sajak

2
Sajak SIVIK (Wawasan Diri) -MENCARI- Tatkala senja berlabuh, Aku mencari, Tatkala malam berdamping, Aku tercari, Setitis rahmat yang agung, Bergulung nikmat yang ulung, Sinar KEJAYAAN, Kejayaan dunia dan akhirat. Bintang terus berkelip, Tidak menanti pencarianku, Masa terus melintas, Meninggalkan memori silamku, Dan aku masih mencari, Sinaran ilmu gemerlap, Yang bakal menerangi duniaku, Hingga ke akhir hayatku. Aku tidak mahu menjadi SI BUTA, Kerana aku mahu melihat DUNIA. Aku tidak mahu menjadi SI PEKAK. Kerana aku mahu mendengar siulan CAHAYA. Dan aku, Tidak mahu menjadi SI BANTUT, BANTUT pada AKAL dan FIKIRAN. Suatu hari nanti, Akan aku buktikan pada semuanya, Pada sang MENTARI, Sang REMBULAN juga sang LAUTAN, Bahawa aku telah berjaya, Berjaya menggenggam kejora, Yang sinarnya tidak akan SIRNA,

Upload: misratul-ala-mahyuddin

Post on 31-Dec-2015

35 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Sajak

TRANSCRIPT

Page 1: Sajak

Sajak SIVIK (Wawasan Diri) -MENCARI-

Tatkala senja berlabuh,Aku mencari,Tatkala malam berdamping,Aku tercari,Setitis rahmat yang agung,Bergulung nikmat yang ulung,Sinar KEJAYAAN,Kejayaan dunia dan akhirat.

Bintang terus berkelip,Tidak menanti pencarianku,Masa terus melintas,Meninggalkan memori silamku,Dan aku masih mencari,Sinaran ilmu gemerlap,Yang bakal menerangi duniaku,Hingga ke akhir hayatku.

Aku tidak mahu menjadi SI BUTA,Kerana aku mahu melihat DUNIA.Aku tidak mahu menjadi SI PEKAK.Kerana aku mahu mendengar siulan CAHAYA.Dan aku,Tidak mahu menjadi SI BANTUT,BANTUT pada AKAL dan FIKIRAN.

Suatu hari nanti,Akan aku buktikan pada semuanya,Pada sang MENTARI,Sang REMBULAN juga sang LAUTAN,Bahawa aku telah berjaya,Berjaya menggenggam kejora,Yang sinarnya tidak akan SIRNA,SIRNA dek FATAMORGANA.

Akanku lampirkan,Helaian IBADAH bersama kepingan USAHA.Kerana ia,Temanku Selamanya.

Page 2: Sajak