rancangan pengajaran harian rph pendidikan khas

22
Tugasan 3 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Tajuk : Bahasa Melayu (Buah-buahan Tempatan dan Luar Negara) KPD 3016 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 TUGASAN/TAJUK Disediakan oleh: Nama :Nur Kareena Aqila Binti Mahdzir No. Matrik : D20121058364 Semester : Semester 1 2014/2015 Pensyarah : Dr. Norfishah Binti Mat Rabi Tarikh hantar : 21 November 2014

Upload: nur-kareena

Post on 18-Jul-2015

612 views

Category:

Education


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas

Tugasan 3

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Tajuk :

Bahasa Melayu (Buah-buahan Tempatan dan Luar Negara)

KPD 3016 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1

TUGASAN/TAJUK

Disediakan oleh:

Nama :Nur Kareena Aqila Binti Mahdzir

No. Matrik : D20121058364

Semester : Semester 1 2014/2015

Pensyarah : Dr. Norfishah Binti Mat Rabi

Tarikh hantar : 21 November 2014

Page 2: Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tingkatan : Kelas Pendidikan Khas

Bilangan pelajar : 6 orang (Masalah Pembelajaran)

Bilangan pelajar yang hadir :

Tarikh : 18 September 2014

Masa : 30 minit

Tema : Manusia dan alam sekitar

Sub-tajuk : Kata Nama (Buah-buahan tempatan)

Objektif pembelajaran :

Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat :

1. Mengenal dan mengetahui buah-buahan tempatan yang terdapat di Malaysia.

2. Menulis ayat,bercerita dan melakonkan watak mengenai buah-buahan tempatan.

3. Menghargai buah-buahan tempatan di Malaysia.

Page 3: Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas

Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melihat buah-buahan.

Strategi : Berpusatkan pelajar dan guru

Kaedah : Bercerita / Bersyarah (C2-Kefahaman)

Kemahiran : Kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran menulis

Bahan Bantu Mengajar : Buah-buahan maujud, kad gambar buah, lembaran kerja, teks pendek, kertas A4.

Nilai : Bersungguh-sungguh, berdikari, menghargai masa, berani, yakin, fokus, bekerjasama.

Page 4: Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas

Langkah Isi

Pelajaran

Aktiviti guru Aktiviti murid Catatan

Set induksi (5 minit)

Teka-teki

buah-

buahan

1. Guru memberi salam kepada murid

dan bertanyakan keadaan murid pada

hari ini.

2. Guru mengeluarkan sebuah kotak

yang mengandungi buah-buahan

tempatan.

3. Guru meminta murid merasa tekstur

buah yang terdapat di dalam kotak

tanpa melihat dan meminta pelajar

meneka buah tersebut.

4. Guru meminta murid mengeluarkan

buah dan menyebut apa yang dilihat

kepada rakan-rakan yang lain.

1. Pelajar menjawab salam yang diberikan

oleh guru dan memberitahu keadaan

mereka pada hari ini.

2. Pelajar melihat guru mengeluarkan

sebuah kotak.

3. Pelajar pergi kepada guru dan merasa

buah yang terdapat di dalam kotak dan

menjawab jenis tekstur buah yang di rasa.

4. Pelajar menunjukkan buah yang dipilih di

dalam kotak dan menyebut nama buah

tersebut kepada rakan-rakan yang lain.

Page 5: Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas

Pengenalan (10 minit)

Menyebut

dan

mengeja

nama buah-

buahan

tempatan

: pisang,

belimbing,

mangga,

rambutan,

durian dan

jambu

1. Guru menunjukkan buah-buahan

yang dibawa dan menyuruh pelajar

menyebut nama buah-buahan tersebut

bersama-sama guru.

2. Guru meminta pelajar untuk mengeja

buah-buahan yang ditunjukkan satu

per satu.

3. Guru seterusnya meminta pelajar

untuk menulis nama buah-buahan

yang di bawa di atas kertas yang

diedarkan oleh guru.

4. Berikutnya guru meminta pelajar

melengkapkan ayat di dalam

lembaran kerja mengenai buah-

buahan tempatan.

5. Guru mengutip kertas dan lembaran

kerja yang telah siap

1. Pelajar melihat buah yang ditunjukkan

oleh guru dan menyebut nama buah-

buahan tersebut bersama-sama guru.

2. Pelajar mengeja buah-buahan yang

ditunjukkan oleh guru satu per satu.

3. Pelajar menulis nama buah-buahan yang

telah ditunjukkan oleh guru di atas kertas

yang diedarkan oleh guru.

4. Pelajar melengkapkan ayat di dalam

lembaran kerja yang diberikan oleh guru.

5. Pelajar memberikan kertas dan lembaran

kerja yang telah siap kepada guru

Page 6: Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas

Perkembangan

(20 minit)

Membaca

teks pendek

dan

melakonkan

watak buah

1. Guru mengedarkan satu teks pendek

mengenai buah-buahan tempatan

kepada pelajar dan meminta pelajar

membaca teks tersebut beramai-

ramai.

1. Pelajar mengambil teks pendek mengenai

buah-buahan tempatan daripada guru dan

membaca teks tersebut secara beramai-

ramai bersama rakan-rakan mereka.

Page 7: Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas

2. Guru meminta pelajar untuk memilih

satu watak yang disukai dan pelajar

diberikan masa untuk berlatih dan

bersedia selama 5 minit sebelum

melakonkan watak tersebut di

hadapan kelas.

3. Guru memberikan galakan kepada

pelajar dengan memuji lakonan yang

telah dilakukan.

2. Pelajar mendengar arahan guru dengan

teliti dan memilih watak yang disukai

dan kemudian berlatih watak yang dipilih

dan setelah bersedia, pelajar melakonkan

watak yang telah dipilih di hadapan kelas.

3. Pelajar menerima pujian daripada guru.

Penutup (10 minit)

1. Guru mengambil kad gambar buah-

buahan tempatan yang telah di ajar

dan menunjukkan kad tersebut

kepada pelajar serta meminta pelajar

menyebut dan mengeja buah-buahan

1. Pelajar melihat kad gambar buah-buahan

tempatan yang di tunjukkan oleh guru dan

menyebut serta mengeja buah-buahan

tersebut.

2. Pelajar mendengar cerita daripada guru

Page 8: Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas

tersebut.

2. Guru bercerita mengenai keunikan

dan kelebihan mengenai buah-buahan

tempatan di Malaysia.

mengenai keunikan dan kelebihan

mengenai buah-buahan tempatan dan

menghargai buah-buahan tempatan.

Page 9: Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tingkatan : Kelas Pendidikan Khas

Bilangan pelajar : 6 orang (Masalah Pembelajaran)

Bilangan pelajar yang hadir :

Tarikh : 18 September 2014

Masa : 30 minit

Tema : Manusia dan alam sekitar

Sub-tajuk : Kata Nama (Buah-buahan luar negara)

Objektif pembelajaran :

Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat :

4. Mengenal dan mengetahui buah-buahan luar negara.

5. Membentuk ciri buah-buahan luar negara daripada doh.

6. Mengamalkan memakan buah-buahan.

Page 10: Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas

Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melihat buah-buahan daripada media massa .

Strategi : Berpusatkan pelajar dan guru

Kaedah : Tunjuk cara/Demonstrasi (C3-Aplikasi)

Kemahiran : Kemahiran memegang serta membentuk, kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran menulis.

Bahan Bantu Mengajar : Video buah-buahan luar negara, gambar buah sebenar, kad perkataan, lembaran kerja, tepung dan air (doh), pewarna.

Nilai : Bersungguh-sungguh, berdikari, menghargai masa, berani, yakin, fokus, bekerjasama.

Page 11: Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti guru Aktiviti murid Catatan

Set induksi

(5 minit)

Pengenalan

kepada tajuk

pembelajaran

5. Guru memberi salam kepada murid

dan bertanyakan keadaan murid

pada hari ini.

6. Guru menayangkan video

mengenai buah-buahan tempatan

kepada pelajar.

5. Pelajar menjawab salam yang

diberikan oleh guru dan

memberitahu keadaan mereka pada

hari ini.

6. Pelajar menonton video yang

ditayangkan oleh guru.

Pengenalan

(10 minit)

Memadankan

gambar buah-

buahan luar

negara

dengan nama

buah tersebut

1. Guru mengeluarkan gambar dan

kad perkataan buah-buahan luar

negara.

2. Guru membahagikan pelajar

kepada dua kumpulan.

3. Guru meminta pelajar untuk

memadankan gambar dengan kad

perkataan dengan betul.

1. Pelajar melihat gambar yang

dikeluarkan oleh guru.

2. Pelajar duduk di dalam kumpulan

yang telah ditetapkan oleh guru.

3. Pelajar mengambil gambar,

memilih kad peralatan dan

memadankan gambar dan kad

perkataan yang betul.

Page 12: Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas

Perkembangan

(20 minit)

Membuat doh

dan mereka

cerita

1. Guru mengambil tepung dan air

dan diletakkan di atas meja

2. Guru melakukan demonstrasi

bagaimana membuat doh buah

strawberi.

3. Guru meminta pelajar untuk

mencampurkan bahan tersebut

menjadi doh dan meletakkan

pewarna yang disukai.

4. Guru meminta pelajar memilih satu

buah-buahan luar negara yang

disukai dan membentuk doh

mengikut bentuk dan ciri buah

tersebut.

5. Guru kemudian meminta pelajar

1. Pelajar mengambil tepung dan air

di atas meja oleh guru.

2. Pelajar melihat guru melakukan

demonstrasi membuat doh buah

strawberi.

3. Pelajar mencampurkan bahan dan

dijadikan doh dan meletakkan

pewarna yang disukai.

4. Pelajar memilih satu buah-buahan

luar negara yang disukai dan

membentuk doh mengikut bentuk

dan ciri buah yang dipilih.

5. Pelajar kemudian

mempersembahkan doh yang telah

siap dan menceritakan mengenai

Page 13: Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas

untuk mempersembahkan doh yang

telah siap dan menceritakan

mengenai satu rekaan cerita

mengenai buah tersebut kepada

rakan sekelas.

6. Guru memberikan peneguhan

positif iaitu memberi pujian di atas

usaha pelajar.

satu rekaan cerita mengenai buah

tersebut kepada rakan sekelas.

Page 14: Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas

Penutup

(10 minit)

Lembaran

kerja

3. Guru bertanyakan apa yang telah

dipelajari pada hari ini.

4. Guru menerangkan kelebihan

memakan buah-buahan secara am.

5. Guru menggalakkan pelajar untuk

memakan buah-buahan.

6. Guru memberikan lembaran kerja

kepada pelajar.

7. Guru mengutip soalan yang telah

dijawab dan menandakan kertas

soalan.

3. Pelajar menjawab soalan yang

ditanyakan.

4. Pelajar mendengar apa yang

diberitahu oleh guru.

5. Pelajar berjanji akan memakan

buah-buahan setiap hari.

6. Pelajar mengambil dan menjawab

soalan di dalam lembaran kerja.

7. Pelajar memberikan kertas

lembaran kerja kepada guru untuk

disemak.

Page 15: Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 3

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tingkatan : Kelas Pendidikan Khas

Bilangan pelajar : 6 orang (Masalah Pembelajaran)

Bilangan pelajar yang hadir :

Tarikh : 18 September 2014

Masa : 30 minit

Tema : Manusia dan alam sekitar

Sub-tajuk : Kata Nama (Buah-buahan)

Objektif pembelajaran :

Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat :

7. Membezakan ciri-ciri buah-buahan tempatan dan buah-buahan luar negara.

8. Mencirikan buah-buahan dengan melukis bentuk buah-buahan yang telah dipelajari.

9. Mengetahui dan mengamalkan amalan makan buah-buahan.

Page 16: Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas

Pengetahuan sedia ada : Murid sudah mengenal buah-buahan tempatan dan buah-buahan luar negara.

Strategi : Berpusatkan pelajar dan guru

Konsep : Belajar sambil bermain

Kemahiran : Kemahiran membaca, kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran menulis

Bahan Bantu Mengajar : Kit Media Cari Kata (papan perkataan, kad soalan, getah, rak soalan), kertas lukisan dan pensel warna.

Nilai : Bersungguh-sungguh, berdikari, menghargai masa, berani, yakin, fokus, bekerjasama dan tolong menolong.

Page 17: Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti guru Aktiviti murid Catatan

Set induksi

(5 minit)

Imbas

kembali

buah-

buahan

7. Guru memberi salam kepada murid

dan bertanyakan keadaan murid pada

hari ini.

8. Guru bertanyakan kepada pelajar

mengenai buah-buahan tempatan dan

luar Negara yang sudah dipelajari.

9. Guru menunjukkan dan meminta

pelajar bersama-sama melihat dan

membaca kad imbas buah-buahan.

7. Pelajar menjawab salam yang

diberikan oleh guru dan memberitahu

keadaan mereka pada hari ini.

8. Pelajar mengimbas kembali dan

menjawab soalan yang dikemukakan

oleh guru.

9. Pelajar melihat dan membaca kad

imbas buah-buahan bersama guru.

Page 18: Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas

Pengenalan

(10 minit)

Pengukuhan

mencirikan

buah-

buahan

6. Guru mengedarkan kertas lukisan

kepada setiap pelajar.

7. Pelajar diminta untuk melukis dan

mewarnakan buah-buahan yang

diketahui.

8. Guru memantau dan melihat setiap

pelajar untuk memastikan setiap tiada

pelajar yang tidak mengetahui

sekurang-kurangnya satu buah.

9. Apabila pelajar siap melukis dan

mewarna guru akan mengambil

lukisan pelajar dan melekatkannya di

papan kenyataan sebagai satu

penghargaan.

6. Pelajar mengambil kertas lukisan

yang diberikan oleh guru.

7. Pelajar melukis dan mewarnakan

buah-buahan yang diketahui.

8. Pelajar melukis buah-buahan dengan

pemantauan guru dan bertanyakan

soalan apabila mempunyai

masalah(contoh:tidak tahu ciri buah).

9. Pelajar memberikan lukisan yang

telah siap untuk dilekatkan di papan

kenyataan apabila lukisan siap

dilukis dan diwarnakan.

Page 19: Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas

Perkembangan

(20 minit)

Aktiviti

bermain

4. Guru membahagikan pelajar kepada

dua kumpulan kecil.

5. Guru mengeluarkan papan perkataan

daripada kotak kit media dan

diletakkan di antara dua kumpulan

pelajar.

4. Pelajar mendengar arahan guru dan

duduk di dalam kumpulan yang telah

diberikan.

5. Pelajar membantu guru

mengeluarkan papan perkataan

daripada kotak kit media.

Page 20: Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas

6. Guru mengambil kad soalan di dalam

bekas set soalan dan meminta pelajar

untuk menyusun kad soalan pada rak

soalan.

7. Guru meminta pelajar untuk memilih

satu kad soalan.

8. Guru kemudian membacakan soalan

di dalam kad soalan dan meminta

pelajar untuk menjawab soalan yang

terdapat di dalam kad.

9. Guru meminta pelajar mencari

jawapan di dalam papan perkataan.

6. Pelajar membantu guru meletakkan

kad soalan di dalam rak soalan.

7. Pelajar memilih kad soalan yang ada

di rak soalan.

8. Pelajar mendengar soalan daripada

guru dan menjawab soalan yang

dikemukakan oleh guru.

9. Pelajar mencari jawapan di papan

perkataan.

10. Rakan yang lain membantu pelajar

Page 21: Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas

10. Apabila jawapan yang salah, pelajar

di dalam kumpulan akan membantu

rakan yang lain.

11. Guru kemudian meminta pelajar

untuk meregangkan getah dan

letakkan getah mengikut pin huruf

jawapan yang telah diberikan.

12. Guru mengulangi langkah 4 sehingga

soalan selesai di jawab atau masa

yang diberikan sudah tamat.

apabila pelajar tidak dapat menjawab

soalan dan mencari perkataan di

papan perkataan.

11. Pelajar meregangkan getah pada

jawapan di pin huruf papan

perkataan.

12. Pelajar menjawab dan mencari

jawapan di papan perkataan sehingga

soalan selesai di jawab atau masa

sudah mencukupi.

Page 22: Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas

Penutup

(10 minit)

8. Guru bertanyakan apa yang telah

dipelajari pada hari ini.

9. Guru menerangkan kelebihan

memakan buah-buahan secara am.

10. Guru menggalakkan pelajar untuk

memakan buah-buahan.

11. Guru memberikan lembaran kerja

kepada pelajar.

12. Guru memberi masa 5 minit kepada

pelajar untuk menjawab soalan.

13. Guru membimbing murid ketika

menjawab soalan.

14. Guru mengutip soalan yang telah

dijawab dan menandakan kertas

soalan.

8. Pelajar menjawab soalan yang

ditanyakan.

9. Pelajar mendengar apa yang

diberitahu oleh guru.

10. Pelajar berjanji akan memakan buah-

buahan setiap hari.

11. Pelajar mengambil lembaran kerja

yang diberikan oleh guru.

12. Pelajar menjawab lembaran kerja

yang diberikan oleh guru.

13. Pelajar bertanyakan soalan yang

tidak diketahui.

14. Pelajar memberikan kertas lembaran

kerja kepada guru untuk disemak.