5 Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk membina alat bahan bantu mengajar (ABBM). ABBM

yang dibuat ialah Model Proses Oleahan Air. Model ini dapat menunjukkan bagaimana

proses pengolahan air di loji. Seterusnya model tersebut akan diuiji kebolehgunaanya

dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah

1.6 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

i. Menghasilkan Model Proses Olahan Air sebagai ABBM

ii. Mengenalpasti sama ada penggunaan model ini dapat menarik minat pelajar

semasa proses pengajaran & pembelajaran.

iii. Mengenalpasti sama ada penggunaan model ini dapat memudahkan kefahaman

pelajar atau tidak.

Page 10: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

1.7 Kepentingan Kajian

Hasil daripada kajian yang dilakukan diharapkan dapat

i. Memudahkan pemahaman pelajar dalam penerimaan prose-proses penting bagi

topik Bekalan Air dan Air Sisa.

ii. Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.

iii. Membantu guru dalam pengajaran mereka disamping dapat menyampaikan

maklumat-maklumat penting kepada pelajar.

iv. Menggalakkan guru menggunakan model sebagai ABBM dalam proses pengajarn

mereka.

v. Sebagai rujukan pengkaji lain untuk menghasilkan ABBM ini.

1.8 Skop Kajian

Kajian ini memfokuskan kepada pembinaan model proses olahan air sebagai ABBM bagi

topik Bekalan Air dan Air Sisa untuk matapelajaran Pengajian kejuruteraan Awam

Tinkatan Lima. Kajian ini tertumpu kepada lima aspek iaitu penghasilan model,

kesesuaian model kepada penggunanya, minat pelajar, kefahaman pelajar serta proses

pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Teknik Batu

Pahat sahaja. Data-data serta maklumat daripada responden diperolehi melalui borang

soal selidik.

Page 11: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

1.9 Kerangka Konsep

input

penilaian

rekabentuk

output

Penyataan masalah

Pencarian maklumat

Dapatan maklumat

Proses merekabentuk model

pengujian penambahbaikan

Hasil akhir

Page 12: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

1.9.1 Input

Input ialah proses mengumpulkan maklumat dari pelbagai sumber. Input

terbahagi kepada penyataan masalah,pencarian maklumat dan dapatan maklumat.

Penyataan masalah ialah perkara yang dikenalpasti menjadi punca pencambahan

idea untuk mewujudkam model ini. Manakala pencarian maklumat ialah proses

mendapatkan maklumat yang positif dan negatif bagi menjadi fakta dan

keberkesanan kajian. Maklumat diperolehi daripada pelbagai sumber seperti talian

internet, maklumbalas pelajar, maklumbalas guru, pembacaan dan sebagainya.

Dapatan maklumat pula ialah pengumpulan segala maklumat sebelum rekabentuk

dilaksanakan. Dapatan ini akan dijadikan panduan dalam merekabentuk model

ini.

1.9.2 Rekabentuk

Rekabentuk ialah proses menghasilkan sebuah model yang boleh digunakan

dalam pengajaran dan pembelajaran. Rekabentuk model perlulah berasaskan

maklumat kajian yang telah diperolehi.

1.9.3 Penilaian

Penilaian dilakukan setelah proses rekabentuk model selesai. Pengujian akan

dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan dan kebolehfungsian dengan baik

model tersebut.

Page 13: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

1.9.4 Output

Output merupakan hasil akhir dimana laporan penuh kajian

sebuah model yang lengkap dan boleh berfungsi dengan baik dapat dihasilkan.

1.10 Definasi Istilah

1.1.1 Pengajaran

Menurut Ee Ah Meng (1997), pengajaran ditakrifkan sebagai proses penyampaian

kemahiran, ilmu pengetahuan, sikap dan nilai-nilai murni. Pengajaran merupakan

kaedah membimbing pelajar untuk memperolehi pengetahuan, kemahiran dan

pengalaman sehingga sejauh mungkin membantu pelajar itu dalam perkembangan

prestasi sebagai manusia. Segala usaha membimbing pelajar dengan teori-teori,

kaedah dan teknik-teknik pengajaran yang bersesuaian mengikut suasana

disekolah sehingga terpengaruh sikap positif dan mampu perkembangan prestasi

matapelajaran pelajar.

1.1.2 Alat Bahan Bantu Mengajar

Peralatan atau alat kelengkapan yang digunakan untuk membantu para guru

semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Menurut Mok Soon

Sang (2000), pengguaan ABBM membolehkan pendidik menyampaikan pelajaran

Page 14: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

dengan lebih mudah, menarik dan berkesan, manakala pelajar pula dapat

memahami pelajaran dengan lebih bermakna.

1.1.3 Guru

Guru adalah orang yang mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh. (kamu Dewan

Edisi Tiga, 2002).

1.1.4 model

Model merupak gambaran objek sebenar tetapi berbeza dari segi saiz dan bahan

yang digunakan untuk membuat model sebenar. (Bahruddin Aris, et.al 2000)

Page 15: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

BAB II

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Dalam proses pengajaran dan pembelajran, kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru

adalah suatu perkara yang perlu dititk beratkan bagi menarik perhatian para pelajar supaya lebih

berminat kepada isi pembelajaran. Guru haruslah mair dalam pemilihan pengguaan ABBM yang

sesuai dengan isi pelajaran pada hari tersebut.

Dalam sorotan kajian, pengkaji akan mengenalpasti teori-teori dan pandangan tokoh yang

berkaitan untuk dijadikan panduan melaksanakan kajian ini. Begitu juga dengan sumber-sumber

rujukan mengenai tajuk kajian. Fokus dalam bab ini adalah alat bahan bantu mengajar dan proses

olahan air.

Page 16: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

2.2 Latar Belakang Institusi

Di dalam kajian ini, institusi yang terlibat ialah Sekolah Menengah Teknik dan

tertumpu kepada pelajar tingkatan 5 yang mengambil pengkhususan bidang Pengajian

Kejuruteraan Awam. Selain pelajar sekolah menegah teknik, proses olahan air turut terkandung

di dalam sukatan matapelajaran Bekalan Air dan Air Sisa bagi pelajar jurusan Diploma

Kejuruteraan Awam Politeknik dan Kolej Komuniti. Namun skop kajian hanya menekankan

keberkesanan model ini terhadap peajar tingkatan lima pengkhususan bidang kejuruteraan awan

di sekolah menengah teknik sahaja.

2.3 Alat Bahan Bantu Mengajar

Corak pendidikan masa ini menganggap pelajar perlu diisi sebanyak mungkin konsep,

teori dan prinsip yang berhubung dengan sesuatu matapelajaran tanpa mengetahui sama ada

pelajar memahami atau tidak apa yang dipelajarinya. Jika tidak diambil perhatian, pelajar

mungkin akan membina konsep berdasarkan pengetahuan sedia ada. Ini akan mewujudkan

pertentangan dengan pengetahuan yang sedia ada dan menimbulkan masalah kepada pelajar itu

sendiri.

Alat bahan bantu mengajar (ABBM) dapat menyokong pengajaran gurudan pembelajaran

kendiri dengan maklum balas yang cepat. Menurut Wilkinson (1971), beliau menegaskan

bahawa bahan bantuan mengajar dapat memberi kebekesanan di dalam proses pembelajaran dan

menjadi lebih menarik serta mengebirakan pelajar. Penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru

Page 17: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

dalam pengajarannya mampu menghasilakan pembelajaran yang lebih berkesan. Menurut

Norihan (1997), media pengajaran (ABBM) merupakan saluran yang menyampaikan ransangan

kandungan kepada pelajar. Ransangan akan mendorong, mengarah perhatian, memaklum,

mengajar, membangkitkan gerak balas dan mengawasi pemikiran pelajar.

Menurut Henly dan Ullmer (1978), mereka telah mengkaji bahan bantuan mengajar dan

kecekapan guru menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Di mana mereka mendapati bahawa

guru perlu mengetahui jenis-jenis bahan untuk pengajaran, ciri-ciri serta kemahiran

menggunakan setiap bahan bantu mengajar. Sekiranya ABBM digunakan denagn cara yang betul

dan sesuai dalam sesuatu situasi pengjaran, ia akan member kesan dalam menghasilkan konsep

yang jelas kepada semua pelajar.

Berikut adalah objektif-objektif penggunaan alat bahan batu mengajar:

i. Membantu pemahaman pelajar dan mampu menguatkan lagi konsep

tentang sesuatu topik pembelajaran.

ii. Member daya tarikan kepada pelajar, meransang pelajar untuk mengetahui

lebih mendalam dan membina pemikiran yang berterusan terhadap pelajar.

iii. Memberi pengalaman sebenar kepada pelajar di mana ia tidak boleh

diperolehi melalui kaedah pengajaran biasa sepeti menggunkan buku teks

dan gambar.

2.4 Ciri-ciri Alat Bahan Bantu Mengajar

Page 18: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

Penggunaan ABBM yang sesuai adalah penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Menurut Lim Chop Som, et al (2003), ABBM yang baik dan sesuai mempunyai

ciri-ciri seperti berikut:

i. Berkait rapat dengan isi kandungan pelajaran yang diajar dan hasil yang diterapkan.

ii. Menggunakan beberapa deria yang mungkin.

iii. Tahan lama, pengukuhan itu haruslah seimbang dangan kos yang diperlukan dalam

penggunaannya.

iv. Dibuat dengan perincian yang tepat.

v. Berkualiti tinggi supaya sebahagiannya tidak mudah pecah atau hilang.

vi. Rupa bentuk dan warna yang menarik.

vii. Mudah dijaga dan kos jagaannya juga munasabah.

viii. Sesuai dengan kemudahan yang ada di sekolah.

ix. Mudah diubah alih dan dipasang semula.

x. Operasinya mudah.

xi. Cukup besar supaya semua pelajar dapat melihatnya apabila digunakan semasa

demonstrasi dalam kelas.

xii. Melibatkan bahagian yang bergerak ataupun sesuatu yang boleh digerakkan dalam proses

menunjukkan prinsip atau konsep yang terlibat.

2.5 Model Pembangunan Produk

Page 19: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

Analisis (Analyze)

Rekabentuk (Design)

Pembangunan (Development)

Perlaksanaan (Implemention)

Penilaian (Evaluation)

Bagi menghasilkan Model Proses Olahan sebagai ABBM, pengkaji menggunakan

model ADDIE sebagai panduan untuk menghasilkan bahan pengjaran yang lebih efektif.

Menurut Baharuddin, et al. (2000), Model ADDIE merupakan pengajaran yang

sering menjadi asas kepada model-model reka bentuk yang lain. Rajah 3.1 dibawah

menerangkan tentang aliran perjalanan pembinaan Proses Olahan Air berbantukan Model

ADDIE.

(

Rajah 3.1 : Carta Alir Model ADDIE

Sumber: Aplikasi Model

Pembelajaran daripada Baharuddin, et al. (2000)

2.5.1 Analisis (Analyze)

Page 20: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

Fasa ini melibatkan beberapa proses penentuan serta mengenalpasti

masalah yang ingin diselesaiakan. Setelah sesuatu masalah dapat dikenalpasti

maka proses analisis perlu dilaksanakan bagi mencari apakah punca dan faktor

yang berkaitan atau yang menimbulkan masalah tersebut. Proses anlisis ini

merangkumi pelbagai aspek, antaranya ialah:

i. Analisis terhadap pengguna

ii. Analisis terhadap persekitaran pembelajaran

iii. Kenalpasti matlamat pengajaran

2.5.2 Rekabentuk (Design)

Fasa ini dilaksanakan selepas proses analisis keperluan selesai. Ia

menjelaskan pandangan keseluruhan mengenai rekabentuk, struktur, pendekatan

teori, jenis media dan teknologi yang akan terlibat. Antara proses yang terlibat

ialah:

i. Pembentukkan objektif yang khusus untuk pengajaran

ii. Pembinaan item-item untuk ujian

iii. Pemilihan strategi pengajaran

2.5.3 Pembangunan (Development)

Page 21: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

Fasa ini melibatkan membina system sebenar dengan menggunakan semua

elemen media dan teknologi yang terpilih berdasarkan keperluan.

2.5.4 Perlaksanaan (Implementation)

Dalam fasa ini, bahan pengajaran yang disiapkan akan digunakan atau

dilaksanakan dalam keadaan sebenar.

2.5.5 Penilaian ( Evalution)

Penilaian terbahagi kepada dua bahagian, penilaian formatif dan penilaian

sumatif. Penilaian seharusnya dilakukan terhadap semua fasa untuk memastikan

keberkesanannya. Penilaian sumatif pula biasanya berlaku di peringkat akhir

sesuatu projek penghasilan bahan pengajaran diselesaikan.

2.6 Olahan Air

Olahan air merupakan satu kaedah untuk merawat sumber air bekalan sebelum

diagihkan kepada pengguna. Proses olahan air bergantung kepada sifat air mentah tersebut. Sifat

air mentah boleh dibahagi kepada tiga kategori, iaitu fizikal, sifat kimia dan sifat biologi. Sifat-

sifat yang dimiliki oleh air adalah disebabkan bendasing yang terdapat di dalamnya.

2.6.1 Tujuan Olahan

Page 23: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

Rajah 2.6 (a) : Loji Rawatan Air

Sumber: http://www.google.com/images?q=loji%20rawatan%20air&um=1&ie=UTF-

8&source=og&sa=N&hl=en&tab=wi&biw=1259&bih=587

2.7 Proses Olahan Air

Rajah 2.7 menunjukkan proses rawatan air. Contoh proses rawatan di loji rawatan air loji

Sultan Idris Shah dilampirkan di lampiran a. Antara proses yang terlibat di dalam olahan air

ialah:

i. Pengambilan air dari sumber air.

ii. Penyaringan

iii. Pengudaraan

iv. Pembauran kimia

v. Pengentalan dan penggumpalan

vi. Pengenapan

vii. Penapisan

viii. Pemfloridaan

ix. Pembasmian kuman

x. Penyesuaian pH

Page 24: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

Rajah 2.7 Proses Rawatan Air

2.7.1 Pengambilan Air Dari Sumber Air.

Melibatkan kaedah-kaedah fizikal seperti:

i. Penabiran (screening)

ii. Penyingkiran kersik (grid removal)

Page 25: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

iii. Teknik-teknik fizik-kimia di mana bahan percemar ditukar secara

kimia dan disingkirkan secara fizikal

2.7.2 Penyaringan

Air mentah disalurkan ke loji melalui ‘loji muka sauk’ (intake) yang

terdapat dalam pelbagai bentuk dan biasa ditempatkan berhampiarn sumber air.

Terdapat dua jenis muka sauk iaitu:

1. Muka sauk dengan bahagian sisi yang mempunyai saluran terbuka

a. Ini supaya air dapat masuk pada halaju yang ditetapkan di

mana zarahan berat dapt diperangkap melalui takungan

pam (pump sump).

2. Muka sauk yang direka bentuk mempunyai saluran laluan yang

menuju ke takungan pam.

a. Di sini mendapan ditahan pada bahagian tunjang saluran

tersebut

Komponen yang terlibat ialah pintu masuk, penabir, kebuk kersik,

takungan pam dan pam air mentah. Penabir kasar digunakan untuk menabir

bahan-bahan terapung yang besar seperti sampah-sarap ranting kayu. Pena halus

pula digunakan menyingkirkan bahan-bahan terapung yang lebih kecil seperti

tumbuhan air, dedaun dan sebagainya. Kebuk kersik digunakan bagi tujuan

memendapkan bahan-bahan tak organic secara memperlahankan aliran air bagi

mengurangkan kandungan tersebut memasuki takungan pam. Pam air mentah pula

Page 26: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

digunakan untuk menyalurkan air ke loji pembersihan sekiranya aliran berpam

diperlukan.

2.7.3 Pengudaraan

Setelah pembuangan kersik dilaksanakan, air seterusnya melalui proses

pengudaraan yang bertujuan:

i. Meningkatkan kandungan oksigen terlarut di dalam air.

ii. Menambahkan rasa segar kepada air.

iii. Mengurangkan bau hidrogen sulfida di dalam air.

iv. Mengoksidakan bahan larut besi dan mangan kepada bentuk oksida

besi dan mangan tidak larut. Bahan berbuku oksida yang terhasil

akan dimendapkan melalui proses pemendapan.

2.7.4 Pembauran Kimia

Bahan kimia dicampurkan dengan bahan mentahsebaik selepas proses

pengudaraan. Bahan kimia dicampurkan di dalm saluran yang membawa air

daripadaproses pengudaraan ke proses pengentalan. Bahn pengentalan yang biasa

digunakan ialah aluminium sulfat Al2(SO3)4 atau alum, ferik klorida FeCl3 dan

ferik sulfat Fe2(SO4)3. Bahan kimia pengental dicampurkan di flum venturi. Aliran

gelora pada flum venture akan memastikan kimia bercampur sepenuhnya di dalam

Page 27: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

air. Tujuan pembauran kimia adalah untuk menyediakan agen pengentalan bagi

merangkap bendasing mikro yang terdapat di dalam air.

2.7.5 Pengentalan dan penggumpalan

Alum bertindak sebagi agen pengentalan yang membolehkan zarah-zarah

halus seperti tanah liat ,koloid, gel dan emulsi yang lain bercantum dan berbentuk

bahan berbuku. Bahn-bahan berbuku yang terbentuk seterusnya akan

memerangkap zarah-zarah kecil yang lain , membesar, semakin bertambah berat

dan seterusnya mendap ke bawah. Proses pengentalan ialah pembentukan partikel

halus kepada bahan berbuku yang melibatkan tindakan tarikan cas-cas negatif dan

posotif. Pengentalan terjadi apabila ion-ion aluminium atau ion-ion ferum yang

bercas positif dan partikel koloid yang bercas negative saling tarik menarik dan

bercantum untuk membentuk bahan berbuku. Setelah bahan berbuku terbentuk,

proses seterusnya ialah proses penggumpala. Penggumpalan ialah pross

penyatuan bahan berbuku halus yang terbentuk daripada proses pengentalan.

2.7.6 Pengenapan

Tujuan proses ini ialah untuk mengurangkan pepejal terampai di dalam

air. Pepejal bahan berbuku yang terbentuk daripada proses pengentalan dan

pengumpalan akan dienapakan oleh tarikan graviti. Saiz bahan berbuku akan

menetukan masa yang diperlukan untuk pepejal tersebut mengenap ke dasar

Page 28: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

tangki. Bahan berbuku yang mengenap akan membentuk enap cemar yang perlu

dikeluarkan dari masa ke masa supaya tidak menjejaskan isipadu tangki.

2.7.7 Penapisan

Penapisan bertujuan menyingkirkan bahn terampai yang tidak terenap

semasa proses pengenapan. Proses ini dilakukan dengan melalukan air melalui

media penapis iaitu pasir atau bahan lain yang boleh memrangkap pepejal

terampai.

2.7.8 Pemfloridaan

Selepas proses penapisan, air akan dicampurkan florida bagi mencegah

kerosakan gigi pada pengguna. Keperluan florida yang dibenarkan ialah di antara

0.6 – 0.8 mg/l. bahan kimia yang digunakan untuk tujuan ini ialah sodium silicon

florida Na2SiF6.

2.7.9 Pembasmian Kuman

Selepas melalui proses penapisan, air masih belum boleh digunakan. Ini

kerana bacteria yang terdapat da dalam air tidak dapat disingkirkan. Oleh itu

pembasmian kuman perlu dilakukan.

Page 29: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

2.7.10 Penyesuaian pH

Air yang berasid dimana nilai pHnya rendah, akan menyebabkan kakisan

kepada paip agihan. Oelh yang demikian penyesuaian pH perlu dilakukan kepada

air untuk mengelakkan kakisan dalam saluran paip. Kakisan kepada paip

penghantaran yang dibuat daripada logam akan menyebabkan kerosakkan yang

teruk kepada sistem paip dalam masa panjang. Oleh itu kakisan hendaklah

dikawal supaya paip penghantaran boleh bertahan lebih lama dan menjimatkan

kos.

2.8 Jenis-Jenis Model

Menurut baharuddin Aris, et,al (2000), model menggambarkan objek sebenar tetapi

berbeza dari segi saiz dan bahan yang digunakan untuk membuat objek sebenar. Ia mungkin

boleh dibuka atau dikeluarkan bahagian-bahagianya untuk dikaji satu persatu. Terdapat tiga jenis

model utama iaitu:

i. Model berskala

Model yang mewakili sesuatu objek yang besar atau kecil mengikut kadar pembesaran

atau pengecilan.

ii. Model potongan

Model yang menunjukkan bahagian dalam sesuatau objek yang telah dipotong.

Page 30: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

iii. Model Olok-Olok

Model yang menunjukkan perjalanan dalam sesuatu objek. Biasanya mempunyai

saizyang sama denagan objek sebenar.

2.9 Hasil Kajian Lepas

Menurut Siti Aisyah(2005), dapatan daripada kaian yang diajalankan tentang

penggunaan model di dalam bab kaedah agihan air bagi matapelajaran Pengajian Kejuruteraan

Awam tingkatan Lima mendapati penggunaan model juga dapat menarik minat pelajar

disebabkan kaedah pembelajaran yang berlainan serta menggalakkan interaksi antara pelajar dan

guru. Ini menyebabkan proses pembelajaran lebih efektif.

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

Page 31: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

3.1 Pengenalan

Metodologi kajian berperanan dalam melaksanakan kajian dengan menggunakan kaedah,

prosedur, tatacara dan program. Kaedah penyelidikan merujuk kepada bagaimana kita

mendapatkan maklumat bagi mencapai sesuatau matlamat penyelidikan. Kaedah paling berkesan

bagi pengumpulan data bergantung kepada objektif dab jenis penyelidikan yang ingin dijalankan

(Martella, R. C., Nelson, R. & Marchand – Martella N.E, 1999).

Dalam bab ini kajian ditumpukan kepada kaedah perlaksanaan rekabentuk model loji

rawatan kumbahan yang dijalankan. Model ini dibangunkan dari satu peringkat ke satu peringkat

mengikut fasa yang telah ditetapkan. Pembinaan model ini melibatkan proses merekabentuk dan

membina model proses olahan air serta menguji keberkesannya untuk proses pengajaran dan

pembelajaran.

Bagi memastikan proses kerja yang dilakukan berjalan lancar, perancangan awal telah

dilakukan sebelum penghasilan Model Proses Olahan Air ini dilaksanakan. Dalam menghasilkan

produk yang berkaitan denagn model yang digunakan sebagai alat bahan bantu mengajar

(ABBM) seperti model proses olahan air ini, pengkaji telah menggunakan Model ADDIE

sebagai panduan untuk menghasilkan bahan pengajaran yang lebih efektif.

3.2 Analisis Model Proses Olahan Air

Page 32: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

Dalama fasa ini masalah yang ingin diselesaiakan akan dikenal pasti secara

keseluruhannya. Fasa ini melibatkan beberapa proses penentuan serta mengenalpasti masalah

ayng ingin diselesaikan denagncara terbaik. Pada fasa ini, pengkaji menjalankan dua analisis

iaitu:

i. Analisis terhadap masalah

ii. Analisis terhadap rujukan

3.2.1 Analisis Terhadap Masalah

Pengkaji telah menemubual dua orang guru matapelajaran Pengajian Kejuruteraan

Awam di Sekolah Menengah Vokasional Batu Pahat. Dalam temubual ini, pengkaji

mendapati pelajar menghadapi masalah dalam memahami topik ini. Ketiadaan ABBM yang

sesuai juga menyukarkan guru member penerangan mengenai proses olahan air. Selain itu

pengkaji juga menebual secara rawak beberapa orang pelajar Tingkatan Lima pengajian

Kejuruteaan Awam. Dalam temubual tersebut, pelajar mengatakan bahawa topic ini agak

sukar untuk difahami melalui penggunaan buku teks sahaja kerana tidak memperoleh

gambaran sebenar yang jelas. Mereka juga mempunyai masalah mengingati setipa peringkat

proses olahan air ini. Ini menyebabkan mereka kurang berminat terhadap topik ini.

Page 33: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

Setelah sesuatau masalah dapat dikenalpasti adalah perlu pula bagi pembangunan

mencari apakah puna ataupun factor yang menimbulkan masalah tersebut. Ini bagi

memastikan rekabentuk model yang dihasilkan dapat memenuhi kehandak pengguna. Oleh

itu, dalam fasa ini, beberapa analisis terhadap pelbagai aspek dilakukan, antaranya analisis

terhadap objektif projek, matlamat projek, skop projek dan permasalahan yang membawa

kepada pembangunan projek tersebut.

Setelah pemerhatian dan temubual dijalankan, masalah yang timbul dapat diatasi.

Analisis daripd hasil pemerhatian dan temubual akan digunakan untuk rekabentuk konsep

yang ideal. Secara amnya, menganalisis sesuatau dapatan dapat memberikan gambaran awal

tentang produk yang ingin dihasilkan dan menjadi panduan dalam perlaksanaan kajian ini.

Masalah yang telah tertakrif akan diperhalusi denagn baik dan dicatatkan setiap butirannya

supaya proses penghasilan produk dapat dijalankan dengan baik.

3.2.2 Analisis Terhadap Rujukan

Bagi memastikan penghasilan Model Proses Olahan ini menepati silibus, pengkaji

menggunakan buku teks Pengajian Kejuruteraan Awam tingkatan lima sebagai rujukan dan

beberapa buku kejuruteraan awam yang berkaitan dengan proses rawatan air. Selain itu,

analisi kajian-kajian yang lepas berkaitan proses rawatan air sama ada air mentah mahupun

air sisa dan alat bahan bantu mengajar (ABBM) juga dilakukan.

Page 34: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

3.3 Rekabentuk Model Proses Olahan Air

Fasa ini dilaksanakan selepas proses analisis keperluan selesai. Ianya menjelaskan

pandangan keseluruhan tentang rekabentuk, struktur, pendekatan teori, jenis media dan

teknologi yang akan terlibat. Rekabentuk kajian ini adalah berbentuk penghasila produk iaiti

Model Proses Olahan Air untuk dijadikan sebagai Alat Bahan Bantuan Mengajar (ABBM).

Sebelum sebuah model proses olahan ini dibina, pengkaji membuat lakaran awal model,

menetukan cirri-ciri model serta pemilihan material, perlatan dan kelengkapan.

3.4 Pembangunan Model Proses Olahan Air

Model dibina berdasarkan rekabentuk terperinci yang telah dibuat terlebih dahulu.

Pembinaan model tidaklah menggunakan bahan yang sebenar dan lebih focus bagaimana

rekabentuk akhir produk. Model Proses Olah Air ini dibina berdasarkan saiz skala yang telah

dikecilkan mengikut kesesuaian supaya mudah dilihat dan jelas.

3.5 Perlaksanaan Model Proses Olahan Air

Dalam fasa ini, bahan pengajaran yang telah disiapkan akan digunakan dalam

situasi sebenar. Pengkaji akan menyampaikan isi pelajaran bagi topik bekalan air dan air sisa

ini kepada para pelajar dan akan dipantau oleh guruyang mengajar subjek tersebut. Data

Page 35: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

pengujian tersebut akan diperolehi melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada guru

dan pelajar.

3.5.1 Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, dua instrumen yang akan digunakan ialah boarang soal selidik

dan temubual bersturktur.

3.5.1.1 Soal Selidik

Soal selidik digunakan bagi mendapatkan data daripada pelajar.

Aspek utama yang ditekankan dalam borang soal selidik tersebut adalah

dai aspek tahap penerimaan pelajar terhadap model yang

dibangunkanmenepati silibus pengajian kejuruteraan awam, tahap

penerimaan pelajar terhadap model dari aspek meningkatkan motivasi.

Satu set borang soal selidik akan disediakan dank an diedarkan kepada

responden selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.

Soalan jenis likert digunakan dalam soal selidik ini. Soalan

jenis ini lebih mudah ditadbir dan mempunyai format yang memudahkan

data analisis (Mohammed Najib, 2003). Jadual di bawah adalah deskripsi

skala libert Lima Mata yang akan digunakan dalam borangsoal selidik.

Page 36: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

Jadual 3.1 Skala Libert Lima Mata.

1 (STS) 2 (TS) 3 (TP) 4 (S) 5 (SS)

Sangat Tidak

Setuju

Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

(Mohammed Najib, 2003)

Hasil perolehan data daripada borang soal selidik yang telah diisi akan diproses,

dianalisis dan dinilai melalui computer untuk mendapatkan keputusan hasil dapatan.

3.5.1.2 Temubual Berstruktur

Temubual berstruktur dijalankan bagi mendapatkan data daripada

guru. Tiga soalan berbentuk subjektif diajukan kepada guru-guru tersebut.

Aspek yang ditekan adalah dari aspek model yang dibangunkan menepati

silibus pengajian kejuruteraan awam, aspek membantu kefahaman pelajar

dan aspek meningkatkan motivasi pelajar.

3.6 Penilaian

Page 37: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

Fasa penilaian terbahagi kepada duabahagian iaitu penilaian formatif dan penilaian

sumatif. Penilaian formatif dialakukan terhadap smua fasa bagi memastikansemuanay berjalan

dengan lancar tanpa sebarang masalah. Penilaiansumatif pula dijalankan oleh penyelia. Penilaian

sumatif pula dialakukan pada akhir sesuatau fasa setelah alat bahn bantu mengajar selesai

dihasilkan.

Fasa penilaian ini merupakan fasa terakhir di mana ia melibatkan proses mendapatkan

maklumat daripada responden terhadap model yang dihasilkan agar dapat membantu dalam

mencapai objektif kajian. Data diperolehi daripada instrument soal selidik dan temu bual

berstruktur yang digunakan.

3.6.1 Takrifan Skor Min

Bagi memudahkan analisis data dilakukan, julat min digunakan oleh pengkaji.

Min melambangkan arah tuju responden dan sesuai untuk gagasan item –item kerana ia lebih

bermakna untuk mencapai objektif kajian (Mohammed Najib, 2003). Tafsiran skor min yang

digunakan adalah seperti jadual 3.2.

Jadual 3.2: Tafsiran Skor Min

SKOR MIN TAFSIRAN

4.51-5.00 Sangat Positif

3.51-4.50 Positif

Page 38: PEMBINAAN MODEL PROSES OLAHAN AIR SEBAGAI ALAT BAHN BANTU MENGAJAR

2.51-3.50 Neutral

1.51-2.50 Negative

1.00-1.50 Sangat Negatif

( Mohammed Najib, 2003)

3.7 Jangka Masa

Bagi melancarkan kerja-kerja penyelidikan, kajian ini telah dibahagikan kepada dua

bahagian iaitu:

a. Bahagian pertama(Tahun 3, Semester 2) merupakan kerja-kerja yang dilakukan

dalam bab 1, bab 2 dan bab 3 iaitu Pendahuluan, Sorotan Kajian dan Metodologi

Kajian.

b. Bahagian kedua ( Tahun 4, Semester 1) pula menjalankan kerja-kerja yang

melibatkan bab 4, bab 5 dan bab 6. Di mana melibatkan Rekabentuk Model,

Analisis Data Dan Perbincangan, Kesimpulan Dan Cadangan.