kerja kursus pergerakan artistik & kreatif hbpe2103

28
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER 2012 HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF NAMA : PIENG NGEE CHING NO. MATRIKULASI : 660105135619001 NO. KAD PENGNEALAN : 660105-13-5619 NO. TELEFON : 0138490474 E-MEL : [email protected].

Upload: wencelaus

Post on 08-Jul-2016

283 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Membuat perancangan pergerakan kreatif bagi sekolah rendah untuk memberi pendedahan agar kanak-kanak memahami konsep pergerakan kreatif dan memupuk daya kreativiti kanak-kanak.

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Kursus Pergerakan Artistik & Kreatif HBPE2103

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2012

HBPE 2103

PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

NAMA : PIENG NGEE CHING

NO. MATRIKULASI : 660105135619001

NO. KAD PENGNEALAN : 660105-13-5619

NO. TELEFON : 0138490474

E-MEL : [email protected].

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SIBU

Page 2: Kerja Kursus Pergerakan Artistik & Kreatif HBPE2103

HBPE 2103

KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Pendahuluan 2

2. Matlamat 3

3. Tema. 3

4. Sinopsis dan persembahan. 3

5. Senarai watak dan pergerakan. 4

6. Muzik 4

7. Peralatan atau props 4

8. Lakaran rekaan pergerakan persembahan (koreografi) 5-9

9. Tema pergerakan yang berkaitan 10

10. Jadual latihan 10-14

11. Kesimpulan 14

1

Page 3: Kerja Kursus Pergerakan Artistik & Kreatif HBPE2103

HBPE 2103 1. Pendahuluan

Satu pendekatan yang digunakan dalam pergerakan artistik dan kreatif ialah melalui

Gimnastik Pendidikan. Gimnastik Artistik memberi tumpuan kepada pembelajaran

individu yang unik dari segi gaya pergerakan, pembelajaran dan perkembangan pelajaran.

Pengajaran dan pembelajaran Gimnastik Pendidikan adalah secara tidak

formal.Gimnastik artistik ialah pergerakan tubuh badan yang melibatkan

fleksibiliti,kekuatan,ketangkasan,imbangan dan daya tahan otot yang baik menurut

Borhanuddin (2006).Terdapat enam pola pergerakan dalam gimnastik artistik iaitu pola

pendaratan,pola statik,pola gerak edar,pola edar,pola putaran,pola imbangan dan pola

ayunan. Ia juga merupakan pergerakan yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal.Ia

memberi fokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan pergerakan motor. Di

samping memberi tumpuan kepada aspek fizikal dan mental.Manakala pergerakan kreatif

pula bermaksud satu pergerakan yang dilakukan secara simbolik. Ia terhasil daripada

idea,perasaan serta tanggapan idea untuk meluahkan sesuatu situasi serta ransangan yang

diberi. Elemen-elemen pergerakan yang digunakan dalam pergerakan kreatif seperti

anggota badan,ruang dan daya usaha,bentuk,masa dan tenaga.Ia juga merupakan

kombinasi pergerakan anggota badan,irama dan daya kreativiti bagi melahirkan insan

yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi.Pergerakan kreatif mengandungi 4 unsur iaitu

kesedaran tubuh badan, kesedaran ruang, kesedaran masa dan kesedaran daya.Melalui

pengalaman-pengalaman dalam kegiatan pergerakan tersebut akan membantu kanak-

kanak mengesan potensi-potensi mereka untuk melahirkan perasaan serta menjadikannya

sebagai media perhubungan.(Combest,1975;Dimondstein,1983)

Program latihan ini merupakan salah satu perancangan bagi meningkatkan tahap

keupayaan peserta dan melengkapkan peserta dengan keperluan dari segi pengetahuan

tentang kemahiran asas yang perlu dikuasai,kemudian cara meningkatkan prestasi dan

pengekalan tahap prestasi sehingga tiba waktu pertandingan.Program ini akan menjadi

satu pengukur kepada tahap prestasi untuk menentukan persediaan peserta dari aspek

kemahiran kecergasan, psikologi serta tahap kesihatan peserta. Melalui perancangan yang

betul, teliti dan komprehnsif, program ini di harap dapat memberi pendedahan yang

secukupnya dari segi pengetahuan dan kemahiran secara lebih telus dan spesifik malah

mengekalkan prestasi untuk jangka masa yang panjang.

2

Page 4: Kerja Kursus Pergerakan Artistik & Kreatif HBPE2103

HBPE 2103 2. Matlamat

Matlamat utama program latihan pergerakan kreatif ini adalah sebagai persediaan awal

untuk menyertai Pertandingan Pergerakan Kreatif antara sekolah-sekolah rendah daerah

Sibu yang akan diadakan bagi tahun 2013.Program ini memberi ruang kepada para

peserta sekolah untuk mengembangkan bakat yang sedia ada di samping sebagai

pendedahan awal kepada para peserta untuk merasai situasi sebenar pertandingan. Selain

itu juga, matlamat program ini adalah bertujuan memberi kesedaran kepada para peserta

tentang prinsip-prinsip dalam Gimnastik Pendidikan. Program ini juga memberi

pengetahuan dan pendedahan dari aspek teknikal, psikologi, pengekalan tahap kesihatan

serta pengurangan risiko berlaku kecederaan. Di samping itu, program ini juga untuk

meningkatkan kekuatan otot secara relatif iaitu dari segi kekenyalan, kekuatan,

kelenturan khusus dalam latihan yang dijalankan bagi menghasilkan pergerakan kreatif

dengan lebih teratur,kemas dan sempurna.

3. Tema : ECak dan Kawan-kawannya

4. Sinopsis Persembahan.

Di dalam sebuah hutan yang menghijau, tinggallah tiga ekor haiwan yang berkawan rapat

iaitu ECak,SiComel dan SiNuri. Mereka bertiga hidup dalam aman dan damai. Mereka

bertiga sentiasa tolong menolong di antara satu sama lain. Tiap-tiap hari,ECak,Si Comel

dan SiNuri akan melakukan aktiviti mereka seperti mencari makanan,bermain,mengemas

laman rumah dan sebagainya bersama-sama. Tetapi kerukunan dan kedamaian hidup

mereka bertiga telah tergugat disebabkan kehadiran Sang Pemburu yang datang ke

tempat mereka.Sang Pemburu ini ingin menangkap ECak yang dikatakan dapat

mengubati pelbagai jenis penyakit.Ini menyebabkan ECak mendapat permintaan yang

tinggi di pasaran. Maka terjadilah adegan kejar-mengejar di antara Si Pemburu dan ECak

itu. Tetapi SiComel dan SiNuri tidak mahu membiarkan kawan mereka ECak menjadi

mangsa Si Pemburu itu. Mereka berdua berusaha untuk menyelamatkan kawan mereka

ECak daripada bahaya. Akhirnya Si Comel dan siNuri berjaya menyelamatkan ECak

dari menjadi mangsa pemburu itu.

3

Page 5: Kerja Kursus Pergerakan Artistik & Kreatif HBPE2103

HBPE 2103 5. SENARAI WATAK ATAU PERANAN DAN JENIS PERGERAKAN.

Bil Nama Watak Pergerakan1 Maniam Si Pemburu 1.Berjalan 6. duduk

2.Berlari 7. meniarap3.Berenang 8. mengintai4.Melompat 9. Menguap5.Merangkak 10. Menepuk dahi

2 Ahmad ECak 1.Berjalan 6. Duduk2.Berlari 7. Menguap3.Meloncat 8.Menjelir lidah 4.Melompat 9. Meniarap5. Memanjat 10. Melibaskan ekor

3 Kanang Si Comel 1.Berjalan 6. Menguap2.Melompat 7. Menghidu3.Menerkam 8. Mencakar4.Berguling 9. Menjilat5.Berlari 10. Duduk

4 Kenny Lim Si Nuri 1.Berjalan 6. Bertenggek2.Terbang 7. Mematuk3.Meluncur 8. Menggepak sayap4.Berlari 9. Mengganguk kepala5.Melompat 10. Meregang badan

6. Muzik: Judul lagu : Ini Malaysia Penulis lirik : Khalijah Mohamed Susunan muzik : Bakhtiar bin Mohd.SallehSumber : Kurikulum Standard Sekolah Rendah Panduan Pengajaran Dunia Muzik Tahun 3

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

2012

4

Page 6: Kerja Kursus Pergerakan Artistik & Kreatif HBPE2103

HBPE 2103

Skor laguIni Malaysia

5

Page 7: Kerja Kursus Pergerakan Artistik & Kreatif HBPE2103

HBPE 2103 7. Peralatan atau props:

Pakaian Si Nuri Pakaian Ecak Pakaian Si Comel

8. Lakaran rekaan pergerakan persembahan (koreografi) 8.1 Koreografi.

i) Segmen 1( 5 minit) 1. Muzik dimainkan.......2. Kelihatan 3 ekor haiwan iaitu ECak,Si Gagak dan Si Tompok

berkejar-kejaran(pergerakan lokomotor) di tepi sungai dalam sebuah hutan. Mereka bermain dengan girangnya.

3. Mereka tidak sedar segala tindak-tanduk mereka diperhatikan(pergerakan lokomotor) oleh seorang pemburu.

4. Pemburu itu berjalan perlahan-lahan(pergerakan lokomotor) dan bersembunyi(pergerakan bukan lokomotor) di sebatang pokok.Di tangannya ada sebuah tanguk. Pemburu itu ingin menangkap ECak yang dipercayai dapat mengubati pelbagai penyakit.Pemburu itu memerhatikan(pergerakan bukan lokomotor) ketiga-tiga haiwan dari celah-celah daun pokok.

5. Tiba-tiba Si Tompok berhenti (pergerakan bukan lokomotor)berlari. Dia terhidu(pergerakan bukan lokomotor) bau yang akan mengancam keselamatan mereka. Si Tompok pun mengeluarkan bunyi(pergerakan bukan lokomotor) sebagai amaran kepada kawan-kawannya tentang bahaya yang datang.

6. Ketiga-tiga haiwan itu pun bertempiran lari(pergerakan lokomotor) untuk menyelamatkan diri.

7. Ketika itu pemburu pun melompat(pergerakan lokomotor) keluar dari tempat persembunyiannya. Dia pun mengejar (pergerakan lokomotor) ECak dengan menghayunkan tanguk ditangannya(pergerakan manipulatif alatan).

ii) Segmen 2 (5 minit) 1. Si Tompok pun memanjat pokok(pergerakan lokomotor) dan

bersembunyi (pergerakan bukan lokomotor)di sebalik daun-daun pokok pada dahan yang tinggi.

6

Page 8: Kerja Kursus Pergerakan Artistik & Kreatif HBPE2103

HBPE 2103 2. Si Gagak pula terbang(pergerakan lokomotor) tinggi dan

hinggap(pergerakan bukan lokomotor) pada dahan pokok yang sama dengan pokok tempat Si Tompok bersembunyi.

3. Manakala ECak pula menyusup(pergerakan lokomotor) di bawah sebatang pokokyang tumbang untuk menyembunyikan diri.

4. Si Pemburu terus mencari(pergerakan lokomotor) ECak di sekitar sungai tersebut. Dia menyelongkar menggunakan sebatang kayu(pergerakan manipulatif alatan) segenap sudut kawasan itu.

5. Si Tompok dan Si Gagak menyedari ECak berada dalam bahaya.Mereka berduapun mengambil keputusan untuk menyelamat ECak dari ditangkap oleh pemburu itu dengan menggangukkan kepala di antara satu sama lain.

6. Ketika pemburu itu sedang leka mencari ECak, Si Tompok pun melompat(pergerakan lokomotor) ke atas badan dan mencakar (pergerakan lokomotor)belakang pemburu itu. Manakala Si Gagak meluncur(pergerakan lokomotor) dengan lajunya dan terus mematuk(pergerakan lokomotor) kepala Si Pemburu itu. Si Pemburu merasa sangat sakit terkena cakaran dan patukan itu. Dia pun lari dari hutan itu.

7. Si Cak mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawannya kerana menyelamatkannya. Mereka bertiga berjalan(pergerakan lokomotor) pulang ke rumah sambil beriringan tangan(pergerakan lokomotor).

8. Cerita ditamatkan dengan muzik penutup.

8.2 Jenis pergerakanDi dalam koreografi Si Cak dan Kawan-kawannya ini menggunakan semua jenis pergerakan kreatif iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan pergerakan manipulatif alatan. Kebanyakkan dalam setiap segmen pergerakan kreatif ada dipraktikkan. Pergerakan kreatif pada setiap ditandakan ”Italic Bold”.

7

Page 9: Kerja Kursus Pergerakan Artistik & Kreatif HBPE2103

HBPE 2103 8.2 Lakaran rekaan pergerakan Si Cak

Stesen 1 – Memusingkan badan berdiri dengan kaki bersilang mengimbangi gelang getah di belakang tengkuk.Stesen 2 – Hop sebelah kaki sambil memutar memutar gelang getah di jari di Hadapan badan.Stesen 3 - Mengilas badan kaki kangkang ke kiri dan kanan sambil melambung dan menyambut gelang getah dan bertepuk tangan.

Stesen 4 – Grapevine sambil memutarkan gelang sambil memutarkan gelang getah di atas kepala.Stesen 5 – Mengimbangi badan di atas perut sambil menggolek bola.Stesen 6 – Melunsur badan di atas punggung sambil mengimbangi gelang getah di atas kaki.Stesen 7 – Membongkokkan badan dengan kaki kangkang sambil menggolek gelang getah di atas lantai.Stesen 8 – Melompat dua kaki sambil memutar gelang getah di pergelangan tangan di hadapan badan. Stesen 9 – Melentik badan melutut sambil melambung dan menyambut gelang getah di atas kepala. Stesen 10 – Berjalan jengket sambil imbang gelang getah di atas tengkuk.

1

2

3

4

5

6

6

7

89

10

Mula

Tamat

8

Page 10: Kerja Kursus Pergerakan Artistik & Kreatif HBPE2103

HBPE 2103 8.2 Lakaran pergerakan Sang Burung

Stesen 1 – Merangkak sambil menimbangkan gelang getah di belakang tengkuk.Stesen 2 – Membongkok dan menegak sambil melambung dan menyambut gelang.

Stesen 3 – Berlari sambil memutarkan tali melambung dan menyambut gelang getah dengan dua tangan.Stesen 4 – Imbang badan di atas punggung sambil melambung dan menyambut gelang getah di atas kepala. Stesen 5 – Chasse sambil memutar gelang getah di jari hadapan badan.Stesen 6 – Lompat bintangStesen 7 – Roda keretaStesen 8 - Imbangan bangauStesen 9 – Gallop tali ke hadapan.Stesen 10 – Dirian V terbalik.

1

2

3

4 5

67

89

10

Mula

Tamat

9

Page 11: Kerja Kursus Pergerakan Artistik & Kreatif HBPE2103

HBPE 2103 8.3 Lakaran pergerakan Si Tompok

Stesen 1 – Imbangan dekam.Duduk secara dekam dan mengimbang badan. Stesen 2 – Guling depan Stesen 3 - Monkey dance Stesen 4 – Cartwheel. Melompat sambil memusingkan seluruh badan. Stesen 5 - Imbangan 180˚. Imbangan satu kaki dengan satu tangan ke udara. Stesen 6 – Skipping gelung.Berjalan melalui gelung ke hadapan. Stesen 7 – Hola hoop (Menggoyang pinggul sambil memutar gelung di pinggul) Stesen 8 – Putaran gelung zig-zag (Memutar gekung sambil berjalan secara zigzag melalui kon) Stesen 9 – Lompat gelung sisi (Melompat sambil memasukkan gelung melalui kaki) Stesen 10 – Lompat bintang(Berlari-lari anak kemudian melompat bintang tinggi)

12

34

5

6

7

8

9

10

Mula

Tamat

10

Page 12: Kerja Kursus Pergerakan Artistik & Kreatif HBPE2103

HBPE 2103 8.4 Lakaran pergerakan Si Pemburu

Stesen 1 – Imbangan dekam(Duduk secara dekam dan mengimbang badan.Stesen 2 – Guling hadapanStesen 3 – Imbangan skala depan (Mengangkat lurus kaki ke belakang dan tangan ke hadapan)Stesen 4 – Hop sebelah kaki sambil memutar gelung getah di jari di hadapan badan.Stesen 5 – Mengilas badan,kaki kangkang ke kiri dan kanan sambil melambung dan menyambut gelang getah dan bertepuk tangan.Stesen 6- Membongkok dan menegak sambil melambung dan menyambut gelang.Stesen 7 – Dirian belakang bahu.Stesen 8 – Melompat sambil melentik badan.Stesen 9 – Duduk dalam keadaan mengilas ke kiri dan ke kananStesen 10 – Lompat ketingting

1

2

3

4

5 6

7

8

9

10

Mula

Tamat

11

Page 13: Kerja Kursus Pergerakan Artistik & Kreatif HBPE2103

HBPE 2103 9. Tema pergerakan yang berkaitan.

Jika diperhatikan kepada setiap segmen, ada diselitkan tema pergerakan.Tema-tema yang terdapat dalam koreografi ini merangkumi tema dari satu,dua,tiga dan lima. 9.1)Tema 1 : Kesedaran Tubuh Badan. Kebanyakan dalam setiap segmen ada tema 1 yang dipraktikkan.Sebagai contohnya dalam Segmen 1 pada bilangan 7 menunjukkan perkaitan mengenai tema ini yang mana pergerakan lokomotor yang ditunjukkan oleh Si Pemburu

iaitu melompat keluar tempat persembunyian.Selain itu,pada segmen 2 juga didapati tema 1 ini. Ia boleh dilihat pada bilangan 3.

9.2) Tema 2 : Kesedaran Rintangan kepada Beban dan Masa.Tema ini memberi tumpuan kepada bagaimana cara tubuh badan bergerak dan membantu individu mengawal pergerakan mereka untuk melahirkan perasaan melalui pergerakan. Contohnya dalam Segmen 2 pada bilangan 2.Di ia menekankan kesedaran rintangan terhadap masa iaitu Si Gagak terbang tinggi.

9.3) Tema 3 : Kesedaran ruangTema ini juga ada digunakan dalam kedua-dua segmen tersebut.Sebagai contoh,dalam segmen 1 pada bilangan 1, ia menunjukkan bagaimana kegembiraan ECak,Si Tompok dan Si Gagak diterjemahkan dengan berkejar-kejaran di antara satu sama lain yang mana penggunaan ruang yang kreatif diamalkan.

9.4) Tema 5 : Penyesuaian terhadap rakanTema ini merupakan hubungan sebuah kemahiran yang berkaitan dengan hubungan atau berkomunikasi dengan pasangan atau kumpulan melalui pergerakan. Ini boleh dilihat di dalam segmen 2 pada bilangan 5.

10. Jadual latihan.Program Latihan Satu Kitaran 8 minggu : Minggu 1

Minggu 1Hari Kaedah Latihan/Aktiviti IntensitiIsnin Ujian kecerdasan

Rabu Latihan Gerak EdarAktiviti : Berjalan4 stesen x 5 setMasa aktiviti setiap stesen : 3 minitMasa rehat setiap stesen :2 minit

Sederhana S1 S2 S3

12

Page 14: Kerja Kursus Pergerakan Artistik & Kreatif HBPE2103

HBPE 2103 Program Latihan Satu Kitaran 8 minggu : Minggu 2

Mnggu 2Hari Kaedah Latihan/Aktiviti IntensitiIsnin Latihan Gerak Edar

Aktiviti : Berlari4 stesen x 5 setMasa aktiviti setiap stesen : 3 minitMasa rehat setiap stesen :2 minit

Sederhana S1 S2 S3

Rabu Latihan Gerak EdarAktiviti : Lompat Ketinting4 stesen x 5 setJeda kerja : 3 minitJeda rehat : 2 minit

Sederhana S1 S2 S3

Program Latihan Satu Kitaran 8 minggu : Minggu 3

Mnggu 3Hari Kaedah Latihan/Aktiviti IntensitiIsnin Latihan Aerobik

Long Slow DanceJarak Larian : 2 kmKawasan : Padang sekolah.

Sederhana S1 S2 S3

Rabu Latihan Gerak EdarAktiviti : Lompat Skip4 stesen x 5 setJeda kerja : 3 minitJeda rehat : 2 minit

Sederhana S1 S2 S3

13

Page 15: Kerja Kursus Pergerakan Artistik & Kreatif HBPE2103

HBPE 2103 Program Latihan Satu Kitaran 8 minggu : Minggu 4

Minggu 4Hari Kaedah Latihan/Aktiviti IntensitiIsnin Latihan Bebanan

Intensiti : 65%Ulangan : 10 kaliSet : 4 setAktiviti : Front squat Pull over Lateral pull down Two hands curl Leg curl

Sederhana S1 S2 S3

Rabu Latihan Jeda (Ayunan dan Pusingan)Aktiviti : a. Ayunan tangan b. Memusing badan pada satah mendatar c. Pusing kaki dari depan ke belakang4 stesen x 5 setJeda kerja : 3 minitJeda rehat : 2 minit

Sederhana S1 S2 S3

Program Latihan Satu Kitaran 8 minggu : Minggu 5

Minggu 5Hari Kaedah Latihan/Aktiviti IntensitiIsnin Latihan Bebanan (Manipulasi Alatan)

Alatan : Gelung rotanAktiviti : a. Menghayun b. MenggolekLathan rutin persembahan

Sederhana S1 S2 S3

Rabu Latihan Jeda (Ayunan dan Pusingan)Aktiviti : a. Ayunan tangan b. Memusing badan pada satah mendatar c. Pusing kaki dari depan ke belakang4 stesen x 5 setJeda kerja : 3 minitJeda rehat : 2 minit

Latihan rutin persembahan

Sederhana S1 S2 S3

14

Page 16: Kerja Kursus Pergerakan Artistik & Kreatif HBPE2103

HBPE 2103

Program Latihan Satu Kitaran 8 minggu : Minggu 6

Minggu 6Hari Kaedah Latihan/Aktiviti IntensitiIsnin Latihan Litar (Layangan dan pendaratan)

Aktiviti : a.Layangan kucing b.Layangan split c. Layangan rusa d. lompatan dengan pusingan separuh badan4 stesen x 3 set Jeda kerja : 3 minitJeda rehat : 2 minit Latihan rutin persembahan

Sederhana S1 S2 S3

Rabu Latihan bebanan (Manipulasi alatan)Alatan : Gelung gimramaAktiviti : a.Menghayun b.Menggolek4 stesen x 5 setJeda kerja : 3 minitJeda rehat : 2 minit Latihan rutin persembahan

Sederhana S1 S2 S3

Program Latihan Satu Kitaran 8 minggu : Minggu 7

Minggu 7Hari Kaedah Latihan/Aktiviti IntensitiIsnin

Aktiviti : Latihan tekanan(Pergerakan bersama alatan dengan iringan muzik)Intensiti : Sederhana (60%-75%) Jeda kerja : 4 minitJeda rehat : 12 minit Set : 5Alatan : Gelung gimrama Latihan rutin persembahan

Sederhana S1 S2 S3

Rabu Aktiviti : Latihan tekanan(Pergerakan bersama alatan dengan iringan muzik)Intensiti : Sederhana (60%-75%) Jeda kerja : 4 minitJeda rehat : 12 minit Set : 5Alatan : Reben Latihan rutin persembahan

Sederhana S1 S2 S3

15

Page 17: Kerja Kursus Pergerakan Artistik & Kreatif HBPE2103

HBPE 2103

Program Latihan Satu Kitaran 8 minggu : Minggu 8

Minggu 8Hari Kaedah Latihan/Aktiviti IntensitiIsnin

Aktiviti : Latihan tekanan(Pergerakan bersama alatan dengan iringan muzik)Intensiti : Sederhana (60%-75%) Jeda kerja : 4 minitJeda rehat : 12 minit Set : 5Alatan : Reben dan gelung gimrama

Persembahan penuh

Sederhana S1 S2 S3

RabuAktiviti : Latihan tekanan(Pergerakan bersama alatan dengan iringan muzik)Intensiti : Sederhana (60%-75%) Jeda kerja : 4 minitJeda rehat : 12 minit Set : 5Alatan : Reben dan gelung gimrama

Persembahan penuh

Sederhana S1 S2 S3

11. KesimpulanDalam program Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah, penumpuan khas perlu diberi kepada kegiatan seperti pergerakan asas, pergerakan kreatif, asas gimnastik serta sukan dan permainan kepada peringkat perkembangan murid.Pergerakan lokomotor dan manipulasi alatan sangat penting kerana ia merupakan asas untuk mencetus idea pergerakan yang lebih kompleks untuk kehidupan seharian dan tujuan sukan.

2,575 patah perkataan

RUJUKAN / REFERENSI

Bimbingan Intensif Sains Sukan (2005).Kualiti Books Sdn.Bhd. Petaling Jaya,Selangor

Yusuf Ismail (1994).Gimnastik. Penerbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd.

16

Page 18: Kerja Kursus Pergerakan Artistik & Kreatif HBPE2103

HBPE 2103 HBPE 2103.Pergerakan asas dan pendidikan pergerakan (2007).Open University

Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Kurikulum standard sekolah rendah,panduan

pengajaran jasmani Tahun 3. Bahagian Pembangunan Kurikulum.Putrajaya.

Ms. Wikipedia.or.(2012).Pendidikan Jasmani. Dicapai pada Jun 5,2013 daripada

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_jasmani.

Fairus(2010). Pergerakan Asas Lokomotor dan bukan lokomotor dengan manipulasi

alatan. Dicapai pada Jun 17,2013 daripada

http://blogpsikomotordanpergerakan.blogspot.com/

17