rph selasa 16 julai 2013

Upload: ida-rafida-yussop

Post on 03-Jun-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 RPH Selasa 16 Julai 2013

    1/1

    Tahun 1

    7.308.30

    Matematik

    1 jam

    Murid

    LINUS di

    kelas

    pemulihan:Mohd Zikri

    Unit 7: Pecahan

    Standard kandungan: 7.1 Mengenal pasti konsep satu perdua dan satu perempat

    Standard pembelajaran: 7.1 (i) Mengenal pasti satu perdua dan satu perempat

    dengan menggunakan perkataan setengah, separuh dan suku dengan

    menggunakan bahan konkrit, gambar dan lipatan kertas

    Objektif pembelajaran: Pada akhir sesi P & P, murid dapat:

    1. Membezakan bahan yang boleh dijadikan pecahan dengan bahan yang tidakboleh dijadikan pecahan dengan menyatakan ya atau tidak berdasarkan

    pembahagian sama adil2. Menyebut dan menyatakan sama ada pecahan tersebut adalah satu,

    setengah/separuh ataupun suku

    Set induksi:

    1. Menyatakan sama ada bahan di dalam gambar boleh dijadikan pecahan atautidak berdasarkan pembahagian yang sama banyak/sama adil

    Aktiviti:

    1. Melukis contoh-contoh gambar pecahan yang adil dan tidak adil danmenyatakan manakah yang boleh dijadikan pecahan.

    2. Menulis nota mengenai pecahan separuh, setengah, suku dan satu3. Menyatakan sama ada gambar yang dipaparkan boleh dibahagikan ataupun

    tidak berdasarkan pembahagian sama adil4. Menyatakan sama gambar yang dipaparkan adalah satu, setengah/separuh

    ataupun suku.

    5. Mewarna pecahan berdasarkan arahan

    Kehadiran:

    Tidak hadir:

    Sains

    Tahun 3

    10.50

    11.50

    1 jam

    Sains Fizikal

    Unit 5: Magnet

    Standard kandungan: 5.1 Menganalisis pengetahuan tentang tindakan magnet

    Standard pembelajaran:

    5.1.5 Mengitlak kekuatan magnet dengan menjalankan aktiviti menggunakanmagnet pelbagai saiz

    5.1.6 Membuat kesimpulan tentang daya tarikan dan tolakan antara kutub-kutub magnet dengan menjalankan aktiviti

    Objektif: Pada akhir P & P murid dapat:

    1. Menyatakan bahawa kekuatan magnet tidak semestinya bergantung kepadasaiz dan bentuk magnet

    2. Menyatakan bahawa kutub yang sama menolak dan kutub yang berlainanakan menarik satu sama lain.

    Aktiviti:

    1. Memberi arahan kepada murid untuk menyediakan kit magnet dan klipkertas yang sama saiz.

    2. Murid melakukan eksperimen dengan mendekatkan magnet yang berlainanbentuk dan saiz kepada klip kertas dan merekodkan jumlah klip kertas yang

    ditarik oleh magnet.

    3. Menyatakan kekuatan magnet berdasarkan bilangan klip kertas yang ditarikoleh magnet. Menyatakan bahawa kekuatan magnet tidak semestinya

    bergantung kepada saiz ataupun jenis magnet.

    4. Arahan eksperimen 2: Mendekatkan magnet yang sama kutub dan berlainankutub kepada satu magnet bar.

    5. Menyatakan bahawa kutub yang sama menolak dan kutub yang berlainanakan menarik.

    6. Memberi contoh kepentingan maklumat ini di dalam kehidupan seharian.