rph pendidikan moral.docx

14
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Subjek : Pendidikan Moral Tajuk : Kita Perlu Jujur Tahun : 2 Bestari Tarikh : 24 September 2013 (Selasa) Masa : 60 minit (8.00 pagi-9.00 pagi) Bilangan Murid : 24 orang Nilai : Kejujuran Standard Kandungan : 10.1 Mengamalkan sikap jujur dalam keluarga Standard Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 10.1.1 Menceritakan perlakuan jujur dalam keluarga 10.1.2 Menyenaraikan kepentingan bersikap jujur dalam keluarga 10.1.3 Menyedari kesan bersikap jujur dalam keluarga 10.1.4 Menunjukkan sikap jujur dalam keluarga

Upload: jong-mei

Post on 02-Jan-2016

515 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

RPH Pendidikan Moral

TRANSCRIPT

Page 1: RPH Pendidikan Moral.docx

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Subjek : Pendidikan Moral

Tajuk : Kita Perlu Jujur

Tahun : 2 Bestari

Tarikh : 24 September 2013 (Selasa)

Masa : 60 minit (8.00 pagi-9.00 pagi)

Bilangan Murid : 24 orang

Nilai : Kejujuran

Standard Kandungan : 10.1 Mengamalkan sikap jujur dalam keluarga

Standard Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

10.1.1 Menceritakan perlakuan jujur dalam keluarga

10.1.2 Menyenaraikan kepentingan bersikap jujur dalam keluarga

10.1.3 Menyedari kesan bersikap jujur dalam keluarga

10.1.4 Menunjukkan sikap jujur dalam keluarga

Page 2: RPH Pendidikan Moral.docx

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

i. Menyenaraikan 3 contoh perlakuan jujur dalam keluarga.

ii. Menonton dan mengulas klip video yang bertajuk “Kejujuran Dalam Keluarga”.

iii. Mengamalkan sikap kejujuran dalam keluarga.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah bercakap bohong dengan ahli keluarga mereka.

Strategi : Berpusatkan murid

Pendekatan : Pendekatan Pemupukan Nilai

Kaedah : Kaedah Bercerita, Kaedah Nyanyian, Kaedah Perbincangan, Kaedah Bermain

EMK : i. Kreativiti dan Inovatif - menjana idea

ii. Teknologi Maklumat dan Komunikasi - menggunakan persembahan elektronik

(Ms Power Point)

Bahan Bantu Mengajar : Buku teks, Klip Video “Kejujuran Dalam Keluarga”, Lagu “Kita Perlu Jujur”,

Cerita “Si Gembala Pembohong”, Komputer Riba, LCD Projektor, Skrin Tayangan,

Telefon Ajaib, Kad Ayat, Lembaran Kerja

Page 3: RPH Pendidikan Moral.docx

Langkah P&P /

Masa

Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan

Set Induksi

(5 minit)

Tayangan Video Klip

“ Kejujuran Dalam Keluarga”

Laman Web:

http://www.youtube.com/watch

?v=obxqxG9ZjYM

Memperkenalkan Nilai

Kejujuran

Nilai: Kejujuran

Maksud:

Bercakap benar, bersikap

amanah dan ikhlas dalam

setiap perlakuan.

Guru menayangkan video klip “

Kejujuran Dalam Keluarga”.

Guru meminta murid

menceritakan situasi yang

berlaku dalam video tersebut.

Melalui video, guru

memperkenalkan nilai kejujuran

kepada murid.

Bahan Bantu

Mengajar:

Klip Video

“Kejujuran

Dalam

Keluarga”

Komputer Riba

LCD projektor

Skrin Tayangan

EMK:

Teknologi

Maklumat dan

Komunikasi

Page 4: RPH Pendidikan Moral.docx

Langkah 1

(10 minit)

Cerita “Si Gembala

Pembohong”

( Rujuk Lampiran 1)

Guru menyampaikan cerita “Si

Gembala Pembohong”.

Murid mendengar cerita yang

disampaikan oleh guru.

Guru bertanya kepada murid

akibat yang berlaku kepada

pengembala yang berbohong.

Guru menyuruh murid

menyenaraikan cerita tidak

bersikap jujur yang pernah

mereka dengar.

Bahan Bantu

Mengajar:

Cerita “Si

Gembala

Pembohong”

Komputer Riba

LCD Projektor

Skrin Tayangan

EMK:

Teknologi

Maklumat dan

Komunikasi

Page 5: RPH Pendidikan Moral.docx

Langkah 2

(15 minit)

Perbincangan Kumpulan

(Rujuk Lampiran 2)

Guru membahagikan murid

kepada 4 kumpulan.

Guru menyuruh murid

membincangkan soalan-soalan

berikut:

o Contoh bersikap jujur dalam

keluarga.

o Kesan tidak bersikap jujur

dalam keluarga.

o Kepentingan bersikap jujur

dalam keluarga.

Wakil dari setiap kumpulan

membentangkan hasil

perbincangan.

Guru memaparkan jawapan

untuk setiap soalan.

Bahan Bantu

Mengajar:

Komputer Riba

LCD Projektor

Skrin Tayangan

EMK:

Teknologi

Maklumat dan

Komunikasi

Kreativiti dan

Inovatif

Page 6: RPH Pendidikan Moral.docx

Langkah 3

(15 minit)

Permainan Telefon Ajaib

(Rujuk Lampiran 3)

Guru membahagikan murid

kepada 4 kumpulan.

Setiap kumpulan melantik

seorang ketua dan seorang

pencatat.

Ketua kumpulan menyampaikan

ayat tersebut kepada pemain

kedua menggunakan telefon

ajaib.

Permainan diteruskan sehingga

pemain yang terakhir.

Pemain terakhir akan

menyampaikan ayat tersebut

kepada pencatat.

Pencatat menyerahkan ayat

yang telah dicatatnya kepada

guru.

Pemenang dikira berdasarkan

ketepatan ayat dalam masa

yang singkat.

Bahan Bantu

Mengajar:

Telefon Ajaib

Kad Ayat

Page 7: RPH Pendidikan Moral.docx

Langkah 4

(10 minit)

Lembaran Kerja

(Rujuk Lampiran 4)

Guru memberikan lembaran

kerja kepada murid.

Murid dikehendaki menyiapkan

lembaran kerja dalam masa

yang ditetapkan.

Guru dan murid membincang

jawapan lembaran kerja

bersama-sama.

Bahan Bantu

Mengajar:

Lembaran Kerja

Page 8: RPH Pendidikan Moral.docx

Penutup

(5 minit)

Nyanyian Lagu “

Kita Perlu Jujur”

Laman Web:

http://www.youtube.com/watch

?v+uOq8DCUdnqQ

Rumusan

Guru membimbing murid

menyanyi lagu “ Kita Perlu

Jujur” dengan mengikut rentak

lagu “Tiga Kupang”.

Guru membuat kesimpulan

tentang nilai kejujuran.

Bahan Bantu

Mengajar:

Lagu “Kita Perlu

Jujur”

Komputer Riba

LCD Projektor

Skrin Tayangan

EMK:

Teknologi

Maklumat dan

Komunikasi

Page 9: RPH Pendidikan Moral.docx

Lampiran 1

Si Gembala Pembohong

Di suatu desa ada seorang anak gembala. Setiap hari dia menggembalakan kambingnya di padang rumput agak

jauh dari desa. Si Gembala itu anak yang nakal. Dia suka berbuat usil dengan teman-temannya. Pada suatu hari yang

panas, dia sedang menggembala kambing-kambingnya di sebuah padang rumput, tak jauh dari desanya. Di kelompok

lain, kambing-kambing orang-orang desa digembalakan juga, meski tidak ada yang menjaganya. Tiba-tiba, dia

mempunyai idea jahat untuk membohongi warga desa. Kemudian dia berteriak keras, "Ada serigala! Ada serigala!

Tolong... tolong...tolong!" "Serigala mahu makan kambing-kambing kita." Dia berharap warga desa mendengar

teriakannya dan segera berlari ke arah padang rumput.

Warga desa yang mendengar teriakan anak itu segera berlari ke padang rumput untuk menyelamatkan kambing-

kambing mereka. Namun ketika mereka sampai, ternyata tidak ada serigala. Hanya anak gembala itu yang tertawa

terpingkal-pingkal melihat warga desa yang telah dibohonginya.

Keesokan harinya, anak gembala tersebut mengulangi tipuannya. Dia berteriak lebih keras dari sebelumnya, “ada

serigala…. Ada serigala… kambing-kambing kita mahu dimakan… Warga desa kembali bergegas hendak

menyelamatkan kambing-kambing mereka. Anak gembala itu kembali tertawa terpingkal-pingkal.

Sampai pada suatu hari, segerombolan serigala benar-benar datang menghampiri kambing-kambing anak

gembala itu. Si anak gembala begitu takut dan segera berteriak keras sekali, "Tolooong... toloooong, ada serigala mahu

makan kambing kambing ku, tolong!" Para warga desa mendengar teriakan anak gembala itu. Namun mereka diam saja,

Page 10: RPH Pendidikan Moral.docx

dikira pasti itu tipuan anak gembala itu lagi. Maka mereka diam saja di desa meneruskan pekerjaan mereka. Malang si

anak gembala, semua kambingnya habis dimakan serigala.

Begitulah nasib yang menimpa anak yang sering berbohong: bahkan berkata benar pun tidak ada orang yang akan

percaya.

Pesan Moral : Jangan suka berbohong pada orang lain, kerana jika sering berbohong maka orang lain akan menjadi

tidak percaya dengan perkataan kita.

Page 11: RPH Pendidikan Moral.docx

Lampiran 2

1) Contoh bersikap jujur dalam keluarga.

Tidak bercakap bohong dengan ibu bapa.

Ali dengan tidak sengaja merosakkan buku kakaknya dan dia meminta maaf dengan kakak.

Ketika bercakap, Abu sering berterus terang dengan ibu bapa.

2) Kesan tidak bersikap jujur dalam keluarga.

Dimarahi oleh ibu bapa.

Tidak disayangi oleh ibu bapa

Tidak dipercayai oleh ibu bapa.

3) Kepentingan bersikap jujur dalam keluarga.

Disukai oleh ibu bapa.

Disayangi oleh ibu bapa.

Dipercayai oleh ibu bapa.

Page 12: RPH Pendidikan Moral.docx

Lampiran 3

Ayat 1: Kita akan dipercayai keluarga, sekiranya kita menunaikan janji.

Ayat 2: Apabila kita melakukan kesalahan, kita mestilah mengakuinya.

Ayat 3: Apabila membantu keluarga, kita perlulah ikhlas.

Ayat 4: Kita jangan suka bercakap bohong dengan ahli keluarga.

Page 13: RPH Pendidikan Moral.docx

Lampiran 4

Lembaran Kerja

Warnakan hijau pada jawapan yang betul dan merah pada jawapan yang salah.

1. Ibu bapa suka kepada anak-anak yang bercakap benar.

2. Ali suka bercakap bohong dengan ibu.

3. Ibu bapa percaya kepada orang yang jujur.

4. Sikap jujur adalah perkara yang baik.

5. Ibu bapa tidak marah apabila adik bercakap bohong.

6. Ibu bapa suka akan anak yang bercakap bohong.

7. Ali merosakkan buku kakaknya dan dia tidak bercakap benar.

Page 14: RPH Pendidikan Moral.docx

8. Abu gagal dalam ujian Bahasa Melayu dan dia meminta maaf dengan bapanya.

Warnakan perkataan yang menunjukkan kebaikan bercakap benar dengan ahli keluarga.

Page 15: RPH Pendidikan Moral.docx

Kebaikan Bercakap

Benar

dimarahi

dipercayai

disukai

dibenci

dihormati

disayangi