gaya bahasa sajak usman awang

25
Makna Stail/ Gaya Kata stail atau gaya berasal daripada bahasa Latin, stilus, bahasa Greek pula, stylos bermaksud manner of writing. Gaya atau stail ialah keseluruhan proses yang diperguna untuk memindahkan fikiran penulis kepada bahasa sebagai media utama karya sastera. Robert P. Warren dan Cleanth Brooks pula menyatakan bahawa stail merujuk kepada pemilihan dan penyusunan bahasa penulis. Jelaslah bahawa stail mempunyai hubungan dengan peribadi atau pemikiran seseorang penulis (Seiichi Makino, 1972 : 243). Stail atau gaya dalam karya kreatif dapat dianggap sebagai jalinan penulisan yang berhubung dengan diksi, imej, imajan, sintaksis dan unsur-unsur bunyi. Penulis karya kreatif menulis dengan stail yang tersendiri. Penggunaan bahasa adalah sesuai dengan apa yang ingin disampaikannya untuk memberi kesan estetik kepada pembaca. Dalam konteks penulisan sajak, gaya dianggap sebagai cara penyair menggunakan bahasa untuk menimbulkan kesan tertentu. Apabila sajak dibaca atau dihayati, kesan estetik sajak dapat dirasai pembaca. Pembaca dapat mengesan stail yang dipilih atau digunakan oleh seseorang penyair dalam sajak-sajaknya. Perbicaraan tentang stail atau gaya bahasa dalam hubungannya dengan kesusasteraan sebenarnya adalah pembicaraan yang khusus tentang penggunaan bahasa. Maksud gaya bahasa dalam sajak ialah cara penyair memberikan watak kepada 1

Upload: putera-amuk

Post on 02-Jul-2015

4.453 views

Category:

Documents


29 download

TRANSCRIPT

Page 1: Gaya Bahasa Sajak Usman Awang

Makna Stail/ Gaya

Kata stail atau gaya berasal daripada bahasa Latin, stilus, bahasa Greek pula,

stylos bermaksud “manner of writing.” Gaya atau stail ialah keseluruhan proses

yang diperguna untuk memindahkan fikiran penulis kepada bahasa sebagai

media utama karya sastera. Robert P. Warren dan Cleanth Brooks pula

menyatakan bahawa  stail  merujuk kepada pemilihan dan penyusunan bahasa

penulis. Jelaslah bahawa stail mempunyai hubungan dengan peribadi atau

pemikiran seseorang penulis (Seiichi Makino, 1972 : 243). Stail atau gaya dalam

karya kreatif dapat dianggap sebagai jalinan penulisan yang berhubung dengan

diksi, imej, imajan, sintaksis dan unsur-unsur bunyi. Penulis karya kreatif menulis

dengan stail yang tersendiri. Penggunaan bahasa adalah sesuai dengan apa

yang ingin disampaikannya untuk memberi kesan estetik kepada pembaca.

Dalam konteks penulisan sajak, gaya dianggap sebagai cara penyair

menggunakan bahasa untuk menimbulkan kesan tertentu. Apabila sajak dibaca

atau dihayati, kesan estetik sajak dapat dirasai pembaca. Pembaca dapat

mengesan stail yang dipilih atau digunakan oleh seseorang penyair  dalam

sajak-sajaknya.

Perbicaraan tentang stail atau gaya bahasa dalam hubungannya dengan

kesusasteraan sebenarnya adalah pembicaraan yang khusus tentang

penggunaan bahasa. Maksud gaya bahasa dalam sajak ialah cara penyair

memberikan watak kepada penulisannya dengan memperguna bahasa sebagai

media untuk menyalurkan idea atau perutusan kepada pembaca. Penyair

1

Page 2: Gaya Bahasa Sajak Usman Awang

haruslah bijak menggunakan bahasa dalam sajaknya. Kebijaksanaan penyair

menggunakan bahasa yang tepat, segar dan asli akan dapat memperlihatkan ciri

keindividualan dan peribadi kepenyairannya serta mempamerkan warna kepada

keindahan sajak-sajaknya.

Stilistik

Dalam disiplin linguistik, terdapat stilistik. Stilistik merujuk kepada penggunaan

prinsip-prinsip linguistik terhadap bahasa sastera. Stilistik atau ilmu gaya dapat

diangap sebagai kajian variasi linguistik. Variasi linguistik ini mempunyai

hubungan yang rapat dengan konteks teks dan konteks situasi. Stilistik

mempunyai hubungan yang rapat dengan disiplin sosiolinguistik dan dialektologi.

Kedua-duanya pula merupakan cabang linguistik.

Beberapa pendapat lain yang dapat dikutip tentang stilistik ialah yang pernah

diutarakan oleh Donald C. Freeman (1970 : 4). Baginya stilistik itu melihat

penggunaan bahasa yang menyimpang atau deviasi daripada norma-norma

tatabahasa, penggunaan pengulangan dan meminjam usaha-usaha pengarang

(dalam konteks ini penyair) untuk mendapatkan kepadatan tulisannya. J.

Middleton Murry pula berpendapat bahawa stilistik itu ialah gaya sebagai sesuatu

yang istimewa, sebagai teknik eksposisi, pencapaian estetika dan pernyataan 

sikap penulis. Pemilihan kata dan penyusunan struktur ayat itu memperlihatkan

ciri-ciri keperibadian penulis.

2

Page 3: Gaya Bahasa Sajak Usman Awang

Bahasa sastera khasnya bahasa puisi paling menonjol deviasi atau

penyimpangan bahasa. Dalam kajian puisi, stilistik melihat kaitan bahasa puisi

dengan unsur linguistik seperti fonologi, morfologi dan sintaksis. Stilistik juga

melihat diri puisi sebagai bahasa kreatif yang membenarkan terjadi deviasi/

penyimpangan dalam aspek-aspek linguistik secara eksplisit mahupun implisit.

Dalam kajian stilistik, karya-karya sastera dianalisis dengan menggunakan

pendekatan linguistik. Tujuan utama ialah untuk melihat dan mengesan nilai

estetik atau gaya pemakaian bahasa dalam diri karya-karya tersebut. Penerapan

unsur-unsur linguistik-stilistik dalam menilai karya-karya sastera sebenarnya

dapat membantu disiplin kritikan sastera supaya lebih mantap, beraneka ragam,

dan Tahap penghayatan karya-karya sastera itu dapat diangkatkan lagi

tingkatnya.

Stail Kepenyairan

Karya kreatif dalam genre puisi dan prosa tidak sama dengan karya non-kreatif.

Pengarang-pengarang karya kreatif lebih menjurus kepada stailnya yang

tersendiri dalam proses penciptaannya. Jika dibandingkan antara puisi dengan

karya prosa, stail dan deviasi lebih ternampak pada karya-karya puisi. Masing-

masing penyair ternama seperti Chairil Anwar, Sutardji Calzoum Bachri, Sitor

Sitomurang, W.S.Rendra, Amir Hamzah dan Sapardi Djoko Damono dan

sebagainya di Indonesia atau Muhammad Hj. Salleh, Kassim Ahmad, Baha Zain,

3

Page 4: Gaya Bahasa Sajak Usman Awang

Usman Awang, Latiff Mohidin dan Kemala di Malaysia, mempunyai stail

kepenyairan tersendiri.

Stail kepenyairan seseorang penyai lebih terlihat sangat intim dengan unsur

deviasi bahasa yang dipakai. Stail itu dalam proses penciptaan puisi dapat

dianggap sebagai hak cipta dan hak diri penyair. Dan stail juga adalah sebagai

eksploitasi ragam bahasa dalam berkarya. Stail dan deviasi adalah warna

peribadi penyair itu sendiri. Stail berpuisi yang terpancar pada puisi-puisi

seseorang penyair dapat mewarnai ciri peribadi kepenyairannya.

Penyair memang amat tidak menyedari tentang stail yang dimiliki. Tetapi

pengkritik yang kuat dan berperanan besar dalam menyelami stail yang wujud

dalam diri sajak-sajaknya yang tercipta. Kritikawan sastera yang memakai acuan

linguistik lebih melihat aspek deviasi dalam bahasa puisi.. Deviasi merupakan

sebahagian daripada gagasan stilistik. Genre puisi/ sajak yang terhasil tetap

mengandungi beberapa bentuk deviasi kerana setiap penciptaan itu terhasil

melalui proses dan ciri-ciri tertentu. Deviasi terlalu lumrah terdapat dalam proses

dan ciri penglahiran puisi. Dalam proses penciptaan puisi itu sendiri, soal

kongkongan tatabahasa tidak dikenakan terlalu ketat. Sifat sajak sendiri

mempunyai kebebasan pemakaian dan penggunaan apa sahaja unsur-unsur

bahasa untuk penyampaian mesej penyair kepada khalayak.

4

Page 5: Gaya Bahasa Sajak Usman Awang

Pendahuluan

Selalunya, bahasa yang indah dikaitkan dengan sesebuah puisi. Sama ada puisi

tradisional atau moden. Puisi dianggap sebagai wadah peluahan rasa. Hal ini

telah sekian lama dimanfaatkan oleh penyair. Melalui puisi, seseorang penyair

bercerita tentang sesuatu yang cukup besar dalam nilai fikirannya yang hendak

dikongsi dengan umum.

Walaupun dalam bahasa yang singkat dan ringkas dalam sesebuah puisi, tetapi

isinya padat serta penuh makna. Seperti yang kita sedia maklum, puisi terbina

bercirikan bahasa yang baik dan disusun dengan sebaiknya. Justeru, bukan

semua mampu mentafsirkan lapis makna bagi setiap diksi yang digunakan.

Elemen keindahan bahasa bukan sahaja dituntut dalam sesebuah puisi tetapi

juga dalam pengucapan yang mampu memberi kesan dan rangsangan kepada

pendengarnya. Pengucapan yang baik dan indah melalui pemilihan kata, jalinan

diksi dan mainan ritma dalam ayat memberi pemaknaan yang cukup besar

dalam pengertian sesebuah pengucapan.

Keindahan dan keunikan bahasa sebagai satu pengucapan mampu

merungkaikan perasaan yang terdapat dalam pemaknaan ungkapan tersebut.

Lantaran itu, bahasa yang ditekuni dengan pemilihan kata yang tepat, sesuai dan

jitu akan membina nilai pemikiran yang besar apabila dibaca atau diungkapkan

Pada umumnya, bahasa merupakan satu daripada wahana perhubungan dan

komunikasi antara manusia. Sebagai satu keperluan sosial, bahasa memang

menjadi alat penting dalam soal menyampaikan maksud. Bahasa lazimnya

diertikan sebagai satu sistem lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan

oleh manusia sebagai alat untuk berhubung, manakala gaya bahasa pula

5

Page 6: Gaya Bahasa Sajak Usman Awang

bermaksud cara atau bentuk bahasa yang digunakan dalam pertuturan atau

penulisan untuk menimbulkan kesan-kesan tertentu.

Dalam konteks puisi, bahasa adalah alat yang digunakan oleh penyair untuk

memindahkan pengalaman jiwa, iaitu pemikiran serta perasaannya ke dalam

puisi. Bahasa dalam sesebuah puisi perlu juga memperlihatkan kehalusan,

kesempurnaan dan kemuliaan pembentukan serta penyusunannya sebagai

syarat-syarat keindahan bahasa sastera, khususnya puisi untuk menimbulkan

kepelbagaian kesan kepada audien pembaca atau pendengarnya.

Definisi Gaya Menurut Za’ba 1 (1962), “ Gaya bahasa itu ialah rupa susuk

bahasa yang dipakai apabila bercakap atau mengarang, iaitu tentang

perkataannya, ikatan ayatnya, jalan bahasanya, cara susunan atau bentuk

peribahasanya.” Hal ini ditegaskan lagi oleh Nik Safiah Karim 2(1988) yang

menganggap gaya sebagai cara mengungkapkan bahasa, iaitu cara bertutur,

menulis dan seterusnya. Gaya bahasa lazimnya melibatkan aspek-aspek

kesesuaian penggunaan perkataan, frasa, ayat, dan ungkapan tertentu.

Watkin et.al (1865) pula menyebut:

“Style is the manner of writing, the way the writer expresses his thoughts in language. Effective writing always involves the choice of words within sentences which basically express the same idea may seem vastle difference is usually due too style… The pattern and rhythm of your sentences should be varied, pleasing and appropriate to your subject matter and your own personality.”

Secara globalnya, gaya boleh saja berdasarkan kebolehan individu

mengungkapkan kata-kata, berdasarkan masa, medium atau bahasa pengantar,

berdasarkan subjek atau bidang, misalnya falsafah, ilmiah, gaya popular atau

6

Page 7: Gaya Bahasa Sajak Usman Awang

pilihan dan gaya deduktif atau pengajaran dan seterusnya gaya berdasarkan

tujuan.

Esei ini akan menganalisis aspek gaya bahasa SN Datuk Dr. Usman Awang atau

Tongkat Warrant dalam sajak-sajak beliau yang boleh dibahagikan kepada tiga

tahap3, iaitu:-

Tahap 40-an hingga 50-an (Antologi Gelombang: 1961)4

7

Page 8: Gaya Bahasa Sajak Usman Awang

Tahap 60-an (Antologi Duri & Api: 1967)

Tahap 70-an hingga 80-an (Antologi Salam Benua: 1982)5

Analisis Gaya Bahasa Puisi Usman Awang

Dalam usaha menganalisis gaya bahasa secara terperinci,sajak-sajak Usman

Awang boleh dibahagikan kepada tiga tahap atau era, iaitu:-

• Analisis Gaya Bahasa sajak-sajak Usman Awang pada Era 40-an hingga 50-an.

• Analisis Gaya Bahasa sajak-sajak Usman Awang pada Era 60-an.

• Analisis Gaya Bahasa sajak-sajak Usman Awang pada Era 70-an dan 80-an.

8

Page 9: Gaya Bahasa Sajak Usman Awang

Analisis Gaya Bahasa Puisi Usman Awang Era 40-an hingga 50-an

Sajak-sajak Usman Awang pada akhir tahun-tahun 40-an dan awal tahun 50-an

(Antologi Gelombang: 1961) dengan jelas sekali memperdengarkan nada, suara,

irama dan pergerakan baris yang mendengungkan setia dan jujur sifat serta

peribadi puisi Melayu lama kembali.6

Yang sering diungkapkan oleh Usman Awang ialah unsur-unsur bentuk dan di

dalam bentuk itu terangkum bunyi dan sajak-sajak pantun serta syair. Oleh itu,

dalam sajak-sajak Jiwa Hamba dan Gadis Suci beberapa unsur bentuk dikutip dan

diadunkan kembali7. Contohnya, dalam sajak Jiwa Hamba, penyair mengambil

bentuk quatrain dan memberikan penekanan terhadap bunyi seperti yang terdapat

pada rangkap pertama, iaitu:-

Termenung seketika sunyi sejenak,

Kosong dijiwa tiada penghuni,

Hidup terasa diperbudak-budak,

Hanya suara melambung tinggi.

(Jiwa Hamba: 1949)

Selain bentuknya yang bercorak Puisi Melayu Lama, yakni empat baris serangkap

(quatrain), gaya Usman banyak dipengaruhi oleh gaya pantun, iaitu hujung rima

setiap baris berentak a, b, a, b. Oleh sebab bentuknya seperti pantun, maka rentak

yang terhasil daripadanya pun berentak pantun. Usman ternyata berhasrat untuk

mengekalkan gaya tradisi melalui sajak ini. Gaya inilah yang telah menguasai

9

Page 10: Gaya Bahasa Sajak Usman Awang

keseluruhan kegiatannya, biarpun kita kemudiannya dapat menatap beberapa

banyak perubahan.8

Kosa-kosa kata ‘sakti’, ‘berapi’, ‘Melaka’ dan ‘merdeka’ yang turut terungkap di

dalam rangkap 4 sajak yang sama jelas memperlihatkan gaya perlambangan

diksi9 dalam sajak-sajak Usman pada era 40-an hingga 50-an untuk menimbulkan

semangat nasionalisme dan cita-cita untuk memperjuangkan kebebasan

masyarakat, kemanusiaan dan kemerdekaan pada era tersebut.

Contoh:

Ingatkan kembali kata sakti,

Demi bahang kesedaran berapi,

Di atas robohan Kota Melaka,

Kita dirikan jiwa merdeka.

(Jiwa Hamba: 1949)

Pada Usman, bahasa adalah alat atau wahana yang magis, yang dapat

mempengaruhi pembaca atau pendengar dan dapat dirubah perasaan atau

pemikirannya oleh penyair. Dalam puisi-puisi awal Usman, kuasa bahasa ini

datang daripada nada yang rendah, beralun lembut dan harmonis. Dengarkan bait

pengalaman, ‘Gadis dan Ayat Suci’ misalnya:-

Suara yang manis dalam bisik daun-daun,

Beralun lagu Tuhan di sayap angin malam,

Redup menyusup di bawah langit bertirai sepi,

Gadis tetangga (simpatiku pada matanya yang buta),

Dari sinar hatinya membaca ayat-ayat suci.

10

Page 11: Gaya Bahasa Sajak Usman Awang

(Gadis dan Ayat Suci: 1950)

Kita mendengarkan kehalusan bunyi-bunyi yang rendah dan merdu, berlari

dengan ulangan vokal yang banyak, yakni a, i, u, merendahkan dan melembutkan

suara penyair dan seterusnya mengesani seluruh suasana sajak. 10

Sajak-sajak Usman Awang pada era ini turut memaparkan gaya perbandingan

atau kiasan, yakni unsur-unsur metafora11 dan personafikasi.

Misalnya, dalam sajak ‘Gadis dan Ayat Suci’ (1950), kata-kata seperti ‘bisik daun-

daun, ‘lagu Tuhan’, dan ‘bibir syurga’ memperlihatkan unsur metafora yang

berkesan.

Kosa-kosa kata seperti ‘teratai senyum’ dalam sajak ‘Gadis Suci’ (1950)

menonjolkan ciri-ciri personifikasi yang amat ketara sekali. Menurut Ismail

Hussein, ‘ Sekiranya kita teliti kepopularan Usman Awang yang hampir menjadi

sebagai satu institusi di Malaysia, maka ini adalah akibat daripada sikap

tradisionalnya dan sikap steoreotaipnya, iaitu bertentangan dengan sikap

individualistik penyair moden.’ (Rahman Shaari, Dewan Sastera – Oktober 1983)

Secara tuntas12nya, boleh dikatakan gaya bahasa Usman Awang pada era 40-an

hingga 50-an banyak dipengaruhi dan berhubungan rapat dengan bentuk puisi

Melayu tradisional.

Analisis Gaya Bahasa Puisi Usman Awang pada Era 60-an

Sungguhpun Usman Awang amat akrab dengan gaya tradisi, namun terdapat

11

Page 12: Gaya Bahasa Sajak Usman Awang

beberapa sajak karya beliau yang menyimpang daripada gaya sajak era 40-an

hingga 50-an. Antara lain seperti bait pertama dalam sajak ‘Kelopak Rasa’.

Jika rasa ini seperti angin malam

Bertiup dari laut dan gunung

Melampaui tanah-tanah subur dan ladang menghijau

Hati ini akan menghembuskan bahagia yang melimpah

Bergetar bagai riak di tasik hati

Bulan cerah

Kepada setiap benda

Supaya sama mencecah

(Kelopak Rasa: 1964)

Perkataan ‘rasa’ itu sendiri memperlihatkan beban makna yang

taksa13 dan makna ini ditambah pula apabila dibandingkan dengan ‘angin malam’

yang menuntut pembaca memberikan makna khusus kepadanya. Mungkin yang

diberikannya ialah sifat-sifat kedinginan, kesegaran, konsep, dan misteri.

12

Page 13: Gaya Bahasa Sajak Usman Awang

Kuntum-kuntum sajak Usman mengundang kita untuk mengisi makna ke dalamnya,

dari perjalanan dan pergerakan kita. Kata-kata seperti ‘bahagia yang melimpah’ dan

‘riak’ bukan sahaja menjadi kata nama atau kata kerja biasa, tetapi oleh sebab

begitu lama digunakan dalam konteks perasaan, maka makna yang agak penuh

juga dibawakannya di samping siratan konotasi yang luas.14 Selain itu, gaya

perbandingan atau gaya kiasan bercirikan penggunaan simile dapat dilihat pada

baris-baris sajak yang sama, iaitu:-

Jika rasa ini seperti angin malam

(Kelopak Rasa: 1:1)

bergetar bagai riak di tasik hati

(Kelopak Rasa: 1:5)

Pembentukan kata ‘tasik hati’ pula menampilkan gaya perbandingan metafora.

Usman Awang biasanya mencampurkan imej alam ‘tasik’ dan manusia ‘hati’, yakni

yang satu melengkapi yang lainnya. Sesungguhnya, alam melatari hidup manusia,

dan manusia bergerak dalam latarnya. Kedua-duanya digunakan sebagai bahagian

penting dalam semua jenis sajak Usman, dan menjadi inti kepada metaforanya.

Pada dekad 60-an, Usman juga sering kembali kepada kekayaan peribadi Melayu

untuk menguatkan karya modennya, malah beliau melihat:

Bidal pusaka nenek moyang

Bukan sekadar pemanis kata

Tapi bukti kebenaran hakikat.

(Gema: 1966)

Page 14: Gaya Bahasa Sajak Usman Awang

Kadang-kadang metaforanya dibina dengan mengambil seluruh bidal dan

peribahasa lama, tetapi di tempat-tempat lainnya hanya dihubungkan atau dirujuk

kepadanya. Banyak juga metafora ini diciptanya sendiri dengan pandangannya

bahawa kiasan dan perbandingan: “haruslah tepat segar asli” (Sikap & Pemikiran

Usman Awang: hal.165). Sajak ‘Anak Jiran Tionghua’ (Puisi-puisi Pilihan

Sasterawan Negara Usman Awang: hal.117) pula mempunyai susunan rima di

rangkap 1 (a,a,b,b), rangkap 3 (a,b,b,b) dan rangkap 5 (a,a,a,a). Ini menunjukkan

bahawa Usman Awang masih mengekalkan gaya bahasa puisi Melayu tradisional,

seperti yang dapat dilihat dalam rangkap pertama sajak tersebut:

Begitu kecil ia berdiri di tepi pagar,

Kilat matanya memanggil Iskandar,

Siapa lalu siapa berkaca,

Melihat keduanya bergurau senda.

(Anak Jiran Tionghua: 1962)

Kata-kata ‘kilat’ dan ‘berkaca’ dalam contoh di atas selain puitis juga padat dan tepat

gambaran. Selain itu, gaya perbandingan personifikasi atau pengorangan jelas

terpancar pada baris kedua rangkap tersebut, iaitu:-

Kilat matanya memanggil Iskandar

(Anak Jiran Tionghua: 1962)

Page 15: Gaya Bahasa Sajak Usman Awang

Usman mulai menggunakan gaya bahasa pengulangan, iaitu pengulangan kata,

ungkapan, baris dan rangkap pada dekad 60-an. Tetapi Usman juga berubah

dengan suasana zamannya. Apabila rakyat mulai bebas dan unsur-unsur verse

libre15 mendapat sambutan, maka Usman juga berubah, walaupun perlahan-lahan

dengan zamannya. Beliau percaya bahawa puisi menjadi sebahagian daripada

seluruh masyarakatnya dan penyair harus peka oleh sebab puisi memperjuangkan

masyarakat itu. Usman bergerak dan berubah dengan keperluannya. Gerak pantun

yang perlahan, irama yang agak lembut dan gemalai harus dipercepat dan

dinyaringkan suaranya.16

Peribadi dan jiwa puisi Usman masih Melayu walaupun kulit, wajah dan bentuk

luarannya sering mengalami eksperimen dan inovasi. Sajak-sajak “Cahaya” (1965),

“Darah Doa” (1966), “Kehilangan Nama” (1967), “Suara dari Pusara” (1968), dan

“Kambing Hitam” (1969) memperlihatkan suatu perubahan yang amat ketara dari

segi bentuk baris dan telah menyeberang masuk ke genre prosa dan hampir

memutuskan hubungan dengan konsep puisi tradisional yang lebih berbentuk lagu.

Sajak-sajak ini berbentuk prosa naratif dan memuatkan beberapa cebisan bahasa

harian. Diksinya tidak diperindah, tetapi dibenarkan mengikut alir ras dan ucapan

harian. Perhatikan sajak “GEMA” (Tablo. Aminuddin Baki: 1966) di bawah:-

Suara I

Dua puluh enam Januari

Seribu sembilan ratus dua puluh enam

Page 16: Gaya Bahasa Sajak Usman Awang

Matahari pagi memancarkan sinar

Angin sepoi menyampaikan khabar

Untuk keluarga di daerah Chemor

Bahawa seorang putera telah dilahirkan

Ah, cuma putera biasa dari keluarga takwa

Yang nanti besar dari sejuk bumi kota timah

Didakinya hidup dalam semangat

Melengkap diri

Dadanya ilmu jiwanya iman hatinya budi

(Gema: 1966)

Pada era ini juga Usman Awang juga telah memperkenalkan dua bentuk baru dalam

sajak ciptaan beliau, iaitu “balada” dan “tablo”. Kedua-dua unsur ini menjadi ranting

kepada perkembangan gayanya. “Balada” Usman Awang ialah bentuk naratif

panjang, tetapi sering pula ditambahkan dengan bentuk retorik dan drama. “Tablo”

pula semacam sandiwara untuk suara, suatu persembahan yang berdasarkan

kekuatan, kemerduan unsur-unsur bahasa dan ucapan. Contoh sajak-sajak yang

bercirikan “tablo” ialah “Cahaya” (1965) manakala “Kambing Hitam” (1969)

memaparkan bentuk “Balada”.17

Jelas kepada kita bahawa gaya bahasa Usman pada dekad 60-an masih terikat

kepada tradisinya, sumber bahasa sastera pertamanya yang berpusat kepada

pantun, tetapi ditambah juga dengan bahasa syair, gurindam, hikayat dan juga

bahasa puisi yang digunakan dalam tahun 1930-an.18 Meskipun demikian, bahasa

Usman yang biasanya lembut dapat memberikan kesan yang mesra. Beliau juga

Page 17: Gaya Bahasa Sajak Usman Awang

meletakkan bahasa yang bersih sebagai unggul sasteranya. Ayat-ayatnya selalu

disaring dan disampaikan dengan mengikut adab dan kebiasaan berbahasa, dengan

sopan-santun, dengan sukatan dan nada yang sesuai.

Analisis Gaya Bahasa Sajak-sajak Usman Awang pada era 70-an hingga 80-an

Pada tahun 1971 pun, kita masih menemukan imej dan diksi yang mengingatkan

kita cara penyair tradisional menggubah gambar hati yang dibahagiakan cinta muda.

Lihat misalnya bait-bait sajak yang berikut:-

Akan kupintal buih-buih

Menjadi tali

Mengikatmu

Akan kuanyam gelombang-gelombang

Menjadi harapan

Ranjang tidurmu

Akan kutenun awan-gemawan

Menjadi selendang

Menudungi rambutmu

(Kekasih:1971)

Betapa penyair peka akan bunyi-bunyi bahasa Melayu, terutama yang lembut,

mersik dan yang melukiskan dunia indah. Unsur fantasi yang ditambah kepada tema

kasih sayang mengangkat kita ke alam atau dunia di luar kenyataan.

Page 18: Gaya Bahasa Sajak Usman Awang

Kutipan daripada “Kekasih” ini juga ialah contoh yang baik untuk suatu gaya

tradisional, iaitu pengulangan baris atau struktur bait yang dikenal sebagai teknik

paralelisme19. Bait-bait “Kekasih” ini juga berlandaskan sesuatu struktur yang

terbahagi kepada tiga baris, yang diulang hingga akhir sajaknya. Dalam susunan

begini hanya kata-kata yang diganti, manakala bentuknya kekal. Misalnya dalam

1 Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali dengan  panggilan Zaba banyak memberi sumbangan yang besar terhadap Bahasa Melayu dan beliau juga dikenali sebagai seorang nasionalis Melayu yang gigih. Beliau dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Memandangkan jasa-jasa Zaba dalam bidang bahasa dan persuratan Melayu beliau telah dianugerahkan gelaran 'Pendeta' pada tahun 1956, iaitu sewaktu diadakan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu di Johor Bahru

2 Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim merupakan antara tokoh dan cendekiawan tanahair yang aktif memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu. Dedikasi beliau yang tidak boleh dinafikan menjadikannya disegani ramai dan menjai idola kepada anak-anak muda di institusi pengajian tinggi yang mengikuti bidang linguistik dan sastera. Namun selain perjuangan lingustik ini, beliau juga gigih memperjuangan kedudukan serta kebajikan kaum wanita tanahair.

3 Halilah Haji Khalid. Usman Awang Dalam Esei dan Kritikan, hlm. 48-49

4 Gelombang yang memuatkan 84 buah sajak karya penyair Sasterwan Negara Usman Awang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bintang Mengerlip dan Debu Berterbangan. Bahagian pertama mempunyai 52 buah sajak yang dihasilkan antara tahun 1949-1966 manakala bahagian kedua mempunyai 32 buah sajak hasil ilham tiga tahun, 1958-1960.

5 Salam Benua, kumpulan puisi yang diterbitkan sempena terpilihnya Usman Awang sebagai penerima S.E.A. Write Award 1982, dibicarakan oleh Dinsman dalam Dewan Sastera, Februari 1983.

6 Halilah Haji Khalid. Usman Awang Dalam Esei dan Kritikan, hlm 131.

7 Halilah Haji Khalid. 2004. Usman Awang Dalam Esei dan Kritikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 60.

8 Halilah Haji Khalid. 2004. Usman Awang Dalam Esei dan Kritikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 61.

9 Diksi mengikut takrif Kamus Dewan edisi empat bermaksud pemilihan dan penggunaan kata yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan idea (peristiwa dll) secara bertulis atau lisan.

10 Halilah Haji Khalid. Usman Awang Dalam Esei dan Kritikan, hlm 147.

11 Metafora mengikut takrif Kamus Dewan edisi empat bermaksud (métafora) (Lin) pemakaian kata-kata yg menyatakan sesuatu makna atau maksud yg lain drpd makna biasa atau makna sebenar perkataan yg berkenaan (sbg perbandingan atau kiasan); memetaforakan menjadikan pemakaian kata atau kata-kata sbg metafora.

12 Tuntas mengikut takrif Kamus Dewan edisi empat bemaksud (bersifat) menyeluruh dan lengkap. menuntaskan mengusahakan supaya menjadi lengkap dan menyeluruh; menjadikan tuntas.

Page 19: Gaya Bahasa Sajak Usman Awang

baris pertama bait pertama frasa “kupintal” diubah menjadi “kuanyam” dalam bait

kedua. Seterusnya “buih-buih” bait pertama menjadi “gelombang-gelombang” pada

bait kedua.

Paralelisme ini memberikan rentak yang tertentu dan teratur yang akhirnya mencipta

suatu irama yang stabil dan berulang-ulang. Tetapi perlu ditegaskan di sini,

walaupun Usman popular kerana bahasa dan tekniknya yang dekat kepada tradisi

Melayu, namun beliau juga sering menggunakan bahasa yang lebih nyaring dan

tegas nadanya, terutama dalam sajak-sajak yang bertemakan perjuangan seperti

“Benarkah Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Betul?” (1979) dan “Selembar Kamus

Kemiskinan” (1984).

Pada era 70-an dan 80-an ini, gaya pengulangan kata, ungkapan, baris dan rangkap

turut hadir dalam sajak-sajak Usman Awang untuk menimbulkan irama atau

suasana muzikal untuk mengindahkan pendengaran, menegaskan maksud tertentu

ketuntasan keadaan atau hal tuntas. penuntasan perbuatan (proses, usaha dsb) menuntaskan.

13 Taksa mengikut takrif Kamus Dewan edisi empat bermaksud mempunyai makna yang kabur (menyangsikan, meragukan), boleh menimbulkan lebih daripada satu makna atau tafsiran; ketaksaan perihal (keadaan dsb) taksa, kekaburan, kesangsian, keraguan, ketidakpastian (bkn sesuatu makna): adanya imbuhan-imbuhan membantu menghilangkan ~ sesuatu ayat.

14 Halilah Haji Khalid. Usman Awang Dalam Esei dan Kritikan, hlm 74.15 Free verse is a form of poetry that refrains from meter patterns, rhyme, or any other musical

pattern. Some poets have explained that free verse, despite its freedom, must still display some elements of form. Most free verse, for example, self-evidently continues to observe a convention of the poetic line in some sense, at least in written representations, thus retaining a potential degree of linkage, however nebulous, with more traditional forms. Sumber dari laman sesawang www.en.wikipedia.org .

16 Halilah Haji Khalid. Usman Awang Dalam Esei dan Kritikan, hlm 132-133.

17 Halilah Haji Khalid. Usman Awang Dalam Esei dan Kritikan, hlm 65-66.

18 Halilah Haji Khalid. Usman Awang Dalam Esei dan Kritikan, hlm 70.

19 Paralelisme mengikut takrif kamus Dewan edisi empat bermaksud pembentukan rangkap (ayat) yg seimbang dgn satu bahagian mengulang bentuk (erti) bahagian lainnya (bkn puisi).

Page 20: Gaya Bahasa Sajak Usman Awang

sebagai persoalan utama dan menarik tumpuan perhatian atau pendengaran.

Contoh ketiga-tiga tujuan serta kesan ini dapat dirasakan dalam petikan puisi yang

berikut:-

Selamat tinggal

Selamat tinggal wahai awan

Selamat tinggal matahari

Selamat tinggal bulan

Selamat tinggal kupu-kupu sayang

Selamat tinggal wahai

Burung-burung bersarang

Selamat tinggal anak-anak bermain riang.

(Balada Terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir Sebuah Bandaraya: 1979)

Pengulangan ungkapan atau rangkai kata “Selamat Tinggal” yang berbentuk

anafora itu berjaya menimbulkan kesan irama atau muzikal yang segar. Kedudukan

pengulangan tersebut telah berhasil menarik tumpuan perhatian atau pendengaran

yang tidak dipaksa. Di samping itu, kehalusan serta kelembutan pengucapannya

semakin memperkuat dan memperdalam kesan pernyataan kehampaan terhadap

kemusnahan keindahan alam yang asli, iaitu titik persoalan utama puisi tersebut.

Sajak-sajak terbaru Usman Awang pada dekad 1990-an masih jelas

mempertahankan tradisi berpuisi dengan menggunakan kata-kata, frasa, klausa dan

sintaksis untuk mengungkapkan nilai-nilai dan hak-hak kemanusiaan tanpa takut

Page 21: Gaya Bahasa Sajak Usman Awang

untuk menyatakan yang benar. Usman telah menyambung tradisinya,

memberikannya suatu lafaz yang segar di persada tanah air.

Rumusan:

Setelah mengkaji dan menghalusi sajak-sajak Usman Awang sejak era 40-an

hingga 80-an, dapat disimpulkan bahawa sajak-sajak Usman Awang pada era 40-an

hingga 50-an, banyak memaparkan gaya bahasa pantun, iaitu intipati ciri puisi

Melayu tradisional. Penyesuaian bentuk dan gaya Melayu pada zaman tersebut

sebenarnya ialah suatu siri eksperimen yang separuh sedar dan separuh spontan.

Ciri-ciri tradisional Usman semakin berubah pada era 60-an. Bentuk baris puisi-

puisinya tidak lagi berjumlah empat tetapi dikurangkan menjadi tiga atau dua,

ataupun ditambah menjadi lima dan enam. Nafasnya kadang-kadang dipendekkan

atau dipanjangkan untuk memenuhi ciri-ciri kontemporari yang ditandai oleh

pelbagai eksperimen penyesuaian dan percubaan cara berbicara. Dengan bahasa

lembut romantik untuk sejumlah sajak, dan bahasa yang bersahaja tetapi sinis untuk

sajak-sajak yang lain, Usman mengukir nama sebagai penyair yang amat penting

dalam petak kesusasteraan tanah air. Kejayaan Usman dalam beberapa buah

sajaknya yang popular terletak pada kebolehannya memadukan sifat romantik serta

sifat seriusnya itu, sehingga kadang-kadang dalam kesedihan tragedi, kita dapat

merasakan keindahan hidup.

Sajak-sajak beliau pada era 70-an semakin stabil dan mantap serta dihalusi lagi

pada tahun-tahun 80-an dan 90-an melalui eksperimen-eksperimen hingga

menyeberang masuk ke dunia prosa naratif dan hampir memutuskan hubungan

Page 22: Gaya Bahasa Sajak Usman Awang

dengan konsep puisi tradisional yang lebih mendekati lagu. Bahasa mutakhir Usman

lebih mendekati maksud asal dan objektif, sesuai dengan zamannya.

Dapatlah disimpulkan di sini bahawa Usman menganggap bahawa bahasa

sesebuah puisi haruslah cantik serta sesuai. Kecantikan ini dicipta dengan landasan

dan bentuk sastera tradisional, manakala kesesuaian ditentukan oleh tema, zaman

dan tuntutan kebebasan. Kecantikan dan kesesuaian ini juga menolong memadukan

karya-karyanya. Konsep puisi beliau amat bergantung kepada prinsip bahawa

bahasa bersopan santun, berukur dan harus terkawal. Cita rasanya yang halus pula

membimbing penyair untuk mencapai bahasa yang dianggap unggul ini, persis kata

SN Dr. Muhammad Hj.Salleh20, “Usman Awang: Penghubung sastera moden

dengan akar tradisi!”.

20 Sasterawan Negara Muhammad bin Haji Salleh hanya mula dikenali umum di tanah air sebagai penulis pada akhir tahun 1960-an meskipun beliau sebenarnya telah menulis lebih awal lagi.  Beliau banyak menghabiskan usianya di luar negara dan mula menulis puisi yang kebanyakannya dalam bahasa Inggeris.  Bila kembali ke tanah air puisi-puisi beliau mendapat perhatian para pengkritik

Page 23: Gaya Bahasa Sajak Usman Awang

BIBLIOGRAFI

Abdul Rassid Haji Subet. 2004. Perisa : Jurnal Puisi Melayu, Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa Dan Pustaka

Ahmad Kamal Abdullah. 1989. Gejala : Esei Dan Kritikan Puisi Melayu Moden

1955 – 1986, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Halilah Haji Khalid. 2004. Usman Awang Dalam Esei dan Kritikan, Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa Dan Pustaka

Kamal Abdullah. 1983. Sastera Dalam Esei, Kuala Lumpur : Tratra Publishing &

Trading Sdn Bhd

Shahnon Ahmad. 1991. Sastera Sebagai Seismograf Kehidupan, Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka

Page 24: Gaya Bahasa Sajak Usman Awang

Umar Junus. 1976. Perkembangan Puisi Melayu Moden, Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa Dan Pustaka

NOTA HUJUNG