rph pj (pergerakan kreatif)

10
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Tunjang : Kemahiran Tajuk : Pergerakan Kreatif Tema 1 Subtopik : Kesedaran Tubuh Badan Tarikh : 21 Julai 2009 Masa : 7.45 – 8.15 pagi ( 30 minit ) Tahun : 1 Cempaka Bilangan Murid : 4 murid lelaki dan 4 murid perempuan Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat: Psikomotor : Melakukan sekurang-kurangnya 3 daripada 4 pergerakan kreatif (kesedaran tubuh badan) dengan berpandukan rangsangan (kad gambar). Kognitif : Menyatakan kepentingan dan kegunaan anggota tubuh badan dalam kehidupan seharian. Afektif : Menunjukkan kepatuhan murid terhadap arahan yang diberikan oleh guru.

Upload: munirah-aini

Post on 13-Aug-2015

325 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

rph ph (pergerakan kreatif)

TRANSCRIPT

Page 1: RPH PJ (Pergerakan Kreatif)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI

Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani

Tunjang : Kemahiran

Tajuk : Pergerakan Kreatif Tema 1

Subtopik : Kesedaran Tubuh Badan

Tarikh : 21 Julai 2009

Masa : 7.45 – 8.15 pagi ( 30 minit )

Tahun : 1 Cempaka

Bilangan Murid : 4 murid lelaki dan 4 murid perempuan

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:

Psikomotor : Melakukan sekurang-kurangnya 3 daripada 4 pergerakan kreatif (kesedaran tubuh badan) dengan berpandukan rangsangan (kad gambar).

Kognitif : Menyatakan kepentingan dan kegunaan anggota tubuh badan dalam kehidupan seharian.

Afektif : Menunjukkan kepatuhan murid terhadap arahan yang diberikan oleh guru.

Page 2: RPH PJ (Pergerakan Kreatif)

Pengalaman sedia ada : Murid telah melakukan pergerakan tubuh badan secara tidak langsung dalam kehidupan seharian contohnya berjalan, berlari, melompat dan berguling.

Penerapan nilai : Mematuhi arahan, berusaha, bertanggungjawab dan menghormati orang lain.

KBKK : Murid mampu membezakan jenis pergerakan yang mereka hasilkan.

Penggabungjalinan : Digabungjalin dengan tajuk pergerakan.

Kesepaduan : Sains – mengenali tubuh badan.

Alatan : 1. 1 biji belon

2. 8 biji skital

3. Kad Imbasan

Page 3: RPH PJ (Pergerakan Kreatif)

Bahagian / Masa

Aktiviti Fokus Pembelajaran Organisasi Catatan / Alatan

Permulaan(5 minit)

Aktiviti memanaskan badan.- Belonku Terbang

- Murid membuat satu bulatan besar mengelilingi guru.

- Guru meniupkan sebiji belon sambil diperhatikan oleh murid.

- Murid memerhatikan rupa belon itu sebelum dan selepas ditiup serta apakah yang berlaku apabila guru melepaskan udara keluar daripada belon.

- Guru memberi arahan kepada murid untuk meniru pergerakan belon yang dilihat.

- Murid berpura-pura menjadikan diri mereka seolah-olah seperti belon yang lembik.

- Kemudian, murid mengembangkan diri dengan mendepakan kedua-dua belah tangan seperti belon yang telah ditiup.

- Meleraikan pergerakan.- Murid akan bergerak seolah-olah

terapung setelah pengembangan. - Biarkan murid mencucuk antara satu

sama lain untuk kembali mengecut dengan cepat.

Murid membentuk bulatan dan guru berada di tengah-tengah bulatan.

= murid-murid

= guru

= skital

TKP:- Kinestatik- Kesedaran

ruang

Bahan:- 1biji Belon- 4biji skital

Page 4: RPH PJ (Pergerakan Kreatif)

Perkembangan

Langkah 1(5 minit)

Gerak kerja kelas- Badanku Bergerak

- Guru menyuruh murid duduk dalam bulatan bersama-sama guru dengan kedua-dua kaki lurus ke hadapan.

- Guru menunjukkan kad imbasan sambil murid menyentuh anggota badan yang berkaitan.

- Meminta murid meniru perbuatan guru menyentuh anggota-anggota badan.

- Mengulangi perbuatan menyentuh anggota badan beserta nyanyian.

Lagu;Head and shoulders,Knees and toes,Knees and toes,Knees and toes,Head and shoulders,Knees and toes,Clap your hands together

- Sekarang silangkan kaki.- Murid meniru gaya guru semasa guru

menyanyikan lagu yang kedua.

= guru

= murid

TKP:- Kesedaran

kinestatik

Kesepaduan Sains- Mengenali

anggota badan.

Bahan:- Kad imbasan

Page 5: RPH PJ (Pergerakan Kreatif)

Langkah 2(7 minit)

Gerak kerja berkumpulan- Mari Bersukan

Lagu;Eyes and ears, andNose and chin,Nose and chin,Nose and chin,Eyes and ears and,Nose and chin,Clap your hands together

- Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan berada dalam kawasan masing-masing.

- Guru akan memberikan kad imbasan di setiap kawasan. Kad imbasan mengandungi gambar atlet sedang berenang, berlari, melontar peluru, dan menunggang kuda.

- Murid-murid akan berfikir untuk melakukan pergerakan tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

- Setelah dibunyikan wisel, murid akan bergerak ke kawasan di sebelah mereka.

- Guru akan memantau pergerakan tersebut dan membetulkan kesilapan murid.

TKP:- Kesedaran

kinestatik

Alatan:- 4 biji skital- Foto sukan

1 2

43

Page 6: RPH PJ (Pergerakan Kreatif)

Kemuncak(10 minit)

Permainan Kecil- Tiru Macam Saya

- Murid dan guru akan membentuk satu bulatan

- Guru akan menunjukkan satu gaya gerakan badan. Murid di sebelah kanan guru akan meniru gaya tersebut setelah guru selesai membuat pergerakan.

- Murid kedua akan mengikut pergerakan murid pertama setelah beliau selesai pergerakan tersebut.

- Murid lain akan meniru pergerakan yang sama.

- Guru kemudiannya membuat pelbagai gaya gerakan badan dan pelajar akan meneruskan gaya tersebut .

- Pelajar yang tidak dapat meniru pergerakan badan tersebut dikira kalah dan perlu berdiri ditengah-tengah bulatan tersebut.

- Permainan akan dimainkan semula dengan dimulakan oleh murid disebelah kanan pemain yang terkeluar sebentar tadi.

- Permainan akan dimainkan selama 7 minit.

Murid dan guru membentuk bulatan.

= guru

= murid

TKP:- Kesedaran

tubuh badan.

Page 7: RPH PJ (Pergerakan Kreatif)

Penutup(5 minit)

Aktiviti regangan:

- Tarik nafas sambil melakukan perbincangan.

- Murid beratur dihadapan guru dengan ruang yang mencukupi untuk melakukan regangan.

- Guru mengarah murid menggerakkan kepala mereka secara perlahan-lahan dengan arahan:

Letakkan dagu ke dada Letakkan telinga kanan anda

ke atas bahu kanan anda Lihat ke langit Letakkan telinga kiri anda ke

atas bahu kiri anda Letakkan dagu ke dada

- Ulang arahan dengan arah yang sebaliknya.

- Guru mengarahkan murid untuk membayangkan mereka sedang menyentuh langit secara perlahan-lahan dengan menghulurkan kedua-dua tangan ke atas.

- Perlahan-lahan menurunkan tangan dan membongkok seketika sambil membiarkan tangan terampai.

- Lakukan sebanyak dua kali

- Tarik nafas dan hembus nafas dalam kiraan 3.

- Guru bertanyakan perasaan murid

Murid membentuk ladam kuda di hadapan guru.

= guru

= murid

Page 8: RPH PJ (Pergerakan Kreatif)

setelah melakukan aktiviti dan kemudian menyuruh murid duduk dihadapan guru.

- Guru bertanya soalan kepada murid dan murid menjawab.Apakah yang telah dipelajari pada

hari tersebut?Tunjukkan bahagian tubuh badan

yang telah dipelajari.Apakah pergerakan yang telah

dipelajari?Apakah kepentingan kesedaran

tubuh badan terhadap kanak-kanak?

- Guru memaparkan rajah tubuh badan serta menyuruh murid memadansuai anggota tubuh badan tersebut.