pgerakan kreatif

Upload: claire-syaria

Post on 03-Apr-2018

283 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 pgerakan kreatif

    1/26

    Isi Kandungan muka surat

    Isi Kandungan i

    Penghargaan ii

    1.0 Pengenalan 1

    2.0 Pergerakan kreatif 2

    3.0 Ciri-ciri pergerakan kreatif 3

    4.0 Elemen-elemen pergerakan kreatif 4

    5.0 Jenis-jenis pergerakan 7

    5.1 Pergerakan lokomotor

    5.2 Pergerakan bukan lokomotor

    5.3 Manipulasi Alatan

    6.0 Aktiviti-aktiviti untuk pergerakan kreatif 9

    6.1 Drama

    6.2 Muzik

    6.3 Tarian

    7.0 Faedah-faedah yang akan diperolehi dari pergerakan kreatif 11

    8.0 Garis panduan mengajar aspek pergerakan 12

    9.0 Kesimpulan 13

    1.0 Pengenalan

    Pergerakan telah berlaku sebelum seseorang kanak-kanak itu lahir. Selepas lahir

    pergerakannya bermula dari atas kepala, bahu dan tangan dan akhirnya kaki.begitu juga

    dengan perkembangan motor, ia bermula daripada perkembangan motor kasar diikuti dengan

    perkembagan motor halus. Pada umur 3 tahun mereka dapat bergerak dengan laju ataupun

    perlahan dan juga boleh mengawal pergerakan badan mereka. Terdapat beberapa faedah

  • 7/28/2019 pgerakan kreatif

    2/26

    pergerakan adalah iaitu kanak-kanak dapat meneroka natural rhythms (bernafas, berehat,

    berjalan, berlari dan melompat). Dalam melakukan sesuatu aktiviti kanak-kanak dapat bergerak

    dengan bebas tanpa dipaksa oleh orang lain. Dalam teori yang dikemukakan oleh Robert

    havighurst, beliau menyatakan perkembangan kanak-kanak dapat berkembang melalui

    persekitaran. Oleh yang demikian guru perlu mencuba satu aktiviti yang menarik perhatiannya

    secara tidak langsung dapat meningkatkan minatnya untuk menyertai aktiviti tersebut. Yang

    kedua ialah integrasi antara bahasa, nyanyian dan pergerakan dan yang terakhir adalah

    mengintegrasikan otak kiri dan kanan. Sebagaimana yang kita ketahui pergerakan kreatif ini

    sememangnya aktiviti yang menarik perhatian kanak-kanak. Dengan adanya aktiviti ini kanak-

    kanak dapat berfikir untuk menyelesaikan masalah dalam aktiviti tersebut secara tidak lansung

    dapat meningkatkan mindanya untuk berfikir.

    Secara amnya pergerakan dapat diabahagikan kepada dua kategori, iaitu pergerakan bebas

    dan pergerakan yang mengikut detik masa. Daripada kedua kategori tersebut empat jenis

    pergerakan yang berbeza iaitu pergerakan asas. Ianya boleh dibahagikan kepada dua iaitu

    pergerakan lokomotor dan pergerakan non lokomotor. Pergerakan lokomotor adalah

    pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain seperti berjalan, berlari, berjengket dan

    skip.pergerakan non lokomotor pula adalah pergerakan dalam pelbagai bentuk tetapi berada

    ataupun berdiri di satu tempat sahaja. Yang keduanya adalah pergerakan semasa bernyanyi.

    Pergerakan jenis ini tidak memerlukan banyak ruangan, pergerakan ini biasanya dihadkan

    kepada pergerakan pada bahagian separuh atas badan sahaja. Pergerakan jenis ini selalunya

    mengikut lirik lagu, supaya kanak-kanak dapat mengingati lirik lagu dan bernyanyi dengan lebih

    bersemangat.yang ketiga adalah pergerakan dengan corak irama dan tarian Pergerakan jenis

    ini adalah pergerakan yang paling susah dipelajari. Ini adalah kerana, pergerakan jenis ini perlu

    diselaraskan dengan detik muzik dan kanak-kanak juga perlu mengingati urutan pergerakan.

    Oleh yang dimikian, pergerakan jenis ini hanya sesuai untuk kanak-kanak yang lebih besar

    usianya dan juga mereka yang telah berpengalaman dalam aktiviti pergerakan asas.

    2.0 Pergerakan kreatif

    Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkangerakan-gerakan

    fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secarakreatif ( meliputi aktiviti gerak tari

    ) bertujuan untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah dan melahirkan perasaan

    masing-masing ( expressive and functional ) . Dalam aktiviti muzik, pergerakan kreatif adalah

  • 7/28/2019 pgerakan kreatif

    3/26

    pergerakan di mana kanak-kanak bergerak mengikuti muzik yang dimainkan. Setiap individu

    meluahkan perasaan dan persepsi mereka berkenaan muzik yang didengari.

    Fowler(1981) mendefinisikan pendidikan pergerakan sebagai suatu pendekatan dalam kaedah

    pengajaran. Kemahiran-kemahiran motor termasuk pergerakan kemahiran asas, permainan,

    tarian dan aktiviti lain yang menggunakan proses penemuan dalam pembelajaran. Dalam

    konteks ini, pergerakanbermaksud pergerakan tubuh badan iaitu melibatkan motor kasar dan

    motor halus manakala kreatif pula bermaksud daya cipta seseorang yang diilhamkan oleh

    pengalaman (inspirasi), persekitaran dan imaginasinya. Kadangkala digabungkan ilhamnya

    atau diubahsuaikannya untuk menghasilkan sesuatu yang baru.

    Sebelum kanak-kanak dapat bergerak sedemikian, perbendaharaan pergerakan perlu diterokai

    oleh setiap kanak-kanak. Pergerakan melibatkan tiga elemen iaitu ruangan (atas-bawah, kiri-

    kanan, dan depan-belakang), kuasa (berat-ringan, tegang-regang, tajam-licin) dan masa (cepat-

    perlahan, panjang-pendek,detik). Apabila kanak-kanak telah mengalami pelbagai cara

    pergerakan maka mereka dapat menggunakannya dengan lebih kreatif mengikut muzik

    3.0 Ciri-ciri pergerakan kreatif

    Antara ciri-ciri yang dapat lihat dalam pergerkan kreatif ialah membentuk personaliti unggul.

    Dengan melaksanakan aktiviti yang berunsurkan pergerakan kreatif, ianya dapat membentuk

    personaliti yang unggul seperti sifat berani berhadapan dengan orang ramai, berkeyakinan,

    berdisiplin dan lain-lain lagi. Ciriseperti ini dapat diketengahkan dalam melakukan aktiviti

    pergerakan kreatif. Ciri-ciri yang kedua adalah keriangan belajar. Ianya dapat dilihat apabila

    sesuatu aktiviti dijalankan. Apabila kanak-kanak mengambil bahagian dalam aktiviti yang

    dijalankan secara tidak langsung kita dapat melihat keriangan antara mereka dalam

    melaksanakan aktiviti tersebut. Kita dapat kanak-kanak bebas bergerak mengikut kreativiti

    masing-masing.

    Seterusnya dengan melakukan pergerakan kreatif ini kita dapat melihat kanak-kanak

    berkeupayaan menyelesaikan masalah. Selalunya kanak-kanak menjana idea baru dan kreatif

    dalam menghasilkan atau menyelesaikan aktiviti dengan baik. Sebagai contoh dengan

    mengambil aspek dalam lakonan kanak-kanak cuba menyelesaikan masalah dari segi aspek

    kostum dan persembahan yang berkesan supaya menghasilkan lakonan yang menarik. Yang

    terakhir adalah pemusatan pemerhatian yang menyeluruh iaitu menggunakan pancaindera.

  • 7/28/2019 pgerakan kreatif

    4/26

    Pergerakan kreatif ianya melibatkan keseluruhan anggota badan dan secara tidak langsung

    dapat meningkatkan keupayaan dalam perkembangan motor kasar dan motor halus.

    4.0 Elemen-elemen pergerakan kreatif

    Terdapat 6 elemen dalam pergerakan kreatif iaitu ruang, masa, bentuk badan, beban, aliran

    dan irama.

    Dalam elemen ruang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu ruang diri dan ruang am,

    ataupun kita boleh guna perkataan lain iaitu ruang terus dan ruang tidak telus. Untuk ruang diri

    adalah merujukan kepada bahagian yang ada pada sekeliling badan pada seseorang ataupun

    kawasan sekeliling yang boleh seseorang sampai pada satu bahagian. Maka dalam kedua-dua

    bahagian ruang am dan ruang sendiri mempunyai suatu had iaitu lantai, bumbung dan dinding.

    Di samping itu, kedua-dua jenis ruang mempunyai tiga tahap. Pada keadaan tahap tengah ialah

    seseorang sedang berdiri tengak dan apa-apa sahaja bahan yang dekat dengan aras lantai

    adalah dikatakan tahap bawah. Manakala apa-apa koordinasi atau pergerakan yang melibatkan

    aras tinggi adalah dikatakan pada aras tinggi.

    Elemen ruang juga boleh dikatakan koordinasi badan terhadap sesuatu arah contohnya depan,

    kiri, kanan dan belakang. Dengan mempunyai pergerakan yang asas ini dapatlah boleh

    mewujudkan satu combinasi antara semua pergerakan tersebut menjadi satu pergerakan yang

    melibatkan ruang am contohnya, pergerakan dengan berjalan lurus ke depan, berjalan

    berbentuk ular atau berjalan berbentuk zigzag.

    Untuk elemen kedua adalah badan atau bentuk badan. Elemen ini telah menunjukkan tentang

    bentuk gaya boleh dilakukan pada seseorang individu dengan menggunakan seluruh anggota

    badannya. Maka dalam elemen badan terdapat dua bahagian mengenainya iaitu keseluruhan

    tubuh badan dan bahagian tubuh badan. Untuk keseluruhan tubuh badan adalah menyatakan

    bahawa pergerakan yang dilakukan oleh seseorang dengan menggunakan keseluruhan tubuh

    badan dan gerakan akan berhenti daripada bergerak secara bebas dan terkawal. Pergerakan

    yang dilakukan amat berkaitkan dengan pertubuhan seseorang kanak-kanak pada aspek

    lokomotor dan bukan lokomotor. Contoh aktivitinya adalah gaya pergerakan berjalan boleh

    dijalankan secara bebas atau terkawal. Selain itu pergerakannya boleh berubah-ubah dengan

    bergerak berjalan dan berhenti mengikut rangsangan yang diberikan misalnya, muzik.

  • 7/28/2019 pgerakan kreatif

    5/26

    Manakala untuk bahagian tubuh badan adalah menyatakan tentang pergerakan yang dilakukan

    dengan menggunakan mana-mana satu atau kesemua daripada anggota tubuh badannya untuk

    membentuk sesuatu atau sejenis bentuk objek. Misalnya, dengan menggunakan anggota

    bahagian tangan dan kaki untuk membentuk satu jenis barang iaitu meja ataupun sejenis

    haiwan seperti kucing. Pergerakan ini adalah memberi persediaan tubuh badan untuk

    menyokong, memindah dan menerima berat badan. Bahagian tubuh badan yang digunakan

    perlu dikenal pasti sebelum melakukan sebarang pergerakan mengikut rangsangan yang

    diberikan. Contohnya, pergerakan merangkak seperti kucing berjalan, bahagian tubuh badan

    yang dikenal pasti adalah tangan, tapak tangan dan lutut.

    Elemen seterusnya dalam pergerakan kreatif adalah elemen masa. Elemen masa adalah saling

    berhubungan kait dengan kelajuan sama ada cepat atau lambat tentang sesuatu gaya bentuk

    pergerakan. Pergerakan ini bukan sahaja mengenai pergerakan semata-mata cepat atau

    lambat tetapi juga merangkui proses antara kelajuan lambat hingga cepat. Contohnya seorang

    kanak-kanak sedang berimaginasi bahawa dia adalah seorang peninju yang ingin

    menggerakkan tangan dengan pantas untuk menumbuk. Manakala seorang kanak-kanak

    berimaginasi seperti seekor burung yang sedang ingin mendarat, maka dia akan berasa

    bahawa pergerakan tersebut adalah lambat.

    Elemen keempat ialah elemen beban atau tekanan. Dalam elemen beban adalah berkaitan

    tentang aspet berat dan ringan dalam pergerakan yang dilakukan dan dikawal oleh seseorang

    otot-otot anggota tubuh badan. Maka kesan daripada beban ini akan menghasilkan kesan

    halus-ringan dan berat-kuat kepada pergerakan yang dilakukan. Contohnya, dalam aspek

    berat- kuat, seseorang budan lelaki akan berimaginasi bahawa dia sedang mengangkat berat

    maka budak lelaki akan berfikir dan berasa pemberat itu sangat berat dan perlu menggunakan

    seluruh kekuatan badannya untuk mengankatnya. Manakala untuk aspek halus-ringan, adalah

    seseorang budan akan berimaginasinya yang dia sedang menyelam dalam air, maka dia akan

    berasa bahawa badannya adalah sangat ringan semasa dalam keadaan yang menyelam dalam

    air.

    Elemen kelima adalah elemen aliran. Elemen aliran ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu

    elemen bebas dan elemen terikat. Elemen bebas adalah merujukan bahawa seseorang budak

    yang sedang melakukan pergerakan secara bebas apa-apa sahaja bentuk gaya seperti

    melompat di atas udara dan berlari dengan cepat dari suatu tempat ke tempat yang lain.

  • 7/28/2019 pgerakan kreatif

    6/26

  • 7/28/2019 pgerakan kreatif

    7/26

    mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Antara contoh pergerakan bukan lokomotor

    ialah berdiri, duduk, gusti tangan, enjet-enjet semut, berlari setempat, tepuk amai-amai, menaik

    setempat, mengilas sambil tepuk tangan, tarik dan tahan rakan serta tekan tubi.

    5.3 Manipulasi Alatan

    Manupulasi alatan ialah aktiviti yang mana mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan

    cekap untuk membentuk gerakan. Kemahiran ini memerlukan penggunaan angota badan untuk

    mengawal, megawasi atau menangani sesuatu objek. Kemahiran manipulasi alatan merupakan

    asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran

    asas manipulasi alatan dapat meningkatkan kordinasi angota badan contohnya tangan- mata,

    kaki mata dan lain-lain.

    Manipulasi alatan mestilah melibatkan objek seperti pundi kacang, melanton bola sambil

    berjalan, berjalan sambil mengimbang bola di kaki, skipping sambil berlari, menggerakkan

    reben dan memusingkan gelung dengan tangan.

    Ketiga-tiga elemen ini dapat diaplikasikan di dalam pergerakan kreatif. Ini kerana di dalam

    pergerakan kreatif ia memerlukan ketiga-tiga pergerakan tersebut untuk melakukan dan

    menghasilkan suatu pergerakan yang kreatif. Sebagai contoh, guru melakukan suatu aktiviti

    kepada kanak-kanak yang mana aktiviti itu dapat merangsang kanak-kanak menggunakan

    keseluruhan tubuh badan mereka untuk bergerak. Antaranya ialah dengan cara memberi

    mereka mendengar alunan muzik. Apabila mereka mendengar muzik, minda mereka akan

    terangsang dan keghairahan mereka untuk melakukan pergerakan akan timbul tambahan pula

    mereka diberi kebebasan oleh guru dalam berkreativiti. Oleh sebab itu, mereka akan

    menggunakan ketiga-tiga elemen tersebut untuk melakukan pergerakan seperti menari,

    bertepuk tangan, berlari, berjalan dan lain-lain pergerakan lagi. Kesemua pergerakan inilah

    yang dipanggil pergerakan kreatif.

    6.0 Aktiviti-aktiviti untuk pergerakan kreatif

    6.1 Drama

    Melakukan pergerakan dan melakonkan aksi - Antara hujah yang pernah disebut oleh Emile

    Jaques Dalcroze mengenai pergerakan adalah pergerakan merupakan salah satu cara untuk

    mengungkap perasaan melalui muzik. Beliau juga memerhatikan bahawa walaupun kadang-

    kala kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan menyanyi mengikut rentak, namun mereka boleh

  • 7/28/2019 pgerakan kreatif

    8/26

    berjalan atau berlari mengikut rentak. Menerusi hujah yang telah ditulis oleh Dalcroze, bahawa

    apa yang telah dihujahkan itu sebagai perkara yang benar Melalui pertunjukan pergerakan

    kreatif yang dipersembahkan, dapat mengenalpasti bahawa kanak-kanak akan mula memberi

    tindak balas positif apabila mereka mendengar muzik dan melihat pergerakan kreatif yang telah

    dipersembahkan di hadapan mereka.

    Apabila watak seperti nenek kebayan atau penjaga hutan sedang keluar secara misteri dan

    kemudiannya menari ketika muzik dimainkan, kanak-kanak mula menunjukkan respon dengan

    ketawa lalu menari dan menepuk tangan bersama-sama ketika menjadi penonton. Mereka mula

    merasai keseronokan ketika nenek kebayan menari mengikut rentak muzik yang rancak.Melalui

    apa yang dilihat di dalam persembahan ini, ia jelas menunjukkan bahawa setiap emosi yang

    dipamerkan menerusi pergerakan akan membantu kanak-kanak dalam mengekspresikan

    perasaan mereka. Mereka mula mengetahui mengenai emosi yang wujud dalam diri mereka

    seperti perasaan gembira, marah, keliru dan sedih. Melalui pergerakan kreatif yang telah

    dipersembahkan telah dapat member banyak perangsang dan peluang kepada kanak-kanak di

    dalam melahirkan dan mengekspresikan emosi mereka kerana melalui emosi yang lahir dari

    dalam diri kanak-kanak tersebut telah memudahkan guru-guru prasekolah untuk

    mengenalpastiseterusnya membimbing setiap perlakuan kanak-kanak tersebut.

    7.0 Faedah-faedah yang akan diperolehi dari pergerakan kreatif

    Pergerakan kreatif mempertajamkan imaginasi dan sensitiviti. Apabila kanak-kanak melakukan

    aktiviti pergerakan kreatif, mereka akan secara tidak langsung dapat mempertajamkan imiginasi

    mereka. Pergerakan kreatif mengurangkan ketegangan emosi. Kanak-kanak akan dapat

    melepaskan perasaan atau emosi mereka dalam pergerakan mereka lakukan dalam aktiviti

    yang dijalankan. Pergerakan kreatif menolong memberi makna kepada pelbagai aspek iaitu

    melalui pengalaman dalam mengaplikasikan prinsipnya. Selain itu juga,pergerakan kreatif

    menolong membina keyakinan dan kepastian di dalam diri. Terdapat banyak nilai-nilai positif

    yang boleh diterapkan agar boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian. Antaranya yang perlu

    ditegaskan adalah keyakinan diri dalam melakukan pergerakan, keseronokan dan

    kepuasan, kebebasan mencurahkan perasaan, idea dan emosi, menghormati orang lain,

    bekerjasama, kebebasan dan berdikari

    8.0 Garis panduan mengajar aspek pergerakan.

  • 7/28/2019 pgerakan kreatif

    9/26

    Sediakan ruangan bagi aktiviti pergerakan. Jika ruangan kelas terlalu sempit, maka adalah lebih

    sesuai menggunakan pergerakan bukan lokomotor seperti menepuk tangan, memetik jari dan

    menghentak kaki.

    Beri peluang mereka meluahkan idea-idea muzik melalui pergerakan. Walau bagaimanapun

    guru perlu memberi panduan pergerakan yang perlu diikuti agar aktiviti tidak menjadi kelam

    kabut. Gunakan pelbagai muzik sama ada muzik daripada kaset ataupun muzik yang

    dipersembahkan oleh guru ataupun pemuzik supaya dapat meransang lagi kanak-kanak

    bergerak bersama muzik. Sebagai contoh lagu ikan kekek.

    9.0 Kesimpulan

    Daripada tugasan ini secara amnya kami dapat merumuskan bahawa pergerakan kreatif dapat

    dilihat kepada empat elemen iaitu dari segi perkembangan sosial. Dari aspek ini kita dapat

    melihat kanak-kanak sejauh mana pergaulannya dengan rakan-rakan lain dalam aktiviti

    berkumpulan yang dijalankan. Seterusnya melihat kepada perkembangan kognitif iaitu

    mencungkil bakat kanak-kanak dalam menjalani sesuatu aktiviti dan penyelesaian dalam

    sesuatu tindakan. Yang ketiga adalah perkembangn emosi iaitu penerimaan kanak-kanak

    dalam melakukan aktiviti yang dilakukan samada memberi kesan yang positif atau positif dan

    yang terakhir adalah perkembangan fizikal. Aktiviti ini adalah yang melibatkan anggota badan

    individu.Menekankan kepada aspekmotor halus dan motor kasar.

    Pergerakan kreatif juga merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan, irama dan

    daya kreativiti untuk melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi pergerakan

    kreatif bermaksud suatu tafsiran idea, perasaan atau tanggapan deria yang dapat dilahirkan

    secara simbolik melakukan pergerakan . Pergerakan kreatif ialah bentuk ekspresi diri yang unik

    untukmenyampaikan pemikiran, idea atau perasaan.Pergerakan kreatif menggalakkan

    perkembangan kebolehan untuk bekerja dengan memuaskan dan mahir di dalam sesuatu

    kelompok, berkongsi dan bekerja sama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang

    diberikan.

    Selain daripada itu, penerapan nilai bekerjasama dalam kumpulan dapat memberi pengalaman

    yang menyeronokkan kepada kanak-kanak bersama rakan mereka. Pergerakan kreatif

    merupakan suatu elemen penting dalam menjana perkembangan psikomotor, kognitif dan

    efektif kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan ini perlu diaplikasikan oleh guru

    dalam pengajaran untuk mewujudkan suasana yang lebih efisyen dan berkesan serta dapat

  • 7/28/2019 pgerakan kreatif

    10/26

    menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti pembelajaran yang diajar. Secara keseluruhannya

    pergerakan kreatif telah memberikan pengalaman yang sangat bermakna kepada kanak-kanak

    kerana sedikit sebanyak telah memberikan input ang sangat berguna kepada mereka.

  • 7/28/2019 pgerakan kreatif

    11/26

    6.2 Muzik

    Seni kinestetik- Pergerakan kreatif didalam muzik adalah seni kinestatik. Asas muzik iaitu irama

    dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian. Keadaan ini

    menjadikan kanak-kanak berasa senangdan memberi respon secara spontan dalam melahirkan

    ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik, memainkanperanan

    yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak. Penglibatan secara aktif dalam

    aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan

    psikomotor murid, disamping memupuk nilai sosialisasi. Dari segi kognitif, murid

    mendapatpengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang asas. Bagi murid Tahap 1 khasnya,

    aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja membantupertumbuhan kecerdasan kinestetik

    malahan berperanan membantu merekamemahami konsep muzik yang abstrak.

    Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara berkumpulan

    memberikesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan mengamalkannilai-nilai

    murni. Di samping itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam budayamasyarakat Malaysia yang

    harus dikenali murid sebagai warisan bangsa.Pengetahuan dan pengalaman mengenai

    pelbagai unsur budaya dalammuzik dapat membantu memupuk elemen jati diri dan patriotisme

    pada dirimurid.Untuk merealisasikan potensi kurikulum Pendidikan Muzik

    KBSRpelaksanaannya harus mengambil kira dan meneroka pelbagai pendekatan,strategi dan

    teknik yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaranseperti teori Pelbagai Kecerdasan,

    Kajian Masa Depan, PembelajaranMasteri, teknik Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, dan

    Kemahiran Belajar

  • 7/28/2019 pgerakan kreatif

    12/26

    6.3 Tarian

    Pergerakan melalui gerak tubuh mengikut irama- Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap

    rentak dan irama, penghargaan nilai terhadap pergerakkan berirama dan mempunyai

    kemampuan kreativiti yang semulajadi. Potensi pergerakkan kanak-kanak boleh dirangsang

    melalui ritma dan pelbagai bentuk tari. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bergerak dan

    sentiasa aktif. Salah satu cara untuk memuaskan keinginan untuk bergerak ialah menerusi

    tarian. Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan melalui gerak-geri yang berentak dan berirama

    dalam tarian. Aktiviti tarian sesuai untuk pertumbuhan fizikal dan kreativiti kanak-kanak. seni tari

    sebagai gerakkan berirama. Seni tari merupakan pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri

    berirama yang indah. Terdapat pelbagai jenis tarian sama ada tarian asli atau pun tarian yang

    dipengaruhi oleh unsur-unsur moden. Tarian merupakan gerak tubuh. Melalui gerak tubuh,

    kanak-kanak mampu untuk mengungkapkan idea-idea, perasaan dan pengalaman penari

    kepada orang lain. Tarian mengandungi segala gerakkan tubuh badan yang mempunyai unsur-

    unsur keindahan. Seni tari ini dapat di lihat pada pergerakkan tangan, kaki, badan, mata dan

    anggota tubuh badan yang lain.

    http://pergerakankreatifkumpulana.blogspot.com/2010/03/aktiviti-aktiviti-untuk-pergerakan.html

    2.0 Pergerakan kreatif

    Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkangerakan-gerakan

    fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secarakreatif ( meliputi aktiviti gerak tari

    ) bertujuan untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah dan melahirkan perasaan

    masing-masing ( expressive and functional ) . Dalam aktiviti muzik, pergerakan kreatif adalah

    pergerakan di mana kanak-kanak bergerak mengikuti muzik yang dimainkan. Setiap individu

    meluahkan perasaan dan persepsi mereka berkenaan muzik yang didengari.

    Fowler(1981) mendefinisikan pendidikan pergerakan sebagai suatu pendekatan dalam kaedah

    pengajaran. Kemahiran-kemahiran motor termasuk pergerakan kemahiran asas, permainan,

    tarian dan aktiviti lain yang menggunakan proses penemuan dalam pembelajaran. Dalam

    konteks ini, pergerakanbermaksud pergerakan tubuh badan iaitu melibatkan motor kasar dan

    motor halus manakala kreatif pula bermaksud daya cipta seseorang yang diilhamkan oleh

    pengalaman (inspirasi), persekitaran dan imaginasinya. Kadangkala digabungkan ilhamnya

    atau diubahsuaikannya untuk menghasilkan sesuatu yang baru.

    http://pergerakankreatifkumpulana.blogspot.com/2010/03/aktiviti-aktiviti-untuk-pergerakan.htmlhttp://pergerakankreatifkumpulana.blogspot.com/2010/03/aktiviti-aktiviti-untuk-pergerakan.htmlhttp://pergerakankreatifkumpulana.blogspot.com/2010/03/aktiviti-aktiviti-untuk-pergerakan.html
  • 7/28/2019 pgerakan kreatif

    13/26

    Sebelum kanak-kanak dapat bergerak sedemikian, perbendaharaan pergerakan perlu diterokai

    oleh setiap kanak-kanak. Pergerakan melibatkan tiga elemen iaitu ruangan (atas-bawah, kiri-

    kanan, dan depan-belakang), kuasa (berat-ringan, tegang-regang, tajam-licin) dan masa (cepat-

    perlahan, panjang-pendek,detik). Apabila kanak-kanak telah mengalami pelbagai cara

    pergerakan maka mereka dapat menggunakannya dengan lebih kreatif mengikut muzik

    http://pergerakankreatifkumpulana.blogspot.com/2010/03/pergerakan-kreatif.html

    PENTINGNYA PERGERAKAN KREATIF KEPADA MURID BERKEPERLUAN KHAS

    ISU ;

    KESEDARAN GURU TENTANG PENTINGNYA

    PERGERAKAN KREATIF KEPADA MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS DI SEKOLAH

    RENDAH

    1.0 PENGENALAN

    Kanak-kanak sejak dilahirkan suka bergerak bebas. Ingin melahirkan perasaan dan idea serta

    ingin tahu tentang sesuatu demi mempelajari dan memahami konsep, isu dan masalah

    persekitaran mereka. Mereka gemar mencipta dan tidak keberatan untuk memberi

    penghargaan atau berasa bangga terhadap hasil ciptaan sendiri atau kelompok sebaya. Kanak-

    kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, pergerakan yang berirama dan

    kemampuan kreativiti yang semulajadi. Kanak-kanak dikenali sebagai individu yang suka

    bermain. Naluri suka bermain ini boleh disalurkan kepada bentuk pengalaman yang kreatif yang

    dapat membina situasi dan persekitaran yang sesuai untuk pertumbuhan fizikal, mental dan

    sosial yang sihat. Oleh itu aktiviti pergerakan kreatif hendaklah disusun berdasarkan ciri-ciri

    suka bermain, kreatif, ritma dan kebebasan mencurahkan perasaan dan idea untuk

    memberikan keseronokan dan kepuasan. Mengikut pendapat Dauer dan Prangrazi (1983),

    kanak-kanak mempunyai keinginan-keinginan untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang

    tidak boleh dipuaskan. Mereka lari untuk mendapatkan kepuasan berlari semata-mata. Aktiviti

    bagi mereka adalah intisari penghidupan.

    Dauer dan Prangrazi (1983), telah mengenal pasti sembilan keinginan asas kanak-kanak iaitu:

    http://pergerakankreatifkumpulana.blogspot.com/2010/03/pergerakan-kreatif.htmlhttp://pergerakankreatifkumpulana.blogspot.com/2010/03/pergerakan-kreatif.htmlhttp://pergerakankreatifkumpulana.blogspot.com/2010/03/pergerakan-kreatif.html
  • 7/28/2019 pgerakan kreatif

    14/26

    a. Keinginan untuk bergerak.

    b. Keinginan untuk berjaya dan diperkenankan.

    c. Keinginan untuk diterima oleh kelompok sebaya dan hidup bermasyarakat.

    d. Keinginan untuk bersaing.

    e. Keinginan untuk memperoleh kecergasan fizikal dan daya penarik.

    f. Keinginan untuk mengembara.

    g. Keinginan untuk memperoleh kepuasan kreativiti.

    h. Keinginan untuk memperoleh kepuasan kreativiti.

    i. Keinginan untuk mengetahui.

    Keinginan-keinginan pada peringkat awal ini harus ditumpukan kepada pergerakan-pergerakan

    kreatif yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu seperti pertumbuhan fisiologi dan motor,

    perkembangan psikologi dan mental serta rohani dan sosial. Keinginan-keinginan ini juga tidak

    terkecuali kepada murid berkeperluan khas.

    2.0 DEFINISI

    Pendidikan Pergerakan Moden, Pendidikan Pergerakan, Pergerakan Pendidikan Berirama,

    Drama Kreatif dan Pergerakan Kreatif adalah di antara istilah-istilah yang kerap digunakan dan

    kadangkala penggunaannya silih berganti antara satu sama lain. Namun maksudnya menjurus

    ke arah yang hampir sama iaitu penggunaan pergerakan tubuh badan, irama dan daya kreatif

    sebagai media oleh kanak-kanak untuk melahirkan daya ekspresi.

    Gladys Andrew Fleming menggunakan istilah Pergerakan Kreatif untuk pendidikan geraktari

    kanak-kanak. Beliau mentakrifkan istilah ini sebagai penghubung antara fikiran dan perasaan

    yang dipancarkan melalui perantaraan anggota tubuh badan. Ini membayangkan cara

    seseorang individu menggunakan pergerakan dalam menyelesaikan tiga komponen utama

    dalam geraktari : untuk tujuan-tujuan ekspresi, komunikasi atau kepuasan peribadi (Fleming,

    1976).

    Mengikut pendapat Margaret HDoubler; geraktari kreatif ialah sejenis tarian berunsur

    pendidikan yang membantu proses pembesaran seseorang individu. Proses ini kemudian

    membentuk pemikiran mental dan merencana aktiviti yang merangsang daya berfikir,

    pertumbuhan fizikal dan spiritual. Ini akan membolehkan seseorang individu itu menghayati

  • 7/28/2019 pgerakan kreatif

    15/26

    serta menghadapi tuntutan-tuntutan hidup dengan berkesan (HDoubler, 1925). Bentuk

    geraktari seperti yang digariskan oleh definisi di atas merujuk kepada daya ekspresi mental dan

    jasmani yang dilakukan secara jujur dan spontan. Apa yang dipersembahkan oleh penari-penari

    itu bukanlah bertujuan untuk menarik perhatian atau mencetuskan sensasi tetapi untuk

    mencurahkan perasaan dalaman yang terbuku. Ini juga merupakan ekspresi emosi kendiri yang

    disalurkan melalui aktiviti pergerakan berirama.

    Berdasarkan difinisi dan takrifan yang diberikan, pergerakan kreatif mempunyai beberapa ciri

    seperti berikut:

    I. penggunaan elemen-elemen pergerakan seperti anggota tubuh, ruang,dan daya usaha,

    bentuk, masa, tenaga dan hubungan di antara elemen-elemen tersebut sebagai asas

    perancangan kandungan kurikulum (Joyce, 1973; Dimondstein, 1983; Stinson, 1982).

    II. Tumpuan kepada pergerakan untuk kanak-kanak sebagai aktiviti yang bersifat semulajadi

    dan tidak formal, dan pada masa yang sama pengalaman-pengalaman dalam kegiatan

    pergerakan itu membantu kanak-kanak mengesan potensi-potensi mereka untuk melahirkan

    perasaan serta menjadikannya sebagai alat perhubungan (Combest,1975; Dimondstein, 1983).

    III. Tumpuan kepada pengalaman geraktari sebagai aktiviti yang menyeronokkan, sihat dan

    mudah dicapai. Ia membantu kanak-kanak menjalin paduan antara mental, fizikal dan

    persekitaran serta membantu mereka untuk melahirkan segala perasaan dalaman yang

    terpendam melalui perantaraan pergerakan. Ia melambangkan aktiviti yang menyentuh jiwa

    kanak-kanak (Brearly, 1970; Fleming, 1976).

    IV. Tumpuan kepada matlamat yang sama, iaitu perkembangan personaliti kanak-kanak secara

    menyeluruh. Terdapat satu aspek penting berhubung dengan faktor ini. Perkembangan

    personaliti individu memberi kesan terhadap nilai diri yang merangkumi aspek-aspek fizikal,

    mental dan rohani. Faktor ini menjadi penggalak kepada pengembangan personaliti dengan

    meyakinkan ketiga-tiga aspek tersebut untuk memberi berbagai kemungkinan seperti

    merangsang daya imaginasi dan mencabar intelek. (HDoubler, 1972; Huskey, 1979; Joyce,

    1984; Synder, 1975; Ayob, 1986).

    V. Tumpuan kepada keupayaan individu untuk menyelesaikan sesuatu tugas yang diberi

    mengikut caranya yang tersendiri dan pada masa yang sama, cuba mengekalkan hubungan

    baik dengan kumpulan rakan sebaya (Stinson, 1982; Dimondstein, 1983).

    VI. Tumpuan kepada aktiviti motor yang bersifat halus dan kasar, latihan koordinasi,

    menghargai masa dan imbangan, pengetahuan tentang bahagian-bahagian tubuh,

  • 7/28/2019 pgerakan kreatif

    16/26

    pengetahuan tentang mekanisma pergerakan, kesedaran yang mendalam terhadap hubungan

    perceptual dan peluang-peluang untuk meningkatkan kekuatan fizikal, daya ketahanan serta

    fleksibiliti (Arrow, 1981; Synder, 1975).

    1.0 KEPENTINGAN PERGERAKAN KREATIF

    Jesse William (1964), pelopor pendidikan pergerakan kreatif yang banyak memberi sumbangan

    serta mempengaruhi arah perkembangan program pendidikan jasmani di sekitar tahun-tahun

    1930-an hingga 1960-an berpendapat:

    Pendidikan Jasmani sewajarnya bertujuan untuk menyediakan kepemimpinan yang cekap serta

    menjadi alat kepada individu atau kelompok untuk bertindak dalam pelbagai situasi secara

    konstruktif dari segi fizikal, mental dan sosial.

    Objektif yang disarankan oleh William itu pada hakikatnya mencabar para pendidik pendidikan

    jasmani untuk mempertingkatkan kemahiran mereka agar dapat mendidik dengan lebih

    berkesan untuk mencorakkan kehidupan kanak-kanak sejajar dengan matlamat yang

    disarankan. Bagaimanapun nilai-nilai positif yang bakal diperolehi daripada pergerakan kreatif

    bergantung kepada penyertaan seseorang individu dalam bidang tersebut.

    Menurut Way (1967), pendidikan Jasmani kreatif ialah pendidikan seluruh individu melalui

    pengalaman. Seperti dengan pengalaman-pengalaman kreatif yang lain, pergerakan ini

    merangsang pemikiran yang beragama, imaginasi dan cara menyelesaikan masalah. Ia juga

    mengukuhkan emosi, sifat humor, berlakon dengan yakin dan pemahaman terhadap sesama

    insan yang berasaskan nilai-nilai kemanusiaan yang luhur (Davis, Helfert dan Shapiro 1973;

    Way 1967) serta pemikiran yang kritis dan bebas (Carelli, 1982). Aktiviti ini juga bukan sahaja

    menyeronokkan tetapi juga untuk mencurah keluar jiwa dalaman yang terdiri daripada perasaan

    dan mood (Russell,1975)

    Melalui pendidikan Jasmani kreatif murid-murid berkeperluan khas juga akan memperolehi

    banyak manfaat jika ia dilaksanakan dengan teratur dan sistematik oleh guru-guru. Untuk

    mengajar pendidikan jasmani kreatif, guru tidak memerlukan ilmu yang luas cukup sekadar

    minat dan rasa tanggungjawab terhadap murid-murid yang didik. Di antara kebaikan yang yang

    diperolehi dengan aktiviti pergerakan kreatif ialah murid akan dapat:

  • 7/28/2019 pgerakan kreatif

    17/26

    5.1 Meningkatkan Kecergasan:

    Murid-murid berkeperluan khas sering dilihat tidak berdaya dan mudah letih terutamanya murid

    sindrom dowan. Otot kanak-kanak ini lemah dan mereka kelihatan tidak bertenaga. Melalui

    pergerakan kreatif mereka akan seronok bermain dan secara tidak langsung akan membina

    kecergasan pada diri kanak-kanak ini. Guru-guru hendaklah bijaksana mengatur aktiviti ini

    kerana senaman yang sistematik serta pemakanan yang seimbang adalah penting untuk

    menjamin kehidupan yang sihat dan tahan lasak. Kecergasan fizikal terdapat empat komponen

    penting iaitu:

    Kecergasan kardivaskular

    Kecergasan kekuatan dan ketahanan otot

    Kecergasan kelenturan dan

    Kecergasab bverat badan.

    Dalam tahun 1956 sebuah persidangan American Association for Health, physical Education

    and Recreational Fitness telah bersetuju dengan takrif berhubung kecergasan iaitu:

    kecergasan ialah suatu keadaan yang menunjukkan sejauh mana seseorang itu mampu untuk

    berfungsi. Kecergasan merupakan soal individu. Namun ia memberi implikasi terhadap

    terhadap keupayaan seseorang individu untuk hidup dengan cara yang paling efektif dengan

    potensi yang ada padanya. Keupayaan untuk berfungsi bergantung kepada aspek-aspek fizikal,

    mental, emosi, social dan spiritual yang menjadi komponen-komponen dalam konsep

    kecergasan yang mana kesemuanya saling berhubung dan berkait antara satu sama lain.

    (Schurr, 1975).

    Latihan jasmani yang sering dilakukan boleh mempertingkatkan kekuatan seseorang dan

    elemen kekuatan ini merupakan factor penting dalam mempelajari kemahiran-kemahiran motor

    (Rarick & Dobbins, 1975 : Pangrazi 1982). Aktiviti yang rancak juga menyebabkan bebanan

    tekanan ke atas tulang-tulang dan ini akan menyebabkan ukuran garis pusat tulang-tulang

    berkenaan menjadi bertambah besar serta memperbaiki strukturnya. Osteoporosis atau

    demineralization (kekurangan garam galian) adalah berpunca daripada kelembaman. Keadaan

    demikian akan menyebabkan tulang-tulang menjadi rapuh. Gejala ini dapat diatasi melalui

  • 7/28/2019 pgerakan kreatif

    18/26

    pergerakan kreatif kerana ia boleh membalikkan proses ini di samping membina semula

    kekuatan tulang-tulang.

    5.2 Alat Teraputik

    Pergerakan kreatif sangat berkesan untuk mendidik kanak-kanak bermasalah fizikal dan

    mental. Ini boleh dilakukan dengan menyediakan program latihan yang bersesuaian yang boleh

    mendorong mereka menjadi cergas dan efektif dari segi fizikal.

    Penggunaan pergerakan yang berkaitan dengan psikomotor, kognitif, efektif dan estetika

    merupakan nilai-nilai yang sangat penting untuk murid-murid berkeperluan khas. Nancy Brooks

    Schmitz (1980), dalam tulisannya antara lain telah menyentuh peri mustahaknya pergerakan

    kreatif untuk kanak-kanak ini. Beliau bersetuju bahawa pergerakan kreatif mempunyai nilai

    aktiviti yang dapat memperkayakan pengalaman kanak-kanak. Ia patut digalakkan dan

    dimajukan oleh semua pihak. Guru pendidikan khas perlu mendalaminya untuk kebaikan murid-

    murid berkperluan khas.

    Dalam buku Nancy Brook Schmitz yang berjudul Developing Creative Mmovement Experiences

    for the Handicapped, beliau menulis :

    Pendidikan pergerakan kreatif dapat memberikan peluang-peluang kepada kanak-kanak untuk

    merealisasikan potensi ereka dengan membangkitkan perkembangan imejkendiri yang positif,

    dengan menggerakkan keinginan dalaman yang semulajadi untuk bergerak, dengan

    meningkatkan keupayaan kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif melalui penyelesaian

    masalah, dengan memupuk interaksi sosial yang positif, dengan membekalkan pengalaman-

    pengalaman yang boleh membantu kanak-kanak meneroka dan mengembangkan kebolehan-

    kebolehan fizikal dan kinestetik mereka, dan menyuburkan pengalaman-pengalaman estetika.

    Setiap kanak-kanak mempunyai keistimewaan, bakat keperluan-keperluan yang unik dan

    tersendiri. Kanak-kanak berkeperluan khas juga tidak berbeza dari segi ini. Mereka juga

    perlukan kasih sayang, mahukan diri mereka diterima oleh orang ramai, menikmati rasa

    keriangan dan keseronokan bergerak dan melakukan aktiviti-aktiviti untuk memperintkatkan

    keupayaan, menumpukan perhatian terhadap sesuatu koordinasi dan kecergasan. Mereka juga

    ingin berkongsi pengalaman dengan rakan sebaya, ingin merasai cabaran dan kejayaan, ingin

    mencipta dan mengongsikan hasil-hasil ciptaan mereka dan ingin berhubung. Matlamat-

  • 7/28/2019 pgerakan kreatif

    19/26

    matlamat dan garis-garis panduan kurikulum mengenai pendidikan khas ada menyatakan

    dengan jelas bahawa ia (pendidikan khas) :

    mesti merangkumi segala kemahiran yang berfungsi, termasuk tingkah laku, kawalan kendiri

    dan kebolehan motor, sama ada yang seni ataupun yang kasar, komunikasi yang besifat verbal

    dan non-verbal, keselamatan dan kesihatan, social dan rekreasi, dan kemahiran-kemahiran

    akademik yang fungsional.

    Guru-guru berkeperluan khas hendaklah sedar bahawa pergerakan kreatif mampu dijadikan

    alat yang ampuh untuk mendidik murid-muridnya dengan cara yang efektif. Umpamanya aktiviti

    geraktri mampu meredakan ketegangan atau tekanan emosi dan menyemai rasa riang dalam

    kehidupan seseorang individu, dan ia boleh dijadikan sebagai senaman yang lasak untuk

    menggalakkan mereka menjadi aktif dan cergas.

    Pergerakan kreatif memainkan peranan yang berguna dalam pertumbuhan individu melalui

    interaksi fizikal, mental dan ekspresi dengan geraktari teraputik yang pada dasarnya dibina atas

    dasar kepercayaan bahawa ekspresi pergerakan mencerminkan unsur dinamik dalam psikik

    atau batin (Leventhal, 1980).

    Pergerakan kreatif mampu mencapai matlamat psikoterapeutik dengan meredakan symptom,

    integrasi emosi dan fizikal dan perkembangan peribadi kanak-kanak, dan memperkukuhkan

    pemahaman mereka. Mengikut pendapat Nellie Mc Caslin (1980), berhubung dengan ini,

    terdapat satu persetujuan umum terhadap pergerakan kreatif dan pergerakan ritual serta

    ekspresi sebagai wadah yang paling mujarab untuk merawat kecelaan yang dihidapi oleh

    kanak-kanak. Aktiviti jasmani memberikan kanak-kanak rasa kesedaran terhadap tubuh badan

    mereka, dan perlakuan pergerakan-pergerakan seperti melompat tali (skipping), lompat seperti

    kuda, meregang dan menggerakkan tangan-tangan adalah di antara senaman yang sungguh

    menarik, terutamanya kepada mereka yang lemah daya koordinasinya.

    Guru-guru pendidikan khas yang peka, mereka akan memberikan tumpuan kepada kanak-

    kanak ceberal palsy dan mental retardation supaya kanak-kanak ini memberikan penyertaan

    yang aktif untuk aktiviti pergerakan kreatif.

  • 7/28/2019 pgerakan kreatif

    20/26

    5.3 Sosialisasi

    Aktiviti pergerakan merupakan usaha kerjasama, menjalin rasa saling mempercayai dan

    memikul tanggungjawab menghadapi cabaran-cabaran, maka ia sewajarnya menjadi satu seni

    pergaulan (socialization) suatu perlakuan sosial yang mengembelingkan individu dalam

    dinamik berkumpulan. Murid-murid berkeperluan khas sangat sesuai melakukan aktiviti ini

    kerana mereka begitu sukar untuk bergaul , menerima arahan dan kurang motivasi. Melalui

    aktiviti ini murid berpeluang:

    Menyertai kegiatan dengan rasa riang dan secara sihat

    Bersosialisasi

    Menyemai minat-minat baru

    Meningkatkan keupayaan bergaul dengan orang lain

    Membentuk gaya diri, personaliti dan kematangan dan

    Mencari saluran untuk pernyataan kendiri.

    Namun guru memainkan peranan penting untuk membimbing dan menunjukkan contoh-contoh

    mengenai penerimaan sosial berdasarkan sanjungan terhadap hasil kerja yang memuaskan

    dan jalinan ikatan yang termetri hasil daripada bentuk kegiatan bermain dan mencipta yang

    dilakukan secara beramai-ramai. Tidak dapat dinafikan bahawa ia memberi peluang luas

    kepada kanak-kanak untuk saling mempercayai, bekerjasama dan bersosial. Clara Furst dan

    Mildred Rockefeller (1981), kebanyakan kemahiran interaksi social yang penting yang

    dibentuk itu boleh diaplikasikan di luar bidang . Mereka belajar cara memimpin dan juga cara -

    cara menurut.

    Joyce Boorman (1971) menyatakan tentang pengalaman-pengalaman sosial yang bermanfaat

    ini dari segimemimpin dan mengikut, seperti berikut:

    Adalah penting bagi kanak-kanak untuk mempelajari bagaimana hendak menjadikan diri

    mereka diterima dari segi sosial, jika tidak cara hidup mereka akan menjadikan hidup mereka

    bertambah sulit. Kerap kali kanak-kanak akan menghadapi masalah-masalah berkawan; suatu

    hari nanti akan menjadi ketua dan dengan itu akan timbul kemungkinan dirinya disisih oleh

    rakan-rakan utamanya. Dalam menghadapi dilema ini seseorang kanak-kanak itu terpaksa

    membuat penyesuaian-penyesuaian yang mungkin menuntutnya melupakan buat sementara

  • 7/28/2019 pgerakan kreatif

    21/26

    waktu kepimpinan kelompoknya dan sebaliknya menjadi sebagai pengikut. Seorang pengikut

    hendaklah digalakkan membina keyakinan motivasi dan minat agar dirinya menjadi berwibawa

    dan diterima oleh orang ramai dan ini membolehkannya memegang teraju kepemimpinan buat

    sementara waktu. Pergerakan tidak boleh menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh

    kanak-kanak dalam kehidupan sehari-hari, namun ia amat berguna dalam membantu kanak-

    kanak meneroka dan memahami kedua-dua kualiti iaitu memimpin dan mengikut.

    Fokus konsepsi sosialisasi dalam program pergerakan kreatif dengan menghubungkannya

    dengan ciri-ciri dan maksud-maksud kerjasama, persaingan, ketertiban,

    kebertanggungjawaban, saling mempercayai dan menghormati persahabatan dan kepimpinan

    yang unggul untuk kedua-duanya iaitu diri sendiri dan orang lain. Murid-murid khas boleh

    dibentuk ke arah ini walupun memerlukan masa yang agak lama. Guru hendaklah bersabar dan

    tekun melatih mereka untuk mendengar dan mengikut arahan.

    5.4 Meredakan Ketegangan Perasaan dan Tekanan Jiwa

    Murid-murid berkeperluan khas terutamanya yang hiperaktif tidak dapat mengawal peerasaan

    dan ketegangan yang dihadapi. Melalui pergerakan kreatif ketegangan tersebut dapat

    diredakan. Ini disebabkan kanak-kanak ini gemar bergerak. Kebijaksanaan guru menggunakan

    pergerakan kreatif untuk mengalihkan hiperaktif kanak-kanak dengan aktiviti yang berfaedah. Ini

    disebabkan pergerakan kreatif mempunyai unsure-unsur dorongan bermain yang semulajadi.

    Hartley, Frank dan Goldensen (1964), menyatakan :

    Dengan membiarkan kanak-kanak bermain secara bebas dalam sesuatu persekitaran yang

    sesuai dan selamat; kita membolehkannya untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah-

    masalahnya yang paling membebankannya dengan cara yang memuaskan dan sihat.

    Marion North juga mengatakan bahawa pergerakan kreatif adalah kaedah katarik yang mampu

    melegakan tekanan-tekanan katanya:

    Disiplin seni pergerakan adalah amat membebankan oleh kerana bukanlah tujuan utamanya

    untuk melepaskan tekanan perasaan semata-mata. Walaupun benar tekanan perasaan dapat

    diredakan namun itu bukanlah tujuan akhir; sebaliknya perasaan atau emosi itu disalurkan

    kepada jenis aktiviti yang bertujuan dan berdisiplin disiplin terbit daripada aktiviti itu sendiri,

  • 7/28/2019 pgerakan kreatif

    22/26

    usaha untuk menggarap maksud yang lebih jitu daripada irama , bentuk serta hubungan antara

    gerakan tubuh gerakan yang merangkumi gerakan sebenar dan pada ketika membuat

    persediaan dalaman untuk bergerak dengan gerakan yang disudahi secara terkawal selepas

    selesainya sesuatu pergerakan. (North, 1973).

    Di dalam kelas berkeperluan khas, murid yang slow learner juga kebanyakannya terdiri dari

    pelajaryang nakal dan tidak boleh duduk diam. Aktiviti pergerakan kreatif juga boleh

    dimanfaatkan untuk mereka. Murid-murid ini menjadi nakal kerana mereka tidak tahu hala tuju.

    Guru berperanan membentuk mereka. Katarsiskonsep tujuan meredakan ketegangan

    adalah dinyatakan dalam contoh berikut:

    Dikelilingi dan dihampiri oleh seribu orang musuh, kanak-kanak menentang mereka habis-

    habisan demi servival mereka. Dengan menggunakan dan menjadikan tangan-tangan mereka

    sebagai pedang-pedang khayalan, mereka memusingkan tangan-tangan mereka menghala ke

    semua arah dalam pergerakan yang memaparkan rasa kemarahan mereka terhadap musuh-

    musuh bayangan. (Ayob, 1985: 48)

    Kebanyakan aktiviti yang melibatkan pergerakan yang berjaya melibatkan lakonan peranan,

    improvisasi, sosio-drama tidak formal yang menggunakan tema-tema yang dinamik dan

    penggunaan tingkah laku egosentrik yang ganjil. Dalam aktiviti-aktiviti kreatif tersebut, kanak-

    kanak mempunyai kesempatan untuk melahir dan menangani emosi mereka dengan cara yang

    kreatif. Adalah menjadi kebiasaan melihat kanak-kanak khas gembira dan riang semasa

    bermain.

    Winters(1975) menyediakan satu senarai berhubung dengan perasaan-perasaan dan idea-idea

    yang dicurahkan oleh kanak-kanak melalui pergerakan iaitu:

    Melahir perasaan terhadap apa yang menarik perhatian mereka.

    Melahirkan perasaan mereka sejajar dengan tahap fizikal, psikologi, emosi dan sosial rakan

    sebaya.

    Lebih bersedia untuk melahirkan perasaan mereka secara non-verbal berbanding dengan

    golongan dewasa.

    Melahirkan perasaan mereka melalui pergerakan secara lebih spontan daripada golongan

    dewasa.

  • 7/28/2019 pgerakan kreatif

    23/26

    Mempunyai masa yang terhad untuk mempelajari gerak-geri isyarat dan simbol-simbol

    pergerakan yang bersifat univerrsal, dan oleh itu mereka melahirkan perasaan mereka dengan

    cara yang lebih spontan, bebas daripada sebarang tekanan.

    Tidak memiliki perbendaharaan kata yang berbentuk verbal yang mencukupi untuk

    membolehkan mereka melahirkan perasaan mereka secara verbal (Winter, 1975)

    Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif penting untuk mewujudkan persekitaran yang dapat membantu

    kanak-kanak khas memahami perasaan dan idea-idea dan melahirkannya melalui pergerakan.

    5.5 Kemahiran Bertutur

    Pada kebiasaanya pergerakan kreatif diiringi dengan nyanyian dan permainan alat-alat muzik

    agar ia lebih menarik dan dan menambahkan minat murid terutamanya murid khas. Dengan

    adanya aktiviti menyanyi ini akan dapat meningkatkan kemahiran murid bertutur dan kemahiran

    fonologi. Ramai di kalangan murid khas yang gagal menyebut perkataan dengan betul. Mereka

    menyebut hanya dihujung perkataan sahaja.

    Menyanyi jika digabungkan dengan berbagai aktiviti akan lebih menarik minat murid dan

    mereka berasa seronok dan gembira. Murid-murid khas akan menganggap menyanyi lebih

    kepada bermain dan berehat. Melalui nyanyian mereka akan terhibur dan menenangkan fikiran.

    Untuk mengukuhkan lisan murid, ia sangat membantu guru mencapai matlamat tersebut. Ini

    kerana menyanyi memerlukan sebutan bunyi-bunyi yang jelas dan betul mengikut rentak dan

    irama serta disampaikan mengikut tekanan, intonasi dan nada tertentu. Secara tidak langsung

    ia membantu murid memperbaiki lisan.

    5.6 Meningkatkan Kreativiti

    Kreativiti merupakan elemen yang dinamik yang tersirat di dalam jiwa kanak-kanak. Pergerakan

    menjadi printis bagi membolehkan kanak-kanak untuk memulakan proses kreativiti mereka dan

    dalam ruang batas pendidikan yang tertentu mereka didorong untuk mencurahkan tenaga

    kreatif mereka. kanak-kanak adalah individu yang unik. Murid-murid khas tidak terkecuali

    mereka juga adalah insan yang unik dan kreatif. Potensi kreativiti mereka berbeza antara satu

    sama lain sama seperti perkembangan fizikal dan kecenderungan terhadap pembelajaran. Oleh

  • 7/28/2019 pgerakan kreatif

    24/26

    kerana kreativiti merupakan proses yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah

    mengikut pendekatan baru yang menggunakan pengetahuan dan pemahaman yang bersifat

    unik dan individualisti, ia dapat memberi penghidupan yang lebih jitu dan bermakna kepada

    kanak-kanak.

    Murid-murid berkeperluan khas boleh meneroka dan mengembangkan daya kreativiti mereka

    melalui improvisasi. Melalui kaedah ini kanak-kanak akan bertindak dan melakonkan idea-idea

    pergerakan secara serentak, spontan dan tanpa perancangan awalan. Kreativiti melambangkan

    bakat semulajadi kanak-kanak dan ia kerap kali tidak dapat dikembangkan di dalam bilik darjah

    yang bersifat mengongkong. Menggunakan pendekatan kreativiti adalah pendekatan

    pengajaran yang bersifat semulajadi dan menyeronokkan. Dan ini amat digemari oleh pelajar-

    pelajar berkeperluan khas. Ini sesuai dengan kata-kata Fleming :

    Tenaga kreatif yang merupakan elemen yang dinamik dalam setiap diri kanak-kanak,

    berkembang bersama penemuan dan penerokaan. Hasilnya ialah ekspresi yang kreatif,kanak-

    kanak yang giat bekerja, iaitu mereka yang sedang mengalami proses kreativiti ini, terpancar di

    wajah-wajah mereka rasa keriangan yang tercetus daripada getaran penggunaan tenaga,(fizikal

    dan mental). Kepuasan yang sepenuhnya, dan dihormatidi kalangan mereka. Seseorang dapat

    merasakan bagaimana kanak-kanak itu berfikir serta turut bersama mereka merasakan

    kegembiraan yang terbit daripada curahan perasaan mereka (Fleming, 1976)

    Dalam diri setiap kanak-kanak termasuk murid khas terdapat kebebasan untuk berfikir yang

    memerlukan saluran untuk mengeluarkan perasaan mereka berhubung dengan pengalaman-

    pengalaman seharian: ekspresi yang spontan. Ini dapat dilakukan melalui pergerakan jasmani

    kreatif.

    Rumusan

    Aktiviti pergerakan kreatif jika dijalankan dengan sempurna akan memberi kesan yang

    mendalam kepoada mnurid-murid berkeperluan khas. Untuk melaksanakan aktiviti ini, guru-

    guru tidak memerlukan latihan dan kepakaran yang tinggi. Apa yang diperlukan ialah semangat

    yang cekal, keberanian dan sikap positif serta inisiatif dalam pengajaran kreatif. Peranan guru

    ialah membimbing murid-murid meneroka, mencuba dan menemui cara bergerak yang dapat

    dijadikan sebagai perantaraan untuk pernyataan kendiri. Selepas itu guru-guru menerima

  • 7/28/2019 pgerakan kreatif

    25/26

    gerakbalas berdasarkan pergerakan murid sebagai perkembangan semulajadi mereka.

    Guru-guru perlu membuang segala perasangka buruk terhadap murid-murid pendidikan khas

    yang sering di label sebagai nakal, tidak mendengar kata, tidak berdaya dan sebagainya.

    Sebaliknya guru hendaklah berusaha dan mencuba kerana setiap murid ada kelebihannya.

    Murid pendidikan khas tidak berdaya untuk mencungkil bakat mereka sendiri. Guru dan

    masyarakat disekelilingnya patut membantu mereka menjadi insan yang sempurna. Semua

    manusia mempunyai hak asasi individu begitu juga dengan kanak-kanak ini. Fleming (1976)

    telah mengubah satu Akta Hak Asasi untuk kanak-kanak yang berbunyi:

    Biarkan saya membesar mengikut keupayaan saya

    Dan cuba memahami mengapa saya ingin membesar seperti saya;

    Tidak seperti yang dikehendaki oleh emak

    Atau tidak seperti yang diharapkan oleh bapa

    Atau guru saya memikirkan apakah sepatutnya saya menjadi.

    Tolong cuba memahami dan menolong saya membesar seperti saya!

    (Fleming, 1976).

    Bagaimanakah kita menolong murid-murid membesar dan menjadi seperti mereka? Guru-guru

    mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk menolong murid-murid membesar dan

    berkembang sebagai individu. Guru-guru juga bertanggungjawab memberi peluang kepada

    murid-murid untuk mencipta dan melahirkan perasaan dan fikiran. Melaksanakan program

    pergerakan kreatif bukanlah satu tanggungjawab yang mudah, terutama jika kelas dipenuhi

    dengan kanak-kanak yang sangat aktif dan pelbagai masalah dengan tempoh masa perhatian

    yang singkat. Kanak-kanak yang mempunyai daya tenaga yang berlebihan sering mencabar

    keupayaan guru.

    Namun jika guru mempunyai kesedaran yang tinggi tentang pentingnya pergerakan kreatif

    kepada murid-murid berkeperluan khas ini, mereka akan mengajar bersungguh-sungguh di

    sekolah agar dapat membentuk sahsiah murid berkeperluan khas sesuai dengan Falsafah

    Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan

    intelek.

    [10] Pengajaran tarian dan pergerakan kreatif kanak kanak

  • 7/28/2019 pgerakan kreatif

    26/26

    boleh mempertingkatkan kemahiran kinestetik dan kreativiti kanak kanak

    tarian - gerakan yang berirama

    pergerakan kreatif - gabungan gerak geri kreatif menerusi imaginasi dan kreativiti kanak

    kanak

    jenis tarian - kuda kepang, zapin, joget, singa, naga, bharata natyam, bhangra, ngajat

    solo, sumazau, buluh, tarian orang asli.

    AKTIVITI PERGERAKAN KREATIF - menggabungkan elemen pergerakan tubuh badan,

    ruang, masa dan daya

    RANGSANGAN - muzik, props (reben, bola, gelung dll)

    merancang aktiviti tarian mengikut kaedah :

    o kaedah latihan profesional

    o kaedah menonton persembahan

    o kaedah tayangan video

    [1] Teori kreativiti dan pemikiran kreatif

    kreativiti - keupayaan untuk menghasilkan sesuatu yang baru.

    pemikiran kreatif - kebolehan kanak-kanak untuk mencerna, berimaginasi, menghasilkan

    idea dan mempelbagaikan idea masing-masing

    TEORI SIX THINKING HATS - emosi sangat penting dalam proses berfikir. pandai

    mengurus emosi. Memperkenalkan 6 warna

    TEORI PAUL TORRENCE - 7 perkara mencungkil kreativiti iaitu penyoalan, penemuan,

    pemerhatian, percubaan, penerokaan, memanipulasi, aktiviti

    TEORI MULTIPLE CREATIVE TALENT - bukan semua individu dikurnia dengan bakat

    yang sama. 5 sifat iaitu bersifat ekspresif, penghasilan, inovatif, inventif emergen.

    TEORI LOWENFELD STAGES OF ARITISTICS DEVELOPMENT - secara berterusan.

    pancaindera secara menyeluruh. 8 kategori kreatif iaitu cabaran, kelancaran, kelenturan,

    keaslian, pemikiran bercapah, keinginan, kompleks, makna baru.

    TEORI PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER - 5 tahap pemikiran kreatif iaitu

    peringkat rangsangan, penerokaan, perancangan, aktiviti dan kajian semula.