membangunkan perisian modul alat bantu mengajar …

32

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …
Page 2: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …
Page 3: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …

MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) BERTAJUK GENETIK DAN PEWARISAN

LEW YOKE CHIN

TESIS INI DISAMPAIKAN SEBAGAI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA

SAINS SERTA PENDIDIKAN (BIOLOGI)

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAC, 2004

Page 4: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …
Page 5: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …

iii

For Almighty God, parents and my beloved brother

Page 6: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …

iv

PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan kerana dengan keizinannya dapatlah saya menyiapkan

projek sarjana muda ini tepat pada masanya.

Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada penyelia I projek, Encik

Muslim bin Jonid yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat dan dorongan dalam

menyiapkan projek ini.

Sekalung terima kasih juga diucapkan kepada Dr Arba’at Hassan, penyelia II,

yang turut memberi tunjuk ajar serta bimbingan dalam menyiapkan projek ini.

Akhir sekali, ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang

telah berusaha bersama-sama dan berkongsi idea dalam menyiapkan projek ini.

Page 7: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …

v

ABSTRAK

Perkembangan dalam bidang komputer dan teknologi maklumat telah

membawa perubahan yang besar dalam kehidupan manusia termasuk sistem

pendidikan di Malaysia. Budaya sekolah yang dahulunya berasaskan kepada

proses mengingat telah bertukar kepada budaya berdaya fikir, bermaklumat dan

kreatif bagi menyediakan tenaga kerja yang celik teknologi maklumat (IT) dan

mahir menggunakan peralatan berteknologi. Modul Alat Bantu Mengajar yang

dibina bertajuk Pewarisan Mendel. Fokus utama pendidikan multimedia adalah

untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sebagai suatu

proses yang aktif dan membantu pelajar menjelajah serta memahami suatu

konsep abstrak. Bagi mencapai tujuan ini modul yang dibina adalah bersifat

interaktif. Penggunaan hyperteks, hotspot dan butang capaian menyediakan

komunikasi dua hala dan isi kandungan modul boleh dicapai pada bila-bila masa

mengikut kehendak pengguna. Perisian Microsoft Powerpoint Office XP

merupakan perisian asas dalam pembangunan modul. Perisian sokongan yang

digunakan ialah Adobe Photoshop 6.0, Adobe Premiere 5.5, Sonic Foundry

Forge 4.5, Ulead Cool 3D dan Macromedia Flash 5 bagi mengintegrasikan

audio, video, animasi, grafik dan teks, dalam bentuk yang dapat menarik

perhatian pengguna dan mengukuhkan pemahaman. Modul ini dipakejkan ke

dalam bentuk cakera padat sebagai fail yang mudah alih dan boleh digunakan

dalam sistem yang menggunakan MS-Windows.

Page 8: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …

vi

ABSTRACT

The rapid development in the field of Computers and Information

Technology has brought tremendous changes to the lives of people; this is also true in

the educational system in Malaysia. The era where students were taught how to

memorize facts and figures now gives way to learn thinking creatively, critically and

informatively to produce a generation of computer literates work force. The teaching

aid module developed is titled “Mendelian Inhritance”. The main focus of multimedia

in education is to make learning and teaching as an active process and to help students

explore and understand an abstract concept. To achieve this purpose, this module was

interactive. The use of hypertexts, hotspot and navigational buttons provides two way

communication and interactivity and also allowing students to access the content of the

module anytime they wish. Microsoft Windows PowerPoint XP is the main software

used in producing this module apart from other supporting software such as Adobe

Photoshop 6.0, Adobe Premiere 5.5, Sonic Foundry Forge 4.5, Ulead Cool 3D and

Macromedia Flash MX in integration audio, video, animation, graphic and text for a

more interesting module. This module is packaged in a CD format, portable and ready

to be used in any MS Windows systems, anytime anywhere.

Page 9: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

TAJUK i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB I PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Projek 4

1.2 Penyataan Masalah 6

1.3 Objektif Projek 8

1.4 Rasional Pemilihan Tajuk 9

Page 10: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …

viii

1.5 Kepentingan Projek 11

1.6 Skop Projek 12

1.7 Definisi dan Istilah 13

1.7.1 Alat Bantu Mengajar 13

1.7.2 Pembelajaran 13

1.7.3 Pengajaran 14

1.7.4 Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK)

1.7.5 Multimedia

1.7.6 Teknologi Maklumat

1.7.7 Sekolah Bestari

1.7.8 Pembelajaran Mastery

13

14

15

15

15

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 16

2.1 Perbezaan Terminologi CBE, CMI,

CAI dan CAT

16

2.2 Definisi Modul Alat Bantu Mengajar 21

2.3 Definisi Pembelajaran Berbantukan

Komputer

21

2.4 Definisi Buku Elektronik 22

2.5 Kebaikan Buku Elektronik 23

2.6 Kelemahan Buku Elektronik 24

Page 11: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …

ix

2.7 Perbezaan Alat Bantu Mengajar

(ABM), Perisian Pembelajaran

Berbantukan komputer (PBK), dan

Buku Elektronik

25

2.8 Ciri-ciri ABM yang baik 27

2.9 Kelebihan-kelebihan Perisian Modul

ABM

28

2.10 Kelemahan-kelemahan Perisian

Modul ABM

30

2.11 Pendekatan Pengajaran dalam ABM

2.11.1 Pendekatan Induktif 33

2.11.2 Pendekatan Inkuiri 33

2.11.3 Pendekatan Mastery 34

2.12 Strategi Pengajaran dalam ABM

2.12.1 Latih Tubi 35

2.12.2 Tutorial 35

2.12.3 Simulasi 36

2.12.4 Penyelesaian Masalah 36

2.13 Teori Pembelajaran

2.13.1 Teori Behaviorisme 37

2.13.2 Teori Kognitif 38

2.13.3 Teori Konstruktivisme 39

2.14 Definisi Multimedia dan Elemen-

elemennya

2.14.1 Teks 41

2.14.2 Grafik 42

Page 12: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …

x

2.14.3 Video 42

2.14.4 Animasi 42

2.14.5 Audio 43

2.14.6 Hiperteks 44

2.14.7 Hipermedia 44

BAB III METODOLOGI

3.0 Pengenalan 45

3.1 Prosedur Pembinaan Perisian 46

3.2 Penentuan Skop, Tajuk, dan

Objektif

46

3.3 Mengenal pasti Kumpulan

Sasaran

48

3.4 Pembinaan Pendekatan Bersistem 48

3.5 Pemilihan Perisian Pembangunan 49

3.6 Pemilihan Perisian Multimedia 51

3.7 Pemilihan Perkakasan 53

3.8 Pemilihan Modul Reka Bentuk

Instruksi

52

3.9 Pembangunan Perisian 55

4.0 Carta Alir 59

Page 13: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …

xi

BAB IV HASIL REKA BENTUK PERISIAN

4.1 Pengenalan 67

4.2 Pakej Perisian 68

4.3 Operasi Perisian 68

4.4 Model Perisian

4.4.1 Penyediaan dan Pengeditan

Audio

69

4.4.2 Grafik dan Kesan Audio 70

4.4.3 Penghasilan Animasi 70

4.4.4 Penghasilan Audio 70

4.5 Susun Cara Perisian

4.5.1 Paparan Persembahan

Tajuk

71

4.5.2 Skrin Menu Utama 71

4.5.3 Skrin Topik 72

4.5.4 Skrin Penilaian 73

4.5.5 Kemudahan Laman Web 75

4.5.6 Paparan Glosari 76

4.5.7 Paparan Bantuan 76

Page 14: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …

xii

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN

DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 77

5.1 Perbincangan 77

5.1.1 Kekuatan dan Kelemahan

Perisian

78

5.2 Masalah-masalah Yang Dihadapi

Sepanjang Proses Pembelajaran

5.2.1 Kekurangan Kepakaran 80

5.2.2 Kekurangan Masa 80

5.2.3 Kekurangan Perkakasan 81

5.2.4 Kekurangan Perisian Asli 81

5.3 Cadangan 82

5.4 Kesimpulan 83

RUJUKAN 84

LAMPIRAN 87

Page 15: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Perbezaan alat bantu mengajar, perisian

pembelajaran berbantukan komputer dan buku

elektronik.

25

2.2 Aplikasi asimilasi, akomodasi dan keseimbangan

dalam perisian ini.

39

2.3 Aplikasi lima fasa Needham dalam perisian. 40

Page 16: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Hubungan antara CBE, CAI dan CML dalam

pengajaran dan pembelajaran.

18

3.1 Prosedur-prosedur umum dalam pembinaan

perisian.

46

3.2 Carta alir umum 60

3.3 Carta alir menu Genetik dan Hukum Mendel. 61

3.4 Carta alir menu ujian dan penilaian. 62

3.5 Carta alir menu Hukum Mendel. 63

3.6 Carta alir terperinci struktur dan fungsi sel. 64

3.7 Carta alir terperinci kromosom 65

3.8 Carta alir terperinci DNA 66

3.9 Carta alir terperinci Monohybrid 67

4.1 Paparan persembahan tajuk 71

4.2 Paparan menu utama 72

4.3 Paparan topik pengenalan 73

4.4 Paparan penilaian pengetahuan sedia ada 74

4.5 Paparan penilaian formatif 74

4.6 Paparan penilaian sumatif 74

4.7 Paparan laman web 75

4.8 Paparan glosari 76

4.9 Paparan bantuan 76

Page 17: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …

xv

SENARAI JADUAL

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal selidik temu bual dengan Pn. Cheng

Tsing Liu

87

B Soal selidik temu bual dengan Pn Doraan

Chan

88

Page 18: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …

Bab I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Perkembangan dunia Teknologi Maklumat (Information Technology) yang pesat

sekarang telah mengubah senario kehidupan masyarakat dari segi sosial ekonomi dan

sosial politik negara kita (Dr. Fong Chan Onn, 2000). Dalam arus kemajuan dunia

tanpa sempadan ini, kita perlu lebih kompetitif dalam usaha untuk terus hidup dan

berperanan sebagai K-pekerja.

Menurut Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (1-7-2003), sebanyak RM6.2bil

dibelanjakan untuk menghasilkan “K-Malaysia” di mana IT digunakan untuk mencapai

objektif sosial dan ekonomi berasaskan pengetahuan. Penggunaan Teknologi Maklumat

dalam urusan perniagaan harian dapat membantu untuk mengekalkan atau

meningkatkan lagi daya saing perkhidmatan dan barangan kita di peringkat pasaran

antarabangsa. Tahap kemahiran ICT yang tinggi di kalangan generasi komputer dapat

meningkatkan produktiviti tenaga pekerja dalam sektor industri.

Page 19: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …

2

Hasrat menjadikan K-Malaysia sebagai pusat kecemerlangan Malaysia akan

tercapai jika semua nilai yang termaksud di Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

direalisasikan dan dilaksanakan oleh perancang dan pelaksana seperti guru melalui

pembelajaran mastery (Awang Matusin, 2001). Pelajar dapat menguasai sesuatu

pengetahuan dan kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan dalam persekitaran

komputer berasaskan komputer dan masa yang cukup disediakan.

Selain itu, Kementerian Sumber Manusia telah memperkenalkan sijil Z003 ICT

untuk memiawaikannya tahap literasi komputer rakyat dalam negara ini (The Star, 27-6-

2003). Sesiapa yang mempunyai sijil Z003 ini diiktiraf sebagai k-pekerja (k-worker)

dan pegawai awam seperti guru digalakkan untuk memaksimumkan penggunaan

komputer sebagai alat yang lebih berguna. Maka, guru dilatih supaya menghasilkan alat

bantu mengajar elektronik dengan wawasan menghasilkan masyarakat yang saintifik

dan progresif.

Hal ini dapat merealisasikan cabaran ke-6 dalam Wawasan 2020 (Voon Siue-

Ming, 2002). Cabaran keenam dalam wawasan 2020 ialah mewujudkan daya

perubahan yang tinggi dan memandang jauh ke hadapan. Malaysia bukan sahaja

menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik.

Dengan itu, sistem pendidikan memainkan peranan yang penting untuk

menghasilkan K-pekerja yang bersesuaian dengan kehendak masyarakat dalam arus

perkembangan IT. Revolusi pendidikan telah berlaku dengan perubahan sistem

pendidikan tradisional yang mengamalkan amalan “chalk and talk” di dalam bilik

darjah kepada sistem pendidikan berasaskan komputer (CBE) (Micheal,1997).

Page 20: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …

3

Kurikulum pendidikan Malaysia telah mengalami rombakan yang besar sejak

tahun 80an seiring perkembangan IT. Penggunaan komputer dalam pendidikan telah

membawa reformasi dalam pelbagai bidang dalam pendidikan, khasnya dalam teknologi

pendidikan, teori pendidikan, teori pembelajaran dan pengajaran (P&P), dan latihan

guru (Mok Soon Seng, 1996).

Komputer bukan sahaja berperanan sebagai teknologi baru yang digunakan

untuk menyampaikan pengajaran secara berkesan di dalam kelas (Baharudin, 1995)

tetapi juga berfungsi sebagai alat bantu mengajar (ABM) yang berunsurkan teknologi

maklumat yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan, mereka cipta, menyimpan,

memilih dan memindahkan isi pengajaran dengan lebih berkesan dan menarik di dalam

bilik darjah (http://berita.penabur.org/2002003/pendidikan_berbasis/htm).

Selain itu, sistem bestari diinterpretasikan ke dalam sistem Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Malaysia untuk menghasilkan rakyat yang

berpengetahuan komputer dan berkebolehan mengadaptasikan persekitaran kerja global.

Sekolah bestari telah diperkenalkan sejak tahun 1990 sebagai salah satu daripada tujuh

aplikasi perdana Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor) dengan

kurikulum yang intensif (Mohd Salleh Lebar, 1998). Komputer digunakan sebagai

ABM berciri multimedia dalam sekolah bestari untuk mendinamisasikan aktiviti P&P di

dalam bilik darjah dan menjamin kejayaan sekolah bestari.

Penggunaan alat bantu mengajar multimedia berupaya mewujudkan suasana

pembelajaran dan pengajaran yang paling konduksi dan variasi (Baharudin, 1995). Jadi,

proses pembelajaran dan pengajaran yang induktif dapat dihasilkan seiring dengan

perkembangan teknologi maklumat ini.

Page 21: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …

4

1.1 Latar Belakang Projek

Dewasa ini, pembinaan perisian yang berorientasikan multimedia untuk tujuan

P&P amat digalakkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjamin

pembelajaran yang maksimum (Manimegalai, 2001). Perisian multimedia adalah salah

satu daripada aplikasi ABM yang berunsurkan teknologi maklumat.

ABM bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan kelancaran perhubungan

interaksi antara guru dengan pelajar tetapi juga mempercepat pemahaman mereka

terhadap isi pelajaran (Baharuddin, 1995).

ABM juga mempelbagaikan kaedah dan teknik mengajar dengan berkesan,

menarik perhatian, menjimatkan masa dan tenaga, berkebolehan serta menghasilkan

pembelajaran yang maksimum (Rahim, 1990).

ABM yang dipakai dalam sistem pendidikan kini adalah alat bantu visual, yakni

gambar, model, objek dan lain-lain yang dapat mengukuhkan pengalaman konkrit,

motivasi belajar serta meninggikan daya serap dan potensi pelajar. Audio, video, teks

dan animasi merupakan antara elemen atau media multimedia yang paling berkesan

untuk menarik perhatian pelajar dalam pelbagai sudut sesebuah persembahan maklumat

(Jamaluddin, 2002).

Menurut Rio Sumarni (2001), gabungan teks, grafik, animasi, audio dan video

dapat menarik dan menyeronokkan. Pelajar belajar dalam persekitaran pembelajaran

baru yang mengutamakan teori konstruktivisme dan kemahiran meta kognitif (Micheal,

1997).

Page 22: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …

5

Menurut Mok Soon Seng (1996), di bawah konteks pendidikan, penggunaan

teknologi dan komputer sebagai ABM dikenali sebagai Komputer Membantu

Pengajaran (Computer assisted instruction, CAI). Model-model pengajaran dirancang

dalam bentuk-bentuk pelajaran formal, latihan terkawal, pengajaran secara individu,

permainan dan penyelesaian masalah.

Perisian komputer seperti PowerPoint XP telah dijadikan salah satu alat bantu

mengajar yang mengintegrasikan elemen multimedia untuk memanfaatkan pelbagai

bidang contohnya, pendidikan, perniagaan dan bidang latihan. Guru hanya memerlukan

masa yang pendek untuk menghasilkan persembahan multimedia dengan memilih saiz

dan warna perkataan atau latar belakang daripada perisian sahaja. Ini lebih

menjimatkan masa daripada membuat poster atau model.

Penggunaan teknologi dalam dunia pendidikan dapat dibahagikan kepada tiga

fasa. Fasa pertama adalah terbatas atas penguasaan masteri dan keterampilan motorik.

Manakala penggunaan teknologi seperti CDROM dan teknologi digital dalam fasa

kedua dicirikan sebagai menyediakan informasi dalam format-format interaksi, hipertek

dan hipermedia. Penggunaan teknologi dalam fasa ketiga adalah berhubungan dengan

perubahan dan administrasi kelas iaitu penentuan kebajikan, teman sebaya dan

tanggungjawab (http://berita.penabur.org/2002003/pendidikan_berbasis/htm).

Maka, guru perlu mengimplementasikan kurikulum P&P dengan penggunaan

teknologi komputer seiring dengan perkembangan fasa-fasa teknologi. Pengembangan

profesional guru dimantapkan dengan menaikkan mutu ABM multimedia di samping

meningkatkan prestasi akademik pelajar.

Page 23: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …

6

Secara ringkasnya, kekurangan ABM multimedia, terutamanya dalam versi

Bahasa Inggeris yang berpandukan perkembangan KBSM terbaru akan menyebabkan

sistem pendidikan Malaysia ketinggalan era teknologi maklumat. Hal ini demikian

kerana kekurangan tenaga yang berkebolehan dan berpengetahuan komputer untuk

menghasilkan ABM multimedia yang bermutu tinggi dan sistem pendidikan yang

bertaraf dunia.

1.2 Penyataan Masalah

Memandangkan ABM merupakan salah satu media yang penting untuk

memantapkan sistem pendidikan Malaysia, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan

Pusat Kegiatan Guru (PKG) sedang membangunkan bahan perisian multimedia

mengikut mata pelajaran dalam KBSM. Tetapi, perisian yang bertajuk “Genetik dan

Pewarisan” adalah berkurangan.

“We Chose on focus on genetics because of its importance to biology, and

because it is one of the most rapidly expanding areas of biology, presenting

signficant political, economical, ethnical and educational issues for society to

face. Thus, because high school reports that the students have difficultly

learning genetics, there is reason to believe that improving student learning in

genetics is potentially significant.”(Jim Stewart et.At, 1990).

Dengan itu, menurut Jim Stewart, sistem pengajaran tradisional tidak dapat

menentukan tahap kefahaman pelajar terhadap konsep genetik mengikut taksonomi

Bloom. Jadi, Kinnear (1983, 1986) telah mengatakan bahawa dengan menggunakan

Page 24: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …

7

simulasi komputer CATLAB dan BIRDBREED, pelajar dapat menyelesaikan masalah

genetik dalam buku teks dengan berkesan.

Selain itu, ABM versi Inggeris amat diperlukan untuk mengajar mata pelajaran

Sains dan Matematik Tahun Satu sekolah rendah, Tingkatan Satu dan Enam di sekolah

menengah serta program matrikulasi mulai tahun 2003 (Radin Azhar, 2002). Modul

ABM bahasa Inggeris yang bersesuaian KBSM adalah berkurangan dalam pasaran

sekarang.

Walaupun penggunaan ABM yang berunsurkan teknologi mempunyai banyak

kelebihan yang dapat mengatasi kelemahan sistem pendidikan tradisional. Tetapi,

menurut Micheal (1997), terdapat 3 masalah yang utama untuk memastikan

keberkesanan penggunaan komputer di dalam bilik darjah iaitu kekurangan guru yang

terlatih, kekurangan persepaduan penggunaan komputer dalam KBSM serta

ketidaklengkapan kemudahan komputer yang terkini dalam sekolah. Menurut Menteri

Pendidikan, Datuk Aziz Shamsuddin (13-7-2003), fasa pertama pembinaan makmal

komputer hanya 50% siap pada 1 Jun, iaitu 1248 unit daripada 2315 unit.

Selain itu, pelajar patut belajar secara holistik dan konsisten di mana masa yang

cukup disediakan dalam pengajaran guru yang sistematik yang berteraskan komputer

(Awang Matusin, 2001). Pada masa kini, modul pengajaran yang sistematik masih

berkurangan kerana masalah yang dicadangkan oleh Michael.

Dalam proses pembelajaran terutamanya Sains, pemahaman pelajar menghadapi

banyak kesukaran dalam pemahaman konsep yang abstrak (Johnstone, 1992). Beliau

berpendapat bahawa masalah tersebut berpunca daripada sistem penyampaian

Page 25: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …

8

pengetahuan, kaedah pengajaran dan pembelajaran dan kemudahan yang ada pada

pelajar dan cara pembelajarannya.

Menurut R.Lewis (1979), terdapat 3 masalah utama yang menghalang

implementasi pembelajaran secara komputer ialah ketahanan guru, kualiti perisian dan

pemilihan perkakasan. Daya keupayaan guru untuk menghasilkan kualiti perisian yang

tinggi berbantukan pemilihan perkakasan yang berpatutan merupakan kriteria yang

utama untuk mengimplementasikan komputer dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Maka, satu perisian modul alat bantu mengajar berciri multimedia akan dibina

untuk membantu dan melatih guru menghasilkan sesebuah perisian ABM dalam bahasa

Inggeris yang bersesuaian dengan sukatan pelajaran Biologi Tingkatan Lima, mengajar

tajuk genetik secara konkrit secara pembelajaran mastery.

1.3 Objektif Projek

Objektif pembinaan modul alat bantu mengajar ini adalah untuk:

a) membina satu modul alat bantu mengajar bagi tajuk “Genetik dan Pewarisan”

dalam mata pelajaran Biologi Tingkatan 5 dalam versi Bahasa Inggeris.

Page 26: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …

9

1.4 Rasional Pemilihan Tajuk

Pembinaan modul alat bantu mengajar ini adalah untuk meningkatkan tahap

pemikiran pelajar terhadap isi pelajaran mengikut Taksonomi Bloom (Baharuddin,

2002). Terdapat enam tahap dalam taksonomi Bloom yang bermula dengan

pengetahuan (yang paling mudah) kepada penilaian (paling sukar). Tahap pemikiran

pelajar wajar berkembang dari tahap pengetahuan kepada tahap penilaian secara

langkah demi langkah.

Biologi merupakan satu mata pelajaran yang mengkaji benda hidup (Chong

Choe Hin, 2001). Mata pelajaran ini adalah sukar bagi sesetengah pelajar kerana

konsep biologi adalah abstrak, terutamanya tajuk “Genetik dan Pewarisan”.

“Students do not understand the relationship between DNA, genes and

chromosomes. Besides, students can apply chance and probability to assigned

genetic problems, but not to human situation in families..” (Berthelen et.al,

1999).

Menurut Berthelen, pelajar tidak faham akan hubungan antara DNA, gen dan

kromosom. Penggunaan elemen multimedia dalam alat bantu mengajar dapat

meningkatkan kefahaman pelajar terhadap tajuk ini yang konsepnya adalah abstrak.

Memandangkan kita tidak dapat melihat DNA, gen dan kromosom secara mata kasar,

Page 27: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …

10

maka guru wajar menggunakan modul alat bantu mengajar untuk mengkonkritkan

pemahaman pelajar.

“ Most students engaged and understandable thinking, albeit with incorrect

conceptual knowledge, as they used chromosome/gene models to account for

their problems sollution. Thus, traditional classroom assessments do not

provide adequate insight what students know or do not know. (Jim Stewart, et.al

1990)

Selain itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Infant Jesus Convent, Johor Bahru,

Puan Cheng Tsing Liu dan Puan Doraan Chan, guru Biologi Tingkatan Lima berkata

bahawa penggunaan simulasi dapat mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap tajuk

“Genetik dan Pewarisan”.

Menurut pengalaman mereka selama 23 tahun dan 20 tahun, mereka

berpendapat bahawa pengajaran tajuk ini masih berbentuk tradisional (chalk and talk) di

dalam bilik darjah. Selain itu, alat bantu mengajar mengenai tajuk ini juga berkurangan

kecuali transparensi yang dibeli daripada syarikat tertentu. Ini adalah tidak mencukupi

bagi pelajar mengkonkritkan isi pelajaran kecuali unsur multimedia seperti simulasi dan

video diterapkan ke dalam alat bantu mengajar.

Menurut Huang Ting Ting (2002), faktor yang terutama sekali adalah

kebanyakan guru tidak mempunyai kemahiran dan masa untuk membangunkan perisian

sebagai alat bantu mengajar. Sekiranya terdapat pihak tertentu menyediakan perisian

alat bantu mengajar, ini akan mendorong guru menggunakannya dalam bilik darjah.

Page 28: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …

11

Dengan itu, modul ini dibangunkan dengan bertujuan membantu guru-guru atau

murid-murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran mereka sama ada secara

fasilator atau pembelajaran berkesan.

1.5 Kepentingan Projek

Modul ini dibina untuk mengatasi kekurangan alat bantu mengajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran tentang tajuk “Genetik dan Pewarisan” dan masalah

kekurangan modul alat bantu mengajar yang memenuhi sukatan pelajaran Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Modul ini dapat memberi gambaran dan penjelasan yang mengkonkritkan

konsep yang abstrak. Dengan menggunakan elemen multimedia seperti teks, grafik,

audio, video dan animasi, pelajar dapat memahami konsep pewarisan dan variasi

dengan lebih berkesan. Hal ini demikian kerana penggunaan video dapat mendedahkan

pelajar kepada pelajaran yang lebih realistik. Selain itu, penggunaan konsep

interaktiviti dalam perisian telah menjadikan proses penyampaian isi pelajaran dengan

lebih menarik dan aktif.

Page 29: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …

12

Selain itu, pembangunan modul alat bantu mengajar ini dapat menggalakkan

pembelajaran mastery berlaku di dalam kelas di mana menganggap semua pelajar dapat

menguasai bahan secara langkah demi langkah (Baharuddin, 2002). Ujian pra, ajar, uji

hasil, guna pakai prosedur, ajar dan uji dijalankan secara langkah demi langkah untuk

mengukuhkan penguasaan pelajar terhadap tajuk “Genetik dan Pewarisan” ini

(Morrison, 1931).

1.6 Skop Projek

Modul alat bantu mengajar ini meliputi mata pelajaran Biologi KBSM

Tingkatan 5. Tajuk yang dipilih ialah “Genetik dan Pewarisan”. Kandungannya

merangkumi seperti berikut:

a) Pengertian istilah genetik (kromosom, DNA, gen alel, fenotip, genotip, gen

resesif dan gen dominan,

b) Hukum Mendel I dan II serta perbezaannya,

Page 30: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …

13

1.7 Definisi dan Istilah

1.7.1 Alat Bantu Mengajar (ABM)

Segala alat elektronik bersama perisian / “software” berkenaan yang digunakan

oleh guru untuk membantu dalam penyampaian pengajaran di dalam bilik darjah dan

membantu murid belajar dengan lebih berkesan dan menarik. Contohnya, radio,

televisyen, perakam video, OHP, transparensi, perakam kaset (radio kaset) dan kaset

(pita), projektor slaid dan slaid serta komputer dan perisian.(Baharuddin, 1995).

1.7.2 Pembelajaran

Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku pada pelajar akibat

daripada berinteraksi dengan persekitaran (Baharuddin, 2001).

Page 31: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …

14

1.7.3 Pengajaran

Pengajaran adalah pemilihan kaedah atau strategi untuk penyusunan maklumat,

aktiviti, pendekatan dan media untuk membantu pelajar mencapai objektif yang telah

ditetapkan (Baharuddin, 2001).

1.7.4 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)

Satu pendekatan yang menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan

pembelajaran untuk mempelajari sesuatu secara langkah demi langkah iaitu program

terancang (Baharuddin, 2001).

1.7.5 Multimedia

Terdiri daripada gabungan elemen-elemen teks, grafik, animasi, bunyi dan video

untuk mempersembahkan maklumat kepada pengguna melalui komputer (Jamalludin

Harun, 2001).

Page 32: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR …

15

1.7.6 Teknologi Maklumat

Teknologi maklumat ialah aplikasi teknologi baru atas proses mereka cipta,

menyimpan, memilih, memindah dan menyumbang pelbagai jenis maklumat (David

Hawkridge, 1983)

1.7.7 Sekolah Bestari

Institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dari segi amalan

P&P serta pengurusan sekolah untuk membantu pelajar menghadapi zaman maklumat.

1.7.8 Pembelajaran Mastery

Satu pendekatan P&P yang berfokuskan kepada penguasaan sebenar pelajar

dalam sesuatu perkara yang diajar (Bloom, 1968).