antologi tingkatan dua-najaa

Upload: siti-zaharah-sakimin

Post on 09-Jul-2015

3.235 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

ANTOLOGI TINGKATAN DUA (2) GEMA SEPI GADIS GENIUS

NAMA : Najaa Hazwani binti Zulkifli KELAS : 2 Othman GURU MATAPELAJARAN: _________________________________

SENARAI KANDUNGAN Tajuk..1 Senarai Kandungan...2 Penghargaan.. 3 Puisi Tradisional.4 Puisi Moden (Sajak) .10 Prosa Tradisional...16 Cerpen...2 4 Drama 36 Rujukan.4 2

Penghargaan

Pertama sekali, alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan nikmat dan kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan folio antologi ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur, Tuan Haji Sakijan bin Muri kerana telah memberikan kebenaran kepada sya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru matapelajaran Bahasa Melayu saya iaitu ________________________________ yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya, Zulkifli bin Ab. Razak dan Lena binti Sakimin kerana telah memberi sokongan serta dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tidak lupa

juga buat rakan saya, Fatin Syahmina binti Aziz dan rakan-rakan yang telah banyak membantu saya ketika membuat kerja kursus ini. Jasa mereka tidak akan saya lupakan.

Puisi tradisional

1. PANTUN DUA KERAT (NASIHAT) MAKSUD PANTUN Rangkap 1: Jika kita tidak tahu tentang sesuatu perkara adalah lebih baik kita mendiamkan diri daripada berkata-kata. Rangkap 2: Kita perlu mempunyai perasaan terhadap sesuatu perkara. Rangkap 3: Apabila ditimpa sakit mestilah sentiasa beringat dan sedar akan diri. Rangkap 4: Jika kita mengikut cakap seseorang yang tidak baik maka kita juga akan terlibat dalam perkara yang tidak baik. Rangkap 5: Setiap nasihat yang diberikan kepada kita perlulah dihargai dan ingati setiap masa. Rangkap 6: Sekali kita telah melakukan sesuatu perkara yang tidak baik masalah akan berterusan dan semakin berat. TEMA Nasihat yang dapat membina diri seseorang itu kearah kebaikan. PERSOALAN Pentingnya mendapatkan ilmu. Pentingnya mempunyai perasaan. Perlunya mendengar nasihat. BENTUK (a)Terdiri daripada enam rangkap. (b)Bilangan baris dalam setiap rangkapnya sama, iaitu dua baris. (c)Setiap baris mempunyai tiga hingga enam patah kata. UNSUR-UNSUR BUNYI (a) Asonansi. (b) Aliterasi. (c) Jeda, iaitu hentian sejenak di tengah baris semasa mendeklamasikan pantun. GAYA BAHASA Imej alam. Sinkope Responsi

NILAI (a) Mendengar nasihat. (b) Menjaga diri. (c) Jati diri. PENGAJARAN (a) Kita hendaklah sentiasa mendengar dan mengikuti nasihat yang diberikan. (b) Kita hendaklah sentiasa menjaga diri daripada melakukan perkara yang sia-sia. (c) Kita hendaklah mempunyai jati diri kita sendiri agar kita tidak mudah terpedaya oleh perkara yang negatif.

2. PANTUN EMPAT KERAT (MUHIBAH DAN PERPADUAN) MAKSUD PANTUN Rangkap 1: Hidup bermuafakat harus diamalkan di Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai bangsa. Rangkap 2: Rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan budaya hidup bersatu padu kerana semangat muhibah yang diamalkan. Rangkap 3: Sesuatu urusan yang dilakukan secara kerjasama dan bergotong-royong dapat meningkatkan lagi semangat perpaduan. Rangkap 4: Masyarakat yang berbilang bangsa tidak mustahil dapat mewujudkan bangsa yang bersatu padu. Rangkap 5: Masyarakat yang berbilang bangsa ini masih mengamalkan kebudayaan mereka yang tersendiri, namun tetap mengamalkan kebudayaan yang dapat diterima oleh nasional, iaitu kebudayaan semua masyarakat. TEMA Perpaduan dalam negara Malaysia yang mempunyai rakyat yang berbilang bangsa. PERSOALAN (a) Amalan kehidupan harmoni dalam masyarakat. (b) Bekerjasama dalam semua tindakan. (c) Bersatu padu kerana mengamalkan semangat muhibah. BENTUK (a) Terdiri daripada lima rangkap. (b) Setiap baris mempunyai empat hingga lima patah kata. (c) Rima akhir setiap rangkap abab. UNSUR-UNSUR BUNYI (a) Asonansi. (b) Aliterasi (c) Rima akhir pantun terikat dengan struktur rima sengkelang, iaitu abab. GAYA BAHASA (a) Imej alam. (b) Simile. (c) Diksi. NILAI (a) Keharmonian

(b) Perpaduan (c) Penghargaan PENGAJARAN (a) Kita haruslah mengamalkan kehidupan yang harmoni. (b) Kita hendaklah sentiasa bersatu padu. (c) Kita hendaklah mengamalkan sikap kerjasama dalam kehidupan.

3. PANTUN EMPAT KERAT (AGAMA) MAKSUD PANTUN Rangkap 1: Setiap perbuatan yang dilakukan di bumi ini mempunyai balasan daripada Allah sama ada balasan baik mahupun balasan buruk. Rangkap 2: Dunia ini merupakan tempat persinggahan bagi manusia tetapi akhirat merupakan tempat yang kekal abadi. Rangkap 3: Setiap orang di muka bumi ini tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Rangkap 4: Perkara yang telah berlaku tidak perlu dikenang kerana sudah terlambat dan tiada guna untuk disesali. Rangkap 5: Pakaian bukan penentu keimanan, sebaliknya amalan yang dilakukan olehnya. Rangkap 6: Kita tidak boleh melakukan sesuatu perkara sesuka hati kerana kita makhluk ciptaan Tuhan dan kita perlu patuh serta taat kepada setiap perintah-Nya. TEMA Agama merupakan perisai kepada seseorang daripada melakukan sesuatu perkara yang tidak baik. PERSOALAN (a) Pembalasan Tuhan di hari akhirat kelak. (b) Kelemahan manusia yang merupakan tempat yang kekal abadi. (c) Kepentingan melakukan amal ibadat kepada Allah. BENTUK (a) Terdiri daripada enam rangkap. (b) Setiap baris dalam setiap rangkapnya sama, iaitu empat baris. (c) Ada pembayang dan maksudnya. UNSUR-UNSUR BUNYI (a) Aliterasi (b) Jeda, iaitu hentian sejenak di tengah baris semasa mendeklamasikan pantun. (c) Asonansi GAYA BAHASA (a) Imej alam. (b) Anafora NILAI (a) Keinsafan.

(b) Ketakwaan. (c) Kepatuhan. PENGAJARAN (a) Kita hendaklah sentiasa mengingati hari pembalasan Tuhan. (b) Kita hendaklah menginsafi setiap kesalahan yang dilakukan. (c) Kita hendaklah rajin beribadat kepada Tuhan.

4. SYAIR NASIHAT (PENGHUJUNG THAMARAT AL-MUHIMMAH) MAKSUD SYAIR Rangkap 1: Ayah menasihati anaknya agar tidak bersikap malas. Rangkap 2: Menurut ayah lagi, jika anaknya itu menjadi pemerintah, dia hendaklah bertindak dengan betul dan rajin bekerja. Rangkap 3: Ayah menasihati anaknya lagi supaya rajin berbuat kebajikan. Dalam masa yang sama, hati perlulah ikhlas dan bersih. Rangkap 4: Ayah menasihati anaknya lagi bahawa jika hendak menuntut ilmu, kita tidak boleh bersikap malu-malu. Ilmu yang dituntut itu perlulah ilmu yang betul seperti yang telah diperintah oleh Allah SWT. Rangkap 5: Ayah menasihati anaknya agar rajin mengaji dan hal ini perlu diutamakan daripada yang lain. Hukum-hukum Islam tidak boleh dilanggar supaya tidak mendapat malu. Rangkap 6: Setiap perbuatan yang ingin dilakukan perlu berpandukan ilmu pengetahuan supaya tidak tersasar. Anak itu dinasihati agar berhati-hati dalam melakukan setiap perkara agar tidak terjerumus dalam perkara yang tidak elok. Rangkap 7: Ilmu itu banyak manfaatnya kerana melaluinya kita dapat membezakan perkara yang salah dan yang benar. Dari situ kita dapat menjatuhkan hukuman dengan adil. Rangkap 8: Selanjutnya, jika ilmu pengetahuan itu dianggap remeh tentu akan membawa masalah kepada anaknya jika menjadi pemerintah. Bayangkan rakyatyang datang untuk menyatakan masalah, tetapi tidak dapat diselesaikan kerana tidak mempunyai ilmu pengetahuan. TEMA Pesanan bapa kepada anaknya jika anaknya dilantik menjadi pemrintah/raja. PERSOALAN (a) Tanggungjawab pemerintah/raja. (b) Keutamaan ilmu pengetahuan. (c) Kebijaksaan memerintah. BENTUK (a) daripada lapan rangkap. (b) Terdiri Bilangan baris dalam setiap rangkapnya sama, iaitu empat baris. (c) Rima akhir rangkap pertama hingga rangkap kelapan ialah aaaa. UNSUR-UNSUR BUNYI (a) Aliterasi (b) Adanya jeda. (c) Rima akhir syair sama, iaitu aaaa.

GAYA BAHASA (a) Inversi (b) Simile (c) Responsi NILAI (a) Keadilan. (b) Keikhlasan. (c) Kebijaksanaan. PENGAJARAN (a) Sebagai pemerintah kita perlulah bersikap adil. (b) Sebagai pemerintah kita perlulah bijak menyelesaikan masalah. (c) Kita hendaklah rajin bekerja.

5. SYAIR PERANG SAUDARA DI PAHANG MAKSUD SYAIR Rangkap 1: Cerita peperangan yang telah banyak diceritakan. Rangkap 2:Putera yang paling tua bernama Bendahara Tun Tahir telah memangku tempat peduka ayahanda dan segala urusan pemerintahan terletak di bahunya. Rangkap 3: Encik Engku Ahmad merupakan putera yang tengah dalam lima beradik. Dikatakan baginda mempunyai tingkah laku yang elok. Rangkap 4: Encik Engku Ahmad telah keluar mengembara pergi ke Singapura untuk menghiburkan kesedihan hatinya. Rangkap 5: Setelah beberapa lama mengembara sampailah baginda di Kampung Gelam yang teletak di sebuah kota. Rangkap 6: Encik Engku Ahmad tinggal bersama putera sultan yang merupakan rakannya yang bernama Tengku Jaafar. Rangkap 7: Encik Engku Ahmad diiringi oleh sahabat handai sehingga tiba di kenaikan dan setelah itu barulah mereka pulang. Rangkap 8: Encik Engku Ahmad pergi belayar ke sebelah barat, iaitu Kemaman. Rangkap 9: Encik Engku Ahmad tiba di Kemaman yang terletak di bawah pemerintahan Sultan Terengganu. Rangkap 10: Setelah berada di Kemaman, mereka telah berpakat untuk menyerang Pahang. TEMA Peristiwa yang membawa kepada berlakunya Perang Saudara di Pahang. PERSOALAN (a) Terdiri daripada sepuluh rangkap. (b) Semua baris dalam syair ini adalah maksud. (c) Bilangan baris dalam setiap rangkapnya sama, iaitu empat baris. UNSUR-UNSUR BUNYI (a) Aliterasi (b) Adanya jeda. (c) Rima akhir syair sama, iaitu aaaa. GAYA BAHASA (a) Bahasa Arab (b) Bahasa Klasik

(c) Responsi NILAI (a) Rasional (b) Persahabatan (c) Keberanian PENGAJARAN (a) Janganlah kita bergaduh sesama saudara. (b) Kita mestilah reda menerima suratan yang telah ditetapkan. (c) Kita perlulah taat setia kepada pemerintah.

6. SYAIR MENDAPAT GEMALA NAGA MAKSUD SYAIR Rangkap 1: Dewa bercerita tentang kesengsaraanya yang berpunca daripada dikhianati oleh saudaranya sendiri dan dia berada di dalam penjara selama setahun. Rangkap 2: Dewa mencaritakan semuanya kepada naga yang bersimpati lalu memberinya gemala. Rangkap 3: Naga meminta agar dewa menerima gemala tersebut yang tidak ternilai harganya, iaitu bersamaan dengan tujuh buah negeri dan segala hajat akan ditunaikan. Rangkap 4: Menurut naga, jika terkena bisa atau sakit hendaklah disapukan air gemala itu. Dengan izin Tuhan yang Esa, penyakit tersebut akan cepat pulih. Rangkap 5: Menurut naga, jika dewa hendak berperang mintalah pertolongan daripada gemala ini. Dari gemala akan keluar orang sehingga tidak terkira jumlahnya termasuklah 12 hulubalang yang gagah perkasa. Rangkap 6: Apabila dewa mendengar kata-kata itu, dia berasa gembira dan meminta dipermudahkan segala urusannya. Rangkap 7: Dewa dan naga dua bersaudara pun berjalan di tepi pantai siang dan malam sehingga sampai di Inderanegara. Rangkap 8: Apabila hari pagi, mereka pun tiba di hujung negeri dan terjumpa sebuah rumah kepunyaan nenek kebayan. TEMA Kesengsaraan sebagai akibat perbuatan saudara sendiri. PERSOALAN (a) Simpati terhadap nasib malang orang lain. (b) Sikap manusia yang gemar membuat fitnah. (c) Hikmah di sebalik kesengsaraan. BENTUK (a) Terdiri daripada lapan rangkap. (b) Bilangan baris dalam setiap rangkapnya sama, iaitu empat baris. (c) Setiap baris terdiri daripada sembilan hingga tiga belas suku kata. UNSUR-UNSUR BUNYI (a) Asonansi (b) Aliterasi (c) Adanya jeda.

GAYA BAHASA (a) Inversi (b) Bahasa Klasik (c) Epifora NILAI (a) Kepasrahan (b) Kesabaran (c) Bantu-membantu PENGAJARAN (a) Janganlah kita bersikap iri hati terhadap orang lain. (b) Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain kepada kita. (c) Buatlah sesuatu perkara itu sehingga selesai

PUISI MODEN (SAJAK) 1. PERSAHABATAN MAKSUD SAJAK Rangkap 1: Kanak-kanak Melayu yang berpakaian baju kurung sedang bermain dengan gembira. Rangkap 2: Kanak-kanak Cina yang memakai ceongsam datang dan menyapa kanak-kanak Melayu sambil tersenyum lalu bermain kejar-kejar. Rangkap 3: Kanak-kanak India yang memakai sari ingin bermain bersama apabila melihat telatah keduadua orang kanak-kanak itu. Rangkap 4: Mereka tidak merasakan ada perbezaan kerana bagi mereka yang penting ialah keseronokan bermain bersama-sama. Yang inilah gambaran parpaduan rakyat Malaysia. Jati diri rakyat Malaysia amat bergantung pada persefahaman, walaupun ada perbezaan. TEMA Perpaduan antara kaum ialah teras untuk mencapai perpaduan di Malaysia. PERSOALAN (a) Keseronokan kanak-kanak yang sedang bermain-main. (b) Kanak-kanak tidak mengenal erti perkauman. (c) Pemupukan perpaduan hendaklah disemai sejak kecil. NADA Romantis BENTUK (a) Sajak ini terdiri daripada empat rangkap. (b) Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu rangkap pertama memppnyai tujuh baris, rangkap kedua dan rangkap ketiga mempunyai lapan baris, dan rangkap keempat mempunyai sepuluh baris. (c) Sajak ini berbentuk bebas. UNSUR-UNSUR BUNYI (a) Asonansi.

(b) Aliterasi. (c) Rima akhirnya bebas. GAYA BAHASA (a) Repetisi. (b) Rensponsi. (c) Personifikasi. NILAI (a) Hormat-menghormati. Contohnya, tiga orang kanak-kanak itu saling bersalaman. (b) Kasih sayang. Contohnya, tiga orang kanak-kanak itu berpeluk mesra tanpa menghiraukan perbezaan adapt dan budaya mereka. PENGAJARAN (a) Kita hendaklah bergaul mesra dengan pelbagai kaum untuk mengelakkan berlakunya pergaduhan. (b) Kita hendaklah bersatu padu demi kesejahteraan negara. (c) Kita wajar melatih anak-anak agar berbaik-baik dengan semua bangsa dan kaum.

2. HARI GURU MAKSUD RANGKAP Rangkap 1: Pada Hari Guru, seseorang pasti akan teringat akan jasa guru, iaitu golongan yang memikul amanah mendidik anak bangsa. Bakti guru ialah harapan semua orang. Rangkap 2: Di samping itu, pada Hari Guru, para guru sendiri pasti berfikir tentang sumbangan mereka. Sama ada mereka telah menaburkan bakti dengan penuh semangat atau mereka gagal melakukannya kerana halangan tertentu. Rangkap 3: Hari Guru merupakan hari penghormatan kepada semua guru. TEMA Tugas dan tanggungjawab guru. PERSOALAN (a) Kerajinan dan sikap bertanggungjawab para guru. (b) Mengenang jasa guru. (c) Azam yang kuat membuahkan kejayaan. NADA Patriotik BENTUK (a) Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap. (b) Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu rangkap pertama mempunyai sembilan baris, rangkap kedua mempunyai sepuluh baris, dan rangkap ketiga mempunyai tujuh baris. (c) Sajak ini berbentuk bebas. UNSUR-UNSUR BUNYI (a) Asonansi. (b) Aliterasi (c) Rima akhirnya bebas. GAYA BAHASA (a) Repitisi. (b) Anafora.

(c) Metafora NILAI (a) Keazaman yang kuat. Contohnya, para guru mempunyai keazaman yang kuat untuk mencurahkan bakti kepada anak bangsa tanpa mengira latar dan keturunan. (b) Ketekunan. Contohnya, para guru tekun mencurahkan ilmu kepada anak murid. (c) Mengenang jasa. Contohnya, jasa guru dikenang oleh pelajarnya semasa sambutan Hari Guru. PENGAJARAN (a) Kita hendaklah mengenang jasa guru yang banyak berkorban terhadap anak-anak bangsa. (b) Guru hendaklah berbakti dengan penuh rasa iltizam dan tanggungjawab. (c) Kita hendaklah berani menghadapi dugaan hidup.

3. BURUNG-BURUNG PAGI MAKSUD SAJAK Rangkap 1: Sejak awal pagi, burung-burung sudah berada di halaman rumah penyajak dan bunyi burungburung itu menyebabkan penyajak terjaga daripada tidur. Rangkap 2: Apabila penyajak bangun, dia terus teringat akan kerjanya. Rangkap 3: Burung-burung makan apa sahaja yang boleh dimakan. Pada fikiran penyajak, kota ini tidak sesuai bagi burung. Rangkap 4: Namun, apabila diperhatikan betul-betul, burung yakin untuk terus hidup dengan caranya. TEMA Burung-burung walaupun mempunyai tubuh yang kecil tetapi unggas ini hidup dalam keyakinan. PERSOALAN (a) Setiap orang hendaklah bangun awal-awal pagi. (b) Setiap makhluk ada rezeki yang telah ditetapkan. (c) Keyakinan amat diperlukan dalam kehidupan. NADA Sinis BENTUK (a) Sajak ini terdiri daripada empat rangkap. (b) Bilangan baris dalam rangkap pertama, rangkap kedua, dan rangkap keempat adalah sama, iaitu empat baris serangkap. Bilangan baria dalam rangkap ketiga ialah tujuh baris serangkap. (c) Sajak ini berbentuk bebas. UNSUR-UNSUR BUNYI (a) Asonansi. (b) Aliterasi. (c) Rima akhirnya bebas. GAYA BAHASA (a) Sinkope

(b) Metafora. (c) Personifikasi. NILAI (a) Kegigihan. Contohnya, burung gigih mencari rezeki. (b) Kerajinan. Contohnya, penyajak rajin melakukan pekerjaannya. (c) Kesyukuran. Contohnya, penyajak bersyukur kerana nasibnya lebih baik daripada nasib burung. PENGAJARAN (a) Kita hendaklah selalu mengingati kerja. (b) Kita hendaklah memikrkan haiwan yang ada di sekeliling kita kerana haiwan juga makhluk Tuhan. (c) Kita hendaklah bersyukur kerana mempunyai kelebihan dan keistimewaan berbanding dengan haiwan.

4. KETENANGAN MAKSUD SAJAK Rangkap 1: Penyajak berusaha mencari ketenangan, tetapi pada permulaannya dia gagal. Ketika itu dia kecewa dan bersedih. Rangkap 2: Kemudian penyajak menemui ketenangan. Rangkap 3:Penyajak mulai sedar bahawa ketenangan bukannya bertitik tolak daripada kehidupan yang senang, kaya, dan mewah. Rangkap 4: Ketenangan sebenarnya akan berada dalam jiwa jika seseorang itu beriman, iaitu sentiasa mendekati Allah. TEMA Usaha yang dilakukan oleh seseorang untuk mencari ketenangan. PERSOALAN (a) Ketenangan hendaklah dicari. (b) Seseorang akan berasa lega jika tenang. (c) Penentu ketenangan dalam kehidupan. NADA Melankolik BENTUK (a) Sajak ini terdiri daripada empat rangkap. (b) Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu rangkap pertama mempunyai tujuh baris, rangkap kedua dan keempat mempunyai empat baris, manakala rangkap ketiga mempunyai lima baris. (c) Sajak ini berbentuk bebas. UNSUR-UNSUR BUNYI (a) Asonansi. (b) Aliterasi. (c) Rima akhinya bebas.

GAYA BAHASA (a) Sinkope. (b) Personifikasi. (c) Perlambangan. NILAI (a) Ketabahan. Contohnya, penyajak tabah menghadapi cabaran dalam hidupnya. (b) Kebijaksanaan. Contohnya, penyajak bijak mencari kemewahan dan kesenangan. (c) Berfikiran rasional. Contohnya, penyajak berusaha mencari ketenangan jiwa dengan cara mendekatkan dirinya dengan Allah. PENGAJARAN (a) Kita jangan melayani perasaan yang negatif. (b) Kita hendaklah berusaha mencari ketenangan. (c) Kita hendaklah sedar bahawa harta benda tidak semestinya dapat memberikan ketenangan kepada kit

5. SAJAK LAUT MAKSUD SAJAK Rangkap 1: Penyajak menggambarkan keadaan laut yang biru, luas, dan indah. Rangkap 2: Penyajak berasa bahagia dan tenang apabila memerhatikan laut. Laut yang luas membayangkan kekayaan. Rangkap 3: Penyajak melihat pasir berwarna putih dan kerang. Ombak terkena pada kakinya. Angin pantai pula mengenai tubuhnya. Rangkap 4: Penyajak juga memerhatikan nelayan yang mencari rezeki di laut untuk keluarga mereka. Rangkap 5: Burung-burung terbang dan bernyanyi gembira seiring dengan bunyi ombak. Rangkap 6: Penyajak melihat matahari yang hanya kelihatan separuh tetapi masih memberikan sinarnya. Rangkap 7: Penyajak merasakan bahawa laut dan dirinya amat akrab bagaikan bersaudara. TEMA Menghayati keindahan laut. PERSOALAN (a) pernghayatan unsur alam. (b) Nelayan mencari rezeki di laut. (c) Keakraban manusia dengan alam. NADA Romantik BENTUK (a) Sajak ini terdiri daripada tujuh rangkap. (b) Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu rangkap pertama dan rangkap ketujuh mempunyai tiga baris, rangkap kedua dan rangkap keempat mempunyai emapat baris, manakala rangkap ketiga, kelima, dan keenam mempunyai lima baris. (c) Sajak ini berbentuk bebas. UNSUR-UNSUR BUNYI

(a) Asonansi. (b) Aliterasi. (c) Rima akhirnya bebas. GAYA BAHASA (a) Repetisi. (b) Simile. (c) Sinkope. NILAI (a) kesyukuran. Contohnya, penyajak mensyukuri nikmat Tuhan dengan adanya laut yang dapat memberikan ketenangan kepadanya. (b) Mencintai alam sekiter. Contohnya, penyajak mencintai keindahan laut dan hidupannya. (c) Kemesraan. Contohnya, penyajak merasakan bahawa dirinya amat mesra dengan hidupan laut. PENGAJARAN (a) Kita hendaklah menghargai alam. (b) Kita hendaklah berusaha dengan gigih untuk mencari rezeki.

6. WARKAH KEPADA GENERASI MAKSUD SAJAK Rangkap 1: Penyajak mengatakan bahawa generasi kini ialah golongan yang bertuah kerana hidup dalam negara yang bermaruah pada alaf baru. Rangkap 2: Keadaan ini merupakan hasil perjuangan generasi yang terdahulu, iaitu nenek moyang yang telah banyak berjuang membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Rangkap 3: Penyajak berpesan agar rakyat generasi kini tidak melupakan sejarah. TEMA Semangat patriotik. PERSOALAN (a) Semangat patriotisme yang tinggi. (b) Tanggungjawab rakyat pada zaman ini untuk memelihara kesejahteraan negara. (c) Ingatan terhadap jasa pemimpin terdahulu melalui pengetahuan sejarah. NADA Patriotik BENTUK (a) Sajak ini terdiri daripada tida rangkap. (b) Bilangan baris setiap rangkap tidak sama, iaitu rangkap pertama dan rangkap kedua mempunyai lima baris, manakala rangkap ketiga mempunyai tiga baris. (c) Sajak ini berbentuk bebas. UNSUR-UNSUR BUNYI (a) Asonansi. (b) Aliterasi. (c) Rima akhirnya bebas.

GAYA BAHASA (a) Repetisi. (b) Metafora. (c) Sinkope. NILAI (a) Berterima kasih. Contohnya, generasi kini mesti berterima kasih kepada generasi terdahulu kerana jasa bakti mereka yang banyak berkorban untuk negara. (b) Bersyukur. Contohnya, generasi kini harus bersyukur kerana dapat hidup senang dalam sebuah negara yang merdeka. (c) Keikhlasan. Contohnya, generasi lampau telah berjuang dengan hati yang ikhlas. PENGAJARAN (a) Kita hendaklah mengingati jasa para pejuang kemerdekaan. (b) Kita hendaklah bersyukur kerana kita hidup dalam sebuah negara yang merdeka. (c) Kita hendaklah berterima kasih kepada generasi tedahulu yang sanggup berjuang memerdekakan tanah air.

PROSA TRADISIONAL 1. RAJA MUDA

TEMA Kehebatan dan kemeriahan sambutan kelahiran putera dan puteri raja. Kemeriahan ini dapat dilihat apabila pelbagai upacara telah dijalankan oleh Raja Muda untuk menyambut kelahiran puteri baginda. PERSOALAN

(a) Keikhlasan hati untuk mengakui kesalahan yang telah dilakukan. (b) Tanggungjawab sebagai seorang suami. Raja Muda menjalankan tanggungjawab bagindadengan baik kepada kedua-dua isterinya. (c) Keadilan dalam membahagikan kasih sayang terhadap kedua-dua orang isteri WATAK (a) Watak utama ialah Raja Muda manakala watak sampingan pula ialah Tuan Puteri Bidadari Segerba, Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri, nenek kebayan, Maharaja Indera Dewa, dan Permaisuri Kaca Bertuang. PERWATAKAN RAJA MUDA (a) Mempunyai dua orang isteri ; Tuan Puteri Bidadari Segerba dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. (b) Mempunyai cahaya mata bernama Tuan Puteri Renik Jintan. (c) Adil terhadap kedua-dua isteri. TUAN PUTERI BIDADARI SEGERBA (a) Anak kepada Maharaja Indera Dewa yang tinggal di kayangan. (b) Isteri pertama Raja Muda. (c) Penyayang terhadap Tuan Renik Jintan; anak Raja Muda.

TUAN PUTERI KUNTUM RATNA SURI (a) Isteri muda kepada Raja Muda. (b) Sangat menyayangi Tuan Puteri Renik Jintan; puterinya. PLOT BINAAN PLOT (a) Permulaan: Raja Muda ditabalkan menjadi raja di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki apabila dikahwinkan dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. (b) Perkembangan: Tuan Puteri Bidadari Segerba hendak turun ke bumi keran merindui Raja Muda. Tuan Puteri Bidadari Segerba dikhabarkan oleh kakandanya bahawa Raja Muda melangsungkan perkahwinan dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. (c) Kliamks: Tuan Puteri Bidadari Segerba datang ke tempat persandingan dan berjumpa dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Apabila mengetahui perkara sebenar, Tuan Puteri Bidadari Segerba meminta maaf dan berkanal-kenalan. Sebelum Tuan Puteri Bidadari Segerba pulang ke kayangan, Tuan Puteri Bidadari Segerba meminta Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri untuk menerima bayi yang telah dikandungnya selama enam purnama itu. (d) Peleraian: Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri hendak bersali. Rja Muda menjemput Tuan Puteri Bidadari Segerba untuk menyaksikan kelahiran itu. Kelahiran anak Raja Muda disambut dengan meriah sekali. LATAR LATAR MASA (a) Pada zaman dahulu dan waktu siang dan malam. LATAR TEMPAT (a) Rumah nenek kebayan. (b) Padang Biram Kemala. (c) Tasik Mendam Berahi. LATAR MASYARAKAT (a) Masyarakat di kayangan (b) Masyarakat di bumi. GAYA BAHASA DIKSI (a) Penggunaan bahasa istana. (b) Penggunaan bahasa klasik. SIMILE (a) Contohrupanya laksana bulan penuh, pasir yang berkilat-kilat laksana zamrud. NILAI (a) Kasih sayang. Contohnya, Raja Muda begitu kasih dan sayng kepada kedua-dua isterinya. (b) Keadilan. Contohnya, Raja Muda bersikap adil terhadap kedua-dua isterinya. (c) Pengorbanan. Contohnya, Tuan Puteri Bidadari Segerba berkorban dengan membenarkan Raja Muda berkahwin lain. PENGAJARAN (a) Kita janganlah ingkar dengan arahan yang diberikan kepada kita. (b) Kita hendaklah bersikap adil dalam setiap perkara yang dilakukan.

2.

HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN

TEMA Jurai keturunan Kesultanan Melayu di kepulauan Melayu. Hikayat ini menceritakan keturunan raja-raja Kalimantan bermula dengan Sang Raja Majapahit sehingga kepada Opu Daeng Menambun. PERSOALAN (a) Perkembangan jurai-jurai keturunan Kalimantan. (b) Hunbungan diplonatik dibina melalui hubungan perkahwinan. (c) Kebsaran kerajaan Melayu pada abad ke-8. WATAK

(a) Watak utama ialah Opu Daeng Menambun manakala watak sampingan pula ialah PuteriKesumba, Utin Dawaman, Gusti Jamiral, Gusti Jamadin, dan lain-lain. PERWATAKAN OPU DAENG MENAMBUN (a) Raja Bugis. (b) Berkahwin dengan Puteri Kesumba. (c) Mempunyai sepuluh orang anak, lima lelaki dan lima perempuan. PUTERI KESUMBA (a) Anak kepada Sultan Muhammad Zainuddin. (b) Isteri Opu Daeng Menambun. UTIN DAWAMAN (a) Anak sulung kepada Opu Daeng Menambun. (b) Bersuamikan Raja Landak/Ratu Bagus.

(c) Mempunyai empat orang anak. GUSTI JAMIRAL (a) Anak kedua Opu Daeng Menambun. (b) Bergelar Panembahan Adi Jaya Kesuma. (c) Mempunyai sembilan orang anak. GUSTI JAMADIN (a) Anak ketiga Opu Daeng Menambun. (b) Digelar Sambas Pangeran Chakra. (c) Mempunyai dua orang anak. LATAR LATAR MASA Pada abad ke-18. LATAR TEMPAT (a) Negeri Sukadana, Negeri Mempawah, Negeri Pontianak. LATAR MASYARAKAT (a) Masyarakat golongan raja. (b) Keturunan raja-raja Kalimantan. GAYA BAHASA -Bahasa Klasik. NILAI (a) Mengambil berat akan asal usul keturunan. Contohnya, raja-raja Kalimantan berusaha mengetahui jurai keturunan mereka. (b) Jati diri yang kental. Contonya, setiap raja mempunyai jati diri yang kental alaupun telah membuka kawasan petempatan di tempat lain. (c) Bijak. Contohnya, raja-raja Kalimantan bijak dalam memperkembang keturunannya. PENGAJARAN (a) Kita mestilah bangga dengan asal usul keturunan sendiri. (b) Kita mestilah memeahami jurai keturunan agar merapatkan silaturrahim.

3.

HIKAYAT INDERAPUTERA

TEMA Kehebatan anak raja yang tiada bandingnya. Inderaputera, anak Raja Bikrama Buspa mempunyai budi pekerti yang tinggi serta rupanya yang sangat tampan. PERSOALAN (a) (b) (c) Kemuliaan darjat seseorang yang berketurunan raja. Inderaputera mempunyai keperibadian yang sangat menarik dan rupa paras yang elok. Kesaktian yang dimiliki oleh anak raja. Inderaputera dapat mengalahkan gergasi, lalu di jalan yang tidak pernah digunakan orang, dan sebagainya. Kebolehan akal fikiran yang sukar ditandingi. Inderaputera pandai mengaji al-Quran sejak berusia tujuh tahun.

WATAK (a) Watak utama ialah Inderaputera manakala watak sampingan pula ialah Raja Bikrama Buspa, Tuan Puteri Jamjam Ratna Dewi, nenek kebayan, dan Perdana Menteri. PERWATAKAN INDERAPUTERA (a) Anak Raja Bikrama Buspa. (b) Rupa paras yang elok. (c) Bijaksana. MAHARAJA BIKRAMA BUSPA (a) Baik hati. (b) Penyayang. (c) Pemerintah di negeri Semanta.

TUAN PUTERI JAMJAM RATNA DEWI (a) Isteri Raja Bikrama Buspa. (b) Bonda Inderaputera. NENEK KEBAYAN (a) Penjual bunga. (b) Baik hati. (c) Penyayang. PERDANA MENTERI (a) Penyayang. (b) Seorang pembesar. (c) Tidak mempunyai anak. PLOT BINAAN PLOT. (a) Permulaan: Raja Bikrama Buspa yang merupakan ayah kepada Inderaputera serta mempunyai jajahan yang luas. Setelah isterinya melahirkan anak, baginda memanggil ahli nujum untuk menilik nasib anakanda baginda. (b) Perkembangan: Dua orang utusan menghantar ufti, iaitu pandai kayu dan pandai emas. Pandai emas telah membuat seekor merak emas. Setelah ditaruh di dalam talam emas, merak itu mengial. Inderaputera turun dari riba ayahandanya untuk melihat merak emas itu. (c) Klimaks: Inderaputera di bawa terbang bersama-sama merak emas itu lalau dijatuhkan di sebuah negeri, iaitu di kebun nenek kebayan. Inderaputera kemudiannya menjalani kehidupan sebagai rakyat biasa. (d) Peleraian: Inderaputera membesar menjadi seorang pemuda yang tampan lagi bijaksana. Baginda amat disayangi nenek kebayan dan Perdana Menteri. LATAR LATAR MASA (a) Pada zaman dahulu dan pada waktu siang dan malam. LATAR TEMPAT (a) Di negeri Semanta, istan Rja Bikrama Buspa, kebun nenek kebayan, dan di rumah Perdana Menteri. LATAR MASYARAKAT (a) Golongan raja dan pembesar. (b) Rakyat biasa. (c) Menghormati golongan pembesar. GAYA BAHASA (a) Bahasa Arab. (b) Bahasa klasik. (c) Simile. NILAI (a) Hormat menghormati. Contohnya, Inderaputera menghormati orang yang lebih tua daripadanya. (b) Mementingkan ilmu pengetahuan.. contohnya, Inderaputera dihantar ayahandanyauntuk mengaji al-Quran dengan mualim Bersapian. (c) Kasih sayang. Contohnya, Raja Bikrama Buspa, nenek kebayan dan Perdana Menteri menyayangi Inderaputera. PENGAJARAN

(a) (b) (c)

Kita haruslah mempunyai sikap pentingkan ilmu pengetahuan. Contohnya, Inderaputera telah diajar mengaji al-Quran sejak kecil. Kita perlulah berbuat baik terhadap orang lain. Contohnya, Inderaputera sentiasa berbuat baik terhadap sesiapa sahaja. Janganlah bersikap sombong dalam kehidupan seharian. Contohnya, walaupun Inderaputera seorang anak raja namun baginda tidak sombong dan amat menyayangi nenek kebayan dan Perdana Menteri.

2.

HIKAYAT ANGGUNG CIK TUNGGAL

TEMA Percintaan antara anak raja. Tuan Puteri Gondan Gandariah sanggup belayar ke laut untuk bertemu dengan tunangnya, iaitu Raja Anggun Cik Tunggal. PERSOALAN (a) Kasih sayang terhadap tuning. (b) Taat setia orang suruhan terhadap tuannya. (c) Peperangan yang menggunakan alatan perang yang mempunyai unsur sakti. WATAK (a) Watak utama ialah Raja Anggun Cik Tunggal dan watak sampingan ialah Tuan Puteri Gondah Gandariah, Si Kembang Cina, dan Bujang Selamat. PERWATAKAN RAJA ANGGUN CK TUNGGAL (a) Mudah berasa marah. (b) Pandai memujuk. (c) Nakhoda kapal Dendang Panjang. TUAN PUTERI GONDAH GANDARIAH (a) Memiliki kesaktian. (b) Mudah merajuk. (c) Puteri raja yang cantik.

BUJANG SELAMAT (a) Orang suruhan Raja Anggun Cik Tunggal. (b) Mentaati ketua. SI KEMBANG CINA (a) Orang suruhan Tuan Puteri Gondah Gandariah. (b) Mentaati ketua. PLOT BINAAN PLOT (a) Permulaan: Bujang Selamat melihat sebuah lancang kuning berlabuh bertentangan dengan kapal Dendang Pangjand. Lalu, dia memberitahu Raja Anggun Cik Tunggal tentang perkara itu. Baginda menyuruh Bujang Selamt memeriksa lancing kuning itu. Bujang Selamat memberitahu Raja Anggun Cik Tunggal bahawa lancing kuning itu berlabuh kerana ingin membandingkan kecantikan lancang kuning dengan kapalnya. Raja Anggun Cik Tunggal berasa tercabar lalu mengarahkan orang-orangnya supaya menyediakan peralatan perang. (b) Perkembangan: Baginda memerintahkan Bujang Selamat untuk menyedikan merian Gerak Gempa dan bedilan pelurunya jatuh tidak jauh dari lancang kuning itu. Tuan Puteri Gondah Gandariah pula menyuruh Si Kembang Cina menyediakan meriam Sapu Rantau dan peluru nya jatuh tidak jauh dari Dendang Panjang. Berlaku tembak-menembak antara kedua-duanya. Raja Anggun Cik Tunggal membedil Tuan Puteri sehingga terkena cincin lalu tercampak ke laut. Tuan Puteri pula membedil sehingga terkena tengkolok Raja Anggun Cik Tunggal lalu tercampak ke laut. (c) Klimaks: Baginda murka lalu mengisi istinggarnya dengan peluru. Tuan Puteri segera menyalin pakaiannya dan terserlahlah kecantikan Tuan Puteri. Raja Anggun Cik Tunggal berasa malu dan lari masuk ke peraduannya. Tindakan baginda membuatkan Tuan Puteri merajuk. Setelah diberitahu oleh Bujang Selamt tentang al itu, baginda segera memujuk tunangannya itu. (d) Peleraian: Tuan Puteri Gondah Gadariah memberikan dua belas diut supaya membelikannya hadiah. Raja Anggun Cik Tunggal pula memberikan sebiji kapas kepada Tuan Puteri untuk dibuat persalinan. Setelah itu, Tuan Puteri memohon pulang ke negerinya, iaitu Tika Benua. LATAR LATAR MASA (a) Pada zaman dahulu dan pada waktu siang hingga malam. LATAR TEMPAT (a) Di atas kapal Dendang Panjang kepunyaan Raja Anggun Cik Tunggal. (b) Di atas kapal Seludang Mayang kepunyaan Tuan Puteri Gondah Gandariah. (c) Negeri Tiku Benua. LATAR MASYARAKAT (a) Mempunyai unsur sakti. (b) Kalangan anak raja. (c) Mahir dalam pelayaran. GAYA BAHASA (a) Bahasa Istana (b) Simile NILAI

(a) Kasih sayang. Contohnya, Raja Anggun Cik Tunggal amat menyayangi Tuan Puter pabila bagindaberjaya memujuk Tuan Puteri. (b) Hormat-menghormati. Contohnya, sesampainya di istana setelah pulang belayar, Tuan Puteri segera menyembah ayahanda dan bondanya. (c) Taat setia. Contohnya, Bujang Selamat taat perintah Raja Anggun Cik Tunggal dengan pergi memeriksa lancang kuning.

PENGAJARAN (a) Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua. Contohnya, setelah Tuan Puteri sampai di istana, baginda segera menyembah ayahanda dan bondanya. (b) Kita hendaklah taat setia kepada pemerintah. Contohnya, Si Kembang Cina taat suruha Tuan Puteri dengan menyediakan meriam Sapu Rantau.

CERPEN

1.

ANAK PENGGUNTING RAMBUT

TEMA Kasih sayang terhadap ayah kepada anaknya,anak kepada ayahnya. PERSOALAN (a) Setiap bapa hendaklah menyayangi anaknya. (b) Ketabahan tukang gunting rambut dalam mencari rezeki. (c) Sesuatu pekerjaan dilakukan secara bersungguh-sungguh akan menghasilkan dapatan yang lumayan. WATAK (a) Watak utama ialah aku /Uda Ahmad/Mat Gunting manakala watak sampingan ialah Manisah/Manis. PERWATAKAN AKU/UDA AHMAD/MAT GUNTING (a) Berusia 65 tahun. (b) Peneroka FELDA. (c) Memanjakan anak perempuannya, Manis. MANISAH/MANIS

(a) Manja dengan bapanya. (b) Comel, berwajah manis, dan selalu tersenyum. (c) Agak degil. PLOT BINAAN PLOT (a) Permulaan: Aku melamun teringat Manis yang berambut pendek. Manis selalu sakit kepala dan kadang-kadang dia pitam. Oleh itu, aku menggunting rambutnya sehingga pendek. (b) Perkembangan: Aku teringat sewaktu Manis ketika kecil. Manis pernah menangis sewaktu pertama kali ke tadika kerana diejek oleh teman-temannya. Dia juga tidak senang dengan rambutnya itu. Dia mula menyukai rambutnya apabila dia berjaya menang dalam acara bawa bakul kacang atas kepala semasa sukan di tadikanya. Manis masih mahu berambut pendek apabila masuk kea lam persekolahan. Manis juga sudah mula memahami pekerjaan aku dan sering membantu aku. Kini, Manis melanjutkan pelajarannya ke univesiti. Namun, dia jarang-jarang pulang ke rumah. Aku terlalu merinduinya. (c) Klimaks: Lamunan panjang aku terhenti apabila mendapat panggilan daripada kawan Manis. Manis sakit dan kini dia terlantar di hospital.Aku segera ke hospital tersebut. Akhrinya Manis meninggal di ribaan aku. (d) Peleraian: Aku yang berasa sedih sudah tidak meahu menggunting rambut kerana pasti akan teringat Manis. LATAR LATAR MASA (a) Sebelum waktu Asar-jenazah Manis dikebumikan. (b) Sebelah petang-aku pulang dari ladang. LATAR TEMPAT (a) Kedai gunting rambut (b) Bandar (c) Hospital LATAR MASYARAKAT (a) Mementingkan ikatan kasih sayang. (b) Tinggal di tanah rancangan. GAYA BAHASA (a) Peribahasa. (b) Simile. (c) Repetisi. NILAI (a) Kasih sayang. Contohnya, aku amat syang kepada Manisah. (b) Ketabahan. Contohnya, Manis tabah menghadapi penyakitnya. (c) Keinsafan. Contohnya, Manis insaf bahawa pekerjaan bapanya sebagai penggunting rambut bukanlah pekerjaan yang hina. PENGAJARAN (a) Kita hendaklah melakukan apa sahaja bentuk pekerjaan asalkan pendapatannya halal. (b) Berusahalah dengan lebih gigih agar kehidupan kita akan bertambah senang. (c) Bapa hendaklah menegur anaknya yang telah berbuat salah.

2.

CAPA RENGAT

TEMA Pengalaman berada di kampung, iaitu kawasan yang menimbulkan rasa sukan, tenang, dan seronok. PERSOALAN (a) Kehidupan di desa yang tidak terkongkong. (b) Keikhlasan dan kemesraan dalam bersahabat. (c) Keindahan alam sekitar di kampung yang masih kekal terpelihara. WATAK (a) Watak utama ialah aku manakala watak sampingan pula ialah ibu, Pak Cik Kinto, dan Su. PERWATAKAN AKU (a) Membesar di kota. (b) Berasa sedih apabila hendak meninggalkan kampung. (c) Rapat dengan Pak Cik Kinto ketika berada di kampung. IBU (a) Berasal dari kampung tetapi tinggal di kota. (b) Kurang senang berada di kampung. (c) Cemburu keakraban aku dengan Pak Cik Kinto. PAK CIK KINTO

(a) Bapa saudara aku. (b) Rapat dengan aku. (c) Peramah dan mesra. SU (a) Anak kampung dan mudah mesra. (b) Baik hati. (c) Nakal dan berani. PLOT BINAAN PLOT (a) Permulaan: Aku bercerita tentang kepulangannya ke kampung. Mulanya aku berasa janggal tetapi akhirnya aku dapat selesakan diri. (b) Perkembangan: Aku semakin rapat dengan Pak Cik Kinto. Ibu pula cemburu kerana aku semakin rapat dengannya. Suatu petang, aku berjalan sendirian. Aku ternampak sekumpulan budak sedang bermain-main bersama. Salah seorang budak kampung yang bernama Su mengajak aku bermain bersama mereka. Aku berasa gembira dengan mereka. Su menghadiahi aku bunga capa rengat lalu pulang setelah dipanggil oleh adik tirinya. (c) Klimaks: Keesokan harinya, ibu aku ingin segera pulang ke kota. Aku pulang dengan perasaan yang amat sedih. (a) Peleraian: Dalam perjalanan pulang ke kota, Ibu memberitahu aku bahawa itu kali terakhir kerana rumah dan tanah itu telah diserahkan kepada Pak Cik Kinto. LATAR LATAR MASA Waktu petang. LATAR TEMPAT Di sebuah kampung yang agak jauh dari kota. LATAR MASYARAKAT (a) Bandar dan kampung. (b) Melayu kampung yang baik hati dan mesra. (c) Anak-anak kampung yang bembira. GAYA BAHASA (a) Penggunaan bahasa Inggeris. (b) Personifikasi. (c) Inversi. NILAI (a) Kasih sayang. Contohnya, perasaan kasih dan sayang aku kepada Pak Cik Kinto. (b) Keikhlasan. Contohnya, Su ikhlas berkawan dengan aku tanpa mengira aku budak kota. (c) Berani. Contohnya. Su berani masuk ke paya yang agak dalam itu. PENGAJARAN (a) Kita hendakalh menyayangi dan menghargai kampung halaman. (b) Kita hendaklah bersikap ramah mesra dengan orang sekeliling. (c) Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua.

3.

DENDAM

TEMA Perasaan dendam menyebabkan hilangnya pertimbangan. PERSOALAN (a) Layanan yang tidak adil kepada anak-anak. (b) Fitnah menyebabkan seseorang teraniaya. (c) Keinsafan setelah timbul belas kasihan. WATAK (a) watak utama ialah Along manakala watak sampingan ialah Angah, ibu, dan ayah. PERWATAKAN ALONG (a) Anak sulung dalam keluarga. (b) Bersekolah di sekolah berasrama. (c) Pendendam terhadap Angah. ANGAH (a) Anak yang masih kecil. (b) Suka merosakkan barang-barang. (c) Pandai mengambil hati.

IBU (a) Sangat menyayangi Angah. (b) Mempercayai tilikan. (c) Sangat sayang akan rantai mutiaranya. AYAH (a) Bekerja sebagai hakim. (b) Bersikap keras terhadap anak-anaknya. (c) Mempercayai tilikan. PLOT BINAAN PLOT (a) Permulaan: Along sangat marah tehadap Angah kerana melihat buku Fizik yang baru dibelinya semalam telah diconteng dan dikoyakkan olehnya. Kemudian, Along melihat majalah kesyangannya juga telah dikoyakkan oleh Angah. (b) Perkembangan: Along memarahi Angah. Dia menolak dan menampar Angah. Ibu mencari-cari Angah. Setelah didapati Angah tiada, ibu mereka memarahi Along. Ayahnya juga turut memarahi Along kerana kertas kerjanya dikoyakkan. (c) Klimaks: Along bersikap protes terhadap ayahnya. Baginya, ayah mereka itu berat sebelah. Berlaku pertangkaran antara Along dan ibunya. Angah ingin memujknya tetapi dimarahi Along dan disurh keluar dari biliknya. Rantai milik ibunya putus dan Along berpura-pura tidak mengetahui apa-apa. Angah dituduh memustuskan rantai itu. Sebagai akibatnya, Angah disebat oleh ayahnya dengan menggunakan tali pinggang. (d) Peleraian: Along berasa kasihan terhadap Angah. Along kesal kerana telah memfitnah Angah.Along memasuki bilik Angah dan memeluknya dengan penuh kasih dan sayang. Hilanglah dendamnya terhadap Angah selama ini. LATAR LATAR MASA (a) Cuti penggal persekolahan, pada waktu siang hingga malam. LATAR TEMPAT (a) Dalam rumah. LATAR MASYARAKAT (a) Keluarga Melayu yang berpendidikan dan intelek. (b) Pilih kasih terhadap anak. GAYA BAHASA (a) Metafora. (b) Simile. (c) Hiperbola. NILAI (a) Bersimpati. Contohnya, Along bersimpati terhadap Angah apabila dia disebat oleh ayahnya. (b) Keinsafan. Contohnya, Along insaf bahawa perbuatannya terhadap adiknya tidak wajar. (c) Pentingnya keadilan. Contohnya, Along merasakan ibu dan ayahnya melayan anak-anaknya secara tidak adil. PENGAJARAN (a) Kita janganlah berdendam terhadap adik-beradik. (b) Ibu bapa hendaklah berlaku adil terhadap anak-anaknya. (c) Sebagai ahli keluaraga yang tua, kita hendaklah menunjukkan teladan yang baik kepada adik.

4.

MAAF KUPINTA

TEMA Keinsafan akan membawa kebahagiaan. PERSOALAN (d) Kesan kebencian terhadap seseorang. (e) Ketegasan dalam membentuk masa depan anak yang cemerlang. (f) Keazaman untuk membalas budi. WATAK (a) Watak utama ialah Fauzi manakala watak sampingan pula ialah Mokhtar, Ramlah, Syahir, dan Cikgu Zainudin. PERWATAKAN FAUZI (a) Pintar dalam pelajaran. (b) Aktif dalam pelajaran. (c) Cepat menaruh prasangka. SYAHIR (a) Rakan baik Fauzi di asrama.

(b) Ikhlas dalam memberikan pandangan. RAMLI (a) Ibu Fauzi. (b) Penyayang. MOKHTAR (a) Rajin bekerja. (b) Suami Ramlah dan bapa tiri Fauzi. (c) Tegas dalam mendidik anak tirinya. CIKGU ZAINUDIN (a) Guru yang bertanggungjawab. (b) Prihatin terhadap masalah anak muridnya. (c) Membantu Fauzi mendapatkan tempat di sekolah berasrama. PLOT BINAAN PLOT (a) Permulaan: Fauzi dan Syahir bersiap-siap untuk pulang ke kampung masing-masing. (b) Perkembangan: Fauzi mengimbas kembali konfliknya dengan bapa tirinya. Pada Fauzi bapa tirinya bersikap terlalu tegas. Fauzi berbohong dengan neneknya bahawa bapa tirinya telah menolaknya sehingga benjol. Cikgu Zainudin mendapatkan tempat di sekolah berasrama. Semasa di sekolah, ibu dan bapa tirinya sering mengunjunginya. Fauzi menjadi insaf. (c) Klimaks: Fauzi pulang ke kampung dengan azam baru. Dia meminta maaf kepada bapa tirinya. Fauzi juga menjelaskan bahawa benjol dahulu bukanlah disebabkan bapa tirinya. (d) Peleraian: Fauzi menjadi manusia dengan azam baru. Dia membantu bapanya di sawah dan membantu adik-adiknya dalam pelajaran. LATAR LATAR MASA (a) Waktu malam dan pagi. LATAR TEMPAT (a) Asrama sekolah di bandar. (b) Rumah Fauzi di kampung. LATAR MASYARAKAT (a) Pelajar tinggal di asrama. (b) Keluarga Melayu di kampung. GAYA BAHASA (a) Personifikasi. (b) Perbandingan. (c) Simile. NILAI

(a) Kasih sayang. Contohnya, ibu dan bapa tiri Fauzi amat menyayangi Fauzi.(b) Sedia memaafkan. Contohnya, bapa tiri Fauzi memaafkan segala kesalahan Fauzi terhadapnya. (c) Mengenang jasa. Contohnya, Fauzi mahu membalas segala jasa dan kebaikan bapa tirinya itu. PENGAJARAN (a) Perasaan suka berprasangka terhadap orang lain perlu dielakkan. (b) Kita mestilah bersedia untuk memaafkan orang lain. (c) Setiap anak hendaklah menyedari bahawa sikap tegas penjaga atau ibu bapa adalah untuk kebaikan dirinya.

5.

GEMA SEPI GADIS GENIUS

TEMA Sikap invidualisme boleh menimbulkan permasalahan dalam kehidupan. PERSOALAN (a) Masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak genius. (b) Sukar untuk bergaul dengan orang lain. (c) Sikap keakuan dalam menjalani kehidupan. WATAK (a) Watak utama ialah Basirah manakala watak sampingan pula ialah Hanani, timbalan pengurus, dan pensyarah Basirah. PERWATAKAN BASIRAH (a) Gadis genius yang berusia 14 tahun. (b) Menjalani latihan amali di Makmal Perdana. (c) Suka hidup menyendiri. HANANI

(a) Kakak Basirah. (b) Berusia 16 tahun. (c) Periang. TIMBALAN PENGURUS (2 ORANG) (a) Berusia dalam lingkungan 40-an. (b) Mencemburui kehadiran gadis genius, Basirah di Makmal Perdana. PLOT BINAAN PLOT (a) Permulaan: Basirah menghadapi masalah busut dalam sistem komputer Makmal Perdana tempat dia bekerja. Dia tidak dapat mengenal pasti orang yang bertanggungjawab itu. (b) Perkembangan: Masalah busut dalam komputer telah menimbulkan busut yang lain, iaitu busut peribadinya. Busut yang paling menghantuinya siang dan malam ialah busut yang menyebabkan ibunya meninggal dunia. Basirah menghadapinya dengan tabah. (c) Klimaks: Bsirah mula tertekan kerana tidak mempunyai kawan istimewa yang dijadikan tempat mengadu. Tiba-tiba lamunannya terhenti dengan kehadiran kakaknya serta rakanrakannya. Mereka datang untuk meraikan hari jadinya yang ke-14. dengan bantuan kakak dan rakan-rakannya itu, Basirah berjaya mengesan penceroboh sistem komputer yang dicari-cari selama ini. (d) Peleraian: Penceroboh yang dikesan itu ialah seorang pemuda genius bernama Roger Maris dari Los Angeles. Pensyarah mengucapkan tahniah atas kejayaan Basirah dan juga rakanrakannya. LATAR LATAR MASA Waktu siang. LATAR TEMPAT Di makmal sistem komputer Makmal Perdana. LATAR MASYARAKAT Celik terhadap teknologi. Suka memandang rendah terhadap orang lain. GAYA BAHASA Personifikasi. Simile. Sinkope. NILAI (a) Kerjasama. Contohnya, Hanani dan rakan-rakannya bekerjasama dengan Basirah mengesan penceroboh sistem komputer. (b) Prihatin. Contohnya, Hanani mengambil berat terhadap adiknya dengan menanyakan Basirah yang mahu bekerja pada hari minggu. (c) Baik hati. Contohnya, Hanani dan rakan-rakannya membawa kek sempena hari jadi Basirah. PENGAJARAN (a) Janganlah kita mengamalkan sikap ego. (b) Setiap orang mempunyai kebolehan masing-masing. (c) Kita hendaklah menerima kekurangan dan kelemahan diri sendiri.

6.

WARKAH DARIPADA IBU

TEMA Keprihatinan ibu bapa yang ingin melihat anak-anak mereka sejahtera di dunia dan akhirat. PERSOALAN (a) Gejala social yang banyak terdapat di bandar-bandar besar. (b) Kehidupan di kempung yang masih terhindar daripada gejala social yang negatif. (c) Menikmati kehidupan yang sederhana. WATAK (a) Watak utama ialah Mira manakala watak sampingan pula ialah ibu Mira, ayah Mira, nenek Mira, dan Suzana. PERWATAKAN MIRA (a) Pelajar tingkatan dua. (b) Seorang yang kritis. (c) Patuh terhadap kedua ibu bapa.

IBU (a) Ibu kepada Mira dan dua orang adiknya. (b) Seorang yang bekerjaya. (c) Berpandangan jauh dalam mendidik anak-anak. AYAH (a) Seorang yang penyayang. (b) Periang dan suka bergurau senda. (c) Memahami perasaan isterinya. NENEK (a) Prihatin terhadap anak cucunya. (b) Penyayang. (c) Menitikberatkan aspek keagamaan dalam kehidupannya. PLOT BINAAN PLOT (a) Permulaan: Mira membaca surat dari ibunya. Mira menangis selepas membaca surat itu. Surat itu mengingatkan peristiwa yang berlaku setahun yang lepas. (b) Perkembangan: Mira terkenang akan peristiwa pada suatu hari ibunya memberitahunya bahawa dia dan adik-adiknya akan tinggal di kampung bersama nenek dan datuknya. Mira tidak setuju dengan keputusan itu. Akhirnya, Mira dan adik-adiknya tinggal di kampung dengan datuk dan neneknya. (c) Klimaks:Mira mengulang membaca surat dari ibunya. Sekali lagi air matanya mengalir. Ruparupanya ibu Mira tidak mahu Mira dan adik-adiknya dibesarkan dengan gejala sosial yang tidak baik. Sememangnya gejala sosial tidak baik di kampung belum menular tidak seperti di Bandar. (d) Peleraian: Sekarang baru Mira tahu sebab ibu dan bapanya menghantarnya dan adik-adiknya ke kampung. LATAR LATAR MASA (a) Waktu senja dan waktu siang dan malam. LATAR TEMPAT (a) Di kampung dan di rumah nenek Mira. LATAR MASYARAKAT (a) Masyarakat kampung, dengan suasana kehidupan yang sederhana dan harmoni. (b) Masyarakat bandar yang hidup serba pantas dan mencabar. GAYA BAHASA (a) Sinkope. (b) Peribahasa. (c) Simile. NILAI (a) Kepatuhan. Contohnya, pada mulanya Mira tidak bersetuju dengan tindakan ibunya menghantar dia ke kampung, tetapi dia patuh akan arahan ibunya. (b) Kasih sayang. Contohnya, ibu bapa Mira sangat menyayangi Mira dan adik-adiknya. (c) Tanggungjawab. Contohnya, ibu bapa Mira merupakan ibu bapa yang bertanggungjawab. PENGAJARAN (a) Kita hendaklah patuh akan nasihat ibu bapa.

(b) Kita hendaklah menjauhkan diri daripada terpengaruh dengan gejala sosial dengan cara menghantar mereka tinggal di kampung. (c) Kita hendaklah memberikan pendidikan dan penjagaan yang terbaik kepada anak-anak.

DRAMA 1. HEMODIALISIS

TEMA Etika dalam kerjaya seorang doctor ialah mengutamakan nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi. PERSOALAN (a) Seorang doktor harus menjalankan tugas secara professional. (b) Etika doktor yang palingutama ialah menyelamatkan nyawa tanpa sebarang dikriminasi. (c) Kemahiran keibubapaan penting dalam mendidik anak-anak. WATAK (a) Watak utama ialah Abah manakala watak sampingan pula ialah Mama, Doktor Afif, Doktor Leong, Fiqri, Nabila, Fatin Afiqah, Saufi, dan Zarina. PERWATAKAN ABAH (a) Berusia 63 tahun. (b) Bekas pegawai kerajaan dan sudah pencen. (c) Prihatin dan mengambil berat akan kejayaan anak-anak.

MAMA (a) Isteri Abah. (b) Ibu kepada Doktor Afif, Fiqri, dan Fatin Atiqah. (c) Gemar gurau senda dengan Abah. AFIF/DOKTOR AFIF (a) Anak sulung dalam keluarga. (b) Ayah kepada Nabilah. (c) Suami kepada Zarina. NABILAH (a) Cucu kepada Abah dan Mama. (b) Sangat manja dengan Abah. (c) Petah bercakap dan mahir berbahasa Inggeris. FATIN ATIQAH (a) Anak bongsu kepasa Abah dan Mama. (b) Teman wanita kepada Saufi. (c) Baru menamatkan pengajiannya di IPT dan lulus dengan cemerlang. PLOT BINAAN PLOT (a) Permulaan: Abah mengadu sakit perut. Mama hendak memanggil Afif supaya balik memeriksa Abah tetapi Abah menghalangnya. Abah tidak mahu mengganggu tugas Doktor Afif di kliniknya. (b) Perkembangan: Abah pengsan. Mama menelefon ke klinik Doktor Afif. (c) Perumitan: Setelah Doktor Afif pulang, dia memeriksa Abah. Doktor Afif ingin membawa Abah ke klinik untuk membuat pemeriksaan yang lebih rapi. Tetapi, abah tidak mahu. Dia menjelaskan sebab-sebab dia tidak perlu ke klinik. (d) Klimaks: Berlaku pertengkaran antar Doktor Afif dan Abah. Abah berdegil tidak mahu ke klinik. Kedua-duanya saling bertukar hujah yang panas. (e) Peleraian: Fiqri dan Doktor Leong membantu Abah duduk di kerusi roda untuk dibuat pemeriksaan lanjut. Akhirnya, Abah dibawa pulang ke rumah bersama-sama dengan mesin hemodialisis. LATAR LATAR MASA Pagi. LATAR TEMPAT Di ruang tamu sebuah rumah yang sederhana. LATAR MASYARAKAT (a) Kelas elit. (b) Mementingkan pelajaran anak-anak. (c) Berfikiran terbuka. GAYA BAHASA (a) Penggunaan dialog yang pendek dan berkesan. (b) Metafora. (c) Penggunaan puisi. NILAI

(a) Kasih sayang. Contohnya, demi kasih sayangnya keapda Abah, Doktor Afif sanggup berhujah untuk meyakinkan abah supaya pergi ke klinik. (b) Tegas. Contohnya, Doktor Afif tegas dengan pendiriannya untuk merawat Abah. (c) Bertanggungjawab. Contohnya, sebagai seorang bapa, Abah memastikan anak-anaknya berjaya dalam kehidupan. PENGAJARAN (a) Janganlah kita mudah putus asa sekiranya ditimpa penyakit. (b) Kita hendaklah berikhtiar terlebih dahulu sebelum kita berserah kepada takdir. (c) Kita hendaklah mencontohi etika seorang doctor semasa kita menjalani kehidupan harian kita.

2.

INFLAKASTA

TEMA Peperangan akan membawa kemusnahan. PERSOALAN (a) Perbezaan ideologi yang tidak dikawal dan disertai sifat terlalu mengutamakan kepentingan diri. (b) Peperangan dapat mengakibatkan berlakunya inflasi. (c) Pemrintahan secara diktator akan melemahkan pentadbiran dan membawa kepada kepincangan hidup. WATAK (a) Watak utama ialah Dibisi dan Marhen manakala watak sampingan pula iailah Siti, Kastabung, Jakidan, Taliba, Infla, dan Kasta. PERWATAKAN

DIBISI (a) Mempunyai wajah yang intelek dan sopan. (b) Mangsa peperangan. (c) Berhati-hati sebelum bertindak. MARHEN (a) Seorang petani yang hidup senang. (b) Suka membantu golongan yang susah. (c) Cepat bertindak tanpa berfikir panjang. SITI (a) Ibu kepada Infla dan Kasta. (b) Mangsa peperangan. (c) Pandai berhujah dengan baik. KASTABUNG (a) Diktator yang zalim. (b) Tidak mahu bertolak ansur. (c) Gila kuasa. TALIBA (a) Orang suruhan Kastabung. (b) Setia arahan ketuanya, Kastabung, (c) Memiliki senjata kuasa bahaya yang dapat memusnahkan apa-apa sahaja. INFLA DAN KASTA (a) Infla merupakan anak lelaki kepada Siti. (b) Kasta merupakan anak perempuan kepada Siti. (c) Infla dan Kasta amat menyayangi ibunya. PLOT BINAAN PLOT (a) Permulaan: Letupan besar berlaku. Dibisi dan Marhen muncul di celah-celah runtuhan bangunan. Pada mulanya mereka bergaduh dan akhirnya mereka berbaikkerana mereka senasib. (b) Perkembangan: Kastabung menyangka Dibisi, Maheran, dan Siti ialah pihak musuh. Berlaku konflik antara Kastabung dan Marhen dan Dibisi. (c) Perumitan: Jakidan membawa cerita tentang kegawatan ekonomi dan kelaparan yang dihadapi oleh rakyat. Mereka berdebat di situ. Pada satu tahap, Dibisi dan Marhen akhirnya bergelut. Pada masa yang sama, Kastabung mengarahkan Taliba menembak Dibisi dan Marhen. Siti menendang Taliba dan senjata bahaya berada di tangannya. (d) Klimaks: Semua orang panik. Siti berkata, jalan terbaik ialah membasmikan kasta-kasta ini. tibatiba satu sinaran cahaya tajam menusuk tepat ke bahu Siti. Sinaran cahaya itu sekali lagi menusuk ke dada Siti. Marhen dengan geramnya membocorkan peluru senjata kuasa bahaya. Sebagai akibatnya, semuanya menyembah bumi. (e) Peleraian: Kedengaran suara halus dua orang kanak-kanak. Mereka membawa makanan untuk Siti. Setelah memberikan nasihat kepada kedua-duanya itu, Siti meninggal dunia. LATAR LATAR MASA (a) Waktu siang dan malam. LATAR TEMPAT (a) Di kawasan peperangan, di kawasan runtuhan rumah batu dig urn gersang. LATAR MASYARAKAT

(a) Kucar-kacir disebabkan oleh peperangan. (b) Kelaparan kerana tidakada makanan. (c) Tamak dan gila kuasa. GAYA BAHASA (a) Pengunaan kata bahasa Inggeris. (b) Hiperbola. (c) Metafora. NILAI (a) Kasih sayang. Contohnya, Infla dan Kasta mencari makanan untuk diberikan kepada Siti. (b) Baik hati. Contohnya, Marhen menyuruh Dibisi menolong Siti yang cedera. (c) Kerjasama. Contohnya, Marhen, Dibisi, dan Siti saling bekerjasama untuk menentang Kastabung. PENGAJARAN (a) Janganlah bersikap ego dan gila kuasa serta mementingkan diri. (b) Peperangan tidak membawa kepada kebahagiaan, sebaliknya kemusnahan. (c) Golongan yang berkuasa janganlah menindas mereka yang lemah.

3. DI SINI BAKTI BERSEMADITEMA Keyakinan, kesungguhan, dan kepercayaan kendiri merupakan faktor yang menentukan kejayaan dalam menjalankan perusahaan sendiri. PERSOALAN (a) Untuk hidup senang tidak semestinya hanya bekerja makan gaji. (b) Bekerja sendiri juga boleh membawa kejayaan. WATAK (a) Watak utama ialah Tini manakala watak sampingan pula ialah Amin, Kamal, dan Pak Hamid (bapa Tini). PERWATAKAN TINI

(a) Berkelulusan diploma. (b) Tuning kepada Kamal. (c) Tidak mahu bekerja makan gaji. AMIN (a) Pemuda kampung yang berdikari. (b) Pengusaha ayam ternakan. (c) Tidak sombong. KAMAL (a) Tunang kepada Tini. (b) Mudah cemburu buta. (c) Berhati busuk dan jahat. AYAH/PAK HAMID (a) Ayah kepada Tini. (b) Berfikiran konservatif. (c) Insaf atas kesilapannya. PLOT BINAAN PLOT (a) Permulaan: Tini melawat tempat ternakan ayam milik Amin. Tujuannya adalah untu mempelajari tentang cara-cara mengusahakan pekerjaan sendiri. (b) Perkembangan: Tini menyatakan hasratnya untuk bekerja sendiri dengan ayahnya. Ayahnya tidak setuju kerana boleh memalukan keluarga. Ayahnya juga tidak yakin akan kebolehan Tini kerana Tini seorang perempuan. (c) Perumitan: Kamal memarahi Tini kerana tidak membincangkan hal ini kepadanya. Dia juga telah meminta ayah Tini supaya mempercepatkan tarikh perkahwinan tetapi Tini tidak mahu kerana dia ingin membangunkan perusahaannya sendiri. Amin membawa Malek ke balai polis atas tuduhan mencuri ayam-ayam ternakannya.. Amin telah dipukul pada suatu malam. Kilang perusahaan kraf tangan Tini juga telah dirosakkan. (d) Klimaks: Ayah Tini menyiasat orang yang telah mensabotaj kilang perusaahaan Tini dan memukul Amin. Ayah Tini mendapati bahawa Malek yang melakukannya. Malek di bawa ke muka pengadilan. (e) Peleraian: Orang yang merancang semua ini ialah Kamal .Akhirnya Tini mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangannya dengan amal. LATAR LATAR MASA (a) Pada waktu siang dan malam. LATAR TEMPAT (a) Di rumah Tini. (b) Kilang kraf tangan Tini. LATAR MASYARAKAT (a) Kampung. (b) Dengki dan iri hati dengan kejayaan orang lain. (c) Memperoleh pendapatan dengan cara yang salah. GAYA BAHASA (a) Metafora. (b) Sinkope. (c) Peribahasa.

NILAI (a) Kerajinan. Contohnya, Amin dan Tini rajin berusaha sehingga berjaya dalam perusahaan masingmasing. (b) Berdikari. Contohnya, walaupun mempunyai kelulusan di peringkat diploma, Tini tidak mahu makan gaji. (c) Bersemangat tinggi. Contohnya, Tini mempunyai semangat tinggi untuk membangunkan perusahaan kraf tangan di kampungnya. PENGAJARAN (a) Kita hendaklah berfikir secara mendalam sebelum mengambil sesuatu tindakan. (b) Kita mestilah menghindarkan diri daripada perbuatan dengki dan sifat iri hati atas kejayaan orang lain. (c) Kita hendaklah mengamalkan sikap percaya dan yakin akan kebolehan sendiri.

RUJUKAN >> KUPASAN & KAJIAN 2011 KOMSAS TINGKATAN 2