10 berita harian | selasa, 21 julai 2015 gah!

1
SEUTAS demi seutas benang se- jadah ditarik Encik Muhammad Dza- ki Safaruan untuk diubah suai men- jadi seutas tali. Tali tersebut kemudian dijadikan karya seni bertajuk ‘Qiblat’ yang ter- gantung rapi di ruang galeri di Aka- demi Seni Halus Nanyang (Nafa), ba- ru-baru ini. Bersama dengan tali itu ialah karya cetakan bertajuk ‘Five Times A Day’ (persis amalan solat lima waktu); kitab ‘Tabula Rasa’ (Tak Boleh Rasa) di atas rehal dan karya skrin sutera dengan teks Jawi berta- juk ‘Surah-Living On A Prayer’. Kesemua karya seni ini berbaur spiritual, bertemakan agama dan menjadi satu usaha Encik Muham- mad Dzaki, 26 tahun, mendekatkan dirinya dengan ajaran Islam yang menjadi sandaran. Bagi anggota muda Angkatan Pe- lukis Aneka Daya (Apad) ini, kolek- si karya simbolik dan eksperimental ini malahan sesuai dijadikan projek penutup tirai pengajian Sarjana Mu- da Sastera (Kepujian) dalam Seni Halus yang diikutinya di Nafa. Lebih menggembirakan, Encik Muhammad Dzaki, anak sulung dalam empat beradik lelaki, turut dipilih sebagai pelajar terbaik kur- susnya berdasarkan komitmen, kreativiti dan penyertaannya dalam aktiviti bilik darjah. Ketika ditemui Gah! baru-baru ini, beliau berkata: “Saya dapat lihat kemajuan pemikiran saya selepas mengikuti kursus peringkat ijazah ini. “Apabila saya baru-baru masuk kursus Diploma Seni Halus dengan pengkhususan bidang cetakan, saya hanya fokus pada kerja melukis. “Namun, saya kini pelajari cara membangunkan idea dan konsep saya dengan menyampaikan mak- sud-maksud tersendiri yang mung- kin tersirat dalam karya saya. “Cabaran yang dihadapi sebagai pelajar jurusan seni ialah bagaimana ingin dapatkan idea baru saban hari. Kita harus banyak berfikir tentang projek-projek akan datang.” Encik Muhammad Dzaki memi- lih Islam sebagai topik baginya tero- kai kerana ingin dekat dengan pe- ngajian agama, aspek kehidupan yang mungkin dijauhi sebilangan be- lia kerana rasa takut atau tidak pas- ti. “Antara yang saya tinjau ialah karya skrin sutera dengan teks Jawi yang sekilas pandang, nampak macam ayat Al-Quran. “Sebenarnya, ia bukan ayat-ayat suci Al-Quran. Sebaliknya, ia ada- lah bait-bait lirik lagu pop yang boleh didendangkan. “Ia memberi gambaran bagaima- na apabila kita mula-mula mempela- jari cara membaca Al-Quran, kita se- takat pandai menyebutnya sahaja tanpa memahami maksudnya. “Karya ini meninjau bahasa Jawi itu sendiri dan tipografi,” jelasnya. ‘Qiblat’ adalah karya yang amat menarik baginya kerana ia merupa- kan karya ciptaan semula yang diperbuat daripada benang sejadah. Sebagaimana jelasnya: “Apabila benang sejadah ini di- tarik satu persatu, fungsi sejadah itu mungkin sudah lenyap tetapi ia ke- mudian memainkan pelbagai fungsi berbeza sebagai seutas tali. “Apa fungsinya? Ia bergantung pada apa hasrat yang empunya diri, bagaimana dia ingin menggunakan- nya.” Mengenai karya cetakan ‘Five Times A Day’ pula, ia melambang- kan bahawa proses cetakan beru- lang juga seperti ibadah solat yang dilakukan secara rutin dengan penuh pengamatan. Dalam perjalanan seninya, Encik Muhammad Dzaki bersyukur kede- dua ibu bapanya, yang merupakan guru prasekolah dan jurutera kanan, memahami pilihannya mahu menja- di seorang karyawan seni. “Mereka tidak pernah melarang saya daripada menceburi bidang se- ni bahkan terbuka dengan pilihan saya asal sahaja saya berusaha ber- sungguh-sungguh dan tidak mudah putus asa,” katanya. Buat masa ini, beliau banyak menjalankan tugas seni kemasya- rakatan seperti menghiasi flat ke- jiranan dengan palitan karya seni di bawah projek Pesta Seni Passion Arts, Persatuan Rakyat (PA). Mengenai pemilihannya sebagai pelajar terbaik, beliau berkata ia bu- kan berdasarkan keputusan peperik- saan tetapi dari segi komitmen yang beliau ketengahkan di bilik darjah. “Saya selalu mencari cara ter- baik agar saya dapat memberikan motivasi buat diri saya sendiri. “Maklumlah, amanah sebagai pelajar seni ini memerlukan saya sentiasa mencurahkan idea segar. Komitmen itu mustahak,” ujarnya. PELAJAR sekolah rendah daripa- da peringkat darjah satu hingga enam di sini, diundang menyertai peraduan karangan ‘Saya Boleh Mengarang’ anjuran Pusat Bahasa Nusa. Matlamat peraduan ini dianjur- kan ialah bagi mencabar minda pela- jar dalam menghasilkan penulisan menarik, baik dari segi bahasa mahu- pun jalan cerita berdasarkan daya kreativiti mereka. Peraduan ini juga bertujuan mem- pertingkat daya keyakinan pelajar dalam penulisan menerusi saingan dengan pelajar-pelajar yang terlibat. Pelajar darjah satu dan dua diuji dengan pilihan salah satu tajuk berikut iaitu ‘Aku Sebuah Diari’ dan ‘Satu Pengalaman Yang Tidak Da- pat Saya Lupakan’. Tajuk ‘Sahabatku’ atau menulis cerita berdasarkan gambar wang dalam genggaman seseorang pula merupakan soalan bagi pelajar dar- jah tiga dan empat. Pelajar darjah lima dan enam pu- la boleh memilih antara kisah berta- juk ‘Satu Kemaafan’ atau menga- rang daripada gambar senario bilik bedah di hospital. Setiap peserta akan menerima sijil berdasarkan anugerah yang mereka terima iaitu gangsa, perak atau emas. Para finalis pula akan disampai- kan dengan sijil, baucar Edufront se- banyak $200, baucar Popular seba- nyak $20 dan hadiah buku. Tiga peserta terbaik akan meraih piala kepujian, sijil, baucar Edufront $400, baucar Popular sebanyak $50 dan hadiah buku. Tarikh pendaftaran ialah hingga 31 Julai ini. Pendaftaran boleh dibuat dalam talian (www.sayabolehmenga- rang.com), menerusi wakil persendi- rian atau sekolah. Bayaran dikenakan ialah $10 (menerusi sekolah) dan $15 (per- sendirian). SEPERTI kebanyakan belia seu- sianya, Encik Zulkhairi Zulkiflee ber- gantung pada media sosial bagi mem- perkasa pengetahuan agamanya bah- kan teruja dengan bermacam perbin- cangan yang dilontarkan di dada si- ber. Kesedaran bahawa pengetahuan agamanya masih belum mencukupi, beliau sentiasa ingin belajar dan berusaha memahami agama dengan penerokaan dalam bentuk karya se- ni. Lantaran itu, terhasillah projek ‘The Cave’ bagi projek tahun akhir- nya dalam kursus Diploma Pengaja- ran Seni di Akademi Seni Halus Nan- yang (Nafa), baru-baru ini. ‘The Cave’ dipadankan daripada Surah Al-Kahf, surah ke-18 dalam kitab suci Al-Quran dan mengandu- ngi 110 ayat. Sebagaimana kongsi Encik Zu- lkhairi, 24 tahun kepada Gah!: “Saya mencari sesuatu yang rele- van dengan kehidupan masa kini, berdasarkan apa yang saya amati di sekeliling saya. Kebanyakan daripa- da belia sebaya saya terasa kurang lengkap kerana pengetahuan agama kami tidaklah setinggi mana. “Menerusi projek ini, saya ber- pandukan beberapa ayat pertama atau kisah pertama dalam Surah Al-Kahf yang menceritakan tentang golongan muda belia yang dikenali sebagai Ashabu Al-Kahf, yang disi- sihkan kerana fahaman dan keper- cayaan mereka terhadap Islam. “Mereka melarikan diri dan ber- sembunyi dalam gua dan dikatakan tertidur selama 309 tahun. Apabila mereka bangun, mereka mendapati penduduk di kota itu sudah pun men- jadi penganut Islam.” Apa yang anak kedua dalam tiga beradik ini cuba kupas dalam karya pemasangan simbolik itu ialah keper- cayaan dan amalan yang tidak dipersetujui dan menerima bidasan dengan si empunya diri itu lebih sele- sa menyimpan pengamatannya dari- pada marah-marah dengan meluah- kannya. “Kebanyakan masa, kita lihat imej Islam itu tercemar apabila per- balahan berapi-api timbul di media sosial, misalnya. Dengan idea ‘The Cave’ ini, saya cuba paparkan gua psikologi yang melambangkan diri kita. Kalau kita ada idea, kita simpan buat pengetahuan kita daripada me- luahkannya,” jelasnya lagi. Dalam berkarya, kecenderungan anak seorang teknisyen dan suri ru- mah ini ialah melihat bagaimana masyarakat memberi tindak balas terhadap faktor luaran yang menje- jas kehidupan mereka. Ditanya mengenai projek terki- ninya, Encik Zulkhairi, yang memi- lih kerjaya sebagai guru seni lukis kerana inginkan kemantapan masa depan, menjelaskan beliau sedang dalam rangka projek bimbingan Noise Singapore, kendalian Majlis Seni Kebangsaan (NAC). Beliau dibimbing seniman berbi- lang disiplin dan pembikin filem, En- cik Brian Gothong Tan, yang ba- ru-baru ini dinobatkan sebagai pener- ima Anugerah Belia Singapura. “Kali ini, saya ingin buat karya susulan bagaimana tubuh kita ini boleh dijadikan seperti ‘gua’ simbo- lik tadi. Saya sudah tinjau faktor lua- ran. Karya seterusnya akan melihat konflik dalaman yang kita hadapi pu- la,” tambahnya. Sehari seutas benang (sejadah), lama-lama menjadi... Peraduan mengarang bagi sekolah rendah Teroka idea ‘gua psikologi’ menerusi pengamatan surah SENTIASA BEREKSPERIMEN: Encik Muhammad Dzaki Safaruan gigih menarik satu persatu benang sejadah dan mengubahnya menjadi tali sebagai antara karya yang dipamerkan bagi projek tahun akhirnya di Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa). – Foto-foto KHALID BABA INGIN SENTIASA BELAJAR: Encik Zulkhairi Zulkiflee sentiasa mencari ilmu yang relevan dalam kehidupan masa kini demi meningkatkan pengetahuannya. www.sgbagus.com Jadilah Nikmati manfaat menerokai SGbagus.com. Laman web baru ini memberi anda kandungan menarik mengenai pelbagai topik gaya hidup daripada Berita Harian dan akhbar Inggeris. Ia bukan sahaja membantu anda memahami perkembangan terkini dan menceriakan kehidupan anda, bahkan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa. Nikmati kehidupan indah bersama SGbagus.com! Cara Menyertai Peraduan: Kunjungi SGbagus.com dari 1 hingga 31 Julai 2015 dan tandakan jawapan yang betul bagi dua soalan mudah pada borang peraduan. Butir-butir mengenai penghantaran penyertaan serta terma dan syarat boleh juga didapati di laman web tersebut. pasang Tiket Penerbangan untuk dimenangi! Malaysia Airlineske Hong Kong 5 Penaja: Pemenang kunjungi SG b b a a g g u u s.com s.com Mencari diri dan menyelami isu-isu keislaman dalam projek seni yang dihasilkan bagi pameran Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa), The Grad Expectations baru-baru ini, menjadi matlamat dua lulusan kursus diploma dan sarjana muda berikut. HARYANI ISMAIL ([email protected]) meninjau kisah di sebalik karya seni mereka. IKUTI KAMI DI Terlepas peluang tonton video terbitan BH? beritaharian.sg/ galeri-video Ingin nikmati berita terkini? 10 Berita Harian | Selasa, 21 Julai 2015 Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan

Upload: others

Post on 17-Oct-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 10 Berita Harian | Selasa, 21 Julai 2015 Gah!

SEUTAS demi seutas benang se-jadah ditarik Encik Muhammad Dza-ki Safaruan untuk diubah suai men-jadi seutas tali.

Tali tersebut kemudian dijadikankarya seni bertajuk ‘Qiblat’ yang ter-gantung rapi di ruang galeri di Aka-demi Seni Halus Nanyang (Nafa), ba-ru-baru ini.

Bersama dengan tali itu ialahkarya cetakan bertajuk ‘Five TimesA Day’ (persis amalan solat limawaktu); kitab ‘Tabula Rasa’ (TakBoleh Rasa) di atas rehal dan karyaskrin sutera dengan teks Jawi berta-juk ‘Surah-Living On A Prayer’.

Kesemua karya seni ini berbaurspiritual, bertemakan agama danmenjadi satu usaha Encik Muham-mad Dzaki, 26 tahun, mendekatkandirinya dengan ajaran Islam yangmenjadi sandaran.

Bagi anggota muda Angkatan Pe-lukis Aneka Daya (Apad) ini, kolek-si karya simbolik dan eksperimentalini malahan sesuai dijadikan projekpenutup tirai pengajian Sarjana Mu-da Sastera (Kepujian) dalam SeniHalus yang diikutinya di Nafa.

Lebih menggembirakan, EncikMuhammad Dzaki, anak sulungdalam empat beradik lelaki, turutdipilih sebagai pelajar terbaik kur-susnya berdasarkan komitmen,kreativiti dan penyertaannya dalamaktiviti bilik darjah.

Ketika ditemui Gah! baru-baruini, beliau berkata:

“Saya dapat lihat kemajuanpemikiran saya selepas mengikutikursus peringkat ijazah ini.

“Apabila saya baru-baru masuk

kursus Diploma Seni Halus denganpengkhususan bidang cetakan, sayahanya fokus pada kerja melukis.

“Namun, saya kini pelajari caramembangunkan idea dan konsepsaya dengan menyampaikan mak-sud-maksud tersendiri yang mung-kin tersirat dalam karya saya.

“Cabaran yang dihadapi sebagaipelajar jurusan seni ialah bagaimanaingin dapatkan idea baru saban hari.Kita harus banyak berfikir tentangprojek-projek akan datang.”

Encik Muhammad Dzaki memi-lih Islam sebagai topik baginya tero-kai kerana ingin dekat dengan pe-ngajian agama, aspek kehidupanyang mungkin dijauhi sebilangan be-lia kerana rasa takut atau tidak pas-ti.

“Antara yang saya tinjau ialahkarya skrin sutera dengan teks Jawiyang sekilas pandang, nampakmacam ayat Al-Quran.

“Sebenarnya, ia bukan ayat-ayatsuci Al-Quran. Sebaliknya, ia ada-lah bait-bait lirik lagu pop yangboleh didendangkan.

“Ia memberi gambaran bagaima-na apabila kita mula-mula mempela-jari cara membaca Al-Quran, kita se-takat pandai menyebutnya sahajatanpa memahami maksudnya.

“Karya ini meninjau bahasa Jawiitu sendiri dan tipografi,” jelasnya.

‘Qiblat’ adalah karya yang amatmenarik baginya kerana ia merupa-kan karya ciptaan semula yangdiperbuat daripada benang sejadah.

Sebagaimana jelasnya:“Apabila benang sejadah ini di-

tarik satu persatu, fungsi sejadah itu

mungkin sudah lenyap tetapi ia ke-mudian memainkan pelbagai fungsiberbeza sebagai seutas tali.

“Apa fungsinya? Ia bergantungpada apa hasrat yang empunya diri,bagaimana dia ingin menggunakan-nya.”

Mengenai karya cetakan ‘FiveTimes A Day’ pula, ia melambang-kan bahawa proses cetakan beru-lang juga seperti ibadah solat yangdilakukan secara rutin denganpenuh pengamatan.

Dalam perjalanan seninya, EncikMuhammad Dzaki bersyukur kede-dua ibu bapanya, yang merupakanguru prasekolah dan jurutera kanan,memahami pilihannya mahu menja-di seorang karyawan seni.

“Mereka tidak pernah melarangsaya daripada menceburi bidang se-ni bahkan terbuka dengan pilihansaya asal sahaja saya berusaha ber-sungguh-sungguh dan tidak mudahputus asa,” katanya.

Buat masa ini, beliau banyakmenjalankan tugas seni kemasya-rakatan seperti menghiasi flat ke-jiranan dengan palitan karya seni dibawah projek Pesta Seni PassionArts, Persatuan Rakyat (PA).

Mengenai pemilihannya sebagaipelajar terbaik, beliau berkata ia bu-kan berdasarkan keputusan peperik-saan tetapi dari segi komitmen yangbeliau ketengahkan di bilik darjah.

“Saya selalu mencari cara ter-baik agar saya dapat memberikanmotivasi buat diri saya sendiri.

“Maklumlah, amanah sebagaipelajar seni ini memerlukan sayasentiasa mencurahkan idea segar.Komitmen itu mustahak,” ujarnya.

PELAJAR sekolah rendah daripa-da peringkat darjah satu hinggaenam di sini, diundang menyertaiperaduan karangan ‘Saya BolehMengarang’ anjuran Pusat BahasaNusa.

Matlamat peraduan ini dianjur-kan ialah bagi mencabar minda pela-jar dalam menghasilkan penulisanmenarik, baik dari segi bahasa mahu-pun jalan cerita berdasarkan dayakreativiti mereka.

Peraduan ini juga bertujuan mem-pertingkat daya keyakinan pelajardalam penulisan menerusi saingandengan pelajar-pelajar yang terlibat.

Pelajar darjah satu dan dua diuji

dengan pilihan salah satu tajukberikut iaitu ‘Aku Sebuah Diari’ dan‘Satu Pengalaman Yang Tidak Da-pat Saya Lupakan’.

Tajuk ‘Sahabatku’ atau menuliscerita berdasarkan gambar wangdalam genggaman seseorang pulamerupakan soalan bagi pelajar dar-jah tiga dan empat.

Pelajar darjah lima dan enam pu-la boleh memilih antara kisah berta-juk ‘Satu Kemaafan’ atau menga-rang daripada gambar senario bilikbedah di hospital.

Setiap peserta akan menerimasijil berdasarkan anugerah yangmereka terima iaitu gangsa, perakatau emas.

Para finalis pula akan disampai-kan dengan sijil, baucar Edufront se-banyak $200, baucar Popular seba-nyak $20 dan hadiah buku.

Tiga peserta terbaik akan meraihpiala kepujian, sijil, baucar Edufront$400, baucar Popular sebanyak $50dan hadiah buku.

Tarikh pendaftaran ialah hingga31 Julai ini.

Pendaftaran boleh dibuat dalamtalian (www.sayabolehmenga-rang.com), menerusi wakil persendi-rian atau sekolah.

Bayaran dikenakan ialah $10(menerusi sekolah) dan $15 (per-sendirian).

SEPERTI kebanyakan belia seu-sianya, Encik Zulkhairi Zulkiflee ber-gantung pada media sosial bagi mem-perkasa pengetahuan agamanya bah-kan teruja dengan bermacam perbin-cangan yang dilontarkan di dada si-ber.

Kesedaran bahawa pengetahuanagamanya masih belum mencukupi,beliau sentiasa ingin belajar danberusaha memahami agama denganpenerokaan dalam bentuk karya se-ni.

Lantaran itu, terhasillah projek‘The Cave’ bagi projek tahun akhir-nya dalam kursus Diploma Pengaja-ran Seni di Akademi Seni Halus Nan-yang (Nafa), baru-baru ini.

‘The Cave’ dipadankan daripadaSurah Al-Kahf, surah ke-18 dalamkitab suci Al-Quran dan mengandu-ngi 110 ayat.

Sebagaimana kongsi Encik Zu-lkhairi, 24 tahun kepada Gah!:

“Saya mencari sesuatu yang rele-van dengan kehidupan masa kini,berdasarkan apa yang saya amati disekeliling saya. Kebanyakan daripa-da belia sebaya saya terasa kurang

lengkap kerana pengetahuan agamakami tidaklah setinggi mana.

“Menerusi projek ini, saya ber-pandukan beberapa ayat pertamaatau kisah pertama dalam SurahAl-Kahf yang menceritakan tentanggolongan muda belia yang dikenalisebagai Ashabu Al-Kahf, yang disi-sihkan kerana fahaman dan keper-cayaan mereka terhadap Islam.

“Mereka melarikan diri dan ber-sembunyi dalam gua dan dikatakantertidur selama 309 tahun. Apabilamereka bangun, mereka mendapatipenduduk di kota itu sudah pun men-jadi penganut Islam.”

Apa yang anak kedua dalam tigaberadik ini cuba kupas dalam karyapemasangan simbolik itu ialah keper-cayaan dan amalan yang tidakdipersetujui dan menerima bidasandengan si empunya diri itu lebih sele-sa menyimpan pengamatannya dari-pada marah-marah dengan meluah-kannya.

“Kebanyakan masa, kita lihatimej Islam itu tercemar apabila per-balahan berapi-api timbul di mediasosial, misalnya. Dengan idea ‘TheCave’ ini, saya cuba paparkan gua

psikologi yang melambangkan dirikita. Kalau kita ada idea, kita simpanbuat pengetahuan kita daripada me-luahkannya,” jelasnya lagi.

Dalam berkarya, kecenderungananak seorang teknisyen dan suri ru-mah ini ialah melihat bagaimanamasyarakat memberi tindak balasterhadap faktor luaran yang menje-jas kehidupan mereka.

Ditanya mengenai projek terki-ninya, Encik Zulkhairi, yang memi-lih kerjaya sebagai guru seni lukiskerana inginkan kemantapan masadepan, menjelaskan beliau sedangdalam rangka projek bimbinganNoise Singapore, kendalian MajlisSeni Kebangsaan (NAC).

Beliau dibimbing seniman berbi-lang disiplin dan pembikin filem, En-cik Brian Gothong Tan, yang ba-ru-baru ini dinobatkan sebagai pener-ima Anugerah Belia Singapura.

“Kali ini, saya ingin buat karyasusulan bagaimana tubuh kita iniboleh dijadikan seperti ‘gua’ simbo-lik tadi. Saya sudah tinjau faktor lua-ran. Karya seterusnya akan melihatkonflik dalaman yang kita hadapi pu-la,” tambahnya.

Sehari seutasbenang (sejadah),

lama-lamamenjadi...

Peraduan mengarang bagi sekolah rendah

Teroka idea ‘gua psikologi’menerusi pengamatan surah

SENTIASA BEREKSPERIMEN: Encik Muhammad Dzaki Safaruan gigih menarik satu persatu benang sejadah dan mengubahnyamenjadi tali sebagai antara karya yang dipamerkan bagi projek tahun akhirnya di Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa). – Foto-fotoKHALID BABA

INGIN SENTIASABELAJAR: EncikZulkhairi Zulkifleesentiasa mencariilmu yang relevandalam kehidupanmasa kini demimeningkatkanpengetahuannya.

www.sgbagus.com

Jadilah

Nikmati manfaat menerokai SGbagus.com. Laman web baru ini memberi andakandungan menarik mengenai pelbagai topik gaya hidup daripada Berita Harian danakhbar Inggeris. Ia bukan sahaja membantu anda memahami perkembangan terkinidan menceriakan kehidupan anda, bahkan anda berpeluang memenangi pelbagai

hadiah istimewa.

Nikmati kehidupan indah bersama SGbagus.com!

Cara Menyertai Peraduan:Kunjungi SGbagus.com dari 1 hingga 31 Julai 2015dan tandakan jawapan yang betul bagi dua soalanmudah pada borang peraduan. Butir-butir mengenaipenghantaran penyertaan serta terma dan syaratboleh juga didapati di laman web tersebut.

pasang Tiket Penerbangan

untuk dimenangi!Malaysia Airlines ke Hong Kong5

Penaja:

Pemenangkunjungi SGbbaagguus.coms.com

Mencari diri dan menyelami isu-isu keislaman dalam projek seni yang dihasilkan bagi pameran Akademi Seni HalusNanyang (Nafa), The Grad Expectations baru-baru ini, menjadi matlamat dua lulusan kursus diploma dan sarjana muda

berikut. HARYANI ISMAIL ([email protected]) meninjau kisah di sebalik karya seni mereka.

IKUTI KAMI DI Terlepas peluang tonton video terbitan BH?

beritaharian.sg/ galeri-video

Ingin nikmati berita

terkini?

10 Berita Harian | Selasa, 21 Julai 2015

Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan