sajak kunci bahasa

3
Kunci Bahasa (Abdul Hadi Yusof) MAKSUD SAJAK Rangkap Maksud 1 Penyajak menegaskan bahawa bahasa yang bermaruah digambarkan oleh penutur yang berbicara dan bertutur dengan bahasa yang betul dan penuh kesantunan. 2 Bahasa yang maju sentiasa mengalami perubahan yang dinamik dan bersistematik walaupun berlaku perubahan masa. 3 Sejak dahulu lagi, susunan bahasa dibuat begitu sistematk sehingga tidak timbul sebarang kekeliruan. 4 Penggunaan bahasa yang bersusila menjadi pengikat hubungan sesama insan. 5 Bahasa digunakan untuk berkomunikasi 6 Bahasa didapati begitu indah apabila lahir daripada ungkapan-ungkapan dan susunan kata serta bahasa yang puitis. TEMA

Upload: susilawati-raya-sugianto

Post on 03-Feb-2016

294 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

aktiviti kelas

TRANSCRIPT

Page 1: SAJAK Kunci Bahasa

Kunci Bahasa

(Abdul Hadi Yusof)

MAKSUD SAJAK

Rangkap Maksud

1Penyajak menegaskan bahawa bahasa yang bermaruah digambarkan oleh penutur

yang berbicara dan bertutur dengan bahasa yang betul dan penuh kesantunan.

2Bahasa yang maju sentiasa mengalami perubahan yang dinamik dan bersistematik

walaupun berlaku perubahan masa.

3Sejak dahulu lagi, susunan bahasa dibuat begitu sistematk sehingga tidak timbul

sebarang kekeliruan.

4 Penggunaan bahasa yang bersusila menjadi pengikat hubungan sesama insan.

5 Bahasa digunakan untuk berkomunikasi

6Bahasa didapati begitu indah apabila lahir daripada ungkapan-ungkapan dan

susunan kata serta bahasa yang puitis.

TEMA

Bahasa dan peranannya dalam masyarakat. Bahasa penuh dengan keindahan dan

digunakan untuk berkomunikasi

PERSOALAN

1 Bahasa yang bermaruah. Bahasa perlu digunakan sebaiknya bagi mengelakkan

orang lain terguris hatinya.

2 Bahasa akan terus berkembang jika digunakan berterusan oleh masyarakat dan

tidak akan hilang ditelan zaman.

Page 2: SAJAK Kunci Bahasa

3 Bahasa klasik atau tradisional tidak akan luntur dan sering digunakan untuk

menyampaikan nasihat, kiasan dan sebagai alat komunikasi.

4 Bahasa membuka jalan kepada ikatan silaturahim yang baik jika digunakan secara

berhemah.

BENTUK

Terikat

Terdapat enam rangkap

Semua rangkap mempunyai dua baris dan rimanya ‘aa’.

GAYA BAHASA

Pengulangan kata - Contoh: bahasa dan tidak

Bahasa Arab - Contoh: ukhwah dan ummah

Metafora - Contoh: jambatan ukhwah

Asonansi - pengulangan vokal i - Contoh : tidak berbilur bahasa di lidah

Aliterasi - pengulangan konsonan b - Contoh : bahasa berbuah

NILAI

Bersopan santun - Contoh: bahasa bermaruah/bahasa berbudi.

Pemurah - Contoh: tidak lokek pada ummah

PENGAJARAN

Kita hendaklah bersopan santun semasa berkata-kata agar tidak menguris

hati orang lain.

Contoh: Bahasa bermaruah

tidak berbilur bahasa di lidah

Kita hendaklah memelihara bahasa agar tidak hilang ditelan zaman.

Contoh: Bahasa bersejarah

tidak luput bahasa bertingkah

Page 3: SAJAK Kunci Bahasa