sajak harga remaja (antologi tingkatan 4)
TRANSCRIPT
HARGA REMAJA
OLEH:RAHMAN SHAARI
MAKSUDRangkap 1: Penyair bertanya nilai sebenarnya harga
remaja yang suci daripada sebarang masalah.Rangkap 2: Penyair bertanya perkara yang diisi oleh
remaja dalam usia yang begitu berharga sama ada cinta murahan atau ilmu yang berharga.
Rangkap 3: Penyair menyatakan remaja amat tinggi nilainya, tidak boleh dijual beli. Harga remaja adalah keupayaan menilai sesuatu, keberanian dan ilmu.
Rangkap 4: Penyair menyeru penuhilah usia remaja dengan hala tuju yang betul.
TEMA
• Amanat kepada golongan remaja supaya mengisi kehidupan zaman remaja. Contohnya: Penyair memberikan amanat kepada remaja agar mempunyai pendirian, keberanian dan ilmu pengetahuan yang tinggi.
PERSOALAN
• Nilai seorang remaja. Contohnya: remaja yang suci daripada sebarang masalah, ceria dan bertenaga.
• Pengisian zaman remaja. Contohnya: penyair bertanya perkara yang diisi oleh remaja sama ada cinta atau ilmu.
• Harga remaja. Contohnya: Bagi penyair, harga remaja amat mahal tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.
GAYA BAHASA
• Simile- “bagai kehijauan daun”• Metafora- “piala remaja”• Sinkope- “dengan apakah akan kau penuhi”
NILAI MURNI
• Memanfaatkan masa. Contoh: remaja harus mengisi masa remaja dengan ilmu.
• Rasional. Contohnya: remaja disarankan membuat pertimbangan secara rasional semasa remaja.
• Keberanian. Contohnya: keberanian seseorang remaja merupakan salah satu harga remaja yang tinggi nilainya.
PENGAJARAN
• Kita hendaklah menghargai usia remaja. Contohnya: usia remaja harus diisi dengan ilmu.
• Kita harus bijak membuat pilihan. Contohnya: remaja perlu bijak memilih sama ada ilmu ataupun cinta.
• Kita harus mengetahui harga diri sendiri. Contohnya: nilai remaja sangat tinggi, tidak boleh dijual beli.