d’puncak - careercounselling4u.uitm.edu.my · kecantikan. kajian juga ... kanak-kanak lebih...

5
1 AROMATERAPI DAN MINYAK PATI Manfaat untuk Kesihatan Mental NEWSLETTER DATE KAUNSELING D’PUNCAK Keluaran Mac 2018 Sekiranya tuan/puan ingin mendapatkan perkhidmatan kaunseling, tuan/puan boleh menghubungi talian berikut untuk maklumat lanjut:- 03-32584069—Pejabat Am UKK 03-32584084—Sulaiman Selamat 03-32584075— Hjh Rozainun Mahmod 03-32584085— Mawaddah Fida Farid 03-32584094—Azila Bakri 03-32584074– Nurfatihah Aziz 03-32584081—Mohd Zulkhairi Ibrahim APA ITU AROMATERAPI? Aromaterapi adalah rawatan yang bertujuan untuk meningkatkan tenaga, mengurangkan tekanan dan memulihkan keseimbangan yang hilang pada minda, tubuh dan jiwa. (Robert Tisserand) Penggunaan pati aromatik (minyak pati) yang diekstrak dari tumbuh-tumbuhan digunakan bagi meningkatkan proses penyembuhan semula jadi kepada seseorang. Terapi ini berupaya untuk mengimbangi, mengawal, menyembuh dan mengekalkan kesejahteraan diri melalui penggunaan minyak pati yang bersesuaian dengan situasi yang dihadapi. (Jade Shutes)

Upload: trandien

Post on 12-Mar-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

AROMATERAPI DAN MINYAK PATI

Manfaat untuk Kesihatan Mental

B U S I N E S S N A M E

Newsletter Title

N E W S L E T T E R D A T E

KAUNSELING

D’PUNCAK

Keluaran Mac 2018

Sekiranya tuan/puan ingin mendapatkan perkhidmatan

kaunseling, tuan/puan boleh

menghubungi talian berikut

untuk maklumat lanjut:-

03-32584069—Pejabat Am UKK

03-32584084—Sulaiman Selamat

03-32584075— Hjh Rozainun

Mahmod

03-32584085— Mawaddah Fida

Farid

03-32584094—Azila Bakri

03-32584074– Nurfatihah Aziz

03-32584081—Mohd Zulkhairi

Ibrahim

APA ITU AROMATERAPI?

Aromaterapi adalah rawatan yang bertujuan untuk

meningkatkan tenaga, mengurangkan tekanan dan memulihkan

keseimbangan yang hilang pada minda, tubuh dan jiwa. (Robert

Tisserand)

Penggunaan pati aromatik (minyak pati) yang diekstrak dari

tumbuh-tumbuhan digunakan bagi meningkatkan proses penyembuhan

semula jadi kepada seseorang. Terapi ini berupaya untuk

mengimbangi, mengawal, menyembuh dan mengekalkan

kesejahteraan diri melalui penggunaan minyak pati yang bersesuaian

dengan situasi yang dihadapi. (Jade Shutes)

2

KAEDAH AROMATERAPI

Difusi

Gunakan alat difusi untuk menyebarkan wangian minyak pati ke seluruh bilik mahupun ruang

kediaman.

Semburan

Campurkan sedikit air dan minyak pati ke dalam alat semburan, kemudian semburkan ke kawasan

yang dikehendaki.

Urutan

Minyak pati boleh dicampurkan bersama minyak urutan kerana memberikan kelegaan dan

mengurangkan stres.

Mandian

Wangian minyak pati berserta garam memberi keselesaan dan kesegaran.

Produk Kecantikan

Campuran minyak pati ke dalam minyak wangi, losyen badan, gel mandian, syampu rambut dan

sabun dapat menambahkan keyakinan diri dan mendamaikan jiwa.

3

4 MANFAAT AROMATERAPI UNTUK KESIHATAN MENTAL

Dr. Mason Turner, Ketua Psikiatri di Kaiser Permanente San Francisco berkata, menghirup aroma

yang nyaman juga boleh menimbulkan tindak balas emosi yang positif. Yang menariknya, menghidu

sesuatu dapat membawa kembali kenangan seseorang kepada zaman silamnya. Setiap bauan

membawa kita kepada situasi yang tertentu, menggamit kembali kenangan suka duka dan

menghidupkan suasana yang kita saja yang tahu.

Berikut merupakan beberapa manfaat aromaterapi kepada kesihatan mental:-

a) Kebimbangan

Beberapa kajian melaporkan bahawa minyak pati lavender membantu melegakan kebimbangan.

Aromaterapi mempunyai kesan terhadap perasaan, prestasi kognitif dan rasa santai pada orang

dewasa.

b) Dementia

Terdapat penyelidikan awal yang menunjukkan bahawa aromaterapi yang digunakan bersama

urutan boleh membantu menenangkan pesakit demensia yang gelisah.

c) Depresi

Kajian yang diterbitkan dalam Natural Product Communications mendapati bahawa minyak pati

melati yang disapukan pada kulit selama lapan minggu membantu memperbaiki emosi akibat

tenaga yang rendah. Ia juga dapat merangsang dan mengaktifkan otak.

d) Insomnia/ Masalah tidur

Kajian yang diterbitkan dalam European Journal of Applied Physiology mendapati bahawa bau teh

melati memberi kesan penenang pada aktiviti saraf dan perasaan. Menghidu campuran minyak pati

melati dengan minyak pati lavender membantu mengurangkan denyutan jantung dan merangsang

perasaan tenang, sekaligus memberi tidur yang lena.

4

MINYAK PATI SEBAGAI RAWATAN ALZHEIMER DAN DEMENTIA

Lavender

Minyak lavender memiliki sifat menenangkan dan mampu menyeimbangkan emosi. Ia digunakan bagi

mengurangkan depresi, meredakan kemarahan dan perasaan mudah sensitif, serta membantu

meringankan gejala insomnia.

Peppermint

Minyak peppermint dapat memberi tenaga dan digunakan untuk merangsang fikiran serta

menenangkan saraf.

Rosemary

Minyak rosemary merupakan minyak yang mampu meningkatkan semangat, merangsang fikiran dan

tubuh, meningkatkan prestasi kognitif, meringankan sembelit, mengurangkan gejala depresi serta

menambahkan nafsu makan.

Bergamot

Bergamot digunakan untuk meredakan perasaan cemas, depresi ringan serta stres, melegakan

perasaan yang berkecamuk dan mengurangkan gejala insomnia.

Ylang Ylang

Ylang ylang atau minyak kenanga meredakan depresi, menggalakkan tidur yang berkualiti, berkesan

dalam merawat gejala Alzheimer, membantu masalah kurang tidur serta mengatasi kegelisahan.

5

KESIMPULAN

Setelah melihat manfaat aromaterapi dan penggunaan minyak pati, jelaslah bahawa kaedah

ini sudah popular digunakan sejak zaman dahulu kala. Minyak pati semakin kerap digunakan

terutamanya sebagai minyak urutan dan juga sebagai bahan penting dalam sesebuah produk

kecantikan. Kajian juga menunjukkan aromaterapi memberi pelbagai manfaat terutamanya untuk

kesejahteraan emosi, fizikal dan mental.

Walaupun begitu, masih terdapat risiko yang mungkin terjadi jika tidak mendapatkan konsultasi

daripada pakar terlebih dahulu. Sage, rosmary dan minyak juniper boleh mengecutkan uterus jika

diambil secara berlebihan. Malah, penggunaannya tidak digalakkan ketika hamil. Manakala, bayi dan

kanak-kanak lebih berisiko mendapat kesan sampingan dan iritasi terhadap kulit sekiranya dioleskan

secara langsung. Sebaik-baiknya minyak pati ini diambil secara sederhana bagi mengelakkan

sebarang iritasi mahupun kesan alergi berlaku.

Disediakan Oleh:-

Nordiana Binti Mohd. Nawi

Pelajar Praktikal

Unit Kerjaya & Kaunseling

Rujukan

1. https://www.atsirich.com/288/4-essential-oil-untuk-mengatasi-depresi-cara-menggunakannya/

2. http://www.celiknutrisi.my/2016/08/04/young-living-essential-oils-penawar-stress-ibu-ibu-cara-hilangkan-stress/

3. https://www.atsirich.com/3034/7-essential-oil-untuk-alzheimer-demensia-cara-menggunakannya/

4. https://www.atsirich.com/429/apa-itu-aromaterapi-9-manfaat-kesehatan-sejarah-efek-sampingnya/

5. https://www.atsirich.com/234/12-manfaat-dan-efek-samping-jasmine-essential-oil-minyak-melati/

6. https://www.healthyplace.com/alternative-mental-health/treatments/aromatherapy-for-mental-health-conditions/

7. https://www.healthline.com/health/depression/aromatherapy

8. https://naha.org/explore-aromatherapy/about-aromatherapy/what-is-aromatherapy/

9. https://ms.oldmedic.com/aromatherapy-for-depression-5102

Editor & Reka letak: Nurfatihah Aziz