halaman · pembelajaran, alat bantu mengajar serta penilaian. ... • indeks jisim badan ... •...

16

Upload: truongbao

Post on 02-Mar-2019

269 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Halaman

Kata Alu - AluanKetua Pengarah KesihatanKementerian Kesihatan Malaysia 1

Kata Alu - AluanTimbalan Ketua Pengarah Kesihatan(Kesihatan Awam)Kementerian Kesihatan Malaysia 2

Panduan Penggunaan ModulPusat Promosi Kesihatan Komuniti 3

Kandungan Modul 3

Langkah-langkah Menggunakan Modul 4

Pengenalan 5

Objektif 6

Skop 6

Kumpulan Sasar 6

Perkhidmatan yang Disediakan 7

Carta Alir Perkidmatan Klien 8

Cadangan Pelaksanaan Pakej Kemahiran Cara Hidup Sihat 10

Sumber Pusat Promosi Kesihatan Komuniti 10

Penilaian 12

Rumusan 12

1

KATA ALU-ALUANKETUA PENGARAH KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kementerian KesihatanMalaysia sentiasa prihatin dan memberikan penekanan yangkhusus dalam aspek penjagaan kesihatan rakyat. Pelbagaikaedah mahupun pendekatan yang membolehkan rakyatmendapat perkhidmatan kesihatan dengan mudah dan selesadiperkenalkan dari semasa ke semasa. Kesihatan adalah konseppositif yang menekankan kepada sumber sosial dan personal disamping kapasiti fizikal.

Sehubungan itu dalam konteks ini penerapan aspek promosikesihatan adalah paling sesuai dan wajar. Promosi kesihatan adalah satu proses untukmembolehkan rakyat mempunyai kuasa untuk bertindak ke atas faktor-faktor yangmempengaruhi kesihatan diri serta meningkat taraf kesihatan diri. Promosi kesihatan jugamembolehkan rakyat mencapai tahap kesejahteraan fizikal dan mental yang menyeluruh.Oleh itu promosi kesihatan bukan sahaja menjadi tanggungjawab sektor kesihatan tetapijuga merangkumi penglibatan semua pihak yang berkepentingan.

Tindakan promosi kesihatan bermatlamat untuk mengurangkan perbezaan (inequities)dalam status kesihatan semua golongan masyarakat dan memastikan peluang dansumber yang sama rata untuk membolehkan rakyat mencapai status kesihatan yangsepenuhnya. Ini termasuklah persekitaran yang menyokong, kemudahdapatan maklumatkesihatan, kemahiran hidup dan peluang untuk membuat pilihan yang sihat.

Sehubungan itu melalui pewujudan Pusat Promosi Kesihatan Komuniti ini, saya yakinakan mampu melahirkan komuniti yang sentiasa peka serta mementingkan kesihatandalam mencapai kesejahteraan hidup, di samping pihak Kementerian sendiri yang mampumenyediakan kemudahan kesihatan yang dekat, mudah dikunjungi dan selesa untukkomuniti.

Dalam konteks ini, saya harap pihak masyarakat sendiri akan memainkan peranan aktifdalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti di Pusat Promosi Kesihatan Komuniti supayamereka menjadi rakan kongsi dan bukan hanya penerima perkhidmatan sahaja.

Tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Penerbitan Pakej Modul Pusat PromosiKesihatan Komuniti di atas kesungguhan menghasilkan pakej modul ini untuk digunakansemasa pelaksanaan aktiviti di pusat tersebut. Doa dan harapan saya agar usaha murnisebegini dapat membuahkan hasil yang dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.

Sekian, terima kasih.

Datuk Dr. Haji Mohd. Ismail bin MericanKetua Pengarah KesihatanKementerian Kesihatan Malaysia

2

KATA ALU-ALUANTIMBALAN KETUA PENGARAH KESIHATAN

(KESIHATAN AWAM) KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu sayamengucapkan terima kasih kepada JawatankuasaPenerbitan Pakej Modul Pusat Promosi Kesihatan Komunitikerana sudi memberi saya ruang memberikan kata alu-aluansempena penerbitan pakej modul ini. Pakej Modul PusatPromosi Kesihatan Komuniti ini disediakan sebagai garispanduan untuk anggota kesihatan dalam melaksanakanaktiviti-aktiviti berbentuk pendidikan dan promosi kesihatan diPusat Promosi Kesihatan Komuniti.

Pusat Promosi Kesihatan Komuniti atau ringkasnya PPKK adalah satu kemudahankesihatan yang diinisiatifkan untuk menyediakan perkhidmatan promosi kesihatansecara menyeluruh (komprehensif), intensif dan terancang bertujuan untukmemudahcara pembinaan kemahiran dan perubahan tingkah laku ke arah amalancara hidup sihat di kalangan komuniti. Secara khususnya, matlamat penubuhanpusat ini adalah untuk mewujudkan masyarakat yang sentiasa peka, prihatin danmengambil berat terhadap kesihatan diri bagi mencapai kesejahteraan hidup.

Pelaksanaan Pusat Promosi Kesihatan Komuniti adalah berdasar kepada empatpakej modul pembelajaran dan pengajaran yang berasaskan kepada amalan carahidup sihat. Modul-modul tersebut adalah Modul Makan Secara Sihat, ModulSenaman dan Aktiviti Fizikal, Modul Berhenti Merokok dan Modul Minda Sihat.

Sebagai merealisasikan pelaksanaan Pusat Promosi Kesihatan Komuniti, satuprojek perintis telah dimulakan di Poliklinik Komuniti Seberang Jaya, Pulau Pinangpada Ogos 2004 dan pusat ini akan dikembangkan ke seluruh negara secaraberperingkat-peringkat dan dijangkakan berasas kepada perancangan RMK 9 satuPusat Promosi Kesihatan Komuniti akan dilaksanakan di setiap negeri.

Akhir kata izinkan saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepadaJawatankuasa Penerbitan Pakej Modul Pusat Promosi Kesihatan Komuniti di atasusaha dan komitmen mereka dalam menjayakan penerbitan dan penghasilan modulini.

Dato’ Dr. Shafie bin OoyubTimbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)Kementerian Kesihatan Malaysia

3

PANDUAN PENGGUNAAN MODULPUSAT PROMOSI KESIHATAN KOMUNITI

Pelaksanaan Pusat Promosi Kesihatan Komuniti adalah berdasar kepada empatpakej modul pembelajaran dan pengajaran yang berasaskan kepada amalan carahidup sihat. Modul-modul tersebut adalah Modul Makan Secara Sihat, ModulSenaman dan Aktiviti Fizikal, Modul Berhenti Merokok dan Modul Minda Sihat.Modul-modul ini disediakan sebagai garis panduan untuk anggota kesihatan dalammelaksanakan aktiviti di Pusat Promosi Kesihatan Komuniti.

KANDUNGAN MODUL

Setiap modul mengandungi unit pembelajaran tertentu yang memberi penekanankepada elemen cara hidup sihat. Setiap unit pembelajaran terbahagi kepadabeberapa segmen iaitu pengenalan, objektif pembelajaran, isi kandungan, aktivitipembelajaran, alat bantu mengajar serta penilaian. Unit-unit pembelajaran yangterkandung di dalam modul-modul berkaitan adalah seperti berikut.

Modul Makan Secara Sihat

Unit 1 : Menilai Amalan Pengambilan Makanan

Unit 2 : Ingatan Diet 24 Jam

Unit 3 : Kenali Garis Panduan Diet Malaysia

Unit 4 : Kenali Piramid Makanan Malaysia

Unit 5 : Menilai Status Berat Badan

Modul Senaman dan Aktiviti Fizikal

Unit 1 : Senaman dan Aktiviti Fizikal

Unit 2 : Kemahiran Melakukan Senaman dan Aktiviti Fizikal

Unit 3 : Prinsip-Prinsip Senaman dan Aktiviti Fizikal

Unit 4 : Keselamatan Semasa Melakukan Senaman dan Aktiviti Fizikal

Unit 5 : Ujian Senaman

4

Modul Minda Sihat

Unit 1 : Tangani Stres

Unit 1A : Saringan Minda Sihat

Unit 1B : Mengenalpasti Stres

Unit 1C : Kaedah-Kaedah Menangani Stres

Unit 2 : Kawal Marah

Unit 3 : Teknik Relaksasi

Unit 4 : Berfikir Secara Positif

Unit 5 : Penyelesaian Masalah

Unit 6 : Komunikasi Interpersonal Berkesan

Unit 7 : Tegas Diri (Asertif)

Unit 8 : Kemahiran Keibubapaan

Modul Berhenti Merokok

Unit 1 : Membuat Keputusan Untuk Berhenti Merokok

Unit 2 : Persediaan Untuk Berhenti Merokok

Unit 3 : Mulakan Berhenti Merokok

Unit 4 : Mengekalkan Status Tidak Merokok

LANGKAH-LANGKAH MENGGUNAKAN MODUL

• Setiap anggota kesihatan yang telah dikenalpasti untuk menggendalikan PusatPromosi Kesihatan Komuniti perlulah diberi latihan terlebih dahulu berkaitankandungan dan penggunaan modul ini.

• Anggota kesihatan tersebut perlulah membaca serta memahami kandunganmodul sebelum mengadaptasikan kandungan modul ini semasa mengendalikanaktiviti di Pusat Promosi Kesihatan Komuniti.

• Perhatian perlu diberi kepada setiap objektif yang disenaraikan dalam setiapunit. Objektif tersebut merupakan hasil yang seharusnya dicapai pada akhir sesipengajaran.

• Isi penting untuk setiap unit turut disenaraikan bagi mencapai objektif. Bagimendapatkan maklumat lanjut isi penting, anggota kesihtan berkaintan bolehmerujuk kepada nota yang disediakan.

• Tumpuan hendaklah diberikan kepada membolehkan klien memahami konsepdan membentuk kemahiran yang diperlukan.

5

PENGENALAN

Kempen Cara Hidup Sihat yang dilancarkan sejak tahun 1991 lebihmenekankan kepada aspek pengetahuan dan kesedaran kepada komunitidalam mengamalkan cara hidup sihat. Namun begitu aspek kemahiran tidak

dapat diberi penekanan khusus memandangkan kekangan sumber dalammelaksanakan tugas tersebut. Sehubungan itu untuk penerusan kepada kempencara hidup sihat ini terutama kepada aspek kemahiran dan perubahan tingkah laku,maka Pusat Promosi Kesihatan Komuniti perlu dilaksanakan.

Pusat Promosi Kesihatan Komuniti adalah satu kemudahan kesihatan yangmenyediakan perkhidmatan promosi kesihatan secara menyeluruh (komprehensif),intensif dan terancang bertujuan untuk memudahcara pembinaan kemahiran danperubahan tingkah laku ke arah amalan cara hidup sihat di kalangan komuniti.

Sebagai permulaan, satu projek perintis telah dimulakan di Poliklinik KomunitiSeberang Jaya, Pulau Pinang pada Ogos 2004 dan pusat ini akan dikembangkan keseluruh negara secara berperingkat-peringkat. Dijangkakan berasas kepadaperancangan di dalam RMK 9, satu Pusat Promosi Kesihatan Komuniti akandilaksanakan di setiap negeri.

Sehubungan itu Panduan Pelaksanaan Pusat Promosi Kesihatan Komuniti inidirangka bertujuan untuk menjelaskan dan menyeragamkan pelaksanaan pusat ini.

6

OBJEKTIF

Umum

Untuk melengkapkan komuniti dengan pembinaan kemahiran serta menggalakkanperubahan tingkah laku ke arah amalan cara hidup sihat.

Khusus

i) Untuk menyediakan kemudahan kesihatan yang komprehensif kepada komunitidalam pembinaan kemahiran amalan cara hidup sihat.

ii) Untuk membolehkan komuniti membina kemahiran amalan cara hidup sihat.

iii) Untuk membudayakan tingkah laku ke arah amalan cara hidup sihat di kalangankomuniti.

iv) Untuk meningkatkan penglibatan komuniti dalam program cara hidup sihatdengan menggunakan perkhidmatan kesihatan yang disediakan.

v) Untuk membentuk rangkaian individu dalam komuniti yang bertindak sebagaiagen kesihatan yang menyokong usaha promosi kesihatan melalui amalan carahidup sihat.

SKOP

Skop Pusat Promosi Kesihatan Komuniti meliputi empat elemen amalan cara hidupsihat iaitu:-

i) Makan Secara Sihat

ii) Senaman dan Kecergasan Fizikal

iii) Tidak Merokok

iv) Pupuk Minda Sihat

KUMPULAN SASAR

Kumpulan sasar Pusat Promosi Kesihatan Komuniti terdiri daripada komunitisetempat serta semua pelanggan dan ahli keluarga mereka yang datang ke klinikkesihatan.

7

Ujian-ujian lain yang dijalankan seperti ujian minda sihat, ujian tahap kandungankarbon monoksida dalam paru-paru serta ujian tahap kecergasan.

ii) Pakej Kemahiran Cara Hidup Sihat

• Makan Secara Sihat

• Senaman dan Kecergasan Fizikal

• Berhenti Merokok

• Pupuk Minda Sihat

(Pakej ini dikendalikan melalui kaedah ceramah, perbincangan, khidmat nasihat,pembinaan kemahiran dan demonstrasi).

iii) Pusat Sumber

• Pupuk Minda Sihat.

• Bahan rujukan berkaitan kesihatan.

• Pinjaman CD dan video kesihatan.

• Pinjaman bahan rujukan berkaitan kesihatan.

• Penggunaan komputer secara interaktif.

• Menyediakan bahan pendidikan kesihatan bercetak secara percuma.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Pusat Promosi Kesihatan Komuniti menyediakan perkhidmatan kesihatan yangdapat meningkatkan kemahiran dan menggalakkan perubahan tingkah laku amalancara hidup sihat melalui daya usaha sendiri.

Terdapat tiga jenis perkhidmatan utama yang disediakan di Pusat PromosiKesihatan:-

i) Saringan kesihatan

• Indeks Jisim Badan (IJB / BMI).

• Ukuran Pinggang Pinggul (Waist Hip Ratio).

• Analisa Kandungan Lemak dalam Badan (Body Fat Analysis).

• Tekanan Darah.

• Ujian Glukosa Darah (RBS) – untuk pelanggan yang berisiko.

• Ujian Kolesterol Darah – untuk pelanggan yang berisiko.

• Pemeriksaan Sendiri Payu Dara (PSP / BSE).

8

CARTA ALIR PERKHIDMATAN KLIENKE PUSAT PROMOSI KESIHATAN KOMUNITI

Terdapat dua kategori klien:-i) KLIEN YANG DATANG SECARA SUKARELA

9

ii) KLIEN YANG DIRUJUK

10

CADANGAN PELAKSANAAN PAKEJ KEMAHIRAN CARA HIDUP SIHAT

Hari Aktiviti

Isnin - Senaman

Selasa - Minda Sihat

Rabu - Senaman

Khamis - Tidak Merokok

Jumaat - Pemakanan Sihat

- Senaman

SUMBER PUSAT PROMOSI KESIHATAN KOMUNITI

Sumber Manusia

Untuk merealisasikan pelaksanaan Pusat Promosi Kesihatan Komuniti jawatan-jawatan berikut diperlukan:-

• Pegawai Pendidikan Kesihatan

• Pembantu Perubatan

• Jururawat

• Juru Audio Visual

• Pembantu Tadbir (Perkeranian)

• Pekerja Rendah Awam

Kemudahan Infrastruktur

Kemudahan infrastruktur berikut diperlukan dalammelaksanakan Pusat Promosi Kesihatan Komuniti:-

• 1 bilik kuliah

• 1 gimnasium

• 1 bilik kaunseling

• 1 pusat sumber

• Ruang pejabat untuk kakitangan

Keperluan Peralatan

• Kenderaan (siaraya)

• Perabot pejabat dan bilik sumber

• Peralatan IT

• Peralatan Alat Pandang Dengar

• Bahan Pengajaran / IT

• Alat-alat saringan kesihatan

11

Keperluan Peralatan Pelaksanaan Modul

i) Peralatan Modul Minda Sihat• Alat ujian Thermostress• Model "Pit-Stop Stress"

ii) Peralatan Modul Pemakanan Sihat• Peralatan Dapur

- Kuali (non-stick)- Gelas (6-8)

• Microwave oven• Pressure cooker

iii) Peralatan Modul Berhenti Merokok• Patung Uncle Joe• Spesimen organ (paru-paru)• Kotak Puntung Rokok• NRT- Gum, Patch dan Inhaler• Puntung Rokok• Karbon Monoksida Breath Analyzer

iv) Peralatan Modul Senaman dan Aktiviti Fizikal• Floor mat (12 set)• Fitball (12 set)• Tali skipping (12 set)• Hifi-stereo (1 set)• Treadmill (1 set/heavy duty)• 2.5 hingga 5 kg. Weight dumbbells (5 set setiap satu)• Static Bicycle (2 set)• Stepper (4 set)• Weighting Machine (1 set)• Stepping board (12 set)• Pedometer (6 set)

12

PENILAIAN

Penilaian yang akan dilakukan iaitu:-

i) Penilaian proses yang diperolehi daripada reten.

ii) Penilaian impak perlu dijalankan bagi setiap modul pengajaran untukmenentukan tahap pengetahuan, amalan dan sikap komuniti.

iii) Penilaian outcome:-

a) Melihat perubahan status kesihatan dalam masa setahun melalui indikator seperti:

• BMI

• Peratus lemak badan

• Tekanan darah

• Glukosa darah

• Kolesterol darah

b) Perubahan tingkah laku kekal berdasarkan empat elemen cara hidup sihatselepas setahun mengikuti program di Pusat Promosi Kesihatan Komuniti.

RUMUSAN

Kewujudan Pusat Promosi Kesihatan Komuniti diperlukan untuk menggalakkankomuniti membudayakan amalan cara hidup sihat demi meningkatkan statuskesihatan mereka. Ini secara langsung dapat melahirkan komuniti yang sihat danproduktif serta dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti negara.Sehubungan itu diharapkan pelaksanaan Pusat Promosi Kesihatan Komuniti dapatdirealisasikan dan dimanfaatkan oleh setiap peringkat masyarakat di Malaysia.

13

Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai berikutyang telah memberi sumbangan dalam menghasilkan Pakej Modul Pusat Promosi KesihatanKomuniti.

Penasihat: Dato’ Dr. Shafie bin OoyubTimbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)Kementerian Kesihatan Malaysia

Editor: Cik Hajah Azizam bt. Mohd. Ali

Para Penyumbang:

Panduan Pelaksanaan Pusat Promosi Kesihatan Komuniti1. Encik Edmund Ewe Thean Teik2. Tuan Haji Abd. Manan bin Mat Dahan3. Encik Norddin bin Daud4. Encik Zuber bin Saad5. Puan Lisa Ong6. Puan Mahiran bt. Abu Bakar 7. Cik Norrahimah bt. Kassim

Modul Makan Secara Sihat

1. Encik Mohd Yusof b. Pandak2. Puan Zuhaida bt. Harun3. Puan Kauthar bt. Ahmad4. Puan Hamidah bt. Ahmad5. Puan Surainee bt. Wahab6. Cik Norlida bt. Zulkapli7. Cik Hasbiyatun bt. Mohd Narawi

Modul Berhenti Merokok

1. Dr. Mazzan bin Md. Issa @ Mat Desa2. Encik Munshi bin Abdullah3. Encik Musbah bin Barahim4. Puan Rebecca Soh5. Puan Syarmilla bt. Yusoff6. Encik Razmin bin Ramli

Modul Minda Sihat

1. Dr. Nurashikin bt. Ibrahim2. Encik Mohd Nasir bin Abdullah3. Puan Norlailee bt. Jasman4. Cik Dayang Annuriza bt. Awg. Mohd Sapuani

Modul Senaman

1. En. Md. Yusoff bin Mahmud2. Puan Chuah Sot Hoon3. Puan Jamilah bt. Man 4. Encik Azman bin Abd Rashid5. Encik Muhammad Omar Farouq bin Yahya

TERIMA KASIH