rph standard

Upload: geetha

Post on 08-Mar-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

RPH Standard

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH) PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

(Panduan Penulisan RPH PJ & PK Standard)

A.Fasa-Fasa dalam pengajaran:

- Kelas PJ & PK boleh dibahagikan kepada 4 fasa:

1. Fasa Permulaan / Pengenalan / Set Induksi / Memanaskan Badan

2. Fasa Perkembangan / Gerak Kerja Kelas 3. Fasa Kemuncak / Pertandingan Bersyarat/Permainan kecil 4. Fasa Penutup / Menyejukkan Badan/Gerak Kerja Kendur dan Kesimpulan/Rumusan

B. Peruntukan Masa yang dicadangkan:

FASA30 minit60 minit

Permulaan5 minit10 minit

Perkembangan10 minit20 minit

Kemuncak5 minit10 minit

Penutup5 minit10 minit

Catatan: Masa pergerakan murid sudah diambilkira.

C. Penulisan RPH Standard:

1. Maklumat Subjek :- Mata Pelajaran

- Tunjang

- Tajuk / Sub-tajuk

- Aktiviti / Kemahiran

2. Maklumat Kelas: - Tarikh

- Masa

- Tahun / Kelas

- Bilangan Murid

3. Penulisan Objektif: PJ 3 (tiga) Objektif (Psikomotor, Kognitif, Afektif)

PK 2 (dua) Objektif (Psikomotor / Kognitif)

4. Maklumat Berkaitan:- Kemahiran Berfikir

Pengalaman Lepas / Sedia Ada

Penerapan Nilai

Penggabungjalinan

Alatan / ABM

PENULISAN OBJEKTIF

Objektif yang hendak dicapai adalah berbentuk tingkahlaku / eksplisit iaitu yang boleh dilihat untuk dinilai.

1. OBJEKTIF PSIKOMOTOR

3 perkara penting yang perlu diberi perhatian sebagai pra-syarat menulis

objektif psikomotor:

i. Apa - perlakuan yang perlu dilakukan/ditunjukkan oleh murid

ii. Bagaimana - situasi perlakuan tersebut

iii. Berapa prestasi/pencapaian minimum yang dikehendaki atau syarat menandakan murid berjaya

BilApa yang perlu dilakukan oleh muridSituasi perlakuan yang dikehendakiPencapaian / syarat menandakan murid berjaya

1Melakukan hantaran paras dadaTepat kepada rakan sejauh 4 meterSebanyak 8 daripada 10 percubaan

2Lari ulang-alik 4 kaliSejauh 10 meter setiap kaliTanpa henti / Dalam masa 15 s

3Lompat skipSejauh 15 meterSebanyak 3 kali

4Melambung dan menyambut pundi kacangMelambung dangan satu tangan setinggi 2 meter dan menyambut dengan tangan yang lainSebanyak 4 daripada 5 percubaan

5Mengaplikasikan kemahiran hantaran lobDalam situasi permainan kecilSetiap kali menghantar bola kepada rakan

Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:-

1. melakukan hantaran paras dada tepat kepada rakan sejauh 4 meter sebanyak 8

daripada 10 percubaan.

2. berlari ulang-alik (4 kali) sejauh 10 meter tanpa henti / dalam masa 15 saat.

3. lompat skip sejauh 15 meter sebanyak 3 kali / percubaan.

4. melambung pundi kacang dengan satu tangan setinggi 2 meter dan dapat

menyambut dengan tangan yang lain sebanyak 4 daripada 5 percubaan.

5. mengaplikasikan kemahiran hantaran lob dalam situasi permainan kecil

setiap kali menghantar bola kepada rakan.

2.OBJEKTIF KOGNITIF Objektif Kognitif berkaitan dengan ilmu atau pengetahuan yang disampaikan kepada murid dan bagaimana murid dapat menterjemahkan atau mentafsirkan ilmu tersebut dalam bentuk lisan atau tulisan.

Oleh itu, Kata Kerja yang digunakan dalam pernyataan objektif tingkah laku kognitif amatlah penting. Kata Kerja ini hendaklah boleh membantu guru menilai (melihat) sama ada objektifnya tercapai atau tidak.

Sekarang, kita senaraikan 4 kata kerja yang boleh digunakan dalam pernyataan objektif kognitif.

i. menyenaraikan

ii. menjelaskan / menerangkan

iii. menyatakan

iv. mencipta

Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:-

1. menyenaraikan 3 posisi betul anggota badan semasa melakukan hantaran paras

dada.

2. menjelaskan sekurang-kurangnya 3 kesalahan yang biasa dilakukan semasa

membuat hantaran.

3. menyatakan sekurang-kurangnya 3 alat kebersihan diri untuk setiap anggota

badan iaitu muka, rambut, telinga, gigi dan badan.

4. mencipta 2 pantun empat kerat yang bertemakan Keselamatan Di Jalan Raya.

Ingat! Elakkan menggunakan frasa dengan teknik yang betul / dengan cara yang betul. Frasa ini terlalu umum dan kurang jelas tentang apa yang hendak dinilai.

Apabila perkataan sekurang-kurangnya digunakan, ini bermaksud terdapat

Lebih jawapan daripada bilangan yang dinyatakan. Jika murid dapat memberi lebih dari yang diminta, maka murid tersebut berada di tahap yang membanggakan.

Jika tiada perkataan sekurang-kurangnya, maka hanya itulah jawapan yang

ada atau itulah hasil yang diharapkan dalam masa yang telah ditetapkan.

3.OBJEKTIF AFEKTIF Dalam penulisan objektif afektif, kita perlu memberi tumpuan kepada 3 perkara iaitu:

i. nilai atau sikap yang hendak dipupuk

ii. tingkah laku yang mencerminkan nilai atau sikap tersebut

iii. situasi di mana tingkah laku itu boleh wujud / dilihat

BilNilai / Sikap yang hendah dipupukTingkahlaku yang mencerminkan sikap tersebutSituasi di mana tingkah laku itu boleh wujud / dilihat

1BertanggungjawabMengemas / menyimpan semua alatan Pada akhir pelajaran

2KerjasamaMembantu atau menyokong kawanSemasa membuat latihtubi dalam perkembangan / gerak kerja kelas

3Semangat kesukananMemberi tepukan kepada pasukan yang menangDalam permainan kecil

4Keyakinan diriMengangkat tagan dan berdiri untuk memberi jawapanSemasa sesi perbincangan secara kelas

5Kegembiraan / KeseronokanRiang dan ketawa Semasa / sepanjang melakukan aktiviti

Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:-

1. menunjukkan sikap bertanggungjawab dengan menyimpan semua alatan ke

dalam setor di akhir pelajaran.

2. mengamalkan sikap kerjasama dengan membantu atau menyokong kawan

semasa membuat latihtubi kemahiran.

3. menunjukkan semangat kesukanan dengan memberi tepukan kepada pasukan

yang menjuarai permainan kecil.

4. Mempamerkan keyakinan diri dengan mengangkat tangan dan berdiri untuk

memberi jawapan semasa sesi perbincangan kelas.

5. menunjukkan kegembiraan dengan riang dan ketawa sepanjang melakukan

aktiviti.

Ingat!! Guru perlu wujudkan situasi agar tingkahlaku yang diingini dapat

dipupuk dan dilihat.

FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)Mari lihat contoh-contoh di bawah ini..

Sekarang, mari tulis objektif di atas dalam bentuk pernyataan

2 Kata Kerja yang tidak dapat membantu guru menilai ialah mengetahui dan memahami. Elak guna dua perkataan ini.

Sekarang, mari tulis 4 objektif kognitif dengan perkataan di atas dalam bentuk pernyataan.

Mari lihat contoh-contoh di bawah ini .

Sekarang, mari menulis objektif-objektif di atas dalam bentuk pernyataan