wirid sampingan muallij

26
Wirid Sampingan Muallij 1 Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda wirid Sampingan muallij Klinik muallij http://klinik-muallij.blogspot.com oleh: Mustakim bin Mohd Najib 12 April 2010 (27 Rabiul Akhir 1431) tanpa hakcipta – ilmu untuk semua

Upload: faiz-alwi

Post on 24-Apr-2017

328 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: wirid sampingan muallij

Wirid Sampingan Muallij

1

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

wirid

Sampingan muallij

Klinik muallij

http://klinik-muallij.blogspot.com

oleh: Mustakim bin Mohd Najib 12 April 2010 (27 Rabiul Akhir 1431)

tanpa hakcipta – ilmu untuk semua

Page 2: wirid sampingan muallij

Wirid Sampingan Muallij

2

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

KHASIAT AIR Apabila kita renungkan berpuluh-berpuluh ayat Quran tentang air, kita akan terpegun bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahawa air tidak sekadar benda mati. Air menyimpan kekuatan, daya ingatan, daya penyembuh dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap oleh manusia. Islam adalah agama yang paling sinonim dengan air. Menyucikan najis, bersembahyang , memegang Quran, mandi hadas dan mandi jenazah; semua itu dengan menggunakan air. Tubuh manusia memang 75% terdiri daripada air. Otak 74.5%. darah 82% air. Tulang yang mampat pun mengandungi 22% air. Air diproses di tubuh meneruskan pesanan kepada air di otak dan pembuluh darah. Dengan izin Alah, pesanan tadi akan dilaksanakan oleh tubuh tanpa kita sedari. Rasulullah s.a.w. bersabda,

Air zam-zam akan melaksanakan pesanan dan niat orang yang meminumnya.

Sesiapa meminumnya untuk kenyang, dia akan merasa kenyang. Sesiapa yang meminumnya untuk kesembuhan penyakit, dia akan sembuh. Kajian Saintifik ke Atas Air Seorang ilmuan Jepun Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama telah merintis kajian saintifik tentang molekul air. Beliau dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molukel air. Hasil kajiannya mendapati air ternyata boleh “mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan dan boleh “mengerti” pesanan. Dalam bukunya The Hidden Message in Water, Dr Masaru Emoto menghuraikan bahawa air bersifat boleh merakam pesanan, seperti pita magnetik atau compact disk. Apabila kata-kata yang baik diungkapkan pada air, didapati molukel air terbentuk seperti krsital yang sangat indah dan bersinar. Manakala apabila kata-kata kesat dan buruk diungkapkan kepadanya, molukelnya berubah menjadi buruk rupanya dan menggerunkan seperti sel barah. Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal hancur. Beliau juga telah telah membuat kajian ke atas air-air yang dibacakan ayat-ayat suci Quran dan mendapati hasilnya molekul air tadi seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya. Mengikut hasil kajiannya juga, antara molukel air yang paling cantik bercahaya ialah air zam-zam. .Molekulnya tersusun cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar dan berwarna-warni melebihi dua belas warna ! Tidak hairanlah air zam-zam menjadi begitu berkhasiat kerana ianya menyimpan doa jutaan manusia selama ribuan tahun sejak Nabi Ibrahim a.s. Demikianlah juga dengan air kolah masjid yang telah

Page 3: wirid sampingan muallij

Wirid Sampingan Muallij

3

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

merakam suara azan, bacaan ayat-ayat Quran, zikir, doa dan pengajaran ilmu agama di masjid tersebut. Semakin kuat konsentrasi orang yang berkata-kata atau berdoa pada air, semakin kuat kesannya yang terhasil pada molekul air. Air boleh memindahkan bacaan tadi melalui molekul air yang lain. Barangkali penemuan ini dapat menjelaskan kenapa air biasa yang dioakan boleh menyembuhkan penyakit. Semoga amalan kita membaca Yasin dan kombinasi doa-doa para anbia’ dari Nabi Adam a.s. sehingga Nabi Muhammad s.a.w. kepada air biasa dapat mengubah molekulnya menjadi lebih cantik dan seterusnya berkesan dapat menyembuhkan penyakit atau melindungi dan mencegah kita daripada terkena penyakit sama ada fizikal atau rohani. ILMU TERAPI AIR

Ikutilah petunjuk berikut ini :

1. Sediakan air masak mengikut keperluan.

2. Lalu bacakanlah pada air tersebut :

“Bismillaahisy syafi, bismillaahil kaafi bismillaahil mu’aafi, Bismillaahil la-dzi laa

ya-dhur-ru ma’asmihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim

(Ertinya : Dengan nama Allah yang menyembuhkan, Dengan nama Allah

yang mencukupkan, Dengan nama Allah yang bersama nama-Nya segala sesuatu

yang ada di bumi dan di langit tidak akan berbahaya dan Dia Maha Mendengar lagi

Maha Mengetahui)

� Surat Al Fatihah sebanyak 7 kali

� Yaa Baari’u (33 kali)

� Yaa Syakuur (33 kali)

� Ayat Kursi sebanyak 7 x.

� Surat Al Ikhlas sebanyak 7 x.

� Surat Al Falaq sebanyak 7 x.

Page 4: wirid sampingan muallij

Wirid Sampingan Muallij

4

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

� Surat An Nas sebanyak 7 x.

� Solawat Nabi Muhammad saw sebanyak 7 x.

3. Doa tersebut dibaca berhampiran dengan air, lalu airnya diminumkan pada pesakit.

4. Lakukan beberapa kali hingga terasa khasiatnya.

JENIS-JENIS AIR UNTUK RAWATAN Bahan asas utama untuk semua jenis rawatan ialah air. Berikut ialah senarai jenis air mengikut turutan yang paling baik; 1. Air Zam-zam (yang paling baik) 2. Air jernih biasa yang telah dibacakan Surah Yaasin oleh 40 orang atau lebih. 3. Air dari kolah di Masjid yang digunakan untuk wuduk 4. Air hujan malam Jumaat yang ditadah terus dari langit 5. Air Mineral semulajadi 6. Lain-lain air mutlak yang jernih serta suci

PETUA PENTING PERSEDIAAN BAHAN UBAT

1. Memberi salam kepada nabi Ilyas sebelum mengambil sesuatu tanaman (pokok, daun, bunga dan sebagainya) untuk buat ubat, caranya; " Assalammu'alaikum wahai nabi Ilyas, saya hendak mengambil pokok ini untuk merawat penyakit …….(sebut nama penyakit) yang di hidapi oleh …..(sebut nama pesakit)" 2. Baca Surah Al-Fatihah sebelum memetik atau memotong pokok tersebut 3. Jangan tindih bayang. Pastikan pokok tersebut tidak terlindung bayang badan kita ketika mengambilnya. (Samaada bayang cahaya matahari di waktu siang atau bayang bulan dan lampu suluh di waktu malam). 4. Ambil tumbuhan yang segar – tidak dimakan ulat, tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda. 5. Gunakan Periuk yang dibuat daripada tanah untuk merebus bahan ubat. 6. Bila mengacau bahan ubat, pergerakan pusingan hendaklah mengikut pusingan tawaf ka'abah (anti clock wise). PEMULIHAN SELEPAS PULIH DARI SIHIR

Ambil 24 biji limau nipis. Bacakan Fatihah 1x

Bacakan Pembuka Amalan, sama ada al-fatihah, selawat tafrijiah atau ayat 4 qul.

Page 5: wirid sampingan muallij

Wirid Sampingan Muallij

5

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Bacakan Selawat Azimiah 1x

Page 6: wirid sampingan muallij

Wirid Sampingan Muallij

6

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Page 7: wirid sampingan muallij

Wirid Sampingan Muallij

7

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Bacakan Doa Akasah 1x

Download percuma di http://www.ziddu.com/downloadlink/9627553/DoaAkasyah.pdf

Potong limau 2 biji perah limau dalam air.

Siram di bahagian kepala 3x sambil selawat atau takbir..

Selepas itu siram 3x di bahu kanan

Selepas itu siram 3x di bahu kiri

Waktu mandi tak kesah...ulang selama 12 hari

KALIMAH TAMMAH

ILMU AMALAN BUKA HIJAB

Pembukaan hijab adalah proses mengalirkan energi muallij ke tubuh pesakit untuk

rawatan penyakit biasa seperti demam, melecur, terkena air panas, selesema, sakit

Page 8: wirid sampingan muallij

Wirid Sampingan Muallij

8

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

perut, sakit sengal, gigitan lebah/semut api, gugup, pening kepala, migrin, sakit gigi dan

lain-lain lagi. Ilmu ini tidak memerlukan latihan yang kuat.

1. Puasa selama 3 hari berturut-turut. Niat puasa:

Sahaja aku berniat puasa sunat mutlak, karena Allah Ta’ala.

2. Pada hari terakhir puasa tidak boleh tidur sampai pagi. Dirikan solat tahajjud dan

berwirid hingga ke pagi

3. Selama menjalani puasa, bacalah doa berikut 3 kali setiap selesai solat fardhu:

Bismillahirrahmannirahim. Allaahummaftah’ alaiya futuuhal ‘aariffiin bihikmatika,

wansyur alaiya rahmatika yaa Dzal jalaali wal ik’raam.

Artinya: “Dengan menyebut Asma Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Yaa Allah dengan hikmah-Mu bukakanlah diriku bagaikan terbukanya para ahli makrifat

dan bentangkanlah rahmat-Mu terhadapku wahai Zat yang memiliki keagungan dan

kemuliaan.”

4. Selepas itu, halakan tapak tangan anda ke hadapan dan rasai angin/udara dengan

tapak tangan sambil membaca bismillah 5 dan pejamkan mata. Cuba rasai aliran angin

sama ada panas atau sejuk. Juga anda boleh uji pada anggota tubuh anda. Halakan

tapak tangan ke atas tubuh contohnya tangan dan dijarakkan sejauh 3-5 cm. Rasailah

cas-cas elektrik di sekitar anggota tubuh anda. Fokuskan betul-betul tentang rasa itu.

Anda hanya mempunya 15 kali latihan sahaja selama 3 hari. Kalau anda gagal

rasainya, anda kena ulangi langkah 1 hingga 4 dari awal.

5. Setelah selesai berpuasa, anda boleh mencubanya. Kaedah rawatannya adalah,

pejamkan mata dan tadahkan tapak tangan ke kepala pesakit (seperti membaca

rukyah) tetapi jarakkan tapak tangan dari kepala sejauh 3-5 cm dan bacakan Ayat 4.

Page 9: wirid sampingan muallij

Wirid Sampingan Muallij

9

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

5. Semasa proses memejam mata baca ayat bismillah 5 berulang-ulang kali,

bayangkan anda sedang bertempur dengan kesakitan pesakit hingga anda menang

dalam pentempuran itu. Contohnya anda membunuh 10 ekor gajah.

*diulang-ulang

6. Buat dengan penuh istiqomah kerana hasilnya akan lebih berkesan dan pesakit akan

sembuh serta-merta. Selalu praktikkan walaupun hanya sekadar sakit sedikit sahaja

kerana latihan yang kerap akan dapat memantapkan pembukaan hijab. Jika hijab sudah

sampai ke tahap yang tinggi, pesakit akan dapat merasai gelombang dari tangan anda

bergantung kepada apa jenis sakitnya sama ada gelombang elektrik, panas, sejuk dan

terasa ada sesuatu menyedut.

TERAWANGAN

1. Amalkan membaca zikir asma-ulhusna iaitu ‘Ya Qoyyum’ sebanyak 313 kali selepas solat 5 waktu dalam keadaan mata terpejam. 2. Kemudian, bacakan Surah al-An’am:103 sebanyak 11 kali.

Page 10: wirid sampingan muallij

Wirid Sampingan Muallij

10

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

�ω çµ à2 Í‘ ô‰ è? ã�≈|Á ö/F{ $# uθ èδuρ à8 Í‘ ô‰ ムt�≈|Á ö/F{ $# ( uθ èδ uρ ß#‹ÏÜ=9$# ç� Î6 sƒ ø:$# ∩⊇⊃⊂∪

3. Amalan ini dibuat selama 7 hari Langkah latihan (hari ke-8) 1. Suci dari hadas besar sebelum latihan 2. Seeloknya berwudhuk atau terus mandi 3. Baringlah dengan tenang (dalam bilik berseorangan atau dengan guru) samada di atas bantal yang lembut atau tiada. 4. Pejam mata dan pusatkan pemikiran pada point antara 2 kening. 5. Zikirlah ‘Ya Qoyyum’ berulang kali. 6. Tumpukan pada dengaran gelombang bacaan hinggakan ianya bergema di telinga anda. 7. Bayangkan suara zikir anda berkumpul dikening. Kemudian zikir itu keluar dari dahi anda dan bergema memenuhi ruang tempat anda berbaring. Pada ketika itu, anda tidak merasai samada anda bernafas atau tidak.Semuanya ditumpukan pada gelombang bunyi zikir. 8. Gelombang zikir yang anda nampak melalui mata hati anda naik ke atas hingga ke syiling dan anda ikutlah bersama. 9. Pada ketika itu, anda bukalah mata anda dan anda akan melihat jasad anda terbaring di bawah. 10.Latihan awal cukup sekadar melihat sekeliling. 11.Kemudian niatlah “Pulang ke jasadku” dan anda akan pulang ke jasad. 12.Lakukan selalu latihan ini dan jika sudah mahir, buatlah perjalanan yang lebih jauh

MEMBUKA MATA BATIN

1. A’udzubillahiminassyaitonnirajim, bismillahirahmannirohiiim. ala ya’lamu man kholaqo wahuwal latiful khobir. 33x

2. Laa tudrikuhul absoru wahuwa yudrikul absoro wahuwal latiful khobir 33x

�ω çµ à2 Í‘ ô‰ è? ã�≈|Á ö/F{ $# uθ èδuρ à8 Í‘ ô‰ ムt�≈|Á ö/F{ $# ( uθ èδ uρ ß#‹ÏÜ=9$# ç� Î6 sƒ ø:$# ∩⊇⊃⊂∪

3. Allahumma ya bathinu, ya bathinu, ya bathinu. 33x

4. Doa saidina Ali r.a 7x

Page 11: wirid sampingan muallij

Wirid Sampingan Muallij

11

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

5. selawat nabi 33x 6. al-fatIhah 3x 7. al-ikhlas 3x 8. al-falaq 3x 9. an-naas 3x 10. ayat kursy 3x 11. mengucap dua kalimah syahadah 1x

12. Laaillaha illallah berulang-ulang (lebih banyak lebih bagus) Langkah Latihan (hari ke-8) 1. Suci dari hadas besar sebelum latihan 2. Seeloknya berwudhuk atau terus mandi 3. Duduklah dengan tenang (dalam bilik berseorangan atau dengan guru) dan membaca a. Istighfar – 3 kali b. Membaca syahadat – 3 kali c. Selawat Nabi - 3 kali d. Baca Al-Fatihah – 3 kali e. Baca doa Saidina Ali dan doa ini: Allahuma ya bathinu, berilah aku lemampuan melihat benda ghaib dari wirid yang aku amalkan ini ke dalam tubuh ku dan hatiku serta lindungilah aku dari kejahatan yang membinasakanku. f. Fokuskan tenaga pada titik antara dua kening dan bayangkan anda melihat persekitaran anda walaupun anda memejam mata. g. Dalam bayangan anda, anda keluar dari ruang anda dan berjalanlah. Lihatlah sekeliling . Contohnya, anda melihat adik anda membaca buku. Anda ingatlah dengan jelas buku yang dibaca tersebut. h. Lalu anda niatkan “Ya Allah, sedarkan aku”.Maka perjalanan maya anda berakhir dan bukalah mata. Anda terus bertanya adik anda tentang jenis buku yang dibaca. Jika benar, maka, tahap mata batin anda telah berjaya. i. Lakukan latihan ini semula dan melangkah lah dengan lebih jauh. Jika anda ernampak makhluk halus, maka bacakanlah Surah An-Naml:30-31 dan hembus padanya. Insyaallah, anda tidak akan diganggu. j. Jika anda gagal, jangan putus asa. Teruskan berusaha. Anda perlu membaca Surah Az-Zumar:42 berulang kali selepas membaca ayat amalan membuka batin sehingga anda berjaya melangkah ke alam maya

Page 12: wirid sampingan muallij

Wirid Sampingan Muallij

12

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Insya Allah bila dikabulkan akan mampu untuk; - melihat hal-hal yang ghaib/yang tidak mampu dilihat dengan mata lahir - mengetahui segala rahsia atau perkara bathin - mengetahui pikiran, perasaan dan niat hati seseorang - mengetahui peristiwa masa lalu dan masa yang akan terjadi insya allah Amalan ini tanpa puasa, hanya memerlukan keikhlasan dan kesabaran, serta tawakal setiap selesai solat, khususnya solat maghrib dan subuh atau solat tahajjud. Bila anda lakukan secara ikhlas dan sabar, maka hati akan terang, pintu ilmu ghaib akan terbuka, sehingga anda akan mudah menguasai bermacam-macam ilmu ghaib.

INGAT, SEMUANYA KERANA IZIN ALLAH SEMATA-MATA.

ILMU SCAN

Peringkat Kasyaf Kauni

1. Hendaklah Menjazamkan Ayatul Kursi 313 kali dahulu-Ia boleh digunakan sebagai

jurus jika menghadapi gangguan.

2. Mewiridkan Kalimah Tammah sebanyak mana yang mampu (1113x)…

3. Mewiridkan ALLAH ALLAH ALLAH 5000 kali SEHARI…tu boleh buat sambung-sambung sama ada waktu kerja, lepas solat dsb 4. Tasbih Yunus 1000 kali atau buat Amalan pendinding misalnya Kota Kursi, Kota tauhid, Rukyah dan lain-lain.

Page 13: wirid sampingan muallij

Wirid Sampingan Muallij

13

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

#1,2 &3 Bertujuan Memantapkan Diri. #4 Bertujuan Mendinding Diri. Kaedah riadahnya : 5. Mewiridkan Ayat 103 Al-An’am yakni

�ω çµà2 Í‘ ô‰è? ã�≈|Á ö/F{$# uθèδ uρ à8Í‘ ô‰ ムt�≈ |Á ö/F{$# ( uθèδ uρ ß#‹ÏÜ=9 $# ç� Î6sƒø:$# ∩⊇⊃⊂∪

1000 kali setiap hari sebanyak hari mana yang mampu. Untuk yg sudah beramal sekurangnya 21 hari, boleh mula untuk scanning sebagai latihan. 6. Untuk memantapkan lagi amalan. Boleh amalkan membaca Surah Al-mulk selama 40 malam dan malam-malam seterusnya. 7. Kaedah Latihannya : i.) pejam mata dan mula zikir Allah dalam hati sebanyak mungkin. ii.) kalau dah tenang pusatkan kepada titik antara dua kening, lihat apa yg ada. iii.) zikir lagi. Pada permulaan biasanya warna hitam dan ini akan bertukar warna dan akhir sekali akan keluar kalimah. Apa2 kalimah yg kuar itulah panduan asas kita dalam scanning nampak bukan rasa. Begitu juga cahayanya, kalau hitam tu kena buat lagi

a-kalau BIRU Tahap Siti Fatimah b-kalau HIJAU tu Tahap Rasul..... c-Kalau MERAH tu Tahap Iblis.... iv.) Walau pun cahaya biru dan Hijau sudah boleh dijadikan "lampu" pada scan tetapi janganlah dibiar setakat itu sahaja. Kalau merah lebih baik perhatikan niat dan amalan kita kemas-kemas.

8. Maka bermulalah apa yg dikatakan scanning pandangan. a) Gambaran pertama biasanya hitam putih dan gambar keluar sekeping, satu dimensi Selepas keluar gambar sekeping hitam putih, selepas tu baru keluar vision bergerak hitam putih dan akhirnya berwarna. Ada yg kes berwana dan tiga dimensi.

Page 14: wirid sampingan muallij

Wirid Sampingan Muallij

14

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

b) Kalau semasa scan keluar cahaya bercampur, bertenang dan teruskan zikir. Mungkin itu cuma gangguan dari alam ghaib. c) Scanning ibarat melihat menggunakan teropong jarak jauh. dan kelihatan seperti dari lubang pintu (cahaya kecil). Kalau diizinkan Allah maka kita boleh masuk terus dari lubang kecil itu. 9. Petua Tambahan -hilangkan rasa takut melihat jin kerana perasaan takut akan menghambat penguasaan ilmu ghaib apapun. -biasakan menzikiri Allah atau Allahhu dimana saja bila-bila masa saja. -bila permulaan latihan scan lakukan diluar rumah maknanya beratapkan langit ditengah malam. -sambil menahan nafas lihatlah gelap hingga jadi terang, dan terang hingga jadi gelap(lampu). -biasakan mandi hadas besar menjelang subuh -sabar, tidak beremosi kerana marah akan menutup kepekaan batin. PEMAGARAN GHAIB

1. Tulislah ayat suci berikut ini pada selembar kertas.

2. Kemudian rendam tulisan tersebut pada air.

3. Lalu percikan air ini di rumah. Semoga dengan ikhtiar ini rumah aman dari gangguan

makhluk halus.

PERISAI DIRI 2

Baca hawalah;

Page 15: wirid sampingan muallij

Wirid Sampingan Muallij

15

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Baca “La haula wala quwwata illa billahil aliyyul azim” dan doa penggerak

3 kali. Tarik nafas dan tahan di dua jari di bawah pusat sambil tangan kanan anda

membuat gerakan isyarat pembinaan perisai diri bermula dari sisi kiri, melalui atas

kepala ke sisi kanan, dan kemudiannya ke kiri sekali lagi sambil berdoalah dalam hati;

"Ya Allah Ya Robbi, tidak ada sesuatu pun yang memudaratkan dapat menembusi

perisai diriku ini, melainkan dengan izinMu"

sambil nazorkan/bayangkan dan rasakan satu kapsul bercahaya putih keemasan

Berbentuk membungkus anda di dalamnya dengan radiasinya (pancarannya) lebih

urang satu meter dari tubuh anda. Sekiranya mahu, boleh ulangi gerakan tangan anda

Sebanyak 3 kali.

Seterusnya yakinlah yang anda sekarang telah dibenteng dengan nur wirid dan tidak

da sesuatu yang dapat mendatangkan mudharat kepada anda dengan izin Allah s.w.t.

Untuk memagar orang lain, gunakan kaedah yang sama seperti Perisai Diri 2. Bezanya

hanya pada gerakan tangan.

Arahkan tangan anda kepada orang yang hendak dipagar/dilindungi dan buat gerakan

isyarat bulatan lawan jam sebanyak 3 kali dengan doa seperti berikut;

"Ya Allah Ya Robbi, tidak ada sesuatu pun yang memudhoratkan dapat

menembusi pagar yang memagari …..(nama orang yang berkenaan beserta nama

ibunya)…..ini, melainkan dengan izinMu".

Page 16: wirid sampingan muallij

Wirid Sampingan Muallij

16

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Akhiri gerakan dengan memutar pergelangan tangan mengikut arah jam beserta

hembuskan nafas dengan niat kunci sambil bertakbir,

أكبر �Semasa memagar orang, bayangkan dirinya dibungkus oleh nur bercahaya putih

keemasan sebagaimana pemagaran diri sendiri.

Wallahu a'alam.

TARIK PERMATA SERAI

1. Sediakan peralatan seperti berikut:

*1 baldi air

*3 kuntum bunga mekar (berlainan jenis dan warna)

*1 meter kain kuning

*1 meter kain hitam

2. Untuk menarik batu permata kuar dari bawah akar pokok serai, mula2 petik bunga

dan bacakan bismillah 9 pada bunga.

Page 17: wirid sampingan muallij

Wirid Sampingan Muallij

17

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

3. Pada air pula dibaca bismillah 5,

Page 18: wirid sampingan muallij

Wirid Sampingan Muallij

18

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

4. Kemudian campurkan bersama bunga dengan air setelah selesai, berdoalah pada

Allah apa yg kita hajatkan contohnya:

“Bismillahirrahmanirrahim, Ya Allah Ya Malik Ya Salam, aku memohon agar pekerjaan

yang akan ku laksanakan ini bukanlah pekerjaan yang sia-sia. Ya Razzak,Ya ‘Alim Ya

Basar, hanya kau sahaja yang memberi rezeki kepada kami. Allahu akbaru kabiiro, ku

mohon dengan kebesaranmu agar apa jua harta yang tersimpan di bawah tumbuhan ini

adalah milik kami semua dan lindungi kami dari gangguan jin dan syaitan. Amin, ya

rabbal ‘alamin”

5. Jiruskan semua air tu keliling pokok serai, tunggu selama 5 minit sambil berzikir dan

membaca doa penggerak sebelum cabut pokok.

100x

100x

6. Semasa menunggu minta org sekeliling yg ada supaya mereka berzikir. Terpulang

zikir apa, sama ada bertahmid, takbir, istighfar, zikir yunus semuanya boleh.

7. Cukup masa boleh mulakan proses mencabut. Pokok yg dicabut hendaklah letakkan

atas kain hitam dan mulakan operasi mencari batu permata sekarang kalau ada rezeki

lebih, mungkin akan dapat keris atau pun emas. Kumpulkan batu pertama atau apa

sahaja khazanah di atas kain kuning.

SOROMUL BATAR FI AL TASSDA LIL SIHARATIL ASROR KARYA SYEIKH WAHID

ABDUSSALAM BALI

1. Surah Al-Baqarah Ayat 102 ( Diulang Sebanyak 7x)

Page 19: wirid sampingan muallij

Wirid Sampingan Muallij

19

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

2. Surah Al-A'raf Ayat 117-122 (Diulang Sebanyak 7x)

* Kemudian ayat yang digariskan diulang sebanyak 30x

3.Surah Yunus Ayat 79-82 ( Diulang sebanyak 7x)

Page 20: wirid sampingan muallij

Wirid Sampingan Muallij

20

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

* Kemudian ayat yang digariskan diulang sebanyak 70x

4. Surah Toha Ayat 69 (Diulang sebanyak 7x)

È,ø9r&uρ $tΒ ’ Îû y7 ÏΨŠ Ïϑ tƒ ô# s) ù=s? $tΒ (#þθ ãè uΖ |¹ ( $yϑ ¯ΡÎ) (#θãè oΨ|¹ ߉ø‹x. 9� Ås≈ y™ ( Ÿωuρ ßx Î=ø� ãƒ

ã� Ïm$¡¡9$# ß] ø‹ym 4’ tA r& ∩∉∪

Cadangan Cara Mengamalkan

1. Amalan ini diteruskan sekurang-kurangnya selama seminggu hingga 40hari.

2. Ayat tersebut dibacakan ke atas diri sendiri atau pesakit dengan niat meminta kepada ALLAH agar dibatalkan sihir dan diusir jin yang mengganggu diri sendiri atau pesakit selama-lamanya.

3. Ayat tersebut dibacakan keatas minyak zaitun atau minyak habbatussauda (jintan hitam) dan disapu ke seluruh anggota sujud , atau ke seluruhbadan kecuali qubul dan dubur (kemaluan depan dan belakang)

4. Dibacakan keatas air yang mencukupi untuk tujuan minuman dan mandi

Cara minum yang dicadangkan ialah dimulakan dengan bismillah dan doa kepada Allah terlebih dahulu, dan minum dengan 3 teguk, boleh juga diulang sehingga terasa kenyang Cara mandi yang dicadangkan, -sebagai bilasan terakhir dan mandi ketika waktu selepas asar hingga waktu sebelum maghrib atau

Page 21: wirid sampingan muallij

Wirid Sampingan Muallij

21

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

- mandi ketika waktu tengah malam iaitu jam 11.30 malam - 12.00 t/malam, atau sebelum solat subuh, dan - mandi sebagai bilasan terakhir dengan mencurahkan air ke kaki hingga ke kepala,atau dengan menyimbah 3x kebahagian kanan, 3x kebahagian kiri dan akhirnya ke kepala Mudah-mudahan mendapat manfaat.

Doa sakit mata

Binatang, serangga dan sampah masuk mata.

1. Baca doa penyembuh nabi.

Kemudian tiup mata pesakit perlahan dengan ayat 13 surah Qaf

׊%tæ uρ ãβöθtãö� Ïù uρ ãβ≡ uθ÷zÎ) uρ 7Þθä9 ∩⊇⊂∪

2. Jika sakit mata kanan

a. Pesakit Pejam mata. Pesakit berada depan perawat dan mendiamkan diri.

b. Perawat juga pejam mata.

c. Perawat gunakan tangan kiri

d. Sapu mata perawat sebelah kanan dengan tangan kiri dari atas dan letak di mata

kanan perawat sambil membaca:

alif ba ba berubah

alif ba ba beralih

alif ba ta turun

3. Jika sakit mata kiri

a. Pesakit Pejam mata. Pesakit berada depan perawat dan mendiamkan diri.

b. Perawat juga pejam mata.

c. Perawat gunakan tangan kanan

Page 22: wirid sampingan muallij

Wirid Sampingan Muallij

22

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

d. Sapu mata perawat sebelah kiri dengan tangan kanan dari atas dan letak di mata

kanan perawat sambil membaca:

alif ba ba berubah

alif ba ba beralih

alif ba ta turun

4. Ulang sekali lagi jika tidak sembuh juga.

5. Berikan air bismillah 5 dan bismillah 6.

6. Amalan ini juga boleh dibuat untuk mata rabun/katarak

SEJENAK BERSAMA HADIS

Diriwayatkan daripada Siti Aisyah r.a bahwa Rasulullah s.a.w apabila hampir ke tempat tidurnya, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya, lalu menghebuskan kepadanya seraya membaca:

a) Surah Ikhlas b) Surah Falaq c) Surah Nas Kemudian menyapu kedua telapak tangan tadi keseluruhan badannya, yakni mana yang tersampai, dimulakan dari kepala dan wajahnya dan mana yang sampai dari badanya, dibuatnya begitu sampai tiga kali. Berkata Aisyah lagi: Apabila beliau sakit disuruhnya aku membuat semacan itu kepadanya (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kami meriwayatkan Daripada Siti Aisyah r.a. bahwa Nabi s.a.w apabila ada orang yang mengadu sakit, ataupun ada tumbuh bisul atau ada tanda luka, beliau meletakkan hujung jari telunjuknya ke bumi, sebagaimana yang diberitakan oleh Sufyan bin Uyainah perawi Hadis ini, kemudian diangkatnya seraya mengucapkan:

Artinya: Dengan nama Allah, tanah bumi kita, dengan air ludah sesama kita, sampai sembuh

pesakit kita, dengan izin Tuhan kita.

(Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud dan lain-lain)

Dalam riwayat lain: Adalah Rasulullah s.a.w. seringkali menjampi dengan mengucapkan:

Page 23: wirid sampingan muallij

Wirid Sampingan Muallij

23

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Artinya: Lenyapkanlah kepayahan daripadanya, duhai Tuhan manusia! Di tanganMulah

penyembuhan itu, tiada yang dapat melenyapkan penyakit itu melainkan Engkaulah saja!

Kami meriwayatkan daripada Anas r.a. bahwa dia telah berkata kepada sahabat Tsabit r.a.

Tahukah engkau, aku menjampimu dengan jampian Rasulullah s.a.w? Jawab Tsabit: tentu sekali!

Maka Anas pun membacakan jampiannya begini:

Artinya: Ya Allah, Tuhan manusia, wahai Tuhan yang menghilangkan kepayahan!

Sembuhkanlah dia kerana Engkaulah penyembuh, tiada penyembuh lain melainkan Engkaulah

saja, suatu penyembuhan yang tiada meninggalkan penyakit. (Riwayat Bukhari)

Kami meriwayatkan daripada Usman Bin Abul-Ash r.a. bahwa dia pernah mengadukan suatu

penyakit yang menimpa dirinya kepada Rasulullah s.a.w., maka beliau pun mengatakan:

Letakkan tanganmu di tempat yang kau rasakan sakit pada badanmu, kemudian bacalah:

Bismillah sebanyak (3 kali), lalu ucapkanlah doa ini sebanyak 7 kali:

Artinya: Aku berlindung diri dengan keperkasaan Allah dan kekusaanNya daripada bahaya

yang aku temui dan aku takut.

Kami meriwayatkan dengan isnad yang sahih daripada Ibnu Abbas r.a. daripada Nabi s.a.w.

beliau bersabda: Barangsiapa yang menziarahi pesakit yang belum tiba ajalnya, lalu dia

mengucapkan doa ini sebanyak (7 kali):

Artinya: Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Pemilik arasy yang agung, mudah-

mudahan Dia menyembuhkanmu! – melainkan Allah s.w.t. akan menyembuhannya daripada

penyakit itu.

Kami meriwayatkan daripada Abu Umamah r.a. dia berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w :

Page 24: wirid sampingan muallij

Wirid Sampingan Muallij

24

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Artinya: “ kesempurnaan ziarah pesakit, iatu hendaklah seseorang kamu meletakkan tangannya

ke atas dahi pesakit, atau pada tangannya, lalu menanyakan keadaannya, bagaimana dia?!”

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. pernah mengajar para sahabat

doa untuk menghilangkan derita sakit dan daripada sakit demam panas, beliau membaca:

Artinya: Dengan nama Allah yang Maha Agung, kami berlindung diri dengan Allah yang Maha

Agung, daripada keluhan urat yang berbisa, dan daripada penderitaan panas sakit yang

membakar.

Hendaklah membacakan (1) Al-Fatihah ke atas dirinya sendiri bila sakit dengan:

(2) Al-Ikhlas

(3) Al- Mu’awwidzatain

Kemudian ditiupkannya pada kedua belah tanganya serta menyapukan ke seluruh badannya, seperti

yang telah disebutkan terdahulu dari ini. Kemudian hendaklah dia berdoa untuk menjauhkan bencana

dari dirinya.

Mencita-citakan mati kerana sesuatu bahaya yang menimpa diri adalah makruh hukumnya, tetapi jika ia takut fitnah terhadap agamanya, Maka mencita-citakan yang demekian adalah harus hukumnya.

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: telah bersabda Nabi s.a.w. Jangan sekali-kali seseorang kamu menginginkan mati kerana sesuatu bahaya yang menimpanya, dan kalau pun dia terpaksa melakukannya, maka hendaklah dia mengatakan:

Maksudnya: Ya Allah, ya Tuhanku! Hidupkanlah aku selama kehidupanku baik bagi diriku, dan

wafatkanlah aku apabila wafat itu baik bagi diriku!

Diriwayatkan daripada Ummul – Mukminin Hafshah binti Umar r.a. dia berkata: telah berucap Umar r.a.:

Yakni: Ya Allah, ya Tuhanku! Kurnikanlah aku mati syahid pada jalanMu, dan biarlah

Page 25: wirid sampingan muallij

Wirid Sampingan Muallij

25

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

kematianku berlaku pada negeri RasulMu s.a.w.!- Maka berkata Siti Hafshah kepada ayahnya:

Apakah ini boleh berlaku? Jawab Umar: Jika dikehendaki Allah, semuanya akan berlaku!

Diriwayatkan daripada Abu sa’id Al-Khudri r.a katanya: telah bersabda Rasulullah s.a.w:

“ Jika kamu datang menjenguk orang sakit, hendaklah kamu melapangkan dirinya darihal

ajalnya, kerana yang demekian itu tiada mengubah sesuatu (yang sudah ditakdirkan baginya),

tetapi itu akan melunakkan hatinya. (Riwayat Termizi dan Ibnu Majah dengan Isnad dhaif)

Diriwayatkan daripada Siti Aisyah r.a. dia berkata: Saya menyaksikan hari-hari terakhir

Rasulullah s.a.w. sedang beliau menghadapi maut, dan di tangannya ada sebuah bekas air, beliau

mencelupkan tangannya ke dalam bekas air itu, kemudian disapukan air itu ke wajahnya seraya

mengucapkan:

Yakni: Ya Allah, ya Tuhanku! Bantulah aku untuk menghadapi kepayahan-kepayahan maut dan

sakaratul-maut.

§ Dianjurkan supaya dia memperbanyak membaca Al-Quran dan membawa zikir dan wirid. Makruh dia mengeluh, berkelakuan buruk, memaki- maki orang, bertengkar dan bergaduh pada hal-hal yang tiada berkaitan dengan urusan agama. § Mensyukuri Allah Ta’ala dengan hatinya dan lisannya, serta mengingat bahwa masa itu adalah detik-detik terakhir dari hayatnya di dunia ini, agar di dapat mengakhiri hayatnya di dunia ini dengan membuat perkara-perkara yang baik. § Mengembalikan hak-hak orang kepada orang empunyanya: seperti amanah, wadi’ah dan pinjaman. § Meninggalkan pesanan tentang urusan anak-anaknya jika mereka tidak mempunyai datuk. § Selalu mengingatkan dirinya dengan membaca ayat-ayat Al-Quran yang menyimpulkan harapan kepada Allah, dan dia membacanya dengan suara-suara yang perlahan-lahan ataupun disuruhkan orang lain membacanya dan dia mendengarnya. § Hendaklah dia berusaha mengakhiri detik-detik umurnya itu dengan membuat hal-hal yang sempurna. § Bersabar atas sakitnya § Berbelas kasihan kepada orang-orang yang ditinggalkannya seperti anak yang kecil, pembantu, jariah dan selainnya. § Berpesan untuk meninggalkan apa yang biasa dibuat dari berbagai-bagai bid’ah pada ketika ada jenazah di rumah dan diambil janji tidak akan melakukannya. § Dianjurkan supaya dia mengatakan kepada mereka dari masa ke masa kata-kata ini: Bila kamu mendapati aku mencuaikan sesuatu, maka hendaklah kamu mengingatkan aku tentang kecuaianku. § Dan apabila menghadapi nazak hendaklah memperbanyak membaca: Laa Illaaha Illallaah! Supaya menjadi kalimat yang terakhir diucapkan ialah kalimat itu, kerana kami telah meriwayatkan daripada Mu’az bin Jabal, dia berkata: telah bersabda Rasulullah s.a.w. :

Page 26: wirid sampingan muallij

Wirid Sampingan Muallij

26

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Artinya: Barangsiapa penghabisan bicaranya kalimah Laa Ilaaha Illallaah, niscaya akan

memasuki syurga”

SABAR MENGHADAPI UJIAN ALLAH

( Surah Al Baqarah ayat 155 – 156 )

ΝΝΝΝ ää ää3333 ¯¯ ¯¯ΡΡΡΡ uu uuθθθθ èè èè==== öö öö7777 oo ooΨΨΨΨ ss ss9999 uu uuρρρρ && && óó óó yy yy´ ÎÎ ÎÎ//// zz zz ÏÏ ÏÏ ii iiΒΒΒΒ ÅÅ ÅÅ∃∃∃∃ öö ööθθθθ ss ssƒƒƒƒ øø øø:::: $$ $$#### ÆÆ ÆÆííííθθθθ àà ààffff øø øø9999 $$ $$#### uu uuρρρρ << <<ÈÈÈÈ øø øø)))) tt ttΡΡΡΡ uu uuρρρρ zz zz ÏÏ ÏÏ ii iiΒΒΒΒ ÉÉ ÉÉΑΑΑΑ≡≡≡≡ uu uuθθθθ øø øøΒΒΒΒ FF FF{{{{ $$ $$#### ÄÄ Äħ§§§ àà àà����ΡΡΡΡ FF FF{{{{ $$ $$#### uu uuρρρρ ÏÏ ÏÏNNNN≡≡≡≡ tt tt���� yy yyϑϑϑϑ ¨¨ ¨¨WWWW9999 $$ $$#### uu uuρρρρ 33 33 ÌÌ ÌÌ���� ÏÏ ÏÏ ee ee±±±± oo oo0000 uu uuρρρρ

šš šš ÎÎ ÎÎ ÉÉ ÉÉ9999≈≈≈≈ ¢¢ ¢¢ÁÁÁÁ9999 $$ $$#### ∩∩∩∩⊇⊇⊇⊇∈∈∈∈∈∈∈∈∪∪∪∪ tt tt ÏÏ ÏÏ%%%% ©© ©©!!!! $$ $$#### !! !!#### ss ssŒŒŒŒ ÎÎ ÎÎ)))) ΝΝΝΝ ßß ßßγγγγ ÷÷ ÷÷FFFF uu uu;;;;≈≈≈≈ || ||¹¹¹¹ rr rr&&&& ×× ××ππππ tt tt7777ŠŠŠŠ ÅÅ ÅÅÁÁÁÁ •• ••ΒΒΒΒ (( ((#### þþ þþθθθθ ää ää9999$$$$ ss ss%%%% $$$$ ¯¯ ¯¯ΡΡΡΡ ÎÎ ÎÎ)))) ¬¬ ¬¬!!!! !! !!$$$$ ¯¯ ¯¯ΡΡΡΡ ÎÎ ÎÎ)))) uu uuρρρρ ÏÏ Ïϵµµµ øø øø‹‹‹‹ ss ss9999 ÎÎ ÎÎ)))) tt ttββββθθθθ ãã ããèèèè ÅÅ ÅÅ____≡≡≡≡ uu uu‘‘‘‘ ∩∩∩∩⊇⊇⊇⊇∈∈∈∈∉∉∉∉∪∪∪∪

155. Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan,

kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira

kepada orang-orang yang sabar.

156. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna

lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun"[101].

[101] artinya: Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami

kembali. kalimat Ini dinamakan kalimat istirjaa (pernyataan kembali kepada Allah).

Disunatkan menyebutnya waktu ditimpa marabahaya baik besar maupun kecil.

MAKSUD AYAT SECARA MENYELURUH

- Dalam ayat 155, Surah Al Baqarah Allah menjelaskan beberapa contoh / bentuk musibah yg menimpa manusia. Mereka yang berjaya menghadapi ujian Allah adalah mereka yang teguh imannya, bersifat sabar, sentiasa mengingati Allah, melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

- Manusia hendaklah sentiasa berusaha & memohon perlindungan Allah dan reda dgn ketentuanNya.