secondcollegebm - universiti putra malaysiapsasir.upm.edu.my/48600/1/kolej kedua upm sahut...

1
UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI . CARI . Jumaat, September 02, 2016 | A- | A | A+| EN | RU | AR BERITA » Kolej Kedua UPM sahut cabaran adakan Program Mobiliti ke Perth, Australia Oleh: Amar Zulhilmi Ali Sidek PERTH, 29 Ogos - Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Kedua sesi 2015/2016 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Kedua, Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menyahut cabaran untuk mengadakan program mobiliti ke luar negara selama dua minggu di Perth, Western Australia, baru-baru ini. Program Professional Learning Mobility Program (PLMP) 2016 yang diketuai oleh Saniah Mohd sebagai Pengarah Program, mendapat kerjasama daripada Malaysian Student Councils Association of Western Australia (MASCA WA) dan beberapa buah universiti tempatan di Perth. Program turut disertai Pengetua Kolej Kedua, Dr. Saidon Amri sebagai Ketua Delegasi, dan Ketua Felo Kolej Kedua Dr. Mohd Hafizal Ismail selaku Pemantau Program serta 11 orang pelajar kolegiat. Antara objektif utama program adalah untuk mendedahkan mahasiswa dengan suasana, kemajuan teknologi, perkembangan intelektual dan tahap pendidikan serta mempelajari kemajuan dan aplikasi sosio-ekonomi negara yang dilawati. Aktiviti utama program adalah membuat kunjungan ke universiti tempatan dan mengadakan interaksi sosial bersama wakil pelajar universiti. Antara universiti yang dikunjungi ialah University of Western Australia, Murdoch University, Edith Cowan University dan Curtin University. Program ini mendapat sambutan dan layanan positif daripada pihak universiti yang dikunjungi. Saniah berkata pihak program sangat berterima kasih kepada pihak universiti yang dikunjungi kerana banyak memberikan pendedahan umum mengenai universiti mereka serta berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka mengenai sejarah universiti yang dikunjungi. "Selain daripada pengenalan dan pendedahan yang mereka berikan, pihak kami juga telah mengambil peluang memberikan pengenalan mengenai UPM. Melalui peluang ini kita dapat menggalakkan pertukaran pengetahuan mengenai sistem pengurusan dan pembelajaran antara universiti masing-masing," katanya. Dr. Saidon pula berkata program itu merupakan program perintis dan menjadi satu platform kepada Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Kedua untuk membawa nama baik kolej dan universiti ke peringkat antrabangsa. Program sebegini banyak memberikan pengalaman dan pengetahuan serta kemahiran yang dapat dipraktikkan terutamanya kemahiran komunikasi dan pemikiran kritis pelajar. Ia boleh dijadikan sebagai satu penanda aras untuk Majlis Tertinggi Mahasiswa dalam memartabatkan nama baik kolej ke tahap yang lebih membanggakan,katanya. - UPM RSS | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | Bantuan| Jumlah Pelawat : @2013 Universiti Putra Malaysia Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 (S1) Kemaskini Terakhir : 02 Sep 2016 MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN Page 1 of 1 Universiti Putra Malaysia 2/9/2016 http://www.upm.edu.my/berita/details/secondcollegebm

Upload: others

Post on 17-Jan-2020

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: secondcollegebm - Universiti Putra Malaysiapsasir.upm.edu.my/48600/1/Kolej Kedua UPM sahut cabaran... · 2016-09-02 · Kolej Kedua UPM sahut cabaran adakan Program Mobiliti ke Perth,

UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI

.CARI .

Jumaat, September 02, 2016

| A- | A | A+| EN | RU | AR

BERITA »

Kolej Kedua UPM sahut cabaran adakan Program Mobiliti ke Perth, Australia

Oleh: Amar Zulhilmi Ali Sidek

PERTH, 29 Ogos - Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Kedua sesi 2015/2016 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Kedua, Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menyahut cabaran untuk mengadakan program mobiliti ke luar negara selama dua minggu di Perth, Western Australia, baru-baru ini.

Program Professional Learning Mobility Program (PLMP) 2016 yang diketuai oleh Saniah Mohd sebagai Pengarah Program, mendapat kerjasama daripada Malaysian Student Councils Association of Western Australia (MASCA WA) dan beberapa buah universiti tempatan di Perth.

Program turut disertai Pengetua Kolej Kedua, Dr. Saidon Amri sebagai Ketua Delegasi, dan Ketua Felo Kolej Kedua Dr. Mohd Hafizal Ismail selaku Pemantau Program serta 11 orang pelajar kolegiat.

Antara objektif utama program adalah untuk mendedahkan mahasiswa dengan suasana, kemajuan teknologi, perkembangan intelektual dan tahap pendidikan serta mempelajari kemajuan dan aplikasi sosio-ekonomi negara yang dilawati.

Aktiviti utama program adalah membuat kunjungan ke universiti tempatan dan mengadakan interaksi sosial bersama wakil pelajar universiti. Antara universiti yang dikunjungi ialah University of Western Australia, Murdoch University, Edith Cowan University dan Curtin University. Program ini mendapat sambutan dan layanan positif daripada pihak universiti yang dikunjungi.

Saniah berkata pihak program sangat berterima kasih kepada pihak universiti yang dikunjungi kerana banyak memberikan pendedahan umum mengenai universiti mereka serta berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka mengenai sejarah universiti yang dikunjungi.

"Selain daripada pengenalan dan pendedahan yang mereka berikan, pihak kami juga telah mengambil peluang memberikan pengenalan mengenai UPM. Melalui peluang ini kita dapat menggalakkan pertukaran pengetahuan mengenai sistem pengurusan dan pembelajaran antara universiti masing-masing," katanya.

Dr. Saidon pula berkata program itu merupakan program perintis dan menjadi satu platform kepada Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Kedua untuk membawa nama baik kolej dan universiti ke peringkat antrabangsa.

“Program sebegini banyak memberikan pengalaman dan pengetahuan serta kemahiran yang dapat dipraktikkan terutamanya kemahiran komunikasi dan pemikiran kritis pelajar. Ia boleh dijadikan sebagai satu penanda aras untuk Majlis Tertinggi Mahasiswa dalam memartabatkan nama baik kolej ke tahap yang lebih membanggakan,” katanya. - UPM

RSS | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | Bantuan| Jumlah Pelawat : @2013 Universiti Putra MalaysiaPaparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 (S1) Kemaskini Terakhir : 02 Sep 2016

MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN

Page 1 of 1Universiti Putra Malaysia

2/9/2016http://www.upm.edu.my/berita/details/secondcollegebm