rujukan bmm sem 8

4
Artikel KBAT 1.http://eprints.utm.my/2286/1/PENDIDIK_KREATIF_SEBA GAI_TERAS_TRANSFORMASI.pdf 2.http://eprints.uthm.edu.my/496/1/Yee_Mei_Heong(Dekan2010).pdf pd 19 Mac 2015 telah diambil dari http://revolusiminda.webs.com/sumberilmu.htm Dr. Ismail Zain artikel: membudayakan kemahiran berfikir 3.http://www.tutor.com.my/motivasi/artikel.php pd 19 mac Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan agenda utama negara. Kemampuan murid-murid menguasai KBAT dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) menjadi fokus utama setiap guru merancang pengajarannya. KBAT kebiasaannya dirujuk pada soalan-soalan peperiksaan bertulis yang mempamerkan kemampuan murid menilai, mengeluar atau mencipta buah fikiran yang bernas. Walau bagaimanapun strategi membudayakan KBAT seharusnya lebih meluas dan ianya harus berlaku sepanjang proses PdP. Dalam hal ini murid seharusnya mengambil bahagian yang aktif dalam pembelajaran agar KBAT dapat dikuasainya. Perasaan malu, takut melakukan kesilapan dan terlalu merendahkan diri menyebabkan murid terhalang daripada turut sama menyertai aktiviti yang dirancang oleh guru. KBAT hanya boleh berlaku apabila murid berinteraksi dalam bilik darjah. Dalam proses interaksi tidak timbul sama ada jawapan yang diberikan oleh murid itu salah atau betul. Dalam KBAT setiap jawapan perlulah mempunyai huraian buktinya. Ini membawa maksud bahawa setiap maklumat dari jawapan itu bolehlah diperluaskan tetapi harus logik, mempunyai bukti berasaskan bacaan yang telah dibuat, ramalan yang mempunyai sebab dan akibat serta cadangan dan ciptaan idea yang rasional. Ciri-ciri KBAT yang dinyatakan di atas memerlukan latihan dan amalan sepanjang masa. Ia tidak hanya boleh berlaku di dalam soalan peperiksaan bertulis sahaja tetapi harus diperkukuhkan dalam amalan melalui aktiviti PdP. Seperti yang dinyatakan di atas selain daripada guru, murid memainkan peranan yang penting dalam usaha membudayakan KBAT dalam bilik darjah. Persediaan diri: Pada peringkat awal murid perlulah sentiasa bersedia memberi fokus kepada pengajaran guru. Setiap percakapan guru harus diteliti dan diamati untuk memudahkan pemahaman. Sebarang kekeliruan harus diselesaikan dengan cara mendapat penjelasan daripada guru. Pastikan tiada gangguan daripada rakan- rakan seperti berbual kosong atau sebarang tindakan yang mengganggu tumpuan ke arah pembelajaran. Penyertaan aktiviti kelas: Setiap murid harus menyertai sebarang aktiviti yang dilaksanakan dengan aktif. Ianya mungkin berbentuk soal jawab, simulasi, lakonan, nyanyian, beri pendapat, perbincangan kumpulan dan sebagainya. Melalui aktiviti seperti inilah murid dapat memahirkan diri dan menjana minda agar KBAT dan dikuasai sepenuhnya. Di sini jelas penyertaan murid dalam aktiviti kelas mampu meningkatkan lagi KBAT dalam proses PdP. Apabila KBAT dapat dikuasai dalam pembelajaran maka murid mampu mencapai kecemerlangan dalam penilaian yang berfokuskan KBAT dalam dan luar negara.

Upload: nuwa-ainun

Post on 03-Oct-2015

227 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

BMM

TRANSCRIPT

Artikel KBAT 1.http://eprints.utm.my/2286/1/PENDIDIK_KREATIF_SEBAGAI_TERAS_TRANSFORMASI.pdf 2.http://eprints.uthm.edu.my/496/1/Yee_Mei_Heong(Dekan2010).pdfpd 19 Mac 2015 telah diambil dari http://revolusiminda.webs.com/sumberilmu.htm

Dr. Ismail Zain artikel: membudayakan kemahiran berfikir3.http://www.tutor.com.my/motivasi/artikel.php pd 19 macKemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan agenda utama negara. Kemampuan murid-murid menguasai KBAT dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) menjadi fokus utama setiap guru merancang pengajarannya.KBAT kebiasaannya dirujuk pada soalan-soalan peperiksaan bertulis yang mempamerkan kemampuan murid menilai, mengeluar atau mencipta buah fikiran yang bernas. Walau bagaimanapun strategi membudayakan KBAT seharusnya lebih meluas dan ianya harus berlaku sepanjang proses PdP.Dalam hal ini murid seharusnya mengambil bahagian yang aktif dalam pembelajaran agar KBAT dapat dikuasainya. Perasaan malu, takut melakukan kesilapan dan terlalu merendahkan diri menyebabkan murid terhalang daripada turut sama menyertai aktiviti yang dirancang oleh guru. KBAT hanya boleh berlaku apabila murid berinteraksi dalam bilik darjah.Dalam proses interaksi tidak timbul sama ada jawapan yang diberikan oleh murid itu salah atau betul. Dalam KBAT setiap jawapan perlulah mempunyai huraian buktinya. Ini membawa maksud bahawa setiap maklumat dari jawapan itu bolehlah diperluaskan tetapi harus logik, mempunyai bukti berasaskan bacaan yang telah dibuat, ramalan yang mempunyai sebab dan akibat serta cadangan dan ciptaan idea yang rasional.Ciri-ciri KBAT yang dinyatakan di atas memerlukan latihan dan amalan sepanjang masa. Ia tidak hanya boleh berlaku di dalam soalan peperiksaan bertulis sahaja tetapi harus diperkukuhkan dalam amalan melalui aktiviti PdP.Seperti yang dinyatakan di atas selain daripada guru, murid memainkan peranan yang penting dalam usaha membudayakan KBAT dalam bilik darjah. Persediaan diri: Pada peringkat awal murid perlulah sentiasa bersedia memberi fokus kepada pengajaran guru. Setiap percakapan guru harus diteliti dan diamati untuk memudahkan pemahaman. Sebarang kekeliruan harus diselesaikan dengan cara mendapat penjelasan daripada guru. Pastikan tiada gangguan daripada rakan-rakan seperti berbual kosong atau sebarang tindakan yang mengganggu tumpuan ke arah pembelajaran. Penyertaan aktiviti kelas: Setiap murid harus menyertai sebarang aktiviti yang dilaksanakan dengan aktif. Ianya mungkin berbentuk soal jawab, simulasi, lakonan, nyanyian, beri pendapat, perbincangan kumpulan dan sebagainya. Melalui aktiviti seperti inilah murid dapat memahirkan diri dan menjana minda agar KBAT dan dikuasai sepenuhnya.Di sini jelas penyertaan murid dalam aktiviti kelas mampu meningkatkan lagi KBAT dalam proses PdP. Apabila KBAT dapat dikuasai dalam pembelajaran maka murid mampu mencapai kecemerlangan dalam penilaian yang berfokuskan KBAT dalam dan luar negara.

Dr. Ismail Zain artikel: seminar ke arah kemahiran berfikir aras tinggiSistem pendidikan di Malaysia melalui aspirasi murid memerlukan mereka mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) atau Higher Order Thinking Skills (HOTS) (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-3025). Ini amat bersesuaian dengan keperluan pembelajaran Abad ke 21.

Kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan murid mengguna minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran baru. Ledakan teknologi maklumat telah merubah lanskap pendidikan di peringkat global di mana guru bukan lagi pendeta di atas pentas untuk menjadi rujukan murid tetapi hanya menjadi fasilitator di sisi murid. Maklumat dapat dicapai oleh murid melalui pelbagai corak pembelajaran yang berlaku dalam talian. Dengan erti kata yang lain proses pembelajaran berlaku lebih awal daripada proses pengajaran. Dalam hal ini murid harus mampu menggunakan daya pemikiran mereka untuk menganalisis maklumat yang mereka terima. Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan (Onosko dan Newmann ,1994). Perluasan maklumat yang sedia ada dalam minda adalah bertujuan untuk menghasilkan sesuatu yang baru atau asli. Masalah-masalah yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi kepada Pemikiran Aras Tinggi ( Zevin (1995).

Di Malaysia konsep Pemikiran Aras Tinggi ini sudahpun dilaksanakan dan soalan-soalan yang bercirikan HOTS diselitkan dalam peperiksaan. Walau bagaimanapun pelbagai strategi harus dibentuk untuk meningkatkan lagi pemahaman konsep ini. Oleh itu satu rekabentuk strategi yang mampu memudahkan guru dan murid melaksanakannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran diperlukan. Dalam hal ini Pakar Motivasi dan Pensyarah Cemerlang Gred Khas C Dr. Ismail Zain dalam penyelidikannya telah berjaya menghasilkan rekabentuk strategi untuk dijadikan panduan kepada guru dan murid bagaimana memupuk kemahiran aras tinggi dalam kalangan mereka. Adalah sesuatu yang membanggakan rekabentuk strategi ini diterima untuk pembentang dalam beberapa siri persidangan akademik di peringkat antarabangsa seperti di Itali dan di Paris anjuran International Journal of Arts and Science (IJAS) berpusat di Amerika serta rekabentuk strategi ini juga dimuatkan dalam Jurnal antarabangsa iaitu dalam The Macrotheme Review: A multidisciplinary journal of global macro trends. Dalam siri keluaran khas The Macrotheme Review 2(2), Spring 2013 Special Issue On Education And Training.

Menyedari kepentingan Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi dalam kalangan murid dan pencapaian yang ditunjukkan di peringkat antarabangsa oleh beliau, maka peluang ini diambil untuk menjemput beliau menyebarluas ilmu dalam seminar yang akan diadakan nanti. Program selama 3 hari ini akan bermula dengan sesi pengenalan HOTS oleh beliau sendiri berdasarkan pengalaman beliau berinteraksi dengan pakar pendidik di peringkat antarabangsa dan diikuti dengan stragegi menjawab soalan HOTS dalam beberapa subjek oleh guru pakar yang telah mendapat pendedahan HOTS. Impak seminar ini nanti akan membolehkan murid memahami dan mengaplikasikan HOTS dengan lebih mudah dan mampu menjawab soalan-soalan yang bercirikan HOTS dengan lebih yakin dan tepat.

Negara beralih daripada mejadi pengguna kepada pengeluar. Oleh itu tenaga sumber manusia yang diperlukan di pasaran adalah mereka yang kreatif dan bukan hanya boleh melaksanakan sesuatu tugas tetapi mampu menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi untuk merekacipta sesuatu idea baru dengan sumber yang sedia ada. Sesungguhnya ciri-ciri ini bermula di peringkat alam persekolahan.PERUNTUKAN tambahan sebanyak RM500 juta kepada Kementerian Pelajaran seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2013 yang lalu menggambarkan keprihatinannya terhadap usaha meningkatkan kualiti pendidikan.Peruntukan tambahan ini adalah khusus untuk melaksanakan latihan, kursus atau penambahbaikan kepada guru berfokus kepada kemahiran berfikir aras tinggi atau high order thinking skills.Semasa berucap merasmikan Konvensyen Guru-Guru Muda 2011 di Shah Alam pada tahun lalu beliau pernah menjelaskan tentang perlunya negara mempunyai warga pendidik yang memiliki daya kreativiti dan inovasi yang tinggi selain komitmen dan sikap dedikasi terhadap profesion perguruan.Ketika melayari era globalisasi ini golongan guru perlu berkemahiran tinggi dalam soal adaptasi dan bersikap proaktif serta melakukan penambahbaikan semasa menjalankan tugas.Tindakan sebegini menyebabkan murid tidak merasa bosan ketika mengikuti proses pembelajaran. Najib berkata - Kita tidak mahu anak-anak kita hanya menggunakan kaedah menghafal atau rote learning dalam pembelajaran mereka.Apakah sebenarnya kemahiran berfikir aras tinggi itu?Secara umum terdapat dua jenis kemahiran berfikir iaitu kemahiran berfikir aras rendah yang tidak memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam.Sebagai contoh kemahiran ini hanya memerlukan murid menghafal dan mengingat kembali fakta atau maklumat yang disampaikan oleh guru kepada mereka. Kemudian meluahkannya semula sekiranya terdapat soalan yang memerlukan jawapan mereka.Sementara itu, kemahiran berfikir aras tinggi melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir sebelum membuat penjelasan dengan menganalisis, menilai, menjana idea, pilihan membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan membuat perancangan.Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam berbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan merekacipta di kalangan murid.Kemahiran berfikir aras tinggi ini mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuhkan pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari nanti.Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan murid maka peranan guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti latihan perguruan di maktab atau universiti suatu ketika dahulu.Walau apa pun guru perlu terus ditingkatkan keupayaan kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik kepada murid dalam pengajaran mereka.Dalam proses pendidikan terdapat lima peringkat bagaimana kemahiran ini dapat disampaikan kepada murid secara terancang iaitu melalui set induksi, penggunaan bahan asas atau bahan bantu mengajar, aras soalan atau teknik menyoal, aktiviti atau gerak kerja dan latihan bertulis.Dalam set induksi kebiasaannya sebelum memulakan sesuatu pengajaran guru akan menjelaskan tentang tajuk pengajarannya, matlamat dan apakah yang akan difahami selepas pengajarannya. Set induksi yang berkesan akan membolehkan murid bersedia mengikuti pengajaran guru dan merupakan langkah permulaan dalam proses berfikirnya.Penggunaan bahan asas atau bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tajuk pengajaran akan membolehkan murid memahami dengan lebih jelas sesuatu istilah dan konsep. Malah ia akan menjadikan pengajaran guru lebih mudah diikuti dan menyeronokkan.Melihatkan suasana pembelajaran yang berjalan dengan lancar maka guru hendaklah mengambil kesempatan dengan mengemukakan berbagai soalan kepada muridnya bermula dalam bentuk tahap yang rendah dan berkembang kepada soalan yang bertahap tinggi.Ketika ini murid banyak menggunakan kemahiran berfikir mereka dalam menjawab soalan-soalan yang berbagai bentuk. Dalam masa sama, guru akan dapat menilai sama ada murid memahami pengajarannya.Selanjutnya aktiviti atau gerak kerja pembelajaran akan dapat memperkukuhkan lagi pengajaran guru. Aktiviti seperti teka silang kata, kuiz, syarahan, bahas, lakonan, kerja berkumpulan, menyediakan projek dan gerak kerja di luar bilik darjah akan memantapkan lagi kefahaman murid. Sudah tentu murid akan membuat perbincangan, merujuk dan mencari maklumat dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.Akhirnya proses pembelajaran menjadi lebih mantap apabila murid melakukan latihan bertulis. Melalui kemahiran berfikir aras tinggi murid akan dapat menulis dengan mengeluarkan pelbagai pendapat secara kreatif dan mungkin juga terdapat idea-idea baru. Di sinilah peluang kepada guru untuk memberi komen, galakan dan tunjuk ajar agar murid menjadi lebih produktif dan berdaya maju.Sesungguhnya peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri akan digunakan untuk meningkatkan lagi kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru. Diharap langkah ini akan menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan peringkat antarabangsa terutama dalam pentaksiran PISA yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.Seperti yang dinyatakan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kata-kata aluan laporan awal Pelan tersebut - Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global.PENULIS ialah Pengerusi Yayasan Guru

Artikel Penuh:http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121229/re_01/Kemahiran-berfikirdalam-pendidikan#ixzz3UmNQMKFL Utusan Melayu (M) Bhd4. http://ipik.edu.my/Sepintas_Lalu/elemen_KBAT_dalam_instrumen_pentaksiran.pdf pd 19 Mac 2015 grafik